Home » General (/general) » General (/general) » UMP, Petron pupuk kesedaran keselamatan jalan raya
UMP, Petron pupuk kesedaran keselamatan jalan raya/
Kuantan, 24 September- Seramai 1300 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai menyertai aktiviti Cabaran
Amazing Race dalam memupuk kesedaran Keselamatan jalan raya bersempena Program Petron Road Safety yang diadakan
di UMP Gambang baru-baru ini.
Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor UMP (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof.Dato' Dr. Yusserie
Zainuddin, Ketua Keselamatan, Sekuriti,Kesihatan dan Alam Sekitar Korporat Petron Malaysia, Lokman Hani.
Hadir sama Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang, Mohammad Abdullah, Pengarah Jabatan Keselamatan
Jalan Raya Negeri Pahang, Noor Jihati Abdul Kadir dan Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
UMP,Muhammad Hairynizam Muhd Taib.
Menurut Prof.Dato' Dr. Yusserie, pihak universiti merakamkan penghargaan kepada Petron Malaysia kerana memilih UMP
antara tujuh lokasi penganjuran Petron Road Safety Programme pada tahun ini.
GENERAL (/GENERAL)
24 September 2018 0 Comments (/general/ump-petron-pupuk-kesedaran-keselamatan-jalan-raya/#comments)
(http://mygift.ump.edu.my/index.php/ms/wakaf-kolej-kediaman)
Utusan
Ujarnya, UMP sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan dan swasta untuk mengelolakan
inisiatif seumpama ini bagi memanfaat masyarakat terutama melibatkan mahasiswa universiti.
“Peredaran zaman telah mengubah lanskap pemikiran dan cara penerimaan generasi muda yang lebih tertarik kepada
bentuk penyampaian advokasi dan pendidikan kepada mereka. Justeru, saya percaya program advokasi yang bersifat kreatif
dan santai ini dapat diterima generasi muda, “ katanya.
Selain itu, elemen pembelajaran aktif dalam kandungan program ini dapat disampaikan dengan berkesan mengenai
kesedaran keselamatan jalan raya dalam suasana yang santai.
Tambah beliau, dalam mengimpikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang bukan sahaja berpendapatan tinggi tetapi
juga berbudaya tinggi, maka sikap rakyat negara ini mengenai etika di jalan raya perlu terlebih dahulu ditransformas dan
mengharapkan lebih banyak program seumpama ini pada masa akan datang.
Manakala Ketua Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Korporat Petron Malaysia, Lokman Hani pula berkata,
pihaknya teruja dalam memperkenalkan Program ini yang dapat memupuk tabiat keselamatan jalan raya dan tahun ini
merupakan tahun keempat penganjurannya melibatkan lebih 7000 mahasiswa.
Pihaknya percaya menerusi program ini dapat mencapai lebih ramai mahasiswa dan mengajar mereka untuk memastikan
perjalanan di atas jalan raya lebih selamat dan mencegah kemalangan.
Dalam pada itu, cabaran keselamatan jalan raya "Amazing Race" Petron menggunakan pendekatan yang menyeronokkan,
menarik dan interaktif. Pasukan mahasiswa ini akan bersaing bagi menyelesaikan empat pitstop keselamatan jalan raya
yang terdiri daripada kuiz keselamatan jalan raya,pengenalpastian tayar yang rosak,pentafsiran papan tanda keselamatan
jalan raya dan penyelesaian ujian tempat letak kereta termasuk cabaran manuever motosikal.
Program ini merupakan anjuran Petron Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Keselamatan & Kesihatan
Pekerjaan dan Jabatan Pengangkutan Jalan,Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).
Disediakan Nor Salwana Mohd. Idris Bahagian Komunikasi Korporat
(/#facebook) (/#twitter) (/#google_plus) (/#whatsapp)
STICKY NEWS
JJIM Rai Anak-Anak Tah�z Madrasah Al-Quran Darul Mukhlasin(/index.php/community/jjim-rai-anak-anak-tah�z-madrasah-al-quran-darul-mukhlasin)
/
UMP bakal jalin kerjasama dengan universiti Thailand (/index.php/moumoa/ump-bakal-jalin-kerjasama-dengan-universiti-thailand)
/
Sukarelawan UMP gotong-royong bantu pasca banjir (/index.php/community/sukarelawan-ump-gotong-royong-bantu-pasca-banjir)
/
180 undergraduates from 13 public universities participate in the World Software Testing Program(/index.php/academic/180-undergraduates-13-public-universities-participate-world-software-testing-program)
/
UMP dan MRL buka pencalonan ambilan kedua pelatih PLKI- ECRL (/index.php/general/ump-dan-mrl-buka-pencalonan-ambilan-kedua-pelatih-plki-ecrl)
/
COMMUNITY (/INDEX.PHP/COMMUNITY) 11 Jun 18
MOU/MOA (/INDEX.PHP/MOUMOA) 19 Jan 18
COMMUNITY (/INDEX.PHP/COMMUNITY) 19 Jan 18
ACADEMIC (/INDEX.PHP/ACADEMIC) 15 Jan 18
GENERAL (/INDEX.PHP/GENERAL) 09 Jan 18
Connect w i th us
(https://www.facebook.com/universiti.malaysia.pahang) (https://twitter.com/umpmalaysia)
(https://www.youtube.com/user/umpmedia)
Please submit your news to us.
Submit News
(http://fkm.ump.edu.my) (http://fkp.ump.edu.my) (http://fkm.ump.e
TRIVIA PEKAN
GOT NEWS?
Universiti Malaysia Pahang (http://www.ump.edu.my)Copyright © 2018 . All rights reserved
Sign up to hear and get our daily new update via email.
The subscriber's email address.
SUBSCRIBE
Universiti Malaysia Pahang
Vice-Chancellor's O�ce
My Gift
My Community
My Green
Corporate Communication Division
Pekan, Pahang
(+609) 424 5000
[email protected] (mailto:[email protected])
NEWSLETTER SIGNUP
LINK
CONTACT US