Transcript
Page 1: Unsur Mitos Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

UNSUR MITOS DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYUMITOS, sebagaimana yang diketahui umum, adalah suatu unsur dongeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Peristiwa yang berlaku itu sama ada yang berlegar di sekitar kehidupan manusia, haiwan, ataupun alam semesta - kelihatan pelik, janggal, dan melampaui lumrah alam. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap k etakwajaran unsur mitos itu adalah mengikut acuan zaman moden sedangkan pemilik unsur tersebut, yakni masyarakat silam, meyakini bahawa mitos tersebut memang benar-benar berlaku.Dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan sebahagian daripada ciri yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks tersebut. Kewujudan unsur mitos dalam teks tersebut berkait rapat dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu yang masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan animisme yang kuat.CIRI-CIRI MITOSI Mitos dianggap sebagai kejadian atau peristiwa yang benarbenar berlaku - cerita mitos dianggap benar-benar berlaku pada zaman silam. Keyakinan tersebut, sesetengahnya, telah membentuk sistem nilai mereka dan seterusnya diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Mitos berbeza daripada unsurunsur dongeng.t Mitos dianggap suci - kesucian ini terbit kerana mitos kaya  dengan unsur-unsur kedewaan yang diyakini oleh masyarakat Melayu pada zaman silam. Kepercayaan tersebut terbentuk sebagai hasil daripada pengaruh animisme dan ajaran agama Hindu.3 Mitos kaya dengan unsur-unsur alam ghaib - keyakinan masyarakat Melayu zaman silam terhadap kewujudan alam ghaib sangat tebal. Mereka percaya bahawa sesuatu yang ghaib itu, seperti kewujudan kuasa makhluk-makhluk halus (jin, syaitan, penunggu, puaka) dan alam kayangan atau alam dewa dewi dapat mempengaruhi kehidupan mereka. Malah, dalam konteks alam kayangan, masyarakat Melayu pada zaman itu yakin bahawa mereka dapat Baling berhubungan (bersahabat atau berseteru) antara satu sama lain.4 Mitos kaya dengan peristiwa atau kejadian yang luar biasa, ganj i l , dan aneh - masyarakat Melayu zaman s i lam  mempercayai bahawa setiap kejadian luar biasa, ganjil, atau aneh mempunyai tujuan-tujuan atau alamat-alamat yangtertentu. Hal ini berlaku sebagai hasil daripada keakraban hubungan masyarakat Melayu dengan flora dan fauna di sekeliling mereka.JENIS-JENIS MITOSMitos dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:1 mitos asal usul raja;2 mitos pembukaan negeri;3 mitos kedatangan Islam; dan4 mitos-mitos lain.

Mitos Asal Usul RajaSulalatus Salat in Sejarah Melayu,  dalam upaya hendak  meningkatkan martabat dan kedudukan raja-raja Melayu,  khususnya raja Melaka, telah mengaitkan bahawa

Page 2: Unsur Mitos Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

raja-raja tersebut berasal usul daripada keturunan Raja Iskandar ZulKarnain, Nabi Sulaiman, clan Nusyirwan Adil. Pertalian ini bermula apabila Raja Suran (cucu Raja Sulan) telah masuk ke dasar laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dari negeri Dika. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan tiga orang putera - Nila Pahlawan, Krisyna Pandita, dan Nila Utama. Ketiga-tiga putera ini telah naik ke bumi dan mendarat di Bukit Si Guntang, Palembang. Keistimewaan dan keluarbiasaan yang dimiliki mereka telah  membolehkan mereka menjadi raja - Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau; Krisyna Pandita menjadi raja di Tanjung Pura; Nila Utama pula menjadi raja di Palembang dan seterusnya di Temasek dengan gelaran Seri Teri Buana. Seri Teri Buanalah yang kemudiannya mengembangkan keturunan raja-raja Melaka.Mitos Pembukaan NegeriSulalatus Salatin Sejarah Melayu banyak juga mengetengahkan mitos yang berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri. Dalam hal memilih dan memberikan nama negeri ini, penamaan tersebut dibuat berdasar kepada keyakinan para raja terhadap sesuatu keganjilan dan kejadian luar biasa yang pada pandangan mereka akan mendatangkan keberuntungan kepada negeri tersebut. Antaranya termasuklah:1 pembukaan negeri Singapura yang dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama “Singa”2 pembukaan negeri Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan anjing;3 pembukaan Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa  Merah Silu bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing; dan4 pembukaan Pasai yang dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku's-Salleh yang bernama si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi.Mitos Kedatangan IslamSebagaimana mitos asal usul, tujuan mitos kedatangan Islam ini diselitkan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu. Ada dua peristiwa yang memerihalkan mitos kedatangan Islam ini, iaitu:1 kedatangan Islam di Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi  Muhammad s. a. w. Dalam mimpi itu, Nabi Muhammad s. a. w. telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan sebagaihasilnya, Merah Silu dapat mengaji pada keesokan harinya manakala tubuhnya pula berbau narawastu; dan2 kedatangan Islam di Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah) telah diislamkan oleh Nabi Muhammad s. a. w. melalui mimpi. Dalam mimpi itu, dikatakan bahawa Raja Kecil Besar telah diajar mengucap dua kalimah syahadat, dikhatankan, dan diberi nama Islam. Keesokannya, semua yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan tubuh baginda turut berbau narawastu.Mitos-mitos LainDalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa berunsur mitos yang ditulis untuk tujuan yang khusus. Antaranya termasuklah untuk menggambarkan

Page 3: Unsur Mitos Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

kepercayaan sesuatu anggota masyarakat ataupun untuk mengkritik raja secara halus. Yang berikut adalah antara beberapa contoh mitos tersebut.I Peristiwa Badang menjadi gagah setelah makan muntah  hantu - Badang telah beroleh kekuatan dan kegagahan yang sangat luar biasa setelah memakan muntah hantu yang mencuri hasil tangkapannya. Kegagahan Badang yang luar biasa itu telah membolehkan dia mencabut pokok-pokok kayu Yang besar dengan akarnya sekali dan hal ini menggembirakan majikannya kerana ladangnya telah dapat dibersihkan dalam masa yang singkat.2 Peristiwa ikan todak menyerang Singapura - peristiwa ini  berlaku semasa Singapura diperintah oleh Paduka Seri Maharaja. Banyak rakyat negeri itu yang mati ditikam oleh ikan todak yang mampu melompat hingga ke pantai. Untuk mengatasi serangan tersebut, Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkubukan betis tetapi perintah itu lebih banyak menyebabkan kematian dan kecederaan kepada rakyat yang terlibat. Akhirnya, serangan ikan todak itu dapat diatasi melalui kebijaksanaan seorang budak yang  menyarankan penggunaan batang pisang sebagai kubu.serangan ikan todak tersebut ada kaitannya dengan pembunuhan Tuan Jana Khatib yang "mahir akan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas".3  Peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu - peristiwa ini  menimpa Sang Rajuna Tapa kerana dia telah mengkhianati Raja Iskandar Syah. Pengkhianatan itu dilakukannya selepas Raja Iskandar membunuh anak perempuannya dengan cara yang sangat memalukan dirinya. Untuk membalas perbuatan Raja Iskandar Syah itu, dia telah bersekongkol dengan Majapahit yang menyebabkan Singapura jatuh ke tangankuasa besar itu.KEPENTINGAN MITOSPenerapan mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini mempunyai matlamat dan kepentingannya yang tersendiri dan khusus, sesuai dengan zaman teks ini dihasilkan. Di pihak pemerintah, peristiwa yang berunsur mitos itu secara umumnya dapat meningkatkan darjat dan kedaulatan mereka. Di pihak hamba rakyat pula, unsur mitos tersebut dapat mendidik serta meyakinkan mereka tentang kehebatan dan kedaulatan raja serta perkara-perkara yang berkaitan dengan institusi beraja.  Kepentingan mitos dalam penulisan teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini dapat dijelaskan seperti yang berikut:

Menunjukkan Keagungan Keturunan RajaIskandar Zulkarnain berbangsa Rom dan berasal dari Makaduniah.  Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, beliau merupakan seorang raja yang agung dan penakluk dunia yang terbilang. Berdasarkan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, raja-raja Melayu dikatakan berasal daripada keturunan beliau walaupun menurut Sejarah, Iskandar Zul-Karnain (Alexander The Great) tidak pernah menakluki India. Oleh itu, mitos yang mengaitkan raja-raja Melayu bersusur galur daripada keturunan Iskandar Zul-Karnain  itu mempunyai kepentingannya yang tersendiri , iaitu untuk  mengangkat darjat raja-raja Melayu ke tahap yang tinggi, yakni memiliki ciri-ciri kepahlawanan, kehebatan, dan keagungan,

Page 4: Unsur Mitos Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

sama seperti yang dimiliki oleh datuk nenek mereka yang bernama Iskandar Zul-Karnain itu.

Menunjukkan Sifat Luar Biasa RajaSalah satu mitos yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah tentang pengembaraan Raja Suran ke dasar laut.  Baginda dikatakan telah tiba di sebuah negeri yang bernama Dika dan seterusnya berkahwin dan hidup di negeri itu. Hal ini memang di luar mats fikir manusia dan melampaui hukum alam, namunpenerapan mitos yang sedemikian ada kepentingannya. Penerapan unsur tersebut adalah untuk menggambarkan bahawa raja-raja  Melayu sangat luar biasa dan berbeza daripada manusia biasa dan oleh itu, merekalah yang layak memimpin manusia lain.

Menyindir atau Mengkritik RajaMitos lain yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ialah serangan ikan todak terhadap Singapura. Penerapan mitos ini bertujuan untuk menyindir atau mengkritik golongan raja atau pembesar yang menzalimi rakyat. Mitos itu juga bertujuan untuk menyedarkan raja dan pemerintah bahawa setiap hamba rakyat, tidak kira sekecil mana pun mereka itu, perlu dihormati dan  disayangi kerana mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Jelas dalam hal ini, budak yang menyarankan rakyat Singapura menggunakan batang pisang sebagai kubu untuk meredakan serangan todak, mempunyai kelebihannya walaupun masih kecil.

Mendidik dan Menakutkan RakyatSesetengah mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini sengaja diterapkan bagi mendidik rakyat supaya senantiasa  menghormati dan mentaati raja sebagaimana yang dipersetujui  dalam waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana dahulu. Dalam hal ini, mitos yang memaparkan Sang Rajuna Tapamenjadi batu se te lah mengkhianat i Sul tan Iskandar Syah  m e n u n j u k k a n b a h a w a s u m p a h a n S e r i T e r i B u a n a y a n g   mengatakan bahawa rakyat yang derhaka akan "dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas" menjadi kenyataan. Peristiwa itu juga dapat menimbulkan rasa gerun di hati rakyat supaya tidak mengkhianati waad tersebut.

Mempelbagaikan Kaedah/Teknik PenulisanPenerapan unsur mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu j u g a b e r t u j u a n u n t u k m e w u j u d k a n v a r i a s i d a l a m s t a i l   penulisannya. Penerapan itu juga memperlihatkan kekreatifan  pengarang dalam usaha hendak menarik hati para pembaca.

Page 5: Unsur Mitos Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

CERITA MITOS Definisi:

Cerita mitos merupakan sekumpulan cerita yang benar-benar berlaku pada zaman silam. Biasanya memperkatakan kisah dewa dewi dan manusia agung berhubung dengan asal usul raja, tempat, kedatangan Islam yang dianggap aneh dan menakjubkan. Cerita mitos merupakan kepercayaan kerana ianya dianggap benar-benar berlaku kerana mempunyai hubungan dengan kepercayaan sesuatu agama, misalnya cerita tentang Tuhan, dewa dan Nabi.

 FUNGSI CERITA MITOSDapat menerangkan perasaan ingin tahu manusia terhadap sesuatu   kejadian alam yang tidak terjawab melalui pemikiran biasa.

Berfungsi menghubungkan manusia dengan kuasa yang agung- yang diluar daripada batas-batas kehidupan manusia biasa.

Sebagai alat kawalan sosial.

Sebagai alat pendidikan, untuk pengajaran dan contoh teladan.

Andrew Lang- Peranan metos adalah untuk menerang sebab dan akibat sesuatu kejadian itu.

Ahli antropologi- Untuk memberi pengesahan atau pendokongan terhadap sesuatu institusi sosial.

Memberikan hiburan kepada pendengar-pendengar tentang asal-usul kejadian sesuatu yang terdapat dalam kehidupan mereka.

CIRI-CIRI CERITA MITOS

a.         Cerita mitos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat tradisional mempercayai yang cerita metos itu benar-benar berlaku. Cerita mitos dari segi isi dan tema, adalah dihubungkan dengan asal usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja dan lain-lain lagi. Setiap asal usul itu dikaitkan dengan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku.

Page 6: Unsur Mitos Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

b.         Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita mitos adalah suci dan mulia serta berlawanan kepada sifat duniawi. Cerita mitos adalah certa tentang dewa –dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagamaan, bersifat suci dan kudus. Banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita mitos. Kalau dipatuhi pantang larang itu mendapat kebaikan dan kekurniaan. Jikalau dilanggar maka mala petaka akan menimpa.

c.          Latar masa cerita mitos adalah pada zaman pra-sejarah iaitu zaman “animisme”. Semua masyarakat Melayu lama percaya pada kepercayaan animisme.

d.         Latar tempat cerita mitos berlaku di dunia luar, di dunia kayangan dan di dasar laut. Latar trmpat sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Misalnya, mitos asal usul negeri Melaka sebagaiman yang digambarkan dalam Sejarah Melayu mengambil latar tempat sejarah. Latar tempat di dasar laut pula melalui mitos dinasti seperti yang digambar dalam sejarah Melayu iaitu seorang daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain memasuki dan melawat negeri bawah laut bernama Dika. Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeri bawah laut itu. Anak-anak bagindalah kemudiannya menjadi raja di Palembang, Singapura dan akhirnya menjadi raja negeri Melaka.

e.         Watak-watak dalam cerita mitos pula terdiri daripada Tuhan dan dewa-dewi sebagai watak-watak bukan manusia. Dalam cerita metos juga terdapat watak manusia dan binatang. Beberapa contoh dapat dilihat di dalam teks Sejarah Melayu. Umpamanya nama Samudera-Pasai berasal daripada semut besar. Nama ini diperoleh daripada peritiwa seekor anjing bernama Si Pasai yang menyalak bukit kerana nampak semut sebesar kucing. Sempena dengan peristiwa yang luar biasa ini maka Sultan Malikul Salleh membuka sebuah negeri baru yang dinamakannya Samudera-Pasai. Melalui metos nama tempat ini, watak-watak yang terlibat melibatkan watak manusia dan bukan manusia iaitu watak Malikul Salleh, anjing dan semut besar.

PERANAN / FUNGSI CERITA MITOS

            Cerita mitos memainkan peranan yang tersendiri dalam masyarakat Melayu lama. Pertama, ia berperanan menggambarkan serta memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yag luar biasa serta taraf mereka disamakan dengan golongan dewa-dewi. Contohnya asal usul raja-raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota. Cerita-cerita ini dapat dilihat dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Merong Mahawangsa. Misalnya dalam teks Sejarah Melayu, kemasukan agama Islam dapat dilihat melalui peristiwa Raja Kecil Besar diislamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpinya.           

Page 7: Unsur Mitos Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

Ia juga memainkan peranan sebagai mengeritik serta menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Umpamanya melalui mitos alegori peristiwa Singapura diserang ikan todak. Peristiwa itu sebenarnya menyindir kezaliaman raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang telah dengan tidak sengaja menilik pohon pinang hingga terbelah dua di hadapan raja pemaisuri. Ekoran sikap zalim itu, maka Singapura menerima bala dan bencana serangan todak.


Top Related