EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Ucapan Pembentangan
BELANJAWAN 2013 SELANGOR DARUL EHSAN
„"Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia"‟
Oleh
YAB TAN SRI DATO‟ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO‟ MENTERI BESAR SELANGOR
Pada
MESYUARAT KETIGA PENGGAL KELIMA
DEWAN NEGERI SELANGOR KEDUA BELAS TAHUN 2012
Tempat
DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
BANGUNAN ANNEX SHAH ALAM
Hari dan Tarikh
ISNIN, 19 NOVEMBER 2012
5 MUHARAM 1434
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Terima kasih Yang Berhormat Dato‟ Speaker.
Bismillahirrahmannirrahim. Segala puji bagi ALLAH
Subhanahuwataala, selawat dan salam kepada junjungan besar
Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam, keluarga serta
sahabat baginda kesmuanya.
Sidang Dewan yang dihormati,
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan selamat
sejahtera.
1) Sempena hari berbahagia ini, saya mohon
mencadangkan agar Rang Undang-Undang bertajuk “Suatu
Enakmen bagi penggunaan sejumlah wang daripada Kumpulan
Wang Disatukan bagi tahun 2013, dan peruntukan wang itu
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
bagi perkhidmatan pada tahun tersebut” dibacakan untuk kali
kedua. Terima kasih.
2) Alhamdulillah, marilah kita mengucapkan syukur
kepada ALLAH Subhanahuwataala kerana diizinkan-Nya
untuk bersama hadir di dewan yang mulia ini. Saya kira belum
terlambat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali
kepada semua Ahli Yang Berhormat dan seluruh rakyat
Malaysia yang beragama Hindu. Di kesempatan ini juga saya
ingin mengucapkan Selamat Maal Hijrah 1434 kepada Ahli
Yang Berhormat dan seluruh umat beragama Islam. Semoga
pesta cahaya dan sambutan tahun baharu ini bakal
memberikan kekuatan kepada kita semua untuk bekerja
dengan lebih baik, sempurna dan efisien.
3) Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, saya ingin
membentangkan Belanjawan Berimbang Negeri Selangor 2013
dengan tema “Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia”.
Naik sampan pengayuhnya satu,
Pelan-pelan sampai juga,
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Ekonomi mapan Selangorku maju,
Negeri aman rakyat bahagia.
4) Pada Mac tahun hadapan lengkaplah mandat lima tahun
Pakatan Rakyat mengemudi pentadbiran di negeri Selangor.
Lao-tzu, ahli Falsafah dari negeri China pernah menyebut,
„Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama‟.
Dalam usaha mengorak langkah, misi kita hanya satu,
meletakkan negeri Selangor di atas asas yang kukuh, agar terus
menerajui ekonomi negara demi generasi mendatang.
5) Sejak empat tahun yang lalu, pentadbiran ini telah
menekankan konsep, dengan izin “Value for Money”. Ujian
asid ini diguna pakai dalam setiap perancangan, termasuk
pengambilalihan projek penswastaan (contohnya Industri
Perkhidmatan Air dan Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal).
Bagi mencapai makna “value for money” yang kita
perkenalkan, kita telah menetapkan semua urusan hendaklah
secara panggilan tender terbuka. Kita percaya dengan amalan
memberi projek kepada pembida terendah bukan sahaja kita
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
dapat membeli nilai wang yang dibayar rakyat tetapi kita juga
berurusan terus dengan pemilik/operator tanpa melibatkan
orang tengah yang akhirnya peranan orang tengah ini menjadi
tidak relevan dan terhapus dengan sendirinya.
6) Menukar amalan kebiasaan, apatah lagi jika ia telah
berakar umbi hingga diterima sebagai budaya bukanlah
sesuatu yang mudah. Untuk kesekian kalinya, saya menyeru
agar kita membiasakan yang betul dan membetulkan yang
biasa. Hakikatnya, tidak mungkin terhasil sesuatu yang luar
biasa, jika kita tidak berani berubah dan mengubah. (You can‟t
expect different results, if you keep doing things the same way).
7) Namun, saya maklum bukan mudah untuk kita
melakukannya. Ia memerlukan kekuatan politik dan fokus
haruslah ditumpukan bagi memastikan kepentingan rakyat
terbanyak terus terpelihara dan bukannya kepentingan
individu atau golongan tertentu. Harta yang paling bernilai
bagi saya adalah kepercayaan rakyat. Perkara yang
membuatkan saya terjaga di tengah malam sebenarnya
bukanlah mencari jalan menambah rizab negeri, tetapi
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
bagaimana memastikan setiap sen yang dibelanjakan sejajar
dengan nilainya dan benar-benar sampai kepada sasaran yang
dituju.
8) Baru-baru ini Ketua Audit Negara telah
membentangkan Laporan Audit Negara 2011. Kerajaan Negeri
Selangor merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai
dan penjawat awam lainnya kerana usaha gigih meraih
beberapa kejayaan dan peningkatan dalam pelbagai aspek,
antaranya:
i. Kedudukan kewangan yang baik dengan peningkatan
daripada segi wang simpanan, hasil, pelaburan dan
pengurusan kewangan.
ii. Sembilan daripada dua belas Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) dan lima badan berkanun mencatat lebihan
pendapatan.
iii. Peningkatan wang pelaburan pada 2011 sebanyak
RM1.55 bilion berbanding tahun sebelumnya, RM
928.61 juta. Ia merupakan peningkatan berterusan
untuk tahun kelima berturut-turut.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
iv. Peningkatan hasil sebanyak RM62.50 juta daripada
RM1.571 bilion pada 2010 kepada RM1.634 bilion pada
2011.
v. Kumpulan Wang Disatukan naik kepada RM1.944
bilion daripada RM1.58 bilion pada tahun 2010.
vi. Pembayaran hutang awam sangat baik.
vii. Projek pembangunan sangat baik daripada segi
perbelanjaan dan bilangan projek lulus.
9) Kerajaan Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada
lapan jabatan/agensi negeri yang telah mencapai tahap prestasi
pengurusan kewangan sangat baik yakni empat bintang
berbanding hanya empat jabatan/agensi negeri pada tahun
2010. Lapan jabatan/agensi negeri tersebut adalah:
i. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),
ii. Pejabat Tanah dan Galian (PTG),
iii. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj),
iv. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
v. Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam,
vi. Pejabat Menteri Besar/Setiausaha Kerajaan Negeri,
vii. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri
Selangor (PADAT) dan
viii. Perbendaharaan Negeri Selangor.
10) Menerusi Laporan Audit Negara 2011 tersebut, jelas
membuktikan kakitangan kerajaan negeri semakin menerima
baik dan memahami hasrat Kerajaan Negeri yang mahukan
pentadbiran negeri diurus secara telus dan bertanggungjawab
terutama melibatkan pengurusan kewangan.
11) Namun begitu, terdapat juga teguran dan peringatan
dalam Laporan Audit 2011 tersebut. Alhamdulillah, teguran
membina dan cadangan pembaikan yang dikemukakan
Laporan Audit itu sebenarnya sudahpun dikenal pasti pada
awal 2012 dan dapat diberi pembaikan sewajarnya. Sebagai
contoh, teguran terhadap akaun UNISEL.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Dato‟ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
12) Selain akaun PIYSB-UNISEL tidak pernah diaudit
sebelum 2008 kerana audit dalam juga tidak berfungsi, PIYSB-
UNISEL juga mempunyai liabiliti jangka panjang. Ia meliputi
jumlah terhutang bagi pinjaman terbitan Bithaman Ajil Islamic
Debt Securities (BaIDS) dengan Affin Investment Bank Berhad
sebanyak RM150,000,000-00. Hutang yang dicipta untuk
pembinaan kampus UNISEL oleh Tetuan Lebar Daun Sdn Bhd
setelah perjanjian dengan Syarikat Talam dibatalkan kerajaan
sebelum ini. Hutang tersebut telah menjadikan akaun UNISEL
jelik dilihat. Peliknya Umno BN yang sememangnya maklum
dengan situasi tersebut turut berpura-pura menunjukkan
kerisauan dengan situasi akaun UNISEL ini.
13) Justeru itu, Kerajaan Negeri telah membuat dua
keputusan penting, iaitu menubuhkan Jawatankuasa Audit dan
Pemeriksaan UNISEL dan mengambil alih hutang tersebut.
Bayaran balik terbitan BaIDS telah mula dijelaskan pada tahun
2011 dan berakhir tahun 2022.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
14) Bagi maksud ini Kerajaan Negeri berhasrat untuk
mengeluarkan jumlah terhutang tersebut daripada Penyata
Kewangan PIYSB bagi tahun 2011 oleh sebab bayaran balik
pinjaman berjaya dilunaskan oleh Kerajaan Negeri melalui
PIYSB.
15) Bagaimanapun, jumlah terhutang tersebut hanya boleh
dikeluarkan daripada Penyata Kewangan PIYSB bagi tahun
berakhir 31 Disember 2012 manakala catatan tambahan bagi
Nota Kepada Akaun tahun 2011 adalah seperti berikut:-
“Bayaran kupon dan ansuran pokok tahunan terbitan BaIDS
telah dijelaskan oleh Kerajaan Negeri mulai tahun 2011 dan
akan diteruskan sehingga selesai (tahun 2022).
16) Setelah penstrukturan hutang dilakukan, terdapat
berbezaan ketara dalam Penyata Kewangan bagi tahun berakhir
31 Disember 2011 berbanding 30 Jun 2012, iaitu;
Draf Penyata Kewangan PIYSB bagi tahun berakhir 31
Disember 2011 (mengambil kira pinjaman BaIDS) dan 30
Jun 2012 (tanpa mengambil kira pinjaman BaIDS)
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
menunjukkan penambahbaikan dan peningkatan seperti
berikut:-
Bil Perkara Jumlah (RM)
31.12.2011 30.06.2012
1 Pinjaman bagi terbitan BaIDS 150,000,000 0
2 Untung/(rugi) tahun semasa (58,799,619) 127,499,000
3 Untung/(rugi) terkumpul (161,605,212) 43,354,000
Kesimpulannya, draf Penyata Kewangan bagi setengah
tahun berakhir 30 Jun 2012 menunjukkan kedudukan
kewangan PIYSB yang sihat dan baik. Hal ini dapat dilihat
daripada segi jumlah keuntungan tahun semasa dan
terkumpul yang boleh dijana sekiranya pinjaman BaIDS
ini dikeluarkan daripada Penyata Kewangan PIYSB. Data
ini telah disemak dan disahkan oleh juruaudit luar-
Tetuan Razak & Co.
17) Laporan Audit Negara 2011 juga ada menyentuh Skim
Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), dengan kebimbangan
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
mengenai kelestarian program ini. Sebagaimana dijangka maka
berkokoklah puak-puak UMNO yang dengan cepat
menghukum program ini akan bankrap. Untuk makluman
Dewan, perkara ini telah lebih awal dikaji oleh pakar yang
dilantik dan ditangani menerusi penubuhan Yayasan Warisan
Anak Selangor (YAWAS) yang bukan berasaskan keuntungan
bagi menguruskan Skim TAWAS. Kita hanya membayar RM70
setahun untuk seorang peserta dan mereka ini akan mendapat
sekurang-kurangnya RM1,500 selepas berumur 18 tahun.
18) YAWAS mendapat geran sepenuhnya daripada
Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan operasi, oleh itu tidak
timbul isu bahawa program ini boleh mengalami kerugian,
jauh sekali menjadi bankrap. Bagaimanapun, YAWAS
menjalankan inisiatif untuk menjana pendapatan daripada
dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam
pasaran wang. Dari 2008 hingga 2011, YAWAS berjaya menjana
pendapatan daripada pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan
hal ini dapat meringankan kos operasi.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
19) Sehingga November 2012, status Sijil Pelaburan Ahli
TAWAS adalah seperti berikut:
i) Ahli yang lulus dan layak seramai 84,152 ,
ii) Ahli yang telah mempunyai Akaun seramai 27,635,
iii) 56,514 masih diproses di bank,
iv) 30,000 permohonan lagi yang menunggu giliran
untuk dihantar kepada bank.
20) Saya tegaskan di sini, dua isu utama yang dibangkitkan
Laporan Audit Negara 2011 telah diselesaikan dalam tahun 2012
juga dan saya berbangga dengan usaha giat serta profesional
yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan serta anak-
anak syarikat yang terlibat.
Sidang Dewan yang dimuliakan,
21) Sejak 2008, antara aktiviti terawal yang diusahakan
Kerajaan Negeri Selangor adalah memperbaiki „urusan
penyelenggaraan dalam kerajaan‟ (house-keeping) bagi
mereformasikan pentadbiran serta pengurusan kewangan
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Kerajaan Negeri termasuk membetulkan keadaan yang diwarisi
daripada pentadbiran terdahulu. Sesungguhnya, terlalu banyak
kepincangan pengurusan jika mahu diperkatakan satu persatu!
22) Malangnya, hingar-bingar media yang dikuasai UMNO-
BN, melaporkan sebaliknya. Kononnya banyak kecacatan di
Selangor, merangkumi isu air, Talam, isu sampah, dan yang
terbaharu isu Yasyasan Selangor. Kita bernasib baik kerana
rakyat telah bijak menilai sendiri. Paparan media perdana
hanya mereka jadikan pengalas makanan dan bukannya juadah
istimewa. Ketelusan pentadbiran yang kita amalkan akhirnya
telah membuka pekung dan nanah pemimpin terdahulu yang
memerintah 50 tahun lamanya. Pada masa yang sama saya
menganggap perjalanan melakukan reformasi ini merupakan
perjalanan panjang yang sukar. Umpama bait sebuah lagu;
Mengharap senang dalam berjuang,
Ibarat menanti bulan di tengah siang,
Jalan kebenaran tidak akan selalu sunyi,
Ada ujian yang datang melanda,
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Ada perangkap menunggu mangsa ..
Dato‟ Speaker dan seluruh ahli Dewan sekalian,
23) Pada sidang kali ini satu Kertas Putih mengenai
Pelunasan Hutang Talam akan dibentangkan. Hutang-hutang
Talam asalnya timbul daripada beberapa perjanjian usaha sama
di antara Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan
Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan
Talam bagi pembangunan hartanah di antara tahun 1994
sehingga 2002. Jumlah yang terhutang kepada Pendidikan
Industri YS Sdn. Bhd/ Universiti Industri Selangor (UNISEL)
pula timbul menerusi suatu perjanjian penswastaan bagi
pembinaan UNISEL pada tahun 2001 dan 2003.
24) Walaupun media perdana memainkan isu mekanisme
penyelesaian yang diusahakan Kerajaan Negeri, namun soalan
yang lebih relevan ditanya adalah bagaimana dalam tempoh
satu dekad di bawah kerajaan Barisan Nasional, sebuah
syarikat dibiarkan berhutang ratusan juta kepada anak syarikat
Kerajaan Negeri Selangor tanpa rekod perakaunan yang telus.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Lebih tidak masuk akal, bilamana Talam dibiarkan
bermaharajalela.
25) Pepatah Cina ada mengatakan; Lebih baik menyalakan
lilin untuk terang daripada terus menyumpah kegelapan.
Masalah bagi UMNO-BN yang disumpah bukan penyebab
kegelapan, sebaliknya orang yang memasang lilin yang diasak
dan dicerca. Meskipun begitu saya masih juga mampu
berlapang dada kerana pepatah Melayu ada mengatakan; “lebih
kosong tin itu, lebih kuatlah bunyinya..”
26) Kertas Putih Talam dijangka mampu memberi seluruh
gambaran isu ini dan saya yakin rakyat dapat melihat pekung
siapa yang akan terdedah. Namun, pada saya perkara yang
lebih utama adalah pengajaran yang dapat kita pelajari hasil
daripada isu Talam ini. Walaupun kita telah terangkan berkali-
kali, namun ada di antara kita yang masih tidak faham atau
tidak mahu faham. Apatah lagi apabila wujud anasir dengki
yang sentiasa berusaha untuk mengelirukan rakyat. Rakyat
menjadi gusar dan tidak percaya lagi kepada institusi kerajaan,
bahkan mereka bersikap buruk sangka dan curiga.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Persoalannya; mengapakah boleh terjadi sedemikian? Jawapan
saya, inilah hasil 50 tahun pemerintahan BN. Rakyat melihat
bagaimana mereka telah ditipu dan diperbodohkan. Tindakan
dan urusan tidak telus dan sentiasa mendahulukan kroni dan
suku sakat. Maka, apabila Pakatan Rakyat berjaya
mendapatkan semula hutang Talam rakyat menjadi prejudis,
apatah lagi dengan kewujudan puak-puak yang sengaja
mengadu domba dan menyangkakan kerajaan sekarang juga
melakukan amalan busuk sebagaimana mereka dahulu.
27) Desakan dan permintaan rakyat pula bukan sedikit.
Curiga dan prasangka juga amat tebal. Justeru itu, tugas kita
hari ini amat berat, iaitu bagaimana kita boleh mengembalikan
kepercayaan rakyat, setidak-tidaknya rakyat boleh berlapang
dada apabila kita mengusulkan sesuatu dan tidak terus
membuat kesimpulan negatif. Itulah cabaran mendatang yang
perlu kita atasi dan cabaran itu hanya boleh kita hadapi dengan
kita terus mengamalkan sikap profesional, telus dan penuh
pertanggungjawaban dalam setiap urusan dan tindak tanduk
kita.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Yang Berhormat Dato‟ Speaker dan seluruh Ahli Dewan yang
dimuliakan,
EKONOMI GLOBAL, SERANTAU DAN MALAYSIA
EKONOMI GLOBAL
28) Pencapaian ekonomi Amerika Syarikat (AS) sebagai
kuasa besar berkembang dengan kadar perlahan hanya pada
kadar 1.9 % pada tahun 2011 berikutan pertumbuhan
perbelanjaan isi rumah yang sederhana dan penguncupan
perbelanjaan kerajaan. Hal ini mendorong berlakunya
peningkatan kadar pengangguran. Keadaan ekonomi dunia
juga lembap dan menuju kemelesetan yang dikatakan
mempunyai masalah yang berbagai-bagai-bagai dan
bergantung antara satu sama lain. Maka, kalau sebuah negara
menghadapi masalah, negara-negara lain juga menghadapi
masalah yang sama.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
29) Soalnya sekarang apakah krisis ekonomi yang kita
hadapi ini dalam keadaan yang boleh dibendung walhal kita
tahu faktor utama krisis ini adalah krisis pekerjaan seperti
mana yang kita nampak sedang berlaku di Kesatuan Eropah
seperti Sepanyol, Greece dan juga Portugal bilamana kadar
pengangguran melebihi 20%. Golongan belia lepasan universiti
mengalami tekanan teruk kerana lebih 50% dari mereka tidak
memperolehi pekerjaan. Kita khuatir jika Malaysia tidak
menjalankan langkah-langkah awal menangani masalah ini,
kita mungkin menghadapi kemelesetan ekonomi yang pernah
kita alami pada tahun 2008 dan tahun 2009.
30) Saya berpandangan setiap krisis pasti wujud bersama
peluang yang boleh dimanfaatkan. Ketika Kesatuan Eropah
dan Amerika Syarikat menghadapi kemerosotan ekonomi,
Selangor melihat ekonomi Asia boleh memainkan peranan
penting sebagai penyelamat ekonomi Malaysia terutama ketika
kuasa besar Asia iaitu China dan Jepun sedang mengalami
pergeseran diplomatik akibat perebutan Pulau Senkaku/
Diaoyu. Hinggakan, Jepun telah membuat keputusan untuk
mengeluarkan pelaburan mereka dari China yang dianggarkan
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
bernilai USD6.5 bilion yang melibatkan lebih 20,000 syarikat.
Malaysia khususnya Selangor perlu menggunakan peluang ini
dengan menarik para pelabur Jepun melabur di sini.
EKONOMI SERANTAU
31) Negara-negara Asia bakal menjadi peneraju
pertumbuhan ekonomi Global dengan pertumbuhan ekonomi,
pelaburan dan aliran perdagangan terus menunjukkan
peningkatan dan perkembangan yang positif. Prestasi ekonomi
kebanyakan kuasa besar Asia seperti China, India, Republik
Korea atau Korea Selatan, menunjukkan pertumbuhan KDNK
yang kukuh sepanjang tahun 2011 didorong oleh permintaan
domestik yang mantap, penggunaan swasta yang terus
meningkat, serta kepesatan sektor perkhidmatan dan pertanian.
Ekonomi Jepun terus menguncup tetapi pada kadar yang
perlahan sekitar 1 % serta penguncupan mendadak dalam
sektor pembuatan berikutan bencana gempa bumi dan tsunami
yang melanda sekitar suku pertama 2011.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
32) Kebanyakan negara anggota ASEAN juga mencatatkan
pertumbuhan yang positif didorong oleh permintaan luar dan
domestik yang meningkat mencerminkan kekukuhan
keseluruhan ekonomi dan kewangan rantau ini. Ekonomi
negara seperti Indonesia, Filipina, Singapura, dan Vietnam
berkembang pada kadar yang positif dan sederhana
berbanding Thailand yang mencatatkan KDNK lebih perlahan
dengan KDNK 2.9% pada tahun 2011 disebabkan perbelanjaan
penggunaan swasta dan pelaburan awam yang lebih rendah.
EKONOMI MALAYSIA (Suku Kedua 2012)
33) Ekonomi Malaysia (KDNK) telah meningkat 5.4%
berbanding 4.9% pada suku sebelumnya dengan diterajui oleh
pengembangan berterusan dalam sektor Perkhidmatan dan
Pembuatan.
34) Sektor Pertanian menguncup 4.7% akibat penurunan
pengeluaran-pengeluaran tanaman Kelapa Sawit, Getah dan
Perhutanan.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
35) Pertumbuhan 2.3% dalam nilai ditambah sektor
Perlombongan dan Kuari adalah disokong oleh pengeluaran
minyak mentah yang lebih meningkat 8.8%. Bagaimanapun,
pengeluaran gas asli telah menurun 4.4%.
36) Sektor Pembuatan meningkat 5.6% pada suku tahun
ini. Produk Petroleum, Kimia, Getah dan Plastik yang tumbuh
9.6% merupakan pemangkin utama dalam pertumbuhan ini,
susulan daripada pengeluaran yang lebih tinggi dalam produk
petroleum bertapis.
37) Sektor Pembinaan telah berkembang 22.2% pada suku
kedua 2012 (Suku pertama 2012: 15.5%). Pertumbuhan ini
diterajui oleh keaktifan dalam sektor kecil pembinaan
Kejuruteraan Awam dan Kediaman.
38) Sektor Perkhidmatan turut meningkat kepada 6.3%
dengan disokong oleh sektor Perdagangan Borong dan Runcit
serta sektor Kewangan dan Insurans. Pertumbuhan 5.9% bagi
sektor Perdagangan Borong dan Runcit pula diterajui oleh
aktiviti peruncitan.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
39) Sektor Kewangan dan Insurans berkembang 6.6%
dengan dirangsang oleh pendapatan berasaskan fi / yuran yang
lebih tinggi bagi aktiviti perbankan serta peningkatan dalam
pendapatan premium bagi aktiviti insurans.
PERTUMBUHAN Selangor
40) Pertumbuhan KDNK bagi negeri Selangor dalam
keseluruhan tahun 2012 adalah diunjurkan pada 6.1%
berbanding pertumbuhan 6.0% pada patun 2011.
41) Pertumbuhan KDNK Selangor bermula dari tahun 2008
hingga 2012 menunjukkan peningkatan sekitar 5.0 % hingga
8.3 % kecuali pada tahun 2009 bilamana penguncupan ekonomi
dicatatkan pada kadar -1.6% akibat ketidakstabilan ekonomi
global terutama di Amerika Syarikat dan kebanyakan negara
Kesatuan Eropah.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
42) Hasil perbandingan peningkatan KDNK Selangor dan
Malaysia adalah seperti berikut;
Tahun Selangor Malaysia
2005 5.8 5.3
2006 4.7 5.8
2007 7.7 6.5
2008 8.4 4.8
2009 -1 -1.6
2010 10.8 7.2
2011 6 5.1
2012* 6.1 5.4
* Anggaran UPEN
43) Sebagai rekod, negeri Selangor terus kekal menjadi
penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia melebihi 20%
dari tahun 2008 hingga 2012. Hal ini membuktikan kecekapan
tadbir urus (good governance) dan pengurusan kewangan yang
cemerlang diamalkan Kerajaan Negeri.
PERATUSAN SUMBANGAN KEPADA KDNK NEGARA
Tahun Sumbangan Selangor
kepada KDNK Negara (%)
2005 21.4
2006 21.1
2007 21.4
2008 22.1
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
2009 22.3
2010 23
2011 22.1
Prospek Pertumbuhan Ekonomi Negeri Selangor 2012 (Suku
Kedua) Mengikut Sektor:
PERTANIAN**
44) Nilai ditambah sektor pertanian diunjurkan mengalami
pertumbuhan sebanyak 0.5% bagi tahun 2012 (2011: 4.9%).
Secara amnya pertumbuhan ini dijangka dibantu oleh prestasi
subsektor kecil perikanan, ternakan dan pertanian lain.
Bagaimanapun, sehingga Ogos 2012 pengeluaran minyak sawit
masih mengalami trend menurun.
PERLOMBONGAN & KUARI**
45) Nilai ditambah sektor pengkuarian diunjurkan
mengalami pertumbuhan 1.1% bagi tahun 2012, iaitu lebih baik
berbanding tahun 2011 bersandar pada andaian keaktifan
sektor pembinaan yang unjurkan meningkat 16.1%.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
PERKHIDMATAN**
46) Sektor perkhidmatan dianggarkan menyumbang 58.3%
kepada KDNK negeri pada tahun 2012 dan mengalami
pertumbuhan sebanyak 4.5%. Sektor kecil Utiliti,
Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi merupakan
penyumbang terbesar daripada segi nilai ditambah, dengan
mengalami pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 5.2%.
47) Sektor kecil Kewangan & Insurans, Hartanah dan
Perkhidmatan Perniagaan merupakan penyumbang kedua
terbesar daripada segi nilai ditambah dan sektor kecil ini
dianggarkan mengalami pertumbuhan 4.2% pada tahun 2012.
Sektor kecil Perkhidmatan lain dianggarkan mengalami
pertumbuhan 4.3%. Sektor Perkhidmatan Kerajaan
dianggarkan mengalami pertumbuhan pada kadar 5.1%
dengan sumbangan sebanyak 5.2%.
SEKTOR PERINDUSTRIAN **
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
48) Secara keseluruhan, nilai ditambah Sektor
Perindustrian dianggarkan menyumbang sebanyak 39.9%
kepada KDNK negeri Selangor pada tahun 2012 dan
merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap pecahan
pendapatan negeri. Sektor ini diunjurkan mengalami
peningkatan nilai ditambah sebanyak 5.6% yang
disumbangkan oleh peningkatan 4.1% nilai ditambah sektor
pembuatan.
49) Industri pembuatan berorientasikan domestik dijangka
berkembang seiring sentimen pengguna dan perniagaan yang
baik dengan subsektor elektronik dan elektrik dijangka
meningkat dengan peningkatan permintaan bagi kelengkapan
elektronik dan semikonduktor. Peningkatan permintaan
barangan sumber seperti produk petroleum, kimia, getah dan
plastik serta peningkatan pendapatan boleh guna terutama
industri kelengkapan pengangkutan dijangka menyokong
pertumbuhan sektor pembuatan terus meningkat.
SEKTOR PEMBINAAN**
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
50) Sektor pembinaan diunjurkan mengalami pertumbuhan
positif 16.1% dalam nilai ditambah bagi tahun 2012. Keaktifan
sektor ini dijangka disumbangkan oleh pembinaan rumah
kediaman dan rekreasi dan bangunan perdagangan dan
kompleks serta kerja baik pulih yang juga dibantu oleh
keaktifan projek-projek infrastruktur.
51) Pemulihan sederhana yang dialami perdagangan dunia
menjangkakan pengeluaran dan jualan sektor pembuatan yang
terus meningkat bagi tahun 2012 dengan unjuran peningkatan
sebanyak 5.3% dengan sumbangan kepada KDNK sebanyak
34.1%.
52) Projek-projek di bawah Greater Kuala Lumpur / Klang
Valley termasuk pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) dari
Sungai Buloh ke Kajang dan pertambahan rangkaian Aliran
Transit Ringan (LRT) dari Kelana Jaya ke Ampang dijangka
meningkatkan keaktifan aktiviti kejuruteraan awam.
Pembinaan bangunan-bangunan bukan kediaman dianggarkan
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
meningkat dengan diterajui oleh permintaan yang lebih tinggi
bagi hartanah dan bangunan komersial.
Sidang Dewan sekalian,
53) Laporan Audit Negara 2011 telah merumuskan
kedudukan kewangan negeri Selangor sebagai baik dan
memuaskan. Baki Kumpulan Wang Disatukan pada tarikh 31
Disember 2011 naik kepada RM1.944 bilion daripada RM1.58
bilion pada tahun 2010, iaitu peningkatan sebanyak 22 peratus.
54) Jumlah wang awam yang terdiri daripada wang tunai
dan pelaburan yang dipegang oleh tiga Kumpulan wang
Disatukan, iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah
Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan pada 31 Oktober
2012 adalah berjumlah RM2.57 bilion. Wang awam yang
berjumlah RM2.57 bilion adalah terdiri daripada wang tunai
sebanyak RM546.11 juta dan pelaburan sebanyak RM2,028.11
juta. Wang tunai sebanyak RM546.11 juta adalah termasuk
deposit pasaran wang jangka pendek sebanyak RM391.00 juta.
Jumlah faedah yang dijana daripada simpanan tetap dan
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
deposit pasaran wang jangka pendek sehingga 31 Oktober 2012
adalah sebanyak RM40.52 juta.
55) Hal yang menarik adalah, meskipun kedudukan
kewangan negeri terus mengukuh, perbelanjaan bagi pelbagai
program pembangunan dan kebajikan rakyat juga terus
meningkat. Sehingga 30 September 2012 sebanyak
RM766,913,379.07 telah dibelanjakan untuk pelbagai jenis
program kebajikan di bawah Agenda Merakyatkan Ekonomi
Selangor (MES) sejak Mac 2008.
PRESTASI PELABURAN SELANGOR 2008-2012
56) Sepanjang tahun 2008 hingga 2011, Selangor menduduki
kedudukan pertama dan kedua bersama-sama Pulau Pinang
daripada segi jumlah pelaburan masuk ke dalam negeri dengan
nilai purata sekitar RM38 bilion sepanjang 4 tahun tersebut.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
57) Nilai pelaburan masuk ke negeri Selangor adalah
seperti berikut:- RM11.87 bilion (2008), RM6.76 bilion (2009),
RM10.64 bilion (2010), dan RM8.74 bilion (2011).
58) Nilai pelaburan domestik (DDI) sepanjang tempoh 2008
hingga 2011 adalah seperti berikut: - RM2.87 bilion (2008),
RM2.75 bilion (2009), RM5.49 bilion (2010) dan RM4.5 bilion
(2011).
59) Bagi pelaburan asing (FDI) pula, sepanjang tahun 2008
hingga 2011 mencatatkan angka pelaburan seperti berikut: -
RM9.0 bilion (2008), RM4.01 bilion (2009), RM5.15 bilion (2010),
dan RM4.24 bilion (2011).
60) Jumlah projek yang telah dan berjaya dilaksanakan di
negeri Selangor sepanjang tempoh 4 tahun tersebut adalah
seperti berikut:- 302 projek (2008), 278 Projek (2009), 325 projek
(2010) dan 263 projek (2011).
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
61) Peluang pekerjaan yang berjaya disediakan hasil
pelaburan masuk ke negeri Selangor sepanjang tempoh
tersebut adalah seperti berikut:- 30,890 orang (2008), 22,753
orang (2009), 27,865 orang (2010) dan 20,750 orang (2011).
62) Bagi separuh penggal tahun 2012, berdasarkan
perangkaan yang diberikan MIDA, negeri Selangor berjaya
mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dan jauh meninggalkan
negeri-negeri lain di Malaysia. Jumlah pelaburan masuk bagi
tempoh Januari-Julai adalah RM6,080,000,000-00 dengan
pelaburan domestik sebanyak RM4,590,000,000-00 dan
pelaburan asing (FDI) sebanyak RM1,490,000,000-00.
Kedudukan selepas Selangor adalah Sabah yang mencatatkan
jumlah pelaburan sebanyak RM4,832,274,055-00 bagi tempuh
yang sama. Kita menganggarkan, jumlah pelaburan masuk
negeri Selangor setakat September 2012 dijangka mencecah RM
7,700,000-00 juta.
63) Sepanjang tempoh Januari-Julai 2012, sebanyak 142
projek pelaburan baharu berjaya masuk ke negeri Selangor
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
dengan menawarkan sebanyak 13,197 peluang pekerjaan
baharu kepada rakyat negeri Selangor yang merangkumi
pekerja mahir, separa dan kurang mahir serta golongan
profesional.
Dato‟ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
64) Saya mengambil sedikit masa membawa Ahli Dewan
mengetahui kedudukan ekonomi dunia, serantau, negara
Malaysia serta kedudukan ekonomi negeri Selangor. Hal ini
penting kerana kesemua data tersebut diambil kira dalam kita
merangka belanjawan Selangor 2013 yang bertemakan
“Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia”. Dengan meneliti dan
membanding data-data di atas barulah kita tahu kedudukan
serta kemampuan Selangor.
STRATEGI BELANJAWAN 2013
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
65) Belanjawan 2013 masih meneruskan semua strategi pada
tahun yang lalu, bagaimanapun penekanan tertumpu pada Tiga
(3) Strategi Utama, iaitu:
i) Memperkasakan Pengurusan Tenaga Kerja, Sumber
Kewangan, Pentadbiran dan Aset Negeri.
ii) Melestarikan Pembangunan Inovasi & Moden.
iii) Memperkukuhkan Kualiti Hidup Rakyat.
66) Semua strategi ini mengambil kira keperluan holistik
pembangunan fizikal dan manusia, pengukuhan prinsip serta
kecekapan, ketelusan dan kebertanggungjawaban pengurusan
dan keseimbangan antara pelbagai elemen bagi membolehkan
hasil optimum dapat dicapai. Reformasi daripada segi
pengurusan dan penggunaan mahu terus diusahakan sehingga
ia menjadi budaya bersama.
MEMPERKASAKAN PENGURUSAN SUMBER TENAGA
KERJA, KEWANGAN, PENTADBIRAN DAN ASET
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Yang Berhormat Dato‟ Speaker dan seluruh Ahli Dewan yang
dihormati,
67) Strategi terbaharu yang dilaksanakan kerajaan Pakatan
Rakyat adalah memberikan perhatian pada pengurusan aset.
Kerajaan Negeri buat pertama kalinya berjaya mengenal pasti
dan menilai semua aset negeri atau lebih tepat lagi aset rakyat
Selangor. Selangor merupakan negeri yang pertama
melaksanakan proses ini. Kerajaan Negeri Selangor telah
mendokumenkan dua kategori aset, iaitu Aset Alih (Harta
Modal, Inventori dan Stok) dan Aset Tak Alih (Tanah dan
Bangunan).
68) Kedudukan Aset Alih Negeri Selangor sehingga 30
September 2012 berjumlah RM177,804,972.90. Aset Alih
terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu Harta Modal dan
inventori. Aset–aset ini akan dibuat penggantian sekiranya
dilupuskan atau hilang dan penggantian bergantung pada
keperluan dan kedudukan kewangan Negeri.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
69) Bagi Aset Tak Alih pula sehingga 30 September 2012
Kerajaan Negeri mempunyai Aset Tak Alih berjumlah
RM14,950,192,846.24 bagi 17 jabatan di negeri Selangor. Bagi
memastikan Aset Tak Alih selamat digunakan,
penyelenggaraan amat penting agar aset tersebut dalam
keadaan baik dan dapat memanjangkan jangka hayat.
70) Nilai keseluruhan Aset Alih dan Aset Tak Alih ini
berjumlah tidak kurang RM15,178,000,000-00. Nilai ini tidak
termasuk nilai aset air di negeri ini. Menurut jurunilai ERINCO
Sdn Bhd, nilai aset air yang merangkumi Empangan, Loji
Rawatan Air, Kolam, Rumah Pam serta Data-data Sistem
Pengagihan bernilai tidak kurang RM12,350,000,000-00. Kita
berpendapat, hanya dengan adanya rekod yang lengkap, maka
aset-aset ini dapat diselia dengan lebih teratur dan efektif bagi
mendapatkan pulangan terbaik daripada penggunaannya hatta
penjimatan kos jangka panjang.
Dato‟ Speaker dan sidang Dewan sekalian,
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
71) Kerajaan Negeri dijangka dapat memperluaskan konsep
“value for money” dalam setiap urusan, pengurusan dan
pentadbiran kerajaan. Sukacita saya memaklumkan bahawa
sepanjang Januari-Oktober 2012 terdapat 63 projek berjumlah
RM446,941,107.42 yang telah diluluskan secara tender terbuka.
Anggaran kos projek-projek ini pada awalnya adalah
RM549,147,567.75. Ia bermakna dengan amalan tender terbuka
ini Kerajaan Negeri telah dapat membuat penjimatan sejumlah
RM 102,206,460.33 bersamaan dengan 18.61%.
72) Justeru itu, tohmahan jahat sesetengah orang yang tiada
pengetahuan dalam pentadbiran ekonomi kononnya rizab
negeri melonjak kerana kita menyimpan wang dan tidak
membelanjakan untuk pembangunan rakyat, ternyata meleset.
Rizab negeri meningkat kerana segala pembangunan dan
projek dilaksanakan secara telus dan tidak berlaku ketirisan
dalam perlaksanaannya serta perbelanjaan berhemat (tidak
melampaui batas) yang diamalkan Kerajaan Negeri Pakatan
Rakyat.
Menyemai angin, menuai badai,
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
alang-alang bertukang, terbuang kayu,
alang – alang berjuang, terus maju ..
Dato‟ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
MELESTARIKAN PEMBANGUNAN INOVASI DAN
MODEN.
73) Strategi kedua adalah melestarikan Pembangunan
Inovasi dan Moden melalui pelaksanaan program “daripada
pejabat kepada rakyat”, pengurusan projek mapan dan
membudayakan penyelenggaraan jalan raya dalam kawasan
atau secara in-house, Pengurusan pendekatan baharu
pengurusan sisa pepejal, Low carbon cities framework,
penyusunan semula industri air dan pembangunan industri.
74) Kerajaan negeri sudahpun memulakan usaha untuk
mendigitalkan semua rekod pemilikan tanah di Pejabat Tanah
dan Galian dan semua Pejabat Tanah dan Daerah di seluruh
Selangor. Pelaksanaan projek ini bertujuan merakyatkan semua
Pejabat Tanah dan Daerah bagi membolehkan segala urusan
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
dilakukan di perkarangan rakyat tanpa perlu berulang alik ke
pejabat kerajaan. Kita telahpun melaksanakan projek ini secara
berperingkat dan bermula dengan Pejabat Tanah dan Galian
Selangor. Melalui sistem moden ini juga kita berjaya
mengurangkan beban menyimpan dokumen dan fail-fail tanah
yang jumlahnya tidak kurang dua (2) juta fail. Semua
maklumat telah direkodkan dalam sistem digital canggih.
75) Pada awal 2012 kerajaan negeri berhadapan dengan
situasi getir apabila Alam Flora Sdn Bhd memberhentikan
perkhidmatan di negeri ini. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri
sekarang telah bersedia menghadapi situasi tersebut setelah
menyedari bahawa perjanjian yang dimeterai bersama Alam
Flora oleh kerajaan dahulu adalah perjanjian berat sebelah dan
merugikan rakyat negeri ini. Natijah daripada pembatalan
tersebut maka pengutipan sisa pepejal kini dilakukan sendiri
oleh Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ).
76) Apabila kita mengambil alih pengurusan tersebut, kita
berusaha melaksanakan banyak penambahbaikan terhadap
sistem pengurusannya, antaranya:
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
i. Mengamalkan Sistem Tender Terbuka - semua PBT
dapat menjalankan proses pelantikan kontraktor dibuat
secara tender terbuka dan konsep owner operator serta
value for money perlu menjadi keutamaan dalam
melantik kontraktor.
ii. Melengkapkan PBT Dengan Kompaktor - Kerajaan
Negeri melalui syarikat milik penuh, Kumpulan Darul
Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat pembelian
sebanyak 50 buah lori pemampat sampah (kompaktor)
dengan mendapatkan pembiayaan menerusi institusi
kewangan untuk kegunaan PBT yang diselia oleh pihak
MBSA dan MBPJ. Setakat ini 18 buah kompaktor telah
diserahkan kepada MBPJ, 4 buah kepada Hebat Abadi
dan 12 buah kepada MBSA yang mengagihkannya
diagihkan kepada MPK 4 buah, kepada kontraktor
MBSA 4 buah, dan 4 buah lagi kepadaMajlis Daerah
Hulu Selangor.
iii. Pengurusan Hutang PBT kepada Alam Flora - Kerajaan
Negeri sentiasa mengadakan rundingan dengan pihak
PBT dan Alam Flora dalam usaha bagi menyelesaikan
semua tunggakan hutang yang perlu diselesaikan. Hasil
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
daripada semakan yang kita lakukan, Kerajaan Negeri
akan membuat tuntutan balas kepada Alam Flora
kerana kebanyakan kompaktor dan mesin-mesin yang
dipulangkan kepada kita dalam keadaan yang sangat
teruk.
iv. Pemantauan Aduan Sisa Pepejal - Kerajaan Negeri telah
melancarkan talian tetap aduan sampah (1 800 88 2824)
bagi memudahkan pelbagai pihak membuat aduan yang
diuruskan oleh Bahagian Korporat, SUK.
v. Semua PBT juga turut melantik kontraktor sokongan
bagi menggantikan segera kontraktor yang ditamatkan
perkhidmatan disebabkan prestasi yang tidak
memuaskan.
vi. Pengezonan Semula - Kerajaan Negeri turut
mengarahkan agar semua PBT dapat melakukan semula
proses pengezonan kawasan bagi memudahkan aktiviti
pemantauan dan tindakan dilakukan dengan mudah
dan berkesan.
vii. Kerajaan Negeri melalui Seksyen Pihak Berkuasa
Tempatan, UPEN telah menubuhkan unit khas bagi
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
menjalankan audit kutipan sisa pepejal sebagai usaha
mengumpul data serta masalah yang dihadapi oleh
kontraktor yang dilantik.
Dato‟ Speaker dan sidang Dewan sekalian,
77) Sukacita saya maklumkan, hasil daripada usaha kita
melaksanakan sendiri Pengurusan Kutipan Sisa Pepejal, kita
berjaya menjimatkan kos sebanyak RM80,948,216.13 setahun
berbanding semasa di bawah kendalian oleh pihak Alam Flora
Sdn Bhd. Wang penjimatan ini kita salurkan semula kepada
rakyat sejajar dengan semangat “Hasil Negeri Untuk Rakyat”
melalui skim pemberian 25% rebet cukai pintu kepada rumah
flat kos rendah di seluruh negeri Selangor.
Sidang Dewan Yang Dimuliakan,
78) Strategi yang sama kita gunakan dalam melihat isu air
secara keseluruhan. Industri Perkhidmatan Air melibatkan
empat (4) komponen utama iaitu Air Mentah, Air Terawat,
Sistem Agihan dan Pengguna.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
79) Banyak kekeliruan timbul berkenaan air di negeri
Selangor ini. Bermula dengan isu penstrukturan semula
industri air, diikuti dengan kapasiti bekalan air dan yang
terkini muncul pula isu Loji Rawatan Air Langat 2.
80) Kerajaan Negeri Selangor mengambil ketetapan bahawa
Negeri Selangor mempunyai jumlah air mentah yang
mencukupi berdasarkan sejumlah data yang dipetik daripada
Kajian Semula Sumber Air Negara (Review of The National
Water Resources Study, NWRS) Tahun 2000 hingga 2050 yang
dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Malaysia (NRE). Kajian ini menunjukkan bahawa taburan
hujan tahunan negeri Selangor terkini adalah sebanyak
2,190mm . Setelah diambil kira jumlah penyejatan dan susupan
semula air bumi, jumlah air larian permukaan adalah
6,380,000,000 meter padu setahun bersamaan 17,000,000,000 liter
sehari.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
81) Keperluan air negeri Selangor, Kuala Lumpur dan
Putrajaya adalah dianggarkan sebanyak 7,832,000,000 Liter
sehari- ( ia merangkumi bekalan air awam, pengairan padi
pertanian dan penternakan termasuk 10% bagi kegunaan
engaliran alam sekitar. Ia bermakna Negeri Selangor masih
mempunyai 9,168,000,000 liter sehari air larian permukaan yang
masih boleh dimanfaatkan lagi.
82) Air mentah yang ada di negeri Selangor ini bukan
hanya tertumpu pada air yang terdapat di empangan tetapi juga
termasuk air di sepanjang hulu sungai hinggalah ke hilir
sungai yang pada ketika ini hanya dilepaskan terus ke laut.
Kerajaan Selangor berpandangan bahawa kita sepatutnya
memanfaatkan air mentah yang tersedia ini tanpa
membiarkannya terbuang begitu sahaja.
83) Pada ketika ini terdapat pelbagai teknologi untuk
tujuan ini; antaranya teknologi penurasan ultra (ultra
filtration), teknologi membran (membrane) dan penurusan
tebing sungai (river bank infiltration). Saya berpendapat
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
sepatutnya teknologi tersebut dikaji terlebih dahulu dalam
usaha kita untuk memanfaatkan air mentah yang ada di negeri
Selangor. Jika pendekatan ini dikaji dengan teliti,
membolehkan seluruh negeri Selangor menjadi kawasan
tadahan sebagaimana yang dilakukan oleh Singapura yang hari
ini kita dapati seluruh Singapura menjadi kawasan tadahan air.
84) Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendirian bahawa
potensi air mentah sedia ada di negeri Selangor seharusnya
ditingkatkan penggunaannya sebelum dibuat keputusan
terhadap usaha penyaluran air dari Pahang ke Selangor.
MERPERKUKUH KUALITI HIDUP RAKYAT
85) Strategi ketiga yang diambil kerajaan adalah
memperkukuhkan kualiti hidup rakyat. Ia merangkumi
penyelesaian isu kemiskinan isi rumah sama ada di bandar atau
luar bandar, daripada kebajikan kepada bekerja, memperkasa
IPT Selangor bagi memenuhi keperluan pasaran kerja,
pembinaan Rumah Kos Rendah dan Rumah Mampu Milik
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
serta Pembangunan Usahawan dalam usaha mengurangkan
kebergantungan pada Kerajaan serta memupuk rakyat berilmu,
berakhlak mulia dan hidup sihat.
86) Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan
terus dipacu pelaksanaannya. Ia meliputi pembentukan
Tabung Warisan Anak Kelahiran Selangor (TAWAS); Bekalan
Air Percuma bagi 20 meter padu; Hadiah Anak Masuk
Universiti; Skim Mesra Usia Emas (SMUE); Mewujudkan Pusat
Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) dan Tabung Pendidikan Anak-
Anak Pekerja Ladang; Hadiah Anak Masuk Universiti; Skim
Mesra Usia Emas; Skim Mikrokredit Selangor; Skim Kesihatan
Wanita; Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR); Pusat
Tuisyen Rakyat. Pelbagai program kebajikan telah dan akan
terus disediakan yang meliputi semua golongan sasar yang
memerlukan, sama ada dalam bentuk bantuan kebajikan,
latihan kemahiran dan latihan pembangunan untuk golongan
wanita, orang kelainan upaya (OKU), warga emas, kanak-
kanak, anak-anak yatim serta ibu tunggal yang kurang
berkemampuan.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
87) Kerajaan Negeri juga amat prihatin terhadap
keselamatan rakyat di negeri ini yang sentiasa tergugat dengan
meningkatnya indeks jenayah. Justeru itu, usaha-usaha sedang
dilakukan untuk menangani masalah ini. Sebuah Jawatankuasa
Induk Menangani Keselamatan Rakyat akan ditubuhkan
dengan melibatkan pelbagai pihak antaranya Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Agensi Pemaju Perumahan REHDA, Polis
Diraja Malaysia Selangor (PDRM), Jabatan Agama Islam
Selangor ( JAIS ) Persatuan-Persatuan Penduduk, JMB dan
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Jawatankuasa ini berperanan sebagai agen meningkatkan
usaha menangani gejala sosial dengan lebih berkesan.
88) Sebagai negeri maju yang mengutamakan kebajikan
rakyat, Kerajaan Negeri Selangor menggunakan beberapa
pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan taraf kehidupan
rakyat menjadi lebih selesa dan memenuhi keperluan asas
kepada masyarakat tanpa mengira bangsa, usia, fahaman
politik dan agama.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
89) Melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor
(MES) juga, rakyat di Negeri Selangor turut mendapat manfaat
daripada hasil negeri yang diperolehi dan secara tidak
langsung dapat meringankan tanggungan bebanan yang
dihadapi.
90) Bagi program pembangunan modal insan, program-
program yang berasaskan elemen SPIES (Spiritual, Physical,
Intelektual, Emosi, Sosial) akan diteruskan dengan
penambahbaikan dari semasa ke semasa yang merangkumi
keseluruhan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan
menengah, tertiari dan pendidikan sepanjang hayat.
Puteri Kayangan si Manja Lela,
Ditemani Tuanku ke Nilam Puri,
Belanjawan 2013 diseimbang segala,
Sejahteralah rakyat makmurlah negeri.
Dato‟ Speaker dan Ahli-Ali Yang Berhormat,
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
PERUNTUKAN BELANJAWAN 2013
91) Belanjawan 2013 Negeri Selangor adalah Belanjawan
Berimbang. Sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri
di bawah Pakatan Rakyat telah berjaya dan konsisten selama
lima tahun berturut-turut dengan membentangkan belanjawan
berimbang. Hal ini sekali gus membuktikan kemampuan kita
mentadbir secara telus, berhemat berbelanja dan mengamalkan
pengurusan kewangan secara berhemah. Pada masa yang sama
kita juga telah memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi
negeri.
92) Anggaran hasil negeri Selangor bagi tahun 2013
berjumlah RM1,630,000,000. Anggaran hasil ini terdiri daripada
Hasil Cukai sebanyak RM584,444,172.26 atau 35.86 peratus,
Hasil Bukan Cukai sebanyak RM859,803,567.74 atau 52.75
peratus dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM185,752,260.00
atau 11.40 peratus.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
93) Anggaran Perbelanjaan Negeri yang diperakui bagi
tahun 2013 berjumlah RM1,630,000,000.00. Perbelanjaan
Mengurus diperuntukkan sebanyak RM996,980,690.00, iaitu 61
peratus yang terdiri daripada perbelanjaan Tanggungan
(RM57,907,095.00 atau 3.5 peratus) dan perbelanjaan Bekalan
(RM939,073,595.00 atau 57.6 peratus). Perbelanjaan
Pembangunan disediakan peruntukan RM633,019,310.00, iaitu
39 peratus.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
94) Cadangan Belanjawan Mengurus tahun 2013 berjumlah
RM996,980,690.00 berbanding peruntukan asal tahun 2012
sebanyak RM1,000,000,000. Agihan Perbelanjaan Bekalan dan
Tanggungan berjumlah RM996,980,690.00 ini meliputi Objek-
Objek Am, iaitu Emolumen (RM363,840,812.44 atau 36.49
peratus), Bekalan dan Perkhidmatan (RM414,867,037.37 atau
41.61 peratus), Aset (RM3,716,600.00 atau 0.37 peratus),
Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (RM201,291,160.19 atau
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
20.19 peratus) dan Perbelanjaan Lain (RM13,265,080.00 atau 1.33
peratus).
95) Penurunan sebanyak 0.3% disebabkan oleh penurunan
bayaran balik pinjaman Persekutuan yang telah dibayar secara
komited dan berkala oleh Kerajaan Negeri. Hal ini
membuktikan bahawa Kerajaan Negeri peka dalam hal
CARTA III
AGIHAN ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS
TAHUN 2013
MENGIKUT OBJEK AM
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
menguruskan hutang kepada Kerajaan Persekutuan sejak
tahun 2008.
96) Cadangan Belanjawan Pembangunan tahun 2013 adalah
berjumlah RM633,019,310 berbanding peruntukan asal tahun
2012, iaitu berjumlah RM600,000,000.
97) Anggaran Perbelanjaan Pembangunan ini diagihkan
kepada beberapa sektor utama, iaitu Sektor Infrastruktur
(RM343,260,610.00 atau 54 peratus), Sektor Sosial
(RM188,399,600.00 atau 30 peratus), Sektor Ekonomi
(RM91,951,100.00 atau 15 peratus), dan Sektor Perbandaran
(RM9,408,000.00 atau 1 peratus).
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
98) Anggaran Perbelanjaan Pembangunan pada sektor
infrastruktur adalah; Kemudahan Awam RM296,781,160.00
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2013 (SEKTOR) RM633,019,310.00
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
(86.46%), Sains Teknologi dan Inovasi RM41,820,010.00
(12.18%), dan Perumahan RM4,659,440.00 (1.38%).
99) Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi sektor
Ekonomi adalah; Kewangan RM53,610,000.00 (58.30%),
Pertanian RM17,766,040.00 (19.32%), Pelancongan
RM5,585,010.00 (6.07%), Pembangunan Usahawan
RM7,700,010.00 (8.37%), Sumber Alam RM2,890,040.00 (3.14%),
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2013 (SEKTOR INFRASTRUKTUR)
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Kajian dan Penyelidikan RM2,800,000.00(3.05%) dan Pelaburan
dan Perindustrian RM1,600,000.00 (1.74%).
100) Anggaran Perbelanjaan Pembangunan di sektor
Perbandaran, terbagahi kepada beberapa bahagian; Pengurusan
Sisa Pepejal berjumlah RM408,000.00 (4.34%), Kelengkapan
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2013 (SEKTOR EKONOMI)
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
CCTV di PBT RM6,000,000.00 (63.78%) dan Kerajaan Tempatan
RM3,000,000.00 (31.89%).
101) Anggaran perbelanjaan Pembangunan bagi sektor
Sosial pula, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah yang
besar kepada Program Merakyatkan Ekonomi Selangor, iaitu
RM118,250,020.00, Pendidikan sebanyak RM26,850.040.00,
Pembangunan Modal Insan RM11,380,500.00, Kampung Baru
RM5,000,000.00, Sukan RM5,800,000.00, Adat Melayu
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2013 (SEKTOR PERBANDARAN)
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
RM775,030.00, Program-program Belia RM3,500,000.00, Rumah
Ibadat Selain Islam RM3,000,000.00, Program Pembasmian
Kemiskinan RM7,544,000.00, Pembangunan Luar Bandar
RM1,500,000.00, Kerajaan Prihatin RM1,150,000.00, Tabung
Kebajikan Anak Pekerja Ladang RM1,000,000.00, Wanita
RM1,000,000.00, Pemeliharaan Alam Sekitar RM650,000.00,
Kebudayaan dan Kesenian RM500,000.00, dan Kesihatan
RM500,000.00.
PERBELANJAAN PEMBANGUNAN 2013 (SEKTOR SOSIAL)
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
102) Peningkatan terkawal sebanyak 5 % daripada tahun
sebelumnya membuktikan pengurusan kewangan yang baik
dan teratur diamalkan Kerajaan Negeri sejak 2008 sehingga
kini.
103) Belanjawan Berimbang 2013 Negeri Selangor
membuktikan iltizam Kerajaan Negeri terhadap hasrat untuk
memastikan setiap perbelanjaan menepati nilainya. Kerajaan
negeri juga mampu memberi justifikasi dalam setiap
perbelanjaan yang dilakukan. Pada masa yang sama semua
program pembangunan demi kesejahteraan rakyat berjaya
diteruskan. Hal ini selari dengan harapan kita untuk
menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri „baldatun
toyyibatun warabbul ghafur‟ yakni negara sejahtera dan
mendapat keampunan Tuhan, sebagaimana firman Allah dalam
Surah Saba, ayat 15.
Dato‟ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
104) Pentadbiran dan pembangunan di negeri Selangor
dilaksanakan dengan corak yang agak berbeza daripada negeri-
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
negeri lain. Konsep Hasil Negeri Untuk Rakyat telah
disebarluaskan di seluruh pentadbiran negeri. Modal
pelaksanaannya juga bukan sekadar datang daripada
peruntukan belanjawan negeri. Kerajaan negeri kreatif dengan
menggunakan sumber-sumber lain bagi meningkatkan
pelaburan pembangunan infrastruktur. Hal ini terbukti
bilamana kita mengumumkan peruntukan Geran Selangorku
pada Belanjawan 2012, yang berjumlah RM300 juta.
105) Izinkan saya dengan serba sedikit memberikan status
pelaksanaan Geran Selangorku berjumlah RM300 Juta yang
telah dilancarkan pada tahun 2012 yang bersumberkan
sebahagian besarnya daripada kejayaan Kerajaan Negeri
Selangor mendapatkan hutang lapuk Syarikat Talam
Corporation, serta menstruktur semula dan mengemas kini
projek-projek usaha sama pembangunan hartanah anak-anak
syarikat Kerajaan Negeri.
106) Sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk projek
pembangunan infrastruktur dan sehingga pertengahan Oktober
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
2012, sebanyak 264 projek infrastruktur telah diluluskan
merangkumi 9 daerah di negeri Selangor dengan anggaran
perbelanjaan sejumlah RM 37.4 juta telah dibelanjakan.
107) Hal ini merangkumi penurapan, mengecat dan
membaiki jalan, pembaikan longkang, penambahan dan
pembaikan semula lampu jalan, pelebaran jalan, pembinaan
jalan lorong, dataran pantai, jalan rizab, pembaikan pembetung
daripada tersumbat dan sebagainya.
108) Bagi pembangunan Infrastruktur Sukan, sejumlah
RM30juta telah diperuntukkan dan sehingga pertengahan
Oktober 2012, anggaran RM6 juta dengan 35 projek telah
diluluskan meliputi 9 daerah di negeri Selangor.
109) Bagi program-program bukan fizikal pula, sehingga
Oktober 2012, sebanyak 62 projek diluluskan di bawah Geran
Selangorku dengan perbelanjaan sebanyak RM7.48 juta telah
dibelanjakan.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
110) Program-program tersebut meliputi pemerkasaan
wanita, sokongan pendidikan, keusahawanan muda, penggerak
pembangunan luar bandar, kebajikan kepada pekerja,
pembasmian rasuah dan penyelewengan, pengenalan gaji
minimum, pengukuhan budaya dan pengukuhan demokrasi.
Pelaksanaan program di bawah Geran Selangorku akan turut
dipergiatkan pada tahun 2013 kelak.
Yang Berhormat Dato‟ Speaker dan Sidang Dewan yang
dihormati,
Tuah ayam nampak di taji,
Tuah rakyat pada bijaknya pemimpin mentadbir negeri.
111) Pada awal bicara tadi saya telah gariskan kedudukan
semasa kewangan Kerajaan Negeri Selangor setakat 31 Oktober
2012 yang secara keseluruhannya menunjukkan prestasi yang
baik. Bagi ketiga Kumpulan Wang Disatukan, iaitu Akaun
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun
Pinjaman Disatukan kini mencecah RM2,570,000,000 juta.
112) Ramai yang mahukan rizab ini kita belanjakan.
Sebaliknya saya berpandangan rizab negeri tidak harus
digunakan bagi menampung kos pengurusan mahupun untuk
melaksanakan pembangunan biasa, jauh sekali untuk memberi
gula-gula kepada rakyat meskipun pilihan raya umum yang
begitu hampir. Saya tegas mengatakan rizab negeri hanya boleh
digunakan apabila wujud desakan di luar jangkaan dan
kegunaannya mestilah untuk rakyat teramai.
Dato‟ Speaker dan sidang Dewan sekalian,
113) Mengambil iktibar daripada al-Quran Nur Karim, surah
Yusof, juz 12, ayat 43 hingga 53, yang menceritakan kisah pada
zaman Nabi Allah Yusof, Alaihissalam. Pada ketika itu baginda
telah dipenjarakan kerana fitnah Zulaikha. Raja Mesir ketika
itu, Al-Aziz bermimpi bahawa 7 ekor lembu betina yang gemuk
telah ditelan oleh 7 ekor lembu betina yang kurus, 7 biji
gandum yang hijau dan 7 biji gandum yang kering, kemudian
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
hujan. Hanya mukjizat Nabi Allah Yusof a.s. yang boleh
mentafsirkan mimpi tersebut, iaitu:-
7 tahun yang pertama (7 ekor lembu gemuk) adalah 7
tahun yang makmur, bertanamlah dengan
sungguh-sungguh, kemudian hasil tuaian itu sedikit
digunakan dan banyak disimpan. Akan berlaku 7 tahun
kemarau (7 ekor lembu kurus) dan semua tanaman mati
sehingga habis hasil yang disimpan semasa 7 tahun yang
makmur tadi. Kemudian barulah turun hujan dan
bermulalah pula 7 tahun yang makmur semula.
Sidang Dewan yang dimuliakan,
114) Berpandukan petunjuk ekonomi dunia yang dijangka
mengalami kelembapan pada tahun hadapan berikutan, di
antaranya pergeseran diplomatik antara China dan Jepun saya
menjangkakan kesan bakal juga terasa terhadap ekonomi
Malaysia dan Selangor. Semakin terasa apabila harga komoditi
kelapa sawit menjunam jatuh ketika ini. Hutang negara pula
nampaknya terus menghampiri had siling 55 peratus nisbah
hutang kepada KDNK (2013: 54.2 peratus; 2012: 53.7 peratus).
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
115) Justeru itu, meskipun keadaan negeri Selangor ketika
ini amat selesa, namun peringatan agar beringat-ingat daripada
al-Quran ini tidak harus dipandang ringan; yang serasi dengan
maksud tersirat bidalan Melayu; berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian - beringat-ingat dahulu, bersenang
senang kemudian.
116) Kerajaan Negeri Selangor yakin rizab negeri yang tinggi
ini adalah hasil daripada perbelanjaan berhemat yang
dilakukan pemimpin. Oleh sebab sikap Kerajaan Persekutuan
yang tidak berlaku adil kepada rakyat Selangor dalam hal
menyalurkan dana pembangunan ke negeri ini meskipun
Selangor adalah penyumbang utama kepada ekonomi negara
iaitu sebanyak 23%, maka telah wujud keadaan mendesak, iaitu
sudah tiba masanya Kerajaan Negeri menggunakan rizab
negeri pada tahun 2013. Kita bercadang menggunakan sejumlah
RM500 juta dari wang rizab bagi projek-projek berikut;
i) RM 300 juta bagi pembinaan jambatan ketiga di Klang.
Saya difahamkan upacara pecah tanah telah
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari
sahaja sebelum Pilihan Raya Umum ke-12. Malangnya,
setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang
rangka tiang pun masih tidak kelihatan! Oleh itu, pada
tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa
pembinaan jambatan adalah tanggungjawab Kerajaan
Persekutuan, namun Kerajaan negeri akan
mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi
“mengotakan” Janji Yang Tidak Ditepati oleh UMNO-
BN;
ii) RM100 juta bagi memulakan pelaksanaan penggunaan
Storm Water di hiliran sungai sebagai sumber air terawat.
Saya telah nyatakan di peringkat awal tadi bahawa
Kajian National Water Resources Study (NWRS)
mendapati bahawa terdapat kuantiti air larian yang
sangat besar iaitu 9,168 juta liter sehari dan ini perlu
dimanfaatkan dengan sewajarnya oleh negeri Selangor.
Selama ini, kuantiti ini tidak dimanfaatkan untuk
dijadikan sumber bekalan air terawat. Justeru itu,
Kerajaan Negeri Selangor akan menunjukkan kepada
Kerajaan Persekutuan bahawa Negeri Selangor
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
mempunyai potensi untuk memanfaatkan penggunaan
storm water di hiliran sungai sebagai sumber air terawat
tanpa membiarkan ia terbuang begitu sahaja.
Sebagai contoh, pada ketika musim hujan, Sungai
Selangor mempunyai air di hiliran hingga mencapai 21,000
juta liter sehari sedangkan penggunaan bagi seluruh
Lembah Klang, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya pada
masa ini hanyalah 7,832 juta liter sehari.
Kaedah pembangunan storm water yang sedang dikaji dan
diteliti oleh Kerajaan Negeri Selangor melibatkan
komponen-komponen berikut:-
a. Penadahan air semasa hujan lebat (wet season).
Storm water yang mengalir ke sungai akan
dipamkan dari muka sauk yang akan dibina di
tepian sungai;
b. Penakungan air di buat sama ada melalui bekas-
bekas lombong sedia ada atau kolam takungan
yang dibina.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
c. Rawatan air boleh dibuat menggunakan teknik
penurasan tebing sungai (River Bank Filtrations -
RBF) dan seterusnya mengguna pakai kaedah
rawatan air konvensional bergantung pada kualiti
air yang diperoleh darippada kolam takungan.
d. Agihan boleh dibuat menerusi sistem agihan
sedia ada.
Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk
menerokai pembangunan air di hiliran sebagai sumber air
terawat terutama di lokasi Sungai Selangor, Sungai Langat
dan Sungai Semenyih dengan kaedah yang sesuai dan
praktikal.
iii) RM50 juta bagi membaiki dan menaik taraf sistem saliran
di Negeri Selangor bagi menampung sementara
kegagalan Kerajaan Persekutuan memperuntukkan
sejumlah RM1 bilion kepada Jabatan Parit dan Saliran.
Peruntukan ini juga sedia digunakan untuk kita
menterjemahkan Pakej Rangsangan Pemulihan Sungai
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Klang yang diumumkan pada 2009 kepada tindakan dan
pelaksanaan.
iv) RM50 juta membina rumah mampu milik melalui projek
“Rumah Mampu Milik Pasang Siap” (Prefabricated
Packages Home) yang bakal dikendalikan oleh Lembaga
Perumahan dan Hartanah Selangor bagi membantu rakyat
yang terbeban dengan harga rumah yang melambung di
pasaran pada ketika ini. Projek ini diyakini mampu
memberi keseimbangan terhadap harga tinggi dalam trend
lonjakan harga rumah kesan daripada penawaran dan
permintaan pasaran akibat pengambilan untung yang
keterlaluan oleh kalangan pemaju, yang kemungkinan
sebahagiannya mendukung kepentingan pihak Kerajaan
Persekutuan. Maka, projek Kerajaan Negeri ini berhasrat
untuk memperbaiki kesan-kesan harga pasaran yang
terjadi akibat aktiviti persaingan spekulasi dalam
perniagaan hartanah ini.
Dato Speaker dan sidang dewan sekalian,
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
117) Insya-Allah, semua usaha yang kita lakukan akan
menjadikan Selangor Peneraju Ekonomi Malaysia. Hal ini
membawa mesej bahawa negeri ini memacu pembangunan
negara serta menjadi kayu ukur untuk dicontohi hampir di
kesemua sektor ekonomi. Tegasnya, negeri ini kita kemudi
dengan amalan politik baharu. Pada Belanjawan 2013 ini,
ditekankan soal nilai, keadilan, kepedulian rakyat dan
pembangunan untuk semua. Pelaksanaannya mengatasi
kepentingan individu, menjangkau batasan kaum, warna kulit
mahupun kepercayaan agama hatta ideologi politik sejajar
dengan hasrat merakyatkan ekonomi negeri. Diharapkan, cara
kita ini menjadi ikutan dan panduan generasi mendatang
dalam hal menghasilkan “penyelenggaraan yang kemas dan
bersih” (good & clean house-keeping) terhadap negeri ini,
seterusnya memuaskan hati penghuninya, iaitu rakyat Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, selaku pemerintah
negeri Selangor Darul Ehsan, yang ditaati dan disayangi. Saya
yakin dengan usaha yang berterusan, ikhlas dan disusuli
dengan doa yang berpanjangan, Selangor pasti menjadi
peneraju dalam semua aspek kehidupan di negara Malaysia
yang tercinta ini.
EMBARGO, tidak dibenarkan menyiarkan kandungan ucapan ini sebelum dibentangkan
Ditemani Tuanku ke Nilam Puri,
Dikawal panglima si orang Jawa,
Sejahteralah rakyat makmurlah negeri,
Rakyatnya sebangsa senegeri sejiwa.
118) Saya memohon kepada ALLAH Subhanahuwataala agar
kita semua diberikan petunjuk dan hidayah, kekuatan dan
kesetiaan untuk melaksanakan keadilan dan kesamarataan
kepada semua.
Dato‟ Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,
119) Demikianlah pembentangan Belanjawan 2013 Negeri
Selangor. Saya mohon mencadangkan.
Terima kasih.