Download - Tiba waktunya
Disediakan oleh:Ahmad Fazrin & Nashruizan
Angin musim semakin deras dan ganas
meniup tamadun ke era yang pantas
lihatlah siapa mereka yang memanjang langkah
merebut tunas-tunas harapan yang hijau
dari putik dan pucuk berembun kemilau.
Haruskah kita tunduk mengutip sisa-sisa
atau berada di sana meraih sejahtera?
Usah kautanya persoalan dilema
kerana ini bukan waktunya untuk berhujah perlu tidaknya
dan masa pun tidak akan menanti
buat mewajar padah atau simpati.
Wanita zaman siber
perlu mengacung minda ke tengah arena
suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi
menuju wawasan era globalisasi.
Lepaskan segala belenggu kedaifan
huraikan segala keliru kekusutan
wanita zaman ini perlu bangun berani
yakin diri tahan diuji
tinggi pekerti anggun gerak-geri
terunggul dalam segala segi.
Mari kita jana semua upaya
dalam menjulang citra seluruh wanita
dengan kudrat mental juga fizikal
berbekal iman dan semangat cekal
kita gerakkan kemampuan yang pukal.
Kini sudah tiba waktunya
kita bertakhta di persada dunia.
MAKSUD
Rankap 1Masa berubah begitu cepat. Perubahan itu menyebebkan dunia berdepan dengan arus pemodenan dan
mencipta tamadunyang pesat. Oleh itu, wanita perlu merebut peluan, membaiki diri, mempersiapkan diri
dan bangkit untuk bersaing dengan permodenan.
Rankap 2Wanita tidak perlu membuang masa untuk berhujah dan menimbulkan banyak dilema serta kerenah sebab
masa tidak menunggu mereka. Wanita hendaklah berusaha untuk memajukan diri tanpa membuang masa.
Rankap 3Wanita pada zaman moden ini mestilah berani berjuang dan melontarkan idea. Idea dan fikiran wanita juga
tajam dan bernas serta mempu menjadi pemangkin aspirasi ke arah menuju wawasan era globalisasi.
Rankap 4Wanita perlu berani melepaskan diri daripada sifat lemah, ancaman nilai tradisi, persoalan remeh-temeh,
dan kekusutan hidup. Mereka hendaklah bangkit dengan keberanian yang kental, yakin diri, tahan uji dan
senggup menghadapi sebarang rintangan. Walaubagaimanapun, wanita hendaklah menjaga kesantuan budi,
tatasusilah dan maruah diri dalam semua asapek.
Rankap 5Wanita hendaklah berusaha dengan gigih dan mempunyai kekuatan fizikal dan metal serta kecekalan iman
untuk memartabatkan golongan mereka.
Rankap 6Kini sudah tiba masanya wanita muncul sebagai pemimpin, pejuan dan penggerak untuk menunjukkan
kemampuan mereka di persada dunia.
Tema
Kebangkitan semangat juang dan keberanian golongan wanita untuk mengubah nasib diri dan
memartabatkan golongan wanita supaya dapat mengahadapai saingan arus globalisasi.
PERSOALAN1. Perubahan dalam zaman moden yang berlaku dengan cepat. Kepantasan perubahan dunia moden
pada hari ini menyebabkan manusia berdepan dengan kemajuan dan pembangunan dengan pasat.
2. Peluang wanita dalam zaman globalisasi ini. Wanita tadak perlu membunag masa dan harus
merebut peluang untuk memajukan diri untuk berdepan dan bersaing dengan arus globalisasi kini.
3. Keberania wanita pada zaman moden. Wanita pada zaman moden berani berjuang dan melontarkan
idea serta buah fikiran untuk pembangunan negara.
4. Wanita pemangkin aspirasi wawasan era globalisasi. Wanita mempunyai peranan yang besar untuk
menyumbang tenaga dan fikiran ke arah menuju wawasan era globalisasi.
5. Wanita dibelenggu oleh kekangan hidup. Wanita perlu melepaskan diri daripada sifat lemah,
ancaman nilai tradisi, persoalan remeh-temeh dan kekusutan hidup jika mahu perubahan.
BENTUK SAJAK1. Berbentuk bebas dan terdiri daripada enam rangkap.
2. Rangkap pertama mempunyai lima baris manakala rangkap terakhir mempunyai dua baris.
Keseluruhan sajak ini mempunyai 29 baris.
3. Setiap baris dalam rangkap mempunyai tiga hingga enam patah perkataan.
4. Jumlah suku kata adalah antara tujuh hingga tujuh belas.
GAYA BAHASA1. Personifikasi
meniup tamadun ke era yang pantas
2. Anafora
kita gerakkan kemampuan yang pukal
3. Responsi
Lepaskan segala belenggu kedaifan
Huraikan sengla keliru kekusutan
4. Sinkope
Usah kautanya persoalan dilema
5. Metafora
a) angin musim
b) tunas-tunas harapan
c) belengu kedaifan
d) persada dunia
UNSUR BUNYI1. Asonansi
suara dan kudratmu adalah pemangkin aspirasi (perulangan vokal a)
2. Aliterasi
wanita zaman ini perlu bangun berani (perulangan konsonan n)
3. Rima
a) Rangkap pertama - aabcc
b) Rangkap kedua - aaaaabb
c) Rangkap ketiga - abcc
d) Rangkap keempat - aabbbb
e) Rangkap kelima - aabbb
f) Rangkap keenam - aa
NADA
• Sajak ini membawa nada patriotik, iaitu timbul perasaan penyajak untuk memperjuangkan isu
wanita supaya bangkit berjuang dengan penuh semangat agar wanita dapat meningkatkan
martabat mereka di persada dunia
NILAI1. Keberanian
• Wanita hendaklah berani berjuang untuk menegakkan kebenaran dan hak mereka selaras dengan
perkembangan arus globalisasi.
2. Kebebaskan
• Dunia moden nenuntut wanita supaya bebas berjuang dan bebas untuk merebut peluang yang
ada.
3. Berkhemah tinggi
• Wanita yang berkhemah tinggi sahaja yang mampu mengahadapi cabaran era globalisasi.
4. Rasional
• Wanita perlu bertindak secara rasional dan mengikut peraturan jika mahu melihat martabat
mereka berada pada kedudukan yang sewajarnya.
PENGAJARAN1. Kita hendaklah yakin diri akan kemampuan yang ada jika hendak mengubah diri kita dan mangangkat
martabat golongan wanita supaya cita-cita itu tercapai.
2. Kita hendaklah berusaha untuk memajukan diri tanpa membuang masa.
3. Kita hendaklah menjaga maruah diri dalam perjuangan agar kesantunan budi dan tatasusila wanita
akan terpelihara.
4. Kita hendaklah sabar menghadapi ujian perjuangan supaya matlamat untuk memartabatkan golongan
wanita akan tercapai dengan mudah.
5. Kita hendaklah melepaskan diri daripada belenggu dan kongkongan tradisi hidup untuk mencapai
matlamat tanpa membelakangi peraturan dan norma hidup.