Download - The Great Woman
PENGENALAN
Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan
mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam
pembangunan bangsa dan Negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja
memainkan peranan utama di dalam pembentukkan generasi akan datang malah
merupakan sumber ekonomi yang penting. Buat masa ini, mereka merupakan satu
pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari segi penyertaan buruh, penyertaan
wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam
tahun 1990. Di sektor luar bandar dan pertanian, wanita terus merupakan faktor
penting. Guna tenaga wanita juga semakin bertambah dalam sektor tektail dan
elektronik. Di sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial,
persendirian serta sektor awam, penyertaan wanita juga kian meningkat. Wanita juga
telah lama memainkan peranan yang aktif dalam bidang politik negara. Mereka
merupakan kumpulan pengundi yang kuat dan sering memainkan peranan sebagai
penarik pengundi. Kerajaan telah lama mengiktiraf sumbangan besar kaum wanita.
Secara tradisional, peranan isteri adalah untuk mentadbir hal-hal ehwal
rumah tangga dan keluarga. Namun, pada masa kini, peranan wanita sebagai isteri
dan ibu dimudahkan dengan perubahan persekitaran. Peranan wanita sebagai
pengurus rumah tangga telah mengalami perubahan dengan adanya bantuan dari
orang gaji, pengetahuan sains dan teknologi yang telah mencipta pelbagai perkakas
rumah tangga telah mengalami perubahan. Peranan wanita sebagai isteri
mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kebajikan suami berbeza
dengan masa dahulu. Mereka tidak lagi memegang peranan hanya sebagai tukang
masak dan pengasuh kanak-kanak sahaja, malah pada waktu yang sama mereka
harus menjadi penyambut tetamu yang baik, setiausaha yang cekap, pengarah yang
tegas dan menteri yang mempunyai sifat kepimpinan yang unggul. Menurut Ketua
Pergerakan Wanita UMNO, Datik D. Siti Zaharah Sulaiman dalam simposium yang
bertemakan “ Wanita Alaf Baru Abad ke -21 “, wanita hari ini telah mempunyai imej
dan tanggungjawab sosial yang berbeza sesuai dengan kehendak dan perubahan
zaman. Namun, wanita kerjaya ini juga mendatangkan implikasi yang baik dan buruk
terhadap keluarganya.
iv