WIRELESS FARM MANAGEMENT SYSTEM (WIFARM)
SITI NORJIHAN BINTI RUSIMAN
Laporan dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat-syarat untuk penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2008
iii
Teristimewa buat…
Ibu dan Abi sekeluarga, AlMarhumah Mama dan Papa sekeluarga serta
sahabat-handai yang tidak putus-putus memberikan galakan dan dorongan
serta sokongan
Tidak lupa juga buat mereka-mereka yang terlibat secara langsung mahupun
tidak secara langsung dalam pembangunan projek ini.
Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik kalian…
iv
PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana telah
memberi kekuatan, kesihatan tubuh badan, idea, keupayaan dan dimudahkan jalan
dalam menyiapkan Projek Sarjana ini akhirnya setelah diberi peluang kedua kalinya
walaupun pelbagai dugaan menimpa.
Tidak lupa juga buat keluarga tersayang dan tercinta serta sahabat handai
kerana telah memberikan sokongan dan dorongan.yang tak putus-putus. Setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada penyelia saya
iaitu, Dr. Asri bin Mohd Ngadi yang banyak memberi tunjuk ajar dan komen positif
dalam bahagian teknikal dan En. Md Mohar bin Muhammad yang memberikan
inspirasi dan dorongan dalam menjadikan projek ini boleh dipasarkan. Mereka telah
banyak membantu sehinggalah projek ini dihasilkan. Jutaan terima kasih juga kepada
mentor saya, En Mohd Zaid bin Md Fazil (Core Allied Sdn Bhd ) dan En
Kamaruzaman bin Jahidin (Aspati Sdn.Bhd) kerana sudi memberikan tunjuk ajar
tentang selok belok dunia perniagaan yang penuh cabaran dan dugaan.
Akhir kata, ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat secara
langsung dan tidak secara langsung dalam pembangunan projek. Semoga Allah
membalas jasa baik kalian semua.
v
ABSTRAK
Malaysia sedang memfokuskan untuk memperkasakan semula sumber
kekayaan barunya iaitu pertanian. Melalui perkembangan sektor ini, suatu sistem
yang dapat menguruskan rekod-rekod dan data adalah amat penting bagi
melancarkan tugas mengurus. Justeru, Wireless Farm Management System (WiFarm)
telah dibangunkan bertumpu kepada pengurusan sistem di ladang ternakan lembu
dan ternakan kambing. Melalui sistem ini, sesebuah ladang dapat diuruskan hanya di
hujung jari dan sistem juga membantu meminimakan penggunaan fail dan rekod
kertas. Ladang ternakan juga dapat mengimplemenkan ciri-ciri Amalan Baik
Penternakan yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Melalui
pengurusan yang teratur, rekod dapat disemak dengan mudah dan membantu
mengurangkan kesilapan dan mengurangkan tenaga kerja. Pembangunan sistem
WiFarm menggunakan Rational Unified Process (RUP) sebagai metodologi sistem.
Sistem mampu memudahkan pengusaha ladang ternak dalam menguruskan aktiviti-
aktiviti dan rekod-rekod seharian.
vi
ABSTRACT
Malaysia is focusing to enhanced new source of wealth, which is agriculture.
Through the development of this sector, a system to manage record and data is
important to smoothen the management process. Therefore, Wireless Farm
Management System focuses on the management system on the cattle and sheep
livestock farm. This system allows farm management by the fingertips and also using
paperless concept. Livestock farm can also implement Good Animal Husbandry
Practices that accredited from the Department of Veterinary. With a right
management, record can be easily checked, and help to reduce mistake and
workforce. Wifarm system development is using Rational Unified Process as system
methodology. System can allow the livestock farmer in order to manage daily
activity and record
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI ISTILAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Matlamat 5
1.5 Objektif Projek 6
1.6 Skop Projek 6
1.7 Ringkasan 7
viii
2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 8
2.2 Kajian Sistem Pengurusan Ladang Ternakan
di Malaysia
2.2.1 Ladang Integrasi 9
2.2.1.1 Pengenalan 9
2.2.1.2 konsep PINTAR 9
2.2.2 Ladang Fidlot 12
2.2.2.1 Pengenalan 12
2.2.2.2 Sistem Fidlot 13
2.2.2.3 Kawasan Fidlot 13
2.3 Kajian Sistem Semasa 15
2.3.1 Cadangan sistem baru 17
2.4 Teknik-teknik dan Analisis Peralatan 16
2.4.1 Peralatan-peralatan 17
2.4.1.1 Microsoft visual studio 2005 18
2.4.1.2 Pangkalan data 18
2.5 Ringkasan 19
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 20
3.2 Metodologi Projek 20
3.2.1 Metodologi RUP 21
3.2.2 Fasa-fasa metodologi RUP 23
3.2.2.1 Fasa Permulaan 23
3.2.2.2 FasaPenghuraian 28
3.2.2.3 Fasa Pembangunan 29
3.2.2.4 Fasa Peralihan 29
3.3 Justifikasi Metodologi 29
ix
3.4 Justifikasi UML 30
3.5 Analisa Keperluan Sistem 31
3.5.1 Justifikasi Perkakasan 31
3.5.2 Justifikasi Perisian 33
3.6 Perancangan Kerja 33
3.7 Ringkasan 33
4 ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan 35
4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 36
4.3 Rekabentuk Pangkalan Data 36
4.4 Model Data dan Proses Sistem Semasa 38
4.4.1 Rajah Kes Guna 38
4.4.1.1 Penerangan Kes Guna
(Use Case Diagram) 39
4.4.2 Rajah Jujukan 40
4.4.3 Rajah Aktiviti 40
4.4.4 Rajah Kelas 41
4.5 Rekabentuk Antaramuka 42
4.6 Ringkasan 44
5 RANCANGAN PERNIAGAAN
5.2 Ringkasan Eksekutif 45
5.2 Perniagaan 46
5.2.1 Peluang 46
5.2.2 Penyelesaian Masalah 50
5.2.3 Perniagaan dan Produk 51
5.2.3.1 Produk 51
x
5.2.3.2 Penerangan Produk 52
5.2.4 Kelebihan Persaingan 55
5.2.4.1 Penerangan Bisnes Model 55
5.2.4.2 Ketahanan Kelebihan Persaingan 55
5.2.5 Status Semasa dan Keperluan-Keperluan 56
5.3 Kumpulan Pengurusan 57
5.3.1 Pengalaman Pengurusan 58
5.3.2 Penasihat: Sumber Konsultansi
& Sokongan Professional 59
5.4 Rancangan Kewangan 60
5.5 Analysis Industri 62
5.5.1 Tren Industri 62
5.5.2 Saiz Industri 64
5.5.3 Daya Tarikan Industri 65
5.5.4 Ramalan Industri 65
5.5.5 Sasaran Pasaran 65
5.5.6 Kedudukan Kompetitif Antara Sasaran
Pasaran 66
5.5.6.1 Analisis Pesaing 66
5.4.6.2 Strategi Kompetitif 69
5.6 Perancangan Pasaran 70
5.6.1 Kebolehterimaan Produk & Strategi 70
5.6.2 Strategi Memasuki Pasaran 70
5.6.3 Strategi Harga 71
5.6.4 Saluran-saluran Pengagihan 71
5.6.5 Promosi & Pengiklanan 72
5.7 Pembangunan Jangka Masa Panjang dan Perancangan
Akan Datang 73
5.7.1 Matlamat 73
5.7.2 Strategi-strategi 73
5.7.3 Milestones 74
5.7.4 Penilaian Risko 74
5.8 Perancangan Keluar 74
xi
5.8 Ringkasan 75
6 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
6.0 Pencapaian 76
6.1 Kekangan dan Cabaran 76
6.3 Ringkasan 77
RUJUKAN 78
LAMPIRAN 80-151
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Perbandingan Produk Tempatan Dan Luar Negeri 16
3.1 Justifikasi Perkakasan 32
3.2 Justifikasi Perisian 33
3.1 Spesifikasi Perkakasan 42
3.2 Justifikasi Perkakasan 32
4.1 Belian(belian ternakan) 37
4.2 Berat(berat ternakan) 37
4.3 Penerangan Aktor 39
4.4 Penerangan Kes Guna untuk Kerani 39
4.5 Penerangan Kes Guna untuk Admin 40
5.1 Cadangan ternakan lembu pedaging mengikut daerah 48
5.2 Sasaran Pengeluaran Daging(Sumber: Jabatan
Perkhidmatan Haiwan) 49
5.3 Modul-modul Wifarm 54
5.4 Perancangan Sistem Wifarm 56
5.5 Struktur Organisasi 57
5.6 Analisis SWOT 69
xiii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Petikan artikel dari New Straits Times, 11 Disember 2006 4
1.2 Petikan artikel dari Nota Niaga, 29 Jan 2007 4
1.3 Petikan artikel dari New Straits Times, 11 Disember 2006 4
1.4 Petikan artikel dari New Straits Times, 11 Disember 2006 5
2.1 Ternakan Lembu di kawasan pokok kelapa sawit 10
2.2 Aliran penternakan dalam system integrasi 11
2.3 Contoh rajah pusingan petak ragutan 11
2.4 Ternakan Lembu di dalam Kandang/Fidlot 14
2.5 Lembu-lembu yang dipilih untuk peternakan fidlot perlu
dipastikan sihat 14
2.6 Sistem Pemasaran Lembu / Kambing / Bebiri 15
3.1 Struktur Rational Unified Process (RUP) dalam 2 Dimensi 22
3.2 Kandang lembu fidlot dari sisi tepi 23
3.3 Keadaan kandang lembu fidlot dari dalam 24
3.4 Pemilik kandang lembu fidlot 24
3.5 Wayar elektrik dipasang bagi mengelak lembu keluar
kawasan di ladang integrasi 25
3.6 Sekumpulan lembu dibiar meragut lepas dalam kawasan
ladang integrasi 25
3.7 Bentuk kandang kambing dari sisi depan 26
3.8 Kambing Berbaka Boer untuk dijual 27
3.9 Rumput gajah ditanam untuk dijadikan makanan kambing
dan lembu 27
4.1 Rekabentuk Senibina Sistem 36
4.2 Kes Guna Untuk Kerani - 38
xiv
4.3 Kes Guna Untuk Admin 39
4.4 Gambarajah aktiviti bagi simpan rekod Staf 41
4.5 Antaramuka Sistem 42
4.6 Antaramuka Rekod Ternakan 43
4.7 Antaramuka Rekod Pekerja 43
5.1 Petikan artikel dari Utusan Malaysia, 27 Julai 2005 47
5.2 Petikan artikel dari New Straits Times, 11 Disember 2006 48
5.3 Aliran pengeluaran dan permintaan daging kambing
( sumber dari FAMA,17 Jun 2007 ) 49
5.4 Aliran pengeluaran dan permintaan daging lembu( sumber dari
FAMA, 17 Jun 2007) 50
5.5 Rekabentuk Sistem 52
5.6 Kaedah Lama 53
5.7 Pengalaman Pengurusan 58
5.8 Ramalan Sasaran Jualan 3 Tahun 60
5.9 Ramalan Sasaran Untung / Rugi Untuk 3 Tahun 61
5.10 Titik Pulang Modal 61
5.11 Kelompok-Kelompok Penternakan Haiwan 63
5.12 Bilangan penternak kambing mengikut skala penternakan 66
5.13 Sistem Wifish 67
5.14 Sistem CattleMax 2006 68
xv
SENARAI ISTILAH
Aktor - actor
Carta Gantt - gantt chart
Kes Guna - use case
Pelanggan - customer
Rajah Jujukan - sequence diagram
Rajah Aktiviti - activity diagram
Atas Talian - online
Sistem Pengurusan Ladang - WiFarm
Salinan backup
Tepat pada masanya market timing
xvi
SENARAI SINGKATAN
GAHP - Good Animal Hausbandry Practices
SD - Secure Digital
JPH - Jabatan Perkhidmatan Haiwan
GAP - Good Animal Practices
RMK9 - Rancangan Malaysia Ke 9
QAP - Quality Assurance Program
WIFISH Web Application System for Fish Landing Data
Collection Using Wireless Mobile Device
LKIM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
SWOT - Strength Weakness Opportunity Threat
IT - Information Technology
CREST - Crop Establishment
FAMA - Federal Agriculture Marketing Authority
SME - Small Medium Enterprise
NCER Northern Corridor Economic Region
SALT Skim Akreditasi Ladang Ternakan
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta Gantt 106
B Rekabentuk Pangkalan Data 109
C Rajah Jujukan 114
D Rajah Kelas 120
E Borang Salt 122
F GAHP Ladang Fidlot 123
G GAHP Ladang Integrasi 129
H Interview Pegawai JPH 138
I Interview Penternak 154
J Pengurusan Kewangan Terperinci 161
BAB 1
Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Dalam dunia moden kini, kebanyakan penternak-penternak di negara-negara
maju seperti di Amerika, Netherland, dan Australia telah mengimplementasikan satu
sistem pengurusan ladang yang cekap. Tambahan pula, kesemua penternak-
penternak di sana mempunyai kesedaran yang tinggi dalam penggunaan teknologi
baru dan mematuhi keperluan piawai antarabangsa seperti Amalan Baik Penternakan
(GAHP), Amalan Baik Pertanian (GAP) dan sebagainya. Oleh sebab itu, hasil
pengeluaran sektor pertanian dalam skala besar dan mampu membekalkan keperluan
kepada penduduk tempatan dan seterusnya menjadi pengeksport terbesar hasil
pertanian di dunia. Jadi tidak hairanlah golongan penternak di sana adalah terdiri
daripada golongan yang berada dan dihormati.
Tujuan sistem pengurusan ladang ini adalah untuk meningkatkan kemahiran-
kemahiran di kalangan penternak dalam pertanian dan kewangan. Di samping dapat
mewujudkan dan memberi kesedaran betapa pentingnya penggunaan teknologi baru
serta mematuhi piawaian antarabangsa dalam bidang penternakan seperti Amalan
Baik Penternakan (GAHP).
2
1.2 Latarbelakang Masalah
Masalah utama kebanyakan penternak lembu dan kambing adalah bagaimana
mereka dapat menguruskan ladang mereka dengan lebih efisyen dan sistematik untuk
menghasilkan bekalan daging berskala besar bagi memenuhi permintaan penduduk
tempatan terutamanya. Seterusnya dapat mengurangkan pengimportan bekalan
ternakan dan juga produk ternakan. Beberapa masalah telah dikenalpasti seperti di
bawah:
i. Kebanyakan penternak tempatan mengamalkan kaedah ternakan
tradisional
ii. Penternak-penternak ternakan kurang mempunyai kesedaran dalam
menguruskan kewangan dan kurang mahir dalam menguruskan ladang
ternakan. Ini dibuat selepas sesi temubual dan lawatan ke tapak
kandang ternakan lembu dan kambing penternak.
iii. Penternak-penternak ternakan tidak mempunyai cara yang berkesan
dalam merekodkan data dan mengakibatkan kerja-kerja pengumpulan
data lambat dilakukan oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan
(JPH).
iv. Penternak-penternak ternakan menghadapi masalah untuk memohon
pinjaman hanya kerana tiada perekodan maklumat-maklumat penting
ternakan.
v. Kebanyakan penternak tempatan hari ini tidak menghasilkan bekalan
daging berskala besar untuk memenuhi keperluan industri daging
tempatan.
vi. Matlamat Malaysia mahu mengurangkan perlahan-lahan pengambilan
bekalan ternakan luar yang berkos tinggi dan juga produk ternakan
luar.
vii. Kerajaan mahu melahirkan lebih ramai usahawan ternakan
terutamanya dalam ternakan lembu dan kambing.
3
1.2 Penyataan Masalah
Beberapa masalah dan peluang yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
i. Pengurusan ladang yg kurang cekap mengurangkan pengeluaran daging,
mengambil tempoh masa yang lama untuk menternak, dan kurang
mendapatkan untung jualan untuk tempoh tertentu
ii. Permintaan bekalan daging tempatan terutamanya daging lembu yang
semakin bertambah dari tahun ke tahun. Sila rujuk Rajah 1.1
iii. Pengeluaran bekalan daging tempatan yang tidak mencukupi. Sila rujuk
Rajah 1.2.
iv. Kerajaan ingin mengurangkan import baka lembu dari luar negeri kerana
kos yang tinggi. Sila rujuk Rajah 1.3.
v. Tahap kesihatan haiwan ternakan yang kurang memuaskan dan baka yang
kurang
vi. Terdapat kesukaran Pihak jabatan penternakan haiwan mendapatkan
maklumat penternak dan haiwan ternakan terutama untuk semakan data
vii. Pengeluaran daging lembu yang masih kurang kerana terdapat permintaan
yang tinggi, import baka dari luar yang tinggi dan melibatkan kos yang
tinggi. Sila rujuk Rajah 1.4.
viii. Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak dapat membukukan laporan tahunan
pada waktu yang sepatutnya kerana masalah mendapatkan data-data
daripada peladang. Contohnya, buku laporan tahunan pada tahun 2003
penternakan di Johor baru sahaja dapat diterbitkan pada akhir tahun 2006.
Manakala buku laporan tahunan pada tahun 2005 dan 2006 masih dalam
proses pengumpulan maklumat.
4
Rajah 1.1 Petikan artikel dari New Straits Times, 11 Disember 2006
Rajah 1.2 Petikan artikel dari Nota Niaga, 29 Jan 2007
Rajah 1.3 Petikan artikel dari New Straits Times, 11 Disember 2006
Satu laporan mengenai pasaran makanan halal oleh Agriculture and Agri-Food Canada (AAFC) keluaran Jun 2006 menyatakan 14 peratus daripada perbelanjaan makanan oleh pengguna Malaysia
adalah untuk daging.
Laporan itu menyebut daging lembu adalah dua pertiga daripada jumlah daging diimport oleh Malaysia pada 2005, Malaysia
mengimport daging bernilai AS$231 juta (RM809 juta). Enam puluh peratus daripada pengimportan daging adalah dari India
diikuti Australia dan New Zealand.
2004Cattle population (cow/buffalo) 926,188 heads
• Female breeder 339,360 headsCattle for meat production 231,819 heads
meat processed 25,270 tonnesnational meat demand 121,505 tonnes
• Malaysia's population 25.5 million• Self-sufficiency ratio 20.8 per cent
Sources: Depaltmtnl 01 SIDlbllcs or'" V.trrinmy Sttvlc", Depmtmcnl
2075 target• Cattle population (cow/buffalo)• Female breeder
Cattle for meat productionmeat processednational meat demand
Malaysia's population• Self-sufficiency ratio
1,651,827 heads611,414 heads463,686 heads62,347 tonnes
153,573 tonnes30.7 million40.6 per cent
5
Rajah 1.4 Petikan artikel dari New Straits Times, 11 Disember 2006
1.3 Matlamat Projek
Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan sistem yang dapat
membantu penternak-penternak untuk menguruskan ladang mereka dengan lebih
efisyen dan bersistematik secara bergerak dan berkomputer. Selain itu, dapat
memberikan satu panduan, memperbaiki kemahiran-kemahiran teknikal dalam
menguruskan ladang serta memberikan mereka kesedaran untuk menggunakan
teknologi baru dan mengikut piawaian antarabangsa seperti Amalan Baik
Penternakan (GAHP).
6
1.4 Objektif Projek
Objektif-objektif projek adalah seperti di bawah:
i. Membangun sistem aplikasi standalone untuk kegunaan pda dan
komputer atau laptop.
ii. Membangun pegumpulan data melalui peralatan bergerak tanpa wayar
iii. Mengimplementasi ciri-ciri piawaian pertanian antarabangsa seperti
Amalan Baik Penternakan (GAHP) dan Program Jaminan Kualiti
(QAP)
iv. Menghasilkan laporan dalam bentuk format borang Skim Akreditasi
Ladang Ternakan Malaysia (SALT). Sila rujuk lampiran E.
v. Memaparkan graf dalam bentuk harian, mingguan, bulanan dan
tahunan untuk kos operasi dan keuntungan.
1.5 Skop Projek
Berikut adalah skop projek yang telah dikenalpasti:
i. Sistem telah dibangunkan untuk platform sistem operasi windows.
ii. Menggunakan VB.net sebagai bahasa pengaturcaraan.
iii. Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan ladang dan pengurusan
kewangan bagi meningkatkan jualan dan keuntungan.
7
1.6 Ringkasan
Seperti yang kita maklum hari ini, sektor pertanian telah mendapat perhatian
utama dari pihak kerajaan dan media tempatan. Oleh itu, struktur pengurusan
perladangan mestilah dilengkapi dengan sistem automasi yang berbantukan teknologi
maklumat yang mempunyai ciri-ciri Amalan Baik Penternakan (GAHP) dan juga
Program Jaminan Kualiti (QAP). Dengan cara ini, dapat meningkatkan kualiti dan
pengeluaran bekalan daging dan seterusnya dapat meletakkan Malaysia sebaris sama
dengan negara-negara pengeluar daging terbesar dunia seperti Amerika, Kanada dan
lain-lain lagi.
Walau bagaimanapun, komitmen dan kerjasama dari semua pihak termasuk
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor swasta, golongan penternak dan
usahawan penternak amatlah diperlukan bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk
membangunkan industri ini supaya lebih mapan, berdaya maju, produktif serta
kompetitif.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur adalah satu analisis yang kritikal yang berkaitan dengan
pembangunan projek. Dalam bahagian ini, pelbagai literatur yang berkaitan dengan
projek semasa pembelajaran. Ianya terdiri daripada kajian kepada aplikasi yang
hampir sama, teknik-teknik sedia ada atau model semasa yang digunakan dalam
pasaran semasa, proses-proses bisnes yang sama, sistem-sistem yang sama dan
strategi-strategi pembangunan sistem.
2.2 Kajian Sistem Pengurusan Ladang Ternakan di Malaysia
Oleh kerana pembangunan sistem hanya berfokus kepada pengurusan ladang
ternakan lembu dan kambing pedaging maka jenis ladang integrasi dan fidlot untuk
lembu daging. Manakala untuk kambing daging hanya menggunakan cara kandang
biasa.
9
2.2.1 Ladang Integrasi
2.2.1.1 Pengenalan
Ladang integrasi[1] atau PINTAR adalah singkatan kepada Projek Integrasi
Ternakan Ruminan dengan tanaman kekal (getah atau kelapa sawit). la merupakan
satu projek yang sistematik dan wujud setelah melalui beberapa proses seperti yang
diterangkan di dalam konsep PINTAR. Menternak lembu pedaging di dalam ladang
kelapa sawit atau getah yang tidak mengikuti konsep tersebut dan berkeadaan lepas
bebas bukanlah merupakan projek PINTAR yang dimaksudkan. Sistem ladang
integrasi ini mempunyai kod Amalan Baik Penternakan (GAHP) yang digalakkan
penternak untuk implemen. Sila rujuk Lampiran G.
2.2.1.2 Konsep PINTAR
PINTAR adalah merupakan satu bidangusaha berinput rendah (Low Input).
Ternakan lembu pedaging dibawa masuk untuk menggunakan rumpai yang terdapat
dengan banyaknya di dalam sesuatu kawasan ladang. Bermakna jumlah stok yang
dipelihara bergantung kepada kuantiti rumpai yang sedia ada. Sehubungan dengan
perkara ini, apabila kuantiti rumpai berkurangan (apabila sawit atau getah meningkat
tua), stok ternakan perlulah dikurangkan sehingga cukup untuk meragut rumpai yang
ada sahaja. Input lain yang menjadi pelengkap kepada keperluan asas ini hanyalah
ubat-ubatan, garam galian, sumber air, peralatan pengenalan ternakan, kandang yang
sesuai dan sistem pagar elektrik.
Kenyataan di atas juga memberi makna iaitu mana-mana kawasan
perladangan yang tiada berumpai, yang mungkin berpunca daripada aktiviti meracun
rumpai tersebut, tidak boleh atau tidak sesuai untuk dijalankan projek PINTAR.
10
Apabila sumber makanan berkurangan, lazimnya pengusaha terpaksa
memberikan makanan tambahan PKC/PKE atau pelepah sawit yang dirincih, untuk
mencukupkan keperluan makanan. la bukan merupakan sebahagian daripada konsep
PINTAR. Amalan ini akan menjadikan kos pengurusan meningkat.
Satu lagi ciri yang terdapat pada PINTAR ialah sistem ragutan yang
berpusingan mengikut amalan yang telah ditetapkan. Misalnya, kawasan seluas 400
hektar selesai diragut sepenuhnya dalam tempoh 90 hari atau tiga bulan. Ini hanya
boleh dilaksanakan dengan menggunakan sistem pagar elektrik yang efektif.
Dari sudut ekonomi, kita dapati kedua-dua bidangusaha, iaitu bidangusaha
penghasilan sawit dan penternakan lembu pedaging, menjadi lebih cekap dan
menguntungkan (win-win situations), kesan daripada pengoptimaan penggunaan
sumber yang terdapat di dalam kedua-dua bidangusaha tersebut. Sumber-sumber
yang dimaksudkan ialah tanah, tenaga buruh dan kemudahan ladang yang berkaitan,
seperti tangki bertrailer dan jentani. Sila lihat Rajah 2.1 sehingga Rajah 2.3 untuk
melihat sistem ladang integrasi.
Rajah 2.1 Ternakan Lembu di kawasan pokok kelapa sawit
11
Rajah 2.2 Aliran penternakan dalam system integrasi
Rajah 2.3 Contoh rajah pusingan petak ragutan
Kand n·
12
2.2.2 Ladang Fidlot
2.2.2.1 Pengenalan
Fidlot[2] ialah menternak lembu pedaging secara intensif dalam
kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat
badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang
secukupnya dalam tempoh waktu tertentu.
Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk
memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging lembu dengan
mengembeling segala sumber yang terdapat dilokasi berkenaan secara optimum
untuk mendapat keuntungan yang maksimum.
Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Ini
bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan. Market
Timing kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar. Setiap pengusaha
perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalamsetiap projek
beroperasi. Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu
pemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini. Pembaziran makanan juga
boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk kandang yang piawai. Selain itu
juga, penternak digalakkan untuk implement kod Amalan Baik Penternakan dalam
sistem fidlot. Sila rujuk Lampiran F.
2.2.2.2 Sistem Fidlot
Terdapat dua jenis sistem fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia iaitu
seperti di sebelah :
13
i. Sekali masuk dan sekali keluar
Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam satu masa
sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran. Selepas
semuanya habis dijual, barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan
ternakan berikutnya.
i. Masuk-keluar berterusan
Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat
mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap
kumpulan. Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan
(dijual) secara berterusan.
2.2.2.3 Kawasan Fidlot
Kawasan untuk fidlot mestilah mempunyai ciri-ciri dibawah seperti :
i. Cukup ruangan untuk kandang iaitu 3meter persegi(lebih kurang 30
kaki persegi untuk seekor lembu)
ii. Mempunyai jalan keluarmempunyai jalan keluar masuk yang baik
iii. Mudah mendapatkan makanan temakan.
iv. Mudah mendapatkan air bersih untuk minuman dan membasuh
kandang.
v. Mempunyai saliran yang baik supaya tidak mencemar alam sekitar.
vi. Jauh dari rumah kediarnan, supaya bau kandang tidak mengganggu
orang ramai.
vii. Hampir dengan tempat menjual lembu dan pasar menjual daging
14
Rajah 2.4 Ternakan Lembu di dalam Kandang/Fidlot
Rajah 2.5 Lembu-lembu yang dipilih untuk peternakan fidlot perlu
dipastikan sihat
15
Rajah 2.6 Sistem Pemasaran Lembu / Kambing / Bebiri
2.3 Kajian Sistem Semasa
Daripada analisis yang telah dibuat kepada aplikasi sistem semasa, ciri-ciri
dan kelemahan-kelemahan produk telah dikenalpasti. Sila rujuk Jadual 2.1 untuk
melihat perbandingan produk tempatan dan produk dari luar secara ringkasnya.
16
Jadual 2.1 Perbandingan Produk Tempatan Dan Luar Negeri
Produk Pemilik Ciri-ciri Produk Kelemahan
MBA’s farm
management
system (produk
tempatan)
MBA Farm Sdn
Bhd.(ladang
lembu fidlot
persendirian)
rekod data yang
ringkas
Beberapa rekod data
ternakan
menggunakan
microsoft office
excel
CREST-crop
establishment
(produk tempatan)
MARDI Sistem bantuan
keputusan untuk
menentukan
kesuburan tanah
padi
Hanya menyediakan
sistem yang boleh
digunakan untuk
platform pda atau
poket pc.
WiFish[3]
(produk tempatan)
UPM, penyelidik
Terengganu
Rekod data ikan
secara bergerak
menggunakan pda
Berfungsi hanya
dalam rangkaian
internet.
CattleMax 2006
[4] (produk luar
negara)
CattleSoft Inc,
Texas
- Simpanan rekod
lama yang lengkap
untuk kesemua
ternakan.
- Komprehensif dan
senang
menggunakan
laporan
-Menyokong
pembaca EID
-kebolehjejak
sumber dan
mempunyai ciri-ciri
penentusahkan.
Tidak semua fungsi
menyokong
sepenuhnya cara
pengurusan ternakan
tempatan.
17
2.3.1 Cadangan Sistem Baru
Sistem WiFarm adalah aplikasi sistem standalone yang boleh digunakan pada
komputer peribadi mahupun laptop. Dengan penggunaan laptop membolehkan
penternak bebas berjalan dan bergerak di samping membuat kerja-kerja semakan
dalam kandang ternakan tanpa membawa kertas atau borang manual. Penternak-
penternak juga boleh merekodkan data di mana sahaja dan pada bila-bila masa saja.
2.4 Teknik-teknik dan Analisis Peralatan
Di bahagian ini, semua teknik-teknik, peralatan-peralatan dan teknologi yang
telah digunakan akan dibincangkan sepenuhnya.
2.4.1 Peralatan-peralatan
2.4.1.1 Microsoft Visual Studio 2005 Standard Edition
Microsoft Visual Studio 2005[5] adalah pakej yang lengkap kerana boleh
kompil dan boleh access ke pangkalan data. Perisian ini hanya boleh menyokong
sistem operasi berasaskan window yang dicipta oleh Microsoft. Sistem Wifarm telah
menggunakan Microsoft Visual Studio 2005 untuk membangunkan aplikasi system
standalone untuk kegunaan komputer dan laptop.
18
2.4.1.2 Pangkalan Data
Pangkalan data adalah penting untuk menyimpan data-data yang penting
dalam satu organisasi.
i. Microsoft Sql Server 2005
Projek ini telah menggunakan edisi SQL server 2005[6][7] yang terkini
sebagai sistem pangkalan data untuk aplikasi standalone Wifarm. Ini adalah kerana
SQL Server 2005 mampu memproses dan menguruskan data dengan lebih efisyen.
Selain itu, ia juga boleh menyokong pada sebarang tambahan dan kemaskini
peraturan-peraturan pangkalan pengetahuan. Tambahan pula, tiada had limit kepada
bilangan data yang dimasukkan oleh pentadbir sistem.
Microsoft Sql Server adalah system pengurusan pangkalan data hubungan is a
yang dicipta oleh Microsoft. Bahasa utamanya menggunakan Transact-SQL, satu
implementasi dari ANSI/ISO piawai Structured Query Language yang mana
digunakan oleh Microsoft dan Sybase. Serbver SQL selalunya digunapakai untuk
tujuan perniagaan untuk pangkalan data bersaiz kecil hingga bersaiz sederhana, tetapi
kini ia mampu menyokong sehingga bersaiz besar.
Ciri-ciri terbaru dalam produk Microsoft Sql Server 2005 yang terkini adalah
ia boleh diintegrasikan ke rangka kerja Microsoft .NET Framework. Intgrasi antara
.NET CLR dan Microsoft SQL Server 2005 membolehkan pembangunan tatacara
simpanan, user defined functions, triggers, aggregates and user defined types using
any of the modern object oriented .NET languages like VB.NET and C#.
19
2.5 Ringkasan
Secara keseluruhannya, bab ini telah menganalisis latar belakang masalah
dalam mengimplementasikan sistem pengurusan ladang yang efisyen di kalangan
penternak. Selepas membuat analisis dan temubual, beberapa penyelesaian masalah
telah dianalisis untuk menyelesaikan masalah. Tujuan pembangunan projek ini
adalah untuk memberikan penyelesaian kepada masalah semasa penternak-penternak
dalam menguruskan ladang mereka dengan lebih efisyen secara bergerak dan
berkomputer. Beberapa teknik-teknik dan peralatan-peralatan juga telah dianalisis
secara mendalam supaya pembangunan projek dapat berjalan dengan lancar. Bab
seterusnya akan membincangkan metodologi yang akan digunakan dalam
pembangunan sistem. Selain itu, keperluan perkakasan dan perisian juga akan
dikenalpasti.
BAB 3
Metodologi
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, akan membincangkan tentang metodologi yang telah
digunakan untuk membangunkan sistem. Setiap fasa dalam metodologi juga akan
dibincangkan dengan lebih mendalam. Selanjutnya, carta Gantt projek telah dibuat
untuk menunjukkan perjalanan pembangunan sistem. Selain itu, spesifikasi
perkakasan dan perisian akan diterangkan dalam bab ini.
3.2 Metodologi Projek
Metodologi adalah kombinasi kaedah, polisi, prosedur, peraturan, piawaian
dan alat untuk bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk dianalisis dan
menghuraikan dengan lanjut keperluan sistem dan rekabentuk. Pemilihan
metodologi, kaedah dan teknik-teknik adalah sangat penting bagi memastikan
kejayaan sesebuah pembangunan sistem.
21
Dalam pembangunan projek ini, metodologi Rational Unified Process (RUP)
telah digunakan. Metodologi ini masih baru dalam era pembangunan sistem.
Walaubagaimanapun, ia mempunyai banyak kelebihan dan ciri-ciri yang sesuai
dalam pembangunan perisian.
3.2.1 Model Rational Unified Process (RUP)
Rational Unified Process (RUP)[8][9] atau secara ringkasnya adalah proses
kejuruteraan perisian yang diperlengkapkan dengan panduan untuk aktiviti
pembangunan sesuatu system atau perisian. RUP menyediakan pendekatan disiplin
di mana para pembangun boleh memilih set komponen proses mengikut keperluan
projek yang hendak dibangunkan. RUP juga menekankan kaedah disiplin untuk
setiap pekerjaan dalam projek pembangunan sistem. RUP telah dibuat untuk
melahirkan produk perisian yang berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan
pengguna serta mengikut jadual dan anggaran bajet.(Rational Software Corporation,
2000).
Proses aliran RUP adalah seperti ditunjukkan dalam 2 dimensi, paksi
melintang dan paksi menegak. Paksi melintang mewakili fasa pembangunan perisian
manakala paksi menegak mewakili aliran kerja dan proses aktiviti utama. Rajah 3.1
menunjukkan struktur RUP dalam 2 dimensi.
22
Rajah 3.1: Struktur Rational Unified Process (RUP) dalam 2 Dimensi
RUP mempunyai 4 fasa utama iaitu fasa permulaan, fasa penghuraian, fasa
pembangunan dan fasa peralihan. Kemudian, setiap fasa dibahagikan lagi kepada
pekerjaan yang kecil atau lelaran. Ini membolehkan proses pengulangan berlaku
dalam pembangunan projek. Jumlah lelaran untuk setiap fasa adalah berbeza dan
bergantung kepada keperluan projek.
RUP mempunyai sembilan aliran kerja yang terbahagi kepada enam proses
aliran kerja dan yang lainnya untuk hasil sokongan. Sebarang aktiviti dalam fasa juga
merujuk aliran kerja. Proses aliran kerja mengandungi keperluan, analisis dan
rekabentuk, model bisnes, bayaran ansuran dan pengujian. Manakala aliran kerja
sokongan mengandungi pengurusan konfigurasi dan pertukaran-pertukaran,
pengurusan projek dan alam sekitar.
""-6• S'-
•. .-i-==f•Implement~tlon
TestDeployment
PhasesD/scip/inft IInception II-':""~-."C"_-'-" I=-""':~"C"ru=~:_::--~ Trom.'t.,
Requirements :
An~lysis 11 Design '
23
3.2.2 Fasa-fasa dalam Metodologi RUP
3.2.2.1 Fasa Permulaan
Dalam fasa ini, tajuk projek dan pemilihan penyelia dikenalpasti. Selepas itu,
proses aliran kerja dibuat seperti menganalisis produk tempatan dan luar. Untuk
projek ini, sesi temuramah dan lawatan ke tapak ladang ternakan telah dibuat ke atas
3 penternak yang berlainan. Sila rujuk Lampiran I untuk melihat soalan interview
kepada penternak.
3 penternak tersebut ialah yang pertama, lokasi adalah di Felda Ulu Tebrau,
Ulu Tiram, Johor. Nama pemilik ialah En Yunus Bin. Hj. Ali. Beliau mempunyai
ladang integrasi dan ladang fidlot. Sebanyak 400 ekor lembu dalam ladang fidlot dan
200 ekor lembu di ladang integrasi. Lokasi kedua-dua ladang adalah di dalam ladang
kelapa sawit yang berkeluasan 100 ekar. Sila lihat Rajah 3.2 hingga Rajah 3.6 untuk
melihat keadaan ladang yang beliau miliki.
Rajah 3.2 Kandang lembu fidlot dari sisi tepi
24
Rajah 3.3 Keadaan kandang lembu fidlot dari dalam
Rajah 3.4 Pemilik kandang lembu fidlot
25
Rajah 3.5 Wayar elektrik dipasang bagi mengelak lembu keluar kawasan di
ladang integrasi
Rajah 3.6 Sekumpulan lembu dibiar meragut lepas dalam kawasan ladang
integrasi
26
Penternak yang kedua juga terletak di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor.
Pemiliknya ialah En Mohammad Bin Ali. Beliau mempunyai ternakan kambing
pedaging, susu dan baka. Sebanyak 200 ekor kambing pedaging yang berbaka
kacukan, 500 ekor kambing susu dan 400 ekor kambing berbaka Boer untuk tujuan
jualan baka. Kedudukan lokasi ladang ialah di dalam ladang kelapa sawit. Sila lihat
Rajah 3.7 hingga Rajah 3.9 untuk melihat keadaan ladang yang beliau miliki.
Rajah 3.7 Bentuk kandang kambing dari sisi depan
27
Rajah 3.8 Kambing berbaka Boer untuk dijual
Rajah 3.9 Rumput gajah ditanam untuk dijadikan makanan kambing dan
lembu
Manakala lokasi ke tiga di Parit Tengah, Rengit, Batu Pahat. Pemiliknya
bernama En Sarjuni Bin. Karjani. Beliau mempunyai ladang fidlot dan ternakan
kambing pedaging. Sebanyak 400 ekor lembu di dalam kandang fidlot manakala 100
28
ekor kambing di dalam kandang kambing fidlot. Kedua-dua kandang didirikan di
tanah seluas 5 ekar.
Selain itu juga, terdapat pelbagai cara lagi untuk mendapatkan koleksi data
seperti di bawah ini:
i. Temubual pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH). Sila rujuk
Lampiran H.
ii. Melalui telefon
iii. Carian internet
iv. Membuat lawatan ke pameran (Karnival Ternakan di Serdang,Upm, Ict
dalam Pertanian di PWTC/KLCC Convention Centre, Hari Peladang dan
Nelayan di Persada Johor )
Selepas memahami keperluan sistem, analisis aliran kerja dan rekabentuk
dibuat. Selepas itu, objektif dan skop projek dikenalpasti. Aktor-aktor dan kes guna
juga dibuat bagi menghasilkan carta Gant.
3.2.2.2 Fasa Penghuraian
Dalam fasa ini, perancangan aktiviti dan sumber-sumber keperluan akan
dilakukan. Fasa ini bertujuan untuk menganalisis domain masalah, menstabilkan
dasar tersusun, membuat perancangan untuk memahami sistem sedia ada dengan
mendalam, semua data yang dikumpulkan semasa temuduga telah dikaji semula
secara teliti.
Keperluan aliran kerja diperolehi daripada sistem semasa dan sistem hampir
sama yang mana bagi mendapatkan kelemahan dan kebaikan sistem. Selain itu,
kajian teknologi-teknologi yang akan digunakan untuk membangunkan sistem baru
29
telah dilakukan. Teknologi yang dikaji ialah .NET. Hasil daripada fasa iniialah
rekabentuk senibina sistem yang dicadangkan, model berorientasikan objek,
gambarajah kes guna, jujukan dan rekabentuk pangkalan data.
3.2.2.3 Fasa Pembangunan
Dalam fasa ini, focus utama adalah kepada pembangunan komponen-
komponen dan fungsi-fungsi dalam sistem. Sekiranya keperluan sistem tidak legkap
di fasa penghuraian maka pembangunan sistem tidak boleh dimulakan.
3.2.2.4 Fasa Peralihan
Fasa peralihan bertujuan untuk mengalihkan produk kepada kumpulan
pengguna akhir. Aktiviti-aktivit yang terlibat dalam fasa ini termasuk latihan kepada
pengguna akhir dan selenggara serta pengujian beta sistem bagi mengesahkan
keperluan pengguna akhir. Produk juga akan diuji bagi menentukan tahap kualiti di
fasa permulaan lagi. Sekiranya tidak memenuhi tahap ini atau tidak memenuhi
keperluan pengguna, semua pusingan dalam fasa ini akan berulang lagi.
3.3 Justifikasi Metodologi
Metodologi RUP dipilih kerana mempunyai beberapa sebab seperti di bawah
ini:
30
i. Sesuai digunakan untuk implemen model RUP untuk membolehkan
perubahan keperluan sistem berlaku di mana-mana fasa. Oleh itu, RUP
boleh mengawal keperluan semasa dengan jayanya.
ii. Boleh mengurangkan kos pembangunan yang yang mana gagal dan tidak
bersesuaian kerana boleh diubah dalam lelaran seterusnya tanpa memberi
kesan kepada proses-proses yang lain.
iii. Risiko masalah boleh dikenalpasti pada peringkat awal kerana di lelaran
yang awal boleh menguji proses komponan-komponan seperti peralatan
dan kemahiran dalam pengaturcaraan.
iv. RUP adalah berorientasikan objek dan menyokong notasi UML dalam
membuat proses analisis dan rekabentuk sistem.
3.4 Justifikasi Pemilihan Permodelan UML
Kaedah UML[10] dipilih untuk membangunkan sistem ini kerana terdapat
beberapa kelebihan. UML merupakan satu kaedah analisis dan rekabentuk yang
berorientasikan objek dan dengan menggunakan kaedah ini fungsi sebenar sistem
dapat dikenalpasti. Ia telah diakui dominan di mana ia merupakan bahasa
permodelan yang selalu digunakan oleh industri. UML juga mempunyai dokumentasi
yang baik dengan bahasa metamodel dan spesifikasi formal bagi semantic bagi
bahasa tersebut.
Penggunaan UML mempunyai beberapa kelebihannya tersendiri. Antara
kelebihan tersebut ialah :
a. Ia menakrifkan pemetaan lapisan daripada fasa analisa kepada fasa
rekabentuk, seterusnya kepada fasa implementasi.
b. Menakrifkan notasi yang nyata dan konsisten
31
c. UML adalah lebih efisyen iaitu ia akan membuang mana-mana
perubahan dalam notasi yang tidak perlu atau terminologi yang kabur
apabila seseorang yang pernah menggunakan teknologi lain bertukar
kepada penggunaan kaedah UML ini.
d. Kitar hayat pembangunan yang ringkas.
3.5 Analisa Keperluan Sistem
3.5.1 Justifikasi Perkakasan
Perkakasan yang diperlukan untuk membangunkan sistem ini adalah seperti
pada Jadual 3.1.
32
Jadual 3.1 Justifikasi Perkakasan
Perkakasan Spesifikasi
Komputer pembangun • Operating System - Windows Xp
Professional
• Processor – Intel Pentium IV 2.0
GHz / AMD Turion 64 X2 1.61
GB
• Ram Size – 512 MB and above
• Hardisk Size – 40GB
• CD-ROM – 52X
• Monitor Size –15’ and above
• Have a motherboard and mouse
Komputer pengguna • Operating System - Windows Xp
Professional
• Processor – Intel Pentium IV up
1.5GHz / AMD Athlon 64X up
1.3GB
• Ram Size –256 MB and above
• Hardisk Size – 20GB
• CD-ROM – 52X
• Monitor Size –15’ and above
• Have a motherboard and mouse
33
3.5.2 Justifikasi Perisian
Perisian yang diperlukan untuk membangunkan sistem ini adalah seperti pada
Jadual 3.2.
Jadual 3.2 Justifikasi Perisian
Perisian Keperluan
Microsoft Windows XP
Professional
Sebagai platform menyokong larian
system aplikasi
Microsoft Visual Studio 2005
Standard Edition
Sebagai alat untuk membangunkan
system aplikasi standalone untuk
kegunaan pc/laptop
Microsoft Sql Server 2005 Sebagai pangkalan data untuk pc
3.6 Perancangan Kerja
Sila lihat carta Gantt dengan merujuk Lampiran A untuk melihat perancangan
kerja-kerja pembangunan sistem.
3.7 Ringkasan
Dalam bab ini, metodologi RUP telah dipilih dan dibincangkan dengan
mendalam. Aktiviti-aktiviti yang terlibat di setiap fasa pembangunan projek dan
34
pemilihan metodologi RUP juga ada dinyatakan. Selain itu, kepentingan penggunaan
perkakasan dan juga perisisan juga telah diterangkan.
Untuk bab seterusnya, rekabentuk system akan diterangkan bagi
membolehkan pengguna faham bagaimana system dibangunkan. Rekabentuk ini
termasuk rekabentuk antaramuka system dan pangkalan data system. Rajah jujukan
dan rajah kes guna juga akan ditunjukkan bagi mewakili aliran operasi sistem.
BAB 4
ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang analisis sistem semasa dan rekabentuk sistem
yang dibangunkan. Analisis sistem semasa menerangkan tentang latarbelakang
organisasi dan sistem semasa. Manakala rekabentuk sistem memfokuskan kepada
rekabentuk modul, rekabentuk pangkalan data dan rekabentuk antaramuka. Kajian
rekabentuk ini merupakan fasa yang penting dalam pembangunan sistem kerana ia
akan memperincikan lagi tentang fungsi sesebuah sistem dalam menyelesaikan
masalah.
36
4.2 Rekabentuk Senibina Sistem
Rajah 4.1 Rekabentuk Senibina Sistem
Kerani boleh merekodkan data di rumah atau pejabat dengan menggunakan
komputer peribadi atau laptop. Selepas masukkan data dibuat, kerani boleh simpan
data dan data disimpan di Ms Sql Server 2005. Satu cara lagi, kerani boleh
merekodkan data secara bergerak di ladang ternakan dengan menggunakan laptop.
Ini bermakna perekodan data lebih senang dan mudah tanpa perlu membawa kertas
manual pada bila-bila masa. Sekali lagi data akan disimpan di Ms Sql Server 2005.
Kemudian, kerani boleh memindahkan data terus ke komputer melalui pendrive atau
kad memori SD. Oleh itu, operasi kemaskini data dapat dibuat.
4.3 Rekabentuk Pangkalan Data
Pangkalan data digunakan di dalam pembangunan sistem maklumat untuk
menyimpan segala data dan rekod-rekod yang berkaitan. Pangkalan data perlu direka
Pc
Laptop
Ms Sql Server 2005
pengguna
37
dengan baik supaya ia dapat memenuhi ciri-ciri seperti efektif, fleksibel dan tepat.
Pangkalan data juga perlu direka agar ia dapat dicapai dengan mudah oleh pengguna,
keselamatan data terjamin dan rekabentuknya dapat mengurangkan pertindihan data.
Jadual data bagi sistem yang telah dibangunkan ini dapat dilihat pada Jadual 4.1 dan
Jadual 4.2. Jadual-jadual data yang lain ada di Lampiran B.
Jadual 4.1 Belian(belian ternakan)
Atribut Jenis Data Saiz Deskripsi
idBelian int 10 No id belian
idTernakan int 10 No id ternakan
tarikh dateTime 10 Tarikh belian
dari int 250 Berat minimum
berat int 15 No telefon penternak
harga_sekilogram int 15 Harga sekilo daging
jumlah varChar 15 Jumlah harga belian
Jadual 4.2 Berat(berat ternakan)
Atribut Jenis Data Saiz Deskripsi
id_Berat Int 10 No id berat
id_ternakan Int 50 No id ternakan
tarikh Int 250 Tarikh ambil berat
berat Int 10 Berat ternakan
note varChar 255 Nota tambahan
38
4.4 Model Data dan Proses Sistem Semasa
4.4.1 Rajah Kes Guna
Digunakan sebagai perantara bagi pengguna dan pembangun sistem. Ia
menunjukkan sifat sesuatu sistem yang dilihat secara luaran. Melalui gambar rajah
use case ini, pengguna akan lebih memahami keseluruhan proses kerana ia
menspesifikasikan fungsian sistem dari perspektif pengguna. Ia menunjukkan
interaksi antara pengguna dan sistem untuk mencapai sesuatu matlamat. Sistem
semasa ini adalah proses yang dijalankan secara manual. Rajah 4.2 dan Rajah 4.3
adalah gambar rajah kes guna(use case) sistem semasa.
login
cetakData
kerani
rekodTernakanrekodInfrastrukturLadang
rekodPekerja
rekodPemasaran
selenggaraData
Rajah 4.2 Kes Guna Untuk Kerani
39
tambahUser
tambahEditFungsi
backupData
tambahEditProperties
admin
Rajah 4.3 Kes Guna Untuk Admin
4.4.1.1 Penerangan Kes Guna
Jadual 4.3 Penerangan Aktor
Aktor Deskripsi
User Kerani yang rekod data
Admin Admin yang menguruskan data
Jadual 4.4 Penerangan Kes Guna untuk Kerani
Kes Guna Deskripsi
login Kes guna untuk login ke sistem oleh kerani
selenggaraData Kes guna untuk kerani tambah data
cetak Kes guna untuk kerani cetak
40
Jadual 4.5 Penerangan Kes Guna untuk Admin
Kes Guna Deskripsi
tambahUser Admin tambah user
tambahEditFungsi Admin tambah edit fungsi
tambahEditProperties Admin boleh tambah edit properties sistem
backupData Admin backup data
4.4.2 Rajah Jujukan (Sequence Diagram)
Rajah berjujukan adalah interaksi yang berlaku pada jujukan mesej yang
dihantar dan diterima serta objek yang terlibat. Ia dibina berdasarkan perhubungan
antara aktor atau entiti dan fungsi-fungsi yang dilaksanakannya. Di dalam
pembangunan sistem ini terdapat aktiviti-aktiviti atau proses-proses yang terlibat
dalam setiap modul pembangunan sistem. Lihat pada Lampiran C.
4.4.3 Rajah Aktiviti (Activity Diagram)
Rajah aktiviti memfokus kepada aktiviti yang perlu dilaksanakan di dalam
menyelesaikan masalah tertentu. Rajah aktiviti digunakan untuk menggambarkan
perjalanan jujukan proses atau aktiviti yang perlu dilaksanakan di dalam sistem.
41
Rajah 4.4 Gambarajah aktiviti bagi simpan rekod Staf
4.4.4 Rajah Kelas (Class Diagram).
Rajah kelas menggambarkan keseluruhan kelas-kelas yang terdapat dalam sistem.
Hubungan antara kelas dalam sistem yang dibangunkan merangkumi kelas dan
proses yang terlibat. Rajah kelas bagi system yang dibangunkan ini boleh dirujuk
pada bahagian Lampiran D.
Mula
Klik Login
Pilih Menu Staf
Isi Maklumat Staf
Tamat
Simpan ke Pangkalan Data
42
4.5 Rekabentuk Antaramuka
Antaramuka adalah komponen terpenting dalam sesuatu sistem. Ini bagi
memudahkan interaksi antara pengguna dan sistem itu sendiri. Sistem ini terdiri
daripada pelbagai bentuk antaramuka yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan
pengoperasian. Rekabentuk antaramuka yang baik adalah mempunyai ciri-ciri seperti
ramah pengguna, mudah difahami dan bebas daripada sebarang ralat.
Rajah 4.5 Antaramuka Sistem
file ,~ ,- .,.,..-
lIolenu Ut_.. lIolenu Te,n.""
'~----------------,
TERM~ E I toIAKLUIoIAT ITERMAKAM
( JADUAL I HSIHATAMHRJA
( POol8ELlAN I TIIIol8AMliAM
( I,-- ----- -- ------
JUALAM
lIolenu Pembeli"",-- -------------
TERNAKAH
U8AT-U8ATAM
IIolAKANAM
43
Rajah 4.6 Antaramuka Rekod Ternakan
Rajah 4.7 Antaramuka Rekod Pekerja
Operasi Rekod
!r-..-_-_-_-..-_-:~:-~_-_-_-_-..-_-_-_-_rr_-_-_-_-_~_~_~~-~-:-~-:~_-_- ..-_-_rr_-_-..-_-_-_-_:-~-~:_~_-_-_-_-..-_-JJ
ht aklumal Lain
Carian
5 enarai Rekod Ternakan
CARl I SEMUA I
I id lernakan nama janlina warna larikh lahir larikh mali ibu
* I I I I I I I
< I >
I KElUAR I
5enarai Kesihalan Rekod Pekerja
Carian
l_I_~_~_~~~:j~ __-_-_]-_-_-_-_-_-:_-_-_-_-:_-_-_-_-:_-_-_-_-_-_-:_-_-_-_-:_-_-_-rJ
CARl II SEMUA I
lid pekerja nama larikh lahir alamal janlina bangsa
* I I I I I I
< I L>
I KElUAR
44
4.6 Ringkasan
Dalam bab ini telah dibincangkan secara umum dan mendalam rekabentuk
system yang telah dibangunkan. Setiap fungsi system telah diterangkan melalui rajah
kes guna, rajah jujukan, dan pangkalan data.
BAB 5
RANCANGAN PERNIAGAAN
5.1 Ringkasan Eksekutif
Di era moden ini, system ladang ternakan seluruh dunia memerlukan
kemahiran pengurusan yang tinggi dan kesedaran dalam menguruskan kewangan.
Sebagai contohnya, apakah harga jualan patut daging sekilogram di pasaran tempatan
setelah diambil kira kesemua kos operasi harian ladang. Dengan adanya teknologi
maklumat pada masa kini, adalah sangat sesuai mengimplemenkan teknik-teknik
pertanian yang lebih cekap bagi melahirkan masyarakat tani yang mengamalkan
ekonomi sihat dan berdaya maju yang boleh bertahan.
Oleh itu, Wireless Farm Management System (WiFarm) telah dibangunkan.
Wifarm adalah satu sistem yanag amat praktikal dan boleh digunakan di ladang
ternakan lembu dan kambing bagi membantu penternak-penternak untuk
menguruskan ladang dengan lebih cekap dan sistematik secara bergerak dan
berkomputer. Ini adalah penting bagi meningkatkan hasil pengeluaran ternakan dan
pasaran serta merendahkan kos operasi untuk mendapatkan keuntugan yang
maksima. Akhirnya, produktiviti industri daging dapat ditingkatkan dan memberi
satu cara alternatif untuk memenuhi permintaan pasaran daging tempatan.
46
WiFarm telah mengimplemen ciri-ciri dalam Amalan Baik Penternakan
(GAHP) yang mana merupakan satu piawaian antarabangsa dalam bidang ternakan
dan sekaligus digalakkan mengimplemenkan dari pihak Jabatan Penternakan
Haiwan. Sekaligus penternak-penternak mendapat banyak faedah dan antara
faedahnya ialah layak memohon Skim Akreditasi Ladang Ternakan Malaysia
(SALT) dan dengan skim tersebut membolehkan penternak mengembangkan lagi
pasaran mereka ke luar negara.
Wifarm menggunakan model bisnes ke bisnes (B2B) sebagai model bisnes
selepas mengenalpasti sasaran pasaran Wifarm adalah kepada penternak-penternak
lembu dan kambing yang berskala semi-komersil dan berskala komersil. Keuntungan
yang diperolehi pula adalah daripada penjualan produk(sistem Wifarm) dan
perkhidmatan selepas jualan.
5.2 Perniagaan
5.2.1 Peluang
WiFarm telah mengenalpasti keperluan-keperluan dan peluang-peluang yang
ada. Di antaranya ialah:
1) Pembangunan industri pertanian [12]
3 polisi utama untuk pembangunan akan datang dalam sektor
pertanian
o Dasar Pertanian Negara III (1998-2010);[13]
o RMK-9 (2006-2010)[14]
o Pelan Induk Pertanian III (2006-2020)
47
Pusat Nasional Fidlot (NFC), juga dikenali sebagai Beef Valley di
Gemas akan dibuka di tanah seluas 2023 hektar. Dijangka siap pada
tahun 2008. Sejumlah 60,000 lembu akan di tempatkan di NFC. NFC
dijangka mampu membekalkan 40 peratus keperluan daging lembu di
Malaysia bernilai RM680 juta. Ini boleh dilihat di Rajah 5.1.
Rajah 5.1 Petikan artikel dari Utusan Malaysia, 27 Julai 2005
Terdapat cadangan ternakan lembu pedaging mengikut daerah di
Selangor di bawah Dasar Pertanian Negara III (1998-2010) seperti
yang ditunjukkan di Jadual 5.1 di sebelah ini :
NS Beef Valley jana pengeluaran daging, tenusuIlusiJI~ 17 .ll1OO5
_ 11 .llii . ~ojek NS IIftl 1!efja.l<o~ DOll. dol ......-V*,~kaw...,selJaslllllhell.~ kaw..., .... ~ojek IIftl v*, lu p,,,,,lo. mesIi """"""Gemas W IlV<ll se;.;. SUI m _ada ~ P"ilII<l iIIIt; ~"¥l 1""1' ~~- YiI1I pDpoJSaI P"1i'IJIil dagilg dolt..... k~"". ~ sri Kl"¥l, ~ ~onU dol ~ pellus eI<1jj
to1JWJ~negaI'ii P"1i'IJIil dagilg dolt..... k,w..., ""tllunii<~.~·kl~~."••~. A~__ •••••~, ;,..""
48
Jadual 5.1 Cadangan ternakan lembu pedaging mengikut daerah
2) Malaysia mensasarkan peningkatan produk daging dari tahun ke tahun
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2 di bawah ini.
Rajah 5.2 Petikan artikel dari New Straits Times, 11 Disember 2006
3) Permintaan kepada daging lembu dan kambingdari tahun ke tahun
semakin meningkat tetapi masih lagi tidak memenuhi permintaan
walaupun bilangan pengeluaran bertambah. Ini memberikan situasi yang
tidak stabil dan dapat dilihat di Jadual 5.2 , Rajah 5.3 dan Rajah 5.4 di
sebelah.
Tahun 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
Lembu daginqS, Bernam 1778 2278 2778 2858 2888 3044 3104K, Selangor 3329 4157 4829 5209 5869 5990 5995H, Selangor 1940 2051 2491 2871 3301 3555 4515H, Langat 1508 2308 2508 2888 3318 3535 3695K, Langat 5519 6050 6229 6399 6829 7045 7405Klang 4798 6129 6298 6348 7108 7325 7885Sepang 1108 1719 1959 2039 2469 2651 2736Gombak 2150 2866 3038 3118 3348 3455 3560Jumlah (ekor/tahun) 22,130 27,555 30,130 31,730 34,030 36,600 38,895Pertambahan - 5425 2575 1600 2300 2570 2295(juta/tahun I
2015 target• Catlle population (cow/buffalo) 1,651,827 heads• female breeder 611,414 heads• Cattle for meat ~roduction 463,686 heads
meat rocessed 62 347 tonn
2004Cattle population (cow/buffalo)
• female breeder• Cattle for meat production
meat proce!sed
926,188 headsB9,360 head!m,819 heads25/270 tonne!
I I '
25.5 million • Ma aysia's population• Self-sufficiency ratio 20.8 per cent • ~elf·sufflciency ratio
!ootm: /J4fJfl~ ~SIQ~JIIO and Vellrina7ltnm Dt1J<lllrnllll
49
Jadual 5.2 Sasaran Pengeluaran Daging(Sumber: Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
Tahun Permintaan ( Tan Metrik)
Pengeluaran (Tan Metrik)
Kadar Sara Diri (%)
1990 7,283 658 9.09
1991 7,437 672 9.04
1992 9,034 658 7.28
1993 8,836 607 6.87
1994 9,509 616 6.48
2002 15,100 1,210 8.01
2003 15,600 1,300 8.33
2005 16,800 1,500 8.93
2010 21,300 2,180 10.23
Rajah 5.3 Aliran pengeluaran dan permintaan daging kambing( sumber dari FAMA,17
Jun 2007 )
02000400060008000100001200014000160001800020000
1998 2000 2002 2004
m t('000)Pengeluaran
Permintaan
50
Rajah 5.4 Aliran pengeluaran dan permintaan daging lembu( sumber dari FAMA,
17 Jun 2007)
5.2.2 Penyelesaian Masalah
Status masalah semasa ;
Kebanyakan penternak tempatan mengamalkan kaedah ternakan
tradisional
Penternak-penternak ternakan kurang mempunyai kesedaran dalam
menguruskan kewangan dan kurang mahir dalam menguruskan
ladang ternakan. Ini dibuat selepas sesi temubual dan lawatan ke
tapak kandang ternakan lembu dan kambing penternak.
Penternak-penternak ternakan tidak mempunyai cara yang berkesan
dalam merekodkan data dan mengakibatkan kerja-kerja pengumpulan
data lambat dilakukan oleh pegawai Jabatan Perternkan Haiwan
(JPH).
020406080100120140160180
1998 2000 2002 2004
m t('000)Pengeluaran
Permintaan
51
Penternak-penternak ternakan menghadapi masalah untuk memohon
pinjaman hanya kerana tiada perekodan maklumat-maklumat penting
ternakan.
Kebanyakan penternak tempatan hari ini tidak menghasilkan bekalan
daging berskala besar untuk memenuhi keperluan industri daging
tempatan.
5.2.3 Perniagaan dan Produk
Bisnes yang dicadangkan adalah untuk menyelesaikan masalah dan
memenuhi keperluan serta meningkatkan kesedaran pengurusan dan kemahiran
kewangan di kalangan penternak. Ia juga membantu penternak meningkatkan
bilangan pengeluaran ternakan, bilangan penternak komersil berskala besar dan
memaksimumkan keuntungan tanpa bergantung kepada pekerja dan masa semata-
mata.
5.2.3.1 Produk
Wifarm adalah sistem aplikasi standalone. Kerani boleh merekodkan data di
rumah atau pejabat dengan menggunakan komputer peribadi atau laptop. Selepas
masukkan data dibuat, kerani boleh simpan data dan data disimpan di Ms Sql Server
2005. Satu cara lagi, kerani boleh merekodkan data secara bergerak di ladang
ternakan dengan menggunakan laptop. Ini bermakna perekodan data lebih senang
dan mudah tanpa perlu membawa kertas manual pada bila-bila masa. Sekali lagi data
akan disimpan di Ms Sql Server 2005. Kemudian, kerani boleh memindahkan data
terus ke komputer melalui pendrive atau kad memori SD(secure digital). Oleh itu,
operasi kemaskini data dapat dibuat. Rekabentuk sistem Wifarm boleh dilihat di
Rajah 5.5.
52
Rajah 5.5 Rekabentuk Sistem
5.2.3.2 Penerangan Produk
Apa itu Wireless Farm Management System?
Wireless Farm Management System adalah sistem pengurusan ladang
ternakan yang berfokus kepada ternakan lembu dan kambing. Wifarm
adalah satu sistem yanag amat praktikal dan boleh digunakan di
ladang ternakan bagi membantu penternak-penternak untuk
menguruskan ladang mereka dengan lebih cekap dan sistematik secara
bergerak dan berkomputer.
Kaedah ini dapat menolong penternak-penternak meningkatkan
keuntungan mereka dengan cara memasukkan data secara bergerak
dengan kurang ralat tanpa mengira masa dan tempat. Berbanding
dengan kaedah lama yang menggunakan kertas dan pen serta
memerlukan masa dalam merekodkan data seperti dalam Rajah 5.6.
Pc
Laptop
Ms Sql Server 2005
User
53
Rajah 5.6 Kaedah Lama
Wifarm mempunyai 11 modul utama yang mana terdiri daripada
modul lokasi ladang dan prasarana, pengurusan ternakan, makanan
dan air, pengurusan personel, pengurusan ubatan dan veteriner,
pengurusan kewangan dan ekonomi, kawalan makhluk perosak,
biosekuriti, rekod, latihan dan kursus serta pemasaran. Kesemua
modul-modul ini mengimplemenkan ciri-ciri dalam Amalan Baik
Penternakan (GAHP) yang merupakan piawai antarabangsa yang
digariskan oleh pihak Jabatan Penternakan Haiwan. Ini bagi
memastikan pengeluaran penternakan berkualiti dan selamat di
sepanjang rantaian pengeluaran dari ladang hingga ke pinggan (farm
to table)
•-
~~;;~-~ -- --••-.- .-
54
Jadual 5.3 Modul-modul Wifarm
Pemasaran
Latihan dan kursus
Rekod
Biosekuriti
Kawalan Makhluk Perosak
Pengurusan kewangan
dan ekonomi
Pengurusan Ubatan dan Veteriner
Pengurusan Personel
Makanan dan air
Pengurusan Ternakan
Lokasi Ladang dan Prasarana
Sistem Wifarm
55
5.2.4 Kelebihan Persaingan
5.2.4.1 Penerangan Bisnes Model
“Secara asasnya, satu model perniagaan adalah satu kaedah melarikan
perniagaan supaya syarikat dapat bertahan lama dan menjana pendapatan. Model
perniagaan menunjukkan bagaimana sesebuah syarikat membuat duit dengan
memspesifikasikan di mana ia boleh meletakkan kedudukannya dalam satu rantaian
yang bernilai.”[15]
Selepas jelas memahami jenis-jenis perniagaan dan sasaran dalam perjalanan
perniagaan, Wifarm telah memilih bisnes ke bisnes (B2B) sebagi model perniagaan.
B2B adalah model di mana transaksi berlaku antara syarikat/perniagaan kepada
syarikat/perniagaan yang lain. Amat sesuai dengan Wifarm di mana sasaran pasaran
adalah kepada penternak-penternak berskala semi-komersil dan berskala komersil.
5.2.4.2 Ketahanan Kelebihan Persaingan
Automasi dalam merekod data membolehkan satu organisasi mengubah
proses perniagaannya kepada :
i. Meningkatkan kecekepan dengan menghasilkan kos operasi harian yang
rendah.
ii. Melahirkan kekayaan dengan mengambil kira dalam strategi pengurusan
untuk keuntungan yang maksima.
iii. Membuar kerjasama dengan Jabatan Penternakan dan Bank Pertanian
untuk menghasilkan produk yang bagus.
56
5.2.5 Status Semasa dan Keperluan-keperluan
Perancangan Wifarm akan megambil tempoh masa selama 10 – 12 months.
Perancangan yang lengkap ada ditunjukkan seperti Jadual 5.4 di bawah ini :
Jadual 5.4 Perancangan Sistem Wifarm
2007 2008
Mei Jun Jul Ogos Sept Oct Nov Dis Jan Feb Mar Apr Mei Jun Jul
Info Produk/Input
Kumpulan Pengurusan
Kumpulan Teknikal
Kumpulan Pasaran
Kumpulan Akaun
Prototaip
Penyahpepijatan
Pelancaran
Perniagaan memerlukan alat sebenar dan perkakasan yang boleh membangunkan
sistem manakala kepakaran boleh diimplemenkan bagi menghasilkan produk yang
berfungsi dan baik.
57
5.3 Kumpulan Pengurusan
AlfaSys telah ditubuhkan pada Januari 2007 dan sepenuhnya dimiliki oleh
Bumiputra yang berpengalaman dalam industri IT dan perkhidmatan teknikal. Slogan
‘We bring tech to your business life’ bermaksud AlfaSys mahu mengimplemen dan
menggabungkan IT ke dalam sektor pertanian di Malaysia. Jadual 5.5 di bawah ini
adalah struktur organisasi syarikat Alfasys.
Jadual 5.5 Struktur Organisasi
Pengurus (Siti Norjihan
Rusiman)
Pengurus Teknikal (Mohd Azlan Aziz)
Pengurus Kewangan(Noraida Mohd
Yunos)
Pemasaran (Sharul Mohamed)
Pembantu Pengurus (Suziana Samuntin)
58
5.3.1 Pengalaman Pengurusan
Rajah 5.6 di bawah ini menunjukkan pengalaman pekerja-pekerja dalam
Alfasys.
Rajah 5.7 Pengalaman Pengurusan
Nama dan Umur
Pengalaman Keupayaan Teknikal
Siti Norjihan Rusiman
- Pengurus AlfaSys - Pengurus Projek untuk sistem standalone dan sistem web base - Pembangun sistem dan pengaturcara selama 5 tahun
Pengurusan - Pengurusan Projek Kejuruteraan - SmartCard, RFID, Kejuruteraan Perisian Pengaturcara Perisian/Pangkalan Data - C, Java, VB, ASP, PHP, VB.Net, ASP.Net, MS Access, MS SQL Server, My SQL Peralatan - Macromedia Dreamweaver, Swish, Adobe Photoshop, Ms Visual Studio
Suziana Samuntin
- Pengurus AlfaSys - Pengurus Projek untuk sistem standalone dan sistem web base - Pembangun sistem dan pengaturcara selama 5 tahun
Pengurusan - Pengurusan Projek Kejuruteraan - SmartCard, RFID, Kejuruteraan Perisian Pengaturcara Perisian/Pangkalan Data - C, Java, VB, ASP, PHP, VB.Net, ASP.Net, MS Access, MS SQL Server, My SQL Peralatan - Macromedia Dreamweaver, Swish, Adobe Photoshop, Ms Visual Studio
Noraida Mohd Yunos
- Pembantu Jualan di Pasar Peladang - Kerani Kewangan di Bank Negara, Johor Bahru
Pengurusan Kewangan
Jamal Ali - Pegawai pemasaran BinaTrading Sdn Bhd - Pembantu akaun di Sinar Maju Ent
Hubungan Pelanggan
Mohd Azlan Aziz - Pelatih pendawaian elektrik - Pembantu tenaga pengajar
Pemasangan perkakasan dan perkhidmatan
59
5.3.2 Penasihat: Sumber Konsultansi & Sokongan Professional
Setakat ini, WiFarm mendapatkan sokongan teknikal dan bukan teknikal dari
UTM, pengaturcara bebas dan ahli pernigaan yang sedia mantap. Mereka-mereka itu
adalah:
i. Teknikal :
a. Perisian dan pengaturcara - Prof. Madya Dr Mohd Asri Bin
Ngadi
b. Mentor – Core Allied Sdn Bhd
ii. Bukan Teknikal
a) Strategi Pemasaran
o En Mohar Bin Mohammad
o Aspati Sdn. Bhd
b) Pengetahuan dalam ladang ternakan
o Tn. Hj. Ahmad Azam B. Yamen, Pegawai Penternak
o En. Roslizan B. Hassan, Pegawai Penternak
o En. Yunos B. Hj. Ali, penternak lembu
o En. Sarjuni B. Karjani, penternak lembu
o En.Krishnan a/l Raja, pengurus ladang MBA
(penternak kambing)
Sumber-sumber di atas adalah sangat berguna kepada projek. Dari segi
teknikal, Prof. Madya Dr Mohd Asri Bin Ngadi akan menjadi penasihat dalam
penyelesaian perancangan dan beliau juga mahir dalam bahasa ASP.Net, integrasi
sistem dan sistem rangkaian. Core Allied Sdn Bhd pula telah menjadi penasihat
60
dalam pemasangan perkakasan sistem seperti komputer. En Mohar Bin Mohammad
pula menjadi penasihat dalam strategi pemasaran dan juga dalam kewangan projek.
5.4 Rancangan Kewangan
Daripada perancangan unjuran kewangan dan sasaran pasaran, di sini Alfasys
telah menyiapkan rancangan kewangan selama 3 tahun. Rujuk Lampiran J untuk
Pengurusan Kewangan terperinci.
Rajah 5.8 : Ramalan Sasaran Jualan 3 Tahun
Alfasys mensasarkan jualan Wifarm akan terus meningkat apabila ia bersedia
memasuki pasaran .Dianggarkan jualan Wifarm akan meningkat pada tahun
berikutnya.
Sales
52,500,000.00
$2,000,000.00
$1,500,000.00
$1,000,000.00."<llp~
$500,000.00
$0.00
Year 1 Year 2 Year 3
61
Rajah 5.9: Ramalan Sasaran Untung / Rugi Untuk 3 Tahun
Keuntungan jualan Wifarm juga akan dipastikan oleh pihak
pengurusanberterusan untuk mencapai tujuan untuk “listing” di paparan saham.
Rajah 5.10: Titik Pulang Modal
Profit&loss
• Profit&loss
5S00,OOO.00
5800,000.005700,000.00
5600,000.005500,000.00
5400,000.00
5300,000.00
5200,000.00
5100,000.00 ~$0.00 -JL,~~~=
·5100,000.00 JL---v,,,,,"C'---"''''"''---'li,,,,,-,,,---/
$2,500,000.00
L$2,000,000.00 +----------/--7----$1,500,000.00 +------/--7"~----
$1,000,000.00 +-----/-7~---------
$500,000.00 +----7'¥~-----------
~Sal('s
YEW 1 Year 2 Year 3
62
5.5 Analisis Industri
5.5.1 Tren Industri
Seperti mana yang kita dengar di radio dan televisyen, industri pertanian
semakin mendapat tempat dan menjadi tumpuan serta mempunyai peluang
terutamanya dalam penternakan lembu dan kambing. Tambahan pula, keperluan
penduduk tempatan terhadap daging lembu dan kambing tidak mencukupi.
Dewasa ini, kerajaan mahu membuat kemajuan kepada sector pertanian
khususnya dalam ternakan dengan bergerak ke arah tenologi baru bagi meningkatkan
produktiviti dalm industry daging dan menjadikan pertanian sebagai sektor ke tiga
terpenting selepas sektor pembuatan dan perkhidmatan. Ini kerana negara kita masih
menghadapi masalah ketidakseimbangan dalam pengeluaran makanan apabila kos
import makanan lebih tinggi dari kos eksport makanan.
Bagi mencapai ke arah ini, JPH telah diberikan bajet dalam RMK-9 sebanyak
RM yang mana meliputi 4 aspek utama seperti pengeluaran daging secara integrasi,
transformasi ternakan secara komersil, mengimplemenkan sistem kualiti dan
keselamatan makanan. Pada tahun 2010, sasaran Malaysia mahu menjadi
pengeksport makanan dan dalam masa yang sama mengurangkan kadar pertukaran
wang asing serta mempunyai potensi yang tinggi selari dengan perkembangan
ekonomi negara.
Di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)[16] sahaja, perancangan
meliputi pertanian, pembuatan, dan perkhidmatan telah dikenalpasti sebagai kunci
ekonomi utama yang melibatkan peruntukan perbelanjaan projek tidak kurang
RM177 bilion.
63
Rajah 5.10 menunjukkan kawasan-kawasan yang terlibat dalam pelaksanaan
projek ternakan yang terkandung dalam pelan Wilayah Ekonomi Koridor Utara.
Kawasan-kawasan yang terlibat bagi tapak ladang fidlot lembu dan ladang fidlot
kambing ialah di Kubang Pasu, Yan, Sik, Baling, Hulu Perak dan Selama. Manakala
kawasan-kawasan yang terlibat bagi tempat pemprosesan halal ialah di Padang
Besar, Sg Petani dan Tasik Gelugor.
Rajah 5.11 Kelompok-Kelompok Penternakan Haiwan
Pembangunan sektor penternakan haiwan akan dapat membantu
mengurangkan pergantungan atas daging import dan juga mewujudkan sumber
pendapatan tambahan bagi para petani di antara kitar menanam dan menuai. Inisiatif-
inisiatif untuk menggalak penternakan haiwan termasuk:
• Pembangunan sistem fidlot di tahap kampung dan daerah, dengan Pusat
Fidlot Kebangsaan, Gemas sebagai sumber pembiakan haiwan
Padltn,~.., ..
64
• Pengubahan estet-estet industri yang terbiar kepada ladang ternakan
premium. Ini akan menjadi kawasan-kawasan berteknologi tinggi yang
tertumpu ke atas produk- produk daging premium seperti burung unta, rusa
dan ayam kampong
• Pembangunan pusat pemprosesan halal di Sg. Petani, Tasik Gelugor dan
Padang Besar khusus untuk pasaran eksport
5.5.2 Saiz Industri
Merujuk kepada RMK-9, projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) akan mula
dibina pada tahun 2008 sebagai satu penyelesaian kepada permintaan daging lembu
dari 23% hingga 37% pada tahun 2010. Nilai sasaran projek Pusat Fidlot Nasional
adalah sebanyak RM365 juta pada tahun 2010.
Projek ini akan dibina di atas tanah seluas 2,024 hektar di Gemas, Negeri
Sembilan. Di harap ia akan dapat menampung lebih kurang 860 orang usahawan
ternakan lembu yang mana melibatkan 1 orang dilantik, 4 syarikat komersil secara
kontrak, 310 ladang satelit, 545 orang penternak dari ladang integrasi dan 780 orang
pekerja. Kos pembangunan dan infrastruktur asas ditanggung sepenuhnya oleh
kerajaan.
Akhir sekali, Malaysia mensasarkan mahu melahirkan lebih ramai usahawan
pertanian sebanyak 10,000 orang menjelang tahun 2010. Kemudian, nilai anggaran
untuk pengeluaran dalam daging lembu adalah sebanyak 15,840 juta tan.
65
5.5.3 Daya Tarikan Industri
Seperti di terangkan sebelum ini, permintaan kepada daging lembu adalah
meningkat dari tahun ke tahun tetapi hasil pengeluaran masih tidak memenuhi
permintaan industri daging di sini. Oleh sebab itu kenapa kerajaan masih
mengimport bekalan daging yang banyak dari Indonesia, India dan Australia bagi
memenuhi keperluan daging tempatan. Tambahan pula, harga daging masih agak
mahal untuk membolehkan pembeli tempatan membelinya.
5.5.4 Ramalan Industri
Telah di nyatakan sebelum ini dalam bahagian peluang.
5.5.5 Sasaran Pasaran
Sasaran segmen pasaran WiFarm adalah berdasarkan kepada pelanggan yang
mudah dan pelanggan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, fokus dan strategi
pemasaran kami adalah kepada ladang-ladang swasta dan penternak-penternak lebu
dan kambing. Sebenarnya, sistem WiFarm boleh diimplemenkan di pelbagai sektor
pertanian yang lain seperti penanaman padi, akualkultur dan perikanan, buah-buahan
dan sayur-sayuran, herba, bertaburan tetapi kami akan memberikan fokus yang
utama dan akan bekerja sama dengan Jabatan Penternakan Haiwan Negeri Johor,
Persatuan Pertubuhan Peladang dan ladang swasta.
66
Pada masa ini, dianggarkan terdapat 23,800 penternak di negara ini meliputi
semua komoditi ternakan. Bagi penternak lembu adalah sebanyak 13,950 orang dan
penternak kambing pula sebanyak 3,544 orang. Untuk industri ternakan kambing
pula, bilangan penternak dibahagi-bahagikan lagi mengikut status penternak di mana
penternak tradisional adalah sebanyak 75%, penternak semi-komersil sebanyak 15%
dan penternak komersil sebanyak 10%. Ini boleh dilihat pada Rajah 5.11. [17]
Rajah 5.12 Bilangan penternak kambing mengikut skala penternakan
5.5.6 Kedudukan Kompetitif Antara Sasaran Pasaran
5.5.6.1 Analisis Pesaing
MBA Farm Sdn. Bhd adalah pesaing tempatan yang terdekat buat masa ini.
Lokasi perniagaan adalah di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Kelainan antara
sistem MBA Farm dan WiFarm adalah Wifarm mngimplementasikan ciri-ciri
Amalan Baik Ternakan (GAHP) dan Program Jaminan Kualiti (QAP) manakala
75%
15%10%
Tradisional
Semi Komersil
Komersil
67
sistem MBA Farm tidak mempunyai kefungsian sistem pengurusan ladang yang
sebenar yang mana hanya menggunakan perisian Microsoft Office Excel.
Selain itu, sistem Wifish[3] adalah satu lagi produk tempatan yang dimiliki
oleh seorang pensyarah dan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Sistem Wifish adalah sistem aplikasi web yang beroperasi dalam rangkaian internet
dengan menggunakan pda. Digunakan oleh pegawai Lembaga Perikanan Ikan
Malaysia (LKIM) untuk merekodkan data-data ikan semasa kerja-kerja pemunggahan
ikan di jeti. Kekangan sistem adalah sistem hanya berfungsi pada persekitaran
rangkaian internet. Sila lihat Rajah 5.11 di sebelah untuk melihat sistem Wifish.
Rajah 5.13 Sistem Wifish
Kemudian, sistem CREST pula adalah produk dari tempatan juga yang
dimiliki oleh MARDI. Sistem CREST adalah satu sistem bantuan keputusan untuk
tanaman padi dan pengurusan baja untuk mencapai kestabilan sasaran prestasi padi
dalam pertanian yang tepat. Sistem ini dibangunkan sebagai alat untuk memberi
keputusan melalui pda kepada petani-petani. Para petani menggunakan sistem ini
bagi menentukan di kawasan tanah mana yang mempunyai kesuburan untuk
menanam padi. Selepas keputusan diperolehi barulah mereka melakukan kerja-kerja
II
.-
68
menanam padi. Kekangan sistem ini adalah hanya dapat dilarikan di persekitaran pda
sahaja.
CattleMax 2006 [4] adalah produk dari Texas, Amerika Syarikat yang telah
dikenalpasti sebagai produk yang hampir sama kefungsiannya dan menyediakan
antaramuka yang ramah pengguna untuk pengguna menggunakan dan belajar.
CattleSoft Inc adalah syarikat pengeluar bagi produk ini. Telah mempunyai enam
tahun rekod prestasi yang memuaskan pelanggan. Selain itu juga produk ini telah
digunakan oleh mana-mana penternak dari 25 buah negara. Harga produk ini adalah
mampu milik. Walaupun produk stabil dan telah mempunyai nama, ini tidak
bermakna ia boleh diterima pakai oleh penternak-penternak di sini yang mempunyai
cara yang berbeza dalam menguruskan ternakan. Sila lihat Rajah 5.12 di sebelah bagi
melihat antaramuka sistem CattleMax 2006.
Rajah 5.14 Sistem CattleMax 2006
Sila rujuk Jadual 2.1 di Bab 2 untuk melihat perbandingan ke atas keempat-
empat produk tempatan dan luar negeri.
~ CattleMax 2006 [C \Catllesoft\CaltleMax2006\Dala\Sample cwk] c;]CQ) X
Edl Tool" Record" Hejp
Helpful Tools
~ "'""""'"
Working
Unable to Io:ate an anim""s record n the Cattle list? Ensure that the option 'AICows';'; "",lected. Also ensure that the Inactive (cattle _h" status of Sold orDead) and Reference (cattle that..-e not in ycnr herd but do riUence ycnr herd~s) boxes..-e checked, t ne<oded.
Management:
Purchases
69
5.5.6.2 Strategi Kompetitif
Jadual 5.6 di sebelah ini menunjukkan analisis SWOT bagi produk Wifarm.
Ini boleh dilihat kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada produk Wifarm.
Kekauatan wifarm adalah merupakan produk tempatan. Selain itu juga produk boleh
diubahsuai serta fleksibel untuk kegunaan pada masa akan datang. Kelemahan
produk pula adalah terpaksa bersaing dengan syarikat-syarikat besar sedia ada yang
sudah mempunyai pengaruh dan pemasaran yang kuat. Dari segi promosi pula masih
lemah kerana kekurangan dari segi sumber kewangan. Tren masakini pula
mensasarkan peningkatan pengeluaran daging bagi memenuhi permintaan industri
daging negara. Dari segi ancaman pula, Wifarm menghadapi kesukaran dalam
penerimaan produk kepada golongan penternak yang berumur 40 tahun ke atas
khususnya kerana mereka lebih suka mengamalkan teknik-teknik sedia dan
kebanyakannya buta IT dan teknologi baru.
Jadual 5.6 Analisis SWOT
• Produktempatan
• Produbolediubai
• fleks
• Sukarditerimagolonganpenternakberumur
• BersaingdengansyarikatbesarPromosi
ewangan
• Trenmeningkatkanpengeluaranindustridaging
70
5.6 Perancangan Pasaran
5.6.1 Kebolehterimaan Produk & Strategi
Strategi produk adalah keunikan produk dan mempunyai nilai tambah kepada
pelanggan yang mana dapat menolong mereka dari segi :
i. Menyediakan satu platform pengurusan ladang yang lebih berkesan dan
menguntungkan
ii. Menyenangkan pengurusan ladang dengan menggunakan peralatan
teknologi seperti komputer dan laptop
iii. Mengurangkan kos dan penggunaan kertas
iv. Mengurangkan penggunaan tempoh masa yang lama dalam merekod data
v. Mengimplemen ciri-ciri Amalan Baik Penternakan (GAHP) dan Program
Jaminan Kualiti (QAP) yang mana disahkan oleh Jabatan Penternakan
Haiwan.
vi. Menjimatkan masa dalam pengurusan ladang dan meningkatkan bilangan
pengeluaran ternakan.
5.6.2 Strategi Memasuki Pasaran
Pada peringkat permulaannya, sistem WiFarm akan bekerjasama dengan
Jabatan Penternakan Haiwan dan Persatuan Pertubuhan Peladang untuk mendapatkan
senarai penternak yang berdaftar dan sebagai cara memasarkan produk melalui
71
mereka. Komisen akan diberi kepada penternak-penternak sekiranya mereka
memperkenalkan sistem Wifarm kepada penternak-penternak yang lain. Projek
permulaan dibangun sebagai strategi untuk pengujian sistem.
Kemudian, kumpulan pemasaran akan bekerjasama dengan Kementerian
Pertanian dan Asas Tani apabila fasa kedua sistem Wifarm diambil alih yang mana
sasaran adalah ke seluruh negara.
5.6.3 Strategi Harga
WiFarm memberikan harga bergantung kepada pakej yang mana termasuk
latihan percuma, konsultansi dan perkhidmatan selepas jualan. Harga pakej yang
minimum adalah sebanyak RM 2500 untuk penternak komersil berskala kecil dan
RM 4000 untuk penternak komersil berskala besar.
5.6.4 Saluran-saluran Pengagihan
Pada peringkat permulaannya, sistem WiFarm akan bekerjasama dengan
MARA dan Persatuan Pertubuhan Peladang untuk mendapatkan senarai penternak
yang berdaftar dan sebagai cara memasarkan produk melalui mereka. Komisen akan
diberi kepada penternak-penternak sekiranya mereka memperkenalkan sistem
Wifarm kepada penternak-penternak yang lain. Projek permulaan dibangun sebagai
strategi untuk pengujian sistem. Strategi-strategi tersebut adalah seperti di bawah ini:
72
i. Kelas atau seminar percuma bagaimana untuk meningkatkan dan
melahirkan kesedaran akan penggunaan sistem WiFarm
ii. Kesedaran dalam implement ICT dalam persekitaran perniagaan
iii. Mendapatkan keperluan sebenar pengguna semasa kelas atau latihan
percuma dibuat
iv. Sokongan teknikal secara on-line selama 24 jam – untuk memberikan
layanan kepada pelanggan
v. WiFarm talian prihatin – untuk memberikan layanan kepada pelanggan
vi. Promosi bergerak bagi memahami masalah dan keperluan pelanggan
5.6.5 Promosi dan Pengiklanan
Aktiviti-aktiviti promosi adalah seperti di bawah ini :
i. Membina hubungan dengan Jabatan Penternakan Haiwan
ii. Melalui Persatuan Penternak Persekutuan Malaysia
iii. Melalui Mardi
iv. Melalui Felda
v. Melalui FAMA
vi. Melalui Persatuan Pertubuhan Penternak Malaysia
vii. Melalui Persatuan Usahawan Bumiputera
viii. Melalui promosi booth semasa pameran SME atau pameran yang
berkaitan
ix. Melalui pameran Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
x. Membuat promosi bergerak ke seluruh negara
xi. Melalui Bank Pertanian
73
xii. Melalui SMIDEC
xiii. Melalui Koperasi Penternak negeri Johor
5.7 Pembangunan Jangka Masa Panjang dan Perancangan Akan Datang
5.7.1 Matlamat
Sistem WiFarm adalah sebagai peneraju dalam sistem pengurusan ladang
ternakan yang menaiktaraf sistem kovensional pertanian, meningkatkan sistem
sokongan berkomputer untuk sistem pengeluaran daging dan memberikan sistem
pengurusan ladang yang mudah dan komprehensif.
5.7.2 Strategi-strategi
Strategi-strategi untuk berjaya dalam perniagaan ini ialah :
i. Perkhidmatan pelanggan atasan selama 24/7, penjagaan dan perkhidmatan
berkualiti tinggi
ii. Dari segi rangkaian mempunyai hubungan yang rapat dengan penternak
semi-komersil dan komersil serta sasaran kepada pelanggan-pelanggan.
iii. Dari segi reputasi memberikan 100% dedikasi untuk semua pelanggan
iv. Dari segi pengetahuan mempunyai pekerja berpengetahuan teknikal yang
kukuh dan menyediakan talian latihan serta perkhidmatan kepada para
pelanggan
74
5.7.3 Batu Tanda
Status pembangunan produk masih lagi dalam prototaip. Sila lihat Lampiran
A untuk melihat garis bentuk peristiwa-peristiwa penting dalam perancangan dan
perlaksanaan sistem WiFarm.
5.7.4 Penilain Risiko
Terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku ke atas sistem seperti di bawah:
i) Masalah perkakasan atau rosak
• Penyelesaian: mempunyai jadual untuk memeriksa kefungsian
perkakasan dan memberikan perkhidmatan yang diperlukan
ii) Sistem tidak berfungsi dengan baik
• Penyelesaian : membuat pengujian sebelum menggunakan sistem,
membuat backup data
iii) Kurang pengalaman dalam IT
• Penyelesaian : memberikan tutorial dan kelas bagaimana untuk
menguruskan dan menggunakan sistem untuk pengguna
5.7.5 Perancangan Keluar
Untuk akan datang, sistem WiFarm akan diimplemenkan di subsektor
pertanian yang lain seperti penanaman padi, perikanan, dan akuakultur, buah-buhan
dan sayur-sayuran serta perhutanan.
75
5.8 Ringkasan
Rancangan Perniagaan ini merupakan garis panduan yang penting bagi
memulakan projek Wifarm. Ia mengandungi pengenalan produk, analisa pasaran dan
rancangan implementasi bagi menjadikan Wifarm menjadi satu realiti. Rancangan
perniagaan ini menjadi kayu pengukur bagi Alfasys untuk mengetahui kemampuan
dan keupayaan projek Wifarm untuk berjaya di masa depan serta bagi memastikan
Wifarm terus relevan dalam industri pertanian khususnya dalam ternakan di
Malaysia.
Rancangan perniagaan ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut
keperluan terkini dan peredaran zaman. Dokumen ini akan digunakan untuk menarik
pelabur dan menjadi satu cara untuk syarikat mencari modal atau membuat pinjaman
dari pihak bank atau institusi kewangan yang lain.
BAB 6
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pencapaian
Setakat ini, pencapaian yang telah dicapai dari projek ini adalah seperti di
bawah ini:
i. Berdasarkan kepada analisis kajian literatur, kaedah dan teknik untuk
membangunkan system sangat berguna bagi memastikan kelancaran
pembangunan sistem serta kestabilan sistem.
ii. Analisis pasaran juga sangat berguna bagi memastikan kehendak dan
keperluan produk sentiasa mendapat keutamaan dan mempunyai harga
yang berpatutan.
iii. Selain itu juga, data yang diperolehi dari temuramah 3 orang penternak
sangat membantu dalam pembangunan system.
6.2 Kekangan dan Cabaran
Walaupun sistem telah dibangunkan berdasarkan kajian terperinci, beberapa
kekangan dan cabaran telah dikenalpasti:
i. Setakat ini system hanya menyokong penggunaan komputer atau laptop
sahaja dan dalam persekitaran windows sahaja.
77
ii. Keselamatan data masih menjadi satu kelemahan kepada sistem ini.
Beberapa kaedah enkripsi data perlu digunakan supaya kecurian data atau
kebocoran maklumat dapat dielakkan.
iii. Kesukaran dalam penggunaan system dikalangan penternak yang berumur
40 tahun ke atas.kerana mereka kurang pengetahuan dalam teknologi
maklumat, susah menerima teknologi baru dan lebih senang mengekalkan
system lama.
iv. Bersaing dengan produk pesaing yang lain.
v. Pembangun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam
membangunkan sistem sehingga memberi kesan kepada pembangunan
system yang tidak sempurna.
6.3 Ringkasan
i. Focus system setakat ini hanya bertumpu kepada ternakan lembu dan
kambing tetapi untuk akan datang akan mengimplemen kepada ternakan
yang lain dengan masih mengekalkan ciri-ciri semasa dan menambah
beberapa fungsi bergantung kepada keperluan.
ii. Pada masa akan datang akan menggunakan pda sebagai alat tambahan
untuk merekodkan data
iii. Dalam masa yang sama memberikan dan menolong penternak akan
kesedaran penggunaan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan hasil
pengeluaran ternakan mereka serta memberikan keuntungan sebanyak
yang boleh.
78
RUJUKAN
1. Ladang Integrasi.
http://agrolink.moa.my/jph/dvs/booklets/farming-guides/tac/kandungan.htm.
(26 Februari 2007)
2. Ladang Fidlot
http://agrolink.moa.my/jph/dvs/booklets/farming-
guides/feedlot/kandungan.htm. (26 Februari 2007)
3. Sistem Wifish
http://www.umt.edu.my/RMC/v2/form/poster/Mustaffa_WiFISH.pdf..
(23 Julai 2007)
4. Sistem CattleMax 2006
http://www.cattlemax.com (9 April 2007)
5. Microsoft Visual Studio 2005
http://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft_Visual_Studio#Visual_Studio_2005.
(3 April 2007) 6. Microsoft SQL server 2005
http://www.microsoft.com/SQL/default.mspx. (8 Oktober 2007)
7. Microsoft SQL server 2005
http://en.wikipedia.org/wiki/Microsoft_SQL_Server (8 Oktober 2007
8. Rational Unified Process
http://en.wikipedia.org/wiki/IBM_Rational_Unified_Process. (8 Oktober
2007)
9. Rational Unified Process
http://en.wikipedia.org/wiki/Rational_Unified_Process. ”.(8 Oktober 2007)
10. UML
http://en.wikipedia.org/wiki/Unified_Modeling_Language . (8 Oktober 2007)
11. UML
http://en.wikipedia.org/wiki/Unified_Modeling_Language (13 Mac 2007).
12. Utusan Malaysia (5 September, 2006)
13. Dasar Pertanian Negara III
http://www.idesa.net.my/modules/news/article.php?storyid=91
(13 April 2007).
79
14. RMK-9 (13 April 2007)
15. http://www.moa.gov.my/moa/index.php?option=com_content&task=blogcate
gory&id=211&Itemid=151 (13 April 2007)
16. Business Model on Web
http://digitalenterprise.org/models/models.html (13 Julai 2007).
17. NCER
www.ncer.com.my (2 Julai 2007).
18. Utusan Malaysia (20 Januari, 2008)