PROGRAM MARKET UCTC SEMPENA HIGHER EDUCATION WEEK 2015
13-16 Ogos 2015
Perkarangan KPM, Presint 5, Putrajaya
Pasar UCTC atau lebih dikenali sebagai Market UCTC yang diselia oleh UCTC UPM adalah
merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena pelaksanaan Program Higher
Education Week 2015 (HEWM 2015). Program akan dilaksanakan dari 13-16 Ogos bermula
dari jam 9 pagi – 5.00 petang di Perkarangan KPM, Presint 5, Putrajaya. Selain itu juga,
program ini dijayakan dengan penglibatan 11 buah UCTC dari IPT seperti UPM, UKM, UM,
UTM, UMP, UTHM, UMT, UTHM, UniMAP, UPSI, UniMAP, dan USIM. Tidak ketinggalan juga,
Market UCTC turut mempromosikan usahawan Mobile Book Café dan IKS bimbingan Mini
RTC Kuala Pilah untuk menyerlahkan lagi usaha dan peranan KPM di bawah National Blue
Oceon Strategy (NBOS).
Market UCTC adalah berkonsepkan jualan yang menghimpunkan produk-produk hasil
inisiatif universiti (penerbitan/produk) sama ada dari kalangan ahli universiti, pelajar dan
juga usahawan bimbingan untuk dijual kepada orang pengunjung dengan harga yang lebih
rendah (sekurang-kurangnya 20 peratus) dari kadar pasaran. Bersesuaian dengan itu,
Market UCTC secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada pembeli dalam
menangani kos sara hidup yang semakin tinggi dan pengguna juga memperolehi produk yg
telah teruji dan dipercayai keberkesanannya. Program ini juga mendukung peranan sebenar
UCTC dalam menghubungkan pihak universiti dengan komuniti luar.
Pelbagai aktiviti menarik telah direncanakan seperti berikut:
a) Karnival Jualan Buku (Lobi Utama KPM)
- Jualan buku-buku terbitan universiti,
- Jualan buku terpakai (untuk dana wakaf universiti),
- Sesi bersama penulis,
- Promosi buku-buku terbaik/best seller, dan juga
- lelongan buku-buku dalam sesi happy hour.
b) Jualan Produk Inisiatif Universiti (Perkarangan KPM)
- Jualan produk universiti
- Jualan produk usahawan pelajar
- Jualan Jualan produk usahawan bimbingan universiti
- Jualan IKS Mini RTC Kuala Kuala Pilah
- Jualan Mobile Book Café
c) Demostrasi dari universiti dan usahawan (Perkarangan KPM)
- Pembuatan Baja dari Sisa Buangan Dapur (UTM)
- Kain Pua (UM)
- Mee Goreng (UniMAP)
- Penghasilan Kabung dan Gula Stevia (UiTM)
- Menjahit Manik (3D)
- Green Fingers at UCTC (UPM)
- Masakan Menggunakan Sos Lokan (UMT)
- Cili Bangi dan Qalamy (UKM)
- Penggunaan Afdhal Oil (UPM)
Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan suasana…..