Download - Vitamin Kejayaan
PENAFIAN PENULISAN
Penulis (merangkap penerbit) telah sedaya upaya memastikan ebook ringkas
“Vitamin Kejayaan” ini mengandungi kandungan maklumat yang bermanfaat dan
berautoriti, besesuaian dengan tujuan asal penulis.
Penulis ebook ini tidak boleh dianggap memberikan professional seperti
konsultasi, perundangan mahupun perakaunan kepada para pembaca. Sila
dapatkan khidmat ahli professional yang bertauliah sekiranya anda memerlukan
segala bantuan dan pakar dalam bidang berkaitan.
Harus diingatkan, penerangan yang diberikan dalam ebook ini berdasarkan
pengalaman penulis sendiri. Penulis sama sekali TIDAK AKAN
bertanggungjawab atas sebarang masalah / kesilapan / kesalahan maklumat,
atau risiko (peribadi atau tidak) yang berlaku semasa mengaplikasikan ebook ini.
Tanggungjawab dan risiko adalah terletak pada diri anda sendiri selepas
membaca ebook ini.
HAK DAN HAKCIPTA Hakcipta Vitamin Kejayaan © terpelihara.
HAK ANDA SEBAGAI PEMBACA EBOOK “Vitamin Kejayaan”:
[BOLEH] dicetak untuk kegunaan sendiri
[BOLEH] dikongsikan mana-mana tips kepada yang memerlukan
[BOLEH] dijadikan bonus, sekiranya dirasakan perlu
[TIDAK BOLEH] mengubah segala isi kandungan atas apa tujuan tanpa izin
[TIDAK BOLEH] dilelong pada mana-mana platform jualan seperti E-Bay
Mukasurat 1 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
PENGHARGAAN
Saya dedikasikan ebook ringkas Vitamin Kejayaan ini kepada semua IM
Malaysia, terutamanya:
Mohd Amirol : http://mohdamirol.com
Smartzul : http://blog.smartusaha.com
Jebat : http://mesrainternet.com/blog
Shamsuriyadi : http://www.shamsuriyadi.com
Labanon : http://flarebiz.com
dan para pembaca yang mengenali saya. Vitamin Kejayaan berkisar kepada
sesiapa yang berminat untuk menambahkan pendapatan melalui internet.
Ini adalah ebook versi PERCUMA versi 1.1. (versi asal 1.0) GENRE Motivasi dan Tips Asas
Selamat berkongsi ilmu-Nya.
komenebook
http://komenebook.com
Mukasurat 2 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Pendahuluan Semua orang mempunyai keinginan untuk berjaya. Namun, kejayaan tidak akan
datang bergolek, tidak akan jatuh ke riba...dan tidak akan muncul dengan begitu
sahaja. Walaupun memang setiap manusia itu telah ditakdirkan ajal, rezeki dan
jodohnya, namun, sebagai hamba-Nya yang lemah, kita tetap wajib untuk
berusaha.
Sebenarnya, jika anda seorang yang suka membaca buku-buku yang berkait
dengan motivasi, anda akan temui berpuluh-puluh cara (malah lebih dari itu)
untuk mencapai kejayaan dan kekayaan melalui internet. Tujuh (7) tips yang
saya berikan ini hanyalah hasil dari pengalaman, perkongsian maklumat, kajian
dan pembacaan saya yang tak seberapa. Ilmu Allah amat luas, tak terjangkau
untuk kita kuasai semuanya.
Paling baik, amalkan setakat tahap penerimaan anda. Jangan hilang fokus dan
nak buat semua benda. Berikut saya kongsikan sedikit yang saya dapat untuk
pengetahuan anda semua...buat pembaca yang budiman.
Penerbit : Komenebook
Pengarang : Komenebook
Blog rasmi : http://komenebook.com
Email : [email protected]
Mukasurat 3 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Pertama: Re-engineering Re-engineering secara mudahnya bermaksud penyusunan yang bermatlamat
sama ada dari objektif, masa atau tenaga secara sistematik. Katakan, anda
mahu memulakan perniagaan, anda seharusnya membeli buku panduan yang
berkaitan, atau bertanyakan kepada yang pakar.
Sebagai contoh, saya boleh tunjukkan panduan untuk memulakan bisnes secara
kecil-kecilan di internet. Untuk memasarkan produk internet, anda haruslah:
1. Buat (merekacipta) satu atau dua produk
2. Cipta laman web
3. Kaedah penerimaan pembayaran
4. Mula menjual produk & buat sistem affiliate
5. Duit masuk dan terus masuk.....
Tapi semudah itu ke? Jika semudah itu, dah tentu kita dah sama-sama menjadi
kaya raya kan? Itu hanyalah tips asas kawan! Jika anda tidak tanya pada pakar
sekalipun, itu langkah paling asas yang perlu anda tahu.
Apa yang saya maksudkan, perancangan dengan teliti dan tersusun perlu dibuat
sebelum memulakan sesuatu. Pelajari perkara asas yang berkait dengan industri
yang bakal anda ceburi. Fokus dan buang jauh-jauh rasa malu untuk belajar.
Biar bodoh dalam belajar, jangan bodoh dalam tindakan.
Saya masih ingat kata-kata dari kawan baik saya,
“biar buat dengan lambat dan terancang asal hasil
masuk; dari buat cepat tapi tak dapat apa-apa”.
Mukasurat 4 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Kedua : Initiative Anda semestinya mempunyai keinginan untuk membuat sesuat tanpa terlalu
mengharapkan pertolongan. Walaupun anda diberi kemudahan seperti “online
support”, “forum support”, cuba elakkan dari terlalu berharap kepada bantuan
mereka.
Maksud saya, jangan sekadar nak “bertongkat” 100%. Manusia telah diberikan
keistimewaan akal yang cukup tinggi. Baca mana-mana yang perlu, rajin buat
latihan, belajar dari kesilapan. Bila dah cuba berkali-kali, tetapi tak berjaya diselesaikan, baru bertanya.
Saya pernah membeli ebook yang berkait dengan forex dan berguru dengan
beliau secara jarak jauh. Setiap kali saya membuat latihan trading, saya akan
baca panduan yang diberikan, ulang baca lagi sekali, selesaikan dulu apa yang
saya tidak faham, berdasarkan panduan yang telah diberikan.
Bila tak faham sangat, dengan besertakan contoh yang pernah saya buat, saya
kemukakan soalan kepada pihak beliau. Apa yang menggembirakan, beliau
memberikan respon yang positif dan menggalakkan saya lebih berusaha.
(walaupun secara hakikatnya, saya kurang berminat dengan industri forex)
Saya ingin berkongsi satu rahsia kepada anda dan ini pernah terjadi kepada
saya. Jika anda seorang yang sabar dan berusaha, rajin buat latihan dan
mempunyai matlamat yang jelas; walau sesusah mana masalah anda, seorang
guru (atau pakar) pun akan berlembut hati untuk membantu anda kerana dia
akan nampak keikhlasan anda, walaupun anda tidak pernah bertemu dengan
guru (atau pakar) tersebut..
Mukasurat 5 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Sekadar ingin berkongsi:
Saya banyak mempelajari tentang asas html melalui W3Schools Online Web
Tutorials (http://www.w3schools.com/), disamping saya membeli beberapa buah
buku berkait dengan html di kedai-kedai buku terpilih.
APA YANG MENARIK TENTANG W3SCHOOLS?
• Satu laman web yang mengandungi pelbagai maklumat pengatucaraan
asas, pembinaan laman web berasaskan dari bahasa pengaturcaraan
paling mudah (html, css) hingga ke peringkat tertinggi (java, SOAP, dsb).
Mukasurat 6 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
• Pada ruangan html editor, anda boleh mengubah sebarang kod html yang
anda ingin tulis, dan terus boleh paste pada sebarang laman web atau
weblog yang ada suka! Jadi, tunggu apa lagi..Jika saya yang asalnya tak tahu, tak pandai boleh buat, tentu anda pun boleh buat ☺
Mukasurat 7 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Ketiga: Study dan Focus Ini yang paling ramai kurang suka, paling kurang popular. B.E.L.A.J.A.R dan
F.O.K.U.S..Kebanyakan newbie gagal mencontohi para “otai” yang telah lama
berada dalam alam siber ini. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan mereka
mereka mempunyai dua sifat ini, beserta keinginan yang tinggi untuk belajar
menghasilkan produk-produk yang baru, produk yang memberi manfaat.
Jangan terkejut jika saya berani mengatakan, ramai newbie yang banyak
mengabiskan masa dengan sia-sia kerana menganggap proses belajar dan
fokus ini satu proses yang membosankan. Malah, ada yang mengambil mudah
perkara ini. Ada juga yang mencebik, “la...tu je ker yang dia nak ajar..aku pun
tahu kalo dia tak ajor benda tu...”.
Perasaan ini lahir kerana mereka merasakan diri mereka adalah sempurna dan
pandai. Ingatlah pesan saya ini, orang lain akan merasa kagum dan
menghormati anda sekiranya anda menghargai ilmu yang dicurahkan,
menghargai nasihat orang, tidak jemu-jemu mencari ilmu walaupun anda
memang ditakdirkan Allah menjadi pakar tanpa banyak belajar.
Malah, semakin anda ikhlas berkongsi ilmu, semakin bertambah kepandaian
anda, dan semakin bertambahlah kepercayaan orang ramai pada anda. Anda
akan lebih dikenali, secara tidak langsung, orang tidak akan ragu-ragu terhadap
nasihat atau apa-apa produk keluaran anda.
Fokus yang mantap juga sangat penting kerana ia akan mengelakkan anda dari
terkena satu penyakit yang berbahaya dari alam siber. Penyakit ini dikenali
sebagai “overloaded Information” (Limpahan Maklumat). Penyakit ini berlaku
kerana hilangnya tahap fokus pada sesuatu.
Mukasurat 8 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Bila kena penyakit ini, peluang untuk “baik” agak lambat berbanding mereka
yang memang fokus dan mempunyai niat / azam yang utuh.
Sebagai contoh, anda mempunyai 3 orang kawan. Anda dapati kenalan A anda
berjaya dalam program affiliate, anda juga nak sertai affiliate. Tengah-tengah
syok belajar affiliate, anda dapati kenalan B anda berjaya dapat cek USD 200
lebih dari program google adsense. Anda pun dah terpengaruh dengan program
kenalan B anda, dan fokus anda terhadap program affiliate dah semakin kendur.
Tak lama selepas itu, kawan C anda pula berjaya dalam penternakan cendawan.
Bulan-bulan dia dapat paling sedikit RM5000. Jadi, anda pun dah tinggalkan
program adsense dan affiliate untuk belajar tanam cendawan.
Dapatkah anda faham kesimpulan dari cerita di atas?
“studi dan fokus sangat penting untuk
mencapai kejayaan!”
Mukasurat 9 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Keempat: Inspiration Siapakah yang menjadi inspirasi anda untuk menceburi bidang perniagaan
internet? Pesaing, keluarga, kawan atau kekasih? Anda perlu tahu dari manakah
lahirnya inspirasi tersebut.
Sebagai contoh, weblog komenebook.com hasil dari pembacaan ebook dan
berdasarkan pengalaman saya dalam pelbagai bidang. Bagaimana pula dengan
anda? Saya percaya, tentu anda mempunyai sumber inspirasi yang lebih baik
dari saya.
Atau, mungkin anda mendapat sedikit inspirasi dari kejayaan usahawan-
usahawan muda seperti Dr. Irfan Khairi, Saifulsham, Shamsuriadi, Zulfadli
(Smartzul), Munawwar, Hafiz Latib, Mohd Amirol, Irwan Dahnil dalam
menghasilkan produk-produk ebook yang memberi manfaat.
Mukasurat 10 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Kelima: Knowlege Utilization Maksimakan Pengetahuan. Sebenarnya, di dunia yang sementara ini banyak
pengetahuan yang tidak terbatas. Semua orang maklum, dan saya sendiri
dengan rasa rendah diri mengakui setiap orang mempunyai kelebihan dan skill
masing-masing dalam bidang tertentu.
Namun, sejauh manakah pengetahuan atau knowledge itu dapat dicipta ke arah
yang lebih baik dan bermanfaat? Sejauh mana kita memaksimakan pengetahuan
tersebut? Sebagai contoh, maukah anda berkongsi maklumat yang ada dengan
percuma? Jika diberi percuma, adakah anda pasti ada insan lain yang akan menghargainya?
Saya pernah menemubual seorang MLM yang amat berjaya. Beliau merupakan
bekas akauntan di sebuah syarikat yang bertaraf multinasional. Sewaktu
berkongsi cerita, saya terkejut kerana dia pernah memberikan sampel percuma
dengan harga RM 1. Jauh dalam benak kepala saya, timbul rasa hairan. Saya
dengan rasa ingin tahu, bertanyakan beliau, kenapa sampel dengan harga RM 1.
Dengan penuh yakin, dia menjawab, kebanyakan orang dapat produk sampel
(dengan percuma), ramai yang tidak menghargai. Jika mereka dikenakan sedikit
bayaran, barulah mereka merasakan produk tersebut mempunyai nilai! Masuk
akal juga kata-kata beliau!
Mukasurat 11 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Keenam: Observation Permerhatian amatlah penting dalam menceburi perniagaan internet. Kenali jenis
– jenis perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan. Pastikan perniagaan
itu sah dan halal. Jangan sesekali membuka apa jua bentuk perniagaan internet
yang berbentuk penipuan dan melanggar undang-undang.
Namun, jangan terlalu lama dalam proses ini kerana masa terus berjalan dan ia
tidak akan berhenti. Kita yang mengejar masa, bukan masa yang mengejar kita.
Apa yang saya maksudkan, buatlah pemerhatian beserta penilaian dengan
sebaiknya. Sekiranya ada masalah yang berkaitan, tanya sendiri pakar atau
pembuat produk dan buat catitan. Sebai-baiknya, catit di dalam satu buku khas
atau terus taip sebarang input atau tips yang diperolehi dalam komputer.
Paling penting, jangan tanya kepada jenis yang pura-pura pandai. Lawan rasa
ego anda dengan berani bertanya. Ingat, malu bertanya sesat jalan. Tak rugi
satu sen pun jika bertanya.
Mukasurat 12 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1
Ketujuh: Usaha, Doa dan Tawakkal Apa jua usaha anda, ingatlah kepada Pencipta kita Rabbul Jalil. Dia yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Kita sebagai hamba-Nya yang lemah
seharusnya sentiasa menadah tangan, memohon dan merayu kepada-Nya.
Dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Nya, kita sememangnya digalakkan
untuk meminta apa saja dari-Nya. Adulah sebarang masalah yang dihadapi
kepada-Nya...hatta sekiranya anda mahu mengorat sesiapa yang anda suka!
Kita perlu percaya, Allah sentiasa memperkenankan sebarang permintaan kita,
cuma yang menjadi persoalan adalah lambat atau cepat. Lambat atau cepat pula
bergantung kepada usaha dan amalan kita seharian. Andaikata kita sentiasa
mengerjakan segala suruhan-Nya, meninggalkan segala larangan-Nya, maka
peluang “kecepatan” doa kita dikabulkan adalah tinggi! Semuanya bergantung
kepada sejauh mana hubungan anda dengan-Nya!
Penutup Semoga dengan sedikit panduan dan tips yang diberikan ini dapat membantu
menaikkan motivasi dan semangat newbie untuk terus kejayaan dan menjana
kekayaan melalui intenet. Tiada apa yang mudah dalam dunia ini tanpa usaha!
Ingatlah:
NIAT + USAHA + DOA = TAWAKKAL
komenebook
http://komenebook.com
Mukasurat 13 dari 13
{*PERCUMA*} Vitamin Kejayaan Versi 1.1