Legislation related to Urban Regeneration:
the Malaysian Experience
Perundangan Yang Berkaitan Dengan Perancangan/
Pembangunan/ Pengurusan Bandar Di Malaysia (20)
Dalam memperkatakan tentang perundangan dalam aktiviti perancangan
Bandar dan desa di Malaysia, pada realitinya terdapat pelbagai peruntukan
perundangan/akta-akta yang berkaitan dengan bidang ini selain dari
perundangan yang utama iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta
172).
Antara akta/perundangan yang turut mempunyai perkaitan dengan bidang
Perancangan Bandar ialah:
Elemen Akta yang terlibat/berkaitan
1 Kerajaan Tempatan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1962 (Akta 267)
Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990 (Akta 423)
Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609)
Enakmen Lembaga Bandaran (Cap 137)
2 Tanah Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486)
Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
Akta Pemeliharaan Tanah 1960 (Akta 385)
3 Bangunan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
4 Alam Sekitar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
5 Infrastruktur & Utiliti Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993 (Akta 508)
6 Perumahan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja1990 (Akta 446)
Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966
(Akta 118)Sumber: BicaraPakKebun.blogspot.com
Sambungan.
7 Perkhidmatan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)
8 Warisan Akta Benda Purba 1976 (Akta 168) Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)
Sumber: BicaraPakKebun.blogspot.com
http://www.kkmm.gov.my/akta_kpkk/akta%20warisan%20kebangsaan%202005.pdf
http://www.heritage.gov.my/download/Garis%20Panduan%202012/Garis%20Panduan%20Pemuliharaan%20Bangunan%20Warisan.pdf
Big Q: Ini baru Akta, how about agencies? jurisdiction? enforcement?
Lihat kandungan Akta 645 dan GP
Fahami perbezaan istilah:
Warisan (heritage)
Pemuliharaan (preservation)
Pemeliharaan (conservation)
Menghidupkan semula (regeneration) maintain, adaptive use, infill (small scale), totally new (larger in scale), brownfield
Di Malaysia, akta yang menumpu kepada aktiviti pemuliharaan bandar
(pemuliharaan kawasan, tapak dan bangunan warisan) ialah Akta Benda
Purba 1976 (Akta 168) dan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).
Walaupun begitu, dalam konteks pemuliharaan bandar, beberapa
peruntukkan yang telah digariskan oleh Akta 172 tidak boleh dipandang sepi.
Walaupun tidak seperti Akta 168/Akta 645 yang memberikan kuasa kepada
pihak-pihak tertentu untuk mewarta dan juga membeli/menyewa/mengambil
sesebuah bangunan warisan, tetapi apa yang jelas ialah beberapa
peruntukkan yang terkandung dalam akta ini memberikan sedikit kelebihan
terhadap bangunan warisan untuk terus dipelihara dan dikekalkanseandainya peruntukan yang ada, digunapakai dengan sempurna.
Rancangan Pemajuan
Dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta
172) ini, satu sistem pembangunan yang komprehensif
telah diperkenalkan. Ia dikenali sebagai Sistem
Rancangan Pemajuan. Melalui sistem ini, Rancangan
Fizikal Negara disediakan oleh Ketua Pengarah JPBD,
Rancangan Struktur disediakan oleh Pengarah JPBD
Negeri manakala PBPT pula dikehendaki menyediakanRancangan Tempatan.
Peranan Akta 172 dalam urban regeneration
Akta 172, seksyen 12(3)(a)(viii) menyatakan bahawa satu-satu Rancangan
Pemajuan (dengan rujukan khusus kepada rancangan tempatan) perlu
membuat rumusan yang mengandungi perincian yang difikirkan sesuai oleh
PBPT mengenai cadangan untuk memelihara dan mengindah ciri-ciri rupa
bangunan dalam kawasan rancangan pemajuan (rancangan tempatan)
tersebut. Ini jelas melalui pernyataan yang yang berbunyi:
Sesuatu Draf Rancangan Tempatan hendaklah mengandungi
suatu peta dan pernyataan bertulis dan hendaklah membuat
rumusan yang mengandungi apa-apa perincian yang difikirkan
sesuai oleh PBPT mengenai cadangannya bagi memelihara dan
mengindahkan ciri dan rupa bangunan dalam kawasan rancangan
tempatan (seksyen 12(3)(viii))
Laporan Cadangan Pemajuan
Seksyen 21 A(d)(iii) Akta 172 memperuntukkan bahawa sesiapa yang ingin
memperoleh kebenaran merancang, perlulah menyediakan Laporan
Cadangan Pemajuan (LCP) yang mengandungi butir-butir bangunan yang
berkenaan.
Dalam kes ini, jika kawasan yang hendak dibangun/dimajukan mempunyai tapak dan bangunan warisan,
LCP harus menyertakan butir-butir bangunan warisan tersebut, menyenaraikan kegunaannya, rupa
binaannya dan bentuk serta langkah-langkah melindungi, memelihara dan mengindahkannya
seperti mana yang diperuntukkan di bawah peruntukan seksyen 21 B (1)(b) yang berbunyi seperti
berikut:
Pelan-pelan susunatur di bawah perenggan (f), seksyen 21A(1) hendaklah menunjukkan
pemajuan yang dicadangkan dan khususnya jika pemajuan itu berkenaan dengan sesuatu
bangunan yang mempunyai senibina yang tersendiri atau kepentingan sejarah, butir-butir untuk
mengenalpasti bangunan itu termasuklah kegunaannya dan keadaannya, serta ciri-cirinya,
rupanya, binaannyadan bentuknya yang tersendiri dan langkah-langkah bagi melindunginya,
memeliharanya dan mengindahkannya
Kuasa Pihak Berkuasa Negeri
Akhir sekali, Akta 172 melalui peruntukannya dalam Seksyen 58 (2)(f) yang
berbunyi:
Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah untuk menjalankan
maksud-maksud akta ini khususnya dan tanpa menyentuh keluasan seksyen-
seksyen kecil (1), kaedah-kaedah yang dibuat dibawah seksyen-seksyen kecil
itu boleh memperuntukkan perlindungan bagi tugu-tugu lama dan tanah dan
bangunan yang mempunyai kepentingan sejarah atau senibina
Akta ini dilihat telah memberikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk
membuat peraturan, kaedah-kaedah serta garis panduan yang difikirkan perlu
bagi tujuan penjagaan monumen lama dan tanah serta bangunan warisan yang
mempunyai kepentingan sejarah dan senibina.
http://bicarapakkebun.blogspot.com/2006/03/perundangan-dalam-perancangan-bandar.html
Seksyen 22 (5) (i)(j)(k) pula, telah memperuntukkan beberapa keperluan dan syarat yang perlu diikuti dan
dipatuhi sekiranya seseorang/mana-mana pihak ingin memperolehi kebenaran merancang. Ini boleh dilihat
seperti berikut:
a) Jika pemajuan melibatkan pendirian sesuatu bangunan baru atau pendirian semula atau perluasan
sesuatu bangunan atau sebahagian daripanya syarat-syarat untuk memastikan bangunan baru itu
bersepadu dengan senibina, ciri atau rupa yang tergambar pada bangunan-bangunan yang terletak
disekelilingnya, yang PBPT berhasrat untuk melindungi, memelihara atau mengindahkan (seksyen 22(5)(i))
b) Jika pemajuan melibatkan apa-apa tambahan kepada atau pengubahan suatu bangunan yang sedia Ada
yang mempunyai kepentingan sendiri atau senibina sejarah, syarat-syarat untuk memastikan muka
bangunan dan ciri luaran lain bangunan itu dikekalkan (seksyen 22(5)(j))
c) Jika pemajuan melibatkan pendirian semula suatu bangunan yang mempunyai senibina tersendiri atau
kepentingan sejarah atau perobohannya dan pendirian suatu bangunan baru di tempatnya, syarat-syarat
untuk memastikan muka bangunan dan ciri luaran lain bangunan yang dirobohkan itu akan dikekalkan
(seksyen 22(5)(k)).
Keperluan-keperluan yang ada dalam seksyen ini jelas berkaitan dengan pemuliharaan dan pengekalan
bangunan warisan. Antaranya ialah keperluan untuk mengekalkan muka bangunan (fasad) serta ciri-ciri
luaran bangunan warisan, seandainya satu-satu pembangunan atau pemajuan itu akan melibatkan
pengubahsuaian, perobohan ataupun pendirian semula bangunan warisan tersebut.
Rancangan FizikalNegara
Rancangan StrukturNegeri
RancanganTempatan Daerah
Rancangan Kaw. Khas
Peranan Akta 172 dalam urban regeneration
Peranan Akta 172 dalam urban regeneration
Proposal on Urban regeneration / redevelopment / new development
Planning permission
Reports (EIA, TIA, SIA, LCP, etc) Charges
Comply to various acts/guidelines
Comply with development plans
(RS, RT, RKK)
PBT /PBPT (Local Authority)
Proceed
Accept
Reject
Very powerful!
Conclusion
Pelbagai akta telah digubal untuk digunapakai bagi urusanberkaitan perancangan, pembangunan (termasuk regeneration) dan pengurusan bandar di Malaysia.
Kita telah melihat kurang lebih 20 Akta yang berkaitan bolehdigunapakai. Tetapi tidak perlulah kita menghafal kesemua akta(dan SEKSYEN terlibat) secara terperinci.
Ini kerana kesemua akta ini telah dibukukan dan perlu diperoleholeh anda untuk rujukan dan simpanan, apabila perlu.
Conclusion
Akta, perundangan mahupun garis panduan adalah penting. Bahkan dikatakan lebih utama berbanding rekabentuk keranahalatuju dan masa depan urban regeneration (di Malaysia) ditentukan oleh Akta yang digubal dan dikuatkuasakan.
Tanpa akta (atau pematuhan terhadap akta) segala aktivitipembangunan akan menjadi tidak terkawal dan akhirnya akanruntuhlah/collapse sesebuah bandar.
Conclusion
Justeru, aspek perundang (mengentahui akta, perundangan, garis panduan terlibat) adalah penting untuk diketahui dandipatuhi sebelum dirangka sesuatu design/projek ak