Download - Ubi kayu untuk guru
![Page 1: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/1.jpg)
![Page 2: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/2.jpg)
UBI KAYUUNTUK GURU
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
![Page 3: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/3.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Esok ialah Hari Guru. Hari Guru
disambut sekali setahun. Sajidah
ingin memberikan hadiah kepada
guru kelasnya.
![Page 4: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/4.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
Tetapi Sajidah tidak cukup wang.
Dia tidak dapat membeli hadiah
untuk guru kelasnya.
Sajidah teringat akan kata-kata
guru kelasnya.
![Page 5: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/5.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
“Cikgu tidak mengharapkan
hadiah kamu. Kamu boleh ucapkan
Selamat Hari Guru. Ucapan itu lebih
berharga,” kata Cikgu Solehah.
![Page 6: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/6.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Namun, Sajidah tetap berhasrat
ingin memberikan hadiah.
Keesokan harinya, Sajidah
menghulurkan hadiahnya kepada
Cikgu Solehah.
4
![Page 7: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/7.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
Hadiah itu ialah beberapa
tongkol ubi kayu.
“Selamat Hari Guru! Saya ada
hadiah untuk cikgu,” ucap Sajidah.
![Page 8: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/8.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
“Terima kasih!” balas Cikgu
Solehah.
“Saya orang miskin, cikgu! Hadiah
saya hanyalah ubi kayu,” ujar
Sajidah. Cikgu Solehah tersenyum.
![Page 9: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/9.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
“Terima kasih! Cikgu sudah lama
tidak makan ubi kayu. Cikgu suka
makan ubi ini. Rasanya enak. Kamu
sungguh baik hati,” kata Cikgu
Solehah.
![Page 10: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/10.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
Pada suatu petang, Cikgu
Solehah datang ke rumah Sajidah.
Sajidah dan ibu bapanya
menyambut mesra kedatangan
Cikgu Solehah.
![Page 11: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/11.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
“Sajidah, cikgu bawa ketupat
sotong untuk kamu!” kata Cikgu
Solehah. “Cikgu, hadiah saya itu
bukanlah minta dibalas!” kata
Sajidah.
![Page 12: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/12.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
10
“Tidak mengapalah, Sajidah!
Kamu seorang murid berakhlak
mulia. Cikgu datang untuk
berkenalan dengan keluarga
kamu,” jelas Cikgu Solehah.
![Page 13: Ubi kayu untuk guru](https://reader034.vdocuments.pub/reader034/viewer/2022052301/5561ad82d8b42ad9538b5605/html5/thumbnails/13.jpg)
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
11
Sajidah tersenyum. Hatinya
gembira kerana Cikgu Solehah sudi
datang ke rumahnya.
Mereka bersama-sama makan
ketupat sotong itu.