Download - Topik 1 MTE3106-Bahan Cetakan
MTE3106 Resos Dalam Matematik
1
Topik 1 Bahan Cetakan
1.1 Sinopsis
Meneroka dan menterjemahkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk bahan bercetak. Memilih dan menggunakan bahan bercetak dengan teliti
agar dapat memberikan impak yang besar dalam merealisasikan satu bentuk
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berdaya fikir. Adalah diperakui
bahawa pembelajaran yang berdaya fikir pastinya dapat menjana minda yang kritikal
dan kreatif, dan seterusnya dapat melahirkan modal insan dengan minda kelas
pertama.
1.2 Hasil Pembelajaran
1. Mendefinisikan pengertian Bahan Cetakan
2. Mendefinisikan pengertian Buku dan Jurnal
3. Meneroka cirri-ciri bahan bercetak yang terdapat pada buku dan jurnal
4. Memilih bahan bercetak yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran.
5. Membuat justifikasi bagaimana bahan bercetak dapat digunakan dalam setiap
peringkat proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3. Kerangka Kursus
Bahan Bercetak
Buku Jurnal dan Artikel
2
MTE3106 Resos Dalam Matematik
1.4 Pendhuluan
Kursus ini adalah bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka
aplikasi pelbagai resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
Untuk tujuan kursus ini, perkataan resos dalam matematik adalah dirujuk sebagai
sesuatu yang dapat diguna untuk menyokong atau membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran matematik. Adalah diakui bahawa terdapat pelbagai
jenis resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik seperti Internet,
Rencana, Jurnal, CD ROM, Alat Bantu Mengajar, Buku Teks, Majalah, Program TV,
Muzik, Model 3-D, Kad dan sebagainya. Sebenarnya resos boleh dibahagikan
kepada 3 kumpulan, iaitu:
1.4.1. Bahan Cetakan
1.4.2. Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran, dan
1.4.3. Teknologi
Jelas kepada kita bahawa ketiga-tiga kumpulan resos di atas mampu digunakan
sebagai bahan rujukan, bahan pengajaran dan juga bahan pembelajaran. Unit ini
akan menumpukan kepada kajian dan atribut Bahan Cetakan.
1.5 Apakah Bahan Cetakan
Seandainya sesuatu hasil pemikiran, kajian, penulisan, laporan, pemberitahuan,
promosi dan sebagainya dicetak dan diedarkan kepada massa, maka bahan tersebut
adalah dikategorikan sebagai bahan cetakan. Ini membawa maksud bahawa, dari
bahan yang dicetak secara esklusif seperti siri ensaiklopedia sehinggalah pemplet,
broucer dan kad jemputan kahwin boleh diterjemahkan sebagai bahan cetakan.
Suatu perkara yang pasti adalah, kesemua bahan-bahan tersebut diakui sarat
dengan maklumat, sama ada untuk tujuan mempromosi perniagaan atau untuk
perkongsian ilmu. Sebagai seorang pendidik, kita sewajarnya mengambil
kesempatan dari limpahan bahan tersebut disekeliling kita, cuba memanipulasikan
sebaik mungkin, dibawa ke dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan sumber dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975)
memperkenalkan teori bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu
proses pembelajaran.
MTE3106 Resos Dalam Matematik
3
Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem
saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan,
kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada
penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Gagne memilih bahan cetakan sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang
paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Penggunaan bahan cetakan sebagai
bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati keperluan hasil pembelajaran.
Bahan-bahan cetakan yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis
iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.
Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-
bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal
ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu
membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk
ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek.
Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya.
Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan
kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan
dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima
seperti membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk
meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian
lanjut tentang sesuatu laporan. Penguasan dalam penggunaan bahasa ini pastinya
akan dapat menyumbang kepada penguasaan dalam pembinaan ayat-ayat
matematik.
Terdapat pelbagai jenis bahan cetakan yang perlu dirujuk dan diguna pakai bagi
tujuan proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya adalah:
Sukatan Pelajaran
Buku Teks; Buku Panduan dan Buku Kerja
Buku Rujukan atau Buku Ulangkaji
Untuk tujuan perbincangan dalam kursus ini kita hanya menumpukan kepada dua (2)
kategori bahan cetakan iaitu buku dan jurnal.
MTE3106 Resos Dalam Matematik
4
1.6. Buku
Secara lumrahnya buku adalah merupakan satu koleksi bahan bercetak atau helaian
menuskrip yang dijilid dan dilindungi dengan kulit yang keras atau lembut. Terdapat
pelbagai jenis dan kategori buku yang ada dalam pasaran pada masa ini. Kita cuba
memfokuskan perbincangan kita kepada dua kategori buku berikut:
a. Buku Teks atau Teks Rujukan, dan
b. Buku Ilmiah
Lazimnya buku teks akan dijadikan rujukan rasmi bagi setiap mata pelajaran di
sekolah. Saban tahun apabila penggal persekolahan akan bermula, ibu bapa akan
mengurut dada kerana terpaksa memperuntukan sejumlah wang untuk membeli buku
teks dan lain-lain keperluan sekolah anak-anak mereka. Jawatankuasa Skim
Pinjaman Buku Teks, SPBT, di sekolah mula beroperasi mengagihkan buku pinjaman
kepada murid yang berkelayakan. Syarikat penerbitan buku beroperasi 24 jam untuk
mempastikan bekalan buku teks bagi tahun berkenaan mencukupi dan memenuhi
keperluannya. Ini menggambarkan jutaan ringgit berkisar dalam pasaran atau
industeri buku teks.
Persoalannya adalah sejauh manakah setiap sen wang yang mengalir dalam
industeri buku teks ini benar-benar bermanafaat dan sampai kepada murid sebagai
sasaran terakhirnya. Atau adakah sesetengah pihak berkepentingan sahaja yang
membuat laba dalam percaturan ini. Apakah sebenarnya wujud keperluan yang
mendesak dalam menentukan pentingnya menggunakan buku teks di sekolah.
Apakah ciri-ciri terbaik yang perlu ada bagi setiap buku teks yang dipilih. Adakah
tatacara guru-guru menggunakan buku teks selama ini bertepatan dan amat
berkesan. Bagaimanakah cara terbaik menggunakan buku teks sebagai bahan
sumber dalam menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Inilah persoalan yang perlu dirungkai oleh pelajar dalam unit ini.
5
MTE3106 Resos Dalam Matematik
1.6.1. Perbezaan antara Buku Teks dan Buku Ilmiah
Aktiviti 1
Dengan menggunakan alat pengurusan grafik dibawah cuba anda luangkan sedikit masa untuk mencirikan persamaan atau perbezaan diantara Buku Teks atau Teks Rujukan dan Buku Ilmiah.
Ciri-ciri Buku Teks atauTeks Rujukan
Ciri-ciri Yang InginDiperhatikan
Ciri-ciri Buku Ilmiah
Kulit Buku
Isi Kandungan
Tajuk dan Sub- Tajuk
TatacaraMenjelaskan Idea
cici-ciri lain yang ingin anda bandingkan
(nyatakan)
6
MTE3106 Resos Dalam Matematik
Kita telah berjaya meninjau dan membandingkan ciri-ciri bagi sebuah buku teks dan
buku ilmiah. Cuba kita membayangkan seandainya kita sebagai seorang guru yang
ingin merancang dan mengendalikan peroses pengajaran dan pembelajaran tetapi
tidak merujuk kepada sebarang bahan rujukan. Adakah memadai dengan hanya
berdasarkan pengalaman lepas sudah mencukupi untuk kita mereka bentuk satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Amalan yang sebegini rupa
perlu dihakis.
Saya percaya kini anda telah membina satu keyakinan bahawa buku dan bahan
cetakan yang lain dapat membantu anda mereka bentuk satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna bagi memenuhi keperluan murid anda yang
pelbagai. Ya, setiap murid kita adalah berbeza dalam banyak hal. Mereka berbeza
dari aspek kecedasan, pencapaian dan juga gaya pembelajaran. Justru, adalah wajar
sekali mereka dihidangkan dengan pelbagai pendekatan agar pendekatan yang
dipilih sesuai dengan gaya pembelajaran murid berkenaan.
Seseorang guru matematik perlu mampu menyediakan sekurang-kurangnya tiga (3)
jenis aktiviti pembelajaran yang berbeza dalam mengendalikan satu hasil
pembelajaran. Sebagai contoh aktiviti pertama berasaskan bahan maujud, aktiviti
kedua berasaskan bahan bercetak dan aktiviti ketiga menggunakan bahan
berasaskan teknologi. Pendekatan pelbagai yang sebegini rupa secara langsung
akan dapat menjadikan proses pembelajaran matematik menarik dan aktif.
Aktiviti 2
Cuba anda renungkan setika dan senaraikan apakah kebaikan menggunakan kepelbagaian bahan cetakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
"
MTE3106 Resos Dalam Matematik
7
Berkemungkinan besar perkara yang mungkin termasuk dalam senarai anda tadi
adalah seperti berikut:
mudah didapati
murah
bersifat kekal (hardcopy)
dapat menggambarkan dari sesuatu yang konkrit kepada bentuk yang lebih
abstrak
mudah dirujuk semula
mudah diperbanyak dengan mengunakan mesin “photocopy”
darjah kesesuaian yang tinggi
kepelbagaian
Syabas, pastinya anda mampu menghuraikan perkara-perkara di atas dengan lebih
jelas dan terperinci serta bersifat ilmiah.
1.6.2. Bagaimana Menggunakan Bahan Cetakan Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
Kini timbul pula persoalan bagaimana dan bilakah masa yang sesuai untuk
menggunakan bahan cetakan dalam proses pengajaran anda. Sesungguhnya anda
boleh menggunakan bahan cetakan tersebut pada bila-bila masa mengikut kreativiti
anda sebagai seorang guru yang kreatif dan inovatif. Anda boleh menggunakan
bahan cetakan tersebut dalam setiap peringkat aktiviti proses pengajaran:
Aktiviti 1: set induksi
Aktiviti 2: perkembangan
Aktiviti 3: penutup sesi pembelajaran
Aktiviti 4: kerja rumah
Aktiviti 5: aktiviti dalam bilik darjah, atau
Aktiviti 6: nota atau bahan rujukan
Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya anda mempunyai cadangan yang lain.
Apa yang penting adalah segala apa yang cuba kita lakukan adalah bertujuan untuk
menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, aktif dan berdaya fikir. Pembelajaran
tidak akan berlaku sehingga murid melaksanakan aktiviti berfikir dan membuat
refleksi. Murid-murid dan generasi kini juga tidak meminati pembelajaran yang pasif
dan jumud. Layanilah mereka dengan sebaik mungkin.
8
MTE3106 Resos Dalam Matematik
Aktiviti 3
Dalam kumpulan berenam, laksanakan aktiviti berikut:
1. Pilih satu (1) hasil pembelajaran matematik dari mana-mana topik matematik untuk tahap 2 sekolah rendah
2. Setiap orang dikehendaki memilih satu bahan cetakan dari buku teks, buku rujukan atau buku ilmiah untuk dijadikan bahan sumber bagi setiap tahap atau fasa aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. (setiap orang akan bertanggung jawab terhadap salah satu daripada enam fasa aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran tersebut)
3. Agihkan keenam-enam fasa aktiviti pembelajaran tersebut kepada setiap ahli kumpulan.
4. Setiap orang dikehendaki menghasilkan satu manual aktiviti pembelajaran yang lengkap agar setiap murid yang menerimanya mampu melaksanakan aktiviti tersebut dengan tepat.
5. Setelah selesai menghasilkan manual aktiviti tersebut anda diminta bertukar-tukar manual aktiviti tersebut sesama rakan anda. Semak samaada manual aktiviti tersebut boleh dilaksanakan atau tidak, serta buat pembetulannya jika perlu.
6. Setelah berpuas hati buatkan enam salinan setiap satunya dan kongsikan set yang lengkap dengan keenam-enam rakan anda.
Jadual agihan tugasan untuk ahli kumpulan:
Ahli Kumpulan Fasa Aktiviti Tugasan Yang Perlu Dibuat
Ahli Pertama Aktiviti 1: set induksi
Ahli Kedua Aktiviti 2: perkembangan
Ahli Ketiga Aktiviti 3: penutup sesi pembelajaran
Ahli Keempat Aktiviti 4: kerja rumah
Ahli Kelima Aktiviti 5: aktiviti dalam bilik darjah
Ahli Keenam Aktiviti 6: nota atau bahan rujukan
Nota: Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan manual aktiviti tersebut.
9
MTE3106 Resos Dalam Matematik
1.6.3. Ciri-ciri Bahan Resos Yang Berkesan
Berikut adalah diperturunkan beberapa cirri-ciri bahan resos yang berkesan:
i. memenuhi keperluan kurikulum dan pengajaran
ii. murah
iii. menarik dan memenuhi keperluan
iv. mencabar minda
v. mampu memotivasikan murid ntuk belajar
vi. menggalakkan penglibatan yang aktif
Latihan
Pilih dua daripada ciri-ciri bahan resos yang berkesan dan huraikan dengan jelas mengikut kefahaman anda:
10
MTE3106 Resos Dalam Matematik
1.6.4. Kebaikan Penggunaan Bahan Resos
i. memenuhi keperluan murid yang berbeza
ii. dapat merealisasikan usaha mengoptimumkan kebolehan dan
keupayaan murid
iii. menyediakan murid agar mereka lebih bertanggung jawab dalam
melaksanakan pembelajaran terarah kendiri.
Aktiviti 4
Sila layari internet untuk mendapatkan garis panduan dalam memilih dan menilai bahan resos yang berkesan untuk proses pengajaran dan pembelajaran metematik.
11
MTE3106 Resos Dalam Matematik
1.7. Jurnal dan Artikel
1.7.1. Definisi Jurnal
Jurnal adalah dirujuk sebagai majalah atau terbitan berkala yang diterbitkan oleh
badan atau pertubuhan professional sebagai edaran kepada ahlinya dan
mengandungi maklumat dan sumbangan yang releven terhadap bidang dan aktiviti
mereka. Untuk tujuan perbincangan dalam unit ini biarlah kita tumpukan kepada
jurnal yang bersifat bahan cetakan kerana mutakhir ini jurnal yang berorentasikan
digital lebih mudah diperoleh.
Artikel atau rencana yang dimuatkan dalam jurnal lazimnya telah dinilai oleh
kumpulan professional tersebut sebelum diterima untuk tujuan penerbitan dalam
jurnal mereka. Ini bermakna bahawa artikel tersebut adalah merupakan satu
penemuan baru atau kejayaan dalam penyelidikan mereka dan boleh dijadikan
rujukan dimasa hadapan.
1.7.2. Ciri-ciri Jurnal
i. Jurnal ditulis dan disediakan dalam format yang formal.
ii. Sumber rujukan yang dijadikan sokongan dan dokongan terhadap hujah
yang diutarakan akan ditulis sebagai nota kaki dan bibliografi pada
bahagian akhir artikel tersebut.
iii. Penulis merupakan ilmuan atau penyelidik yang pakar dalam bidang
kepakaran masing-masing.
iv. Sesuatu artikel ditulis adalah dengan bertujuan untuk menerbitkan
dapatan dari kajian yang telah dibuat.
v. Penerbit lazimnya merupakan organisasi professional atau institusi
penyelidikan yang tidak bertujuan untuk membuat keuntungan.
vi. Paparan grafik biasanya berbentuk paparan statistik dan dengan warna
hitam-putih sahaja.
12
MTE3106 Resos Dalam Matematik
1.7.3. Mengintegrasikan Jurnal Dalam
Sepertimana bahan-bahan resos yang lain, jurnal juga boleh diguna atau
diintegrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal boleh
digunakan disemua peringkat atau fasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, sepertimana yang telah dibincangkan dalam 1.6.2. di atas.
Sungguhpun demikian, oleh kerana idea yang diutarakan dalam jurnal bersifat
penemuan baru, masih belum tersebar luas atau mungkin juga belum lagi
diterima kesahihannya oleh ilmuan yang lain, maka adalah dirasakan jurnal
lebih sesuai diguna pakai dalam konteks mencapah dan mengembangkan
minda pelajar.
Aktiviti 5
1. Layari laman web untuk mencari jurnal yang sesuai dijadikan resos dalam mereka bentuk satu proses pengajaran dan pembelajaran matematik.
2. Catatkan isu-isu dan fahaman baru yang disarankan oleh jurnal tersebut.
3. Nyatakan topik atau tajuk matematik yang bersesuaian dengan idea pada jurnal tersebut.
4. Berikan komen anda sendiri tentang perkara baru yang disarankan dalam jurnal tersebut.
5. Cadangkan apakah nama aktiviti pembelajaran yang sesuai menggunakan jurnal tersebut.
6. Tuliskan satu manual aktiviti pembelajaran yang berasaskan jurnal tersebut.
13
MTE3106 Resos Dalam Matematik
Latihan
1. Imbas kembali apa yang telah anda pelajari dalam unit ini.
2. Berdasarkan kepada kerangka kursus bagi unit ini seperti mana yang tertera pada 1.3. di atas, tambahkan maklumat dan cabang-cabangyang baru pada carta alir tersebut.
Bahan Bercetak
Buku Jurnal dan Artikel
14
MTE3106 Resos Dalam Matematik
Rujukan
Tipps Johnson Kennedy (2011). Guiding Children’s Learning of Mathematics (12th
Edition). USA. WADSWORTH CENGAGE Learning
Gagne and Driscoll (1988).Essentials of Learning for Instruction. New Jercy. Printice
Hall
Lamanweb Yang Boleh Dilayari:
1. Education Resources Infromation Center:
http:/ / ww w . e ri c . edu.go v /
2. Mathematical Journals:
http://www.mathonth e w eb.org / math w eb/mi-journals.html
15
MTE3106 Resos Dalam Matematik
Dr.Hjh.Salwa Bte Abu Bakar
Ketua Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor
Tn.Hj.Md Nordin Bin Monel
Pensyarah Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus temenggung Ibrahim Johor