PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)
BAGI MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4
BAB 3 - DAYA DAN TEKANAN
(PENGERTIAN TEKANAN DAN PENGERTIAN TEKANAN DALAM CECAIR)
TAY CHIN CHOO
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4, BAB 3 : DAYA DAN TEKANAN (PENGERTIAN TEKANAN DAN PENGERTIAN TEKANAN DALAM CECAIR)
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
TAY CHIN CHOO
Saya (HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan
dijalankan)
TIDAK TERHAD
√
Disahkan oleh
____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Lot 4095, Lorong 25, Jalan Kuching Timur 3, Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Bt. Shariffudin Taman Tunku, NAMA PENYELIA 98000 Miri, Sarawak. Tarikh : 18/4/2006 Tarikh : _ 24/4/2006___________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Kami akui bahawa kami telah membaca karya ini dan pada pandangan kami karya
ini adalah mamadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjaan Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Binti Shariffudin
Tarikh : 24 APRIL 2006
PEMBINAAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)
BAGI MATA PELAJARAN FIZIK TINGKATAN 4
BAB 3 - DAYA DAN TEKANAN
(PENGERTIAN TEKANAN DAN PENGERTIAN TEKANAN DALAM CECAIR)
TAY CHIN CHOO
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjaan Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : TAY CHIN CHOO
Tarikh : 18 APRIL 2006
iii
Khas buat untuk
ayah, Tay Boon Yung
ibu, Su Siew Keong,
kakak, Tay Chin Hong,
dan adik-adik,
Tay Chin Lung, Tay Chin Hua
yang tersayang.
iv
PENGHARGAAN
Penghargaan yang setinggi-tinggi dirakamkan kepada penyelia saya, Prof.
Madya Dr. Rio Sumarni Binti Shariffudin atas bimbingan dan dorongan beliau dalam
sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini. Terima kasih diucapkan kepada beliau atas
motivasi, galakan yang diberi, pandangan yang bernas dan kesabaran sehingga saya
berjaya menyiapkan tesis ini pada waktu yang ditetapkan.
Kerjasama, bantuan dan tunjuk ajar daripada seorang guru fizik iaitu Encik Ng
Han Guan dari Maktab Sultan Abu Bakar, JB, enam orang bakal guru dari Fakulti
Pendidikan, UTM iaitu Ang Sheue Mei, Kong Chai Ling, Nurul Hadyani Ahmad,
Suhailah Nor Asim, Wan Norazimah Wan Mohd Zainudin dan Yong Siew Khim yang
mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
selama lima tahun dan tiga orang bekas pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Skudai iaitu Khoo Hui Xian, Law Xin Yan dan Lim May Lie serta semua yang terlibat
sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dalam membantu menjayakan
kajian ini amat dihargai.
Akhirnya, ribuan terima kasih turut ditujukan kepada semua rakan sebaya yang
telah memberi sokongan, doa dan bantuan mereka sepanjang tesis ini dijalankan.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengkaji pengajaran dan pembelajaran berasaskan web
multimedia bagi membantu mengatasi kesukaran pembelajaran sub tajuk pengertian
tekanan dan pengertian tekanan dalam cecair dalam tajuk daya dan tekanan. Objektif
kajian adalah (a) membangunkan PBK dalam dua sub tajuk pengertian tekanan dan
pengertian tekanan dalam cecair mengikut sukatan mata pelajaran fizik, tingkatan empat
sekolah menengah, (b) menilai PBK dalam aspek rekabentuk informasi: strategi
pengajaran, rekabentuk persembahan dan rekabentuk interaksi melalui pencapaian
sampel. Model rekabentuk pengajaran ADDIE digunakan sebagai panduan dalam
merekabentuk PBK. Metodologi kajian ini terdiri daripada dua fasa yang utama. Fasa
pertama kajian bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang kesukaran pembelajaran
konsep tekanan, teori pembelajaran dan model rekabentuk pembelajaran melalui
temubual secara tidak formal dengan pakar dalam bidang pendidikan dan multimedia,
para guru dan pelajar-pelajar serta membangunkan PBK berdasarkan teori
konstruktivisme. Program yang digunakan dalam proses pembangunan PBK ialah
Macromedia Flash MX Versi 6.0, Adobe Photoshop 7.0 dan Adobe Premiere 6.5. Fasa
kedua kajian adalah bertujuan untuk menilai PBK yang dibangunkan berdasarkan
objektif kajian kedua. Sebanyak sepuluh orang sampel terlibat iaitu guru, bakal guru
dan para pelajar. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik dan temubual secara
tidak formal. Hasil kajian mendapati PBK dapat membantu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
vi
ABSTRACT
This research is aimed at teaching and learning using web based multimedia
application to assist in overcoming the difficulties in learning the subtopics of force and
pressure: understanding pressure and understanding pressure in liquids. This research
has two objectives, (a) to develop a CALS for the stated subtopics above according to
the standard secondary Form 4 physics textbook, and to (b) evaluate CALS in terms of
informative design: teaching strategy, presentation design and interaction design through
sample performances. The ADDIE model is used as a guideline in software
development. The research methodology consists of two main phases. Phase one of this
research is intended to collect information related to the difficulties in learning pressure,
the theoretical learning, the learning strategy through informal interviews with experts in
education and multimedia fields, teachers and students, and to develop the software
based on the theory of constructivism. The software was developed using Macromedia
Flash MX version 6.0, Adobe Photoshop 7.0 and Adobe Premeire 6.5. Phase two of this
research is intended to evaluate the completed version of the software as stated in the
second research objective. There are ten samples consisting of teacher, future teachers
and students that were involved. Data collection collected through questionnaires and
informal interviews. The result of this research shows that the software assists the
process of both teaching and learning.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
viii
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Definisi Operasi Terminologi 8
1.7.1 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 8
1.7.2 Bahan Pembelajaran Separa Kendiri 9
BAB II SOROTAN KAJIAN 10
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Sejarah Perkembangan Pembelajaran Berbantukan
Komputer Di Malaysia 10
2.3 Kegunaan Komputer Dalam Bidang Pendidikan 12
2.3.1 Media Atau Sumber Pengajaran Dan
Pembelajaran (P&P) 12
2.3.2 Alat Pentadbiran Dan Pengurusan 13
2.3.3 Alat Kajian Dan Penyelidikan 14
2.4 Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) 14
2.5 Kelebihan / Kepentingan Pembelajaran Berbantukan
Komputer Dalam Pendidikan 15
2.5.1 Meningkatkan Motivasi Di Kalangan Pelajar 16
2.5.2 Mencetus Pembelajaran Interaktif 16
2.5.3 Visualisasi 17
2.5.4 Pembelajaran Yang Cepat 17
2.5.5 Memantau Pencapaian Pelajar 18
2.5.6 Penguasaan Pembelajaran 18
2.5.7 Pembelajaran Kawalan Kendiri 18
2.6 Teori Konstruktivisme 19
2.6.1 Prinsip-Prinsip Konstruktivisme 21
2.6.2 Implikasi Model Konstruktivisme Terhadap
Pengajaran Dan Pembelajaran 22
ix
2.6.3 Model Pemprosesan Lima Fasa Needham 24
2.6.4 Aplikasi Konstruktivisme Dalam Reka Bentuk
PBK 26
2.7 Teknologi Maklumat Dalam Kurikulum Sekolah Bestari 28
2.8 Model Rekabentuk (ADDIE) 29
2.8.1 Analisis (analysis) 30
2.8.2 Rekabentuk (design) 31
2.8.3 Pembangunan (development) 31
2.8.4 Perlaksanaan (Implementation) 31
2.8.5 Penilaian (Evaluation) 32
BAB III REKABENTUK PEMBANGUNAN PERISIAN 33
3.1 Pendahuluan 33
3.2 Rekabentuk Perisian 33
3.2.1 Fasa Pertama – Prosedur Pembangunan PBK 34
3.2.1.1 Analisis 34
3.2.1.2 Pemilihan Perkakasan Multimedia 35
3.2.1.3 Pemilihan Perisian Multimedia 36
3.2.1.4 Pembangunan PBK 37
3.2.2 Fasa Kedua – Penilaian Kebolehgunaan PBK 38
3.2.2.1 Sampel Kajian 39
3.2.2.2 Instrumen Kajian 40
3.3 Kesimpulan 40
x
BAB IV PENGGUNAAN PBK DAN PENGANALISISAN
DATA KAJIAN 41
4.1 Pengenalan 41
4.2 Pakej Dan Cara Penggunaan PBK 41
4.3 Panduan Penggunaan PBK 43
4.3.1 Ikon Permulaan 43
4.3.2 Home 44
4.3.3 Notes 45
4.3.3.1 Objectives 46
4.3.3.2 What will you learn? 47
4.3.3.3 Do you know? 48
4.3.3.4 Let us go into details 49
4.3.3.5 Application 49
4.3.3.6 What is your thought? 50
4.3.4 Map 51
4.3.5 Glossary 52
4.3.6 Help 53
4.4 Data 53
4.5 Analisis Data 57
4.6 Penutup 58
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 60
5.1 Pengenalan 60
5.2 Ringkasan Kajian 61
5.3 Perbincangan 62
5.3.1 Rekabentuk Informasi : Strategi Pengajaran 62
5.3.2 Rekabentuk Persembahan 63
xi
5.3.3 Rekabentuk Interaksi 64
5.4 Rumusan Kajian 64
5.5 Implikasi kajian 65
5.6 Masalah Yang Dihadapi Semasa Pembangunan PBK 66
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 66
RUJUKAN 68
LAMPIRAN 73
Lampiran A 74
Lampiran B 78
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Penekanan Tujuan Pembelajaran Untuk Model-Model
Pengajaran Berasaskan Konstruktivisme 21
2.2 Lima Fasa P&P Yang Diperkenalkan Oleh Needham 25
4.1 Taburan kekerapan respoden dalam pengujian PBK dari
segi rekabentuk informasi: strategi pengajaran 54
4.2 Taburan kekerapan respoden dalam pengujian PBK
dari segi rekabentuk persembahan 55
4.3 Taburan kekerapan respoden dalam pengujian PBK
dari segi rekabentuk interaksi 56
4.4 Taburan peratusan guru fizik dan bakal guru fizik dari sekolah
menengah kebangsaan dan UTM terhadap penilaian PBK 57
4.5 Taburan peratusan pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Skudai terhadap pengujian PBK 58
4.6 Taburan peratusan keseluruhan sampel terhadap pengujian PBK 59
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 30
3.1 Prosedur Pembangunan PBK 34
4.1 Ikon Permulaan 43
4.2 Skrin Home 44
4.3 Skrin Notes 45
4.4 Skrin Notes – Understanding Pressure 46
4.5 Skrin Notes – Understanding Pressure – What will you learn? 47
4.6 Skrin Notes – Understanding Pressure – Do you know? 48
4.7 Skrin Notes – Understanding Pressure – Let us go into details 49
4.8 Skrin Notes – Understanding Pressure – Application 50
4.9 Skrin Notes – Understanding Pressure – What is your thought? 51
xv
SENARAI SINGKATAN
ABM - Alat bantu mengajar
AS - Amat setuju
ATS - Amat tidak setuju
BIL - Bilangan
CD - Cakera padat (compact disc)
CD-ROM - Compact Dics –Read Only Memory
e-mail - Mel alektronik
IT - Information Technology
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
m/p - Mata pelajaran
P&P - Pengajaran dan pembelajaran
PBK - Pembelajaran berbantukan komputer
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
S - Setuju
SMK - Sekolah menengah kebangsaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
TP - Tidak pasti
TS - Tidak setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Negara kita, Malaysia bermula dari era pertanian menyusul ke era
perindustrian dan kini pula sedang menuju ke satu era yang menentukan sama ada
jatuh atau bangunnya sesebuah tamadun manusia iaitu era Teknologi Maklumat (IT).
IT dahulunya satu istilah yang tidak mahu dikerling walau dengan sebelah mata oleh
masyarakat kita, kini telah meniti di bibir setiap orang. Lebih-lebih lagi dengan
langkah proaktif kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu
sebuah kawasan seluas 15 X 50 km persegi yang meliputi Menara Kuala Lumpur
hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA). Kawasan ini bukan
sahaja menjadi pusat pentadbiran kerajaan pusat yang baru (Putrajaya), bahkan akan
menjadi nadi pembangunan pesat negara dalam era IT.
Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapan
beliau semasa merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995 untuk
menjayakan MSC, kerajaan telah menggariskan tujuh aplikasi perdana. Di
antaranya ialah projek pembentukan Sekolah Bestari. Sejajar dengan
perkembangan ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggubal
konsep Sekolah Bestari iaitu berpusatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
mengandungi pemikiran kritis dan kreatif pada tahun 1996.
2
Dalam Buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010, tercatatnya infrastruktur
bagi sesebuah Sekolah Bestari, meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi, program literasi komputer telah dimulakan
dengan melibatkan 90 buah sekolah. Sekolah Bestari dilengkapi dengan komputer
bagi kegunaan pelajar dan guru dengan nisbah tujuh buah komputer dalam satu bilik
darjah. Projek Sekolah Bestari sedang dilaksanakan ke seluruh negara secara
berperingkat-peringkat. Perubahan ini dilakukan bertujuan untuk melahirkan
pelajar yang celik teknologi dan berupaya menghadapi cabaran zaman maklumat.
Oleh itu, alat teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep
Sekolah Bestari.
Dr. Fong Chan Onn dalam Utusan Malaysia (1997), teknologi boleh
membantu merevolusikan pendekatan terkini dalam pendidikan untuk memberi
faedah kepada pelajar-pelajar melalui konsep Sekolah Bestari. Namun apabila
berbicara tentang soal IT, ada di kalangan kita yang terbayang sebuah komputer.
Sebenarnya komputer hanyalah salah satu peralatan utama dalam bidang ini, selain
daripada itu seperti telefon, modem, satelit, mesin fax dan sebagainya.
Bagaimanapun, komputer hari ini telah berjaya menguasai elemen pendidikan
khususnya dalam proses P&P. Ini tidak bermaksud bahawa komputer boleh
menggantikan tugas seorang guru sepenuhnya. Apa yang hendak ditekankan ialah
kaedah tradisional seperti “chalk and talk” jika diintegrasikan dengan teknologi
moden akan membuahkan hasil yang mantap dan berkesan tanpa mengorbankan
nilai-nilai estetika yang ada pada setiap individu. Banyak kajian telah diperolehi
mengatakan bahawa sekiranya seseorang guru menggunakan kaedah tradisional,
ianya bukan sahaja menjemukan guru malah pelajar merasa bosan dan akhirnya
objektif pengajaran tidak tercapai sepenuhnya.
Penggunaan komputer dalam bidang pendidikan semakin tidak terbatas dan
sangat berguna. Kegunaan komputer dalam kelas membolehkan pembelajaran
menjadi lebih menarik (Baharuddin, et al. 2001). Terutamanya dalam pembelajaran
konsep sains bagi kebanyakan mata pelajaran (m/p) sains di peringkat sekolah
menengah atas. Penggunaan teknologi lain seperti penggunaan antaramuka
berkomputer amat membantu dalam meningkatkan minat pelajar belajar sains dan
3
meningkatkan keberkesanan P&P sains.
IT digunakan sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil
pembelajaran. Selain daripada itu, penggunaan teknologi secara umumnya
memudahkan pembelajaran terarah kendiri dan pembelajaran mengikut kadar
kesesuaian masing-masing yang seterusnya membenarkan integrasi mengufuk dan
integrasi menegak berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam bidang pendidikan alaf baru di
Malaysia bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial dan budaya pada masa
kini. Perkembangan seumpama ini dapat menggabungkan serta memberi
penekanan terhadap pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar,
penggunaan pelbagai media secara bijak, strategi P&P yang sesuai serta pengurusan
dan persekolahan yang efektif. Usaha ke arah mewujudkan suasana pembelajaran
yang lebih bermakna dan berkesan dimana guru tidak lagi pendeta di atas pentas
(sage by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk
menyampaikan pengajaran secara lebih berkesan.
Menurut Terry, Jones dan Hurford (1985), ini mungkin disebabkan strategi
pengajaran yang ‘stereotype’ dan kerana guru kerap menumpukan aspek algebra
dalam pengajaran fizik. Penggunaan PBK dalam proses P&P berupaya mengatasi
masalah ini di samping menggalakkan pembelajaran individu yang melibatkan
interaksi dua hala.
Penggunaan PBK dalam proses P&P fizik mampu menggalakkan strategi
pembelajaran berorientasikan inkuiri dan penemuan untuk menghasilkan
pembelajaran yang optimum (Spitzer, 1996). PBK mampu menyediakan suasana
pembelajaran yang menggalakkan pelajar (De Jong. et.al, 1999) menemui dan
membina konsep fizik, mengorganisasi kemahiran dan prosedur fizik dan seterusnya
4
melahirkan sikap gemar kepada fizik. Sama ada penggunaan PBK secara individu
mahupun dengan bimbingan guru, pelajar dapat mendalami sesuatu fizik itu
mengikut kadar pembelajaran tersendiri (Borsook dan Higginbotham-Wheat, 1991).
Malangnya, penggunaan komputer secara optimum dalam kurikulum di
sekolah gagal disebabkan kekangan kekurangan perisian dan perkakasan yang sesuai
(Baharuddin Aris, Mohd Salleh Abu, Ellington dan Mogana Dhamotharan, 1998).
Selain itu, guru juga menghadapi masalah untuk menggunakan dan mengintegrasikan
perisian PBK ke dalam pengajaran harian di sekolah. Ini adalah kerana perisian
PBK yang dihasilkan itu tidak bertujuan untuk memenuhi kurikulum Fizik KBSM.
Menurut Baharuddin Aris et.al (1998) dalam usaha mengatasi kekurangan tersebut,
tindakan harus diambil untuk menghasilkan lebih banyak PBK tempatan yang
diperkayakan dengan strategi-strategi yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil
proses P&P yang optimum.
Ciptaan dan penghasilan perisian dalam kursus pendidikan (courseware
production) atau perisian pembelajaran yang berdasarkan kurikulum kebangsaan dan
berkualiti adalah amat diperlukan dan menjadi faktor utama bagi menentukan
kejayaan dalam bidang pendidikan pada masa kini dan masa akan datang. Oleh itu,
penyelidik mengambil inisiatif untuk membina PBK berasaskan model
konstruktivisme dalam m/p Fizik, Tingkatan IV, Bab 3 – Daya dan Tekanan
(Pengertian tekanan dan Pengertian tekanan dalam cecair).
1.3 Pernyataan Masalah
Kebanyakkan pelajar tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran yang
melibatkan tahap pemikiran yang tinggi (Griffiths dan Anderson, 1992). Di
samping itu, dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar sukar untuk menyelesaikan
masalah sains kerana tidak faham konsep-konsep asas sains (Abraham et al, 1992;
Niaz dan Robinson, 1993). Konsep-konsep abstrak dan penyelesaian masalah yang
sukar dalam fizik membuatkan pelajar hilang minat untuk mempelajarinya dan
5
memperolehi keputusan pencapaian yang kurang memuaskan.
Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM tahun 2001
menunjukkan pencapaian sains pelajar menurun (Utusan Malaysia, 2002).
Pencapaian sains iaitu fizik, kimia dan biologi tidak mencapai tahap yang
memuaskan jika dibandingkan dengan pelajar aliran bukan sains. Sedangkan dalam
waktu pengajaran m/p fizik, kimia atau biologi nisbah dengan sains adalah tiga
nisbah satu. Tetapi pencapaian bagi m/p yang disenaraikan adalah dalam tahap
yang sama iaitu tahap sederhana.
Dalam kurikulum sains yang telah disemak semula, pendekatan P&P secara
bersepadu digunakan dalam proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan
kemahiran pelajar dengan penekanan pendekatan pengoperasian kemahiran proses
sains. Bagaimanapun, hasil kajian oleh KPM (2000) jelas menunjukkan guru sains
masih cenderung dan terikat dengan kaedah P&P sains yang berpusatkan guru, tanpa
berusaha memberi penekanan ke atas kesepaduan aspek kognitif, afektif dan
psikomotor pelajar. Di samping itu, mereka tidak berusaha mengembangkan
kemahiran saintifik pelajar sebaliknya memberi lebih penekanan untuk
menghabiskan sukatan pelajaran daripada menjalankan aktiviti pemerolehan
kemahiran proses sains (Noorasyikin, 2002). Guru yang kurang memahami tentang
konsep tekanan, dengan menerangkan konsepnya secara teori dan melalui kaedah
penyelesaian masalah dengan menggunakan formula-formula sahaja. Dengan itu,
kaedah penyelesaian masalah dapat menghasilkan sekumpulan pelajar yang hanya
mampu untuk menjawab soalan ujian tanpa menguasai konsep.
Justeru itu, kajian ini dilakukan merupakan suatu usaha ke arah penghasilan
satu PBK multimedia bagi m/p fizik KBSM. PBK ini diharapkan dapat
menambahkan pendekatan P&P yang sedia ada dan masih kekurangan. Ia
mempunyai ciri-ciri teknologi multimedia yang selaras dengan prinsip interaktif bagi
memudahkan pemahaman konsep asas fizik yang abstrak. PBK dibina dan
dilengkapi dengan animasi dan grafik yang menarik serta video yang realistik yang
dapat meransang minat pelajar dalam proses P&P. Oleh itu, sesuatu yang di luar
bilik darjah dapat dipindahkan ke dalam bilik darjah tanpa menggunakan
6
pembelajaan kos yang tinggi dan menjimatkan masa penyediaan bahan pengajaran
kerana ia boleh diguna berulang kali.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini terbahagi dua objektif yang utama sahaja, iaitu:
a) Membangunkan PBK dalam dua sub tajuk kecil, Pengertian Tekanan
dan Pengertian Tekanan Dalam Cecair mengikut sukatan mata
pelajaran Fizik, Tingkatan IV sekolah menengah kebangsaan.
b) Menilai PBK dalam aspek rekabentuk informasi: strategi pengajaran,
rekabentuk persembahan dan rekabentuk interaksi melalui pencapaian
sampel.
1.5 Kepentingan Kajian
Penggunaan simulasi merupakan salah satu teknik dalam proses P&P dan kini
dengan berbantukan komputer suasana yang menyerupai keadaan dan fenomena
sebenar dalam dunia luar lebih menarik dan jelas dapat dibawa ke dalam bilik darjah.
Penggunaan simulasi komputer bukan sahaja membenarkan pelajar menangani
konflik kognitif di antara pengetahuan sedia ada dengan permikiran saintifik
(Schatteman dan Carette, 1997) tetapi juga sesuai untuk pelajar berpencapaian baik,
sederhana dan lemah (Cavin dan Lagowski, 1978). Di samping itu, penggunaan
simulasi komputer juga membenarkan pelajar melakukan simulasi eksperimen dan
seterusnya menstruktur pengetahuan baru (De Jong et al, 1998). Race (1992) telah
jalankan kajian menyatakan
7
“…..the traditional lecture is an extremely inefficient vehicle for bringing about
effective learning, with students retaining as little as five percent of the material
covered in some cases. It is now generally agreed that self-study methods delivered
via computer or multimedia are much more effective in this respect…..”
mengikut Poppen (1988 ), perisian yang dikategorikan sebagai “terbaik” seringkali
tidak begitu halnya apabila dipandang dari perspektif teori pengajaran. Oleh yang
demikian, kajian ini sebagai perintis dalam menghasilkan satu PBK berasaskan
model konstruktivisme untuk meningkatkan kualiti perisian dalam pendidikan fizik.
Kajian ini dijalankan sebagai satu langkah untuk membantu mengatasi
kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dalam tajuk daya dan tekanan –
pengertian tekanan dan pengertian tekanan dalam cecair. Ia dilakukan dengan
membangunkan satu perisian aplikasi multimedia PBK supaya konsep tekanan dapat
dinyatakan dan dilihat dengan lebih jelas, konkrit serta proses P&P yang lebih
bermakna dapat dilaksanakan. Peranan seorang guru akan berubah daripada
seorang pengajar tradisional kepada pengurus sistem pengajaran.
PBK dibina berdasarkan pedagogi, prinsip rekabentuk dan teknologi sesuai
sebagai satu panduan bagi para guru yang ingin membangunkan perisian multimedia
untuk m/p sains yang lain.
1.4 Skop Kajian
PBK ini adalah terhad kepada skop bertajuk daya dan tekanan bagi konsep
tekanan dalam m/p fizik di peringkat sekolah menengah atas. Sasaran utama PBK
ini adalah para guru dan pelajar di sekolah menengah atas di Malaysia. Guru akan
bertindak sebagai seorang fasilitator atau juga dikenali sebagai pembimbing dalam
mengendalikan proses P&P dalam tajuk daya dan tekanan – pengertian tekanan dan
pengertian tekanan dalam cecair semasa menggunakan PBK ini. Ini bermakna PBK
ini lebih merupakan sebagai bahan pembelajaran separuh kendiri (semi self-pace