UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN FIZIK
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya NORHANISA BINTI MD.AMIR
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 3562, JLN. JABBAR, BENTENG PM. DR. HJ SHAHAROM BIN NOORDIN 84150, PARIT JAWA, Nama Penyelia MUAR, JOHOR Tarikh: 2 MEI 2008 Tarikh: 2 MEI 2008
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan :………………………………………………
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM BIN
NOORDIN
Tarikh : 2 MEI 2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM KALANGAN
PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN FIZIK
NORHANISA BINTI MD.AMIR
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2008
iv
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :………………………………….
Nama Penulis : NORHANISA BINTI MD.AMIR
Tarikh : 2 MEI 2008
v
DEDIKASI
Buat mak dan ayah,
Iringan doa yang tidak putus-putus dan nasihat yang berharga dari mak dan ayah
akan sentiasa menjadi bekalan dalam menempuh hidup yang penuh cabaran
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan,
Jasa yang mak ayah taburkan hanya mampu dibalas olehNYA dan
akan ku kenang sehingga akhir hayatku
Buat adik beradik yang dikasihi,
Along, Angah dan Adik,
Terima kasih di atas sokongan dan nasihat yang diberi,
Kasih sayang dan keprihatinan kalian semua akan sentiasa
ku ingati sepanjang hayatku
Buat teman seperjuangan,
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan nasihat
yang diberikan sepanjang persahabatan kita,
Akanku ingati setiap detik pahit dan indah yang kita lalui bersama-sama,
Teruskanlah usahamu kerana sesungguhnya perjuangan kita masih belum tiba nokhtahnya
Akhir sekali
Buat insan teristimewa,
Terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang sentiasa menjadi
azimat perjuanganku disini
Ku berdoa agar segala impian yang kita bina akan tercapai
dengan izin Allah S.W.T
Semoga perhubungan kita sentiasa diredhai dan dirahmati
PENGHARGAAN
vi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Selawat
dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta para
sahabat. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia,
petunjuk dan keizinanNYA maka dapatlah saya menyiapkan kajian ini mengikut
perancangan yang telah direncanakan
Sekalung doa dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Prof. Madya
Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin selaku pembimbing projek di atas bimbingan, tunjuk
ajar dan nasihat yang sangat bermanfaat. Jasa dan pengorbanan yang telah
dicurahkan hanya mampu dibalas olehNYA.
Jutaan terima kasih juga buat pelajar tahun empat program pendidikan Fizik
di atas kerjasama yang diberikan sepanjang penyelidikan dijalankan. Kerjasama, idea
dan kritikan membina yang diberikan akan tetap disanjung dan saya kenang
sepanjang hayat.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi
memudahkan pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan
kajian saya ini. Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan penyelidikan ini secara langsung atau tidak langsung.
vii
ABSTRAK
Tahap kefahaman dalam kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar telah
mendapat perhatian ramai para penyelidik. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik
ini adalah untuk menentukan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam
kalangan pelajar tahun empat Universiti Teknologi Malaysia yang sedang mengikuti
program pengajian Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik) dan Sarjana Muda
Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik). Terdapat tiga pembolehubah bebas
dalam kajian ini iaitu jantina, program pengajian dan pencapaian Purata Nilai Gred
Keseluruhan. Seramai 44 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada dua program
pengajian yang puratanya berumur dalam 23 tahun terlibat sebagai responden dalam
kajian ini. Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan dan alat kajian yang
digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif yang
mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Kebolehpercayaan alat kajian ini
ialah α = .65. Analisis statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim
digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhan, tahap kefahaman
kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun empat adalah baik. Dapatan
kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar merentas
jantina dan program pengajian iaitu masing-masing berada pada tahap baik. Namun
begitu, terdapat perbezaan tahap kefahaman merentasi Purata Nilai Gred
Keseluruhan iaitu tahap kefahaman pelajar dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan
2.00 hingga 3.66 adalah baik manakala pelajar dengan Purata Nilai Gred
Keseluruhan kurang daripada 2.00 berada pada tahap lemah. Berdasarkan keputusan
kajian yang diperolehi, usaha-usaha perlu dibuat bagi mempertingkatkan lagi
kemahiran pelajar tahun empat terhadap kemahiran manipulatif. Usaha ini adalah
sebagai langkah untuk membentuk budaya saintifik dalam kalangan guru.
viii
ABSTRACT
The level of understanding in scientific skills among students has attracted
many researchers. The purpose of this study is to find out the level of understanding
of the manipulative skills among fourth year students at Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai taking Bachelor of Science with Education (Physics) and Bachelor
of Science and Computer with Education (Physics). There were three independent
variables in this study which are gender, program of study and Cumulative Point
Average. Forty-four (male and female) students were involved in this study with
overall aged of 23 years old. The method used in this study was observation and the
instrument used was “Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif”
that contained 40 multiple choice items. The reliability value of this research is α =
.65. Descriptive statistical analysis in the form of mean and standard deviation were
used in analyzing the data. Overall, the level of understanding in manipulative skills
among fourth year students was at good level. The result also shows that there were
no differences between students in their level of understanding in manipulative skills
for all genders and courses, which can be classified as a good level. Nevertheless,
there were differences in the level of understanding of manipulative skills between
Cumulative Point Average, which can be classified as good for students with
Cumulative Point Averaged 2.00 to 3.66 and low for students with Cumulative Point
Averaged less than 2.00. Based on the acquired result, actions should be taken into
consideration to enhance the manipulative skills among fourth year students, in order
to create scientific culture among science teachers.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
1. PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Kelemahan dalam Peperiksaan Fizik 3
Sijil Pelajaran Malaysia
1.2.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif 5
Yang Lemah
x
1.2.3 Cara Pembelajaran Fizik Secara Hafalan 6
1.2.4 Kelemahan Pengajaran Guru 6
1.3 Peryataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Rangka Kerja Konsep 9
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Skop Kajian 13
1.9 Andaian Kajian 13
1.10 Batasan Kajian 14
1.11 Takrifan 15
1.11.1 Tahap Kefahaman 15
1.11.2 Kemahiran Manipulatif 15
1.11.3 Peralatan Sains 17
1.11.4 Pengendalian Peralatan Sains 17
1.11.5 Penyimpanan Peralatan Sains 18
1.12 Rumusan 19
2. SOROTAN PENULISAN 20
2.1 Pendahuluan 20
2.2 Teori-teori Kemahiran Manipulatif 20
2.2.1 Pengendalian Peralatan Sains 22
2.2.1.1 Ammeter 22
2.2.1.2 Angkup vernier 24
2.2.1.3 Termometer 27
2.2.2 Penyimpanan Peralatan Sains 29
2.2.2.1 Elektrik/Elektronik 31
2.2.2.2 Haba 33
2.2.2.3 Cahaya 34
2.2.3 Kepentingan Kemahiran Manipulatif 35
2.2.4 Langkah Penguasaan 39
2.3 Kajian Berkenaan Kemahiran Manipulatif 43
Dalam Negara
xi
2.4 Kajian Berkenaan Kemahiran Manipulatif 47
Luar Negara
2.5 Rumusan 53
3. PENGKAEDAHAN 54
3.1 Pendahuluan 54
3.2 Reka bentuk Kajian 54
3.3 Sumber Data 55
3.4 Alat Kajian 55
3.5 Tatacara Kajian 58
3.5.1 Kajian Rintis 59
3.5.1 Kajian Sebenar 59
3.6 Analisis Data 60
3.7 Rumusan 63
4. DAPATAN KAJIAN 64
4.0 Pendahuluan 64
4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif 65
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif 67
Merentas Jantina
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif 69
Merentas Program Pengajian
4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif 71
Merentas PNGK
4.5 Rumusan 74
5. KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 75
5.0 Pendahuluan 75
5.2 Ringkasan 75
5.3 Kesimpulan 77
5.4 Perbincangan 78
5.4.1 Tahap kefahaman Kemahiran Manipulatif 78
xii
Secara Keseluruhan
5.4.2 Tahap kefahaman Kemahiran Manipulatif 82
Merentas Jantina
5.4.3 Tahap kefahaman Kemahiran Manipulatif 84
Merentas Program Pengajian
5.4.4 Tahap kefahaman Kemahiran Manipulatif 87
Merentas PNGK
5.5 Implikasi 89
5.6 Cadangan 95
5.7 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 98
5.8 Rumusan 100
RUJUKAN 101
LAMPIRAN 105
xiii
SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT
1.1 Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata 4
Pelajaran Fizik
3.1 Bilangan Responden Mengikut Program 55
3.2 Item-item kemahiran manipulatif 59
mengikut aspek yang dinilai
3.3 Pemeringkatan Tahap Kefahaman 60
Kemahiran Manipulatif
3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman 61
Bagi Setiap Kemahiran
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 65
Kemahiran Manipulatif
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 67
Kemahiran Manipulatif Merentas Jantina
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 69
Kemahiran Manipulatif Merentas Program
Pengajian
4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 71
Kemahiran Manipulatif Merentas PNGK
xiv
SENARAI RAJAH
RAJAH MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep Kajian 10
2.1 Ammeter 23
2.2 Jalur cermin pada ammeter untuk mengelakkan 23
ralat paralaks
2.3 Cara menyambung ammeter dalam litar 24
2.4 Angkup Vernier 24
2.5 Skala angkup vernier 25
2.6 Contah penggunaan skala vernier 26
2.7 Contoh cara membaca angkup vernier 26
2.8 Termometer rintangan 27
2.9 Termometer termogandingan 28
2.10 Termometer merkuri 28
2.11 Kedudukan mata semasa membaca termometer 29
2.12 Rak dan kabinet yang terdapat di makmal 30
2.13 Pengelasan peralatan sains mengikut bahagian 31
2.14 Laci untuk menyimpan peralatan elektrik yang 31
kecil
2.15 Penyimpanan ammeter 32
2.16 Penyimpanan pak kuasa 32
2.17 Penyimpanan magnet 33
2.18 Penyimpanan termometer 35
2.19 Penyimpanan kanta, prisma dan bongkah kaca 35
xv
2.20 Tolok Skru Mikrometer 36
2.21 Bacaan tolok skru mikrometer 36
2.22 Susunan alat radas 38
3.1 Aspek-aspek kemahiran pengendalian peralatan 57
sains yang dinilai
3.2 Aspek-aspek penyimpanan peralatan sains yang dinilai 57
xvi
SENARAI SINGKATAN
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPF - Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Fizik)
SPP - Ijazah sarjana Muda Sains dan Komputer serta
Pendidikan (Fizik)
UPTKKM - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran
Manipulatif
KS - Kemahiran Saintifik
KM - Kemahiran Manipulatif
KPS - Kemahiran Proses sains
BAB 1
PENGENALAN 1.1 Pendahuluan
Malaysia kini sedang mengorak langkah ke arah mencapai taraf negara maju
menjelang tahun 2020 seperti yang telah termaktub di dalam ‘Wawasan 2020’ yang
diinspirasikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Justeru, ianya memerlukan negara kita untuk maju dalam semua aspek ekonomi,
sosial, rohani, psikologi dan budaya tetapi masih mengikut acuan Malaysia. Salah
satu cabaran yang harus ditangani bagi merealisasikan ‘Wawasan 2020’ menyentuh
secara khusus kepentingan sains dan teknologi iaitu mewujudkan masyarakat
saintifik dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh serta menjadi
penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi di masa hadapan. Dalam
memenuhi cabaran ini, wujud keperluan yang agak mendesak bagi menyediakan
masyarakat yang celik sains yang kreatif dan berketerampilan dalam sains dan
teknologi.
Langkah pertama ke arah mewujudkan masyarakat yang celik sains adalah
melalui penerapan mata pelajaran Sains dan Teknologi secara khusus dalam
pendidikan di sekolah. Mata pelajaran Sains dan Teknologi yang terdapat di sekolah
khususnya mata pelajaran Fizik memberi asas pendidikan kepada pelajar untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang yang memerlukan pengetahuan dan kepakaran
sains dan teknologi. Ini telah menjadi cabaran kepada guru sebagai pelaksana
2
kurikulum sains di sekolah dalam melatih bakal-bakal saintis atau “mensainskan”
masyarakat menerusi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah.
“Kurikulum sains di negara memberi penekanan terhadap kaedah inkuiri dan
penyelesaian masalah seperti melakukan aktiviti yang berorientasikan uji kaji dan
kegiatan amali (Abu Hassan, 2004).” Sehubungan dengan ini, pelajar perlu
didedahkan dengan pengetahuan mengenai KS bagi membolehkan mereka
mempelajarai sains secara bersistem dan berkesan. “Melalui pendekatan KS, pelajar
akan berpeluang merancang dan seterusnya menyelesaikan sesuatu masalah dengan
sendiri dan dapat melihat dengan jelas perkaitan serta kepentingan pengetahuan sains
yang dipelajari dengan kehidupan seharian (Abu Hassan, 2004).” “Selain daripada
itu, penerapan KS melalui pendidikan formal di Malaysia mampu menjana elemen
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) di kalangan pelajar (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).”
Kemahiran saintifik terbahagi kepada dua komponen iaitu kemahiran proses
sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM). “Kemahiran proses sains dikenali
sebagai kemahiran kognitif manakala kemahiran manipulatif dikenali sebagai
kemahiran psikomotor (Zol Azlan, 2000).” Komponen KS khususnya KM
merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh pelajar semasa menjalankan
uji kaji di dalam makmal Fizik. “Penguasaan terhadap KM akan memberi
pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam penggunaan dan pengendalian
peralatan sains yang cekap untuk menjalankan uji kaji dengan berkesan (Abu
Hasssan, 2004).”
Matlamat negara untuk menjadi negara industri dan negara yang maju seiring
dengan perkembangan sains dan teknologi memerlukan rakyatnya yang bukan sahaja
boleh menggunakan malah boleh menyumbangkan penghasilan teknologi melalui
penyelidikan yang dilakukan. Oleh itu, pelajar perlulah diberikan pengukuhan
terhadap KM sejak peringkat sekolah dalam usaha untuk melahirkan tenaga mahir
yang terlibat dalam penyelidikan dan penciptaan teknologi yang boleh menyumbang
kepada kemajuan negara.
3
1.2 Latar Belakang Masalah Pendidikan merupakan suatu wahana dalam mencapai Wawasan 2020.
Komuniti sekolah yang celik sains akan memastikan pembentukan masyarakat yang
saintifik dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh pada masa kelak.
Dengan itu, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah hendaklah dirancang
dengan teliti dalam usaha membentuk pelajar yang saintifik. Pembelajaran
berunsurkan sains berbeza daripada pembelajaran lain-lain disiplin. “Pelajar tidak
akan dapat memahami sains semata-mata dengan mentelaah dan memerhati
persekitaran sebaliknya mereka harus melakukan aktiviti saintifik secara sistematik
(Abu Hassan, 2004).”
1.2.1 Kelemahan dalam Peperiksaan Fizik Sijil Pelajaran Malaysia
Tahap pencapaian pelajar berkenaan kemahiran saintifik dapat dinilai melalui
keputusan peperiksaan Fizik. Ini adalah kerana soalan-soalan di dalam peperiksaan
mengandungi elemen-elemen yang menguji kefahaman pelajar berkenaan kemahiran
saintifik. Berikut merupakan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) bagi mata pelajaran Fizik untuk Sek. Men. Teknik Johor Bahru bagi tahun
2006.
4
Jadual 1.1: Analisis Peperiksaan SPM bagi Mata Pelajaran Fizik 2006
Gred Bilangan Peratusan (%)
1A 10 3.57
2A 16 5.71
3B 38 13.57
4B 58 20.71
5C 70 25.00
6C 52 18.57
7D 32 11.43
8E 4 1.43
9G 0 0.00
(Sumber : Sekolah Menengah Teknik Johor Bharu)
Analisis keputusan SPM dalam mata pelajaran Fizik menunjukkan kurang
daripada 10.00 % pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dan lebih daripada
10.00% pelajar mencapai keputusan yang lemah dalam mata pelajaran Fizik. Hal ini
amat membimbangkan dan sepatutnya tidak berlaku di sekolah teknik yang
merupakan sekolah aliran sains yang memberikan tumpuan kepada penguasaan
kemahiran tertentu untuk melakukan aktiviti yang berorientasikan uji kaji dan
kegiatan amali. “Sehubungan dengan itu, para pelajar perlu mempunyai pengetahuan
yang baik dalam aspek KS bagi membolehkan mereka mempelajari Fizik secara
bersistem dan berkesan (Abu Hassan, 2004).”
Soalan-soalan berkaitan KS yang diuji di dalam peperiksaan berkisar terhadap
elemen-elemen KS khususnya KM yang diterapkan menerusi sesi amali Fizik di
dalam makmal. Kelemahan pelajar menjawab soalan dalam peperiksaan
menunjukkan kurangnya kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap KM. Hal ini
terjadi adalah disebabkan oleh kurangnya keberkesanan dan penekanan diberikan
oleh guru terhadap KM sewaktu menjalankan sesi amali di dalam makmal. Oleh itu,
penekanan kepada KM perlu ditingkatkan bagi memastikan keputusan yang lebih
baik dapat diperolehi.
5
1.2.2 Kefahaman Kemahiran Manipulatif yang Lemah Di dalam mempelajari Fizik, sikap dan minat sangat mempengaruhi
pencapaian seorang pelajar. Ini adalah kerana sikap dan minat membentuk kesediaan
mental dan Fizikal pelajar dalam mempelajari Sains. Tidak dapat dinafikan juga
bahawa masih terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa Fizik itu merupakan
bidang ilmu yang susah dipelajari. “Tanggapan-tanggapan ini adalah disebabkan
oleh lemahnya budaya Fizik di dalam diri dan tiada kesedaran yang menyeluruh
mengenai Fizik itu sendiri (Zol Azlan, 2000).”
Salah satu kaedah membudayakan Fizik di sekolah ialah melalui pengukuhan KS
di dalam P&P Fizik. “Proses P&P Fizik yang berteraskan pembelajaran menerusi
pengalaman sendiri akan memberikan peluang kepada pelajar belajar dan
memperkembangkan KS secara inkuiri (Abu Hassan, 2004).” Berdasarkan
keputusan peperiksaan SPM, dapat disimpulkan bahawa masih ramai pelajar yang
lemah dalam menguasai istilah Fizik dan KS khususnya KM. Laporan Prestasi SPM
2003 telah mengenal pasti beberapa kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran
manipulatif seperti:
i. Membuat kejituan pengukuran yang salah
ii. Tidak melakukan eksperimen makmal dengan alat yang sesuai.
iii. Tidak menyatakan alat yang mencukupi dalam menjalankan eksperimen.
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2003)
Kelemahan pelajar dalam KM menunjukkan pelajar tidak menguasai aspek–
aspek seperti pengendalian dan penggunaan peralatan sains di dalam makmal.
Kelemahan pelajar di dalam KM boleh mempengaruhi keputusan amali Fizik yang
dijalankan dan seterusnya boleh menyumbang kepada salah faham terhadap konsep
Fizik.
6
1.2.3 Cara Pembelajaran Fizik Secara Hafalan Ramai pelajar belajar Fizik dengan menghafal segala konsep dan rumus tanpa
fahaman.
Pelajar mengamalkan orientasi belajar menghafal, berusaha mengingat
semulatakrifan apa-apa pengetahuan, konsep, prinsip, hukum-hukum
dan teori Fizik tanpa memahaminya atau mengaitkan dengan
pengetahuan lepas dan mengaplikasikannya
(Lilia et al., 2002 :179)
Sekiranya pelajar belajar Fizik secara hafalan, mereka akan berhadapan
dengan masalah untuk menggunakan konsep Fizik untuk menyelesaikan masalah
Fizik dalam pelbagai situasi. Selain daripada itu, pelajar turut akan gagal
mengaitkan Fizik yang dipelajari dengan persekitaran kehidupan mereka dan ini
tidak dapat membantu dalam membudayakan Fizik ke dalam diri pelajar.
1.2.4 Kelemahan Pengajaran Guru “Dalam usaha memupuk KS di dalam diri pelajar, guru hendaklah merangka
aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar terlibat dengan aktif dalam proses P&P
dan ini secara langsung dapat membantu pelajar memahami dan meningkatkan minat
terhadap mata pelajaran Fizik (Yap et al., 2004).” “Akan tetapi, kebanyakan guru
gagal menguasai kemahiran saintifik dengan baik dan ini menyebabkan pembelajaran
Fizik yang berlaku di kalangan pelajar adalah secara hafalan (Abu Hassan, 2004).”
Kelemahan guru dalam membentuk sikap dan pemikiran saintifik pelajar jelas
ditunjukkan ketika menjalankan sesi amali di dalam makmal. Sistem kerja amali di
makmal Fizik amat mendukacitakan. Uji kaji yang dilakukan di sekolah lebih
berbentuk stereotaip di mana aktiviti dan bahan yang digunakan adalah seragam
dalam semua kumpulan pelajar. “Guru perlu mengubah corak P&P kerja amali
7
daripada mengikut apa yang tertera di dalam buku teks atau buku kerja amali ke arah
yang lebih bermakna dalam usaha mengembangkan aspek kognitif, afektif serta KS
pelajar (Abu Hassan, 2004).”
Seringkali guru mengambil remeh sesuatu uji kaji yang dilakukan tanpa
mencuba terlebih dahulu sebelum pelajar melakukan uji kaji tersebut. “Kurangnya
persediaan dalam sesuatu uji kaji menyebabkan guru kurang jelas dan tidak
menitikberatkan terhadap aspek ketelitian dan keselamatan yang berkaitan dengan uji
kaji tersebut (Abu Hassan, 2004).” “Hal ini menyebabkan pelajar lebih cenderung
melakukan uji kaji dengan berpandukan cara kerja yang sudah tersedia tanpa
mengambil kira aspek KS yang perlu dikuasai (Abu Hassan, 2004).”
1.3 Pernyataan Masalah
Merujuk kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan, kajian ini
dilakukan adalah untuk mengkaji kefahaman kemahiran manipulatif bakal guru-guru
Fizik di Fakuti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
1.4 Objektif Kajian
Terdapat empat perkara yang menjadi tujuan utama kajian ini dilakukan iaitu: 1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam
kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
2. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif merentas
jantina dalam kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
8
3. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif merentas
program pengajian dalam kalangan pelajar tahun empat program
Pendidikan Fizik, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
4. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran manipulatif merentas
PNGK dalam kalangan pelajar tahun empat program Pendidikan Fizik,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.