Penerbit Universiti Sains MalaysiaPulau Pinang
Universiti Sains Malaysia
Beli di www.karyausm.my
www.penerbit.usm.my [email protected] PenerbitUSM PenerbitUSM penerbit_usm
© Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2019
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
50 Tahun USM Menuju Kecemerlangan 1969–2019 / Universiti Sains Malaysia.
ISBN 978-967-461-449-2
1. Universiti Sains Malaysia.2. Education, Higher–Malaysia–Pulau Pinang.3. Universities and colleges–Malaysia–Pulau Pinang. 4. Government publications–Malaysia. I. Judul.
378.595113 LG396.5.A83L732
Muka taip teks: Gentium Book Basic
Editor Naskhah: Rosziana RadliPereka Bentuk Kulit Buku: Mohammad Ridhwan JaaparPereka Letak: Sabrina AhmadPembaca Pruf: Aida Izana YaakubPengatur Huruf: Sabrina Ahmad
Diterbitkan oleh Penerbit Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia.Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Dicetak oleh
KandunganPRAKATA xi
PENGHARGAAN xvii
SINGKATAN xxi
Bab 1 DUA PULUH LIMA TAHUN PERTAMA UNIVERSITISAINS MALAYSIA: 1969–1994 1
Penubuhan Universiti Sains Malaysia 2
UPP (dan USM) di Bukit Gelugor dan Kampus Minden 4
Program Akademik 25 Tahun Pertama 11
Tan Sri Hamzah Sendut 15
Pusat Pengajian Awal 19
Pusat Penyelidikan Dasar 26
Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir 27
v
Program Perubatan 30
Dato’ Musa Mohamad 31
Bab 2 FASA PENGEMBANGAN DAN PENGUKUHAN: 1995–2019 37
Profesor Dato’ Dr. Ishak Tambi Kechik 40
Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak 42
Profesor Dato’ Dr. Omar Osman 45
Profesor Datuk Dr. Asma Ismail 48
Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan 51
Pencapaian USM 2001–2019 52
Kampus Kesihatan 57
Kampus Kejuruteraan 60
Institut Perubatan dan Pergigian Termaju 62
Sains@USM 64
Pusat Pengajian, Pusat Kecemerlangan dan Pusat Perkhidmatan 65
vi Kandungan
Institut Penyelidikan Perubatan Molekul 67
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar 69
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global 70
Perpustakaan Universiti Sains Malaysia 71
Pusat Sejahtera 72
Penerbit USM 73
Bab 3 WARGA UNIVERSITI 77
Canselor 78
Pro-Canselor 80
Majlis Universiti, Lembaga Pengarah Universiti dan Lembaga Gabenor Universiti 82
Timbalan Naib Canselor 85
Pengarah Kampus Cawangan 86
Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, PengarahKeselamatan, Penasihat Undang-Undang, Ombudsman dan Ketua Audit 87
Persatuan Kakitangan dan Persatuan Alumni 88
Ikon Kampus Kesihatan 90
Ikon Kampus Bertam 93
Ikon Kampus Kejuruteraan 93
Ikon Kampus Minden 98
Ikon Pelajar 112
Kandungan vii
Bab 4 SARJANA TERSOHOR 119
Profesor Emeritus Dato’ K.J. Ratnam 120
Profesor Emeritus Dato’ Shahnon Ahmad 121
Profesor Emeritus Dato’ Tan Wang Seng 122
Profesor Emeritus Abdullah Hassan 123
Profesor Emeritus Tan Sri Datuk AugustineOng Soon Hock 124
Profesor Emerita Datin Paduka Dato’ Siti Zuraina Abdul Majid 125
Profesor Emeritus Dato’ Paduka Mustaffa Embong 126
Profesor Emeritus Dato’ Amir Awang 127
Profesor Emeritus Dato’ Visweswaran Navaratnam 128
Profesor Emeritus Mohamed Sulaiman 129
Profesor Emeritus Dato’ Mohamed Ghouse Nasuruddin 130
Profesor Emeritus Dato’ C.P. Ramachandran 131
Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh 132
viii Kandungan
Profesor Emeritus Dato’ Lim Koon Ong 134
Profesor Emeritus Fun Hoong Kun 135
Profesor Emeritus Dato’ Mohd. Roslani Abdul Majid 136
Profesor Emeritus Dato’ Jamjan Rajikan 137
Profesor Emeritus Dato’ Hassan Said 138
Profesor Emeritus Dato’ Muhammad Idiris Saleh 139
Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak 140
Profesor Emeritus Mashhor Mansor 142
Profesor Emeritus Dato' Chatar Singh a/l Beriam Singh 143
Profesor Emerita Dato' Wazir Jahan Begum Abdul Karim 144
Profesor Emeritus Johan Saravanamuttu Abdullah 146
Profesor Emeritus Yuen Kah Hay 147
Bab 5 UNIVERSITI PENYELIDIKAN DAN MASYARAKAT 151
Anugerah Penyelidikan 154
Penubuhan Bahagian Penyelidikan 154
Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat 156
Projek Penyelidikan Berimpak Tinggi kepada Negaradan Masyarakat 158
Profesor Datuk Dr. Asma Ismail 158
Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin 159
Profesor Dr. Rahmah Noordin 161
Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan 163
Kandungan ix
Profesor Madya Ir. Dr. Cheah Chee Ban 164
Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed 165
Pencapaian Tertinggi Penyelidik USM pada 2018 165
Penyelidik dalam Bidang Berbeza yang Melakukan Penyelidikan Transdisiplin Berimpak kepada Masyarakat 167
Profesor Madya Dr. A.S. Hardy Shafii 167
Profesor Noraida Endut 168
Dr. Mohd Zulkifli Mustafa 170
Profesor Dato’ Dr. Azhar Mat Easa 171
Profesor Dr. Ismail Baba 173
Profesor Dr. Habibah A Wahab 175
Bab 6 PENGANTARABANGSAAN 177
Perjalanan ke arah Pengantarabangsaan 180
Kelestarian 190
Penyelidikan 195
BIBLIOGRAFI 203
INDEKS 213
x Kandungan
Menulis sebuah buku bagi menggambarkan perkembangan serta pencapaian universiti untuk tempoh 50 tahun pertama kewujudannya bukanlah satu tugas yang mudah. Selain menentukan isi kandungan yang sesuai yang menepati tujuan penulisannya, sumber juga merupakan satu masalah terutamanya berkaitan tiga Naib Canselor pertama, sementara sumber lisan pula semakin mengecil dengan ramai staf awal sudah bersara dan bertebaran di merata tempat termasuk di luar negara. Ramai juga yang sudah meninggal dunia. Tambahan pula, dengan menggunakan sumber yang ada dan mengambil kira kekangan masa pastinya buku ini mempunyai banyak kekurangan walaupun kumpulan penulis sudah berusaha sebaik mungkin.
Sejak penubuhannya pada 1969 Universiti Sains Malaysia (USM) telah membawa banyak perubahan kepada landskap pendidikan tinggi negara. Buku ini ditulis bagi memperingati usia universiti kedua tertua di negara ini, dan juga universiti pertama yang ditubuhkan selepas merdeka, yang mencecah 50 tahun pada 2019 serta melihat kembali pelbagai perubahan yang dibawanya sejak 1969. Idea penulisan dicadangkan oleh mantan Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang kemudiannya
Prakata
xi
dipertanggungjawab kepada “Jawatankuasa Penerbitan Buku Sambutan 50 Tahun Universiti Sains Malaysia.” Jawatankuasa ini telah bermesyuarat buat pertama kalinya pada 30 Julai 2018 dan beberapa kali lagi berikutnya. Mesyuarat pertama telah memutuskan format penulisan termasuk rangka bab, mengenal pasti penulis setiap bab dan resource person bagi mendapatkan maklumat tentang Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.
Keanggotaan jawatankuasa ini terdiri daripada:
Profesor Dato’ Dr. Abu Talib Ahmad (Pengerusi)Profesor Dr. Nor Hayati Othman (Pengerusi bersama) Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa KamalProfesor Dato’ Seri Dr. Md Salleh YaaparProfesor Ir. Dr. Md Azlin Md. SaidProfesor Dr. Shakila Abdul MananProfesor Madya Dr. Azman Azwan AzmawatiMohamad AbdullahDr. Nurul Farhana Low AbdullahEngku Razifah Engku ChikNooraida Mad NasserMuhammad Syukri Sa’adon Siti Fatimah Hashim dan Radia Banu Jan Mohamad (mewakili Ketua Pustakawan)
Selepas persaraannya, tempat Allahyarhamah Engku Razifah dalam jawatankuasa ini telah digantikan oleh Rugayah Ali. Beberapa individu dari Penerbit USM, Perpustakaan Hamzah Sendut dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) turut menghadiri mesyuarat atas jemputan.
xii Pengenalan
Buku ini dibahagikan kepada 6 bab dengan bab 1–3 ditulis oleh Abu Talib Ahmad, bab 4 oleh Shakila Manan, bab 5 oleh Azman Azwan Azmawati dan bab 6 oleh Ahmad Shukri Mustapa Kamal. Sebagai resource persons, Md Azlin Md. Said dan Nor Hayati Othman telah membekalkan maklumat berguna, masing-masing tentang Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan; sementara Nooraida Mad Nasser telah membekalkan maklumat tentang pemenang Pingat Emas Canselor.
Bab 1 membincangkan tentang 25 tahun pertama USM, bermula dengan penubuhannya pada 1969 hingga 1995 yang meliputi pentadbiran tiga naib canselor iaitu Tan Sri Profesor Hamzah Sendut, Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir (kemudian Tun Dr.) dan Dato' (kemudian Tan Sri) Musa Mohamad. Pada peringkat awal ini, USM telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam pendidikan tinggi negara seperti mengguna pakai sistem pusat pengajian dan sistem pendidikan liberal, memulakan pengajian jarak jauh, menubuhkan Pusat Pengajian Sains Gunaan dan memulakan Projek Tekun yang kemudiannya dikenali sebagai Amanah Ikhtiar Malaysia. Untuk bidang sains kimia, fizik, kajihayat dan matematik pula, USM telah memperkenalkan bidang baharu yang masih belum ada di Malaysia atau masih belum berkembang pada peringkat universiti, sementara bagi bidang perubatan USM perkenalkan beberapa inovasi seperti pembelajaran berasaskan masalah yang kini diiktiraf pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Buku ini mengambil 1 Jun 1969 sebagai tarikh penubuhan universiti apabila secara rasminya Tan Sri Hamzah dilantik sebagai Naib Canselor.
Seterusnya, bab 2 memberi perhatian kepada 25 tahun kedua penubuhan USM yang diterajui oleh lima lagi Naib Canselor iaitu Profesor Dato’ Dr. Ishak Tambi Kechik, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan. Perbincangan bab ini turut menyentuh pencapaian USM yang dicerminkan oleh kecemerlangan staf pada peringkat antarabangsa, pengenalan Anugerah Sanggar Sanjung yang
Pengenalan xiii
kemudiannya dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Malaysia dalam bentuk Anugerah Akademik Negara, penganugerahan universiti penyelidikan serta taraf Accelerated Programme of Excellence (APEX) dan penubuhan Parlimen Mahasiswa yang kemudiannya dicontohi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain.
Perbincangan bab 3 menumpukan kepada warga universiti; bermula daripada Canselor, Pro-Canselor, Timbalan Naib Canselor, Majlis Universiti, Lembaga Pengarah dan Lembaga Gabenor, Pengarah Kampus Cawangan, Pendaftar, Bendahari, Ketua Pustakawan, Pengarah Keselamatan, Penasihat Undang-undang, Ombudsman dan Ketua Audit Dalam. Buku ini turut mengetengahkan ikon dalam kalangan staf di Kampus Induk, Kampus Bertam, Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan serta ikon pelajar. Semua ikon staf dipilih oleh pusat pengajian/perkhidmatan masing-masing berasaskan kriteria akademik/bukan akademik serta sumbangan mereka kepada masyarakat di dalam dan luar kampus. Untuk ikon pelajar, kriteria pemilihan merujuk kepada penerima Pingat Emas Tuanku Canselor serta wakil negara dan pemenang pingat dalam pertandingan sukan antarabangsa seperti Sukan SEA. Ikon pelajar juga dikenal pasti daripada kalangan mereka yang menguruskan Pesta Hoki Antarabangsa USM-Penang International, Pesta Bola Jaring Antarabangsa USM-Penang dan kempen The White Coffin; selain mereka yang menerajui kegiatan kesukarelawanan, keusahawanan dan budaya.
Bab 4 pula memfokuskan kepada kalangan bekas staf USM yang tersohor. Mereka merupakan penerima anugerah Profesor Emeritus yang merupakan satu pengiktirafan universiti terhadap kesarjanaan dan sumbangan mereka kepada universiti dan masyarakat serta negara. Gelaran ini dianugerahi buat kali pertamanya pada 1993 kepada Dato’ K.J. Ratnam. Sehingga 2019, seramai 25 warga USM telah dikurniakan gelaran ini.
xiv Pengenalan
Fokus penyelidikan oleh warga USM yang memberi impak kepada masyarakat dibincangkan dalam Bab 5. Penyelidikan yang diketengahkan merangkumi pelbagai sudut seperti dalam bidang perubatan serta penciptaan simen tanpa konkrit yang merevolusikan industri pembinaan di Malaysia dan juga tiub nano karbon. Selain itu, perbincangan turut memberi perhatian kepada penyelidikan transdisiplinari yang memberi impak kepada masyarakat termasuk yang berkaitan teater, wanita, madu kelulut, HIV-AIDS dan penciptaan mi kuning kering yang memberi rasa kenyang yang lama selain mampu menurunkan berat badan. Pemilihan kesemua penyelidikan ini dibuat berasaskan kepada penilaian oleh Pejabat Pengurusan dan Kreativi Penyelidikan (RCMO) yang melihat impak setiap penyelidikan kepada masyarakat di dalam dan di luar negara.
Bab 6 mengakhiri perbincangan buku ini dengan memberi fokus kepada aspek pengantarabangsaan yang mula mendapat perhatian semasa pentadbiran Profesor Dato’ Ishak Tambi Kechik serta Naib Canselor berikutnya sehingga kepada Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang menekankan cogan kata “Bringing USM to the World and the World to USM.” Akhir sekali, sesungguhnya dari banyak sudut, kesemua Naib Canselor yang dibantu oleh pelbagai pihak termasuk Timbalan Naib Canselor telah menyediakan asas yang kukuh buat universiti ini untuk dimanfaatkan oleh pentadbiran berikutnya dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan USM di persada dunia.
Ogos 2019Jawatankuasa Penerbitan Buku Sambutan 50 Tahun Universiti Sains Malaysia
Pengenalan xv
xvi
Pelbagai pihak terlibat dalam menjayakan penulisan buku ini. Sokongan daripada Naib Canselor Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan amat dihargai. Begitu juga dengan galakan daripada mantan Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail yang menjadi pendorong kepada semua penulis untuk menyempurnakan tugas mengikut jadual yang telah dipersetujui bersama. Terima kasih juga kepada mantan Timbalan Naib Canselor (HEPA) Profesor Dato’ Adnan Hussein yang sentiasa memantau kemajuan penulisan. Selain itu terima kasih dihulurkan kepada Profesor Nor Azazi Zakaria, Pengarah Kampus Kejuruteraan dan Profesor Datuk Paduka Ahmad Sukari Abdul Halim, Pengarah Kampus Kesihatan, yang turut menyokong usaha ini. Begitu juga kepada Pengarah RCMO, Profesor Lee Keat Teong.
Ramai dekan, mantan dekan, pengarah, pensyarah dan pentadbir pusat pengajian turut membantu dengan membekalkan maklumat penting tentang pusat pengajian termasuk ikon pusat pengajian masing-masing. Mereka ialah Dr. Musa Ali (Pendaftar), Profesor Rahmah Noordin (Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, INFORMM), Profesor Rosni Abdullah (Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer), Profesor Madya Nurzalina Abdul Karim Khan (mantan pemangku Dekan/
Penghargaan
xvii
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi), Profesor Habibah A Wahab (Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi), Profesor Dato’ Dr. Mokhtar Saidin (Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, PPAG), Profesor Madya Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya (Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, PTPM), Profesor Azlina Harun @ Kamaruddin (mantan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia), Profesor Azlan Amran (Dekan Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan), Profesor Hairul Nizam Ismail (mantan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan), Profesor Noor Hazlina Ahmad (Dekan Pusat Pengajian Pengurusan), Profesor Zainal Alimuddin Zainal Alaudin (mantan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik), Dr. Mumtaz Begum PV Aboo Backer (Dekan Pusat Pengajian Seni), Profesor Madya A.S. Hardy Shafii (mantan Dekan Pusat Pengajian Seni), Profesor Rozman Haji Din (Dekan Institut Pengajian Siswazah), Profesor Norazmi Mohd Nor (Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan), Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis (Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian), Profesor Madya Ahmad Munir Che Muhamed (Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi), Profesor Narimah Samat (Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan), Profesor Madya Mustafa Fadzil Farid Wajidi (mantan Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh), Profesor Tengku Sepora Tengku Mahadi (mantan Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan), Profesor Aldrin Abdullah (mantan Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan), Profesor Afidah Abdul Rahim (mantan Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia), Profesor Rohana Adnan (Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia), Profesor Azlinda Azman (Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan), Profesor Azlan Abdul Aziz (Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik), Profesor Shaiful Bahari Ismail (Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan), Profesor Hairul Nizam Ismail (mantan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan), Dr. Nurzali Ismail (Dekan Pusat Pengajian Komunikasi), Profesor Taksiah A Majid (Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam), Profesor Rohana Adam (Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia), Profesor Vicknasingam Balasingam Kasinather (Pengarah Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan), Dr. Suzyrman Sibly (Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global), Profesor Dato’ Aileen Tan Shau Hwai (Pengarah Pusat
xviii Penghargaan
Kajian Samudera dan Pantai), Rasslene Rass Rasalingam (Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan), Engku Razifah Engku Chik (mantan Ketua Pustakawan), Rugayah Ali (Ketua Pustakawan), Profesor Madya Dato' Dr. Sundramoorthy a/l M. Pathmanathan (Pengarah Jabatan Keselamatan), Profesor Hailiza Kamarulhaili @ Harun (Dekan Pusat Pengajian Sains Matematik), Dr. Nurullizam Jamiat (Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia), Dr. Fadzila Azni Ahmad (Pusat Kajian Pengurusan dan Pembangunan, ISDEV), Akhiar Salleh (mantan Pengarah Penerbit USM), Dr. Normala Abdul Wahid (Pengarah Pusat Sejahtera), Mohd Yusoff Abdullah (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan), Ahmad Zaki Talhah Mohd Zairi (Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik) dan Muhamad Tarmizi Rahim (Pusat Pengajian Sains Matematik).
Jawatankuasa Penerbitan Buku Sambutan 50 Tahun Universiti Sains Malaysia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Malaysiana dan Arkib Perpustakaan Hamzah Sendut, Bahagian Pengurusan Akademik, Bahagian HEPA, Pusat Media dan Perhubungan Awam serta pelbagai individu lain yang turut membantu. Nama-nama mereka adalah seperti berikut: Mohd Izwan Hamdan (Pejabat Perundangan Universiti); Mohd Faisal Abu Bakar (HEPA); Radia Banu Jan Mohamad (Ketua Bahagian Malaysiana dan Arkib); Noor Azlinda Wan Jan dan Fujica Azura Fesal (Bahagian Malaysiana dan Arkib); Muhamad Firdaus Che Seman, Al-Rashid K. Mastan, Muhammad Hanif Rosli, Che Mat Suid, Shahidan Mezelan, Sharil Karim dan Hafiz Anuar Mohd Samsuri (Kaunter Bahagian, Malaysiana dan Arkib); Anis Shazwana Abdul Razak (Bahagian Pengurusan Akademik); Zolkurnian Hassan (Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah); Izam Fairus Kamaruddin, Tan Ewe Hoe, Faisal, Ebrahim Abdul Manan dan Mohd Fairus Md. Isa (Pusat Media dan Perhubungan Awam); Azhari Abdul Aziz (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan); Mohd Redzuan Asmi (INFORMM); Muhammad Sallehuddin Abdul Hamid (Kampus Bertam); Moganeswary a/p Muthusamy (Pusat Pengajian Sains Fizik); Siti Hawa Hamdun (Pusat Pengajian Teknologi Industri); Mior Zulbahri M. Chek (Pusat Pengajian Ilmu
Penghargaan xix
Pendidikan); Mohd Saberi Mohd Yusof (Hospital USM, HUSM); Cik Nik Hasmah Redzuan (Kampus Kejuruteraan); Mohd Kamil Ashar (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia); Md Kamal Shari Pinahasa (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral); Iza Rozana Mohd Radzuan dan Che Ani Mohd Desa (Jabatan Keselamatan); Khairul Ithma Mahdi (Pusat Pengajian Sains Kesihatan); Ezal Ezham Azami (Institut Pengajian Siswazah); dan Nurul Hidayah Termiji (Sekretariat Persatuan Alumni USM).
Ucapan terima kasih juga kepada semua ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku Sambutan 50 Tahun USM. Draf awal telah diedarkan kepada ahli-ahli jawatankuasa untuk semakan bagi tujuan penambahbaikan. Nooraida Mad Nasser banyak membantu dalam melancarkan urusan penerbitan buku ini serta komen berguna daripada Nor Hayati Othman, Md Azlin Md. Said, Shakila Manan dan Ahmad Shukri Mustapa Kamal kemudiannya telah diserap ke dalam bab-bab yang berkenaan. Jawatankuasa turut merakamkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penilai yang banyak memberi cadangan berguna untuk memantapkan buku ini. Akhir sekali, terima kasih kepada Penerbit Universiti Sains Malaysia khususnya Puan A'watif Ahmad dan pasukannya yang bekerja keras untuk memastikan buku ini dikeluarkan mengikut jadual.
xx Penghargaan
AAM Asian Academy of Management AIDS sindrom kurang daya tahan penyakitAIM Amanah Ikhtiar Malaysia APEX Accelerated Programme for Excellence APUCEN Asia-Pacific University-Community Engagement Network ASAIHL Association of Southeast Asian Institutions of Higher Learning ASEAN Association of Southeast Asia NationsAUKU Akta Universiti dan Kolej Universiti AUN ASEAN University Network BIOECODS Sistem Saliran Bioekologi BJIM Bahagian Jaringan Industri dan MasyarakatBPC Bioresource, Paper and Coatings Technology CAGD reka bentuk geometri berbantukan komputerCASP Community AIDS Service Penang CCB Pusat Biologi Kimia CGSS Pusat Kajian Kelestarian Global CPR Pusat Penyelidikan DasarCUSAC Commonwealth Universities Study Abroad Consortium
Singkatan
xxi
DBA Doctor of Business AdministrationDTSP Dewan Tuanku Syed Putra DYMM Duli Yang Maha MuliaFRGS Fundamental Research Grant Scheme GPELF Global Programme to Eliminate Lymphatic Filariasis GSB Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan HEP Hal Ehwal Pembangunan Pelajar HEPA Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni HKMA Hong Kong Management Association HUSM Hospital Universiti Sains Malaysia HICoE pusat kecemerlangan pengajian tinggi HIV virus kurang daya tahan manusia IFLA International Federation of Library Associations IMCC Pusat Mobiliti dan Kolaborasi Antarabangsa INFORMM Institut Penyelidikan Perubatan Molekul INPEX Invention and New Product Exposition IPS Institut Pengajian Siswazah IPT institusi pengajian tinggi IPTA institusi pengajian tinggi awam IPPT Institut Perubatan dan Pergigian Termaju ISDEV Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan IslamITEX International Invention, Innovation and Technology
ExhibitionJAIST Japan Advanced Institute of Science and Technology JIM Jaringan Industri dan Masyarakat JPT Jabatan Pengajian Tinggi KANITA Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender KCP Kampus Cawangan Perak KKAUSM Kesatuan Kakitangan Am USM KKM Kementerian Kesihatan Malaysia
xxii Singkatan
KLE Karnataka Lingayat Education SocietyKPM Kementerian Pendidikan MalaysiaKPT Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KUFS Kyoto University of Foreign Studies LGU Lembaga Gabenor Universiti LPU Lembaga Pengarah Universiti MARDI Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia MAMPU Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia MBA Sarjana Pentadbiran Perniagaan MGTF Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah MTE Malaysia Technology Expo MQA Agensi Kelayakan Malaysia MOOC program kursus dalam talian terbuka masif MPBB Makmal Pencirian Bahan Bumi MOSTI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi MPRC Pejabat Media dan Perhubungan AwamNADI Institut Diabetes Negara NIDA National Institute on Drug Abuse (Amerika Syarikat)NGO pertubuhan bukan kerajaan NUT Nagaoka University of Technology P&I Penyelidikan dan Inovasi PAM Projek Arkeologi Malaysia PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PECIPTA Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi
Antarabangsa PKAPUSM Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran USM PiPPA Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam PORIM Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia PPAG Pusat Penyelidikan Arkeologi Global
Singkatan xxiii
PPAM Pusat Penyelidikan Arkeologi MalaysiaPPKT Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan TeknologiPPPBP Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan PerancanganPPIP Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan PPPJJ Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh PPIK Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan PTJ pusat tanggungjawab PTPM Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia R&D Research and DevelopmentRCMO Pejabat Pengurusan dan Kreativiti PenyelidikanREDAC Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar RLKA Rancangan Latihan Kakitangan Akademik RPTKA Rancangan Pengajian Tinggi Kakitangan Akademik RUI Geran Universiti Penyelidikan SAINS@USM Science and Arts Innovation Space at USMSBLN Skim Belajar Luar Negara SDGs matlamat pembangunan lestari SPICES Systematic, Problem-Based and Problem Solving, Integrated,
Community-Based, Electives and SpiralSTEM Science, Technology, Engineering and Mathematics TNC Timbalan Naib Canselor TUT Toyohashi University of Technology UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UK United Kingdom UKM Universiti Kebangsaan MalaysiaUiTM Universiti Teknologi MARA UM Universiti Malaya UNESCO United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization UPP Universiti Pulau Pinang
xxiv Singkatan
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris URICAS USM-RIKEN International Centre for Ageing Science USAINS USains Holding Sdn. Bhd.USIM Universiti Sains Islam MalaysiaUSM Universiti Sains Malaysia USM-KLE Universiti Sains Malaysia-Karnataka Lingayat Education
SocietyUUM Universiti Utara Malaysia WHO Pertubuhan Kesihatan Sedunia WUSA Penilaian Kelestarian Universiti AntarabangsaYAM Yang Amat Mulia
Singkatan xxv
xxvi