10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 1/11
Tugasan EDU3053SOALAN A
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), merupakan
merupakan elemen utama yang dijalankan di sekolah.
Melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran ini, ilmu
pengetahuan dapat disampaikan keada murid murid.
Sesuatu perkara yang akan kita laukan perlulah dirancang
dengan teliti supaya keberkesanan perjalanan perkara
tersebut lancar dan seperti yang kita inginkan. Perkara
yang sama diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Proses pengajaran yang akan dijalankan
oleh guru pada keesokan harinya perlulah dirancang awal.
Bagi merancang proses pengajaran yang berkesan guru
boleh menggunakan reka bentuk pengajaran sebagai satu
panduan.
Pembelajaran Reka bentuk pengajaran merupakan suatu
proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul
bercetak, video pengajaran, perisian komputer, bahan
multimedia dan sebagainya. Proses reka bentuk ini telah
bermula daripada proses reka bentuk sehingga membina
bahan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dick dan
Reiser (1988), reka bentuk pengajaran ialah proses untuk
mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai
pengajaran yang dilakukan secara sistematik dan
October 2015
T W T F S S M
« Jul
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5INSAN YANG BERMORAL..INSAN YANG BERJAYA...
HOME NILAI BERKAITAN ALAM SEKITAR NILAI NILAI MORAL LAMAN INFO
MAKLUMAT DIRI TUGASAN EDU3053
TIME IS GOLD
CAN YOU SOLVE THIS PUZZLE?
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 2/11
terancang. Menurut Gustafson (1991), pula reka bentuk
pengajaran adalah proses yang dibuat secara sistematik
untuk mereka bentuk, membina aktiviti dan bahan, menilai
dan menggunakan seluruh proses pengajaran. Antara
faktor yang mempengaruhi hasil pembelajaran melalui
pendekatan reka bentuk ialah menentukan pencapaian
objektif, tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan
objektif tercapai, strategi pengajaran yang dapat memenuhi
kehendak objektif dan pelajar, media dan bahan yang
sesuai dengan peringkat umur pelajar dan sebagainya.
Terdapat beberapa model reka bentuk pengajaran. Model
reka bentuk pengajaran ditakrifkan sebagai kerangka kerja
yang dapat membantu pengaturcara dan pembangunan
perisian dalam melaksanakan pembentukan perisian.
Komponen penting yang perlu ada dalam reka bentuk
pengajaran yang bersistem ialah merancang, mereka
bentuk, melaksana dan menilai. Terdapat tiga fokus utama
model reka bentuk pengajaran iaitu, model berasaskan
sistem, model berasaskan bilik darjah dan model
berasaskan hasil. Berikutnya merupakan model model
reka bentuk pengajaran yang sangat terkenal.
Model Model Reka Bentuk Pengajaran Model ADDIE,
Model ASSURE, Model Hanaffin dan Peck, Model Robert
Glasea, Model Branson, Model Resier and Dick, Model
Van Pattern, Model Gentry, Model Dick and Carey, Model
Air Terjun, Model Prototyping, Model Smith and Ragan,
Model Jerold Kemp, Model Gerlach and Ely dan Model
Diamon.
Saya telah memilih Model ASSURE sebagai panduanuntuk menghasilkan reka bentuk pengajaran bagimatapelajaran Pendidikan Moral bagi pelajar tahun 5.
MODEL ASSURE
Penggubal bagi Model ASSURE ialah Heinich et al pada
Steps: 0
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 3/11
tahun 1996 bagi tujuan untuk menyediakan panduan
merancang dan mengendalikan pengajaran yang
memerlukan penggunaan media. Model ini berfokus
kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah
dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran
yang luas. Model ini telah mengalami perubahan dan
penambahbaikan pada tahun 2002.
Analisis pelajar ialah proses menganalisis semua ciriyang ada pada sekumpulan pelajar. Antara ciri ciri umum
yang biasa dianalisis ataupun diambil kira adalah deskripsi
umum tentang umur murid tahap tingkatan, latar belakang,
sosio ekonomi dan sebagainya. Menurut aspek ini saya
telah menghasilkan reka bentuk pengajaran saya bagi
pelajar tahun 5. Dalam aspek pemilihan pelajar, saya telah
menghasilkan reka bentuk pengajaran ini bagi murid yang
berada dalam kategori baik dan cemerlang. Saya juga
telah mempertimbangkan latar belakang dan
sosioekonomi murid. Daripada kajian yang telah saya
buat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil (S.J.K(T)
Dengkil), saya telah dapati bahawa terdapat dua buah
kelas bagi setiap darjah. Pelajar yang baik dan cemerlang
telah dimasukkan dalam darjah pertama iaitu 5 Suriyan
dan bagi pelajar yang sederhana dan lemah pula
dimasukkan dalam darjah 5 Kathirawan. Murid murid yang
belajar dalam kelas 5 Suriyan, kebanyakkannya adalah
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 4/11
golongan yang berada. Daripada kajian yang telah buat,
saya dapati bahawa ramai muris yang memiliki komputer
riba berserta dengan talian laman sesawang. Justeru, reka
bentuk pengajaran yang saya hasilkan pasti boleh
digunakan oleh semua murid tahun 5 Suriyan.
Aspek seterusnya ialah Nyatakan Objektif, iaitu guruperlulah menyatakan objektif reka bentuk pengajaran
tersebut dihasilkan. Objektif yang dinyatakan perlulah
berada dalam bentuk eksplisit supaya dapat diukur dan
dan dapat dicapai. Saya telah menyatakan objektif saya
melalui kandungan akademik. Dalam kandungan akademik
tersebut terdapat perkara yang akan dipelajari oleh murid
dalam nilai tersebut. Justeru, para murid tidak akan berasa
keliru dan mereka akan membuat gambaran tentang apa
yang mereka akan belajar dalam nilai tersebut melalui
kandungan akademik yan telah saya nyatakan.
Aspek yang berikutnya ialah, pemilihan kaedah, bahandan media. Pemilihan kaedah merupakan perkara yangpenting sebelum memulakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Saya juga telah menggunakan beberapa
kaedah sewaktu memperkenalkan sesuatu sub tajuk.
Saya akan memperkenalkan tiga nilai dalam reka bentuk
pengajaran ini.justeru, saya akan memperkenalkan definisi
bagi nilai nilai tersebut terlebih dahulu. Seterusnya, saya
telah memberi pengenalan bagi setiap topik dan juga
kesimpulan.
Seterusnya bahan yang saya gunakan adalah buku teksPendidikan Moral Tahun 5, buku latihan dan juga nota
nota dari laman sesawang. Saya telah menggunakan
banyak media dalam penghasilan reka bentuk pengajaran,contohnya video, audio, grafik dan juga lagu.
Seterusnya ialah, dorongan penglibatan pelajar.Aspekini dapat dilihat daripada penilaian formatif yang dijalankan
kepada para murid. Melalui aspek murid akan melibatkan
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 5/11
diri dalam reka bentuk pengajaran tersebut. Justeru, web
reka bentuk pengajaran akan menjadi bahan yang
bermanfaat kepada para murid.
Aspek yang terakhir ialah nilai dan semak iaitu satuproses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah.
Penilaian berasaskan juga keberkesanan atau kekuatan
bahan dan media yang dipilih serta pencapaian murid
mengikut aras kebolehan. Setelah tamat proses
pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dilakukan
untuk melihat kekuatan dan kelemahan serta
keberkesanan bahan dan media secara menyeluruh agar
penambah baikan dapat dijalankan supaya penggunaan
media dapat dilaksanakan semaksimum mungkin dalam
pembelajaran. Berikutan daripada reka bentuk pengajaran
yang dilaksanakan setiap murid murid telah diberi soalan
penilain.Murid murid akan membuat soalan dan akan
menyemak jawapan mereka dengan merujuk kepada nota
yang diberikan.
SOALAN B
Media merupakan alat yang menyampaikan maklumat dan
juga pada ketika dahulu media telah menjadi alat hibur.
Pada waktu sekarang pun media adalah slst hiburan tetapi
dalam pendidikan pula bagi tujuan yang positif. Terdapat
beberapa jenis media antaranya ialah, televisyen, radio,
video, audio, grafik lagu, persembahan Power Point an
lain lan lagi. Biasanya sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran guru akan dan mestilah menggunakan salah
satu ataupun 2 atau tiga jenis media. Hal ini kerana, media
dapat menarik perhatian murid. Kalau guru hanya
mengajar secara lisan murid tidak akan memberi perhatian
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 6/11
dana ada juga murid yang akan tidur dalam kelas. Justeru,
penggunaan media dapat memberi impak yang positif
kepada proses PdP.
Salah satu media yang saya gunakan dalam reka bentuk
pengajaran adalah video. Video merupakan teknologi
menangkap, merakam, memproses dan menata ulang
gambar bergerak. Video juga boleh dihasilkan melalui
penggabungan beberapa gambar. Contohnya, saya telah
memasukkan satu klip video yang saya dapatkan daripada
You Tube, iaitu tentang kesan hujan asid terhadap alam
sekitar. Maklumat yang disampaikan melalui video dapat
difahami oleh murd dengan cepat dan juga berkesan. Saya
telah menayangkan video tersebut kepada murid dalam
kelas 5 Surian iaitu kumpulan sasaran bagi saya. Mereka
dapat memahami video tersebut. Hal ini kerana, mereka
telah belajar tentang tajuk ini dalam matapelajaran yang
lain ataupun mereka mungkin baca dengan sendiri.
Justeru, menurut model ASSURE, saya telah membuat
analisis pelajar dengan betul. Dengan memilih kumpulan
sasaran yang sesuai bagi bahan bahan reka bentuk
pengajaran ini.
Seterusnya, saya telah menggunakan bahan audio dalam
web reka bentuk pengajaran saya. Audio merupakan
bahan muzik yang dihasilkan tanpa adanya apa apa
gambar. Saya telah masukka audio dalam web saya
sebagai muzik latar belakang. Bagi menilai bunyi manakah
yang sesuai bagi murid murid, saya telah memberi satu
tugasan dan telah memainkan beberapa jenis muzik. Saya
telah apati bahawa ramai murid telah terganggu dengan
jenis jenis muzik yang hangat dan juga kuat . Saya juga
telah dapati bahawa mrid murid dapat menjawab soalan
dengan betul dan tenang kalau muziknya tenang dan juga
lembut. Justeru, saya telah tetapkan muzik yang lembut
bagi web latar belakang web saya. Apabila web saya
dibuka muzik ini akan dimainkan secara automatik. Hal ini
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 7/11
dapat dikaitkan dengan aspek pemilihan media. Saya telah
menggunakan media yang sesuai bagi murid. Audio
tersebut dapat menenangkan minda murid dan akan
membuat mereka lebih fokus dalam apa yang mereka
lakukan. Bahan audio yang telah saya masukkan juga
dapat diberhentkan denghan menggunakan butang
(pause) ataupun jeda. Oleh itu, para murid dapat
memainkan dan memberhentikan audio tersebut mengikut
kesukaan mereka. justeru, mereka akan rasa lebih tenang
dan juga dengan minda cergas.
Seterusnya adalah bahan grafik dalam web reka bentuk
pengajaran saya. Saya telah menggunakan perisian Smart
Art yang terdapat dalam Microsoft Word. Bahan grafik ini
telah membantu saya untuk memasukkan nota nota
penting yang berkaitan dengan tajuk. Hal ini kerana bahan
bahan yang saya sediakan adalah untuk murid murid
sekolah rendah. Kalau saya masukkan kesemua nota
saya dalam bentuk esei ataupun petikan murid murid
akan berasa bosan untuk membaca nota yang telah saya
masukkan dan mereka akan berasa keliru. Murid murid
yang pandai juga akan berasa lebih susah untuk membaca
apa yang telah saya masukkan dalam web. Justeru
penggunaan grafik adalah cara yang paling sesuai untuk
menarik minat murid membaca dan mendapatkan
maklumat daripada apa apa yang kita sampaikan kepada
mereka. Maksud yang lebih mendalam adalah, kita
sebagai guru mestilah mencerakinkan nota nota yang
kurang penting dan mestilah lebih berfokus kepada isi isi
penting sahaja, terutamanya bagi murid sekolah rendah.
Contoh grafik yang telah saya gunakan ialah seperti
berikut,
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 8/11
Dalam bahan grafik diatas, hanya isi penting sahaja
dimasukkan. Dengan membaca bahan grafik ini murid
murid akan lebih memahami maklumat yang ingin
disampaikan dengan lebih mudah dan juga cepat. Selain
itu, bahan grafik seperti ini akan lebih menarik minat murid
terhadap proses pembelajaran. Hal ini kerana, kanak
kanak sentiasa suka benda yang berwarna warni. Oleh
itu, bahan grafik ini merupakan bahan yang paling sesuai
bagi memasukkan nota dan ini murid dapat memahami
apa apa yang diajar oleh guru tanpa ada apa apa
masalah. Aspek ini dapat dikaitkan dengan pemilihan
bahan dan juga media dalam Model ASSURE.
Bahan seterusnya adalah lagu. Kanak kanak secara
biasanta suka untuk menyanyi lagu.. Ini merupakan aspek
kelima dalam model ASSURE iaitu dorong penglibatan
murid. Apabila lagu ditayangkan murid murid akan nyanyi
bersama sama secara berseronok. Saya telah menulis
lirik lagu dengan sendiri dan memuat turun muzik dari
laman You Tube. Mmula mula saya telah menyanyi lagu
tersebut dan merekodkannya dalam telefon bimbit.
Seterusnya, saya pindahkannya ke dalam computer, dan
saya telah gabungkan lagu dengan muzik dalam perisian
Ulead Video Studio 11. Saya juga telah memasukkan lirik
lagu dalam lagu yang saya hasilkan tersebut. Hal ini
kerana, lirik lagu tersebut akan memudahkan murid murid
untuk bersama sama menyanyi lagu tersebut. Ini
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 9/11
merupakan contoh lagu bersamaan dengan lirik lagu dan
juga gambar yang bersesuaian. Hal ini dapat di kaitkan
dengan aspek gunakan media dan bahan.
Bahan seterunya adalah gambar, saya telah masukkan
gambar yang berwarna warni dalam saiz yang boleh
dinampak oleh murid murid. Gambar gambar ini telah
dimuat turun melaui Google Images. Gambar yang
berwarna warni akan menjadi tarikan murid murid
sekolah, terutamanya gambar gambar animasi. Mereka
akan lebih seronok dan pada masa yang sama meraka
dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan
melalui ganbar tersebut dengan lebih cepat dan juga
mudah. Gambar gambar yang berwarna warni akan
merangsang minda murid dan mereka akan menjadi lebih
aktif dan mereka tidak akan berasa bosan ataupun tidur.
Ini merupakan salah satu aspek dalam Model ASSURE,
iaitu dorong peglibatan murid. Contoh gambar animasi
yang telah saya masukkan adalah seperti berikut,
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 10/11
Gambar seperti ini akan difahami oleh murid murid dengan
lebih mudah berbanding dengan menulis teks teks yang
panjang.
Media yang terakhir adalah teks. Maklumat dan isi yang
disampaikan perlulah melalui teks. Saya telah membuat
nota saya dengan memasukkan teks teks yang ringkas
dalam bahan grafik dan juga sebagai lirik dalam lagu.
Sekain itu, saya juga telah menyediakan latihan bagi
murid murid pada bahagian bawah setipa tajuk yang yang
dibincangkan. Ini adalah untuk menguji tahap kefahaman
murid terhadap tajuk yang telah dibincangkan. Dengan
adanya penilaian, murid murid bukan hanya membaca
tetapi akan membuat latihan yang berkaitannya. Ini
merupakan aspek yang terakhir yang terdapat dalam
Model ASSURE, iaitu nilai dan semak. Murid dapat
membuat latihan dan bleh menyemak jawapan pada nota
nota yang diberikan.
Kesimpulannya, model model reka bentuk pengajaran
merupakan panduan yang sangat bagus kepada guru
guru untuk merancang rancangan pengajaran mereka.
Justeru, guru boleh menggunakan model model reka
bentuk pengajaran untuk merancangkan proses
pengajaran yang lebih efektif dan juga berkesan.
LEAVE A REPLY
10/22/2015 Tugasan EDU3053 PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5
http://jtppismp.com/jtpwp005/6048rbt3/?page_id=282 11/11
This text can be changed from the Miscellaneous section of the settings page. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, cras ut imperdiet augue.
POWERED BY PAЯABOLA & WORDPRESS.
Your email address will not be published. Required fields aremarked *
Name *
Email *
Website
Comment
You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""><abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite="">
<cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike>
<strong>
Post Comment