PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL PENDEKATAN LATIHAN
DALAM KUMPULAN KONSEP KENDIRI KAMURUDIN (PLDK4) SERTA
KEBERKESANANNYA DALAM PENINGKATAN KONSEP KENDIRI
KAMURUDIN BIN ARMED JUNAIDI
fAý
1-1 ýi'ý
ý ýý ý
U 1Výtit ý5
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
200ß ̀ 1
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL PENDEKATAN LATIHAN
DALAM KUMPULAN KONSEP KENDIRI KAMURUDIN (PLDK4) SERTA
KEBERKESANANNYA DALAM PENINGKATAN KONSEP KENDIRI
KAMURUDIN BIN AHMED JUNAIDI
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Sains
(Pembangunan Sumber Manausia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
20081
Kertas kajian ini ditujukan khas kepada ibu, ibu, ibu (Dayang Siti Normiha Binti Abang Hashim),
ayah (Ahmed Junaidi Bin Hj. Shamsudin) dan saudara-saudara kandung saya
yang amat disayangi
serta semuga panjang umur dan diberkati ALLAH swt.
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia projek serta
merangkap Ketua Penyelaras Program Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan
Sumber Manusia), Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia, Dr
Sopian bin Haji Bujang atas segala bimbingan, pendapat, tunjuk ajar dan panduan
bagi memudahkan saya untuk menyiapkan projek ijazah sarjana ini. Tanpa
bimbingan beliau, tidak mungkin saya akan menyiapkan projek ini dengan
jayanya dan berkualiti.
Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga ditujukan kepada Dekan Fakulti Sains
Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia Dr. Hj. Shahren Tun Ahmad Zaidi
Edruce yang sentiasa mentadbir pengurusan program dan juga selaku pensyarah
kepada pengkaji.
Saya juga ingin mengucapkn setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua
pensyarah-pensyarah Program Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber
Manusia) di atas didikan dan ilmu yang mereka taburkan. Terutama sekali, kepada
Profesor Madya Dr. Sidek Noah dan Profesor Madya Hajjah Zuraidah Abdul
Rahman serta juga daripada Profesor Madya Dr. Abang Rizuan selaku penilai
kesahan modul PLDK4 pada kajian kali ini dan juga pembimbing serta memberi
panduan di dalam pembinaan modul PLDK4 sehingga ianya berjaya di bentuk
dengan sempurna dan berkualiti.
iv
Setinggi penghargaan saya tujukan kepada pihak responden Kolej Sains Bersekutu
Sarawak yang banyak membantu saya untuk mendapatkan data dan melaksanakan
sesi latihan dalam kumpulan dengan modul PLDK4 di kolej tersebut dan memberi
kerjasama yang sepenuhnya bagi menjawab borang-borang soal-selidik.
Selain itu, ribuan terima kasih ditujukan kepada khas untuk ibu bapa serta
keluarga termasuk anak-anak saya, terutama isteri saya yang banyak memberi
sokongan yang padu serta kasih sayang yang tidak ternilai kepada saya supaya
terus berusaha untuk menyiapkan projek peringkat ijazah sarjana ini.
Akhir sekali, rakaman terima kasih ditujukan untuk rakan-rakan dan sahabat
seperjuangan yang juga banyak mencurahkan pendapat dan sokongan serta
bantuan dari segi material dan mental untuk saya melaksanakan projek ini.
Jasa dan budi anda semua tidak mungkin saya lupakan.
Sekian. Terima Kasih.
V
ABSTRAK
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN MODUL PENDEKATAN LATIHAN
DALAM KUMPULAN KONSEP KENDIRI KAMURUDIN (PLDK4)
SERTA KEBERKESANANNYA DALAM PENINGKATAN KONSEP
KENDIRI
Kamurudin Bin Ahmed Junaidi
Kajian ini adalah satu kajian pembangunan modul dan seterusnya menentukan
kesahan dan kebolehpercayaan modul iaitu Modul Pendekatan Latihan Dalam
Kumpulan Konsep Kendiri Kamurudin (PLDK4). Kajian ini juga bertujuan untuk
menguji keberkesanan modul PLDK4 tersebut. Modul PLDK4 dibangunkan dan
dibina berdasarkan model pembinaan modul Sidek (Sidek, 2001). Draf modul
PLDK4 yang telah lengkap seterusnya melalui proses penentuan kesahan dan
kebolehpercayaan serta menguji keberkesanannya. Subjek kajian terdiri daripada
60 orang pelatih daripada program kejururawatan di Kolej Sains Kesihatan
Bersekutu Kuching. Mereka kemudiannya dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen
kemudiannnya melalui proses rawatan berasaskan modul PLDK4 dan seterusnya
menjawab soal selidik yang telah dicipta oleh penyelidik. Berasaskan kajian
deskriptif didapati modul PLDK4 yang dibangunkan oleh pengkaji mempunyai
kesahan kandungan yang tinggi. Sementara itu kajian eksperimen yang dijalankan
menunjukkan modul PLDK4 mempunyai kebolehpercayaan alpa Cronbach yang
vi
tinggi. Kajian eksperimen tersebutjuga telah digunakan dalam kajian ini bertujuan
untuk menentukan keberkesanan modul PLDK4 ke atas kritik diri dan konsep
kendiri dengan menggunakan Skala konsep Kendiri Tennessee (TSCS). Untuk
menguji hipotesis, ujian-t bersandar dan ujian-t tidak bersandar telah digunakan.
Hasil dapatan kajian eksperimen terdapat peningkatan konsep kendiri di kalangan
pelatih daripada kumpulan rawatan yang mengikuti latihan dalam kumpulan
dengan menggunakan modul PLDK4 berdasarkan ujian Skala Konsep Kendiri
Tennessee daripada skor rendah ke skor tinggi. Akhirnya, dapatan kajian
menunjukkan keberkesanan penggunaan modul PLDK4 tersebut dengan
pendekatan latihan dalam kumpulan.
vii
ABSTRACT
DEVELOPING AND ASSESSMENT OF KAMURUDIN SELF CONCEPT
GROUP TRAINING APPROACH MODULE (PLDK4) ALSO ITS
EFFECTIVENESS IN INCREASING SELF CONCEPT
Kamurudin Bin Ahmed Junaidi
This study is about developing a module and determining the validity and
reliability of the module namely Pendekatan Latihan Dalam Kumpulan Konsep
Kendiri Kamurudin (PLDK4). The purpose of the study is also to determine the
effectiveness of the module PLDK4. This PLDK4 module was developed based
on Sidek module development model (Sidek, 2001). The completed module draft
of PLDK4 was then going through the process to determine the validity and
reliability and also to determine its effectiveness. The subjects of this study were
60 trainees from the nursing program of Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
Kuching. They were divided into two groups, namely the experimental and the
control groups. The experimental group participated in activities based on PLDK4
module and later responded to the questionnaires developed by the researcher.
The descriptive study indicated that the PLDK4 module developed by the
researcher had a high content validity. Further more the experimental study
showed that PLDK4 module had high value of alpha Cronbach reliability. The
experimental method was also employed in this study to determine the
effectiveness of the PLDK4 module on self critic and self concept by using the
viil
Tennessee Self Concept Scale (TSCS). The dependent t-test and independent t-test
were used to test the hypotheses. The research finding from the experimental
method showed that there were an increasing in the trainee self concept from the
experimental group when they followed the group training by using the PLDK4
module based on the result score by the trainee from low to high. Lastly, the
finding showed that the effectiveness of the PLDK4 module by group training
approach.
ix
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL
BAB1 PENGENALAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Penyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif Umum
1.3.2 Objektif Khas
1.4 Kerangka Konseptual
1.5 Hipotesis Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Definisi Konseptual dan Operasi
1.7.1 Konsep Kendiri
1.7.2 Kritik Diri
1.7.3 Identiti Kendiri
1.7.4 Kepuasan Kendiri
1.7.5 Tingkah Laku Kendiri
iv
vi
viii
X
xvi
xvii
1
1
3
6
9
9
9
11
12
14
16
16
17
18
20
21
X
1.7.6 Kendiri Fizikal 22
1.7.7 Kendiri Moral dan Etika 23
1.7.8 Kendiri Peribadi 24
1.7.9 Kendiri Keluarga 25
1.7.10 Kendiri Sosial 26
1.8 Kesimpulan 28
BAB 2 SOROTAN KAMAN LEPAS 29
2.0 Pengenalan 29
2.1 Definisi Latihan Dalam Kumpulan 29
2.2 Definisi Modul 31
2.3 Pembinaan Modul PLDK4 33
2.3.1 Peringkat I: Menyediakan Draf Modul 36
2.3.1.1 Matlamat Pendekatan Latihan Dalam 36
Kumpulan
2.3.1.2 Teori, rasional, falsafah, konsep, 36
sasaran dan tempoh masa
2.3.1.2.1 Teori Pengurusan Perubahan 38
2.3.1.2.2 Teori Disonansi Kognitif 41
2.3.1.2.3 Teori McClelland 43
2.3.1.2.2 Teori Pembelajaran Sosial 44
2.3.1.2.3 Pendekatan Teori Gestalt 47
2.3.1.3 Kajian Keperluan atau need assessment 48
2.3.1.4 Menetapkan Objektif Modul PLDK4 51
2.3.1.5 Pemilihan Isi Kandungan Modul PLDK4 51
X1
2.3.1.6 Pemilihan Strategi Pelaksanaan Modul 52
PLDK4
2.3.1.7 Pemilihan Logistik 52
2.3.1.8 Media 52
2.3.1.9 Draf Modul 53
2.3.2 Peringkat II: Mencuba dan Menilai Modul 53
2.3.2.1 Kajian Rintis 53
2.3.2.2 Menentukan Kesahan dan 54
Kebolehpercayaan Modul
2.3.2.3 Penilaian keberkesanan 55
2.4 Pelaksanaan Modul Rawatan 56
2.4.1 Tentatif Program Rawatan 57
2.5 Konsep Kendiri dan Tingkah Laku 58
2.6 Konsep Kendiri Yang Baik 62
2.7 Kajian-kajian Lepas 62
2.7.1 Kajian Penilaian Kesahan dan 63
Kebolehpercayaan Modul
2.7.2 Kajian Penilaian Keberkesanan Modul 63
2.7.3 Kajian Konsep Kendiri di Kalangan Remaja 64
2.7.4 Kajian Keberkesanan Program Latihan 68
Berkumpulan Dengan Modul Peningkatan
Konsep Kendiri
2.8 Kesimpulan 75
X11
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 76
3.0 Pengenalan 76
3.1 Rekabentuk Kajian 76
3.1.1 Rekabentuk Kajian Penilaian Kesahan 77
dan Kebolehpercayaan Modul PLDK4
3.1.1.1 Rekabentuk Kajian Kesahan 79
3.1.1.2 Rekabentuk Kajian Kebolehpercayaan 80
3.1.2 Rekabentuk Kajian Keberkesanan Modul 81
PLDK4
3.2 Latar Belakang Tempat Kajian 82
3.3 Subjek Kajian 84
3.4 Instrumen Kajian 84
3.4.1 Instrumen Kajian Kesahan dan 85
Kebolehpercayaan
3.4.2 Instrumen Kajian Keberkesanan Modul 86
3.5 Modul Rawatan 89
3.5.1 Pelaksanaan Modul Rawatan 90
3.6 Analisis Data 91
3.7 Kesimpulan 91
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 93
4.0 Pengenalan 93
4.1 Kesahan Modul PLDK4 94
4.2 Kebolehpercayaan Modul PLDK4 96
4.3 Analisis dan tafsiran data skor min ujian pra dan 97
X111
skor min ujian pos berdasarkan Skala Konsep
Kendiri Tennessee (TSCS) dibuat manual
4.4 Analisis perbezaan skor min ujian pra dan skor 100
min ujian pos bagi ahli yang dikaji daripada
kumpulan kawalan dan rawatan serta juga
perbezaan skor min ujian pos sahaja di antara
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
4.5 Ringkasan Keputusan Dapatan Kajian 121
4.6 Perbincangan Keputusan Ujian 123
4.6.1 Kesahan Modul PLDK4 123
4.6.2 Kebolehpercayaan Modul PLDK4 126
4.6.3 Keberkesanan Modul PLDK4 128
4.7 Persepsi Umum Responden 130
4.8 Kesimpulan 138
BAB 5 RUMUSAN, KESIMPULAN, DAN CADANGAN 139
5.0 Pengenalan 139
5.1 Rumusan Kajian 139
5.2 Implikasi Kajian 142
5.2.1 Implikasi Teoritikal 142
5.2.2 Implikasi Kepada Organisasi 144
5.3 Aplikasi Praktikal 146
5.4 Limitasi Kajian 148
5.5 Cadangan 150
5.6 Kesimpulan 152
XIV
BIBLIOGRAFI 153
LAMPIRAN A Skala Konsep Kendiri Tennessee 159
LAMPIRAN B Borang Jawapan Skala Konsep Kendiri 166
Tennesse
LAMPIRAN C Modul Pendekatan Latihan Dalam Kumpulan 168
Konsep Kendiri Kamurudin (PLDK4)
LAMPIRAN D Soal Selidik Kesahan Kandungan Sesuatu 249
Modul
LAMPIRAN E Soal Selidik Kebolehpercayaan Modul 250
LAMPIRAN F Borang Maklum Balas Keseluruhan Program 256
LAMPIRAN G Contoh Soalan-soalan Temuduga Mengenai 259
Kandungan dan Pengajaran Daripada Program
xv
SENARAI RAJAH
Rajah Mukasurat
1.0 Kerangka Konseptual 11
2.0 Model Pembinaan Modul Sidek 35
3.0 Proses Menguji Kesahan dan Kebolehpercayaan 78
Modul PLDK4
xvi
SENARAI JADUAL
Jadual Mukasurat
4.3.1 Tafsiran Data Pemboleh Ubah Dalam Ujian Skala 98
Konsep Kendiri Tennessee (TSCS)
4.4.1 Nilai Min dan't' bagi Kritik Diri 100
4.4.2 Nilai min dan `t' dalam Ujian Levene Untuk Kesetaraan 102
Varians bagi kritik diri
4.5.3 Nilai min dan `t' bagi Identit Kendiri 103
4.4.4 Nilai min dan `t' dalam ujian Levene untuk kesetaraan 104
Varians bagi identity kendiri
4.4.5 Nilai min dan `t' bagi kepuasan kendiri 105
4.4.6 Nilai min dan `t' dalam ujian Levene untuk kesetaraan 106
varians bagi kepuasan kendiri
4.4.7 Nilai min dan `t' bagi Tingkahlaku Kendiri 107
4.4.8 Nilai min dan `t' dalam ujian Levene untuk kesetaraan 109
varians bagi Tingkahlaku Kendiri
4.4.9 Nilai min dan `t' bagi Kendiri Fizikal 110
4.4.10 Nilai min dan `t' dalam ujian Levene untuk kesetaraan 111
varians bagi Kendiri Fizikal
4.4.11 Nilai min dan `t' bagi Kendiri Moral dan Etika 112
4.4.12 Nilai min dan `t' dalam ujian Levene untuk kesetaraan 113
varians bagi Kendiri Moral dan Etika
xvii
4.4.13 Nilai min dan `t' bagi Kendiri Personaliti/Peribadi 114
4.4.14 Nilai min dan `t' dalam ujian Levene untuk kesetaraan 116
varians bagi Kendiri Personaliti
4.4.15 Nilai min dan `t' bagi Kendiri Keluarga 117
4.4.16 Nilai min dan `t' dalam ujian Levene untuk kesetaraan 118
varians bagi Kendiri Keluarga
4.4.17 Nilai min dan `t' bagi Kendiri Sosial 119
4.4.18 Nilai min dan `t' dalam ujian Levene untuk kesetaraan 120
varians bagi Kendiri Sosial
4.5.1 Ringkasan Keputusan Pengujian Hipotesis Secara 121
Keseluruhan
xviii
BAB 1
PENGENALAN
2.0 Pengenalan
Kebanyakan modul yang telah dibina mempunyai penilaian tertentu bagi melihat
keberkesanan sesuatu modul tersebut. Kebanyakan modul membenarkan para pelajar
menjalankan aktiviti sendiri, dengan guru atau fasilitator hanya membantu dan
membimbing dalam keadaan-keadaan tertentu (Sidek & Jamaludin, 2005). Adnan
Kamis (1998) menyatakan bahawa dalam setiap aktiviti yang dijalankan melalui
modul, guru pengendali modul walaupun tidak secara langsung, tetapi perlu
menyediakan sebuah catatan bagi membuat penilaian terhadap persembahan pelajar
dalam kumpulan bagi mendapatkan maklum balas.
Manusia cenderung untuk hidup berkumpulan dan berkeluarga, perlu disayangi, perlu
perlindungan fizikal dan rohani, perlu dikasihi dan hidup bermasyarakat (Zuraidah,
1999), maka perbentukan kendiri individu banyak dipengaruhi oleh persekitarannya.
Di samping itu juga, untuk pembentukan dan peningkatan konsep kendiri satu
pendekatan melalui latihan yang terancang adalah satu pendekatan yang terbaik, iaitu
melalui Latihan dalam Kumpulan Bermodul (Mizan, Salleh & Aziz, 2000).
I
Pendekatan latihan dalam kumpulan ini pernah digunakan oleh pengkaji-pengkaji
yang lepas, yang melibatkan perubahan tingkah laku serta perkara yang berkaitan
dengan psikologi tetapi beliau menggunakan pendekatan kaunseling kelompok
contohnya kajian yang dibuat oleh Wan Abd. Kader Wan Ahmad (1994) dalam
bukunya bertajuk Kaunseling Kelompok Berstruktur : Pengurangan Kebimbangan
Sosial.
Latihan dalam kumpulan mementingkan interaksi dan mempunyai fungsi dan
matlamat tertentu (Gibson & Mitchell, 1981). Latihan dalam kumpulan berobjektif
asal untuk melatih peserta kumpulan untuk berhubung dengan individu lain dengan
berkesan di dunia luar atau masyarakat (Zuraidah, 1999).
Dengan adanya pendekatan latihan dalam kumpulan bermodul maka banyak modul
yang telah dihasilkan pembina-pembina modul di Malaysia untuk pelbagai objektif
dan tujuan. Antara modul yang dibangunkan termasuklah modul pengajaran, modul
latihan, modul motivasi dan modul akademik. Ada antara modul ini berbantukan
fasilitator dan adajuga modul yang tidak berbantukan fasilitator.
Walaupun banyak modul yang telah dihasilkan, mutu modul dibangun itu diragui
kerana tidak menepati garis panduan khusus pembinaan modul (Sidek & Jamalud. in,
2005). Maka dalam kajian ini pengkaji telah mengikut langkah-langkah penting
dalam garis panduan pembinaan modul seperti proses penilaian modul yang
2
seringkali diabaikan oleh pembina modul. Penilaian modul ini perlu dibuat di dalam
tiga peringkat iaitu peringkat pembinaan modul yang memfokus kepada penilaian,
kesahan dan kebolehpercayaan modul, penilaian keberkesanan modul dalam seting
eksperimen dan penilaian keberkesanan modul dalam dunia sebenar.
Bab ini akan menjelaskan perihal pengenalan dan latarbelakang kajian, pernyataan
masalah, objektif, hipotesis, kepentingan kajian, limitasi kajian dan definisi
konseptual serta operasional kajian.
1.1 Latar Belakang Kajian
Negara Malaysia sedang membangun dengan pesatnya, maka perubahan sosial yang
diakibatkan oleh proses pembangunan telah mendatangkan cabaran hebat kepada
kehidupan sosial amnya, serta juga menimbulkan tekanan yang semakin kompleks ke
atas individu dan keluarga (Sidek, 2000).
Menurut Sidek (2000), bahawa remaja masa kini yang sering menjadi fokus
perbincangan semasa, selalu dikaitkan dengan golongan yang bermasalah. Mereka
sering dikaitkan dengan pelbagai masalah daripada masalah kenakalan remaja
hinggalah kepada melakukan tindakan yang bertentangan dengan norma masyarakat,
peraturan dan undang-undang Negara.
3
Remaja masa sekarang mempunyai kritik diri yang tinggi terhadap diri sendiri dan
tidak mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi kepada diri sendiri
(Adnan, 2000).
Di samping itu juga, remaja masa kini amat takut untuk berhadapan masa depan yang
menunggu mereka kelak kerana tidak sanggup untuk menghadapi kegagalan. Mereka
mengambilkira bahawa kegagalan yang pernah mereka lalui sebelum ini tidak akan
dapat diubah dan akan berterusan menemui kegagalan selamanya. Remaja hari ini
juga dikatakan mempunyai konsep kendiri yang rendah dan mempunyai kritik diri
yang tinggi. Maka mereka akan mudah berputus asa dan rasa rendah diri.
Kebanyakan remaja juga suka mencari kepuasan dalam kehidupan tanpa berfikir
panjang sehingga mengorbankan konsep kendiri mereka sendiri dan tiada matlamat
hidup yang jelas (Adnan, 2000).
Sebahagian besar daripada konsep kendiri terbentuk awal dari kehidupan dan
pengaruh diri sendiri boleh berubah-ubah sepanjang hayat seseorang. Feldman
(1997) meringkaskan konsep kendiri itu sebagai pemikiran tentang diri sendiri.
Namun demikian konsep kendiri adalah imej diri lahir daripada interaksi sosial dan
boleh berubah-ubah mengikut interaksi sosial yang luas dan dipengaruhi oleh
persekitarannya (Fulmer 1972 dan Makzan 1977). Maka di sini, kebanyakan remaja
perlu membentuk konsep kendiri yang lebih positif pada awal penghidupan agar
mereka lebih yakin dalam menghadapi hidup masa depan yang lebih mencabar.
4
Fennell dan Weinfold (1989) menyatakan bahawa remaja yang berpencapaian tinggi
didapati mempunyai konsep kendiri yang lebih positif berbanding dengan remaja
yang berpencapaian rendah bagi kesemua dimensi konsep kendiri. Pengaruh
persekitaran individu seperti masyarakat, keluarga, budaya dan lain-lain lagi dalam
memahami kesejahteraan dan kesihatan mental seseorang individu tersebut juga
mempengaruhi konsep kendiri dan kritik diri mereka.
Menurut Hoffman, Paris dan Hall (1994), bagi populasi remaja, sistem yang amat
mempengaruhi kesejahteraan dan kesihatan mental mereka adalah sistem
kekeluargaan mereka kerana remaja amat bergantung kepada sistem ini dalam
menjalani kehidupan seharian mereka.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapatlah difahami bahawa remaja yang
mempunyai pencapaian akademik yang rendah serta pernah mengalami kegagalan
akan mengala. mi rasa rendah diri atau kritik diri yang tinggi dan mempunyai konsep
kendiri yang rendah. Melihat kepada kepentingan ini, maka kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengenalpasti sama ada rasa rendah diri dan konsep kendiri di
kalangan pelatih Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kuching dapat ditingkatkan
melalui pendekatan latihan kumpulan dengan modul yang dilakukan secara berjadual
dalam keadaan sedar. Bagaimanapun kajian ini tidak mengaitkan pencapaian
akademik yang rendah dengan perbezaan konsep kendiri ataupun kritik diri
5
disebabkan masalah masa dan maklumat seperti dinyatakan di dalam limitasi kajian
nanti.
Banyak modul yang dihasilkan di Malaysia oleh pembina-pembina modul untuk
pelbagai objektif. Membina modul bukanlah perkara yang mudah kerana ianya
mempunyai langkah-langkah yang penting serta perlu diikuti oleh pembina modul
untuk menghasilkan modul yang berkesan dan berkualiti. Maka di dalam kajian ini
pengkaji akan membuat penilaian terhadap modul yang dibina bagi melihat
keberkesanan sesuatu modul tersebut. Pengkaji juga akan melihat kesahan dan
kebolehpercayaan modul yang telah dibina.
1.2 Pernyataan Masalah
Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai beberapa kolej para perubatan yang
menawarkan program peringkat sijil dan diploma. Program peringkat diploma amat
memerlukan satu program atau modul motivasi untuk perubahan sikap pelatih,
terutama perihal konsep kendiri pelatih. Mereka ini pada satu masa nanti bakal
menjadi pegawai peringkat sokongan yang paling kanan dalam kementerian. Program
peringkat diploma ini hanya ditawarkan oleh Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
khasnya di Kuching, Sarawak. Kebanyakan pelatih adalah dalam lingkungan umur
6