Download - Templat Format KKBI EDU3108(2)
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
1/27
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
AMBILAN JANUARI 2009
ASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU
( EDU 3108 )
___________________________________________________________________
NAMA : CHE KU RABIAH AL ADAWIYYAH BINTI CHE KU
ALI
NO. K.P : 891104-11-5390
OPSYEN : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 3 ( PISMP
AMBILAN JANUARI 2009 )
SEMESTER : SEMESTER 8
NAMA PENSYARAH : ENCIK ARMAN BIN HJ MD JAFERI
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
2/27
HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .
Tandatangan : .
Nama penulis : .
Tarikh : ...
(i)
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
3/27
DEDIKASI
DEDIKASI
UNTUK
IBU YANG DISANJUNGI
PENSYARAH YANG DIKASIHI
SERTA RAKAN-RAKAN YANG DISAYANGI
SEGALA PENGORBANAN,
KESABARAN,
TUNJUK AJAR
DAN DOA KALIAN
AMAT DIHARGAI
SERTA BESAR ERTINYA...
KEJAYAAN INI
ADALAH MILIK KITA BERSAMA
TERIMA KASIH
(ii)
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
4/27
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kunianya, saya
berjaya menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi mata pelajaran Asas
Kepimpinan Dan Profesional Guru (EDU 3108). Di kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung kerana memberikan kerjasama dalam
melaksanakan kerja kursus pendek ini.
Jutaan terima kasih kepada Encik Arman Bin Hj Md Jaferi selaku penyarah
pembimbing dalam mata pelajaran ini yang telah banyak membimbing dan
memberikan tunjuk ajar dalam usaha menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Beliau
banyak membantu saya dalam menyelesaikan persoalan yang timbul dan memberi
sedikit maklumat untuk menjelaskan sesuatu perkara mengenai tugasan ini. Segala
maklumat yang diberikan sememangnya banyak membantu saya dan saya lebih
memahami kehendak sebenar tugasan ini. Jasa beliau sangatlah bernilai dan akan
dikenang sampai bila-bila.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberikan kerjasama dengan berkongsi idea dan bahan-bahan yang berkaitan
tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu saya yang juga memberikan sokongan moral
dan menaikkan semangat saya untuk meneruskan tugasan ini. Jasa kalian amatlah
saya hargai. Sekian terima kasih.
(iii)
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
5/27
ABSTRAK
Dalam profesion perguruan, tugas utama guru ialah melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dan di samping itu, guru juga menjalankan pelbagai tugas di sekolah
dalam membantu pengurusan dan pentadbiran. Tugasan ini adalah bertujuan
menjelaskan tentang ciriciri guru sebagai seorang profesional dalam melaksanakan
tugas, menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke
peringkat yang lebih tinggi, merancang perkembangan diri sabagai profesional,
melaksanakan peranan dan tugas dalam pelbagai aspek pengurusan sekolah serta
menampilkan ciriciri kepimpinan yang bersesuaian dengna profesion. Selain itu,
tugasan ini juga berdasarkan pengalaman saya di sekolah berkaitan dengan tugas-
tugas pengurusan dan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan kepada guru di
sekolah serta bagaimana seorang guru boleh meningkatkan profesionalisme mereka
dalam bidang pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran.
(iv)
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
6/27
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN i
DEDIKASI ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
KANDUNGAN v vi
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 TUGAS-TUGAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
GURU DI SEKOLAH
2.1 GURU PANITIA
2.2 GURU PERPUSTAKAAN
2.3 GURU KELAS
2.4 GURU PENYELARAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
(SPBT)
2.5 GURU PENYELARAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI (ICT)
2 6
(v)
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
7/27
3.0 CARA-CARA MENINGKATKAN PROFESIONALISME
KEGURUAN
3.1 SEMINAR
3.2 KURSUS
3.3 CERAMAH
3.4 BENGKEL
3.5 LATIHAN
7 11
4.0 REFLEKSI 12 15
5.0 PENUTUP 16
BIBLIOGRAFI 17
LAMPIRAN 18
(vi)
1.0 PENDAHULUAN
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
8/27
Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan. Ia
dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi dan
esemua bidang ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan. Pentadbiran sekolah
atau institusi adalah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran dan Ia
meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, maktab
perguruan dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan
bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu
organisasi untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping
menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.
Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory, menyatakan
pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi
manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial
itu. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola,
memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-
sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of
Public Education, pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut
dengan mengenal pasti, menyelenggarakan, merancang, mengawal,dan
menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak
manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi
objektif yang ditetapkan.
Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu
digunakan dan saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan
pentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkan
perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih
berfokuskan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Perkara yang
penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah pengendalian, matlamat,
kualiti/mutu, keberkesanan, merujuk kepada sumber fizikal dan manusia.
- 1 -
2.0 TUGAS-TUGAS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN GURU DI SEKOLAH
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
9/27
Berdasarkan pengalaman saya sepanjang berada di sekolah, tugas - tugas
pengurusan dan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan kepada guru adalah guru
panitia mata pelajaran, guru perpustakaan, guru kelas, guru penyelaras Skim
Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) dan guru penyelaras Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ( ICT ).
2.1 GURU PANITIA
Guru panitia mata pelajaran amat penting dalam sesuatu institusi pentadbiran
sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Setiap jenis
mata pelajaran yang terdapat di sekolah mesti mempunyai panitianya mata
pelajaran yang tersendiri. Antara bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada
guru panitia ialah yang pertama ialah bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan
pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya. Bidang tugas kedua ialah guru
panitia bertanggungjawab kepada guru besar dalam perancangan dan pengurusan
kokurikulum yang berkaitan dengan bidang tersebut. Hasil pemantauan saya juga,
saya dapati guru panitia mata pelajaran juga mengadakan mesyuarat perjumpaan
bersama dengan guru besar atau guru pentadbir yang lain.
Selain itu, bidang tugas ketiga guru panitia ialah membantu guru besar
menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan
dengan bidangnya dan mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan
akademik dan sahsiah pelajar. Mereka juga akan membuat ujian penilaian melalui
ujian pencapaian bagi bagi mengukur tahap keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang telah mereka jalankan.
Guru panitia mata pelajaran perlu mempunyai kemahiran menyelia serta
mengurus di mana kemahiran ini dapat membantu mereka dalam menguruskan
tugas mereka dengan lebih berkesan. Melalui penyeliaan dan pengurusan, guru
panitia dapat mengetahui kelemahan sesuatu perkara serta membuat
penambahbaikan di samping membantu dalam pengurusan sekolah yang sistematik
dan lengkap.
- 2 -
2.2 GURU PERPUSTAKAAN
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
10/27
Sepanjang saya di sekolah juga, saya dapati guru bukan hanya memegang jawatan
sebagai guru untuk mengajar di kelas, ada juga guru yang ditugaskan sebagai guru
perpustakaan di mana tugastugas mereka adalah membantu penyelaras dalam
pengurusan dan pentadbiran PSS, mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi
bahan perpustakaan, menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan
menghapuskira koleksi atau bahan perpustakaan. Mereka juga menceriakan
suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan
perpustakaan, menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi
bahan.
Tambahan lagi, guru perpustakaan juga bertugas dalam menubuhkan
jawatankuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan pengagihan bidang tugas,
mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan
PSS dengan baik dan betul, melatih dan menyelia kerani dan Pengawas
Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan. Tugas lain mereka
ialah memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, katalog-katalog daripada
penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang
perlu dan dapat dibeli dan menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.
Bagi aspek kemahiran guru perpustakaan, mereka perlu mempunyai
kemahiran seperti mengurus dan merancang seperti mengurus bilik darjah, murid,
kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Kemahiran ini perlu
kerana setiap pengurusan dan perancangan perlu dilaksanakan dengan teratur dan
sistematik. Kemahiran ini merupakan perkara penting bagi membantu pihak sekolah
dalam mengendalikan pengurusan perpustakaan di samping membantu murid
murid dalam membuat persediaan ujian dan peperiksaan. Selain itu, kemahiran
berfikir juga diperlukan oleh guru perpustakaan dari segi kecekapan menggunakan
akal untuk menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza,
menghuraikan perkara penting semasa membuat pengurusan di pusat sumber.
- 3 -
2.3 GURU KELAS
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
11/27
Selain daripada tugas pusat sumber, tugas lain yang dipertanggungjawab oleh guru
adalah sebagai guru kelas. Tugas yang dijalankan oleh guru kelas adalah seperti
membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua
Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan. Guru kelas juga perlu menentukan perkara-
perkara seperti jadual waktu, jadual bertugas, motto kelas, perabot kelas mencukupi,
alatan pembersihan serta keperluan bilik darjah yang mencukupi ada di dalam kelas
bagi memudahkan murid murid melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran mereka dengan berkesan.
Guru kelas perlu melaporkan perabot dan peralatan yang rosak kepada guru
berkenaan, membimbing organisasi kelas atau murid yang dilantik menjalankan
tugas, mengadakan tabung kelas yang bertujuan untuk kebajikan murid dan
keceriaan kelas dan sebagainya sekira perlu dengan jumlahnya terpulang kepada
budi bicara murid. Laporan, Rekod Profil, Kemajuan Murid, Sijil Berhenti, Surat
Akuan, Buku Rekod Kesihatan, Rekod Pergigian dan Kad 001R perlu disediakan
oleh guru kelas kepada murid murid bagi memastikan proses pengurusan kelas
dapat dilaksanakan dengan sistematik dan lengkap. Guru kelas juga ditugaskan
untuk mengutip yuran sekolah pada awal tahun persekolahan dan menggalakkan
murid membayar kesemua yuran sekali gus, mengutip derma PIBG, mengeluarkan
resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang dibuat dan menyerahkan wang
kutipan yuran sekolah dan wang peperiksaan,Insuran Takaful dan lain-lain derma
kepada Guru Penolong Kanan (Pentadbiran).
Kemahiran pemudah cara adalah sebagai seorang fasilitator yang
membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain. Fungsi guru disini ialah
menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan
berkesan. Kemahiran lain ialah berkomunikasi di mana mereka perlu menguasai
kemahiran komunikasi dan interpersonal serta mampu berkomunikasi dengan baik
iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan pihak pengurusan
sekolah.
- 4 -
2.4 GURU PENYELARAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
12/27
Guru penyelaras SPBT berperanan penting dalam pengurusan SPBT di sekolah.
Oleh itu, guru penyelaras SPBT dilantik khas oleh pihak sekolah bagi mengurus dan
malaksanakan program SPBT di sekolah. Secara umumnya, tugas dan
tanggungjawab guru penyelaras SPBT adalah seperti mendapatkan data enrolmen
murid yang tepat, menyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman
buku teks SPBT, menyediakan senarai murid yang tidak memerlukan pinjaman buku
teks SPBT, merujuk Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan tentang
pembukaan dan penutupan kelas sebelum membuat pesanan buku teks.
Tugas lain bagi guru SPBT ialah menerima dan menyemak bekalan buku teks
SPBT daripada penerbit atau pengedar berpandukan Penyata Bekalan Buku Teks
(BTBT460) dan kriteria ditetapkan, menerima bekalan buku teks SPBT daripada
penerbit atau pengedar dan menandatangan SAP/ Invois atau Nota Serahan,
mengurus penggantian buku teks SPBT yang diterima dalam keadaan rosak
daripada penerbit, memastikan buku teks SPBT dicapkan nama sekolah dan
mencatatkan tarikh penerimaannya serta diberikan nombor perolehan pada ruangan
yang disediakan pada buku teks SPBT. Mereka juga menyelaras pengagihan dan
pemulangan buku teks SPBT murid melalui Penyelaras Tingkatan/ Tahun atau Guru
Kelas, menyelaras dan menyemak pengisian Borang Rekod Pinjaman Buku Teks(Borang SPBT G), mengedar dan mengumpulkan semula Surat Akuan Pengesahan
Penerimaan dan Penjagaan Buku Teks SPBT, mengurus penggantian buku teks
SPBT yang dirosakkan/ dihilangkan oleh murid.
Kemahiran yang diperlukan oleh guru SPBT ialah pemudahcara, mengurus
dan kemahiran ICT di mana ia dapat membantu guru dalam mengendalikan urusan
serta tugas dengan sebaik mungkin. Melalui kemahiran kemahiran ini, guru dapat
meningkatkan lagi pengetahuan tentang pengurusan Buku Teks serta kecekapan
dalam menguruskan perkara berkaitan penyelarasan Skim Pinjaman Buku Teks
dengan lebih sistematik.
- 5 -
2.5 GURU PENYELARAS TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
13/27
Guru penyelaras ICT bertugas dalam mengurus dan menyelenggara kemudahan
ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan serta
menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul. Mereka juga mengurus danmemastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk
peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router dan hub. Guru ICT
menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing
mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran, mengurus
keperluan insfrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu
serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah
serta mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti
sidang video, penggunaan LCD projektor dan sebagainya.
Selain itu, tugas guru ICT juga adalah melatih guru menggunakan
kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, memastikan bahawa kursus dalaman
dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-
pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi seperti Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran dan melatih staf menggunakan kemudahan ICT
secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti
pengurusan dan pentadbiran. Mereka juga bertindak sebagai pengurus e-mel,
mengurus akaun dan e-mel warga sekolah, memastikan integriti dan keselamatan
data, memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi
seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, sebagai pakar rujuk dan pegawai
sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT
semasa.
Kemahiran berfikir dari segi kecekapan menggunakan akal untuk
menjalankan proses-proses pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-
lain dapat diaplikasikan dalam penyelarasan ICT. Selain itu, kemahiran pemudah
cara iaitu sebagai seorang fasilitator yang membimbing, memotivasi serta
menggerakkan orang lain.
- 6 -
3.0 CARA-CARA MENINGKATKAN PROFESIONALISME KEGURUAN
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
14/27
Guru boleh meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang pengurusan dan
pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran melalui seminar, kursus, ceramah,
bengkel dan latihan.
3.1 SEMINAR
Seminar ialah suatu pertemuan atau persidangan untuk membahas suatu
masalah di bawah pimpinan ketua sidang iaitu guru besar atau seseorang ahli.
Pertemuan atau persidangan dalam seminar biasanya terdapat satu atau beberapa
pembicaraan atau kertas kerja yang telah disediakan. Seminar juga biasanya
diadakan untuk membahas suatu masalah secara ilmiah. Sementara itu, peserta
berperanan untuk menyampaikan pertanyaan, ulasan, dan perbahasan sehingga
menghasilkan pemahaman tentang suatu masalah.
Dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, guru perlu memainkan peranan
penting dalam mengikuti seminar yang dilaksanakan di sekolah mahupun di tempat
yang ditetapkan. Seminar diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan
guru dalam mengurus dan mentadbir sekolah dengan lebih efektif dan teratur. Bagi
guru guru yang telah diberikan tanggungjawab dalam menguruskan sesuatu kerja,
mereka perlu menghadiri seminar yang berkaitan dengan bidang tugas masing masing.
Seminar juga bertujuan dalam meningkatkan kecekapan guru dalam
mengendalikan pengurusan sekolah serta memberi peluang kepada mereka dalam
mengutarakan pendapat berkaitan dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan
oleh pihak sekolah. Antara contoh seminar yang dilaksanakan ialah seminar
peningkatan profesionalisme guru cemerlang, seminar guru kreatif, seminar motivasi
Menjadi Guru Profesional , seminar guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dan sebagainya.
- 7 -
3.2 KURSUS
http://ppdbalingsik.net/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=252:seminar-peningkatan-profesionalisme-guru-cemerlang&catid=49:unit-pengurusan-akademik&Itemid=72http://ppdbalingsik.net/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=252:seminar-peningkatan-profesionalisme-guru-cemerlang&catid=49:unit-pengurusan-akademik&Itemid=72http://ppdbalingsik.net/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=252:seminar-peningkatan-profesionalisme-guru-cemerlang&catid=49:unit-pengurusan-akademik&Itemid=72http://ppdbalingsik.net/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=252:seminar-peningkatan-profesionalisme-guru-cemerlang&catid=49:unit-pengurusan-akademik&Itemid=72 -
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
15/27
Kursus merupakan salah satu pelajaran tentang suatu pengetahuan atau
keterampilan yang diberikan dalam waktu singkat. Kursus yang diadakan kepada
pihak sekolah membantu untuk mengembangkan kemampuan para pendidik dan
memberi penekanan kepada penguasaan keterampilan, kompentensi,
perkembangan sikap pendidik serta mengembangkan keperibadian professional.
Dalam aspek pengurusan dan pentadbiran ini, guru guru yang telah diberikan
tanggungjawab dalam menjalankan tugas masing masing perlu menguasai
perkara asas bidang mereka sebelum mereka melaksanakannya di sekolah.
Justeru itu, kursus dalaman diadakan bagi memberikan pendedahan kepada
guru tentang inovasi terkini dalam pendidikan yang sejajar dengan globalisasi yang
berlaku, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan
secara berterusan serta mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan
professional keguruan. Tujuan kursus juga adalah untuk membudayakan ilmu di
mana guru perlu sentiasa ada budaya membaca, berfikir, berkarya dan refleksi bagi
menilai keberkesanan tugas yang telah dilaksanakan bukan sahaja dalam proses
pengajaran dan pembelajaran malah dalam proses pengurusan dan pentadbiran di
sekolah.
Tambahan lagi, melalui kursus juga, guru dapat menerokai pelbagai
maklumat baru berkaitan dengan pengendalian pentadbiran sekolah dengan
menjalankan kajian tindakan di mana kajian ini perlu sentiasa dilaksanakan bagi
membantu guru meningkatkan kemahiran mereka ke arah yang lebih cemerlang.
Guru juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam memperluaskan
pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan
dan pentadbiran, meningkatkan kemahiran kejurulatihan bagi kokurikulum,
meningkatkan kreativiti guru dalam menguruskan tugas yang diberikan serta
mempertingkakan kemahiran komunikasi di antara pihak sekolah, ibu bapa serta
masyarakat. Antara contoh kursus yang dilaksanakan ialah kursus peningkatan
profesionalisme keguruan, kursus dalam perkhidmatan, kursus Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris dan lain lain.
- 8 -
3.3 CERAMAH
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
16/27
Bagi setiap agensi kerajaan, ceramah dan perbincangan kerap diadakan untuk
memberikan pengetahuan kepada penjawat penjawat awam bagi meningkatkan
lagi kualiti dan kesedaran tentanga pentingnya kualiti dalam sesuatu urusan
pekerjaan. Kementerian Pelajaran juga mendedahkan kepada pegawai pegawai
dengan ceramah dan perbincangan yang dilakukan untuk meningkatkan
kecemerlangan dalam sesebuah organisasi. Pihak sekolah juga berperanan dalam
melaksanakan program ini bagi membantu guru guru dalam pengurusan dan
pentadbiran sekolah yang teratur dan bersistematik.
Jabatan Pelajaran Negeri juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk
mendedahkan kepada pegawai pegawainya khususnya guru guru tentang
peningkatan kualiti. Di sekolah pula, pengetua bersama dengan barisan
pentadbiranya sentiasa mencari dan memikirkan idea idea baru bagi orang
bawahannya bagi mendapatkan maklum balas yang terkini untuk peningkatan
prestasi kerja di sekolah. Aspek pengurusan dan pentadbiran ini memerlukan guru
menguasai kemahiran yang ada dalam mengaplikasikannya ke dalam tugas yang
telah diberikan.
Salah satu daripada aspek yang diberikan perhatian ialah mendedahkan
guru guru dengan ceramah yang berkesan. Antara ceramah yang diadakan ialah
ceramah mengurangkan stress atau tekanan dalam melaksanakan kerja. Ceramah
juga diadakan bagi meningkatkan keupayaan dan kompentensi guru di setiap
peringkat di mana ia dapat membantu guru dalam melaksanakan tugas yang
dipertanggungjawabkan dengan cemerlang.
Di samping itu, ceramah juga dilaksanakan bagi menyedari guru tentang
tugas dan tanggungjawab sebagai guru tidak kira dalam pelbagai aspek supaya
mereka dapat meningkatkan profesionalisme mereka ke arah yang lebih berkesan.
Antara contoh ceramah ialah ceramah menangani tekanan kerja, ceramah
mengurus pentadbiran sekolah, ceramah peningkatan profesionalisme guru dan
sebagainya.
- 9 -
3.4 BENGKEL
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
17/27
Bengkel bengkel dan latihan diberikan kepada guru dan pihak sekolah di peringkat
atasan sehinggalah peringkat bawahan dan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi
tahap kualiti dan pencapaian mutu kerja yang lebik baik di kalangan warga
pendidikan, pihak sekolah, guru pentadbir dan lain lain. Bengkel ini juga diberikan
kepada mereka bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap sesuatu
bidang yang dipertanggungjawabkan di sekolah.
Kementerian Pelajaran sedar bahawa untuk mencapai tahap cemerlang
sesebuah agensi bukan hanya bergantung kepada kecekapan segelintir warganya
sahaja malah kesemua warga sekolah perlu memainkan peranan penting dalam
membantu menguruskan pentadbiran sekolah. Justeru itu di kalangan guru guru,
staf - staf yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran dan membantu serta
membimbing rakan rakan mereka yang masih berada di tahap rendah.
Pihak sekolah juga mengadakan bengkel dalaman di sekolah masing
masing untuk memperkukuhkan lagi penguasaan bidang bidang ilmu yang belum
dikuasai oleh guru di setiap sekolah. Bengkel dan latihan yang diberikan bertujuan
untuk memperoleh, menguasai, memperkukuh, memantapkan dan memperkayakan
ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahan bahan rujukan dan dokumen
dokumen yang diterbitkan oleh Kementerian Pelajaran, Jabtan Pelajaran Negeri dan
juga Jemaah Nazir Sekolah Persatuan.
Antara contoh bengkel yang dilaksanakan ialah bengkel penyediaan modul
latihan bagi setiap mata pelajaran, bengkel latihan teknik menjawab dan latihan
memeriksa kertas, bengkel penggubalan soalan latihan soalan bersama, bengkel
peningkatan prestasi mata, program bengkel peningkatan profesionalisme guru mat.
tambahan daerah hilir perak dan perak tengah, bengkel peningkatan profesionalisme
pengurusan pusat sumber sekolah negeri melaka tahun 2012 dan juga bengkel
peningkatan profesionalisme guru cemerlang negeri kedah 2010.
- 10 -
3.5 LATIHAN
http://btpnmel.moe.edu.my/web/index.php/informasi-terkini/berita/87-bengkel-peningkatan-profesionalisme-pengurusan-pusat-sumber-sekolah-negeri-melaka-tahun-2012http://btpnmel.moe.edu.my/web/index.php/informasi-terkini/berita/87-bengkel-peningkatan-profesionalisme-pengurusan-pusat-sumber-sekolah-negeri-melaka-tahun-2012http://btpnmel.moe.edu.my/web/index.php/informasi-terkini/berita/87-bengkel-peningkatan-profesionalisme-pengurusan-pusat-sumber-sekolah-negeri-melaka-tahun-2012http://btpnmel.moe.edu.my/web/index.php/informasi-terkini/berita/87-bengkel-peningkatan-profesionalisme-pengurusan-pusat-sumber-sekolah-negeri-melaka-tahun-2012 -
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
18/27
Program latihan yang dibuat di sekolah terhadap guru-guru dan kakitangan sekolah
adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap profesionalisme anggota organisasi
samada guru atau kakitangan sokongan sekolah agar mereka dapat melaksanakan
tugas mereka dengan berkesan. Program latihan berbentuk ceramah, bengkel atau
perbincangan yang dikendalikan oleh penceramah atau fasilitator dalaman atau
luaran untuk menambahkan pengetahuan, kefahaman serta kemahiran bagi
meningkatkan perkhidmatan mereka.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) adalah merupakan satu kaedah
meningkatkan pengetahuan, kefahaman tentang amalan pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan dibilik darjah serta tentang pengurusan dan
pentadbiran sekolah .. Bagi menjadikan latihan ini sentiasa bertambah baik dari
masa ke masa maka para guru perlulah didedahkan dengan program program
peningkatan profesionalisme perguruan. Latihan Dalam Perkhidmatan dibuat
bertujuan menambah pengetahuan dan meningkatkan kefahaman oleh itu cara yang
sesuai ialah melalui ceramah dan bengkel.
Latihan ini juga bagi memantapkan kepimpinan dan pengurusan organisasi
kerana masih terdapat keupayaan dan kompetensi kepimpinan dalam pengurusan
organisasi belum pada tahap yang cemerlang iaitu dengan mengadakan khidmat
latihan kaunseling penanda aras dan pemantauan serta melaksanakan projek
kepada guru guru yang memerlukannya. Bagi membantu guru dalam
menguruskan tugas mereka dengan cepat dan tepat, mereka perlu menguasai
bidang tugas mereka terlebih dahulu serta meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan sistem penyampaian dalam tugas yang diberikan.
Selain itu, latihan yang diberikan juga dapat memperkukuhkan integriti dan
akauntibiliti guru kerana terdapat guru guru yang masih tidak mematuhi kod etika,
perintah am dan peraturan perkhidmatan dalam melaksanakan tugas mereka.
justeru itu, latihan perlu dilaksanakan di kalangan guru guru bagi meningkatkan
profesionalisme mereka dengan cemerlang.
- 11 -
4.0 REFLEKSI
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
19/27
Sepanjang saya menjalankan praktikum saya di sekolah, saya dapati guru - guru di
sekolah bukan sahaja memainkan peranan dalam mengajar murid-murid malah
mereka juga diberikan tanggungjawab dalam membantu pengurusan dan
pentadbiran sekolah. Tugas yang diberikan adalah bagi membantu pentadbiran
sekolah supaya dapat dilaksanakan dan diuruskan dengan teratur serta sistematik.
Guru guru juga diberi peluang dalam menguruskan sekolah bagi meningkatkan
pengetahuan dan pengalaman sepanjang berkhimat di sekolah.
Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia
merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang
ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga
dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu
berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang
sama. Pihak sekolah memberikan tugas kepada guru mengikut kesesuaian bidang
mereka bagi memudahkan perlaksanaan tugas mereka.
Tugas utama guru di sekolah adalah mendidik iaitu guru sebagai pendidik
adalah dengan memberi ilmu iaitu mengajar, menyampai maklumat, berbincang,
mengendalikan bengkel dan sebagainya. Mendidik murid-murid termasuk dari segi
akhlak, penampilan diri melalui pembelajaran seperti pendidikan moral. Selain itu,
tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat kepelbagaian bidang tugas dan kerja
sebagai guru di sekolah.
Guru besar memainkan peranan penting dalam membahagikan tugas kepada
guru-guru di sekolah serta guru besar juga bertanggungjawab sebagai pengurus
sesebuah organisasi pendidikan iaitu dalam memahami dan mengetahui secara
mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terdapat dalam falsafah
pendidikan sekolah, termasuk matlamat KBSR. Guru besar juga membimbing,
menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka
untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras
dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.
- 12 -
Tambahan lagi, tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada guru perlu
dilaksanakan dengan baik dan amanah. Sebagai contoh, sepanjang pemerhatian
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
20/27
saya di sekolah, saya dapati guru perpustakaan melaksanakan tugasnya dengan
baik iaitu dalam membahagikan kerja-kerja kepada ahli jawatankuasa yang telah
dilantik, memastikan bahan bacaan cukup dan lengkap kepada murid murid serta
menguruskan kelengkapan di pusat sumber dengan lengkap dan teratur.
Tugas guru kelas juga merupakan tugas yang paling memerlukan kemahiran
serta pengetahuan yang tinggi dalam menguruskan kelas masing masing. Guru
perlu memainkan peranan yang positif untuk menjamin kajayaan dan
kecemerlangan murid-murid di sekolah. Guru kelas bukan hanya menjalankan tugas
terhadap keceriaan kelas malah mereka juga perlu melaporkan kerosakan yang
terdapat di dalam kelas serta mencatat rekod murid secara sistematik.
Pengurusan dan pentadbiran di sekolah dapat membimbing dan mendorong
serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang
tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi. Dalam mengurus dan
mentadbir sekolah, guru juga dapat mempertingkatkan kemahiran profesional
mereka dengan sebaik mungkin dan antara kemahiran tersebut ialah kemahiran
mengurus, merancang, kemahiran pemudahcara dan berfikir. Berdasarkan
pemerhatian saya, guru yang diberikan tanggungjawab di sekolah dapat
melaksanakan tugas mereka dengan cekap kerana mereka mempunyai kemahiran
yang telah dinyatakan di samping meningkatkan prestasi sekolah yang cemerlang.
Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar
bukan sahaja didapati di bilik darjah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan
bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan
berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran bagi memudahkan tugas mereka dalam pengurusan
dan pentadbiran sekolah.
- 13 -
Bagi guru-guru yang tidak berpengalaman dalam pengurusan dan
pentadbiran sekolah, pihak sekolah akan menyediakan kursus dan latihan kepada
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
21/27
mereka mengikut kesesuaian tugas masing- masing. Pelbagai program telah
dilaksanakan kepada guru sekolah bagi meningkatkan kemahiran serta pengalaman
mereka dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Mereka perlu
melibatkan diri mereka dalam program yang diadakan supaya mereka dapat
memahami proses-proses pengurusan dan pentadbiran yang baik dan berkesan.
Bagi guru yang diberi tugas berkaitan dengan pengurusan ICT, guru tersebut
perlu menguasai kemahiran penting dalam mengurus, pemudahcara serta
merancang perkara yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab mereka adalah besar
kerana tugas mereka dalam memberi tunjuk ajar kepada pengguna makmal
komputer serta menjalankan pembahagian sistem pengurusan yang sistematik dan
lengkap. Berdasarkan pengalaman saya di sekolah juga, saya dapati, guru ICT
memainkan peranan penting dalam menyediakan rekod pentadbiran sekolah,
menyediakan bahan-bahan pengajaran menggunakan ICT dan pelbagai penyediaan
lain yang diperlukan.
Dalam menguruskan ICT, guru juga boleh menggunakannya sebagai alat
persembahan dan alat demonstrasi yang harus dirancang dengan baik, dan bukan
secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan
kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum
atau untuk menyokong sesuatu pendekatan Pengajaran dan pembelajaran. Heinich
(1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan
pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna
membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara
lebih mudah serta menarik.
Pengurusan yang cekap dan sistematik dapat membantu pihak sekolah
dalam meningkatkan kecemerlangan prestasi sekolah. Guru-guru dapat
meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang pengurusan dan pentadbiran
serta pengajaran dan pembelajaran mereka dengan menyertai program-program
yang dilaksanakan di sekolah mahupun di luar sekolah.
- 14 -
Perlaksanaan program bagi meningkatkan profesionalisme guru juga dapatmeningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam melahirkan masyarakat penyayang,
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
22/27
mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu
pasukan iaitu dengan memberi peluang kepada guru-guru dalam menyampaikan
maklumat serta peranan mereka di sekolah dengan cara yang berkesan dan
sistematik.
Selain daripada bidang pengurusan dan pentadbiran, guru juga perlu mahir
dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang merangkumi aspek mengurus
rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian,
mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, mengurus keadaan
fizikal bilik darjah dan mengurus aktiviti kumpulan. Strategi ini termasuk
penyelarasan undang-undang dalam bilik darjah, rutin dan prosedur, atau
penggunaan sistem ganjaran dan dendaan. Melalui pengurusan ini, guru dapat
meningkatkan profesionalisme mereka ke arah yang lebih berkesan.
Melalui tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan
kepada guru di sekolah juga dapat meningkatkan kemahiran menangani masalah
dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi
dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Semasa di sekolah, saya dapati
guru-guru lebih berdedikasi dan cekap dalam menjalankan tugas mereka setelah
menyertai program-program yang dirancangkan oleh pihak sekolah kepada mereka.
Secara keseluruhan, tugas pengurusan dan pentadbiran di sekolah adalah
tugas yang penting bagi guru-guru dalam membantu pihak sekolah meningkatkan
kecemerlangan sekolah. Guru-guru yang diberikan tugas perlu memainkan perana
penting dalam menguruskan tugas mereka dan melibatkan diri dalam program yang
disediakan di samping membantu meningkatkan profesionalisme mereka dalam
bidang pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran.
Disediakan oleh,
CHE KU RABIAH AL ADAWIYYAH BTE CHE KU ALI
- 15 -
5.0 PENUTUP
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
23/27
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau
pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses
pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat
menyempurnakan kehidupan manusia. Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama
ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal
dan juga yang tidak formal. Pengurusan dan pentadbiran yang baik amat dihargai
oleh sesuatu masyarakat.
Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan
pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan
konsep tersebut. Sebagaimana yang kita fahami, pendidikan sebagai agen
sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi
dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik di mana guru-
guru di sekolah perlu memainkan peranan penting dalam membantu pihak sekolah
bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah dengan berkesan.
Pentadbiran dan pengurusan adalah perkara penting yang perlu dikuasai oleh
para guru sejurus dengan bidang yang diceburi supaya dapat melaksanakan urusan
dan tugas yang telah ditetapkan serta dalam perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih baik dan sistematik. Perlaksanaan tugas yang
dipertanggungjawabkan dapat meningkatkan profesionalisme dan pengetahuan
mereka di samping membantu murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
- 16 -
BIBLIOGRAFI
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
24/27
BUKU
John West- Burnham, Fergus OSullivan; penterjemah Hamidah Baba, (2009)Mengembangkan Profesionalisme Di Sekolah, Institut Terjemahan NegaraMalaysia Kuala Lumpur
Sonia Blandford; penterjamah Munira Mustaffa,(2009) Mengurus PembangunanProfesional Di Sekolah, Institut Trejemahan Negara Malaysia Berhad.
Eric Parsloe, Monika Wray (2000) Coaching and Mentoring : practical methods toimprove learning. London : Oxford
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
JURNAL
Dr. Jamil Ahmad, Norlia Goolamally (2008), Pentadbiran dan Pengurusan SistemPendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti, Universiti KebangsaanMalaysia.
Heinich, Robert, (1996). Instructional Media And Technologies For Learning.N.J: Englewood Cliffs.
LAMAN WEB
Arthur Jupong.(2009). Guru dan Alam Pendidikan. Diperoleh pada Ogos 11,2009daripada http://www.slideshare.net/arthurjeo/4-guru-dan-alam-
Jujun S. Suriasumantri (1990). Diperoleh pada Ogos 29 2010 daripada
www.slideshare.net/.../4-guru-dan-alam-pendidikan
Kizlik, Bob Dr. (2002). Tips On Becoming a Teacher. Diperoleh pada Ogos 29 2010daripada http://www.adprima.com.tipson/html
http://personajohor.blogspot.com/2009/11/senarai-tugas-guru-pusat-sumber.html
- 16 -
LAMPIRAN
http://www.slideshare.net/arthurjeo/4-guru-dan-alam-http://www.slideshare.net/.../4-guru-dan-alam-pendidikanhttp://www.adprima.com.tipson/htmlhttp://personajohor.blogspot.com/2009/11/senarai-tugas-guru-pusat-sumber.htmlhttp://www.slideshare.net/arthurjeo/4-guru-dan-alam-http://www.slideshare.net/.../4-guru-dan-alam-pendidikanhttp://www.adprima.com.tipson/htmlhttp://personajohor.blogspot.com/2009/11/senarai-tugas-guru-pusat-sumber.html -
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
25/27
Home > Isu Semasa > Peranan Guru Dalam Pembinaan Negara Bangsa
Peranan Guru Dalam Pembinaan Negara Bangsa
Ditulis oleh:KULANZ SALLEH on SATURDAY, JANUARY 02, 2010Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain.
Tanpa pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara
perlukan warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pernyataan di atas menggambarkan peranan utama yang diharap dapat
dilaksanakan oleh sistem pendidikan formal di Malaysia dalam membina bangsa
yang bersatu dan moden. Situasi ini juga menunjukkan betapa besarnya
tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam mendidik anak bangsa
menacapai matlamat negara. Namun, guru yang mempunyai tahap keprofesionalan
yang tinggi perlu jelas akan amanah mereka yang sebenar iaitu melahirkan insan
yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh
dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni untuk dibentuk dalam diri pelajar
agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya
akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan
mereka terutamanya dalam usaha memperkukuh perpaduan, membina identiti
nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusiabersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi.
a. Menekankan Nilai Murni Merentas Kurikulum
Bagi mencapai matlamat pembentukan negara bangsa, guru harus menjalankan
tanggungjawabnya dalam menanamkan nilai-nilai murni yang merentasi kurikulum
dan kokurikulum kerana nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda, perkara,
perbuatan dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati berasaskan
sifat dan syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik pada ukurannilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga pada hati dan
terlihat dalam amalan dan percakapan. Penerapan watak nilai murni kemanusiaan
ini memandu manusia agar hidup bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu
berada di tahap yang tinggi dari segi ilmu dan akhlaknya.
Dalam proses pendidikan ini, guru berperanan mendidik manusia supaya fahammakna diri, makna Pencipta dan makna persekitaran dengan ilmu sebagai medium
http://kulanzsalleh.blogspot.com/http://kulanzsalleh.blogspot.com/search/label/Isu%20Semasahttp://kulanzsalleh.blogspot.com/http://kulanzsalleh.blogspot.com/search/label/Isu%20Semasa -
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
26/27
utama. Dalam pengajaran di sekolah, ilmu diolah menjadi kurikulum dan ia menjadi
fokus dalam menyusun sukatan. Bagaimana penerapan nilai yang sewajarnya,
bergantung kepada kebijaksanaan melaksanakan proses pedagogi dalam bilik
darjah. Hal yang sama juga berkait dengan kegiatan ko kurikulum sama ada
bentuknya sukan dan permainan, kesenian dan persatuan, ianya berkembang dalambatas nilai.
Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang sifatnya fundamental seperti
amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai
teras di samping nilai-nilai tambahan dan kembangan harus disuburkan secara
kreatif dan bijaksana agar watak yang bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa
pelajar. Dalam hal ini, guru atau pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan
nilai. Murid atau pelajar mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan
ketrampilan. Matlamat akhir pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan
penitipan adab kepada diri pelajar. Pada diri guru harus ada sifat muallim, murabbi
dan pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat
dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya
transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti ibu
bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan sumber
ikutan para pelajar.
b. Menyediakan Pendidikan Berkualiti
Matlamat pembentukan sebuah negara bangsa hanya dapat dicapai jika
masyarakatnya mempunyai ketrampilan dalam pelbagai bidang. Ini termasuklah juga
di bidang pendidikan. Justeru adalah menjadi peranan guru dalam menyediakan
pendidikan berkualiti untuk semua. Pendekatan ini adalah bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pendidikan berkualiti adalah untuk
memastikan semua kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka
dapat memperkembangkan potensi mereka secara holistik dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek. Dalam erti kata yang lain pendidikan yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk menghasilkan seorang pelajar yang
cemerlang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah. Dengan hasrat agar
apabila pelajar telah tamat pendidikannya dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan
khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT; kemahiran tinggi seperti
berupaya berkomunikasi dengan berkesan dalam pelbagai bahasa; dan sifat sahsiah
yang positif maka mereka dapat menyumbang kepada kesejahteraan dan
pembangunan dirinya, keluarga dan negara Malaysia.
Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai organisasi yangbertanggungjawab telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat memantapkan
-
7/28/2019 Templat Format KKBI EDU3108(2)
27/27
Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan tatacara pengurusan
pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan
pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan dapat
meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyakdisentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53
berkenaan Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.
c. Membangun Sumber Manusia Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
Pembinaan watak melalui kegiatan ko kurikulum juga amat penting dalam
mengembangkan lagi bakat dan minat para pelajar supaya ianya menjadi persiapan
kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang.
Disiplin dalam organisasi, adab dalam bersukan dan berseni menjadi aset yangpenting kepada pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka.
Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam organisasi merupakan suatu jambatan
kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan
mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang.
Pelbagai aktiviti seperti seminar, ceramah dan kursus berkaitan Islam Hadhari telah
diadakan sepanjang tahun 2007 kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah
bagi memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari. Oleh demikian, setiapguru perlu menerapkan kefahaman Islam Hadhari Merentas Kurikulum melalui
pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan ianya tidak diajar sebagai mata
pelajaran tersendiri. Oleh sebab itu, KPM telah membekalkan buku panduan
pengajaran dan pembelajaran Islam Hadhari untuk murid Tingkatan 1 hingga 5
kepada semua guru. Bagi meningkatkan kefahaman mengenai Islam Hadhari
kepada pemimpin sekolah dan guru-guru, KPM juga telah memperbanyakkan bahan
bacaan mengenai Islam Hadhari seperti menerbitkan dan mengedarkan ke sekolah-
sekolah Buku Perancangan Strategik Lima Tahun Pendekatan Islam Hadhari, Buku
Panduan KBSR/KBSM berasaskan Islam Hadhari serta risalah-risalah mengenaiIslam Hadhari. Harapan KPM supaya kefahaman serta penerimaan warga guru
sendiri terhadap Islam Hadhari dapat ditingkatkan dan prinsip-prinsip Islam Hadhari
dapat diamalkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.