Download - Tokoh-Tokoh Cina
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDAPERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI
2011(SEMESTER 1)
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TOKOH TAMADUN CHINA)
NAMAMUHAMMAD AIZZAT BIN MOHAMMAD JAKI
NO KAD PENGENALAN900804 – 08 – 6481
OPSYENMT / BI / BM
PENSYARAHDR MOHD HAIRUDIN BIN AMIN
Confucius
Confucius
Nama Leluhur (姓) Kong (子) (Pinyin: Zǐ)
Nama Keluarga (氏) Kong (孔) (Pinyin: Kǒng)
Nama Berian (名) Qiu (丘) (Pinyin: Qiū)
Nama Zi (字)Zhongni (仲尼)
(Pinyin: Zhòngní)
Gelaran Anumerta
(謚)
Pendeta Kong
孔子,孔夫子)
(Pinyin: Kǒngzǐ, Kǒngfūzǐ;)Pendeta Terunggul Purba
(至聖先師)
(Pinyin:Zhìshèng Xiānshī)
Wade-Giles K'ung-tzu, K'ung Fu-tzu
Ajaran konfucianisme telah dibawa oleh Confucius. Nama sebenar beliau ialah Kung
Chiu/Kung Fu Tze. Kung sebagai nama keluarga dan Chiu/Fu Tze ialah nama
beliau. Confucius juga lebih dikenali sebagai Tuan Kung. Beliau dilahirkan pada
sekitar tahun 551 S.M. oleh ibunya iaitu Chiang Sai di negeri Lu iaitu di wilayah
Shantung pada hari ini. Confucius meninggal dunia pada tahun 479 S.M. Beliau
berasal daripada keluarga bangsawan tradisional. Nenek moyangnya berketurunan
daripada keluarga bangsawan dari negeri Shung. Namun demikian, keadaan huru –
hara dan peperangan semasa akhir dinasti Chou Barat telah menyebabkan keluarga
beliau menjadi miskin. Nasib Confucius bertambah malang apabila ayahnya
meninggal dunia ketika beliau berusia tiga tahun. Ibunya menjadi orang penting
dalam hidupnya, membesarkannya, dan beliau terpaksa menghadapi kehidupan
yang susah. Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani
dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka.
Minat Confucius terhadap ilmu pengetahuan mulai kelihatan ketika beliau berusia 15
tahun. Namun, peluang orang biasa untuk mendapatkan pendidikan amat sukar
kerana pendidikan menjadi hak golongan bangsawan dan keluarga diraja. Walau
bagaimanapun, Confucius merupakan seorang yang rajin dan tidak kenal erti putus
asa lalu beliau mencari jalan untuk mendapatkan pendidikan. Pengalaman hidupnya
yang pahit itu membuatnya peka terhadap penderitaan rakyat kecil. Ia sangat
prihatin dengan keadaan sekitarnya yang dianggapnya telah rosak dan
menyedihkan. Keprihatinannya inilah mendorong semangat Konfucius melakukan
perubahan dan pembaharuan,yaitu dengan mendidik murid-murid yang kelak dapat
dipersiapkan terlibat dalam pemerintahan.
Peluang beliau nampaknya cerah apabila beliau telah bekerja dengan golongan
bangsawan. Dari situ, beliau telah dapat mengenal sistem kerajaan Cina kuno dan
dapat memasuki istana raja. Beliau berkahwin ketika berusia 19 tahun dengan
Chikuan. Beliau mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Li dan dua orang
anak perempuan. Jawatan pertama yang disandang beliau ialah penjaga gudang
dan selepas itu dinaikkan pangkat sebagai Pesuruhjaya Taman dan Herba.
Nasib Confucius seterusnya bertambah baik apabila beliau dilantik sebagai ketua
polis di Jabatan Kehakiman Negeri Lu. Namun beliau telah meletak jawatan itu dan
menjalankan usaha mengembangkan idea-idea beliau kepada masyarakat Cina.
Kebolehan beliau menjadi pengajar terbukti dengan bakat yang ada dalam bidang
kesenian. Beliau dianggap seorang yang mempunyai bakat yang pelbagai dalam
bidang tersebut. Dengan latar belakang beliau itu, maka ramai keluarga bangsawan
telah tertarik dengan idea-idea yang dibawanya dan telah menghantar anak mereka
berguru dengan Confucius. Beliau dikatakan sebagai guru persendirian pertama di
China. Idea-idea yang diutarakannya telah dapat menarik kira-kira 300 pengikut.
Selama 13 tahun beliau telah mengembara ke seluruh pelosok China untuk mencari
pemimpin-pemimpin yang ingin mengikut nasihat dan idea-ideanya. Namun usaha
beliau sering menemui kegagalan. Beliau hanya diterima oleh pemerintah negara
Ch’i. Setelah beliau meninggal dunia, ajaran beliau mulai mendapat tempat di
kalangan penduduk China dan juga pemerintah China hingga kini. Penerimaan
ajaran beliau itu hasil daripada penyebaran yang dibuat oleh anak muridnye ke
serata China. Pada hari ini, bukan setakat penduduk di China yang mengiktiraf idea
beliau tetapi telah tersebar dan mendapat sambutan penduduk di Jepun, Korea,
Vietnam dan masyarakat Cina di Asia Tenggara. Hari-hari terakhir dalam
kehidupannya banyak dihabiskan untuk mengumpul dan menyusun buku-buku
ajarannya.
Ajaran –ajaran yang disebarkan oleh Confucius kepada masyarakat telah disusun di
menjadi teks-teks klasik yang lebih dikenali sebagai Five Books and Five Classics.
Lima karya klasik yang dikumpulkan oleh Confucius itu adalah seperti yang berikut:
i. Book of Changes (Yi)
- merupakan sebuah karya tentang ramalan
ii. Book of History (Shu)
- sebuah koleksi rekod, ucapan, dan kertas kerajaan yang bertarikh kira-kira 2000
Tahun S.M.
iii. Book of Poetry (Shi)
- sebuah koleksi puisi berjumlah 305 dan lagu-lagu rakyat yang bertarikh dari
abad ke-11S.M. hingga abad ke-6 S.M.
iv. Book of Rites (Li)
- sebuah buku catatan tentang peraturan upacara istiadat di tempat awan dan
Peribadi yang banyak diambil semasa dinasti Chou
v. Spring and Autumn Annals (Chunqiu)
- suatu urutan peristiwa yang berlaku di negeri Lu dari tahun 722 hingga tahun
464.Berdasarkan karya inilah era Musim Bunga dan Musim Luruh mendapat
nama.
Selain lima karya Confucius itu, terdapat karya lain yang berkaitan dengan ajaran
Konfusianisme yang merupakan karangan yang dikumpul dan disusun oleh pengikut
beliau :
i. The Great Learning (Daxue)
- kata – kata Confucius tentang falsafah politik moral untuk pemimpin
ii. The Doctorine of The Mean (Zhangyong)
- sebuah lagi karya yang dikumpul oleh pengikutnya tentang keadaan semula jadi
manusia dan hubungan antara manusia dan syurga
iii. The Analects (Lunyu)
- perbualan antara Confucius dengan anak muridnya
iv. The Book of Mencius (Mengzi)
- sebuah tulisan salah seorang pengikut Confucius iaitu Mencius berkaitan dengan
peraturan kerajaan, pemerintah yang baik, nota tentang keadaan semula jadi
manusia dan sebagainya.
Ajaran yang dibawa oleh Confucius bukannya ajaran agama kerana penekanan
beliau lebih kepada soal kehidupan social manusia. Beliau juga tidak mengkaji
tentang soal kematian. Secara umumnya, ajaran Confucius menekankan tentang
kualiti peribadi manusia seperti kesopanan, jujur, menghormati kebaikan, keamanan,
menghormati, berbudi pekerti yang tinggi dan bertanggungjawab. Oleh itu, pada
tumpuannya adalah tentang soal moral dan pernah suatu ketika beliau menyatakan
bahawa pegawai kerajaan harus dipilih mengikut kebolehan dan sifat moral yang
tinggi dan bukannya pemilihan berdasarkan warisan seperti keluarga bangsawan.
Perkara inilah yang diajarkan kepada pengikutnya dan sebagai guru, beliau cuba
menjelaskan kepada pengikutnya tentang warisan budaya kuno. Oleh sebab itu,
Confucius cuba mendekati pengikutnya berhubung dengan adat dan istiadat serta
norma lama untuk dihayati dan diteruskan oleh pengikutnya.
Beliau berpendapat bahawa masyarakat Cina harus mengamalkan ajaran lama yang
telah diturunkan dari Zaman Keemasan China. Dengan mengamalkan semua
amalan lama, maka sifat manusia akan dapat ditamadunkan dan member suatu
tatacara dalam kehidupan bermasyarakat. Berkenaan dengan perkara itu, Confucius
dengan rendah hati menyatakan bahawa beliau bukannya pencipta dan beliau
sendiri banyak kekurangan. Oleh itu, sebagai seorang penyalur, maka beliau
hanyalah seorang guru.
Dalam ajarannya, Confucius menekankan peri pentingnya mengamalkan nilai dan
moral yang baik terutamanya dalam soal kemanusiaan (jen/ren) dan mempunyai
perasaan kasih sayang sesama manusia. Perkataan jen menjadi asas penting dalam
ajarannya dan disebut 100 kali di dalam Analects. Konsep ini amat penting bagi
diterapkan ke dalam hubungan kemasyarakatan di China bagi mencapai
keharmonian dan kelancaran pentadbiran kerajaan. Konsep ini boleh diaplikasikan
kepada sesebuah masyarakat seperti xiao menanamkan perasaan sayang kepada
ibu bapa. Bagi mempraktikan konsep jen, maka pengikut Confucius juga disarankan
mengamalkan konsep Chung dan Shu. Kedua-dua konsep ini menjadi konsep yang
saling melengkapi antara satu sama lain. Chung bererti “buat sesuatu kepada orang
lain yang kamu suka untuk kamu sendiri” dan Shu pula bererti “jangan buat sesuatu
kepada orang lain yang kamu tidak suka buat untuk diri kamu sendiri”.
Confucius juga menggesa masyarakat Cina supaya menekankan kepentingan
seseorang itu berpegang pada “nama” mereka. “Nama” boleh membantu perjalanan
masyarakat dengan lebih sempurna dan teratur. Oleh itu, seseorang raja harus
bertindak sebagai raja, para menteri bertindak sebagai menteri, bapa sebagai
seorang bapa dan anak sebagai seorang anak. Setiap “nama” mempunyai suatu
tanggungjawab dan tugasnya tersendiri. Manakala sesebuah negara pula
disaranakan ditadbir secara moral dan bukannya menggunakan undang-undang
ataupun kekuasaaan. Oleh itu, pemerintah hendaklah mempunyai sifat moral yang
tinggi untuk dicontohi oleh rakyatnya.
Confucius berpendapat bahawa jika seseorang pemerintah meletakkan soal moral
sebagai soal paling penting, maka rakyatnya akan mengikut jejaknya dan secara
tidak langsung undang-undang yang keras tidak diperlukan. Beliau menambah lagi
bahawa pemerintah umpama angin yang bertiup dan rakyatnya umpama rumput.
Jika angin bertiup, makan rumput akan tunduk, dan perumpamaan ini boleh menjadi
contoh sesuai dalam pemerintahan sesebuah negara. Dengan itu, beliau
menjelaskan kaedah terbaik untuk memerintah bukannya menerusi
penguatkuasaaan undang-undang tetapi menanamkan nilai-nilai moral menerusi
pendidikan kepada rakyat.
Dalam sesebuah masyarakat atau negara, beliau menyarankan supaya diwujudkan
suatu ikatan yang kuat dalam masyarakat. Ikatan ini akan membantu mengawal
hubungan manusia di semua peringkat atau seluruh masyarakat. Oleh itu, hubungan
yang lebih erat adalah umpama sesebuah keluarga harus dijalankan. Dalam
sesebuah keluarga misalnya, ketaatan anak kepada ibu bapa atau orang lebih tua
dipentingkan. Dengan itu, wujud tiga hubungan yang penting dalam sesebuah
keluarga seperti anak kepada bapa, adik kepada abang dan isteri kepada suami.
Namun hubungan ini bukannya hubungan sehala, tetapi lebih merupakan hubungan
dua hala antara kedua-dua pihak. Pihak yang lebih tua mempunyai tanggungjawab
dan menjaga orang bawahnya (anak, isteri atau sebagainya), manakala golongan
bawah harus mentaati dan menurut perintah.
Keadaan serupa juga harus ada dalam hubungan di sesebuah negara kerana
perkara itu boleh mengelakkan tindakan jahat pemerintah (seperti menindas,
bergaduh, berperang) terhadap rakyat. Melalui hubungan ini boleh membantu
mengeratkan hubungan sesama manusia dengan rakyat mentaati pemerintah dan
pemerintah pula akan menjalankan tugasnya dengan baik. Dengan kata lain,
Confucius menambah dua lagi hubungan penting dalam susunan masyarakat iaitu
hubungan rakyat dengan pemerintah dan hubungan sesama kawan yang diibaratkan
sebagai hubungan adik-beradik. Namun, biasanya hubungan antara kawan lebih
merupakan hubungan yang sama taraf kecuali terdapat perbezaan umur.
Kesan Pengaruh Confucius Kepada Masyarakat
Secara umumnya pengaruh Confucius dalam kehidupan mesyarakat cina amatlah
penting. Walaupun pada awal hayat Confucius, beliau gagal mempengaruhi banyak
kerajaan, namun setelah beliau meninggal dunia barulah ajarannya mula
menampakkan pengaruh dalam pemikiran masyarakat Cina. Ajaran Confucius telah
melahirkan sistem peperiksaan yang wujudnya birokrasi dalam pentadbiran China.
Pada hari ini, masyarakat Cina masih mengamalkan ajaran falsafah.
Satu lagi kesan ketara ajaran Confucius ialah secara beransur-ansur ajarannnya
menjadi ajaran agama. Confucius mula dipuja sebagai seorang tokoh yang unggul.
Zaman Dinasti Han memulakan upacara korban di depan makam Confucius.
Selepas itu, taraf Confucius dinaikkan kepada “Yang Dipertian Ni, Yang Maha
Sempurna dan Maha Terkenal”. Kuil-kuil juga telah dibina untuk menjalankan
upacara pemujaan Confucius. Secara keseluruhannya, usaha Confucius itu tidak
sia-sia dan pengaruhnya bukan sahaja menjadikan Confucius sebagai satu aliran
falsafah utama masyarakat Cina tetapi telah menjadi sebahagian daripada ajaran
agama masyarakat Cina.
Salah seorang anak murid Confucius yang paling terkenal ialah Mencius ataupun
Meng Ko. Beliau juga dikenali sebagai Tuan Meng. Beliau dilahirkan pada tahun 371
S.M. dan meninggal dunia pada tahun 289 S.M. Sebagai pengikut Confucius,
Mencius juga cuba menasihati pemerintah agar menjalankan pemerintahan yang
bijaksana. Beliau menyatakan bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik seperti
air yang menitis. Oleh itu, jika menentang sifat semula jadi maka akan timbul
kejahatan. Beliau juga menyarankan agar manusia mengembalikan institusi lama
(Dinasti Chou Barat) untuk menyelesaikan masalah di China pada masa itu. Beliau
berpendapat baha semua orang boleh men jadi Yao ataupun Shun (raja lagenda
yang bijaksana pada zaman kuno). Manakala perbuatan jahat adalah kerana
manusia tidak menuruti sifat asalnya dan bukan disebabkan bakat semula jadinya.
Oleh itu manusia perlu dididik untuk mengembalikan kosep hsin (xin) iaitu pemikiran
atau hati. Ini kerana pemikiran atau hati akan menggalakkan pertumbuhan sifat-sifat
baik.
Selain mengembangkan ajaran Confucius, Mencius juga mempertahankan ajaran
Confucius daripada kritikan ahli falsafah yang lain. Beliau meninggal dunia pada
tahun 289 S.M. dan mewariskan karya tentang ajaran beliau dalam buku yang
dikenali sebagai Mencius.
Selepas beliau mati, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang:
Shandong). Kini, kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan dinamakan
Taman Kong.Walaupun Confucius telah mati tetapi ajaran dan falsafah beliau masih
diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China. Kitab yang
disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects), dimana ia
merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta
ajarannya yang semakin hilang.
Tokong Confucius yang pertama di Malaysia terletak di sebuah sekolah yang
bernama Confucius Chung Hwa School di Pulau Pinang.Sekolah ini diasaskan oleh
Duta Besar Dinasti Qing ke kawasan jajahan selat British pada awal kurun ke-20.
Pada masa itu, orang orang TIONG HUA di Pulau Pinang akan membawa anak-
anak mereka ke tokong untuk memberi penghormatan kepada Confucius sebelum
memulakan persekolahan awal mereka.
Di Melaka, sebuah bangunan yang dinamakan Bangunan Confucius juga didirikan
untuk memperingati jasa Confucius dan para pengikutnya yang handal dalam bidang
akademik. Setiap tahun, istiadat diadakan untuk memberi penghormatan kepada
Confucius pada hari jadi Confucius iaitu pada 27 haribulan 8 Kalendar Cina (28
September 551 BCE).
Lao Tzu
老子, Laozu
Laozu meninggalkan negeri Chu dengan kerbaunya.
Nama (姓名)Li Er (李耳)
(Pinyin: Lǐ Ěr )
Wade-Giles(韦氏拼音)
Lao Tzu
Ejaan lainLao Tse, Laotse,Lau Tze, Laotze
Nama Zi (字)(nama selepas
berkahwinatau mencapai 20
tahun)
Boyang (伯陽) atau
Dan 聃(Pinyin: Bó Yáng)
(Pinyin: Dān)
Gelaran Anumerta(selepas kematian) 老子; (Pinyin: Lǎozǐ)
Satu lagi ajaran yang berpengaruh dalam kehidupan masyrakat Cina ialah Taoisme.
Aliran falsafah ini disebarkan oleh Lao Tzu. Namum, latar belakang beliau tidak
banyak diketahui. Beliau dilahirkan pada tahun 604 S.M. di sebuah kampung yang
dipanggil Juren dalam negeri Ch’u. Beliau juga dikatakan pernah bekerja di negeri
Chou. Apabila kerajaan Chou mulai merosot, Lau Tzu mengambil keputusan untuk
mengembara ke barat. Namun, semasa hendak menyeberangi sempadan, beliau
telah ditahan oleh pengawal yang tidak membenarkan beliau menyeberangi
sempadan kecuali beliau boleh menurunkan ilmunya dalam tulisan. Oleh itu, dalam
tempoh dua hingga tiga minggu beliau telah menulis tentang ilmunya dalam sebuah
karya yang berjudul Tao Te Ching (buku tentang Jalan dan Kebaikan).
Buku ini mengandungi 80 bab pendek dengan kira-kira 5000 perkataan Cina.
Setelah selesai menulis buku tersebut, beliau telah menyerahkan kepada pengawal
sempada dan beliau telah dibenarkan pergi ke barat. Menurut sumber-sumber
tradisi, beliau dipercayai bersifat kekal dan tidak mati. Namun, sumber tradisi yang
lain menyatakan beliau mati pada usia tua dan dikebumikan di China.
Secara umumnya Taoisme merujuk “the way things do what they do”. Oleh itu, ada
cara untuk memasak, cara berperang, cara bertani, cara mengikat tali kasut, cara
sesuatu pemikiran dan tindakan yang mempengaruhi dunia dan lain-lain. Tao
merupakan asas kemunculan sesuatu benda. Selepas Tao, timbul perbezaan antara
semua benda di dunia ini. Keadaan ini seolah-olah menunjukkan bahawa Tao
mendahului tuhan ataupun sama dengannya.
Kejadian daripada Tao dilihat suatu kejadian yang spontan tanpa wujud objektif atau
tujuan tertentu. Benda-benda yang wujud dalam alam semesta ini berdasarkan
prinsip ini. Oleh itu, Tao dilihat mencapai sesuatu tanpa usaha ataupun perjuangan.
Begitu juga dengan manusia yang datang dari Tao, maka perbuatan dan tindakan
manusia haru bertindak spontan atau dengan kata lain, bersifat semula jadi.
Ajaran Taoisme menekankan konsep wu-wei iaitu konsep yang merujuk “tidak buat
apa-apa”. Perkara ini bukan bermakna tidak bertindak atau tidak membuat sesuatu
tetapi menyerahkan kepada alam semulajadi untuk menyusun keadaan. Oleh itu,
beliau menyarankan semua perkara dibuat secara sendirian mengikut kesesuainnya
sendiri. Usaha untuk memperbaiki keadaan akan menimbulkan kerugian dan
ketidakharmonian pada alam semula jadi. Jika perkara ini diaplikasikan dalam
pemerintahan, maka pemerintahan seharusnya diminimumkan. Sementara itu,
pemerintahan yang menjalankan penaklukan menggunakan senjata adalah
ditentang.
Berkaitan dengan usaha kembali kepada keharmonian alam semula jadi, maka
beliau menekankan tentang pembentukan perwatakan manusia. Menurut Lao Tzu,
dunia manusia adalah sesuatu yang buruk. Beliau berpendapat bahawa kejadian
negatif seperti kecurian, pembunuhan, rompakan dan peperangan berpunca
daripada tindak-tanduk manusia mengejar sesuatu yang tidak dapat mereka peroleh.
Secara tidak langsung, ajaran ini menekankan bahawa keamanan dan keharmonian
akan tercapai jika manusia tidak mengikut hawa nafsunya untuk mencari atau
mengejar kebendaan. Dengan itu juga, manusia juga tidak memerlukan undang-
undang dan perundangan untuk mengawal kegiatan manusia. Lao Tzu tidak
bersetuju bahawa kerajaan yang baik harus dicontohi oleh rakyat, dan perkara ini
hanya teori semata-mata.
Realitinya, China adalah sebuah negara yang besar dan luas, maka mustahil semua
rakyat akan mencontohi pemerintah. Yang lebih penting ialah bagaimana semua
rakyat dapat mengawal hawa nafsunya dan kembali kepada aturan alam semula jadi
bagi mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam sesebuah masyarakat dan
negara. Bagi beliau, kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang kurang
memerintah.
Pada zaman dinasti Han, ajaran Taoisme terbahagi kepada dua bahagian iaitu
ajaran falsafah dan aliran agama. Pada abad kelima Masihi, ajaran Taoisme mula
berkembang sebagai satu agama yang kebanyakkannya mengambil ciri-ciri agama
Buddha Mahayana. Ajaran Taoisme ini cuba memberi kepuasan kepada
penganutnya yang tidak mencapai kepuasan dalam ajaran Confucius. Pada lewat
abad kedua Sebelum Masihi, agama Taoisme telah digerakkan oleh pergerakan
Tianshi dao (Cara Tuan Syurga) diketuai oleh Zhang Daoling. Pertubuhan agama
Tao ini bergerak aktif di bahagian barat daya China. Sebagai suatu agama, Taoisme
mempunyai tuhan-tuhan tersendiri seperti Maharaja Jed. Manakala Maharaja
Gunung Timur sebagai penjaga kepada balasan baik dan balasan buruk. Ajaran
agama Taoisme menjadi amalan kebanyakkan persatuan sulit China. Walaupon
ajaran ini cuba dihalang, namun tetap diamalkan oleh penduduk China. Malah ajaran
ini diamalkan bersama-sama ajaran Confucius. Satu lagi keistimewaaan ajaran ini
ialah ajarannya telah membawa kepada beberapa gerak langkah jasmani seperti
Taichi Chuan, Chi Kung (Qi Gong) dan meditasi. Dengan kata lain, Taoisme bukan
sahaja satu falsafah tetapi berkembang sebagai agama, kerajaan, kesenian,
perubatan mahupun dalam aspek masakan.
Lambang Taoisme
Lambang yang sering dikaitkan dengan ajaran Laozi ialah lambang "ying-yang"
("ying" bermaksud "feminin", dan "yang" bermaksud "maskulin"). Ia membayangkan
kebenaran bahawa dunia ini adalah dunia dualisme, iaitu segala fenomena dalam
dunia ini mempunyai dua keterlaluan. Misalnya, jika tiadanya besar, tidak akan ada
kecil; jika tiadanya kiri, tidak akan ada kanan, dan sebagainya. Oleh itu, lambang ini
mempunyai dua bahagian yang sama besar, separuh putih dan separuh hitam. Garis
di tengah adalah melengkung dan bukannya lulus. Ini bermakna bahawa kesemua
fenomena di dalam dunia ini adalah dalam keadaan sentiasa berubah-ubah.
Sewaktu hitam berkembang, putih berundur, dan sebaliknya. Oleh itu, seseorang
harus tidak menentangi sifat alam semesta seakan-akan ia sentiasa sama sahaja.
Sebaliknya, dia harus berundur pada tempoh sebegini, dan menunggu untuk "putih"
memulih. Ini adalah salah satu daripada tafsiran konsep "wei-wu-wei".
Ia dicipta oleh penganut-penganut Taoisme untuk menggambarkan konsep ajaran
Laozi. Bagaimanapun, apa yang digelarkan Taoisme di Malaysia dan banyak tempat
yang lain bukannya ajaran Lao Tzu yang sebenarnya. Sebenarnya, Gautama
Buddha dan Lao Tzu tidak berniat mengagamakan ajaran mereka. Apa yang
digelarkan Taoisme sebenarnya adalah adat resam dan budaya orang Cina yang
telah meminjam sebahagian kecil sahaja daripada ajaran Lao Tzu serta,
kekadangnya, ajaran Buddha.
RUJUKAN
BUKU
1. Suffian Mansor, (2003). Tamadun China. Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Ahmad Zaki Abd Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Daros, (2009).
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Oxford Fajar
3. Azizah Othman, (1998). Tamadun Asia.
4. Choon Lean Keow, (2010). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia.
Kumpulan Budiman Sdn Bhd
INTERNET
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Konfusianisme
(Dilayari pada 1/2/2011)
- http://ahmadsamantho.wordpress.com/2009/10/23/kon-fu-tze-atau-konfucius/
(Dilayari pada 1/2/2011)
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Confucius
(Dilayari pada 1/2/2011)
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Taoisme
(Dilayari pada 2/2/2011)
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Taoisme
(Dilayari pada 2/2/2011)
- http://it411x34.tripod.com/sumbangan_tamadun.htm
(Dilayari pada 2/2/2011)