Download - ver:20181013 - UMS
ver:20181013
SEKAPUR SIRIH
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita melaksanakan Simposium Wanita Dan Kesejahteraan Insan 2018 yang bertemakan “Pemerkasaan Wanita ke Arah Kesejahteraan Insan Sejagat”. Syabas dan tahniah kepada seluruh karyawan yang terlibat dalam merealisasikan program yang berprestij ini. Simposium ini sangat bermakna kerana kita dapat melihat wanita dari pelbagai peringkat umur berkumpul pada tahun ini. Penganjuran simposium ini jelas menunjukkan bahawa peranan wanita masih diiktiraf dalam masyarakat. Tanggapan bahawa wanita tidak perlu bekerja hanya sekadar dongeng lama yang sudah tidak relevan lagi pada masa kini. Hal ini kerana peranan wanita dewasa kini semakin ke hadapan. Lihat sahaja kepada pucuk pimpinan kita yang tidak mendiskriminasikan golongan wanita. Pencapaian yang patut dibanggakan dan sebagai wanita, kita harus berbangga dengan diri kita kerana telah berjaya keluar dari kepompong dan tidak lagi berada di takuk yang lama. Seiring dengan tema kita pada tahun ini, iaitu “Pemerkasaan Wanita ke Arah Kesejahteraan Insan Sejagat”, maka pelbagai usaha telah dilaksanakan agar wanita di Sabah khususnya yang terlibat dalam program-program yang dianjurkan sama ada oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta sentiasa diberikan ruang dan peluang untuk terus memperkasakan diri. Penglibatan mereka seterusnya akan menjadi platform untuk membentuk keperibadian yang tinggi dalam diri mereka dan seterusnya mewujudkan kesejahteraan terhadap insan sejagat. Diharapkan setiap kertas kerja yang dibentangkan dan dapatan kajian yang diperoleh dapat menjadi satu penanda aras untuk melahirkan golongan wanita yang serba boleh. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua pembentang dan peserta atas penglibatan dalam simposium ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang penganjuran simposium pada kali ini. YBHG. DATUK DR. HAJAH TARSIAH TZ TAMAN
PENGERUSI MAJLIS PENASIHAT WANITA SABAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat menganjurkan simposium yang mampu mengangkat martabat wanita dalam kalangan masyarakat. Simposium yang bertemakan “Memperkasakan Wanita Ke Arah Kesejahteraan Insan Sejagat” pada tahun ini dilihat memberi makna yang cukup besar kepada golongan wanita kerana mereka diraikan dalam sebuah program yang berprestij seperti ini. Peranan wanita dalam pembangunan sememangnya amat penting dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Hal ini kerana banyak peluang dan perkhidmatan yang dapat diterokai oleh golongan wanita sekiranya mereka diberikan peluang untuk melibatkan diri. Penganjuran simposium seperti ini dapat melihat bahawa wanita perlu diperkasakan untuk mensejahterakan insan sejagat. Pemerkasaan wanita Sabah khususnya perlu dilihat dari pelbagai sudut agar dapat bergerak seiring dengan golongan lelaki. Wanita dan kesejahteraan sangat berkait rapat. Tanpa wanita, kesejahteraan tidak akan mampu diperoleh dan tanpa kesejahteraan, kehidupan tidak akan berjalan seperti yang kita harapkan. Oleh yang demikian, setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam simposium ini merangkumi aspek-aspek yang akan memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kesejahteraan wanita agar mudah difahami oleh lapisan masyarakat. Sebagai penutup, saya mengalu-alukan kedatangan pembentang dan peserta ke Wisma Wanita sebagai tanda sokongan kepada penganjuran simposium ini. Diharapkan agar perkongsian ilmu yang diberikan oleh pembentang mampu menjentik hati para peserta dan sesiapa sahaja agar dapat meletakkan wanita sebagai insan yang mampu memberikan kesejahteraan kepada masyarakat. Sekian dan terima kasih.
Y. BRS. HAJAH MYRNA JIMENEZ
TIMBALAN PENGARAH JABATAN HAL EHWAL WANITA
SEULAS PINANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam bahagia Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan Taufik dan Inayah-Nya kita berjaya menganjurkan Simposium Wanita dan Kesejahteraan Insan pada tahun ini. Simposium yang bertemakan “Pemerkasaan Wanita Ke Arah Pembangunan Insan Sejagat” ini merupakan sebuah program berbentuk ilmiah yang akan memperlihatkan para pembentang membentangkan hasil kajian mereka yang mendeskripsikan tentang wanita dan kesejahteraan melalui bidang Sosial, Ekonomi, Gender, Pendidikan, Kesihatan, Undang-Undang dan Media. Untuk makluman, pihak penganjur telah menerima 69 abstrak yang terdiri daripada kertas kerja ilmiah dan kertas kerja konsep untuk dibentangkan dalam program ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kertas kerja penuh telah diterima. Kesemua kertas kerja berkenaan akan dibentangkan di sesi selari dan mengikut kategori yang telah ditetapkan bagi memudahkan program ini berjalan dengan lancar. Tema yang dipilih oleh pihak jawatankuasa disifatkan mengikut keadaan semasa kerana tema ini melihat bahawa peranan wanita perlu diketengahkan dalam kalangan masyarakat. Kertas kerja yang dibentangkan oleh pembentang boleh memberi input yang berguna kepada sesiapa sahaja mengenai wanita dan kesejahteraan. Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah, indah pada pandangan mata tetapi hakikatnya penuh dengan kelompangan. Bagi pihak jawatankuasa simposium, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) atas sokongan dan dorongan serta komitmen yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana MPWS, kakitangan JHEWA dan juga kakitangan akademik dan bukan akademik UMS yang bertungkus lumus membantu menjayakan program ini agar berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Sebagai penutup bicara, saya memohon kemaafan dengan kekurangan yang berlaku sepanjang simposium ini berlangsung dan semoga setiap pengisian yang disampaikan dalam simposium ini mampu memberikan impak yang besar ke dalam hati para peserta. Sekian dan terima kasih.
Y.BRS. DR. MUHAMMAD IDRIS BIN BULLARE @ HJ. BAHARI
PENGERUSI JAWATANKUASA SOSIAL
MAJLIS PENASIHAT WANITA SABAH
SETITIS TINTA
11.00am : Ketibaan Tetamu Jemputan
11.20am : Ketibaan YB Datuk Stephen Wong Tien Fatt
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
11.30am : Majlis Bermula
Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan
YBhg. Datuk Dr. Hjh. Tarsiah TZ Taman
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah
Ucapan Perasmian
YB Datuk Stephen Wong Tien Fatt
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
Penyampaian Cenderamata
Sesi Bergambar
12.30pm : Jamuan Tengah hari
2.00pm : Sesi Pembentangan Selari
MAJLIS PERASMIAN SIMPOSIUM WANITA DAN KESEJAHTERAAN INSAN 2018
(SWKI 2018)
Tarikh : 25 Oktober 2018 (Khamis) Masa : 11.30 pagi Tempat : Ballroom, Wisma Wanita, Kota Kinabalu
9.00am : Pendaftaran Peserta
Sarapan
10.00 – 10.30am : Ucaptama 1
“Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah 2018”
YBrs. Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Pengerusi Jawatankuasa Sosial, MPWS
10.30 – 11.00am : Ucaptama 2
“Creating Millionaires Among Young Women
Entrepreneurs (CreaM@YWE)”
YBhg. Datuk Dr. Hjh. Tarsiah TZ Taman
Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah
11.30am : Majlis Perasmian oleh
YB Datuk Stephen Wong Tien Fatt
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
12.30pm : Jamuan Tengah hari
2.00pm : Sesi Pembentangan Selari
4.00 pm : Minum Petang dan Majlis Bersurai
ATURCARA SIMPOSIUM WANITA DAN KESEJAHTERAAN INSAN 2018
(SWKI 2018) 25 Oktober 2018 (Khamis)
Ballroom, Wisma Wanita, Kota Kinabalu
Masa : 2.00pm-3.00pm
Bilik: Pre-Function Room
Pengerusi Sesi Selari : Dr. Rosy Talin
TEMA 1: KESIHATAN
Hubungan Antara Personaliti Dan Burnout Dengan Stres Dalam Kalangan Anggota Beruniform Wanita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah Halema Binti Fazalelahi
Persepsi Wanita Terhadap Pengambilan Alkohol Dalam Mempengaruhi Kesejahteraan Asong Joseph, Prof. Madya Dr. Helen Benedict Lasimbang, Prof. Elizabeth Eckermann & Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok
Practicing Love Language By Spouse In Reducing Stress Level In Women Leoh E Mui
TEMA 2: SOSIAL
Kesejahteraan Psikologi Mangsa Sumbang Mahram Rismahwati @ Juliza Bte Suriansah & Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Marital Happiness: A Case Study On The Perspectives Of Women With Visual Disability Teoh Jia Long & Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Pengetahun Dan Kesediaan Guru Wanita Di Ranau Untuk Menghadapi Bencana Gempa Bumi Dr. Soon Singh A/L Bikar Singh, Prof. Madya Dr. Balan Rathakrishnan, Dr. Dg. Norizah Ag Kiflee, Dr. Rosy Talin & Dr. Roslee Talip
Penerokaan Ciri Personaliti Berdasarkan Jenis Cap Jari Loop, Arch Dan Whorl Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari & Atiqah binti Mohd Yusuff
SESI SELARI 1 Masa: 2.00pm-3.00pm
Bilik: Bilik Galeria
Pengerusi Sesi Selari: Prof. Madya Dr. Balan Rathakrishan
TEMA 2: SOSIAL
Strategi Kebahagiaan Dalam Kalangan Wanita Orang Kurang Upaya-Fizikal Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari, Dr. Lailawati Madlan & Norfatihah Syed Ali
Perangkap Catfish Ke Atas Ibu Tunggal: Kajian Kes Di Kota Kinabalu, Sabah Mohd Hanafi Jumrah & Aisah Hossin
Kesejahteraan Hidup Dalam Kalangan Wanita Gelandangan Muhammad Faheem Bin Mohd Dahlan & Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari
TEMA 1: KESIHATAN
Penentuan Nilai Dan Penggunaan Spesis Tumbuhan Ubatan Dalam Perubatan Tradisional Wanita Bagi Komuniti Bugis Suriyanah Laude & Dr. Jurry Foo @ Jurry F. Michael
Home Birth Among Molbog Women: Strength And Struggle Pauline Yong Pau Lin & Prof. Dr. Hashim Awang
Association Between Self-Efficacy With Sexual Abstinence Behavior Among Female Adolescents Prof. Madya Dr. Balan Rathakrishan, Dr. Mahirah Masdin, Dr. Soon Singh A/L Bikar Singh, & Mohammad Rahim Kamaluddin
Penggunaan Alat Perancang Keluarga Dalam Kalangan Pribumi Sabah Dan Sarawak: Satu Analisis Umum Dr. Marsitah Mohd Radzi, Salmie Jemon, Dr. Ubong Imang & Dr. Dayang Suria Hj Mulia
25 Oktober 2018
25 Oktober 2018 SESI SELARI 1 Masa: 2.00pm-3.00pm
Bilik: Bilik Mesyuarat Tingkat 1
Pengerusi Sesi Selari: Wanda Kiyah George Albert
TEMA 1: KESIHATAN
Stres, Kecelaruan Mental Dan Strategi Daya Tindak Dalam Kalangan Ibu Tunggal Etnik Bajau Sabah Dr. Ananglangka Mad Kassim
Perkahwinan, Bilangan Anak Dan Perilaku Fertiliti Dalam Kalangan Wanita Luar Bandar Dr. Ubong Imang, Dr. Dayang Suria Hj Mulia & Dr. Marsitah Mohd Radzi
Penderitaan Wanita Sebagai Penjaga Keluarga Penyakit Kanser Tahap Akhir: Satu Kajian Integratif Wanda Kiyah George Albert & Prof. Dr. Adi Fahrudin
Pengalaman Dan Daya Tindak Psikologi Mangsa Histeria Mohamad Shuhaimi Bin Che Pa & Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
TEMA 2: SOSIAL
Kebahagiaan Dalam Kalangan Anak Latchkey Albiah binti Amut & Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Percaya Terhadap Pasangan: Satu Kajian Pembentukan Konsep Dr. Surianti Lajuma, Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok, Agnis Sombuling & Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Pengalaman Kedewasaan Berkembang Dalam Kalangan Wanita Muda Di Sabah: Satu Kajian Awal Prof. Madya Dr. Murnizam Halik, Dr. Walton Wider, Adeymend Reny Japil, Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari & Dr. Mazni Mustapha
Masa: 2.00pm-3.00pm
Bilik: Bilik Latihan Tingkat 3
Pengerusi Sesi Selari: Col. (CD) Dr. Mohamad Nizam Nazarudin
TEMA 4 : SUKAN
From Fat To Fit: For Women Only Col. (CD) Dr. Mohamad Nizam Nazarudin
Umur Prestasi Puncak Peserta Wanita Triathlon Ironman Langkawi Col. (CD) Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, Jessyla @ Assad Binti Shapri, & Phylicia Phoa Siew Ching
Pengaruh Faktor Psikologi Terhadap Prestasi Sukan Bagi Atlet Wanita Sabah Jessyla @ Assad Binti Shapri, Col. (CD) Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, & Phylicia Phoa Siew Ching
Tahap Budaya Pembelajaran Organisasi Terhadap Kualiti Perkhidmatan Dalaman Bagi Kaum Wanita Dalam Organisasi Majlis Sukan Negeri-Negeri Phylicia Phoa Siew Ching, Col. (CD) Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, & Dr. Pathmanathan K. Suppiah
Tahap Komitmen Organisasi Terhadap Kualiti Perkhidmatan Dalaman Staf Wanita Majlis Sukan Negeri Phylicia Phoa Siew Ching, Col. (CD) Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, & Dr. Pathmanathan K. Suppiah
Tahap Kepuasan Kerja Terhadap Kualiti Perkhidmatan Dalaman Staf Wanita Majlis Sukan Negeri Phylicia Phoa Siew Ching & Col. (CD) Dr. Mohamad Nizam Nazarudin, & Dr. Pathmanathan K. Suppiah
25 Oktober 2018 SESI SELARI 1 Masa: 2.00pm-3.00pm
Bilik: Bilik Mesyuarat Tingkat 2
Pengerusi Sesi Selari : Dr. Kee.Y.Sabariah Binti Kee Mohd Yussof
TEMA 3 : EKONOMI DAN KEHIDUPAN BEKERJA
Kesejahteraan Psikososial Dan Ekonomi Dalam Kalangan Wanita Warga Emas Delvaevonnie Delicious & Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Konflik Kerja-Kehidupan: Pengalaman Wanita Bekerja Syif Di Sabah Prof. Madya Dr. Dzurizah Ibrahim
Pengaruh Pendekatan Pengurusan Konflik Dan Kecerdasan Emosi Terhadap Emotional Labor Dalam Kalangan Pemimpin Kesatuan Sekerja Wanita Di Sabah Ag Mohd Ruslaimie bin Masli & Dr. Kee.Y.Sabariah bte Kee Mohd Yussof
The Impacts Of Emotional Intelligence On The Relationship Between Job Stress And Psychological Well-Being Among The Enforcement Officers Jong Jee Leong, Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari & Prof. Dr. Mohd. Dahlan A. Malek
Amalan Integrasi Kerja Dan Kehidupan Di Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Noor Syakirah Zakaria
Dilema Antara Perkhidmatan Dan Maruah Diri Pekerja Pembersihan Wanita Dalam Sektor Pembersihan Komersial Di Kota Kinabalu: Satu Kajian Awal Dr. Kee.Y.Sabariah Binti Kee Mohd Yussof
Bina Upaya Wanita Luar Bandar Dalam Industri Pengkulturan Rumpai Laut Di Semporna, Sabah Aisah Hossin
SESI SELARI 2
Masa: 3.00pm-4.00pm
Bilik: Bilik Galeria
Pengerusi Sesi Selari : Dr. Walton Wider
TEMA 5 : PENDIDIKAN
Laporan Sesi Kaunseling: Terapi Tingkahlaku Kognitif Dalam Membantu Isu Interpersonal Dan Intrapersonal Pelajar IPTS Azlaily Binti Jufri
Pengamalan Konsep “Mentoring” Dalam Kalangan Guru Novis Wanita Norlida Abdullah & Dr. Musirin Mosin
A Qualitative Exploration Of Becoming An Adult Among Women Lecturers In Malaysia Dr. Walton Wider, Low Sew Kim, Tan Ting Ying, Sanggari Krishnan, Teng Huey Yi, Edward Lim Heng Yuan, & Yap Jyh Shen
ABSTRAK TANPA KERTAS KERJA PENUH
Pengaruh Intrapersonal Dan Interpersonal Remaja Wanita Terhadap Stres Akademik Abdul Adib Asnawi & Agnis Sombuling
Analisis Matriks Kompetensi Latihan Staf Pengurusan Wanita: Suatu Kajian Di Institut Latihan Pendidikan Guru Di Sabah Abd Halim Tahir & Khusaini Mohd Panglan
Memperkasa Imej Tubuh Badan Positif Dalam Kalangan Remaja Perempuan Adeymend Reny Japil, Dr. Mazni Mustapha, & Dr. Guan Teik Ee
The Importance Of Organisational Climate For Psychosocial Safety In The Prevention Of Sexual Harassment At Work Dr. Sharon Kwan Sam Mee, Malvin Tan Ping Chieng, Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Dr. Ismail Maakip, & Dr. Peter Voo
25 Oktober 2018
Masa: 3.00pm-4.00pm
Bilik: Pre-Function Room
Pengerusi Sesi Selari : Aminuddin I. Lastar
TEMA 3 : EKONOMI DAN KEHIDUPAN BEKERJA
Sumbangan Guna Tenaga Pekerja Asing Wanita Dalam Pembangunan Ekonomi Rumpai Laut Di Semporna, Sabah Haslina Zakaria, Prof. Dr. Rosazman Hussin & Aisah Hossin
Cabaran Kelangsungan Hidup Wanita Copreneurs Di Pulau Mabul, Sabah Kamsiah Mabaloh & Prof. Madya Dr. Dzurizah Ibrahim
ABSTRAK TANPA KERTAS KERJA PENUH
Challenges Faced By Mothers Of Children With Autism Amelia Inbam Neelagandan & Prof. Dr. Mohd Dahlan A. Malek
Hubungan Antara Perapatan Ibu Bapa Dengan Tingkah Laku Seksual Bebas Remaja Lelaki Prof. Madya Dr. Balan Rathakrishnan, Dr. Dasing Bin Matanggal, Dr. Soon Singh A/L Bikar Singh, & Mohammad Rahim Kamaluddin
Hadhanah (Hak Penjagaan Anak) Siti Hafsah Adenan
Wanita ‘Single’: Isu Dan Perspektif Dalam Media Massa Norafifah Bali
Faktor Perkahwinan Bawah Umur Dalam Kalangan Remaja Di Bahagian Pendalaman Sabah Aminuddin I. Lastar, Alisa A. Alexander, Cheryn L. Anak Mike, Nurhidayah Bacho, Noor Alfatimah Mohammad, Rozalia Herman
SESI SELARI 2
Masa: 3.00pm-4.00pm
Bilik: Bilik Mesyuarat Tingkat 2
Pengerusi Sesi Selari : Dr. Laila Wati Binti Madlan @ Endalan
ABSTRAK TANPA KERTAS KERJA PENUH
Peranan Wanita Etnik Brunei Di Daerah Membakut Dalam Memperkasakan Sosioekonomi Keluarga Dr. Colonius Atang, Dr. Ubong Imang, Dr. Harifah Mohd Noor, & Nurain Ayuni Binti Momin
Eco-Pelancongan, Gender Dan Pemerkasaan Wanita Di Luar Bandar: Kajian Kes Di Kampung Rampayan Laut, Kota Belud Dr. Dayang Suria Mulia
Pembangunan Dan Cabaran Ekonomi, Pendidikan Dan Sosial OKU Pengguna Kerusi Roda Sabah Fariz Hj Abd Rani
‘Precarious’ Berganda Pekerja Wanita Migran Di Sektor Perladangan Kelapa Sawit Ramlah Daud
Kecerdasan Emosi Sosial Wanita Sabah Dan Cara Meningkatkannya: Satu Tinjauan Awal Dr. Laila Wati Binti Madlan @ Endalan, Prof. Madya Dr. Chua Bee Seok, Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari, Jasmine Adela Mutang, & Abdul Adib Asnawi
Sektor Informal di Kota Kinabalu: Dominasi Wanita Imigran Asing dan Terpinggirnya Wanita Pribumi? Dr. Jalihah Md Shah, Dr. Kee. Y. Sabariah Kee Mohd Yussof, & Prof. Madya Dr. Dzurizah Ibrahim
Memahami Lima Kaedah Mengenali Personaliti Dan Karakter Isteri/Pasangan Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari & Salminah Amin
25 Oktober 2018
Masa: 3.00pm-4.00pm
Bilik: Bilik Mesyuarat Tingkat 1
Pengerusi Sesi Selari : Mohd Fazreen Musin
TEMA 5 : PENDIDIKAN
Pengaruh Pujian Dan Keseronokan Belajar Terhadap Pencapaian Matematik Sekolah Rendah Arif Rahman Hakim Bin Tamri & Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Amalan Dan Pengetahuan Tindakan Tatatertib Terhadap Keutuhan Etika Dan Integriti Dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Abang Gharul Annuar Abg Abdul Gani, Dr. Mohd Khairuddin @ Jerry Abdullah, & Junaidah Binti Manaf
Pengaruh Kepuasan Kerja, Afek Dan Keterlibatan Kerja Ke Atas Kebahagiaan Pekerja Wanita Carrie Grace Jaymess, Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari, No’man Ahmad, & Mohd Raffie Janau
Kesan Gaya Keibubapaan, Konsep Kendiri Dan Rakan Sebaya Terhadap Pembentukan Tingkah Laku Remaja Perempuan Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Koay Ting Yin, Siti Hilmiah Yahya, Dr. Ismail Maakip, Dr. Peter Voo, Baharudin Mohd Arus & Dr. Sharon Kwan
ABSTRAK TANPA KERTAS KERJA PENUH
Kecerdasan Emosi, Kesejahteraan Psikologi Dan Burnout Kaunselor Sekolah Menengah Di Malaysia Maslina Binti Idris & Dr. Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Yoga Dan Kesan Positif Terhadap Kesihatan Wanita Mohd Fazreen Musin & Masley Yahya
SESI SELARI 2 25 Oktober 2018
Masa: 3.00pm-4.00pm
Bilik: Bilik Latihan Tingkat 3
Pengerusi Sesi Selari : Dr. Jurry Foo
ABSTRAK TANPA KERTAS KERJA PENUH
Keperkasaan Usahawan Wanita Mengoptimumkan Sumber Tumbuhan Semulajadi Dalam Industri Makanan Tempatan Dr. Jurry Foo
Early Intervention For Children With Disabilities In Malaysia Dr. Nur Farhana Ardillah Aftar
Pemaparan Berita Jenayah Melibatkan Wanita Di Muka Hadapan Akhbar Terpilih Di Sabah Nur Suriana Shaifoddin, Cyril Modili, Nurhuda Salleh, Aisah Hossin & Mohd Hanafi Jumrah
Meningkatkan Pencapaian Akademik Pelajar: Pembangunan Modul Terapi Biofeedback Untuk Kaunselor Nurul Fatiha Firdaus Binti Roslan
Wanita Bekerjaya Dan Perubahan Peranan: Antara Fitrah Dan Keinginan Siti Aisyah Binti Mat Saad & Dr. Musirin Mosin
Organizational Stressor Of Responsibilities And Burden Among Higher Education Deans: An Exploratory Multiple Case Study Dr. Alfred Chan Huan Zhi
Hubungan Personaliti Dengan Pengurusan Konflik Guru Di Sekolah Menengah Nuradieana Afiza Binti Abd Hamid, Dg. Dr. Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli, & Prof. Madya Dr. Muhamad Suhaimi Taat
goo.gl/Apu9Us
PESERTA BOLEH MUAT TURUN E-PROSIDING DAN BUKU
PROGRAM DI PAUTAN BERIKUT:
Penghargaan
Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)
Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA)
Jawatankuasa Sosial, MPWS
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS
Unit Penyelidikan Psikologi dan
Kesihatan Sosial, UMS
dan
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Simposium Wanita dan
Kesejahteraan Insan 2018
Penasihat YBhg Datuk Dr Hajah Tarsiah TZ Taman Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS)
Pengerusi Dr. Muhammad Idris bin Bullare @ Hj. Bahari Pengerusi Jawatankuasa Sosial, MPWS
Setiausaha Cik Nur Shamimi Khalisah binti Jamil (JHEWA)
Timbalan Setiausaha Cik Resti binti Yuasri (UMS)
AJK Kertas Kerja & Pendokumentasian
Dr Christina Andin (Ketua) (UMS) Dr Muhammad Idris bin Bullare @ Hj. Bahari (UMS) Dr Laila Wati Madlan @ Endalan (UMS) Dr Alfred Chan Huan Zhi (UMS) Cik Wanda Kiyah Ak George Albert (UMS)
AJK Teks Ucapan Puan Dayang Siti Rohani (JK Sosial, MPWS) Dr. Laila Wati Madlan @ Endalan (UMS) Cik Nurfatihah binti Syed Ali (UMS)
AJK Protokol Dr Hjh Ananglangka Mad Kassim (JK Sosial, MPWS) Puan Luvita Koisun (JK Sosial, MPWS) Puan Hajah Mariam Omar (JK Sosial, MPWS) Puan Nur Farhana Lee Mohd Zulkiflee Lee (JK Sosial, MPWS)
AJK Pendaftaran Cik Nur Shamimi Khalisah binti Jamil (JHEWA) Puan Andriana Singong (UMS) Cik Nurain Yusop (UMS)
AJK Cenderahati dan Sijil Cik Dayang Muhaini Sulaiman (JHEWA) Puan Jalimah Yusof (UMS) Puan Khatijah Fikiran (UMS)
AJK Publisiti Puan Ramlah Sahril (UMS) En. Michael Undi (UMS)
AJK Buku Program Dr Alfred Chan Huan Zhi (UMS) En. Adam Mujat (UMS)
AJK Teknikal dan Logistik En. Mohd Rizal Rastaon (JHEWA) En. Adeymend Reny Japil (UMS) Cik Mahirah Masdin (UMS) Cik Atiqah Yusuff (UMS) En. Mohammad Afdhal (UMS) Cik Delvaevonnie Delicious (UMS) En. Mohamad Faheem bin Mohd. Dahlan (UMS) En. Kenson Rubanjar (UMS) Cik. Ruvina Indran (UMS) En. Musa Usop (UMS)
Pengacara Majlis Puan Idriza Idris (JHEWA)
Pembaca Doa En. Azwan Azman (JHEWA)
JAWATANKUASA SIMPOSIUM WANITA DAN KESEJAHTERAAN INSAN 2018 (SWKI 2018)