UNIT 2“Perancangan dan Perlaksanaan
Pengintegrasikan Teknologi Dalam Pendidikan”
HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, pelajar diharap dapat:1. Menyatakan empat (4) peringkat perancangan yang
terlibat dalam perlaksanaan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan.
2. Menerangkan langkah-langkah peracangan yang terlibat secara tertib dalam perlaksanaan pengintegrasian teknologi dalam pendidikan.
3. Menyatakan empat (4) kategori utama proposal dengan betul.
HASIL PEMBELAJARAN4. Menyatakan definisi model Perancangan Pengintegrasian Teknologi (TIP) dengan betul.5. Menghuraikan lima (5) proses dalam model TIP
dengan betul.6. Menggunakan lima (5) fasa dalam model TIP bagi
menghasilkan suatu perancangan integrasi teknologi dalam pengajaran.
PENGENALAN• Pembangunan pesat dalam teknologi
pada abad ke-21 telah mendedahkan generasi kini kepada inovasi-inovasi baru dalam teknologi.
• Teknologi memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan dalam aktiviti-aktiviti pentadbiran dan proses P&P.
PENGENALAN (BERSAMBUNG)• Penggunaan teknologi dalam pendidikan
melalui pengintegrasiannya dalam proses P&P dapat meningkatkan penulisan murid, meningkatkan pembelajaran koperatif, meningkatkan integrasi kurikulum, kepelbagaian strategi gaya pembelajaran, meningkatkan perhubungan masyarakat dan meningkatkan pembelajaran secara global (Whitehead et al., 2003)
PERANCANGAN SUMBER TEKNOLOGIMengapa perlu merancang sumber
teknologi sebelum pengajaran bermula?
Perancangan penggunaan teknologi dalam bilik darjah meliputi perancangan mengenai apa yang akan diajar, bagaimana ia akan diajar, teknologi yang terlbat dam bagaimana untuk mengintegrasikan teknologi dalam proses P&P.
PERINGKAT PERANCANGAN
• Peringkat Daerah dan Sekolah• Peringkat Guru
PERINGKAT DAERAH DAN SEKOLAH• Perancangan di peringkat sekolah akan dibuat
mengikut jabatan/panitia. • Perancangan akan menjadi lebih efektif jika
melibatkan perkongsian visi dari kalangan pendidik, ibubapa, ahli komuniti dan ahli perniagaan yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi.
Bagi memastikan teknologi dapat mempertingkatkan keberkesanan kurikulum dan menyokong pembelajaran yang bermakna serta manarik.
PERINGKAT DAERAH DAN SEKOLAH• Pengalaman-pengalaman sekolah lain yang
telah berjaya mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan juga boleh dilaksanakan di dalam perancangan di peringkat sekolah.
• Garis panduan yang lebih berkesan dapat dilaksanakan dengan adanya kolaborasi dan perkongsian kaedah di antara sekolah-sekolah.
PERINGKAT DAERAH DAN SEKOLAH• Perancangan di peringkat sekolah akan
menjadi lebih berkesan sekiranya disokong secara aktif di peringkat daerah.
• Peringkat daerah bertanggungjawab untuk menyebarkan sebarang maklumat yang berkaitan dari pihak kementerian agar perancangan pengintegrasian teknologi di sekolah mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
PERINGKAT GURU• Peranan guru dalam mengintegrasikan
perancangan teknologi adalah amat penting dan memerlukan komitmen yang berterusan.
• Peranan guru bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian selepas P&P.
• Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan murid dan menjadikan proses P&P kurang berkesan.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PERANCANGAN SUMBER TEKNOLOGI• Perancangan sumber teknologi perlu
bersepadan dengan Rancangan Pembangunan Sekolah (School Improvement Plan) bagi menjadikan perancangan bertahan lama.
• Langkah-langkah di dalam perancangan amat penting bagi memastikan perancangan teknologi berjaya dilaksanakan.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PERANCANGAN SUMBER TEKNOLOGI• Perancangan sumber teknologi perlu
bersepadan dengan Rancangan Pembangunan Sekolah (School Improvement Plan) bagi menjadikan perancangan bertahan lama.
• Langkah-langkah di dalam perancangan amat penting bagi memastikan perancangan teknologi berjaya dilaksanakan.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PERANCANGAN SUMBER TEKNOLOGI
• Langkah pertama : Menubuhkan pasukan Penubuhan satu pasukan perancang
bertanggungjawab untuk membina visi bagi rancangan tersebut, mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan membangunkan langkah-langkah yang terlibat untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PERANCANGAN SUMBER TEKNOLOGI
• Langkah kedua : Membina asas pengetahuan Pemahaman mengenai ‘bagaimana murid belajar’,
‘apakah kemahiran yang murid perlukan untuk berjaya ‘ dan ‘bagaimana teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan tahap pendidikan’.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PERANCANGAN SUMBER TEKNOLOGI• Langkah kedua : Membina asas pengetahuan Visi-visi yang sesuai yang merangkumi seperti berikut
dibina: menyokong pembelajaran bermakna dan menarik
untuk semua murid. Menggariskan matlamat-matlamat pembelajaran
yang bersesuaian dengan teknologi untuk digunakan guru dan murid.
Menyokong matlamat-matlamat kurikulum sekolah.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PERANCANGAN SUMBER TEKNOLOGI
• Langkah ketiga : Belanjawan Membandingkan perancangan teknologi dengan
belanjawan sekolah atau daerah. Rancangan sumber teknologi perlu dikaji semula
setiap tahun semasa proses belanjawan.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PERANCANGAN SUMBER TEKNOLOGI
• Langkah keempat : Pembangunan Profesional Guru perlu diberi latihan untuk membantu mereka
membiasakan diri dan cekap menggunakan teknologi.
Guru seharusnya terlibat dalam pembangunan bahan bantu mengajar.
Latihan : Latihan Pra dan Latihan Pos
PENULISAN PROPOSAL• Penulisan Proposal (kertas cadangan) adalah
asas kepada penterjemahan input yang diperolehi dan merupakan proses untuk merealisasikan perancangan yang telah dilakukan.
• Istilah yang dirujuk kepada proposal : kertas cadangan (kajian dan penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik), kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik)
PENULISAN PROPOSAL• Penulisan proposal menjurus kepada perancangan
untuk memenuhi keperluan sedia ada meliputi apa yang dicadangkan, bagaimana dan bila akan dilaksanakan dan berapakah kos yang diperlukan.
• Ringkasnya, proposal bertindak sebagai penyampai maklumat tentang masalah atau keperluan, menyediakan altenatif penyelesaian dan juga memberikan gambaran bagaimana penyelesaian ini akan berfungsi dan kos yang terlibat.
FORMAT PENULISAN PROPOSAL
• Pengenalan• Isi kandungan• Kesimpulan• Langkah-langkah seterusnya.
KEMAHIRAN DALAM PENULISAN PROPOSAL
• Pengetahuan bahasa• Pengetahuan tentang tajuk• Pengetahuan tentang format dan
struktur• Proses penulisan dan penyuntingan.
* Sila rujuk 2.2 bagi format dan struktur penulisan proposal
PROPOSAL DALAM KONTEKS PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
• Terdapat empat (4) jenis proposal yang utama: Proposal berbentuk formal (formal proposal) Proposal tidak formal (informal proposal) Solicited proposal Unsolicited proposal
PROPOSAL DALAM KONTEKS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
• Lebih menjurus kepada latihan ilmiah iaitu latihan penulisan yang lebih sistematik dan bersifat ilmiah.
• Di UPSI, latihan ilmiah dikategorikan kepada dua peringkat pengajian iaitu di peringkat sarjana muda dan peringkat pasca ijazah.
PENYELESAIAN MASALAH MENGGUNAKAN SUMBER TEKNOLOGI
• Masalah-masalah yang dikenalpasti: Murid yang kurang bermotivasi untuk
mempelajari sesuatu topik berkenaan, pencapaian murid yang rendah.
Subjek berkenaan sukar kerana konsepnya yang abstrak dan kompleks.
Kekangan guru dalam menyediakan banyak latihan untuk subjek yang memerlukan latih tubi.
Kurang guru yang mempunyai kepakaran dalam subjek berkenaan.
KEMAHIRAN GURU DALAM MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM P&P
• Berpengetahuan dalam bidang teori pembelajaran.
• Mempunyai kemahiran menggunakan perkakasan dan perisian komputer.
• Menguasai kandungan mata pelajaran.
MODEL TPCK
• Model TPCK merujuk kepada Technological, Pedagogical dan Content Knowledge.
KAEDAH MERANCANG PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI• Model Perancangan Pengintegrasian Teknologi
(Robyler, 2008) yang memberikan panduan untuk perancangan pengintegrasian teknologi dalam P&P.
• Mengandungai lima (5) fasa : Fasa 1: Mengenalpasti kelebihan teknologi Fasa 2: Menentukan objektif dan penilaian Fasa 3: Merekabentuk strategi integrasi Fasa 4: Menyediakan persekitaran instruksional Fasa 5: Penilaian dan semakan strategi integrasi
FASA 1: Mengenalpasti kelebihan Reflektif Teknologi
Perlu mengenalpasti dengan jelas masalah pembelajaran yang akan diselesaikan dengan teknologi komputer.
Menganalisa punca masalah berkenaan. Menjalankan penyelidikan untuk meneliti samada
masalah berkenaan boleh diselesaikan menggunakan teknologi atau sebaliknya.
Analisis keupayaan teknologi untuk pengajaran terbahagi kepada tiga (3) : aras teknologi, aras perwakilan dan aras pemprosesan maklumat.
FASA 1: Mengenalpasti kelebihan Reflektif Teknologi
• Aras teknologi – mengenalpasti ciri sesuatu teknologi berbanding teknologi yang lain.
• Aras perwakilan – bentuk perwakilan maklumat samada dalam bentuk teks, grafik, animasi, audio dan video.
• Aras pemprosesan maklumat – Pemilihan perwakilan maklumat harus sesuai dengan keupayaan manusia memproses maklumat.
FASA 2: Menentukan Objektif dan Penilaian
• Objektif pengajaran boleh ditentukan dengan berpandukan kepada huraian sukatan pelajaran.
• Objektif pengajaran mestilah boleh dinilai dan diukur.
• Objektif pengajaran meliputi tiga (3) aspek: tingkahlaku yang diukuraras kemahirankandungan
FASA 2: Menentukan Objektif dan Penilaian
• Contoh objektif pengajaran:Di akhir pengajaran, murid akan dapat
melukiskan struktur sistem suria dengan tepat.
Di akhir pengajaran, murid akan dapat menyeneraikan secara bertulis lima (5) daripada sepuluh (10) jenis haiwan kategori reptilia.
FASA 2: Menentukan Objektif dan Penilaian
• Mengenalpasti strategi terbaik perlu dibuat untuk mengukur hasil pembelajaran.
• Kaedah pengukuran boleh digunakan ialah: Ujian bertulis – bentuk ujian seperti soalan aneka
pilihan, soalan jawapan pendek dan soalan esei. Senarai semak – sesuai untuk penilaian yang
subjektif. Soal selidik skala likert – sesuai digunakan untuk
mengukur aspek sikap atau nilai sebelum dan selepas pembelajaran.
FASA 3: Merekabentuk Strategi Pengintegrasian
• Strategi yang dipilih mestilah berpandukan kepada masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti serta teknologi yang akan digunakan bagi menyokong menyelesaikan masalah berkenaan.
• Pemilihan strategi pengajaran akan mempengaruhi jenis teknologi yang digunakan.
FASA 3: Merekabentuk Strategi Pengintegrasian
• Terdapat tiga (3) strategi pengintegrasian yang boleh dipilih : Strategi pembelajaran langsung Strategi pembelajaran konstruktivis Strategi pengajaran gabungan langsung dan
konstuktivis
FASA 3: Merekabentuk Strategi Pengintegrasian
• Strategi Pembelajaran langsung - sesuai digunakan dengan objektif
pembelajaran yang berkaitan dengan keperluan murid untuk menguasai kemahiran khusus dan diukur dengan menggunakan kaedah tradisional
- Contoh: perisian perisian multimedia
FASA 3: Merekabentuk Strategi Pengintegrasian
• Strategi Pembelajaran konstruktivis/penyelesaian masalah
- sesuai digunakan apabila objektif pembelajaran lebih global (kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja berkumpulan) dan diukur dengan kaedah alternatif seperti folio dan projek berkumpulan.
- Contoh : perisian simulasi
FASA 3: Merekabentuk Strategi Pengintegrasian
• Strategi Pengajaran Gabungan - digunakan apabila objektif pembelajaran
merangkumi kemahiran khusus dan kemahiran global.
- contoh : pengajaran kuliah yang diikuti dengan kaedah penyelesaian masalah.
FASA 4: Menyediakan Persekitaran Instruksional
• Fasa 4 dijalankan secara seiring dengan fasa 3.• Elemen persekitaran yang perlu disediakan: - Perkakasan dan perisian komputer - Masa penggunaan - Keperluan murid kelainan upaya (OKU) - Perancangan penggunaan teknologi
FASA 5: Menilai dan Membuat Semakan Strategi Pengintegrasian
• Penilaian dan semakan akan dapat membantu guru memperbaiki kesilapan dan kekurangan strategi yang digunakan.
• Dua (2) elemen yang terlibat dalam penilaian: - Penilaian objektif pembelajaran - menyemak pencapaian murid melalui kuiz dan ujian, senarai semak atau pemerhatian di akhir pengajaran. - Penilaian daripada murid – maklum balas
FASA 5: Menilai dan Membuat Semakan Strategi Pengintegrasian
• Perubahan yang boelh dilakukan selepas penilaian ialah:
- Kesesuaian teknologi yang digunakan - Kesesuaian teknologi dengan latar belakang murid - Kesesuaian teknologi dengan strategi pengajaran.
Latihan Pengukuhan
• Dengan menggunakan ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan merancang sumber teknologi sebelum pengajaran bermula?
• Mengapa perlu merancang? • Apakah cabaran dan rintangan yang bakal
dihadapi sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan?