d.r.u.g - derap realisme ujana gemersik
DESCRIPTION
Catatan pinggirmeluah auraagar tak binasadalam rasaingin berhambaPada-Nya.Untuk kawan-kawan, tak mau jadi lawan.Mengharap setiakawan bukan mencari lawan.TRANSCRIPT
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
2
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik)
Terbitan Pertama Januari 2016
(C) Web Sutera
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-
mana bahagian daripada penerbitan ini, sama ada ilustrasi dan
isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya
sebelum memperoleh izin bertulis daripada pemilik hakcipta
terlebih dahulu.
Diterbitkan oleh:
Tinta Ibrah Web Sutera
13, Lorong Laman 2
Kg. Pandan Dalam
55100 Kuala Lumpur.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
3
Catatan pinggir
meluah aura
agar tak binasa
dalam rasa
ingin berhamba
Pada-Nya.
Untuk kawan-kawan, tak mau jadi lawan.
Mengharap setiakawan bukan mencari lawan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
4
Khilafah dan Khalifah Menerajui Tamadun
Kemanusiaan
“Yahudi membina negara Israel dengan menjarah dan
membunuh bumi serta umat Palestin. Dasar hagemoni mereka
ialah cerita karut Israelliyat, bersangka dan mendoktrin dunia
Barat dengan hasrat untuk kembalikan pemerintahan Nabi Daud
dan Nabi Sulaiman. Walhal hasrat mereka ialah untuk kukuhkan
fahaman Freemason dan Zionis yang menghalalkan semua
kaedah, termasuk pembunuhan massa demi mencapai matlamat.
“Tuan-tuan dan cikpuan-cikpuan yang saya kagumi, jelas
dalam al-Quran Allah bercerita. Amat terang Nabi Muhammad
SAW yang membawa Kitab agung itu adalah mukjizat alam,
yang batil disangkal, yang jahat dibenteras. Al-Quran adalah
petunjuk dunia, bukan untuk kita umat Islam semata-mata.
Justeru sekiranya bukan panduan al-Quran yang bercerita
keangkuhan kaum Yahudi, kita mahu merujuk kepada apa dan
siapa lagi?
“Mengapa Yahudi kemudian dengan doktrin Zionisnya?
Bukan salah lahir sebagai bangsa Yahudi justeru mereka juga
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
5
hamba Allah. Tapi Allah sudah beritahu kita secara terang dalam
al-Quran yang mereka jahat, menyeleweng ajaran wahyu dan
membunuh para nabi dan rasul. Dusta dalam keadaan mereka
mengetahui. Maka bagaimana buruknya perangai mereka itu?”
Itu antara intipati utama ucapan Perdana Menteri Turki
yang dipetik banyak media Islam dan dunia Timur.
Salah seorang pembentang utama di persidangan pleno
ialah Presiden Harakat Islam dari Malaysia. Beliau ialah seorang
ulama yang dihormati di seluruh Nusantara dan dunia Islam.
Harakat Islam ialah sebuah pertubuhan yang menggabungkan
semua gerakan dan parti Islam di seluruh Indonesia, Malaysia,
Mindanoa dan Patani. Ia turut disertai oleh majoriti NGO Islam
dari wilayah yang sama. Harakat Islam memperoleh sokongan
kuat dari kerajaan Malaysia yang memiliki kekuatan dari
sokongan rakyat negara itu. Pertubuhan ini dianggotai oleh
penganut agama Islam berbangsa Melayu, India, Cina dan
bangsa-bangsa minoriti lain di seluruh Nusantara.
Antara ujana dan perhatian ulama itu ialah seperti
terkandung dalam ucapannya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
6
“Kerajaan besar Nabi Daud dan Nabi Sulaiman adalah
kelebihan Allah yang diberikan kepada hamba-Nya, nabi dan
rasul yang memerintah dengan hidayah serta wahyu yang
memberi contoh terbaik untuk seluruh manusia dan jin. Mereka
tidak pisahkan antara beribadah kepada Allah dengan
memimpin hamba Allah, berhukum secara adil, bijaksana dan
prihatin kepada rakyat jelata dan alam buana.
“Segala hukum dan peraturan syariat yang diguna pakai
berdasarkan suruhan dan wahyu Allah, bukan main-main ikut
suka hati. Semua haiwan, makhluk jin dan ciptaan Allah berupa
bentuk muka bumi turut mendapat rahmat dari kedua-dua
hamba Allah yang diberi kelebihan itu.
“Tatakelola pemerintahan mereka bukan secara sekular
yang pisahkan urusan politik dan beragama. Tiada elemen
rasuah, pergantungan mutlak kepada tentera, mengumpul
kekayaan secara merampas hak orang lain, bahkan
menyeleweng kuasa yang dipinjamkan. Mereka berdua ialah
pendiri khilafah, dan juga Khalifah sebagai pendiri agama dan
memerintah secara adil saksama.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
7
“Allah bercerita, “Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah
menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara
manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan
kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang
demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya
orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat
pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah)
itu”.” (Sad 38:26)
“Raja sebenar Zionis-Yahudi ialah syaitan dan sang Dajjal
yang dikutuk Allah. Berdasarkan hadis riwayat Abul Faraj Ibnu
al-Jauzi bersumberkan laporan Abdullah bin Umar, Rasulullah
SAW memberitahu kita akan onar syaitan itu. Tatkala Nabi Nuh
menaiki bahtera, baginda melihat seorang tua yang tidak
dikenali. Nabi Nuh hairan justeru baginda mengenali setiap
pengikutnya yang beriman. Kemudian beliau membaca hadis
itu.
Nabi Nuh bertanya, “Mengapa kamu masuk?”
Orang tua itu menjawab, “Aku masuk kerana ingin menganggu
hati para sahabat kamu sehingga hati mereka bersama aku, sedangkan
jasad mereka bersamamu.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
8
“Wahai musuh Allah! Kamu keluar dari sini!” Walaupun
dihalau oleh Nabi Nuh, dia tidak keluar juga. Degil.
Lalu orang tua itu berkata, “Ada lima perkara yang aku
gunakan untuk binasakan manusia. Aku akan memberitahu tiga
perkara daripadanya, sedangkan yang dua lagi aku tidak akan
beritahu.”
Lalu Allah turunkan wahyu kepada hamba-Nya Nabi Nuh,
meminta baginda menyuruh orang tua itu beritahu dua perkara yang
cuba disembunyikannya, dan abaikan tiga yang lain.
Setelah baginda menyuruhnya, orang tua itu berkata, “Dengan
dua perkara itu aku dapat binasakan umat manusia, yakni hasad dengki
dan rakus. Ini kerana disebabkan bersifat hasad, aku dilaknat dan
dijadikan sebagai syaitan yang terkutuk.
Sifat rakus pula membuatkan aku menghasut Adam agar
memakan semua isi syurga tanpa terkecuali walau satu pun, dan aku
berhasil memperoleh hasrat itu sehingga dia dikeluarkan dari syurga.”
“Orang tua itu ialah sang Iblis yang dilaknat Allah.
Berbalik kepada pemerintahan Nabi Daud dan Sulaiman.
Mereka tidak memerintah atas dasar perkauman. Ia adalah
kerajaan Islam – khilafah - yang didirikan atas dasar beribadah
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
9
kepada Allah dengan syariat-Nya, dan berjihad demi redha-Nya.
Nabi Daud melaknat Yahudi yang kufur serta berlepas diri dari
kejahatan mereka.
** Dipetik dari novel PERANG ARMAGEDON, diterbitkan oleh
Galeri Ilmu, sebuah siri dalam Trilogi Armagedon.
**********
Dalam pengertian syariah, Khilafah digunakan untuk menyebut
orang yang menggantikan Nabi Muhammad SAW dalam
kepemimpinan Negara Islam (ad-Dawlah al-Islamiyah). Inilah
pengertiannya pada masa awal Islam, yakni syariat yang dibawa
oleh Nabi Muhammad SAW. Kemudian, dalam perkembangan
selanjutnya, istilah Khilafah digunakan untuk menyebut Negara
Islam.
Menurut Ibnu Khaldun, Khilafah adalah pengembangan
seluruh urusan umat sesuai dengan kehendak pandangan
syariah dalam kemaslahatan-kemaslahatan mereka dalam
urusan dunia dan akhirat. Yang akhirnya urusan dunia juga
untuk kemaslahatan akhirat.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
10
Jadi, Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi kaum
muslimin seluruhnya, untuk menegakkan hukum-hukum
syariah Islam dan melestarikan dakwah Islamiyah ke seluruh
dunia.
Selanjutnya, Khilafah dalam terminologi politik Islam
ialah sistem pemerintahan Islam yang meneruskan sistem
pemerintahan Rasullullah SAW, dengan segala aspeknya yang
berdasarkan al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW.
Sedangkan Khalifah ialah pemimpin tertinggi umat Islam
sedunia, atau disebut juga dengan Imam A‟zhom yang sekali gus
menjadi pemimpin Negara Islam (Khilafah) sedunia atau lazim
juga disebut dengan Khalifatul Muslimin atau Amirul
Mukminin.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
11
Air Sumber Hidup dan Armagedon
Pembentukan sel pada makhluk hidup, merupakan hasil
daripada interaksi yang dinamis dan rumit, antara berbagai jenis
sel, setelah melewati berbagai proses. Agar interaksi ini boleh
efektif, maka diperlukan unsur pokok yang menjadi elemen
untuk mensenyawakan berbagai sel, sehingga proses
kehidupannya terus berkembang.
Unsur pokok atau asas itu adalah air. Air sumber
kehidupan. Justeru, air mempunyai peranan teramat penting
dalam kehidupan di dunia ini – dari sudut membina kehidupan
baharu, mencari rezeki ataupun dalam taktikal peperangan.
Air mengisi sekitar 90 peratus daripada kandungan zat
protoplasma yang merupakan zat pembentuk sel. Ia merupakan
unsur penting dalam pembentukan sel-sel hidup yang terdapat
dalam tubuh manusia. Air adalah medium yang boleh
mengaktifkan enzim dan protein, dan lain-lain tindakan dalam
tubuh benda hidup.
Banyak lagi fakta sains tentang air. Namun bukan hasrat
saya untuk mengupasnya di sini. Apa yang saya mahu sorot
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
12
ialah air itu elemen utama kehidupan di dunia ini. Kajian sains
dan apa yang termaktub dalam al-Quran tidak dapat disangkal
lagi. Allah berfirman dalam Kitab-Nya:
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan
mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal
mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan
antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang
hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (Al-Anbiyaa‟
21:30)
Air dan bencana berkaitan air turut menjadi teori dan
hipotesis fenomena Armagedon dalam agama Nasrani/Kristian
dan Yahudi. Banyak catatan dalam Taurat dan Bible berkenaan
Armagedon ini. Adakah Armagedon adalah retorik? Apakah
fahaman Armagedon dari sisi Nasrani dan Yahudi? Apa pula
menurut pandangan Islam?
Dalam Bible ada tercatat: “Then they gathered the kings
together to the place that in Hebrew is called Armageddon.”
(Revelation 16:16)
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
13
Terjemahan dalam bahasa Melayu/Indonesia, antara lain:
“Lalu ia mengumpulkan mereka di tempat, yang dalam bahasa Ibrani
disebut Armageddon.” (Wahyu 16:16)
Banyak filem dan dokumentari Barat dan Yahudi
menggambarkan rupa bentuk sebuah bahtera yang persis
bahtera luar biasa yang dibina oleh Nabi Nuh a.s. untuk suatu
entiti atau wahana bagi menyelamatkan generasi manusia dari
bencana Armagedon. Di dalam bayangan mereka itu juga,
mereka memperlihatkan gambaran haiwan-haiwan yang
dikumpul memasuki bahtera itu.
Bahtera agam lagi sangat canggih itu dibina dengan
menggunakan pelbagai teknologi terkini yang dicapai manusia
melalui gabungan ribuan saintis dan bijak pandai dalam
pelbagai bidang. Itulah satu-satunya bahtera atau kapal laut
terbesar yang pernah dibina manusia.
Begitu juga bahtera Nabi Nuh a.s. di zaman baginda. Ada
pandangan ulama memberitahu bahawa bahtera baginda itu
tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kapal pengangkut
binaan manusia sehingga kini, mungkin sehingga berakhirnya
dunia fana ini nanti.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
14
Penyebab kemusnahan satu kaum manusia – Bani Rasib –
di era Nabi Nuh a.s. disebabkan malatepaka banjir amat besar
lagi bergelombang ganas. Dalam filem Armagedon 2012 juga
muka planet Bumi berakhir tamadunnya disebabkan air, setelah
banyak siri bencana lain sebelumnya. Filem ini ialah adaptasi
kisah kejadian bencana alam dari ceritera Nabi Nuh a.s.
Tetapi mereka hanya melihat sisi bencana yang
memusnahkan kehidupan di bumi, bukannya sebagai hukuman
Allah kepada kaum kafir yang menyembah banyak berhala di
era Nabi Nuh a.s., lagi amat zalim terhadap golongan miskin dan
sederhana.
Sementara itu, dalam kisah apa yang pihak Barat dan
Yahudi gambarkan sebagai „penaklukan‟ kota Konstantinopel
oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, mereka turut menjadikan
kisah itu sebagai fenomena Armagedon. Yakni musnahnya
sebuah peradaban Kristian Empayar Bizantin oleh sebab
serangan terancang tentera Islam pimpinan sultan berumur 21
tahun itu.
Daripada tertawan dan runtuhnya benteng kota
Konstantinopel, mereka sifatkan peristiwa itu sebagai
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
15
Armagedon yang musnahkan penguasaan Barat ke atas dunia.
Pada hemat saya, itu pandangan etnosentik dari lensa mereka
yang kekal bersangka jahat kepada Islam.
Walhal, kita menyakini bahawa itu ialah sebuah misi suci
bagi membebaskan satu kuasa tirani selama lebih seribu tahun
menjarah manusia dalam doktrin yang kurang baik untuk
kemanusiaan, pemerintah zalim yang suka merampas harta
rakyat. Usaha Sultan Muhammad Al-Fateh itu antara lain, ialah
sisi membebaskan perhambaan sesama manusia.
Bagi pihak Barat, terutamanya orang-orang yang tidak
mempercayai hari pembalasan di akhirat, Armagedon merujuk
kepada kejadian malapetaka yang akan memulakan kehidupan
baharu spesis manusia di muka Bumi.
Banyak filem juga menggambarkan suatu ketika planet ini
akan diserang oleh makhluk asing dari planet lain, lalu generasi
manusia hancur, hanya segelintir yang terselamat. Kemudian
kumpulan kecil pejuang-pejuang manusia akan bertungkus-
lumus menyelamatkan saki-baki manusia agar tidak pupus.
Namun dari pandangan Islam, Armagedon (asalnya dari
ajaran Yahudi dan Nasrani) ialah satu perkataan yang merujuk
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
16
kepada kejadian atau perang atau siri perang di antara dua
golongan – Islam melawan kafir Zionis-Yahudi. Ia juga merujuk
kepada kejadian malapetaka – akibat perbuatan tangan-tangan
manusia – yang menjadi siri kejadian penanda akhir zaman, dan
akhirnya terjadi perang Al-Malhamah Al-Kubra sebelum jagat
raya ini kiamat.
Bermulanya misi menyahut dan mencari jalan
penyelesaian bagi mencapai ramalan kenabian Nabi Muhammad
SAW oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ialah dengan melihat air.
Yakni, baginda Sultan melihat laut di sekitar Asia dan Eropah,
khususnya Laut Tengah atau Laut Mediterranean dan Laut
Hitam. Maka baginda menguatkan armada tentera laut dengan
kapal-kapal besar, terkini dan tentera yang terlatih
mengendalikan kapal dan bertempur di lautan.
Faktor air di selat Tanjung Emas turut menjadi
penghalang utama gerakan memanjat benteng kota
Konstantinopel. Maka akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh
dengan nasihat ulama besar, „melayarkan‟ kapal-kapal melintasi
„samudera‟ bukit sehingga tiba di sempadan sebelah sana,
sempadan musuh.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
17
Pihak musuh gempar kerana membayangkan seolah-olah
kapal-kapal itu „terbang‟ atau „belayar‟ menaiki bukit.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
18
Wawasan Jangan Kembali ke Era Kejahilan
“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia
telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar,
maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad),
kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang
memelihara mereka dari melakukan kesalahan).” (Surah an-
Nisaa‟, ayat 80)
Apabila berwawasan, jangan undur ke belakang! Wawasan
seharusnya sebuah perancangan untuk kebaikan di masa
hadapan. Berpaling ke belakang boleh, tetapi dengan tujuan
melihat sejarah lalu, jejak yang ditinggalkan oleh para Champion
yang melakar sejarah agung dunia. Ia bukan bertujuan kembali
ke era jahiliyyah.
Justeru itu, izinkan saya memperkatakan sebuah buku
berjudul Things in Common oleh saudara Syed Akbar Ali. Buku
tersebut memuatkan empat bahagian. Tiga daripadanya
menyentuh isu Islam yang merangkumi kenegaraan, praktik,
tradisi, mazhab, kepercayaan, cara hidup (deen) dan undang-
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
19
undang. Isu yang diketengahkan dan dikupas oleh penulis
dalam tiga bab tersebut begitu mengujakan saya. Kebanyakan
keterujaan saya bukannya kerana tepatnya komentar beliau,
malah ia justeru kerana kekeliruan yang dinatijahkan oleh
penjelasannya.
Kebanyakan istilah, praktik, kepercayaan dan undang-
undang yang penulis kupas akan disusuli dengan sama ada “not
found mentioned anywhere in the Quran”, “nowhere in the Quran does
it say..”, “it‟s not in the Quran”, “..are not found in the Quran” dan
“Why don‟t we refer to the Quran?”
Penulis mengatakan bahawa beliau merupakan seorang
yang benar-benar mengikuti ajaran al-Quran dan selalu merujuk
al-Quran dalam setiap perkara yang dilakukan. Tanpa prejudis,
saya menyangkal apa yang katakan oleh beliau.
Dalam masa yang sama, tiada satu pun ayat beliau yang
boleh diterjemahkan bahawa beliau merujuk kepada hadis Nabi
Muhammad (Sallallahhu‟alaiwasallam). Inilah yang ingin saya
diskusikan dalam ruang lingkup bahawa wawasan Champion
jangan kembali ke era kejahilan.
Apa hubungan Nabi Muhammad SAW dengan Allah?
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
20
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi
Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah
dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.”
(Surah ali-Imran, ayat 31 dan 32)
Allah mengancam manusia dengan azab-Nya lantaran
tidak menyintai Nabi Muhammad SAW. Ayat-ayat al-Quran
bukan sahaja perlukan terjemahan, malah wajib ditafsir.
Fahamkan kata-kata Allah di bawah:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan
anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau
suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang
kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya
itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan
Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah
sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
21
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik
(derhaka).” (Surah at-Taubah, ayat 24)
Umat Islam wajib beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
Nabi Muhammad SAW. Di sini juga perlukan tafsiran. Allah
berkata dalam al-Quran:
“Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-
Nya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang
mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang
„Siddiqiin‟ dan orang-orang yang mati syahid; mereka akan beroleh
pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati
syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta
mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.
(Surah al-Hadid, ayat 19)
Para pembaca dan penulis buku Things in Common, Nabi
Muhammad SAW diutuskan Allah antara lain bertujuan untuk
memberi kesan atau panduan wahyu. Nabi Muhammad SAW
adalah wahana atau sosok yang melaluinya Allah menurunkan
ayat-ayat-Nya dalam bentuk al-Quran. Oleh itu, Nabi
Muhammad bin Abdullah (Sallallahhu'alaiwasallam)
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
22
membangunkan hubungan dengan Tuhan, yang kemudiannya
dirasai oleh umat Islam apabila mencontohi jalannya.
Allah telah mengutus Rasulullah SAW bukan sahaja
memberikan pencerahan kepada wahyu, tetapi juga untuk
mengajar dan menjelaskan ayat-ayat al-Quran. Oleh itu,
penjelasan Nabi Muhammad SAW terhadap ayat-ayat al-Quran
berfungsi sebagai tafsiran yang pertama dan yang paling tepat
Kitab teragung itu, yang dikenali sebagai tafsir.
Contoh termudah dan terpenting ialah solat wajib lima
waktu sehari semalam. Dalam al-Quran terang-terang Allah
nyatakan bahawa dirikanlah atau tunaikan solat. Itu sahaja, tiada
pun tatacara bagaimana solat itu dilaksanakan. Jadi, dari mana
pelakuan fizikal dan bacaan ketika solat diperoleh? Pastinya dari
pelakuan dan kata-kata baginda Nabi Muhammad SAW.
Allah berkata dalam al-Quran:
“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia
telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka
(janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak
mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari
melakukan kesalahan).” (Surah an-Nisaa‟, ayat 80)
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
23
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan
mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak
memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang
tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia
telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” (Surah al-Ahzab, ayat
36)
Dari ayat-ayat al-Quran (yang merupakan kata-kata
Allah) di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa perkataan Nabi
Muhammad SAW, dikenali sebagai hadis, dan tindakan atau
pelakuannya, dikenali sebagai sunnah, membentuk elemen amat
penting dalam praktik kehidupan Muslim seharian. Hadis dan
sunnah merupakan sumber hukum atau undang-undang kedua
selepas al-Quran dalam amalan orang Islam.
Muslim mengamalkan kata-kata dan pelakuan Nabi
Muhammad SAW dalam bentuk undang-undang Islam, yang
dikenali sebagai syariah.
Inilah satu bukti umum bahawa al-Quran itu selari
dengan Rasulullah SAW. Mesti digunapakai kedua-duanya
melalui tafsiran yang tersurat dan tersirat.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
24
**********
Dalam bab 5 di bawah tajuk “Why Not Quote the Quran”, Syed
Akbar Ali menulis: "The words hijab, purdah and tudung or head
covers are really secondary issues. The primary issue is why are they
necessary? Hence we come to the word AURAT or nakedness."
Dalam perihal yang besar ini, penulis Syed Akbar Ali
mengambil salah satu ayat al-Quran berikut:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa
mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-
anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-
saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-
hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
25
dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang
belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi
dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah an-
Nur, ayat 31)
Terjemahan lain untuk ayat “dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka” ialah “Dan
hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya.”
Aurat wanita dikategorikan dalam dua kumpulan
penting. Pertama aurat bagi mahram dan yang kedua aurat bagi
yang bukan mahram. Golongan mahram ialah seperti mana
disebutkan dalam kata-kata Allah di atas; iaitu suami, bapa, bapa
mertua, anak-anak, anak-anak tiri, saudara-saudara mereka,
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-
perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji
dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan
kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
26
Selain daripada itu, semuanya tergolong dalam kategori
bukan mahram yang aurat wanita kesemuanya wajib ditutup.
Isu yang ingin saya ketengahkan ialah Syed Akbar Ali
mengatakan rambut bukan sebahagian daripada aurat wanita.
Justeru itu ianya tidak wajib ditutup dalam semua keadaan.
Dalam ayat di atas jelas bahawa hendaklah wanita melabuhkan
kain tudung hingga ke paras dadanya. Kain tudung atau hijab
dalam bahasa Arab mesti dipakai dan dilabuhkan hingga ke
paras dada atau dalam kata lain menutup bentuk dada (susu)
wanita supaya tidak kelihatan.
Jelas bahawa rambut dan dada wanita adalah aurat yang
wajib ditutup. Namun rambut boleh tidak ditutup jika bersama
mahram. Ajaran Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi
Muhammad SAW seperti mana dalam Surah an-Nur ayat 31
menegaskan pemakaian tudung sehingga menutupi dada, juga
tidak terkecuali rambut.
Lanjutan daripada ini, wanita Muslim juga mesti
memakai pakaian yang longgar. Ini bermakna pakaian tersebut
tidak menampakkan bentuk tubuh badan, terutamanya di
bahagian dada dan pinggul.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
27
Penulis mengatakan, "But if a woman hair is also considered
part of her aurat or nakedness then from this verse it should follow that
a mother cannot show her hair (or her neck, ears, arms and/or ankles)
even to her children."
Saudara Syed Akbar Ali perlu merujuk tafsir al-Quran
dan melengkapkannya dengan hadis Nabi Muhammad SAW
berkenaan hal ini. Aurat untuk golongan mahran dan bukan
mahram berlainan.
Jika merujuk perbandingan antara ajaran Kristian, Yahudi
dan Islam (al-Quran) dalam perihal rambut ini, maka dapat
dilihat bahawa peraturannya sama, tetapi dengan alasan
berbeza. Ada golongan manusia (termasuk saudara Syed Akbar
Ali) tidak bersetuju dengan Islam yang memerlukan wanita
memakai tudung atau dalam bahasa Arab digunakan istilah
hijab.
Jika kita membaca Bible bahagian Corinthians, bab 11 ayat
3 – 10, ia mengatakan “when a woman prays, she must either cover
her hair or shave it.” Juga peraturan agama Yahudi tradisional
(Rabbinical law) menyatakan bahawa “modesty and nobility required
covering the hair.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
28
Keperluan memakai tudung atau penutup kepala dalam
Islam dan Yahudi berkongsi tujuan, iaitu untuk menjaga
kehormatan dan kesucian kaum wanita. Dalam pada itu,
peraturan berkenaan rambut dalam tiga agama ini mungkin
saling bertindih, tetapi kewajaran dan alasan berbeza. Ini
mungkin menerangkan mengapa dunia Barat menuduh hijab
sebagai elemen atau simbol penindasan. Justeru mengapa kita
mahu berundur ke belakang dan mengamalkan sikap kejahilan
mereka yang terdahulu?
Apa kata Nabi Muhammad SAW tentang pakaian wanita?
Baca kisah ini.
Asma' binti U'mais berkata, beliau melaporkan bahawa
Rasulullah SAW telah datang untuk berjumpa dengan Aisyah
binti Abu Bakar (isteri Rasulullah), dan bersama Aisyah pada
ketika itu saudara perempuannya (iaitu saudara perempauan
Aisyah), Asma' binti Abu Bakar.
Pada ketika itu Asma' memakai pakaian orang Syam
(sejenis pakaian Arab) yang lengannya agak luas terbuka (yang
mungkin menampakkan lengan dan bahagian badan yang lain).
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
29
Apabila Rasulullah SAW melihat keadaan Asma' sedemikian,
lantas Rasulullah SAW bangun dan keluar dengan cepat.
Apabila Aisyah melihat Rasulullah SAW keluar dengan
cepat, maka dia berkata kepada Asma' (mungkin Aisyah perasan
apa yang tidak disenangi oleh Rasulullah), ”Beredarlah,
sesungguhnya Rasulullah telah melihat perkara yang tidak
disenanginya."
Setelah Asma' beredar, maka Rasulullah SAW datang
kembali untuk berjumpa dengan Aisyah. Maka Aisyah terus
bertanya, mengapa baginda bangun dan terus keluar? Maka
jawab baginda, “Adakah kau tidak melihat keadaannya (iaitu keadaan
Asma‟ berpakaian)? Sesungguhnya seorang perempuan Muslimah itu
tidak boleh menampakkan sesuatu dari tubuh badannya melainkan ini
dan ini (Rasulullah (Sallallahhu‟alaiwasallam) menunjukkan
pergelangan tangannya dan menggengamnya, dan juga Rasulullah
(Sallallahhu‟alaiwasallam) menekapkan kedua tangannya ke pipinya
untuk menunjukkan muka sahaja). (Hadis direkodkan oleh at-
Tabrani dan al-Baihaqi)
Abu Hurairah melaporkan Rasulullah SAW berkata, “Ada
dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
30
mereka, iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang
digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita-
wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan
lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut,
kepala mereka didedah dan dihias (bagaikan bonggol-bonggol unta).
Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat
menghidu bauannya, dan bauan syurga itu dapat dihidu dari jarak
seribu tahun perjalanan.” (Hadis direkodkan oleh Muslim)
Mahu lagi? Ini dia hadis Rasulullah SAW dengan satu
kisah.
Dilaporkan bahawa Rasululullah SAW pernah melihat
isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat
daripada kain tebal, tetapi menampakkan bentuk badannya.
Lantas baginda menegur kepada suaminya, "Suruhlah dia
memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia
menggambarkan bentuk tulangnya". (Hadis direkodkan oleh al-
Baihaqi)
Dalam keadaan atau persekitaran tertentu pula, pada
hemat saya, lebih baik mengenakan purdah. Namun jika tidak
mampu, maka cukup tudung kepala atau tudung. Namun
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
31
jangan dikutuk pula Muslimah yang lebih selesa memakai
purdah berbanding hijab, kerana itu pegangan mereka.
**********
Sebagai tambahan, sila teliti salah satu kata-kata Allah dalam
kitab suci al-Quran di bawah.
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak
disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam
mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian
mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa
yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu
dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisaa, ayat 65)
Dalam bab “The Hudud Laws”, Syed Akbar Ali menulis:
“Another word that stirs up much excitement among the religionists is
hudud. This refers to the Hudud Laws or religious laws which are
considered an essential part of the religious regime. The fact is there has
never been a complete set of hudud laws established in any Islamic
country throughout history.”
Di muka surat yang sama, beliau mendakwa: “Similar to
what I said in the previous chapter about hijab, although the religionists
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
32
keep harping about hudud they never refer to even one of the verses in
the Quran that do talk about hudud.”
Daripada kedua-dua pernyataan penulis di atas dan lain-
lain hujah beliau dalam buku Things In Common, saya dapat
simpulkan bahawa beliau mendakwa undang-undang hudud
tiada dalam al-Quran. Saya kutip tulisan beliau di muka surat 68,
“There is no indication of any hudud laws here.” Dengan kata lain,
beliau menuduh undang-undang hudud merupakan peraturan
yang dicipta oleh „orang-orang agama‟ (religionists) tanpa
mengikut apa yang tertulis dalam al-Quran.
Bagi saudara Syed Akbar Ali dan para penentang hukum
hudud, saya nyatakan fakta mengenai undang-undang jenayah
syariah dalam Islam.
“Undang-undang jenayah syariah merangkumi tiga
perkara, iaitu hudud, qisas dan takzir. Hudud ialah hukuman
yang telah ditentukan Allah di dalam al-Quran dan hadis.
Hukuman ini adalah hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti
atau dipinda hukumannya. Contohnya ialah hukuman ke atas
orang-orang yang berzina, menuduh orang berzina atau liwat,
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
33
minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam (murtad
atau riddah), merompak dan memberontak.
“Qisas juga sama ertinya dengan hudud. Tetapi dari segi
hak, qisas agak berbeza daripada hudud. Hudud itu semata-
mata hak Allah, tiada kompromi, tetapi qisas adalah gabungan
hak Allah dan hak manusia. Hak manusia di sini bermaksud
mangsa dan ahli warisnya berhak memberi kemaafan kepada
penjenayah. Dengan kemaafan tersebut, gugurlah hukuman
qisas ke atas penjenayah tersebut.” (Dari buku Kamus Istilah
Undang-Undang Jenayah Syari‟ah oleh Mohd. Shukri Hanapi dan
Mohd. Tajul Sabki Abd. Latip, terbitan Zebra Editions Sdn. Bhd, 2003)
Jika saudara Syed Akbar Ali benar-benar mengikut ajaran
al-Quran seperti mana acapkali disebutkan dalam buku Things in
Common, maka saudara wajib merujuk al-Quran dan sunnah
Nabi Muhammad SAW.
Saya ambil satu kes sebagai panduan. Isteri Nabi
Muhammad SAW, Aisyah binti Abu Bakar, melaporkan dengan
berkata, “Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan
masalah seorang wanita dari suku kaum Makhzumiah yang
telah mencuri. Mereka berkata, „Siapakah yang akan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
34
memberitahu masalah ini kepada Rasulullah SAW?‟ Dengan
serentak mereka menjawab, „Kami rasa hanya Usamah sahaja
yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih
Rasulullah‟.”
Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada
Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW berkata, “Jadi maksud
kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari
hukum Allah?”
Kemudian baginda berdiri dan berucap, “Wahai manusia!
Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum
daripada kamu ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang
mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati
orang lemah di antara mereka mencuri, mereka akan menjatuhkan
hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad
yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.” (Hadis
direkodkan oleh Bukhari)
Tuan-tuan dan puan-puan, tidak mampu menjalankan
undang-undang yang ditetapkan oleh Allah lantaran faktor-
faktor tertentu itu satu hal. Tetapi mengatakan bahawa undang-
undang hudud tiada dalam al-Quran, justeru itu tidak wajib
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
35
dilaksanakan untuk umat Islam, itu satu hal lain yang amat
parah akibatnya.
Saudara Syed Akbar Ali dan para pembaca budiman,
dalam hukum qisas pula, sila teliti kata-kata Allah ini:
“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu
menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara
orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang
merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan
perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian
keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah
orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam
menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah
menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang
demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu
rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk
membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 178)
“Ya Allah, ampunkan aku dan kedua-dua ibu-bapaku
sekiranya aku tersilap dalam hal ini. Amin ya Allah ya Rabbal
„Alamin.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
36
Jangan berundur ke belakang dan mencedok wawasan era
yang sarat kejahilan. Itu bukan Champion, tetapi pemusnah
agama dan norma kehidupan.
** Dipetik dari buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah SAW,
diterbitkan oleh Must Read.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
37
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
38
BAB 1
Andai lidah terbelit bicara.
Maafkan hamba, wahai buana.
Tersasul kata tiada bermakna.
Sekadar ilham dari Yang Esa.
Di suatu waktu dahulu
Ini sebuah kisah yang memperikan susur galur raja yang
memerintah sebuah kerajaan Islam bernama Patani Darussalam.
Pada suatu ketika di sebuah kota bernama Kota Mahligai,
terdapat seorang raja bersemayam bernama Paya Tu Kerub
Mahajana. Tidak berapa lama selepas pernikahannya, baginda
dianugerahkan Allah seorang putera yang diberikan nama Paya
Tu Antara. Sebagaimana lumrah kehidupan fana ini, tidak
berapa lama kemudian Tuanku Paya Tu Kerub Mahajana
mangkat.
Selepas kemangkatan ayahandanya, Raja Paya Tu Antara
ditabalkan menduduki takhta pemerintahan Kota Mahligai.
Baginda menukar nama kepada Paya Tu Naqpa.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
39
Tuanku Paya Tu Naqpa sangat gemar berburu binatang
liar di dalam hutan negaranya.
Pada suatu hari yang cerah lagi ceria, Tuanku Paya Tu
Naqpa bertemu dengan semua menteri, pegawai istana,
hulubalang serta rakyat jelata yang dapat hadirkan diri.
Sambil menduduki singahsana takhta kerajaan, baginda
bertitah, “Beta mendapat khabar bahawa di tepi laut banyak
binatang yang boleh diburu. Apakah benar, wahai menteri-
menteri kerajaan?”
Memanda Menteri bersegera berkata, “Ampun Tuanku!
Memang benar seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha
Mulia. Patik pun turut mendapat khabar yang sedemikian juga.
Apakah hajat Tuanku?”
Raja Paya Tu Naqpa tersenyum senang dan bertitah,
“Andai benar demikian, perintahkan semua rakyat agar dapat
menyertai perburuan kita ini. Esok pagi beta ingin berburu di
tepi laut berkenaan.”
Semua menteri dan hulubalang berkata serentak, “Daulat
Tuanku! Patik menjunjung perintah ke bawah Duli Tuanku.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
40
Pada keesokan hari setelah fajar menyinsing, baginda berangkat
dengan iringan semua para menteri dan hulubalang kerajaan.
Segala kelengkapan dan peralatan kebesaran kerajaan Kota
Mahligai dibawa bersama. Pada masa yang sama seluruh rakyat
jelata juga mengikuti misi perburuan raja mereka di tepi laut itu.
Sebaik sahaja tiba di lokasi perburuan, mereka berhenti.
Para pekerja dan rakyat mendirikan khemah penginapan.
Baginda Raja Paya Tu Naqpa menunggang seekor gajah yang
besar, berhiaskan segala panji-panji kerajaan Kota Mahligai.
Setelah khemah didirikan, baginda raja turun dari
belakang gajah dan memasuki khemah diraja. Baginda
bersemayam di singgahsana kerajaan, berhadapan semua
pegawai istana dan rakyat jelata.
Baginda tersenyum senang dengan segala persiapan yang
telah diusahakan oleh pegawai kerajaan dan rakyat. Dari atas
singgahsana, baginda bertitah, “Beta dengar di tepi laut banyak
terdapat rusa-rusa berkeliaran. Bentara! Sila menyiasat bekas-
bekas jejak rusa-rusa tersebut. Boleh kita ketahui di manakah
gerangan kawasan permainan rusa-rusa itu. Bawa bersama
beberapa orang mengikut Bentara.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
41
“Titah dijunjung, Tuanku,” akur Bentara diraja kerajaan
Kota Mahligai.
Setelah mengumpul beberapa orang, maka Bentara pun
bersegera bergerak ke suatu lokasi bagi mengesan jejak-jejak
kawanan rusa liar yang menghuni di kawasan berhampiran tepi
pantai.
Menjelang petang, pasukan yang menjejaki kawanan rusa pun
kembali. Bentara diraja datang menghadap baginda lalu
melaporkan, “Daulat Tuanku. Pada hutan sebelah tepi laut ini,
patik dapat mengesan banyak tapak kaki rusa. Rakan-rakan
patik juga sudah melihat sendiri di tepian pantai. Di situ juga
kedapatan bekas-bekas mainan sang rusa.”
Maka titah baginda Raja Paya Tu Naqpa, “Baiklah, esok
pagi-pagi kita berburu. Malam ini sebelum tengah malam,
persiapkan segala peralatan supaya tidak terkocoh-kocoh
keesokan paginya.”
“Menjunjung titah, Tuanku.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
42
Setelah bersantap sebaik fajar menyinsing, maka Raja
Paya Tu Naqpa bersama segala rakyatnya bergerak menuju ke
hutan berhampiran tepian pantai tersebut. Sebahagian besar
rakyat Kota Mahligai memasuki hutan bagi memburu kelibat
sang rusa. Mereka menggunakan jaring dan jerat bagi tujuan
tersebut.
Walau bagaimanapun, sehingga tergelincirnya matahari
ke arah barat, tiada seekor pun rusa yang dijumpai, apatah lagi
ditangkap.
Raja Paya Tu Naqpa menjadi cukup hairan lalu bertitah,
“Lepaskan anjing-anjing perburuan supaya binatang itu dapat
mencium bau di mana duduk letaknya atau tempat
persembunyian rusa-rusa itu. Beta pelik, banyak bekas tapak
kaki, tetapi kelibat rusa seolah-olah disembunyikan oleh warga
hutan ini.”
Lalu beberapa ekor anjing itu pun dilepaskan. Sambil
menyalak, binatang perburuan itu laju berlari ke suatu arah.
Sekumpulan besar hulubalang dan rakyat turut berlarian
mengejar anjing-anjing tersebut. Tuanku Raja Paya Tu Naqpa
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
43
juga turut berlarian bersama-sama dengan pengiring diraja
termasuk Memanda Menteri.
Dalam tempoh kira-kira dua jam, bunyi salakan anjing
kedengaran lantang. Lantas baginda bersegera mendapatkan
anjing itu. Baginda melihat anjing itu berhenti dan berlegar-legar
di sekitar suatu sisi sebuah tasik. Lantas baginda pun bertemu
dengan semua orang yang menuruti anjing itu.
Raja Paya Tu Naqpa bertanya, “Apa yang disalak oleh
anjing itu?”
Bentara diraja mengangkat sembah lalu berkata, “Daulat
Tuanku! Patik mohonkan ampun dan kurnia ke Bawah Duli
Tuanku. Ada seekor pelanduk putih, besarnya seperti kambing.
Tubuhnya berwarna gilang gemilang. Itulah yang dihambat oleh
anjing itu, Tuanku. Justeru pelanduk itu pun lari ke arah
kawasan berpasir pantai di sana. Kelibatnya menghilang.”
Baginda Raja Paya Tu Naqpa tidak marah, malah berkata,
“Tidak mengapa, duhai Bentara beta. Beta maklum akan
kedudukan sebenar.”
Bentara diraja bertanya, “Apakah titah Tuanku
seterusnya?”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
44
Setelah mendengar pertanyaan itu, baginda pun bertitah,
“Elok benar kiranya kita menuju ke tempat tersebut. Beta sangat
berhajat bagi mengetahui apakah yang ada di sebelah sana.”
Selang beberapa ketika, maka baginda pun berangkat
berjalan ke arah tempat itu. Sebaik tiba di lokasi yang dikatakan
menghilangnya pelanduk putih, baginda melihat sebuah rumah
berdindingkan kayu-kayu hutan dan pelepah rembia, serta
beratapkan dedaunan kelapa yang dianyam rapi.
Raja Paya Tu Naqpa bertanya kepada semua ahli
rombongan, “Siapakah gerangan empunya rumah itu?”
Bentara dan para hulubalang memandang di sekeliling
sambil melingarkan mata masing-masing. “Itu ada sepasang
lelaki dan perempuan tua, Tuanku. Izinkan patik bertanya,” kata
Bentara.
Kedua-dua orang tua tersebut sedang merawa dan
menjerat di suatu sudut di tepian pantai yang redup.
Sebaik tiba di bawah lindungan pepohon, Bentara
bertanya, “Siapakah gerangan tuan hamba berdua? Dari mana
asal usulnya?”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
45
Orang tua lelaki itu terkejut dengan pertanyaan yang tiba-
tiba itu. Lantas matanya melihat sekumpulan orang-orang besar
bersama seorang raja. Dia berkata, “Apakah salah hamba, wahai
pembesar diraja?”
Bentara hanya mengukir senyuman lantas menunjuk ke
arah kedudukan Raja Paya Tu Naqpa. Maka fahamlah kedua-
dua orang tua tersebut, lalu mengikuti Bentara.
Justeru, kedua-dua orang tua itu menjunjung kasih akan
Raja Paya Tu Naqpa dan berdatang sembah, “Daulat Tuanku!
Adapun patik berdua adalah suami isteri yang menetap di sini.
Berbahagialah patik kerana patik berdua juga hamba rakyat
kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia. Asal patik ini duduk
di Kota Mahligai. Tatkala Paduka Nenda berangkat pergi
membuka negeri ke Ayuthia, maka patik pun dikerah orang
pergi mengiringkan Duli Paduka Nenda berangkat. Setelah
Paduka Nenda sampai kepada tempat ini, tidak semena-mena
patik kedatangan penyakit. Akibatnya patik serta isteri pun
ditinggalkan orang ramai di tempat ini. Ampun Tuanku."
Baginda bertitah, “Apakah nama engkau?”
“Nama patik Pak Tani, Tuanku.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
46
BAB 2
Indahnya buana tidak terperi.
Ciptaan agung sang Ilahi.
Inilah kisah sebuah negeri.
Duduknya fana di bawah mentari.
Pertengahan abad ke-13 Masihi, tahun 1250-an.
Sumatera di Selat Melaka.
Raja Merah Silu suka berburu. Pada suatu hari baginda pergi
berburu bersama anjingnya si Pasai. Apabila tiba di suatu tempat
tinggi, si Pasai menyalak nyaring.
“Pasai! Apakah yang kamu nampak di bawah sana?” Raja
Merah Silu bertanya.
Si Pasai makin galak menyalak. Sebaik sahaja Raja Merah
Silu tiba di tanah tinggi itu, dilihatnya Pasai menyalak akan
kelibat seekor semut besar, sebesar seekor anak kucing.
“Oh! Besarnya semut itu. Beta fikir ini alamat yang baik.”
Pada suatu hari yang baik, Raja Merah Silu mengumpul
semua penduduk Rimba Jurun. Baginda bertiah, “Wahai
penduduk kampung Rimba Jurun. Beberapa hari lalu beta
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
47
terjumpa seekor semut pelik sebesar seekor anak kucing. Pada
hemat beta, kawasan itu elok dan subur. Justeru beta
menamakan negeri ini sebagai Samudera. Kita dirikan rumah-
rumah di sana dan membuat penempatan baharu.”
Semua orang kampung Rimba Jurun berpindah dari
kawasan hutan ke lembah yang subur itu. Segala tenaga dan
rakyat dikerah mendirikan istana dan rumah-rumah kediaman
yang lain. Tidak berapa lama kemudian, siaplah sebuah
penempatan bagi sebuah kerajaan Samudera.
Daripada peristiwa itu, Raja Merah Silu menamakan
tempat tersebut sebagai Samudera yang bererti semut besar.
Dikatakan oleh orang bahawa Nabi Muhammad SAW berkata,
“Sepeninggalan aku kelak akan muncul sebuah negeri di bawah angin,
Samudera namanya. Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka
suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke
negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka
mengucap dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak banyak
orang yang akan jadi wali Allah. Terlebih dahulu, semasa kamu hendak
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
48
pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di
negeri Muktabari, bawalah fakir itu bersama-sama.”
Seorang Syarif di Makkah menubuhkan sebuah pasukan
penggembara ke Nusantara. Sebuah kapal disediakan dengan muatan
perkakasan dan orang-orang bagi mengajar agama Islam.
Syarif Makkah itu berkata kepada nakhoda Sheikh Ismail, “Tuan
singgahlah ke negeri Muktabari bagi menjemput seorang fakir seperti
dalam wasiat Rasulullah itu.”
Pada suatu hari yang cerah di awal pagi, kapal dari Makkah itu
belayar menuju ke arah kepulauan Nusantara. Bermula dari Laut Arab,
merentasi benua India, kemudian belayar melalui Selat Melaka.
Beberapa bulan kemudian, kapal yang dikemudi oleh nakhoda
Sheikh Ismail tiba di negeri Muktabari. Raja yang memerintah di negeri
ini bernama Sultan Muhammad.
Sebaik menerima khabar dari pegawai-pegawai laut, Sultan
Muhammad menerima kunjungan ahli rombongan kapal itu. Baginda
bertitah, “Dari mana gerangan tuan hamba sekalian?”
Nakhoda Sheikh Ismail menjawab, “Ampun Tuanku. Kami
memohon berkat perkenan Tuanku singgah di negeri berdaulat ini.
Kami datang dari Makkah dengan misi untuk ke negeri Samudera.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
49
Baginda Sultan Muhammad begitu gembira dengan kedatangan
kapal penggembara dari Makkah tersebut. Oleh yang demikian,
dijamunya dengan makanan bagi meraikan semua anak kapal.
Selepas makan, Nakhoda Sheikh Ismail menitipkan kata-kata
Nabi Muhammad SAW seperti yang disebutkan orang-orang alim di
Makkah. Kemudian beliau menyambung kata, “Adapun Tuanku Sultan
Muhammad adalah dari leluhur Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Justeru
kedatangan kami ini ingin menyampaikan amanah dari Nabi Allah
yang mulia itu.”
Setelah didengari oleh Sultan Muhammad akan kata-kata
Rasulullah SAW tersebut, tersangat sukacitanya baginda. Apabila tiba
hari yang baik, maka baginda merajakan anakandanya yang paling tua
memegang tampuk takhta kerajaan Muktabari.
Sementara itu Sultan Muhammad dan anak lelaki kedua
baginda mengenakan pakaian orang kebanyakan dan turut menyertai
misi suci kapal dari Makkah tersebut.
Sultan Muhammad bertitah kepada Nakhoda Sheikh Ismail,
“Bawalah beta ke negeri Samudera. Beta akan menunjukkan jalan ke
sana. Semoga Allah memberikan kita sebuah pelayaran yang penuh
berkat.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
50
Semasa pelayaran kedengaran beberapa orang anak kapal
berbicara mengenai kata-kata Rasulullah SAW dan kaitan dengan
orang fakir.
“Kelihatannya Sultan Muhammad begitu teruja dengan misi
ini. Baginda tidak sedikit pun gusar dengan mencemar duli bersama
anakanda baginda bersama kita,” salah seorang kelasi yang sedang
berehat berkata.
Tukang masak utama kapal mencelah, “Ya, aku yakin bahawa
bagindalah yang dimaksudkan oleh Rasulullah tersebut. Sultan
Muhammad bukan sahaja menyaluti tubuhnya dengan pakaian rakyat
kebanyakan, malah kain yang digunakannya seolah-olah seorang fakir
yang tidak punya apa. Begitu juga dengan anakanda baginda. Sungguh
mulia.”
Beberapa rakan-rakan lain mengangguk tanda bersetuju.
Beberapa lama dalam pelayaran, mereka tiba di sebuah negeri bernama
Fansuri. Berkat usaha, kebaikan dan tingkah laku semua ahli
rombongan, dalam tempoh sekejap sahaja semua penduduk Fansuri
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
51
memeluk agama Islam. Masa yang diambil hanya selama tiga hari
sahaja.
Pada pagi hari keempat, si fakir turun ke darat sambil membawa
senaskhah kitab al-Quran. Setelah ditanya dan seterusnya diminta
membaca ayat-ayat suci itu, tiada seorang pun yang boleh
membacanya.
Sultan Muhammad yang menyamar sebagai seorang fakir
melaporkan kepada Nakhoda Sheikh Ismail sebaik sahaja memasuki
kembali perut bahtera, “Tiada seorang pun yang berkebolehan
membawa ayat-ayat al-Quran. Jadinya pasti bahawa bukanlah negeri
ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah.”
Nakhoda Sheikh Ismail bersetuju dengan pandangan Sultan
Muhammad. Kemudian dia berkata, “Elok kiranya kita tinggalkan dua
orang yang pandai mengajar agama dan mengaji al-Quran di negeri
Fansuri ini. Setelah semua mereka mengucapkan dua kalimah
syahadah, langkah selanjutnya ialah melaksanakan kewajipan sebagai
seorang Muslim.”
Setelah dipilih dua orang guru agama yang ditinggalkan
dengan tugas menunjuk ajar para penduduk negeri Fansuri, pelayaran
diteruskan. Dalam tempoh beberapa lama, mereka tiba pula di negeri
Haru.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
52
Seperti mana warga Fansuri, para warga penduduk Haru
menerima ujana memeluk Islam. Kerja mereka mudah dengan izin
Allah jua. Sekali lagi si fakir membawa al-Quran bagi mencari sesiapa
yang dapat membacanya. Namun kehampaan sekali lagi mendatang
Si fakir bertanya kepada salah seorang warga tua di negeri
Haru, “Tuan hamba, di manakah letaknya negeri bernama Samudera?
Orang tua itu menjawab sambil mengukir senyum, “Tuan
hamba sudah melaluinya sebelum ini. Tidakkah tuan hamba perasan
akan negeri itu semasa perjalanan ke mari?”
“Ya Rabbi! Tidak pula kami melihatnya,” akui Sultan
Muhammad akan kekhilafan pandangan mereka, termasuk Nakhoda
Sheikh Ismail.
Si fakir membawa khabar kepada Nakhoda Sheikh Ismail akan
keberadaan negeri Samudera di arah belakang sebelum tiba di negeri
Haru. Justeru pelayaran berpatah balik setelah menitipkan dua orang
pandai agama Islam bagi menjadi guru di negeri Haru.
Dalam tempoh kurang enam hari, behtera berlabuh di pantai
negeri Perlak. Sekali lagi Islam menyinari kehidupan penduduk di situ
yang sekian lama menganut agama Hindu yang menyembah berhala.
Segala tunjuk ajar diberikan kepada mereka supaya hanya menyembah
Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
53
Tidak berapa lama kemudian, pelayaran diteruskan menuju ke
negeri Samudera. Sebaik sahaja Sultan Muhammad turun ke darat,
baginda bertemu Merah Silu yang sedang berada di tepi pantai.
Sultan Muhammad yang berpakaian seorang fakir bertanya,
“Apakah nama negeri ini?”
Merah Silu menjawab, “Ini negeri Samudera.”
“Siapa nama rajanya?”
“Betalah rajanya. Nama beta Merah Silu.”
Lalu Merah Silu diajarkan Islam dan baginda terus terbuka
hatinya apabila mendengar penjelasan si fakir.
Si fakir mengajar ucapan pangakuan syahadah dalam bahasa
Arab, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, “Ucapkanlah
bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.”
Setelah Merah Silu di-Islamkan, maka raja Samudera itu
kembali ke istananya. Si fakir pula kembali menaiki bahtera.
Pada malam itu Merah Silau bermimpi bertemu dengan
Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhammad mengajarnya mengucap
dua kalimah syahadah sekali lagi. Rasulullah SAW meludah ke
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
54
dalam mulut Merah Silu, kemudian Baginda menamakannya
Sultan Malikul Saleh.
Nabi Muhammad SAW berpesan agar Sultan Malikul
Saleh makan hanya binatang halal yang telah disembelih dengan
nama Allah. “Hanya dengan Islam hidup tuan hamba dan rakyat
jelata menjadi makmur dan diberkati sehingga ke akhirat.”
Sultan Malikul Saleh tersenyum tatkala mencium
tubuhnya berbau narwastu, sebaik tersedar dari tidur.
“Alhamdulillah,” terucap kata-kata pujian terhadap iman dan
Islam yang baru sahaja memasuki lubuk hatinya.
Pada keesokan pagi sebaik sahaja fajar pertama
memunculkan diri, si fakir turun ke darat bersama Nakhoda
Sheikh Ismail bagi menemui Sultan Malikuk Saleh.
Sebaik sahaja kedua-dua orang alim itu tiba di istana Sultan
Samudera, baginda bertitah, “Malam tadi beta bermimpin bertemu
Rasulullah. Beta sangat gembira dengan keimanan kepada Allah.”
“Alhamdulillah, Tuanku,” kata si fakir dan Nakhoda Sheikh
Ismail hampir serentak, seraya tersenyum.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
55
Nakhoda Sheikh Ismail menyambung kata-katanya,
“Sesungguhnya mimpi bertemu Rasulullah adalah benar. Tuanku
sudah mendapat keberkahan yang besar.”
Senyuman masih kekal di bibir Sultan Malikul Salleh sambil
bertitah, “Beta sudah diberikan nama Sultan Malikul Saleh, tuan
hamba berdua.”
Kemudian si fakir menghulurkan naskah al-Quran kepada
Sultan Malikul Saleh dan berkata, “Cuma Tuanku baca beberapa kerat
ayat-ayat Allah ini.”
Dengan mudah lidah Sultan Malikul Saleh membacanya.
Baginda agak terkejut. Namun lekas-lekas mengucapkan,
“Alhamdulillah. Subhanallah!”
Akhirnya negeri Samudera dan sultan yang bersemayam di
tampuk pemerintahan ditemui oleh mereka berdua. Misi bagi menyahut
saranan Rasulullah SAW itu tercapai sudah. Langkah selanjutnya ialah
menurunkan semua barang keperluan yang dibawa oleh bahtera dan
diserahkan kepada Sultan Malikul Saleh.
Menteri negeri Samudera yang bernama Tun Seri Kaya
diberi nama Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya dengan nama baru
Sayid Semayamuddin.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
56
Selepas habis tugasan, Syeikh Ismail kembali belayar ke
Makkah. Sultan Malikul Saleh menghadiahkan pemberian
barang-barang ambar, kapur barus, gaharu, cendana, kemenyan,
cengkeh dan buah pala kira-kira 100 bahara.
Sementara itu, si fakir Sultan Muhammad menetap di
Samudera dengan mengajar agama Islam.
Tidak berapa lama kemudian, semua warga penduduk
negeri Samudera memeluk agama Islam yang suci.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
57
BAB 3
Payung mahkota buat teduhan
Sang raja bukanlah tuhan;
Makmur negeri tanpa tulahan
Angin ribut terus bertahan.
Abad ke-13 Masihi, tahun 1260-an – 1280-an
Sumatera di Selat Melaka
Keadaan kerajaan Samudera makmur di bawah pemerintahan
Sultan Malikul Saleh. Agama Islam semakin meluas diterima
oleh para penduduk setempat dan pengajian ilmu-ilmu Islam
semakin rancak. Tidak kurang juga kawasan persekitaran turut
memperoleh cahaya Ilahi itu.
Walaupun demikian, satu kaum di Samudera enggan
memeluk agama Islam. Mereka lari ke hulu di Pasangan, tetapi
tidak diburu. Sultan Malikul Saleh biarkan sahaja mereka
berpindah kampung halaman baharu.
Pada suatu hari, Sultan memanggil kedua-dua menterinya
datang menghadap di balairong seri istana bersama para
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
58
pembantu baginda. Sultan Malikul Saleh ceria melihat
kedatangan Sayid Ghiatuddin dan Sayid Semayamuddin.
Setelah bersembah salam, Sultan bertitah kepada mereka,
“Dipersilakan orang besar berdua duduk.”
Melihat keriangan baginda Sultan, kedua-dua pembesar
itu saling memandang antara satu sama lain. Sultan Malikul
Saleh menyedari tingkah-laku kedua-dua orang kepercayaan
baginda itu, lalu bertitah, “Gerangan apa orang besar berdua
saling mengangguk?”
Sayid Ghiatuddin dahulu yang berbicara, “Daulat
Tuanku! Ampunkan patik. Molek benar hari ini, Tuanku. Patik
dapat rasa Tuanku ada suatu perintah baik yang ingin
disampaikan kepada patik berdua.”
Sayid Semayamuddin di sebelahnya menyusun jari lalu
diangkat ke dahi dan mengangguk. “Kesejahteraan jua ke atas
hasrat Tuanku itu.”
Sultan Malikul Saleh memberi anggukan kemudian
bertitah, “Dalam benar firasat orang besar berdua. Beta kagum.
Sudah tiba masanya negeri ini perlukan seorang Permaisuri. Beta
berhasrat untuk bernikah, orang besar berdua.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
59
“Amat molek, Tuanku,” kata kedua-dua menteri negeri
Samudera itu serentak.
“Sayid Ghiatuddin, dengan ini beta perintahkan orang
besar mudik ke negeri Perlak bagi meminang anak Raja Perlak.
Bawa kelengkapan secukupnya.”
“Perintah dijunjung, Tuanku. Namun izinkan patik
bertanya.”
“Silakan, orang besar.”
“Gerakan puteri manakah yang Tuanku hajatkan?”
“Ikut budi bicara orang besar. Beta inginkan seorang
permaisuri yang cantik lagi molek untuk rakyat Samudera ini.
Pilihlah yang terbaik di kalangan puteri Raja Perlak.”
“Dengan izin Allah, patik bersedia jalankan titah
Tuanku,” akur Sayid Ghiatuddin.
Kesultanan Perlak terletak di timur negeri Samudera.
Sejak tahun 840 Perlak sudah menerima cahaya Islam dari
saudagar Arab. Negeri ini terkenal dengan kayu perlak, jenis
kayu yang sangat bagus untuk pembuatan kapal. Justeru itu
nama Perlak diambil.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
60
Hasil alam dan posisinya yang strategik membuat Perlak
berkembang sebagai pelabuhan niaga yang maju, disinggahi oleh
kapal-kapal yang antara lain berasal dari Arab dan Parsi.
Hubungan dagang itu turut berkembangnya masyarakat Islam
dari perkahwinan campur.
Sultan ke-17 Perlak, Sultan Makhdum Alaiddin Malik
Muhammad Amin Shah Johan berada di tampuk takhta di masa
misi peminangan dari Sultan Malikul Saleh dari Samudera.
Setelah belayar beberapa hari, maka tibalah rombongan
kerajaan Samudera ke Perlak. Mereka disambut mesra oleh
Sultan Makhdum. Sebaik menghadap, Sayid Ghiatuddin
berdatang sembah hajat, “Ampun Tuanku! Patik menteri Sultan
Samudera, datang untuk meminang.”
Sultan Perlak sungguh sukacita mendengar khabar molek
itu. Lalu baginda menitahkan agar memanggil anakanda bertiga
pada hari berikutnya. Satu pertemuan dirancang oleh Sultan
Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Shah Johan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
61
Adapun Raja Perlak itu berputerikan tiga orang, dan yang dua
orang itu anak dari Permaisuri. Manakala seorang lagi ialah anak
dari isteri keduanya, Puteri Ganggang namanya.
Pada keesokan harinya, Sayid Ghiatuddin datang
menghadap Sultan Makhdum di balai penghadapan istana. Raja
Perlak bertitah, “Itulah anakanda beta, tiga orang semuanya.
Dua bersaudara itu duduk di bawah. Seorang lagi di atas sana.”
Kedua-dua puteri di bawah sedang mengupas pinang,
manakala Puteri Ganggang di atasnya berpakaian cantik sekali -
berkain warna bunga air mawar dan berbaju warna bunga
jambu, bersubang lontar muda.”
Monolog Sayid Ghiatuddin, “Terlalu baik parasnya puteri di
atas itu.”
Sebaik berkenan, Sayid Ghiatuddin berdatang sembah,
“Ampun Tuanku. Anakanda puteri yang duduk di atas itu
molek untuk anakanda Sultan Malikul Saleh. Mohon patik,
Tuanku.”
Maka Raja Perlak pun tertawa sukacita, seraya bertitah,
“Baiklah, andai begitu pilihan orang besar untuk anakanda
Sultan Malikul Saleh. Beta izinkan. Sebelum kembali ke
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
62
Samudera, molek agar orang besar dan rombongan berehat
seberapa ketika di Perlak berdaulat ini. Dalam tempoh itu, para
hulubalang beta akan persiapkan seratus buah perahu.”
Baginda Sultan Sultan Makhdum menoleh ke arah tempat
duduk Tun Perpatih Pandak, lantas bertitah, “Tun Perpatih.”
“Tuanku,” sahut Tun Perpatih Pandak.
“Tun Perpatih ketuai rombongan pemergian anakanda
beta ke Samudera. Persiapkan seratus buah perahu dan
kelengkapan lainnya.”
“Menjunjung titah, Tuanku.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
63
BAB 4
Bukanlah kata sebagai senjata
Melainkan hikmah dalam bersabda;
Islam berkembang tanpa jeda
Makmurlah negeri di persada nusa.
Abad ke-13 Masihi, tahun 1260-an – 1280-an
Sumatera di Selat Melaka
Pada suatu hari, Sultan Malikul Saleh pergi berburu dengan
segala laskarnya ke tepi laut. Dibawanya seekor anjing
perburuan si Pasai. Tatkala tiba di tepi laut, baginda bertitah,
“Sila lepaskan si Pasai.”
Lalu, si Pasai berlari masuk ke dalam hutan berhampiran.
Seketika kemudian ia menemui seekor pelanduk duduk di atas
suatu tanah yang tinggi. Disalaknya oleh anjing itu. Namun si
pelanduk membalas salakan si Pasai dengan mengeluarkan
suara untuk berlawan dan turun ke bawah. Justeru si Pasai
berundur ketakutan.
Tatkala melihat si Pasai mengaku kalah, pelanduk
kembali pada tempatnya. Lalu khabar diberitahu kepada Sultan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
64
Malikul Saleh. Heranlah baginda melihat sendiri hal kelakuan
anjingnya.
Baginda Sultan menghampiri tanah tinggi yang sedang
diduduki oleh si pelanduk. Sultan cuba menangkap pelanduk
yang terlihat besar dan gagah itu, tetapi ia lari.
Lantas baginda bertanya kepada semua orang yang ada
bersama-samanya, “Adakah pernah kamu melihat pelanduk
yang gagah seumpama ini? Pada bicara beta, tempat duduknya
gah dan tinggi, maka pelanduk itu terlihat gagah.”
Ketua hulubalang menjawab, “Sembah patik kepada
Tuanku. Memang benarlah titah baginda Tuanku itu.”
Sultan Malikul Saleh tersenyum, lalu berfikir, “Baik
tempat ini aku berikan kepada anakanda Malikul Tahir.” Hasrat
itu disuarakan kepada semua pembesarnya.
“Molek benar cadangan Tuanku itu,” akui Memanda
Menteri.
Sultan Malikul Saleh pun kembali ke istananya. Pada
keesokan harinya baginda memberi titah kepada segala menteri
dan hulubalang serta rakyat, agar ditebas segala hutan di tanah
tinggi itu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
65
Beberapa lama kemudian, istana didirikan dan anakanda
Malikul Tahir dirajakan di situ dengan daerah pemerintahan
diberi nama Pasai.
Teluk Siam, Tahun 1350-an
Perkampungan di pantai laut negeri Patani telah terdiri sebuah
kampung yang asalnya didiami oleh seorang tua Melayu sebagai
nelayan bernama Tani. Orang tua ini sangatlah baik budi
bahasanya dan banyak lagi peribadi istimewa. Lantas Tani
menjadi ketua kaum nelayan di situ.
Penduduk-penduduk dalam kampung itu menghormati
dan memuliakan dia sehingga diberi gelaran sebagai seorang
bapa iaitu dengan panggilan Pak Tani atau Encik Tani.
Penempatan kampung itu pun semakin hari semakin didatangi
orang sehingga dinamakan mereka Kampung Pak Tani.
Memanda Menteri berkata kepada para pegawai kerajaan
Kota Mahligai di dalam khemah semasa berburu rusa,
“Kampung ini terletak di dalam suatu kawasan yang sangat elok
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
66
iaitu tanahnya datar dan tinggi. Pada hemat saya,
kedudukannya sukar dinaiki air.”
Seorang panglima utama para hulubalang menyampuk,
“Bila kedatangan musim banjir pantainya menjadi sebuah teluk
yang luas. Di hadapannya menganjur sebuah tanjung yang
panjang sehingga dalam teluk itu boleh menjadi sebuah
pelabuhan perahu-perahu dan kapal-kapal yang sangat baik
kerana terselamat dari bahaya ombak dan tiupan angin ribut.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
67
BAB 5
Ingin hamba senandungkan ceritera.
Demi mencari secebis riwayat cinta.
Di buana ciptaan Yang Esa.
Moga jiwa tenang terus selesa.
Sebuah bahtera melayari samudera.
Teluk Siam, Tahun 1350-an.
Semasa pemerintahan Raja Paya Tu Naqpa di Kota Mahligai itu
telah pun ada orang-orang Melayu yang datang dari wilayah-
wilayah yang baru dibuka di sebelah selatan Tanah Melayu dan
juga dari pulau Sumatera. Kawasan utama didirikan
penempatan ialah di kawasan berhampiran pantai lautan.
Manakala negeri Kota Mahligai itu terletak terlalu jauh ke
daratan hingga berpuluh-puluh batu jaraknya dari muka laut
kerana kebiasaannya orang-orang asal dan Melayu di situ tidak
berapa suka tinggal di tepi-tepi laut. Justeru, Kota Mahligai
sangat sukar hendak didatangi oleh orang-orang berdagang
kerana duduknya terlalu jauh dari kawasan pesisir pantai.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
68
Akibatnya kemakmuran dan kemewahan dalam Kota Mahligai
itu pun semakin hari kian berkurang.
Akhirnya penduduk Kota Mahligai terpaksa keluar
mencari penghidupan di luar kota negeri. Disebabkan
penghijrahan warga Kota Mahligai, maka penduduknya semakin
berkurangan.
Dalam masa yang sama kampung-kampung yang baharu
dibuka oleh orang-orang Melayu di tepi pantai-pantai laut itu
semakin bertambah-tambah maju dan ramai. Apabila dalam
kawasan itu telah dibuka menjadi kampung, maka perahu-
perahu dagangan pun selalulah singgah menjual dagangan.
Demikian juga ahli-ahli perdagangan itu ada pula yang suka
menetap, berkerja dan berniaga di situ.
Setelah Raja Paya Tu Naqpa mendengar cerita orang tua
bernama Pak Tani itu, maka baginda pun kembali ke
khemahnya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
69
Pada malam itu baginda pun berbicara bersama segala
menteri dan hulubalangnya akan hasrat dan perancangan
membuka negeri pada tempat pelanduk putih itu.
Raja Paya Tu Naqpa memulakan titah, “Beta merasakan
tempat menghilangnya pelanduk putih itu adalah satu wilayah
yang baik untuk membuka negeri baharu. Tambahan pula
penduduk Kota Mahligai semakin berkurangan. Sumber
makanan dan lain-lain keperluan juga semakin payah untuk
didapati. Bagaimana pandanganmu, Memanda Menteri?”
“Amat molek pandangan Tuanku itu. Patik tiada
halangan,” akur Memanda Menteri.
Raja Paya Tu Naqpa tersenyum dan menangguk-angguk.
Lalu baginda berpaling kepada orang-orang besar kerajaan lain,
kemudian bertanya, “Orang-orang besar dan hulubalang
sekalian, ada bantahan atau luahan rasa dan sisi pandang?”
“Patik juga turut bersetuju,” kata beberapa orang
kenamaan lain secara hampir serentak. Lain-lain hanya
mengangguk.
Setelah keesokan harinya maka segala menteri dan
hulubalang menyuruh pengawal dan rakyat jelata penduduk
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
70
Kota Mahligai mudik ke kawasan berhampiran pantai bagi
mendirikan penempatan dan istana raja. Sebaik sahaja urusan
pembinaan diatur, menjelang tengah hari baginda pun berangkat
kembali ke Kota Mahligai.
Setelah dua bulan lamanya, maka penempatan baharu di
pesisir pantai itu terbina. Sebaik dikhabarkan siapnya
penempatan dan istana, maka Raja Paya Tu Naqpa dan sesisi
istana pun pindah ke hilir menduduki negeri yang diperbuat itu.
Negeri itu pun dinamakannya Patani Darussalam.
Nota: Insya-Allah akan bersambung.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
71
AKU NEKAD
BUKAN BELASAH
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
72
PRAKATA
Aku nekad! Bukan belasah, tapi nekad dalam hajat agar kau
orang mengerti. Semoga kau orang tahu, yang aku bukan main
terjah bagai tenuk menyondol atau lebih dahsyat persis babi
menerkam lurus tanpa sempat mengelak batang tembesu dalam
hutan.
Ini kisah aku. Kau orang boleh kata apa sahaja – kisah
harian seorang aku sebagai Mat Katerer; cerita jatuh bangun aku
dalam bisnes; kisah suka duka ... atau apa sahaja. Yang penting
ialah doa aku supaya kau orang faham satu perkara. Usaha
tanpa doa adalah sia-sia atau sekadar dapat duit, tapi tak faham
hikmah di sebaliknya.
“Aku menulis bukan kerana nama! Tapi kerana kasih ... .”
Kau orang pernah dengar ungkapan itu? Sebaris lirik lagu
daaa. Dalam maknanya. Salah satunya ialah kita boleh ambil
peringatan yang nama itu, ya penting. Tapi apa ada pada nama?
Andai nama saja cantik, tapi akhlak tak dijaga ... hampeh! Andai
bisnes maju (kononnya!), tapi banyak unsur rasuah ... hampeh!
Dosa dan pahala tidak bercampur wei! Minyak dan air ...
molekul tak sama, jadi mana boleh menyatu!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
73
Sama juga ... bisnes halal, tapi duit kita guna untuk benda
haram, seperti berpoya-poya, mabuk-mabuk, masuk bar keluar
bar, main perempuan. Apa guna itu semua? Rezeki halal,
kemudian dibelanjakan pada jalan haram. HAMPEH terus!
Dalam berbisnes, seperti kehidupan, kita kena adil dan
ihsan. Adil ibarat modal manakala ihsan ibarat untung. Ambil
contoh, seorang usahawan guna modal RM5,000.00 bagi
berniaga. Kemudian dalam satu tempoh, katakan dalam lima
bulan, dia mendapat kembali RM5,000.00 itu. Orang itu boleh
dikatakan tidak bijak berniaga. Dia tidak rugi (mungkin) dan
tidak pula untung.
Orang yang pandai berniaga, bukan sahaja mendapat
balik modal, malahan beroleh untung juga. Apabila kita
melaksanakan keadilan tanpa ihsan, bermakna bisnes kita
memperoleh modal balik, tanpa untung.
Muslim yang bijak ialah mendapat kedua-duanya, yakni
modal dan untung dalam satu tempoh tertentu. Harus diingat,
untung bukan setakat wang ringgit dan harta, tapi yang lebih
utama ialah berkat. Berkat ialah keuntungan dari Allah yang
memiliki semua kekuatan dan keagungan. Tanpa pemberian
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
74
hikmah dan kasih sayang Allah, modal dapat tapi untung
tercecer.
Akhirnya kita rugi. Di dunia, rugi dikira kegagalan. Tapi
di akhirat, rugi cinta dan redha Allah ... kita terseksa dan celaka!
Ini kisah aku, kisah kita (mungkin). Ingin aku bawa kau
orang ke dunia aku, agar dimengerti bahawa kita kena berusaha,
kemudian berdoa dan bertawakal. Kita ada Allah, justeru hanya
pada-Nya semua usaha dan kehidupan ini.
AKU NEKAD, BUKAN BELASAH.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
** Web Sutera
Teratak tak berapa buruk, Kg. Pandan Dalam, Kuala Lumpur.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
75
ENTRI 1
Ramai yang bertanya, dan kalian juga mungkin mahu bertanya.
“Sudah berapa lama Mat Katerer berkecimbung dalam bisnes
katering ini?” dan “Tidak takut dengan persaingan?”
Tidak berapa lama sangat atau mungkin orang akan
katakan lamalah juga. Enam tahun. Mulanya cuak juga,
maklumlah bidang baharu, tambahan pula aku bukan datangnya
dari keluarga berbisnes. Namun orang tua kata, “Untung sabut
timbul. Usahakanlah.”
Ya, enam tahun satu tempoh yang mematangkan aku
sebagai usahawan yang berhasrat tinggi. Aku mengaku yang
aku beruntung punyai seorang cef yang bijak dan turut
berwawasan besar.
Okey, soal persaingan. Jawapan aku mudah sahaja. Aku
tidak melihat soal bersaing dalam lestarikan bisnes. Apa yang
aku fikir ialah sama-sama mengapai impian. Sama-sama
mengenali di kalangan pemain industri. Bukan bersaing secara
tidak sihat, bahkan aku ambil sikap sama-sama kecapi rezeki
anugerah Allah.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
76
Teringat bila seorang sahabat bertanya dengan agak
terkejut, “Kau biar betul! Mahu ceburi bisnes katering? Kau
bukan ada pengalaman. Modal? Staf dan sokongan?”
Aku menjawab, “Kalau tidak mulakan, mana boleh timba
pengalaman? Aku cuba dan usahakan. Insya-Allah, andai itu
rezeki aku, tidak akan ke mana.”
Aku bekerja di MIMOS Berhad dan JARING
Communications Sdn. Bhd. selama sebelas tahun. Sepanjang
kerjaya di sana, ia mengumpul banyak kenangan manis dan
pahit, masa gemilang dan menurun. Aku mulakan tugas di
MIMOS sebagai Penyelidik yang tertumpu kepada tugas-tugas
merekodkan kegiatan Penyelidik lain untuk tujuan penulisan
dan penerbitan. Apabila JARING dikomersilkan, aku bertukar
tugas sebagai eksekutif pemasaran, khusus dalam menyediakan
teks-teks bagi tujuan promosi, pemasaran dan penjenamaan.
Selepas itu aku bertugas sebagai Associate Editor bagi
majalah internet berbahasa Inggeris, Jaring Internet Magazine.
Sejurus selepas versi bercetak majalah ini tamat, aku ditugaskan
pula mengendalikan versi dalam talian (versi internet
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
77
sepenuhnya) majalah berkenaan, sehinggalah hayatnya juga
tamat.
Jawatan terakhir aku ialah ketua unit bagi salah satu unit
dalam bahagian Komunikasi Jenama dan Pemasaran.
Kalian akan katakan, mungkin, “Erm .. memang
pengalaman kau bukan dalam bidang katering.”
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tenggelam,
tapi ada saluran pernafasan.
Semasa menjual nasi lemak di tiga lokasi secara gerai
pacak menggunakan payung dan meja mudah alih, aku mulai
mendapat pesanan menghantar kuih-muih dan makanan pagi
untuk sesi mesyuarat. Tidak banyak, hanya sekitar RM60 – RM80
sehari. Tidak kerap juga. Seingat aku seminggu satu kali, paling
kurang. Lokasinya di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Jadi, terdapat pelbagai jenis katering. Ada tertumpu pada
masakan sahaja, atau hanya menerima tempahan kuih sahaja,
tanpa melibatkan penghantaran atau penyajian di premis klien
yang memesan. Ada bisnes katering yang menyediakan
makanan berbungkus sahaja, misalnya seribu bungkus nasi
beriani dihantar ke majlis keramaian bersama wakil rakyat.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
78
Jenis servis sampingan atau servis sokongan juga pelbagai
seumpama kanopi, kerusi meja, kek pengantin, kek cawan dan
makanan sejuk beku, serta pelbagai lagi.
Dalam menjalani kehidupan seharian, baik dalam urusan
rutin atau pun dalam bidang kerjaya yang kita ceburi, kadang-
kadang (malah mungkin selalu) kita menerima kejutan. Aku juga
tidak terlepas. Beberapa peristiwa yang tidak disangka-sangka
terjadi semasa mengendalikan bisnes katering ini.
Lain kalilah aku cerita. Mahu rehat hari ini. Stop dulu!
Mahu soru! Kau orang sudah makan?
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
79
ENTRI 2
Kawan, ini peristiwa mengejut! Kau orang kalau mahu tahu,
duduk elok-elok. Tarik nafas!
Andai sudah rezeki
Mat katerer menerima panggilan di telefon bimbit, “Hello!
Assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Mat Katerer?”
Aku menjawab,”Waalaikumsalam warahmatullah, saya
bercakap.”
“Saya Ishak dari Universiti ABCD. Encik Mat Katerer
menyediakan perkhidmatan katering, bukan?” Tanya pemanggil
tersebut.
“Ya, tuan. Boleh saya tolong Encik Ishak?” Tanya aku
kembali.
Encik Ishak menerangkan, “Pihak kami memerlukan
perkhidmatan katering untuk makan malam tahunan di premis
kami pada 12 Januari.”
Aku mencelah, “Majlis itu lusa, tidak sampai tiga hari
lagi. Mengapa tuan lambat membuat pesanan?”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
80
Namun sebelum beliau menjawab, aku berkata, “Tidak
mengapa, kita boleh bincang. Insya-Allah sempat lagi andai
pihak encik boleh pastikan bahawa pihak saya yang dapat projek
ini.”
Perbicangan diteruskan melalui telefon. Kata putus
dinoktahkan. Aku menintakan syarat supaya pihak universiti
tersebut menyediakan wang tunai deposit lima puluh peratus
sebagai tanda setuju hari itu juga. Ini adalah sebagai langkah
keselamatan bagi pihak aku.
Pada petang hari sebelum majlis bermula, semasa sibuk
menyiapkan meja, sudu-garfu dan lain-lain peralatan untuk
majlis makan malam yang akan dihadiri oleh 400 tetamu, aku
bertanya kepada salah seorang AJK majlis apakah perkara
sebenar yang telah terjadi.
Persoalan muncul dalam benak Mat Katerer, mesti ada
kes tertentu yang membuatkan pihak universiti itu memberi
notis agak tergesa-gesa. Makan malam tersebut agak besar dan
prestij, tambahan pula disediakan empat buah meja VIP dan satu
meja khas untuk orang besar (pimpinan universiti).
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
81
Rupa-rupanya katerer yang sudah berjanji untuk
menyediakan perkhidmatan katering tidak dapat memenuhi
permintaan klien di saat-saat akhir lantaran sebab-sebab tertentu.
Tidak silap lagi jangkaan aku.
Monolog dalam hati, “Segala puji dikembalikan kepada Allah
Azza Wa Jalla. Andai itu sudah menjadi rezeki aku, pasti Allah buka
jalannya.”
Akhirnya klien gembira dengan mutu perkhidmatan yang
diberikan oleh kru Mat Katerer. Syukur kepada Tuhan.
Notis singkat
Pada suatu hari, seperti biasa Mat Katerer bangun awal pagi
walaupun tidak ada pesanan katering pagi itu. Usai solat Subuh,
aku bersantai dengan membaca buku sambil mendengar alunan
merdu lagu nasyid dari komputer riba. Alih-alih aku tertidur.
“Bang, ada panggilan telefon dari syarikat Itu-Ini. Dia
mahu bercakap dengan abang,” kejut Cef Hana sambil
menghulurkan telefon bimbit kepadaku. Terbang mimpi tak
berapa indah aku. Ceh!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
82
Aku pandang wajah isteri yang terkidum-kidum. Entah
apa yang disengihnya. Aku mengenyeh mata.
“Assalamualaikum. Mat Katerer bercakap. Boleh saya
bantu?” Aku berkata sebaik melekapkan telefon ke cuping
telinga, sambil menoleh jam di dinding - hampir pukul 10.00
pagi.
“Saya Zetty dari syarikat Itu-Ini, hendak membuat
pesanan makan tengah hari, hari ini. Sempatkah untuk
disediakan?” Pemanggil menyuarakan hasratnya.
Aku berbincang dengan cef sebentar, bertanya samada
sempat untuk memasak. Cef Hana memberikan idea, lalu aku
kembali menyambung perbualan dengan Cikpuan Zetty.
“Beginilah, pihak saya boleh sediakan menu nasi tomato
bersama lauk-lauk berkaitan, hirisan buah dan air kordial oren.
Kalau pihak Cikpuan Zetty bersetuju, saya boleh hantarkan.”
Kata putus dimeterai secara lisan.
Pihak Mat Katerer terus memesan ayam, daging, beberapa
rempah ratus, buah dan sayur-sayuran yang tidak ada dalam
stok dari kedai runcit berdekatan. Cef Hana terus ke dapur
untuk menyiapkan apa yang patut.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
83
Lebih kurang 40 minit sebelum waktu makan tengah hari,
aku tiba di premis pejabat syarikat Itu-Ini itu. Masa yang cukup
untuk aku persiapkan meja bufet dan sajian. Untuk rekod, ini
adalah pesanan kedua dari syarikat yang sama dengan notis
terlalu suntuk, iaitu tidak sampai empat jam. Kali pertama aku
terpaksa menolak dengan baik lantaran sudah ada pesanan yang
mesti disiapkan.
Akhirnya klien mengucapkan ribuan terima kasih kerana
dapat memenuhi pesanan tersebut dan memohon maaf di atas
notis yang sangat singkat.
Sebenarnya pada hari yang sama, aku memang sudah ada
satu pesanan katering makan malam di suatu premis perniagaan
bertempat di Jalan Pinang, Kuala Lumpur. Sekali lagi, kalau
memang sudah rezeki, tidak ke mana.
Apa yang dapat disimpulkan ialah bagaimana kita
mengendalikan masa dan mengawal operasi bisnes secara baik.
Seandainya memang tidak boleh memenuhi permintaan klien,
nyatakan secara terus terang dan berhemah. Jangan buat sesuatu
sambil lewa bagai melepas batuk di tangga.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
84
ENTRI 3
Imbas kembali ...
Bulan Januari 2008 adalah bulan kedua paling sibuk setakat ini
untuk perkhidmatan katering aku sejak memulakannya lebih
daripada satu setengah tahun yang lalu. Bulan pertama paling
sibuk ialah pada Disember 2007 lalu, sesi cuti sekolah.
Pada bulan Januari 2008, Mat Katerer menerima dua klien
korporat terkini - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jobstreet.com Sdn. Bhd.
Selain daripada itu, aku menerima pesanan dari Jaring
Communications Sdn. Bhd., Halliburton Energy Services (M) Sdn
Bhd, The Pest Control Association of Malaysia (PCAM) dan
Commerce Dot Com Sdn Bhd, dan lebih daripada sedozen klien
individu.
Menu masakan Melayu yang paling popular daripada
klien aku pada bulan-bulan yang dinyatakan adalah pakej nasi
beriani. Masakan ini sesuai untuk majlis perkahwinan Melayu
dan acara khusus serta untuk makan tengahari biasa.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
85
Sesiapa yang ingin mengetahui harga dan mencuba nasi
beriani ini, hubungi aku! Mat Katerer bersedia untuk melayani
kalian dengan servis konsultan percuma.
**********
Assalamualaikum.
Mat Katerer sekeluarga habiskan masa selama lima hari
dalam menguruskan majlis perkahwinan adik ipar. Selama lima
hari tersebut, masa kami dipenuhkan dengan segala persediaan,
termasuk dua hari yang amat penting bagi permulaan
kehidupan rumahtangga adik ipar aku, iaitu majlis pernikahan
dan persandingan.
Persediaan bermula daripada perbincangan jenis masakan
dan hidangan yang perlu disediakan selepas majlis akad nikah,
malam berinai dan majlis jamuan bagi persandingan. Termasuk
juga penyediaan makanan beradab bagi pengantin. Seterusnya
berapakah jumlah khemah, meja dan kerusi yang diperlukan
turut diputuskan berdasarkan jumlah tetamu yang bakal hadir.
Sementara itu, urusan tempahan perkhidmatan andaman,
tempahan kad jemputan perkahwinan dan jurufoto diuruskan
sendiri oleh bakal mempelai. Lantaran kesibukan menguruskan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
86
majlis pernikahan dan persandingan adik ipar aku itu, beberapa
tempahan katering terpaksa ditolak.
Aku dan cef menumpukan sepenuh masa terhadap majlis
yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac 2008 tersebut. Rumah Mat
Katerer menjadi arena bagi semua acara. Penyediaan makanan
dan lain-lain hidangan disediakan oleh cef dan kru yang lain.
Jemputan yang hadir di majlis persandingan dan jamuan sekitar
800 tetamu.
Sebelum itu, di majlis ijab dan kabul (akad nikah) seramai
100 tetamu hadir. Sementara di majlis malam berinai aku
menerima kehadiran lebih kurang 150 tetamu. Suasana meriah
dan penuh persaudaraan dapat saya rasakan. Ramai ahli
keluarga dari jauh dan dekat meluangkan masa meraikan kedua-
dua mempelai.
Syukur kepada Tuhan majlis berlangsung dalam situasi
damai dan meriah di tengah-tengah kesibukan berkempan dan
bahang pilihanraya umum ke-12 yang bertambah rancak.
**********
Setelah selesai menguruskan majlis pernikahan dan
persandingan adik ipar aku (minggu pertama bulan Mac 2008),
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
87
aku dan cef mengambil keputusan untuk berehat beberapa hari
sebelum menerima tempahan katering terbaharu.
Selang beberapa hari kemudian Mat Katerer menerima
dua tempahan dari dua organisasi iaitu Jaring Communications
Sdn. Bhd. dan The Pest Control Association of Malaysia (PCAM).
Syarikat penyedia perkhidmatan internet Jaring bersetuju
menerima sebut harga dan cadangan menu yang pihak aku
sediakan bagi satu sesi latihan yang berlangsung selama lima
hari. Ianya melibatkan menu makan pagi, makan tengah hari,
minum petang dan makan malam.
Sementara itu, PCAM menggunakan perkhidmatan
katering aku bagi sesi latihan yang berlangsung selama dua hari.
Hidangan yang terlibat ialah untuk makan pagi, makan tengah
hari dan minum petang.
Kedua-dua sesi latihan dari organisasi yang berlainan itu
berlangsung pada minggu yang sama pada pertengahan bulan
Mac 2008.
**********
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
88
Ada berani?
Apabila aku memulakan bisnes katering, ada kawan-kawan
yang agak skeptikal, sama ada aku boleh berjaya atau tidak. Aku
tidak salahkan telahan mereka memandangkan bidang kerjaya
aku sebelum ini bukannya katering. Di mana ada usaha, di situ
ada jalan, dan rezeki di tangan Tuhan.
Ada rakan bertanya, “Engkau tidak malu ke buat kerja
ini? Nanti jumpa kawan-kawan lama.”
Aku menjawab, “Hendak malu buat apa? Bukannya buat
kerja atau bisnes haram.”
Persoalan di atas timbul kerana ianya berkaitan dengan
konsep kita bos, kita juga kuli. Sebelum memulakan bisnes
katering, kita mesti pahatkan di dalam minda bahawa kita tidak
boleh berlagak seperti bos, terutamanya di peringkat permulaan.
Apa yang aku maksudkan ialah jangan hanya pandai
menyuruh itu dan ini, sedangkan kita sendiri tidak menyelami
selok-belok bisnes dan cara perjalanannya.
Di samping menguruskan perjalanan bisnes secara khusus
dalam mengendalikan urusan pentadbiran, pemasaran dan
jualan, kita juga patut hilangkan sikap malu untuk turun
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
89
padang. Maksud di sini ialah kita sebagai bos, tetapi dalam masa
yang sama turut membuat kerja-kerja seperti membasuh
pinggan-mangkuk, mengelap sudu-garfu, mengelap pinggan,
menjadi pramusaji dan lain-lain.
Mat Katerer membuat semua kerja-kerja tadi, cuma
memasak sahaja yang tidak kerana itu urusan cef. Kalau aku
memasak ... alamat hancus!
Namun aku pernah ke pasar, membasuh pinggan,
mengelap gelas dan menjadi pramusaji untuk VIP. Peduli apa,
bukan? Janji ikhlas dan halal.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
90
ENTRI 4
Tanggal 3 April 2008 aku menperoleh klien korporat paling
terbaharu iaitu Courts Mammoth Sdn. Bhd, dengan
perkhidmatan katering bagi satu majlis perhimpunan staf
starikat tersebut. Pesanan katering tersebut buntuk jumlah 230
tetamu atau 230 pax. Menu adalah seperti berikut:
Sandwich tuna.
Sandwich ayam.
Sandwich telur.
Karipap ayam.
Kuih bakar kemboja.
Kuih koci.
Minuman: Teh tarik, teh o, kopi o dan Nescafe.
Aku dan cef keluar rumah jam 7.00 pagi dan tiba di
Courts Mammoth, Setapak, sekitar 7.30 pagi. Aku mengambil
masa lebih kurang 30 minit untuk menyiapkan hidangan bufet
yang dipesan.
Semasa menunggu majlis selesai, Mat Katerer
terserempak dengan staf yang membuat pesanan katering itu.
Dalam perbualan singkat tersebut, beliau mengatakan kepadaku
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
91
bahawa “aku hanya mengambil pesanan katering yang besar
sahaja.”
Lantas aku menegaskan bahawa bukan begitu sikapku.
Secara jujur aku nyatakan bahawa aku tidak kisah sama ada
pesanan tersebut untuk dimakan oleh 50 orang atau 2,000 orang.
Apa yang penting ialah syarat-syarat saya dipenuhi.
Apa syarat-syarat Mat Katerer? Pihak aku menerima
pesanan minima bagi 50 orang, tetapi dengan menu berharga
paling kurang RM15.00/pax dan ianya untuk satu kali makan.
Sementara itu kes tiga kali sajian, aku berani untuk
menyahut pesanan klien, dengan syarat harga pakej ialah
RM32.00/pax paling rendah. Ini merupakan pakej seminar atau
latihan yang merangkumi makan pagi, makan tengah hari dan
minum petang (mungkin termasuk juga makan malam).
**********
Pihak Mat Katerer telah memenuhi pesanan untuk majlis
syarahan umum bagi Anugerah Sains Mahathir 2007 (Mahathir
Science Award 2007) yang diadakan di Universiti Malaya pada 12
April 2008. Anugerah ini adalah anugerah sains yang paling
berprestij di Malaysia bagi bidang sains tropika yang diberikan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
92
kepada mana-mana saintis di seluruh dunia, institusi atau
organisasi sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan
inovasi ke arah menyelesaikan masalah di kawasan tropika
melalui sains dan teknologi.
Anugerah Sains Mahathir 2007 menobatkan Profesor
Joseph Sriyal Malik Peiris, seorang profesor di Universiti Hong
Kong dan Pengarah Saintifik Pusat Penyelidikan HKU-Pasteur di
Hong Kong. Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan
penemuan ejen aetiologikal yang menyebabkan serangan SARS.
Ia membuka jalan kepada pemahaman patogenesis dan
epidemiologi penyakit ini pada tahun 2003.
Sesi syarahan umum sempena anugerah itu telah
dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia, yang dihadiri oleh 130
peserta. Akademi itu adalah sebuah badan yang ditubuhkan
dengan misi yang merangkumi mengajar, menggalak dan
meningkatkan kecemerlangan dalam bidang sains, kejuruteraan
dan teknologi bagi pembangunan negara dan faedah manusia.
Pihak aku amat berbangga menyajikan menu untuk sesi
syarahan yang sangat istimewa ini. Sebelum meninggalkan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
93
majlis, seorang AJK sekretariat yang bertanggungjawab, Tuan
Razman berkata, “Makanan sedap dan penyediaan bagus.”
Alhamdulillah. Segala syukur dan puji dikembalikan
kepada Tuhan pencipta buana. Tanggal 12 April 2008 itu berjaya
dilestarikan dengan servis katering yang memperoleh pujian.
Kemudian pada 15 April untuk Mahathir Science Award Public
Lecture pula.
Sekali lagi pada hari berikutnya iaitu 16 April, pihak
Akademi sains menjemput aku bagi menyediakan perkhidmatan
katering bagi satu sesi mesyuarat di premis pejabat yang terletak
di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
Pada 17 April, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pula menjemput katering
Mat Katerer membekalkan makanan bagi sesi satu mesyuarat.
Servis katering ini merangkumi makan pagi dan running coffee,
makan tengah hari dan running coffee di sebelah petang.
Dalam pada itu, Courts Mammoth Sdn. Bhd. menerima
menu dan harga yang pihak aku cadangkan bagi dua sesi makan
malam khusus untuk meraikan staf di outlet Kajang dan
Seremban. Justeru tanggal 22 April aku ke Kajang.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
94
Esoknya aku ke Seremban pula. Perjalanan Mat Katerer ke
Kajang dan Seremban tiada langsung gangguan seperti jalan
sesak, walaupun aku kira, masa bertolak dari rumah adalah pada
waktu puncak di sebelah petang.
Alhamdulillah! Agungnya perancangan Allah.
**********
Ada seorang rakan yang dikenali melalui blog. Namanya ialah
Puan Lynn Hassan, lokasinya di Sungai Buloh. Beliau pengusaha
kek cawan (cup cake); guru mengajar membuat cup cake dan
menerima tempahan membuat kek.
Hari Sabtu 26 April 2008, ada majlis di rumahnya dan
beliau memesan makanan dari servis katering aku. Mat Katerer
dan cef tidak lepaskan peluang untuk merasa aneka kek yang
disediakan. Memang sedap!
Sayangnya, aku terpaksa menolak dua pesanan katering
untuk minggu yang bermula dari 21 hingga 25 April 2008
lantaran sudah cukup kuota. Kalau ikut hati, memang mahu
ambil. Namun begitu masa dan ruang tidak mengizinkan.
Jangan tamak!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
95
Manusia merancang, Allah juga merancang. Allah adalah
sebaik-baik perancang.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
96
ENTRI 5
Aku mesti berfikir sebagai juara untuk setiap sesi katering.
Setelah lima tahun aku menceburi bidang niaga ini, setiap tahun
berikutnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun
Baharu Cina, talian telefon utama menjadi 'panas'. Di masa ini
terutamanya, aku dan Cef Hana akan membahagi tugas, justeru
dalam masa yang sama aku perlu menulis.
Cef Hana akan berbincang dengan kustomer yang
inginkan servis katering, dan memberi khidmat nasihat atas
keperluan sajian dan lain-lain perkara berkaitan. Manakala aku
akan menaip sebut harga, e-melkan dan seterusnya sediakan
invois.
Mat Katerer dan cef akan berbincang agar servis katering
menepati citarasa kustomer. Tugas lain juga merangkumi servis
sampingan yang tidak kurang mustahak, seperti kanopi, kerusi
meja, pramusaji dan peralatan khusus.
Selain daripada itu, aku juga akan kemaskini blog dengan
cerita, memilih dan menyunting foto, dan hostkan dalam web
hosting. Pembahagian tugas amat penting.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
97
Untuk apa mimpikan bulan andai mentol yang
tergantung di syiling itu pun kita masih perlukan tangga untuk
mencapainya. Kata bijak pandai, “Hidup tanpa tindakan adalah
mati tetapi, hidup tanpa berfikir adalah mati sebelum
bertindak.”
Justeru aku terus berfikir dan merancang sebelum
bertindak. Okey, aku membebel, bukan? Tentu kalian ingin
mengetahui apakah maksud aku secara kes khusus. Sebelum itu
baca dahulu cerita berikutnya.
**********
Dalam satu majlis yang diraikan oleh sekumpulan warga Afrika,
selain sajian yang pihak aku sediakan, mereka juga membawa
makanan yang biasa terdapat di hampir semua negara di benua
tersebut. Antara makanan yang sempat aku ingat ialah pisang
salai dan satu kuih seumpama cucur kodok, saling tidak tumpah
dengan makanan kampung di Malaysia.
Sebaik aku khabarkan berkenaan makanan Afrika tersebut
kepada cef, dia berkata, “Makanan mereka serupa dengan
makanan orang Melayu di sini.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
98
Aku menambah kata, “Memanglah begitu kerana iklim di
sana serupa dengan Malaysia, iaitu iklim tropika. Jadi tanam-
tanaman atau buah-buahan beriklim tropika juga ada di sana.”
Dalam satu majlis lain yang turut dihadiri oleh warga
Afrika di Kuala Lumpur dan Selangor, rupa-rupanya mereka
menyukai sajian nasi minyak atau nasi tomato atau nasi beriani.
Walaupun begitu, nasi yang dipesan oleh orang perantara bagi
majlis tersebut ialah nasi putih. Kebetulan aku juga menyajikan
nasi beriani di satu majlis lain di lokasi yang sama pada waktu
itu.
Tentu kau orang bertanya, “Dua majlis serentak?”
Ya, sememangnya dua majlis serentak. Justeru masih ada
baki nasi beriani untuk majlis yang kedua itu, lantas aku
mengambil sedikit untuk keperluan majlis Afrika tersebut. Apa
lagi, masing-masing meminta nasi beriani, sampai habis! Tetamu
yang beratur di belakang hanya dapat nasi putih sahaja.
Satu perkara lagi yang dapat aku perhatikan ialah
kebanyakan orang Afrika makan nasi lebih banyak daripada kita
di Malaysia. Ini mungkin disebabkan saiz fizikal mereka yang
besar dan kadar metabolisma badan yang tinggi.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
99
“Alamak! Nanti cepat habis nasinya!” bisik Cef Hana ke
telingaku.
Aku hanya menguntum senyuman sambil berdoa semoga
tidak terjadi demikian.
**********
Klien korporat/kerajaan terkini servis catering Mat Katerer ialah
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Tanggal 6 Mei 2008 aku
menyajikan makanan, kuih-muih dan minuman kepada tetamu
VIP iaitu Timbalan Menteri 1, Kementerian Pengajian Tinggi,
Datuk Idris Haron, serta tetamu-tetamu beliau di Rumah
Melaka, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
Makan malam yang disusuli dengan mesyuarat tertutup
berlangsung dalam sebuah banglo lama yang dihias indah.
Banglo ini terletak di atas sebuah bukit di jalan yang terkenal
dengan ikan bakarnya.
Aku dan cef menyajikan menu seperti berikut untuk
empat puluh tetamu:
Nasi putih.
Ikan merah masak kari.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
100
Daging dendeng berlada.
Udang galah masak lemak, campur nenas.
Ayam goreng berempah.
Sayur campur.
Buah: Potongan oren, tembikai susu dan tembikai
merah.
Pencuci mulut lain: Kuih bakar kemboja, karipap ayam
dan bubur kacang hijau campur durian .
Minuman: Teh tarik, kopi o dan kordial oren.
Orang perantara yang memesan makanan berkata selepas
majlis, “Terima kasih atas servis yang memuaskan. Mungkin
tuan boleh datang ke ofis saya bagi sesi cubaan rasa (food testing)
menu-menu berkaitan.”
Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan
Menteri 1, Kementerian Pengajian Tinggi pula menunjukkan
tanda bagus kepada saya dan berkata, “Terima kasih, bang.
Hidangan sedap-sedap.”
Pernyataan yang paling menarik ialah apa yang diluahkan
oleh, Datuk Idris Haron kepada aku. Katanya, “Dalam bisnes
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
101
katering, sekiranya makanan sedap, perkhidmatannya orang
tidak lihat sangat.”
Apa yang dapat Mat Katerer simpulkan ialah jika mutu
makanan memenuhi piawai klien, maka perkara lain tidak lagi
menjadi faktor yang terlalu diperhatikan.
Alhamdulillah, segala puji dikembalikan kepada Allah.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
102
ENTRI 6
Katering Mat Katerer telah dianugerahkan satu sesi katering
makan tengah hari untuk Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk
Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang DiPertua Negeri
Melaka pada 22 Mei 2008. Deligasi TYT Tun disertai oleh Ketua
Menteri Melaka, Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam dan
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Ismail Saleh.
Pihak aku diminta menyediakan dua meja VVIP dan satu
barisan bufet yang disediakan bagi ahli deligasi yang lain,
termasuk para anggota polis trafik dan polis berpakaian biru.
Makan tengah hari tersebut disediakan di Rumah Melaka, Jalan
Bellamy, Kuala Lumpur bagi TYT dan rombongan beliau
sebelum Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil mengadap DYMM
Yang Dipertuan Agong di Istana Negara yang terletak
berhampiran.
Walaupun pihak aku menerima notis yang sangat singkat,
kurang daripada 24 jam, pihak aku berjaya mengendalikan sesi
katering ini dengan baik. Alhamdulillah!
**********
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
103
Mat Katerer dan cef berada di Alor Gajah, Melaka, pada 24 dan
25 Mei 2008 untuk menyediakan makanan bagi keraian hari
keluarga sekumpulan warga kerja MIMOS Berhad dan bekas-
bekas stafnya. Sajian makanan melibatkan makan tengah hari,
minum petang dan BBQ pada 24 Mei, dan makan pagi pada hari
berikutnya, 25 Mei.
Aku, cef dan anak-anak turut dijemput menyertai acara
yang disediakan, di samping menyediakan makanan. Pada
malam 25 Mei pula, beberapa keluarga, termasuk keluarga aku,
menjamu selera di salah sebuah medan ikan bakar di Melaka.
Memenatkan dan meriah!
Dalam entri ini aku masukkan beberapa komen rakan-
rakan terhadap masakan cef:
“Makan memang terbaik! Tabik spring kepada cef.
Sungguh pandai memasak, masak sedap-sedap dan banyak!
Tetapi tetap cool sahaja.”
“Brother, your [egg] sandwich is very good,” kata salah
seorang suami berbangsa Afrika seorang teman.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
104
“Kakak sudah siap buat sandwich? Ingat mahu belajar.
Saya buat berbaur hanyirlah. Bagaimana mahu buat supaya
tidak hanyir?”
“Makanan best… hehehe”
“Cepat betul Lusi masak walaupun banyak menu.”
Ada rakan berkata kepadaku, “Aku, kalau kau tiada tidak
kisah, janji Lusi ada. Sebab Lusi pandai masak.”
Aku hanya tersenyum. Tidak kuasa melayan karenah
rakan-rakan itu.
**********
Harga petrol naik 78 sen, diesel pula RM1 seliter. Aku
sebagai katerer dalam dilema, sama ada perlu naikkan harga
perkhidmatan katering atau tidak, justeru kerana harga bahan
bakar utama naik.
Formula mudah ialah jika harga bahan bakar utama naik,
harga barang-barang lain juga bakal naik lantaran faktor kos
pengangkutan dan yang berkaitan lainnya. Apa pendapat
kalian?
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
105
Pada 4 Jun 2008, kerajaan Malaysia mengumumkan
kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar
dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Manakala harga minyak
diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga
sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Menurut laporan, kenaikan sebanyak 41 peratus bagi
petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai
tengah malam 4 Jun 2008.
Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah
kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan
petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion
tahun ini.
Rancanglah harga menu servis katering kita. Jika boleh,
jangan dinaikkan. Cari kaedah lain, seperti kecilkan ketulan
ayam atau ikan. Ia boleh dibuat, yang penting skil, kemahuan
dan kreativiti.
Pada beberapa hari tertentu bulan April dan Mei tahun
ini, Mat Katerer mengendalikan dua sesi servis katering yang
berbeza sifatnya. Pertamanya pada 13 dan 15 April 2008 bagi dua
sesi syarahan Anugerah Sains Mahathir, dan yang kedua pada 24
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
106
dan 25 Mei untuk hari keluarga staf dan bekas staf MIMOS
Berhad. Kisahnya aku sudah ceritakan sebelum ini.
Berbeza khalayak dan tetamu, juga berbeza persembahan
dalam penyediaan menu-menu. Namun kedua-dua sesi katering
tersebut aku kendalikan dengan penuh tanggungjawab.
Semoga engkau orang sentiasa riang, walaupun harga
petrol dan diesel naik lagi.
Motivasi: Bergembiralah! Walaupun kita hanya terlibat dalam
sesi sajian makanan sesuatu majlis, itu tidak bermakna kita
tidak boleh menikmati dari sudut yang lain. Jika kita
merancang secara teratur ia menjadi acara yang sentiasa
dinantikan. Saling kenal-mengenallah. Eratkan persahabatan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
107
ENTRI 7
Ketika masih tinggal bersama emak dan Mak Teh (emak saudara
Mat Katerer) di Terengganu dan Pahang, aku sering merasa
keenakan bubur kacang hijau yang dimasak. Apabila berjauhan
merantau belajar dan seterusnya menetap di Kuala Lumpur,
sukar untuk aku merasai bubur kacang yang dimasak oleh
mereka berdua.
Selepas berkeluarga, isteri aku (sebelum menjadi cef) pula
yang diminta supaya memasak bubur kacang kegemaran aku
itu. Pada permulaannya, masakan isteri tidak seenak masakan
ibu sendiri. Biasalah, bukan?
Tentang masakan ibu sendiri ini, dia campak, lambung
atau kepal dalam genggaman, ia tetap sedap. Mengapa? Justeru
sang ibu memasak dengan kasih sayang. Kau orang bersetuju,
bukan?
Aku meminta supaya isteri belajar dari emak. Hasilnya
memang memuaskan!
Dengar atau baca! Ini petua memasak! Yang lain kena try
and error.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
108
Menyediakan bubur kacang hijau yang enak, cukup
lemak secukup rasa tidak semudah yang kita sangkakan.
Kadang-kadang kacang hijau tidak berapa empuk hasilnya. Jika
tidak cukup sukatan santan dan gula merah (atau gula melaka)
pula, hilang rasa lemaknya. Kalau tersilap adunan, cepat basi.
Mahu lebih enak, campur dengan durian.
Salah satu menu pencuci mulut yang sering Mat Katerer
cadangkan kepada klien ialah bubur kacang campur dengan
durian. Sudah agak kerap kali cef menyediakan masakan ini.
Semua klien memuji keenakan bubur kacang hijau yang
dihidangkan. Jika masih berbaki, tetamu-tetamu yang hadir akan
bungkus untuk dibawa balik atau dimakan lagi kemudian nanti.
Dalam satu hari, cef aku sediakan untuk satu majlis jiran
depan rumah. Seorang senduk, dua orang senduk, tiga orang
hirup. Kemudian, “Wei! Bubur kacang ini sedaplah.”
Sah! Sebelum majlis selesai, bubur kacang hijau campur
durian langsai!
Kalian boleh mencuba sendiri nanti. Ada berani? Mana
kau orang mahu tahu andai tidak mencicipnya. Aku cakap
dalam entri ini bukan sengaja suka-suka. Sungguh!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
109
**********
Tanggal 27 Mei 2008, satu deligasi dari Melaka membuat lawatan
ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya.
Komuniti ini merupakan masyarakat dari kawasan
parlimen Tangga Batu, Melaka seramai 85 orang yang diketuai
oleh isteri kepada Timbalan Menteri 1, Kementerian Pengajian
Tinggi, Datin Hjh. Fadilah binti Abdullah.
Mat Katerer menyajikan sarapan tengah hari kepada
Datin dan rombongan beliau.
Menu seperti di bawah:
Nasi beriani dan nasi putih.
Ayam masak merah.
Rendang daging.
Acar jelatah.
Dalca sayur.
Hirisan buah-buahan: Tembikai susu dan oren.
Minuman: Kordial oren dan teh tarik.
Aku terdengar bicara Datin, “Rendang daging ini
sedaplah!”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
110
Datin Hjh, Fadilah ramah mesra orangnya, mudah
tersenyum. Terima kasih, Datin.
**********
Bisnes katering dari rumah adalah salah satu jenis servis yang
paling popular bagi usahawan yang tidak sabar-sabar untuk
memulakannya. Dengan bisnes katering dari rumah, kita boleh
mengatur masa sendiri, dan bekerja untuk diri kita sendiri
bersama-sama dengan seorang pembantu jika perlu.
Bisnes dari rumah untuk servis penyediaan makanan
dengan bantuan pengiklanan tempatan yang betul, boleh
menghasilkan pendapatan yang ketara tinggi, insya-Allah.
Iklan murah boleh dilakukan melalui sistem pesanan
ringkas (SMS), e-mel dan laman web (atau blog), seperti mana
yang Mat Katerer lakukan. Selepas beberapa ketika, pemasaran
mulut-ke-mulut (mouth-to-mouth) adalah bahagian yang penting
dalam kempen ini.
Katerer juga boleh menyiarkan iklan dalam akhbar-
akhbar tempatan. Jangan lupa untuk mendaftar di enjin carian
serta dalam banyak laman-laman web tempatan dan serantau
yang disediakan percuma.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
111
Jangan takut untuk mencuba, namun ambil sikap berhati-
hati supaya pelaburan masa, tenaga dan wang tidak dibazirkan.
Mat Katerer ini sudah buktikan langkah-langkah di atas berjaya.
Cubalah!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
112
ENTRI 8
Pertanyaan yang sering kali diajukan kepada Mat Katerer
melalui telefon atau semasa sesi katering ialah, “Adakah tuan
menyediakan makanan cukup-cukup untuk 100 pax atau lebih?”
Itu pertanyaan bagi sesi katering untuk jumlah 100 orang
tetamu. Ia juga benar untuk berapa sahaja jumlah tetamu atau
pax setiap pesanan. Nasihat asas ialah andainya klien memasan
katering bagi 100 pax, jangan disediakan hanya cukup-cukup
untuk jumlah itu.
Sebagai panduan menyediakan kuantiti makanan yang
mencukupi bagi setiap pesanan, sila perhatikan contoh di bawah.
Ini merupakan praktis yang selalu diamalkan oleh aku dan cef.
Jika 200 pax, sediakan 210 pax.
Jika 800 pax, sediakan 830 pax.
Jika 1,500 pax, sediakan 1,550 pax.
Mohon jangan sediakan kuantiti makanan yang disajikan
tidak mencukupi jumlah pax yang diminta, justeru bayaran akan
dilunaskan berdasarkan jumlah pax tersebut. Dalam Islam,
sekiranya kita menipu, maka ini merupakan suatu dosa yang
akan dipersoalkan oleh Allah. Kes ini amat berketepatan dengan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
113
larangan Allah dalam mengurangkan sukatan atau timbangan
sesuatu barang yang dijual kepada pembeli. Haram hukumnya
menipu!
Mat Katerer suka untuk memetik tulisan Tuan Abdul
Muhaimin Mahmood, Penolong Pengarah Cawangan Muamalat
dan Sosio Ekonomi, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan,
JAKIM seperti betrikut:
“Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam
perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan
tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti
mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan
seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam.
Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan
dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan
kuantiti sesuatu barangan.”
Allah berkata dalam al-Quran:
“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan
timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik
(kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang
mendatangkan pahala di akhirat kelak). (Surah al-Isra‟, ayat 35)
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
114
Dalam surah al-Rahman, ayat 9, Allah menegaskan, “dan
betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu
mengurangi barang yang ditimbang.”
**********
Untuk minggu pertama bulan Julai 2008, aku dan cef agak
„bimbang‟ kerana setakat hari Ahad 29 Jun, masih belum ada
sebarang pesanan katering. Ini disebabkan kerana beberapa
sebut harga yang dihantar tidak mendapat sebarang pengesahan
dari klien.
Namun, alhamdulillah. Pada hari Selasa 1 Julai aku
menerima pengesahan empat pesanan katering untuk empat hari
berturut-turut. Bukankah rezeki dan kurnia itu dari Allah?
Katering tersebut ialah untuk hari Khamis hingga Ahad (3 – 6
Julai 2008). Dua hari, 4 dan 5 Julai, adalah dari klien korporat
dan dua hari yang lain dari klien persorangan.
Pada hari Ahad Mat Katerer ke Damansara Utama untuk
katering majlis pertunangan. Pada mulanya aku agak risau akan
ada sekatan jalanraya lantaran perhimpunan di Kelana Jaya. Aku
menggunakan Lebuh Raya Persekutuan dan Kerinci Link
menuju ke rumah klien. Elok pula jalan, lancar!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
115
Manusia merancang, Allah juga merancang.
Sesungguhnya Allah itu perancang yang Maha Adil. Pasukan
aku tiba ke rumah klien di Damansara Utama awal, seperti mana
yang diharapkan. Jadi semua persiapan berjalan lancar tanpa
sekelumit masalah. Sekali lagi, syukur ke hadrat Tuhan.
Keluarga Cikpuan Azura (bakal mempelai) dan kedua-
dua ibu-bapanya berpuas hati dengan perkhidmatan yang
diberikan oleh pasukan Mat Katerer. Bapanya meminta maaf
kepada aku jika ada sebarang kekurangan. Terbalik, bukan?
Sepatutnya aku yang perlu meminta maaf atas kekurangan, jika
ada.
Terima kasih, Cikgu Asmah dan Cikpuan Azura. Hari
langsung nanti, jemputlah kami lagi!
Juga ucapan terima kasih juga aku ingin sampaikan
kepada Puan Lynn di Sungai Buloh, guru kek cawan, di atas
rekomendasi servis katering aku kepada keluarga Cikpuan
Azura.
**********
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
116
Pasukan Mat Katerer dengan bangganya menyediakan sajian
untuk 10th Dr Ranjeet Bhagwan Singh Memorial Lecture yang
diadakan di Institut Penyelidikan Perubatan, Jalan Pahang,
Kuala Lumpur pada 19 Jun 2008. Penceramah jemputan ialah
Profesor Sir Roy M Anderson, FRS, FMedSci dari Jabatan
Epidemiologi Penyakit Berjangkit, Imperial College London.
Profesor Roy Anderson kembali bertugas di Imperial
College London dari Kementerian Pertahanan, di mana beliau
menjawat jawatan Ketua Penasihat Saintifik untuk tiga tahun
yang lalu. Kini beliau bertugas sebagai Rektor di Imperial College
London sejak bulan Julai 2008.
Profesor Roy Anderson merupakan felow Royal Society di
Akademi Sains Perubatan, dan Ahli Bersekutu Institut Perubatan
Akademi Sains Kebangsaan di Amerika Syarikat. Beliau telah
menerbitkan lebih daripada 450 kertas kerja saintifik dalam
bidang epidemiologi, biologi populasi, evolusi dan kawalan ke
atas pelbagai agen-agen penyakit berjangkit, termasuk HIV, BSE,
virus kaki dan mulut, vCJD, SARS, virus denggi, protozoa
parasit helminthsand, dan infeksi saluran pernafasan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
117
Kuliah tersebut telah dianjurkan oleh Akademi Sains
Malaysia, yang dihadiri oleh 200 peserta.
Siapakah Dr. Ranjeet Bhagwan Singh? Mendiang Dr.
Ranjeet Bhagwan Singh adalah bekas pengarah Institut
Penyelidikan Perubatan Malaysia. Beliau menandatangani
wasiat terakhir bagi penubuhan Tabung Amanah Penyelidikan
Dr. Ranjeet Bhagwan Singh di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi.
Menu yang disajikan seperti berikut:
Makaroni goreng makanan laut.
Spagheti bolognese (dengan kuah tomato ayam).
Nasi impit.
Rendang ayam.
Sandwich tuna dan telur.
Karipap kentang dan kuih bakar kemboja.
Hirisan pelbagai buah-buahan.
Minuman: Teh tarik, kopi O dan kordial mangga.
Sukses! Tiada daya upaya melainkan dari Allah belaka.
Usahakanlah!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
118
ENTRI 9
Minggu ketiga bulan Julai 2008, aku mulakan sesi katering di
Kepong pada hari Sabtu, 12 Julai. Kemudian selama dua hari aku
berkampung di premis Cyber Security Malaysia, Seri
Kembangan, Selangor. Untuk dua hari tersebut, iaitu pada 14
dan 15 Julai, cef menyediakan menu untuk makan pagi (dua
sesi), makan tengah hari dan minum petang bagi latihan
kesedaran keselamatan.
Pada keesokan harinya pihak Mat Katerer menyediakan
makan pagi dan makan tengah hari bagi satu seminar di
Akademi Sains Malaysia, di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala
Lumpur. Pada hari yang sama, di sebelah malam pula, satu
katering untuk majlis tertutup di Rumah Melaka, Jalan Bellamy,
Kuala Lumpur.
Menu bagi seminar di Akademi Sains Malaysia seperti
berikut:
Makan pagi: Sandwich tuna dan telur, karipap dan kuih
bakar kemboja, serta kopi dan teh tarik.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
119
Makan tengah hari: Nasi goreng cina, spaghetti bolognese,
chicken chop bersama sos lada hitam, hash brown, buah oren dan
tembikai.
Minuman ialah kopi, teh tarik dan kordial mangga.
Semasa mamantau makanan makan tengah hari, aku
terdengar seorang tetamu berkata, “Simple, but nice!”
Sebahagian menu ialah makanan Barat, halal pastinya.
Tidak percaya? Memang cef aku boleh memasaknya, bukan
dibeli dari kedai. Nantilah aku ceritakan secara terperinci
bagaimana proses pembelajaran memasak sajian tertentu di lain
entri. Kau orang baca dahulu kisah berikutnya.
**********
Pada 1 Ogos 2008, aku memenuhi undangan dari Forum
Perancang Muda yang dianjurkan oleh Institut Perancang
Malaysia (MIP), di Kelana Jaya, Selangor. Secara jujur, aku tidak
tahu apa isi pengendalian forum ini. Tetapi aku tahu bahawa
mereka menikmati hidangan yang disajikan. Ada sekumpulan
warga Australia menghadiri forum ini juga.
MIP ditubuhkan bagi “menggalakkan sains dan seni
perancangan bandar untuk faedah orang ramai." Peranan utama
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
120
ialah bagi memastikan kewujudan sebuah badan perancang
profesional dengan latihan, pengetahuan dan kemahiran yang
bersesuaian untuk menggalakkan kemajuan perancangan bandar
di Malaysia sejak tahun 1972.
MIP adalah sebuah institut profesional yang memiliki
keahlian berdaftar. Kebanyakan ahli-ahlinya adalah perancang
bandar profesional, yang bekerja sebagai pegawai-pegawai
perancang dengan pelbagai pihak berkuasa persekutuan, negeri
dan tempatan. Juga sebagai perunding perancang bandar,
pensyarah di universiti atau sebagai perancang bagi pemaju dan
pelbagai organisasi membabitkan hartanah.
Mat Katerer berasa gembira apabila dihubungi oleh
Cikpuan Siti, iaitu pegawai yang bertanggungjawab bagi perihal
makanan. Beliau meminta pihak aku menyediakan menu bagi
tiga sesi; iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan waktu rehat
(tea-break).
Satu hidangan lain ialah buah manggis, rambutan dan
durian! Chop! Durian bukan pihak aku sediakan, cuma
rambutan dan manggis sahaja. Suka sungguh mat dan minah
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
121
salleh melahap durian. Tidak tahu pula aku sama ada dia orang
panas badan atau tidak.
Tersenyum aku melihat mereka makan durian itu. Belum
lagi diambil kira ketika mengopek / membelah kulit durian. Sah
terkial-kial.
**********
Klien korporat
Klien korporat merupakan entiti atau pihak yang paling kerap
memerlukan servis katering lantaran pelbagai sebab. Biasanya
suatu syarikat, sama ada syarikat swasta atau kerajaan,
memerlukan makanan dan minuman bagi sesi mesyuarat,
lawatan pihak luar, sesi perjumpaan staf, atau suatu aktiviti
khusus di premis mereka.
Klien korporat pertama (secara kecil-kecilan) aku ialah
syarikat di mana aku bekerja dahulu. Mat Katerer membekalkan
kuih-muih dan minuman untuk satu mesyuarat dalaman yang
melibatkan dua puluh orang. Memang tidak banyak, namun ia
permulaan yang baik.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
122
Bermula dari sesi itu, rakan-rakan lama akan mengetahui
secara langsung bahawa memang aku sudah berubah arah
dalam kerjaya. Inilah peluang pertama untuk kita menghulurkan
kad bisnes kepada bekas rakan sekerja. Mudah-mudahan mereka
akan menjadi agen pemasaran tidak langsung servis katering
kalian.
Pertemuan bersemuka ini penting sebagai langkah
tambahan kepada e-mel yang kita hantar sebelum ini kepada
rakan-rakan tadi. Jangan berat mulut untuk bercerita kepada
mereka, nyatakan apa yang kita boleh bekalkan.
Jabatan kerajaan
Kategori jabatan kerajaan ini juga boleh diambil kira dalam
perancangan kita. Harus diingat bahawa jabatan kerajaan
merupakan antara pasaran yang sentiasa boleh dimasukkan
dalam senarai klien yang berpotensi. Namun aku suka
mengingatkan kalian, urusan dengan jabatan atau kementerian
kerajaan memerlukan kita mengambil langkah yang agak
berhati-hati.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
123
Ini kerana bayaran yang akan kita terima agak mengambil
masa, sehingga tiga bulan lamanya (setakat pengalaman aku).
Sekiranya kita tidak mempunyai modal pusingan yang
mencukupi, elakkan dulu menerima pesanan katering dari
jabatan kerajaan (pusat dan negeri).
Namun demikian, dengar khabar sekarang bayaran dari
pihak kerajaan sudah pantas. Dia orang tetap bayar, tetapi risiko
bayaran lambat mesti diambil kira. Jangan modal pusingan
tersangkut sudah.
Pastinya jabatan kerajaan sentiasa mempunyai acara yang
memang perlukan khidmat katering. Kalau boleh, cuba ambil
pesanan yang kecil dahulu, misalnya bagi mesyuarat di waktu
pagi. Selalunya pesanan katering dalam linkungan lima belas ke
dua puluh orang sudah memadai buat permulaan. Jika kita
selesa dengan terma bayaran dari pihak kerajaan, sila teruskan.
Kita juga kemungkinan boleh mendapatkan pesanan
katering dari kerajaan melalui orang tengah. Maksudnya
syarikat kita tidak berurusan secara terus dengan sesuatu
pesanan katering tersebut, tetapi ada syarikat lain yang mungkin
mendapat projek besar di mana membekalkan makanan sebagai
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
124
salah satu isi kontrak tersebut. Bayaran perkhidmatan kita
dilunaskan oleh pihak syarikat itu, bukannya jabatan kerajaan.
Tip: Kenali jenis-jenis klien dan majlis agar kau orang boleh
merancang yang terbaik dari segi penyediaan dan untung. Ini
benar untuk semua bidang kerja, bukan bisnes sahaja.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
125
ENTRI 10
Mat Katerer, cef dan beberapa orang pembantu berkampung di
Melaka selama empat hari, mulai 16 Ogos hingga 19 Ogos 2008.
Selama berada di sana, kami mengalami antara hari-hari yang
paling sibuk dalam menguruskan bisnes katering.
Tiga hari sebelum itu aku dan cef berkunjung ke Kolej
Komuniti Bukit Beruang, Melaka, bagi satu sesi perbincangan
untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan katering bagi
majlis pelancaran Program Malaysia Prihatin – Pembasmian
Kemiskinan Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat, di tepi
pantai Klebang.
Servis katering Mat Katerer bertungkus lumus
menyediakan sajian bagi dua hari, iaitu pada 18 dan 19 Ogos
bagi majlis ini yang berlangsung di Kolej Komuniti Tangga Batu,
Klebang, Melaka.
Pada 18 Ogos, aku menyediakan sajian makanan untuk
sekretariat dan semua petugas, termasuk pelajar yang terlibat
dalam pameran pada keesokan harinya. Sajian ini merangkumi
sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang untuk 140
orang setiap sesi.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
126
Pada tarikh majlis 19 Ogos, aku menyediakan sarapan
pagi dan minum petang, juga untuk sekretariat dan petugas-
petugas (140 orang). Pada tengah hari selepas pelancaran, sajian
secara bungkus disediakan untuk 1,000 tetamu.
Menu tengah hari ini ialah nasi beriani beserta ayam
masak merah, rendang daging, acar buah, popadum, buah limau
dan sebotol air mineral/minuman (500ml). Makanan berbungkus
ini saya sediakan dalam beg kertas yang menarik.
Mat Katerer dan cef mendapat ucapan terima kasih dan
tahniah atas kejayaan menyediakan sajian sepanjang majlis
berlangsung.
Puan Nazleen dari Kolej Komuniti Bukit Beruang, yang
bertanggungjawab ke atas penyediaan makanan, berkata, “Saya
berpuas hati dengan penyediaan katering saudara. Makanan
berbungkus disediakan secara cantik dan menarik.”
Manakala selepas selesai majlis, di sesi fotografi, Tuan
Badrul, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri
Kementerian Pengajian Tinggi, sambil mengenggam erat
tanganku, berkata, “Tahniah, tuan. Ia suatu kejayaan.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
127
Ucapan ribuan terima kasih khusus aku tujukan kepada
sepuluh orang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang yang
membantu cef dalam persiapan makan tengah hari untuk 1,000
tetamu tersebut.
Pelajar dari program perhotelan dan katering tersebut
menunjukkan dedikasi sepenuhnya bersama cef tersayang.
Walaupun aku lihat mereka kepenatan, namun wajah ceria dan
gurau senda bersama cef bagaikan satu keluarga. Terima kasih
dan tahniah atas dedikasi mereka.
Sepanjang di sana, dari lokasi penginapan dan memasak
di Teluk Mas dan Seluk Gaung, aku „menjelajah‟ ke bandar
Melaka, Melaka Sentral, Cheng, Bukit Cina dan bandar Klebang.
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada hari
Selasa, sebelah malam 19 Ogos, sempat lagi aku, cef, tiga
pembantu dan seorang sahabat menjamu selera di salah sebuah
medan ikan bakar. Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 2.30
pagi.
Segala puji Mat Katerer panjatkan kepada Allah, Tuhan
yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tanpa restu-Nya,
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
128
segala apa yang dirancang oleh aku dan cef tidak akan menjadi.
Alhamdulillah!
Jalan terus, wahai Mat Katerer!
**********
Fakta katering
Bisnes katering adalah salah satu bisnes dari rumah yang paling
lumayan dan menguntungkan dengan potensi yang tinggi untuk
dikembangkan dan mengalami pertumbuhan, melalui
perancangan yang tuntas dan berani mencabar diri sendiri.
Setiap pesanan katering memberikan pulangan pelaburan
tinggi dan menyeronokkan, walaupun di banyak ketika
keletihan.
Pelbagai peristiwa di setiap sesi katering - sama ada untuk
katering doa selamat 50 pax, sambutan hari lahir kanak-kanak
atau sebuah majlis perkahwinan 1,500 pax dan acara korporat
500 pax – menghasilkan banyak pengalaman bersama tetamu. Ia
adalah satu wisata atau travelog kehidupan dan cabaran
berdepan dengan kumpulan tetamu baru.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
129
Seperti mana pengalaman Mat Katerer, permintaan yang
semakin meningkat terhadap servis katering justeru kerana
peningkatan jumlah pendapatan isi rumah yang lebih tinggi. Ia
juga bidang bisnes berdaya maju kerana bilangan pasangan
berkahwin dan acara-acara korporat meningkat.
Pemilik atau usahawan multinasional atau lokal,
organisasi besar atau kecil, amat memerlukan servis katering
bagi makan tengahari, mesyuarat penting makan malam dan
lain-lain acara dalam usaha membangunkan branding dan
meningkatkan jualan syarikat.
Turut menambah rencah rancaknya bisnes ini ialah gaya
hidup mutakhir membuka laluan kepada meningkatnya
permintaan bagi servis katering. Daripada bekerja selama
berjam-jam malah berhari-hari di dapur menyediakan masakan
bagi sesuatu majlis sekecil 30 pax, ramai suri rumah memanggil
katerer untuk sediakan sajian khusus.
Bahkan Mat Katerer menerima panggilan atau e-mel
untuk sajian sebanyak 20 pax bagi sambutan hari lahir anak-
anak. Tambahan pula gaya kehidupan di bandar-bandar besar
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
130
yang memerlukan kedua-dua ibu-bapa bekerja seharian tidak
mengizinkan hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti masakan.
Aku belajar dan terus lestarikan info yang diperoleh.
Tanpa info yang baik, aku percaya agak sukar untuk merancang.
Kata orang, “Info atau maklumat ada kuasa penentu.”
Benar, tidak salah sangat. Justeru dengan info yang
mencukupi, kita boleh bertindak mengikut budi bicara, dan
akhirnya bertawakal.
Cukup fakta di atas untuk entri ini. Di lain kali, aku
kongsikan lagi. Aktiviti seterusnya? Sudikan baca catatan di
bawah.
**********
Untuk cuti persekolahan seminggu dari 16 sehingga 23 Ogos
2008, aku mendapat satu pesanan katering perkahwinan
bertempat di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor. Katering
perkahwinan ini sudah ditempah satu bulan yang lalu.
Tempahan dibuat oleh Puan Siti Rafidah binti. Hassan
Basri, salah seorang penulis PTS Publications & Distributors Sdn
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
131
Bhd. Majlis keraian perkahwinan ini diadakan untuk abang
beliau.
Setakat entri ini diulis, Puan Rafidah sudah menghasilkan
dua buah buku bersama PTS, iaitu Hadiah Untuk Sufiah dan
Dunia Belum Berakhir.
Puan Rafidah memberi komen seperti berikut di blog
beliau terhadap perkhidmatan katering yang aku dan cef telah
jayakan:
“Semua keluarga dan kebanyakan tetamu yang hadir
memuji masakan dan cara kendalian katering dibuat. Semua
makanan memang sedap sehinggakan kami sekeluarga berulang
kali makan dan sehingga kami semua tidak dapat merasa kuih
(bakar) kemboja yang disajikan.
“Semoga di lain masa dan ada rezeki kita dapat bertemu
lagi dan bekerjasama lagi mungkin di dalam majlis yang lain
pula.”
Di akhir majlis, Mat Katerer dihadiahkan novel Dunia
Belum Berakhir, siap ditandatangani oleh penulis.
“Semoga di lain masa dan ada rezeki kita dapat bertemu
lagi, dan bekerjasama lagi mungkin di dalam majlis yang lain
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
132
pula.” Itu mesej terakhir yang saya dapat daripada novelis Puan
S. Rafidah H. Basri pada bulan September 2008 seusai satu sesi
katering.
Kemudian sepi .. justeru beliau - novelis PTS ini - sudah
tidak tinggalkan jejak dan komen di Facebook. Alih-alih terima
berita. Kini sudah hampir empat tahun (kalau tidak silap) beliau
kembali ke rahmatullah.
Ke masa depan sebentar, Jun 2013. Mungkin pesan arwah
atau sudah rezeki Lusiana Catering, sejak beliau tiada, sudah
dua kali keluarga arwah memesan servis katering dari aku.
Terkini pada 8 Jun 2013. Bertemu kembali dengan bekas
suami arwah, ayah dan bondanya serta abang sulongnya.
Pertemuan kali ke-3 bersama abang sulong beliau, kami
bercerita panjang untuk banyak perkara.
Menu yang tidak pernah tiada ialah gulai nanas ikan
kurau.
Ayah arwah, Tuan Haji Hassan berkata, “Pak cik suka
betul gulai ini. Sedap! Kalau pak cik masih muda, mahu dua
pinggan nasi saya makan. Anak makanlah juga. Pandai kamu
masak.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
133
Aku tersenyum, dan terus melangkah ke meja bufet.
Senduk, sauk, sudu, kuah. Makan dan minum.
Sah! Bukan Tuan Haji Hassan yang makan dua pinggan,
tapi aku. Sedap weh! Lantas aku teringat si isteri di rumah yang
sediakan ini semua. Sedang berdengkur barangkali.
Sungguh, nostalgia itu kadangkala memilukan. Moga roh
beliau dicucuri cinta Allah. Amin ya Rahman ya Rahim.
Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan.
Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika rela menerima jodoh yang
hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat
kebahagiaan?
Mengapa mengejar bahagia yang kononnya berada di
luar, di kota metro yang penuh noda. Bukan kota yang tak baik,
tapi isi di dalamnya. Kita ada pilihan, kawan!
Ya! Nekad dalam hidup agar tidak tersasul. Namun
bukan main belasah saja. Ingat iman, ingat Allah ... eh ... ingat
nyalaan api neraka di dunia akhirat.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
134
ENTRI 11
Dalam beberapa sesi katering, Mat Katerer merajinkan diri untuk
turut serta dalam aktiviti masakan yang diketuai oleh cef. Dua
daripada aktiviti yang aku libatkan diri secara langsung ialah
bagi katering program Malaysia Prihatin di Klebang, Melaka (17
dan 19 Ogos 2008) dan katering perkahwinan di Puncak Jalil, Seri
Kembangan, Selangor (23 Ogos 2008).
Pada malam 18 Ogos, aku bersama seorang pembantu
melakukan operasi menggoreng ketulan-ketulan ayam untuk
1,000 tetamu yang hadir di majlis pelancaran Malaysia Prihatin
pada keesokan hari. Operasi bermula sebaik selepas Maghrib,
dan berakhir sekitar 2.00 pagi.
Untuk katering perkahwinan pula, aku bersama
pembantu menggoreng ketulan ayam bagi dimakan oleh 900
tetamu. Aktiviti bermula dari jam 3.00 pagi, selesai sekitar 6.30
pagi.
Sebelum itu, ketulan ayam tersebut sudah disediakan oleh
cef, dengan segala rempah ratus diadun sebaiknya. Ayam
goreng itu adalah untuk menu ayam masak merah. Kuah masak
merah juga disediakan oleh cef.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
135
Bagi kedua-dua sesi memasak tersebut, cef sibuk dengan
tugas-tugas lain, termasuk mengacau dan memantau rendang
daging di dapur. Rendang daging perlu dipantau dengan teliti,
kerana proses pengeringan mengambil masa yang panjang,
apatah lagi jika masakan disediakan untuk 900 dan 1,000 tetamu.
Tahukah kau orang berapa lama masa yang diambil
supaya rendang benar-benar kering sesuai untuk dimakan?
Memang lama masanya. Berjam-jam.
Penat, tetapi seronok!
Salam Ramadhan untuk semua. Tingkatkan amalan sunat
membaca al-Quran. Wajib tetap buat, jangan tinggal, yang sunat
banyakkan. Kemudian istiqamahlah. Allah suka, kita tenang dan
senang.
Tekad bukan belasah! Belajar dan terus mengaji, walau
berapa usia aku dan kau. Mati itu wajib! Namun sebelum mati
kena buat baik, kena ada ilmu, kena belajar agama dan hal ehwal
dunia kehidupan. Jambatan elok, mudah kita menyeberang,
kawan! Jangan marah.
**********
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
136
Sebelum Ramadhan, Mat Katerer dan cef mengharapkan
pesanan katering yang tidak berapa kerap. Kami berkata bahawa
cukup satu pesanan untuk setiap minggu. Alhamdulillah, doa
dan harapan kami tertunai. Aku dan cef inginkan rehat di
samping peluang bagi lebih mendekatkan diri kepada Allah di
sepanjang bulan mulia ini.
Lebih kurang sepuluh sebut harga Mat Katerer hantar
kepada klien di sepanjang tiga minggu di bulan penuh berkat ini.
Sekali lagi syukur aku panjatkan ke hadrat Tuhan Yang Maha
Agung justeru masih tetap limpahkan kurnia-Nya kepada bisnes
aku, hamba-Nya yang daif dan sangat perlukan kasih sayang-
Nya.
Di sini aku ingin menyorot dua sesi katering; iaitu pada 16
September di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor,
Shah Alam dan pada 20 September di Masjid Nurul Ehsan,
Kampung Medan, Petaling Jaya.
Majlis di Shah Alam itu ialah berbuka puasa dan doa
selamat suatu acara.
Majlis yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan
merupakan program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
137
Gerakan Belia 4B Negeri Selangor. Aturcara bermula dengan sesi
bimbingan smart solat, diikuti tazkirah Ramadhan dan
bertadarus. Sebelum waktu berbuka puasa, majlis diakhiri
dengan sesi khatam al-Quran dan tahlil.
Terima kasih kepada Puan Norazrin Mohamat Jani dari
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dan Tuan
Badrulhisham Hj. Badaruddin, Pengerusi Gerakan Belia 4B,
Kawasan Petaling Jaya Selatan atas pesanan katering tersebut.
Kedua-dua majlis berbuka puasa berjalan lancar.
Bukankah kasih sayang serta rahmat Allah itu Maha Luas,
berbanding dengan murka-Nya? Sedarlah, wahai insan.
Dekorasi meja bufet
Dalam buku Buat Duit dengan Katering Mat Katerer ada nyatakan
jangan berbisnes cara jualan nasi lemak gaya lama, yakni hanya
cukup makan sahaja. Justeru katerer hari ini perlu cekap bukan
sahaja dalam memenuhi selera tetapi juga cemerlang dalam
penyediaan makanan. Budaya cukup makan ialah budaya lama
yang tak sesuai dengan zaman.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
138
Dengan matlamat memenuhi persepsi minda para tetamu,
terlebih lagi klien atau orang perseorangan yang memesannya,
katerer harus memberi tumpuan sewajarnya pada persembahan
di meja bufet dan dekorasi. Ia berkaitan dengan persepsi minda.
Dalam buku tersebut juga Mat Katerer ada tuliskan
berkenaan dekorasi meja bagi katering. Selain dekorasi pintu
gerbang pengantin bagi keraian perkahwinan, meja bufet dan
meja VIP juga elok dihias dengan dekorasi bungan hidup (segar)
atau bunga plastik.
Faktor keenakan sajian juga mengambil elemen pujukan,
citarasa dan persepsi minda. Minda yang dapat dipujuk supaya
„berselera‟ juga turut merangkumi hiasan berupa dekorasi bunga
meja.
Banyak sesi katering yang Mat Katerer terlibat
memperoleh komen pertama ini, “Wah! Cantiklah kaedah
dekorasi meja bufet dia buat.”
Biasakan yang tidak biasa. Tetapi harus diingat, redha
Allah yang paling utama. Tekad, bukan main belasah sahaja!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
139
ENTRI 12
Salam Aidilfitri untuk semua. Semoga ibadah puasa di bulan
Ramadhan yang baru berlalu lebih mendekatkan kita kepada
Tuhan. Juga semoga Aidilfitri 1429 Hijrah yang telah dan sedang
kita raikan akan mempereratkan hubungan baik sesama umat
Islam dan semua penduduk di Malaysia. Sesungguhnya Islam
itu bersaudara dan tidak mengamalkan sifat benci membenci di
kalangan semua bangsa.
Sebelum bercuti di kampung meraikan hari kemenangan
tahun ini, Mat Katerer dan cef sudah membuat sedikit
perancangan hidangan apa yang akan disediakan di hari
pertama Aidilfitri.
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah, semua menu yang
cef cadangkan berjaya disediakan dengan sebaiknya. Menu
tersebut ialah nasi dagang berlaukkan gulai ikan tongkol (ikan
haya), tapai pulut, BBQ, laksa johor, nasi lemak serta rendang
ayam dan daging. Menu ini dicadangkan oleh cef bagi „klien‟
yang terdiri dari anak-anak saudara dan adik-beradik (juga ipar)
aku seramai tiga puluh orang.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
140
Kami berkampung di sebuah perkampungan Felda di
Jerantut, Pahang di mana aku dibesarkan. Aku, cef dan anak-
anak berhari raya di sana selama empat hari, tidak termasuk dua
hari di bulan Ramadhan.
Nasi dagang, gulai ikan tongkol dan tapai pulut
disediakan khusus oleh emak Mat Katerer. Menu lain seperti
rendang ayam dan daging, nasi lemak, laksa johor dan BBQ
disediakan oleh cef.
Semua „tetamu‟ berpuas hati. Alhamdulillah!
**********
Sekembali dari bercuti Aidilfitri 1429 Hijrah di Pahang, aku dan
cef membuat perancangan untuk menambah peralatan katering.
Alhamdulillah, perancangan kami berjaya. Jadi awal minggu ini
cef ke Chow Kit untuk membeli beberapa peralatan tambahan,
iaitu enam set chafing dish, satu bekas air keluli (bersaiz besar),
dua bekas makanan, tiga puluh pinggan kaca berat atau seramik,
tiga ratus pinggan melamine dan dua belas gelas goblet (gelas
berkaki).
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
141
Dalam pada itu, minggu ini kami buat persediaan untuk
beberapa sesi katering Aidilfitri yang sudah dipesan. Segala
syukur dikembalikan kepada Allah yang bersifat Maha Pembuka
untuk hamba-hamba-Nya.
Untuk kalian dan klien yang tidak dapat Mat Katerer
penuhi permintaan katering mereka, aku memohon maaf. Insya-
Allah, hubungi aku lagi untuk majlis yang lain.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Raya lagi weh!
**********
Alhamdulillah, tanggal 12 Oktober 2008, bersamaan 12 Syawal
1429 Hijrah, tim aku selamat menyajikan makanan untuk majlis
ramah mesra Aidilfitri Majlis Belia Selangor. Majlis yang dihadiri
oleh lebih 500 tetamu diraikan dalam suasana penuh meriah dan
semangat persaudaraan Islam bertempat di suatu lokasi di
Petaling Jaya Selatan, Selangor.
Cef menyediakan pelbagai sajian yang, alhamdulillah,
habis dijamah oleh tetamu yang hadir. Walaupun sajian yang
agak ringan disediakan, tetapi beberapa tetamu memuji masakan
cef, terutamanya mee soto dan rendang ayam.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
142
Majlis Belia Selangor merupakan klien pertubuhan /
korporat terkini yang mengambil perkhidmatan katering yang
disediakan. Sebelum ini di bulan Ramadhan, aku mendapat
tempahan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor,
Shah Alam.
Segala pujian dan syukur saya kembalikan kepada Allah,
Tuhan yang maha pembuka jalan. Usaha terus!
Bisnes membuat kek
Ini cerita menarik untuk kalian perhalusi, insya-Allah. Mat
Katerer berkenalan dengan rakan baru di majlis di atas. Rakan
tersebut menyediakan pengat pisang sebagai salah satu menu
yang dihidangkan. Bukannya dari katering aku, tetapi diminta
bantuan oleh salah seorang pemimpin Belia 4B di situ sebagai
menu tambahan.
Antara cerita yang kami kongsi ialah mengenai bisnes
katering, dekorasi bunga dan pembuatan kek. Beliau bersama
isteri menceburi bisnes menggubah bunga untuk pelbagai
keperluan keraian. Salah seorang ahli keluarga beliau pula
menceburi bidang pembuatan pelbagai jenis kek, daripada kek
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
143
pengantin sehinggalah kek cawan, termasuk mengusahakan
penghasilan krim untuk kek.
Cerita rakan baru itu membangkitkan semangat aku dan
cef. Dengan menumpukan bisnes pembuatan kek sahaja, kerabat
rakan tersebut berjaya mengubah gaya hidup, dari rumah kecil
lokasi bisnes beroperasi, berjaya membina sebuah rumah banglo.
Menurut beliau, semua ahli keluarga terlibat, termasuk anak-
anak.
Maha Suci Allah! Bisnes keluarga memang boleh berjaya.
**********
Assalamualaikum, sahabat dan teman sekalian. Syawal masih
bersisa, jadi salam Aidilfitri Mat Katerer ucapkan.
Alhamdulillah, harga minyak turun lagi, ringan sedikit beban
kita di Malaysia.
Aku sebagai katerer lega kerana tidak lagi perlu
memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos servis
katering ekoran kenaikan mendadak harga bahan bakar sedikit
masa dahulu. Namun begitu, tidak dinafikan harga bahan-bahan
mentah sektor makanan masih lagi agak tinggi lantaran beberapa
faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
144
Bulan Syawal ini, aku dan cef kurang rehat. Sebaik
seminggu lebih bercuti, banyak permintaan sebut harga katering
untuk rumah terbuka Aidilfitri, sama ada di rumah klien
perseorangan atau korporat.
Daripada lebih sedozen sebut harga yang dihantar, aku
memperoleh beberapa pesanan katering. Salah satu klien
korporat terkini ialah Tenaga Switchgear Sdn. Bhd, anak syarikat
Tenaga Nasional Berhad.
Majlis ramah mesra Aidilfitri Tenaga Switchgear diadakan
di premis syarikat di Kota Damansara, Selangor pada 18 Oktober
2008 (18 Syawal 1429 Hijrah). Menu yang dihidangkan pelbagai,
antaranya ialah nasi beriani, lemang, mee dan bihun soto, laksa
johor, spaghetti bolognese, sate, kepak ayam bakar, kuih muih
raya, ais krim, ABC dan cendol, dan lain-lain.
Tetamu tiba seawal jam 11.00 pagi. Tenaga petugas
seramai lima belas orang berjaya memberikan komitmen yang
baik kepada aku, dan melayani semua keperluan tetamu secara
profesional. Tetamu dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu
tetamu VIP, staf syarikat dan para jemputan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
145
Katering aku menyediakan enam gerai atau meja bufet
bagi enam kelompok menu yang berlainan. Suasana meriah
diserikan lagi dengan kanopi Arabian dan hiasan skalop serta
hiasan meja/gerai berwarna peach.
Antara tetamu VIP yang hadir ialah Pengerusi Tenaga
Switchgear, Datuk Haji Mohamad bin Haji Abdul Aziz,
Pengarah Urusan Tuan Haji Mohammad Nor bin Mohd. Sidin
dan pelakon saudara Azli dari kumpulan lawak Senario.
Mat Katerer mendapat ucapan terima kasih khusus dari
Tuan Haji Mohammad Nor semasa beliau berjalan menuju ke
kereta. Di waktu itu aku sedang berehat bersama seorang
petugas.
“Terima kasih. Makanan dan layanan bagus,” katanya
sambil memberi tanda bagus.
Segala puji aku kembalikan kepada Allah atas kelancaran
majlis rumah terbuka Aidilfitri Tenaga Switchgear yang
berlangsung selama lebih empat jam.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
146
ENTRI 13
Dalam mengendalikan bisnes katering, katerer mungkin akan
berhadapan dengan kehendak tetamu yang pelbagai. Misalnya
dalam satu majlis yang kehadiran tetamu dalam lingkungan 800
atau 1,000 orang, mustahil katerer dapat memenuhi selera secara
seratus peratus. Sedikit sebanyak mungkin ada rungutan,
walaupun mungkin kecil kalau hendak dinisbahkan secara total
dari sudut perkhidmatan dan mutu sajian yang disediakan.
Mat Katerer ini pun menghadapinya. Apa yang hendak
aku sorot di sini ialah rungutan atau pertanyaan itu mungkin
diajukan terus kepada tuan punya bisnes katering tersebut. Jika
berlaku, engkau orang sebagai pengendali katering jangan
bermasam muka dengan tetamu tersebut.
Orang kata jangan pula pulangkan paku buah keras
kepada tetamu, apatah lagi marah balik. Jadi kes naya wei!
Mat Katerer ambil sikap mengalah sahaja. Maniskan
muka dan bercakap secara mesra. Jangan pula disebabkan
jawapan kau orang, tetamu menjadi semakin tidak puas hati.
Tip yang elok kau orang amalkan ialah selalu bersangka
baik atas apapun teguran, kerana ia akan lebih mematangkan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
147
kita dalam urusan bisnes, insya-Allah. Lagi satu, jangan risau,
kalau sudah rezeki kalian, rezeki juga. Ingat Allah, ingat iman.
Dari Allah belaka.
Dalam pada itu, sekiranya komen tetamu itu berasas, apa
salahnya terima dengan baik, dan seterusnya perbaiki apa yang
terkurang. Kita bukan malaikat, pastinya kita sentiasa buat silap
atau alpa.
Tidak salah untuk mengaku kesilapan jika benar ada. Juga
tidak mengapa jika tetamu atau klien itu kelihatan sedikit „lebih‟
dalam mengajukan persoalan, tetapi kau orang tetap mengukir
senyuman. Berbaik sangka dan hadiahkan senyuman manis.
Insya-Allah, kita akan selamat dan tetamu atau klien akan
berpuas hati.
Sekiranya bengang juga, kita berlalu pergi ke tempat lain,
tenangkan fikiran. Ingat Allah, hanya Dia yang Maha
Mengetahui dan Maha Sempurna.
Dalam satu kes, ada seorang staf klien angin entah apa-
apa. Membebel tak tentu fasal. Katanya sajian tidak mencukupi.
Walhal tetamu dia yang banyak terlebih. Namun mutu makanan
okey sahaja, siap ada yang memujinya. Itu hikmahnya. Allah!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
148
Apa cef aku buat? Dia belah begitu sahaja, tidak kuasa
melayannya.
Alih-alih orang yang sama pada lebih kurang dua minggu
kemudian pesan sekali lagi servis katering aku. Kalau dia betul-
betul tidak puas hati, pastinya dia tidak akan memanggil tim
Mat Katerer lagi. Aku okey sahaja, janji dia orang bayar.
Kau orang mahu tahu apa? Kali ini dia memesan bilangan
pax yang lebih daripada sebelumnya. Cukup pun. Malah kali ini
orang itu berkata, “Terima kasih kerana datang lagi.”
**********
Pada 1 November 2008, aku mengadakan majlis keraian Aidilfitri
dan sambutan ulang tahun pertama anak bongsu, Rayyan
Hisyam. Justeru kerana sepanjang bulan Syawal Mat Katerer
sibuk dengan urusan katering dan majlis Aidilfitri klien di
banyak lokasi, maka tiada kesempatan. Justeru sambutan ulang
tahun pertama Rayyan pun agak terlewat diraikan.
Walau apapun, majlis yang diadakan di sebelah malam
berjalan dengan seadanya. Ramai juga sahabat dan ahli keluarga
yang sudi datang. Segala puji aku kembalikan kepada Allah.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
149
Aku dan cef berbesar hati kerana novelis thriller nombor
wahid Malaysia, Tuan Ramlee Awang Murshid, sudi memenuhi
undangan ke rumah. Tuan Ramlee antara tetamu yang paling
awal tiba ke teratak Mat Katerer. Beliau tidak pernah tidak
membawa isteri dan anak tersayang bersama-sama.
Alhamdulillah, sajian makanan yang disediakan oleh cef
mendapat perhatian dari Tuan Ramlee, Puan Dayang Aminah
dan adik Aizuddin.
Tidak ketinggalan juga sahabat aku dari Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd iaitu Tuan Ahmad Kamil
(pengurus penerbitan) dan Tuan Rozlan Mohamed Noor (editor)
menjamah sajian yang cef sajikan.
Aku mempertemukan Tuan Ramlee dengan mereka
berdua, lantas bualan mereka menjadi panjang menyentuh
pelbagai isu dalam dunia penerbitan dan perbukuan Malaysia.
Mat Katerer tumpang sekaki.
Kepada Cikpuan Elle dari Kelab Peminat Ramlee Awang
Murshid (RAMFC) bersama rakan Aisyah, terima kasih sahabat
kerana mampir ke teratak Mat Katerer walaupun jam sudah
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
150
mencacak ke angka 12.00 tengah malam. Sahabat berdua ini
membawa balik beberapa bungkus makanan yang dihidangkan.
Aku berkata, “Permit sudah tamat baru tiba.”
Mereka berdua hanya tersengeh. Sahabat berdua ini
membawa balik beberapa bungkus makanan yang dihidangkan.
Walaupun beberapa sahabat tidak dapat hadir lantaran
faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, aku gembira dan
bersyukur ke hadrat Allah justeru kerana majlis berjalan dalam
suasana harmoni.
Majlis juga diserikan dengan kehadiran beberapa ahli
keluarga dari sebelah cef. Suasana menjadi bingit sebentar
apabila masing-masing membuka cerita dan khabar dalam
bahasa dialek Minang. Gebang menjadi berjela panjangnya.
Aku? Termanggu-manggu bagai lalat pening kena sembur
racun perosak!
Ya, memang aku tidak faham bahasa Minang. Aku bukan
orang Minang. Namun beberapa butir aku fahamlah.
Antara sajian yang disediakan untuk majlis pada 1
November 2008 itu ialah nasi beriani, ayam masak merah,
rendang ayam dan daging, rojak mamak, nasi impit, mee, bihun
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
151
dan kuew tiew goreng, lemang, sambal sotong, roti jala, sate
serta pelbagai pencuci mulut.
**********
Aku baru menyedari bahawa restoran Kelantan Delights yang
beroperasi di Suria KLCC sudah ditutup apabila membaca satu
laporan di internet. Laporan itupun sudah lama, iaitu pada
tarikh 21 Ogos 2007. Aku pernah menjamu selera di sana semasa
berkerja di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.
Menurut laporan, “Mulai 23 Ogos berakhirlah riwayatnya
setelah beroperasi selama sepuluh tahun memperkenalkan
masakan Melayu, khususnya makanan Kelantan seperti nasi
kerabu dan nasi dagang kepada pelancung dalam dan luar
negeri di situ.”
Mat Katerer agak terkejut dan mungkin terkilan lantaran
satu-satunya restoran yang diusahakan oleh orang Melayu
ditutup setelah beroperasi selama sepuluh tahun. Satu tempoh
yang cukup untuk mencipta brand dan kesetiaan klien.
Penyebab utama dikatakan ialah „isu kadar sewa yang
dinaikkan dari RM30,000 sebulan kepada RM44,000 sebulan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
152
Tuan punya Kelantan Delights, Juhaidi Yean Abdullah dan isteri
dikatakan tidak mahu membayar jumlah sewa sebesar itu.
Aku tidak tahu sama ada ia benar atau tidak. Namun
Juhaidi dipetik sebagai berkata „masalahnya bukan kadar sewa
yang dikenakan, tetapi sikap pengurusan yang agak bongkak
seolah-olah memberikan kata dua kepadanya tanpa mahu
berunding.‟
Di sini timbul persoalan dalam benak Mat Katerer,
“Adakah masakan Melayu tidak layak menduduki gedung Suria
KLCC? Adakah masakan Melayu hanya menjadi sajian kelas
kedua di negara sendiri, lebih-lebih lagi di kota metropolitan
yang megah dengan KLCC-nya? Masakan Melayu hanya sesuai
untuk dihidangkan di food court sahaja?”
Andai benar, dangkal dan mungkin prejudis betul!
Walau apapun pada hemat Mat Katerer, pihak
pengurusan tidak patut bertindak dengan menaikkan kadar
sewa yang sudah cukup tinggi. Perbincangan masih boleh
dibuat. Lagipun menurut sumber, kadar sewa kedai-kedai
berdekatan dirahsiakan oleh pihak pengurusan Suria KLCC.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
153
Nampak udang di sebalik batu? Apa pandangan kau
orang?
Masakan Melayu dihambat keluar dari Suria KLCC. Satu
tindakan yang tidak patut sama sekali. Padahal sajian masakan
Melayu Kelantan mendapat permintaan dari para pelanggan
tempatan dan pelancung luar Negara.
Walau bagaimanapun, aku berharap pengusaha Kelantan
Delights bersabar dan meneruskan usaha. Rezeki daripada
Allah. Usahakan lagi, walaupun halangan menerpa. Dengan izin
Allah, pintu rezeki tetap terbuka untuk ditelusuri dengan
kejayaan. Usaha, doa dan tawakal.
Tip: Maniskan muka dan bercakap secara mesra. Jangan pula
disebabkan jawapan kita, tetamu menjadi semakin tidak puas
hati. Selalu bersangka baik atas apa pun teguran, kerana ia
akan lebih mematangkan kita dalam urusan bisnes, insya-
Allah.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
154
ENTRI 14
Pejam celik, pejam celik. Mujur celik kembali. Allahu-Akbar!
Terima kasih Allah, justeru masih memberikan aku hamba-Mu
kesempatan terus menghirup udara-Mu di dunia fana ini.
Kini musim cuti sekolah bakal menjelang hujung minggu
ini. Biasanya katerer – juga aku - akan mengalami antara waktu
yang paling sibuk. Pada cuti sekolah, terutamanya pada hujung
tahun yang agak panjang, pelbagai majlis memerlukan servis
katering dan yang berkaitan dengannya. Ia termasuk servis
kanopi, pembuatan pelbagai jenis kek, pelamin dan kuih-muih.
Keperluan sajian makanan dan servis sampingan itu,
antaranya ialah untuk majlis perkahwinan, program lawatan
sekolah ke pelbagai lokasi, sambutan hari keluarga, majlis doa
selamat, akikah dan berkhatan.
Tim Mat Katerer bersedia menerima tempahan, bermula
dari sajian untuk lima puluh tetamu (50 pax) sehingga 2,000
tetamu atau lebih, mana yang dahulu. Servis katering aku juga
merangkumi kanopi, penyediaan dan layanan VIP dan VVIP
serta penyediaan makanan berbungkus untuk Lembah Klang,
Selangor dan Negeri Sembilan sehingga ke Seremban.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
155
Mat Katerer juga pernah uar-uarkan yang servis katering
aku turut sedia menerima tempahan bagi program lawatan ke
kementerian kerajaan, Parlimen Malaysia dan acara sukan di
sebarang lokasi. Insya-Allah, harga dan menu boleh dibincang.
Untuk majlis perkahwinan, pakej yang aku tawarkan
termasuk hidangan tetamu, sajian pengantin, kek pengantin,
pintu gerbang dan kanopi. Aku tidak menyediakan
perkhidmatan andaman. Pihak pengantin juga disyorkan
mencari perkhidmatan fotografi dan video sendiri.
Walaupun demikian, boleh sahaja meminta bantuan aku
untuk memberi cadangan dengan kos sifar, insya-Allah. Cuba
buat panggilan pada Mat Katerer. Boleh bincang punya!
**********
Pada minggu terakhir sebelum cuti persekolah hujung tahun
2008, aku menerima empat tempahan katering. Aku dan cef
berkelana lagi. Bermula di suatu lokasi di pusat bandar
metropolitan Kuala Lumpur, ke Putrajaya kemudian ke Jinjang
dan berakhir di rumah klien berlokasi di Subang, Shah Alam.
Berlalu hal lucu dalam panik. Apa dia? Kau orang bacalah
cerita aku ini.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
156
Jika ke Putrajaya, aku sudah biasa. Ke Jinjang pun boleh
diagak laluannya. Tetapi Mat Katerer dan cef mengalami
keadaan sesat dalam perjalanan ke Taman Subang Impian, Shah
Alam. Sesatnya kita orang bukan sekali, malah dua kali; ketika
pergi untuk menghidangkan makanan dan ketika pergi buat kali
kedua untuk mengambil barang-barang pada sebelah malamnya.
Memang melucukan! Pada sebelah siangnya, aku
menggunakan Lebuhraya Persekutuan untuk ke taman
perumahan tersebut. Mat Katerer terlepas selekoh ke lapangan
terbang lama Subang, jadi terpaksa melakukan pusingan U
selepas tol Shah Alam. Dari situ aku mengambil Lebuhraya
Guthrie. Terkulat-kulat aku dan cef mencari jalan ke Taman
Subang Impian. Terasa perjalanan jauh. Mujur kita orang sudah
merancang sela waktu seandainya sesat. Memang sesat pun!
Perjalanan sebelah malam pula, aku menggunakan jalan
ke lapangan terbang lama Subang yang terlepas pandang siang
tadi. Subhanallah, sesat lagi! Angin juga lantaran badan Mat
Katerer pun kurang sihat, sudah dua hari demam.
Alhamdulillah, selepas cef membuat panggilan beberapa kali di
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
157
beberapa selekoh, akhirnya kita orang sampai ke rumah klien
buat kali kedua.
Tuan rumah tersenyum bila aku katakan, “Hari ini dua
kali kami sesat. Siang tadi guna jalan lain, malam ini pula guna
jalan lain.”
**********
Tip tambahan ialah sila aturkan masa paling optima supaya
keadaan kelam kabut dapat dielakkan. Julat masa sangat
bergantung kepada jarak perjalanan dan memikirkan situasi lain
yang mungkin wujud di sepanjang pemanduan ke premis klien.
Mat Katerer katakan bahawa perancangan masa juga
harus diteliti bagi setiap sesi katering, tertakluk kepada apakah
jenis sajian serta jenis majlis.
Sebagai contoh, sekiranya melibatkan majlis sambutan
harijadi atau doa selamat yang hanya melibatkan 100 pax dan
satu jenis set menu utama sahaja, maka ia memadai penggunaan
masa kurang daripada setengah jam untuk menyiapkan masa
bufet.
Walhal sekiranya majlis itu ialah kerainan perkahwinan
yang melibatkan jumlah tetamu 1,000 orang, maka masa yang
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
158
diperlukan ialah paling kurang satu jam setengah untuk
menyediakan hidangan dan lain-lain keperluan.
Seandainya kau orang juga terlibat dalam lain-lain servis
seperti penyediaan meja VIP, bufet pencuci mulut, penyediaan
meja utama raja sehari dan melibatkan dua stesen bufet atau
lebih, maka masa yang lebih diperlukan. Bagi kes ini, satu lagi
tip ialah aturkan semua staf untuk melaksanakan kerja masing-
masing.
Namun ini pesanan dari Mat Katerer. Jangan ego dan
sombong dengan rakan-rakan pramusaji remaja atau dewasa.
Jangan marah dan arah sana arah sini dengan sombong.
Mentang-mentang kita bos, main belasah sahaja. Dia orang
membantu katerer lancarkan majlis, justeru hormati mereka.
Sama-sama buat kerja. Sama-sama cari makan. Mereka
akan hormat kita, insya-Allah.
**********
Pada 29 November 2008, Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP)
mengadakan satu sesi yang dinamakan Pledge and Plant a Tree,
and Contribute Towards Carbon Free Environment bertempat di
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
159
Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Selangor. Sesi menanam
pokok tersebut dilakukan sempena Hari Perancang Bandar
Sedunia 2008.
Selepas sesi penanaman pokok, semua peserta termasuk
wartawan menghadiri sesi penerangan mengenai projek yang
dijalankan di premis MIP yang terletak di suatu lokasi di Kelana
Jaya.
Tetamu VIP yang hadir ialah ADUN Seri Setia, Tuan Nik
Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Tuan Gwo-
Burne Loh. Tim Mat Katerer diberi penghormatan menyajikan
makanan di majlis yang berlangsung pada hari tersebut. Dua
meja VIP disediakan dan tetamu lain sajian secara bufet.
Menu yang disajikan ialah bihun goreng singapura, nasi
lemak bungkus, sandwich tuna dan telur, salad campur, mini
murtabak, kuih bakar kemboja dan hirisan buah-buahan.
Manakala minuman pula ialah teh tarik, Nescafe o dan air
mineral.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
160
Motivasi: Salah satu hikmah bagi Mat Katerer sepanjang
menceburi bisnes katering ini ialah masa lebih banyak
terluang untuk keluarga. Rezeki pula semakin murah, dan
insya-Allah berkat. Masa untuk mencari cinta Allah juga turut
lapang dan mudah.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
161
ENTRI 15
Bos mengelap lantai basah atau kotor, sambil mencangkung
Si cilik Aeisha Sumayyah bertanya sambil memeluk aku,
“Kenapa abah kena kerja? Hari-hari kena kerja.”
Aku cium ubun-ubun kepala dan pipinya, kemudian
berkata, “Abah kena kerja cari rezeki pemberian Allah. Nanti
dapat duit, abah belikan susu adik.”
Anak berusia dua tahun lebih itu memandang aku,
terkebil-kebil. Si cilik yang mahu dimanjakan. Alhamdulillah.
Di beberapa ketika, semasa mengangkat dan menyusun
barang-barang di atas meja bufet, ada sahabat bertanya, “Kau tak
malu?” dan “Mengapa tak minta aku tolong?”
Tiada istilah malu dalam urusan yang Mat Katerer buat.
Sapu lantai guna mop, lap meja guna tuala, bahkan aku gunakan
kain tuala biasa semasa mengelap lantai basah atau kotor, sambil
mencangkung.
Insya-Allah, Mat katerer mengikut gaya berniaga sahabat
Rasulullah SAW, Abdul Rahman bin Auf.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
162
Dari satu sisi, biasakan buat kerja-kerja yang dikatakan
„kelas bawah‟ itu. Melaluinya, kita dapat rasai pahit atau
peritnya kerja sebegitu. Bagi Mat Katerer, asalkan kerja halal,
insya-Allah, semua Allah akan berkati.
Terkadang aku suka membebel. Mungkin banyak ketika
menjadi pemerhati senyap. Namun begitu, dalam memerhati
aku mengumpul maklumat. Isteriku berkata, “Abang ini pandai
menulis.”
Aku menjawab, “Abang memerhati dari sisi yang berbeza.
Justeru minat ini abang kembangkan.”
**********
Yee sang atau lou sang halal
Izinkan aku bercerita perihal satu menu. Ini paling mutakhir
untuk entri terbaharu ini. Imbasan kembali akan aku perikan di
lain-lain entri, insya-Allah. Kau orang teruskan meniliti.
Mungkin ada yang aku sampaikan boleh dibuat panduan.
Kongsi-kongsikan, okey.
Yee sang atau lou sang adalah menu istimewa untuk
Tahun Baharu Cina. Sejak tahun 2011, pihak aku mula menerima
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
163
pertanyaan bagi sediaan menu yee sang halal mengikut prosedur
Islam. Justeru Cef Hana mengambil inisiatif untuk belajar sajian
khas ini.
Versi atau kandungan yee sang atau lou sang ini banyak,
mengikut kreativiti seseorang tukang masak atau cef yang
menyediakannya.
Ketika satu sesi katering Tahun Baharu Cina 2013, seorang
tetamu bertanya kepada sahabatnya, lebih kurang begini,
“Kandungan sayur ini adakah?” Beliau menunjuk jenis sayur
tersebut.
Rakannya itu menjawab, “Tidak kisah. Janji ia sayur. Ikut
kreativiti masing-masing.” Lantas aku memberi sedikit
penerangan. Dia orang mengangguk tanda faham.
Dari info yang Mat Katerer peroleh, sajian ini dikatakan
berasal dari negara China. Namun versi kontemporari dihasilkan
dan dipopularkan pada era 1960-an di kalangan komuniti bangsa
Cina di beberapa tempat. Paling menarik ialah hari perayaan
Tahun Baharu Cina di Malaysia, Indonesia dan Singapura sering
dikaitkan dengan menu istimewa ini.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
164
Sepanjang pengalaman Mat Katerer, pihak syarikat dan
komuniti bangsa Cina di Kuala Lumpur dan Selangor tidak sah
sekiranya sajian ini tidak disediakan di majlis sambutan Tahun
Baharu Cina. Ia sebagai simbolik kemakmuran, justeru sajian ini
juga disebut sebagai yee sang salmon kemakmuran (prosperity
salmon yee sang).
Yusheng, yee sang atau lou sang atau memantulkan
kemakmuran, adalah salad ikan mentah gaya Teochew. Ia
biasanya terdiri daripada beberapa kepingan / cebisan ikan
mentah (paling biasa salmon). Antara bahan-bahan lain, ia
dicampur dengan sayur-sayuran yang dicincang dan pelbagai
sos dan perasa.
Ikan mentah hancir, bukan? Guna perahan air limau nipis
atau lemonlah! Atau buat inovasi dengan merebus dahulu ikan
itu.
Tim Mat Katerer berbangga dengan pesanan saban tahun,
sejak 2011, terhadap sajian istimewa kaum Cina ini. Kami belajar
dan mahu terus belajar, justeru makanan yang pelbagai ini
adalah anugerah Allah untuk umat manusia.
**********
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
165
Sepanjang bisnes katering yang memasuki tujuh tahun ini, pihak
Mat Katerer menerima sokongan dari banyak pihak. Bagi servis
kanopi, kerusi meja dan pramusaji, aku banyak kali bekerjasama
dengan Accer Event & Canopy dan Azlan Canopy.
Hubungan bisnes sungguh erat. Tuan punya Accer Event,
Tuan Jazse Mohamed pernah berkata kepadaku, “Abang buat
katering, saya buat kanopi. Kita kongsi sama-sama rezeki.
Jangan tamak.”
Di suatu ketika, di Kolej PTPL Shah Alam, tim Mat
Katerer ada projek di sana. Bila tengok cop kerusi, hah Accer
punya! Sebaik nampak kelibat Jazse Mohamed sewaktu kami
sedang memunggah barang masuk ke dalam lori, aku berteriak,
“Tidak ada orang lainkah?”
Tuan Jazse menjawab sambil tersenyum, “Pusing-pusing
kita juga, bang!”
**********
Fakta Katering
Dalam satu majlis perkahwinan, Mat Kateter dan Cef Hana
membantu rakan di gerai BBQ kambing sebanyak lapan ekor.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
166
Sajian lain ialah coleslaw, kentang lenyet, jagung bakar, roti
bayang putih (garlic bread) dan sup cendawan . Tetamu sekitar
1,000 orang.
Apa yang terjadi? Gerai BBQ kambing kena serbu!
Langsai sajian itu, barulah mereka ke gerai nasi berani. Hasilnya,
nasi tidak habis.
Kalau ada kambing bakar / BBQ, memang kambing
dahulu kena serbu.
**********
Satu peristiwa untuk kau orang renungkan.
Tarikh 21 Februari 2013 Kuala Lumpur dan Selangor
dianugerah oleh Allah dengan hujan lebat. Tunggu pramusaji di
suatu lokasi. Tiada. Dia tunggu di tempat lain, aku teruskan
pemanduan. Jalan sesak teruk.
Tiba di Subang Jaya, cari lokasi premis bisnes klien, hujan
masih lebat. Berpusing lima kali dalam lorong-lorong sempit dan
sesak. Aku sedikit panik. Akhirnya, "Allahumma yassir wala
tu`assir ya Kareem", yang menjadi tasbih sepanjang perjalanan
menjadikan semua kemungkinan tidak baik sirna.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
167
Allahu-Akbar! Terima kasih, sahabat Zonan Villa kerana
mengingatkan aku.
Tip Katering
Datuk Idris Haron pernah berkata kepada Mat Katerer, “Dalam
bisnes katering, sekiranya makanan sedap, perkhidmatannya
orang tidak lihat sangat.”
Walaupun begitu, seorang katerer yang baik harus
melihat semua sisi servis yang disediakan. Ulang siaran, “Makan
adalah persepsi minda.”
Satu lagi, dalam buku Buat Duit dengan Katering, aku tulis
kisah konsep 'kita bos kita kuli.' Insya-Allah, aku buat apa yang
ditulis. Bos atau tidak, setiap usaha kerja halal memperoleh
berkat dari Allah.
Mat Katerer pernah ditegur oleh tuan rumah,
“Lahawlawala! Bos pun basuh pinggan.”
Sebaik menoleh ke arahnya, sambil tersenyum aku
membalas, “Sudah biasa, bang.”
Allah Subhanahuwata‟ala menegaskan dalam al-Quran,
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
168
kamu bersyukur, pasti Kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu
dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku
sangat pedih‟.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
169
ENTRI 16
Dalam entri ini Mat Katerer akan ceritakan sedikit mengenai
beberapa maklumat penting. Aku kongsikan, agar kalian beroleh
sedikit info. Cerita aku ini bukan main-main, melainkan aku
sudah buat apa yang dinyatakan. Bikin serupa cakap, bro!
Kalau aku tidak buat, memang agak sukar untuk
bercerita. Kisah benar dari pengalaman sendiri aku kira molek
untuk dikongsi. Mungkin tidak sama nasib kita. Namun aku
berharap agar boleh diambil sebagai panduan, kalau kau orang
sudi.
Kisah nasi lemak bungkus. Okey, teruskan membaca.
Peluang nasi lemak bungkus
Usaha bisnes kecil-kecilan menyediakan nasi lemak bungkus
memiliki potensi baik untuk surirumah. Dalam beberapa sesi
katering, aku memang memesannya dari penjual nasi lemak di
sekitar kawasan perumahan.
Itu untuk surirumah. Untuk yang serius pun boleh
berbuat perkara yang sama, yakni serius fokuskan kepada
menjual nasi lemak. Sekarang ini nasi lemak bukan lagi menjadi
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
170
sarapan pagi. Ia sudah ditawarkan untuk makan tengah hari,
minum petang dan makan malam, bahkan makan di dinihari.
Sebentar! Dalam satu kes, klien bangsa Cina memesan
dari Mat Katerer nasi lemak secara bufet untuk 200 orang makan.
Banyak lauk yang diminta. Jangan main-main, ya! Nasi lemak
sudah menjadi menu satu Malaysia.
Di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kalian perhati
betul-betul. Bukankah nasi lemak yang asalnya sajian sarapan
pagi kaum Melayu sudah dikormesilkan di serata restoran,
malah di hotel bertaraf enam bintang? Paling penting, pengusaha
bisnes kena kreatif.
Dalam dua sesi katering lain, klien/tuan rumah memesan
sendiri nasi lemak bungkus dari penjual di kawasan berdekatan.
Dengan jumlah daripada 50 sehingga 300 bungkus, surirumah
bakal memperoleh keuntungan yang baik. Julat harga ialah
RM1.20 – RM2.30 sebungkus.
Aku memang ada pengalaman menjual nasi lemak ini
dengan beberapa gerai pacak. Hasilnya tidak tetap sangat,
namun andai diusahakan secara betul, insya-Allah, ada untung.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
171
Bagi meningkatkan prestasi bisnes, elok kiranya buat
begini. Mudah sahaja. Kalian buat cop bisnes atau cop yang
tertulis nama kalian dan nombor telefon dan / atau alamat e-mel
yang boleh dihubungi. Kemudian di setiap bungkusan nasi
lemak itu, kalian coplah, sebagai contoh, “Sedia mengambil
tempahan nasi lemak berbungkus” atau “Hubungi kami.
Nombor telefon: 03-###### atau 019-#########”.
Insya-Allah, kau orang tunggulah hasilnya.
Majlis pertunangan
Ini kisah lain pula.
Majlis pertunangan biasanya dihadiri oleh keluarga
terdekat pihak lelaki dan perempuan. Tidak ketinggalan jiran-
jiran. Setakat ini, Mat Katerer menerima tempahan perkhidmatan
katering untuk majlis bertunang yang dihadiri oleh 100 sehingga
200 tetamu.
Terkini? Alhamdulillah, tempahan pertama katering
tahun 2009 ialah majlis bertunang yang berlangsung di Villa
BAM di Taman Maluri, Kuala Lumpur, pada 3 Januari. Ianya
dihadiri oleh 100 tetamu. Tuan rumah sudah mengesahkan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
172
pesanan tersebut semasa Mat Katerer dan keluarga masih dalam
percutian di Rantau Panjang, Kelantan.
Menu yang disajikan ialah nasi beriani dan nasi putih,
ayam goreng berempah, daging masak hitam, dalca sayur, acar
jelatah dan sambal tumis udang. Pencuci mulut ialah kuih cara,
murtabak mini dan hirisan buah-buahan. Manakala minuman
pula ialah kordial oren dan teh tarik.
Ahli keluarga sebelah perempuan berpuas hati dengan
masakan yang disediakan. Mereka menunjukkan tanda bagus
kepada aku. Segala puji aku kembalikan kepada Allah.
Heh! Ada nasi lemak bungkus juga.
**********
Ini cerita klien korporat pula. Commerce Dot Com Sdn. Bhd
(CDCSB) pengendali sistem ePerolehan bagi Kerajaan
Persekutuan pada 16 Januari 2009, secara rasmi mengumumkan
pengubahsuaian pusat operasi cawangan di ibu pejabatnya di
Petaling Jaya, Selangor.
Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Syed
Azmin Mohd Nursin @ Syed Nor, Pengerusi Eksekutif
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
173
Kumpulan CDCSB dan Datuk Azizan Ayob, Ketua Pegawai
Eksekutif, CDCSB.
Pada acara itu, syarikat juga meraikan kakitangan bagi
pencapaian urus niaga bernilai RM6 bilion melalui sistem
ePerolehan. Tuan Syed Azmin mengucapkan tahniah kepada
kakitangan dan memimpin penghargaan itu dengan memotong
kek untuk menandakan kejayaan.
Aku, Mat Keterer, berbangga menjadi katerer untuk majlis
penuh kenangan itu. Tahniah CDC! Hubungi kami lagi.
Untuk sajian di majlis ini, pihak Mat Katerer menyediakan
hi-tea berat. Senarai menu seperti di bawah:
Makaroni goreng.
Lontong dan kuah lodeh.
Roti jala bersama kari ayam.
Sate ayam dan daging.
Samosa kentang.
Kuih cara berlauk.
Kuih bakar kemboja.
Popia goreng.
Campuran potongan buah-buahan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
174
Minuman: Teh tarik, fruits punch dan air mineral.
Gapai redha Allah
Sudikan membaca sudut motivasi ini. Semoga sama-sama
beroleh panduan dan berkat, insya-Allah.
Kata bijak pandai, “Apabila kamu diberkati atau berjaya
dalam apa jua cara atau bidang, kamu mesti jangkakan adanya
pembenci yang sentiasa mengintai. Bagaimana kamu bertindak
balas kepada mereka adalah sebahagian daripada ujian.”
Ya, mesti pandai dalam apa jua sepak terajang dan
mungkin wujud hasad dengki. Aku bukan main tuduh melulu,
sememangnya ada. Mahu kata tiada, aku rasa menipu pula.
Memang ada. Kalian buka mata hati, dan pandai-pandailah
kendalikan. Mohon petunjuk Allah.
Izinkan Mat Kateter berpantun, boleh? Ini bukan diciplak
dari orang lain. Ia tulis dari hati Mat Katerer yang suka
memerhati.
Daku tidak perlu respek
Tidak juga perlu ditabik;
Jangan dikau suka merepek
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
175
Kukuh daku takkan carik.
Terbakar hari di bawah mentari
Cekal berdiri gagah berdikari;
Diam bukan tidak mengerti
Daku sepi dalam memerhati.
Berikutnya mungkin puisi. Mahu kata pantun pun boleh.
Bukan aku mengemis simpati sesiapa
Buat penawar duka lara;
Bukan aku mengemis hormat sesiapa
Cuma Allah yang aku damba.
Berikan sayang untuk menarik sayang. Namun sayang itu
seharusnya bertempat.
Berikan marah untuk menarik redha Allah. Namun redha
Allah juga akan lari andai kita marah tidak bertempat.
Untuk aku dan kamu. Ditimpa musibah, sakit, susah hati,
kematian? Ucapkanlah sebagai tasbih serta ingatan: Innalillah
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
176
hiwainnailaihirojiun. Dari Allah dia datang (segala sesuatu)
kepada Allah dia kembali.
Kemudian berdoa dan bertawakal. Ucap istighfar, insya-
Allah. Cinta Allah Maha Besar untuk hamba-hamba-Nya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
177
ENTRI 17
Mat Katerer dan Cef Hana mempunyai dua kumpulan rakan-
rakan rapat. Kumpulan atau kelompok rakan-rakan yang
pertama ialah dari kalangan staf dan bekas staf MIMOS Berhad
dan Jaring Communications Sdn. Bhd. Kelompok ini sudah lama
terbina, dan sehingga sekarang aku terutamanya (walaupun
sudah berhenti dari MIMOS dan Jaring) dan isteri sering
bertemu dalam pelbagai aktiviti. Pastinya mereka sering sahaja
meminta Cef Hana sediakan juadah untuk santapan.
Kumpulan terbaharu pula terbina melalui Kelab Peminat
Ramlee Awang Murshid (RAMFC) yang ditubuhkan sedikit
masa dahulu. Aku dan isteri yang menjadi peminat tegar karya-
karya novelis Ramlee Awang Murshid menganggotai kelab ini.
Sudah beberapa kali RAMFC mengadakan perjumpaan,
mesyuarat dan sesi beramah mesra untuk ahli-ahli dengan
kehadiran Tuan Ramlee. Terkini RAMFC mengadakan satu
perjumpaan atau perhimpunan yang dinamakan Membongkar
Rahsia Perindu – Lepak Santai RAMFC yang diadakan di Taman
Warisan Pertanian dan Taman Putra Perdana, Putrajaya pada 28
Februari 2009.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
178
Aku dan Cef Hana berbesar hati menyediakan beberapa
juadah sebagai tanda sokongan kami untuk RAMFC. Termasuk
dalam juadah khas ialah kek pulut kuning bersama rendang
daging bagi meraikan ulang tahun perkahwinan Tuan Ramlee
dan isteri, Puan Dayang Aminah binti Datuk Aliudin.
Hidangan lain ialah rendang ayam, nasi impit, samosa
kentang dan teh tarik.
Okey, apa yang pasti aku dan Cef Hana cukup gembira
hari itu. Tahniah dan syabas Mat Katerer ucapkan khusus untuk
Cikpuan Elle dan Tuan Attokz Dikulgai (sang dogma) kerana
berjaya menjadikan hari itu indah, walaupun cuaca panas terik.
Terus terang aku mengaku yang Cef Hana dan aku
memang agak kepenatan justeru kerana sudah tiga hari berturut-
turut sibuk dengan katering. Namun demi semangat ukhuwah,
Cef Hana dengan cekatannya menyediakan masakan bagi rakan-
rakan RAMFC. Apa yang pasti, sampai sahaja di rumah cef aku
itu terus pengsan di sebelah anak kecil saya yang berusia satu
tahun lima bulan.
Terima kasih Mat Katerer ucapkan kepada Pengurus
Besar Alaf21 Sdn. Bhd, Tuan Nordin Mohamed kerana terus sudi
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
179
dan menyokong RAMFC dan segala aktiviti yang dijalankan.
Seperti biasa ada perkara dan isu yang aku bincangkan bersama
Tun Ramlee dan Tuan Nordin, mencakupi dunia sastera dan
penerbitan Malaysia. Ada bisik berdesing di telinga, ada rahsia
dikongsi.
Kepada rakan-rakan RAMFC, kehadiran kalian cukup
bermakna bagi aku dan AJK yang lain. Terima kasih daun keladi
atas pujian sajian ala kadar yang Cef Hana sediakan.
Aku, Cef Hana dan dua orang anak membawa pulang
kenangan dan hadiah. Kami tidak menyangka bahawa menjadi
naib johan bagi acara mencari harta karun. Plak hadiah dan
cenderahati amat unik dan artistik. Tahniah sekali lagi kepada
Tuan Attokz the Dogma guy.
Kepada Tuan Ramlee, teruskan berkarya. Kami di
RAMFC berbangga dengan pencapaian tuan dalam penulisan
novel yang kontemporari dan berdaya maju. Harapan aku secara
peribadi ialah Tuan Ramlee dapat melahirkan novel sains
fiksyen, novel sejarah dan fiksyen sejarah di masa hadapan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
180
Mat Katerer berdoa semoga Tuan Ramlee Awang
Murshid terus diberi kekuatan oleh Allah dalam melestarikan
dunia novel Melayu dan Islam.
Aku kira tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan yang
Tuan Ramlee telah berjaya membuka satu aliran baru dalam
penulisan novel berbahasa Melayu. Novel berbentuk thriller dan
misteri yang matang itu telah diselitkan dengan unsur-unsur
murni dalam Islam serta nilai murni masyarakat Malaysia.
Mat Katerer saya nyatakan di sini bahawa novel
berbentuk demikian mempunyai penggemar di Malaysia,
Singapura, Brunei dan Indonesia. Sudah sekian lama pasaran
negara dibanjiri dengan novel thriller, misteri dan fiksyen dari
barat. Usaha murni Tuan Ramlee, yang amat berjaya, harus
diteruskan dan diikuti oleh penulis-penulis yang lain.
Novel thriller, misteri dan fiksyen dari barat sudah
semestinya, antara lain, memuatkan nilai-nilai budaya barat
yang kurang sesuai dengan masyarakat timur, terutamanya
masyarakat Malaysia.
Walaupun tidak dinafikan ada unsur-unsur kemanusiaan
sejagat dalam karya-karya kreatif dari barat, namun demi untuk
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
181
menyampaikan mesej mereka, ada sesetengah (bukan semua)
penulis barat lebih cenderung menerapkan propoganda barat
yang kadang-kadang terlalu bobrok dan hodoh.
Fakta dan motivasi
Tuan, puan dan cikpuan tidak perlu pendidikan khas atau ijazah
khusus untuk menjadi katerer yang berjaya. Walaupun begitu
mengikuti kursus di beberapa institut atau sekolah-sekolah
vokasional kulinari/katering boleh membantu. Ramai yang
bermula dengan bekerja bersama satu atau lebih entiti bisnes
katering untuk melihat bagaimana bisnes beroperasi.
Namun begitu, pengetahuan itu amat penting dalam apa
jua bidang bisnes. Belajar sepanjang hayat mesti menjadi amalan
bagi mengetahui selok-belok bisnes. Ada yang takut gagal dalam
bisnes. Fahamilah bahawa bagaimana mahu menemui kegagalan
sekiranya belum dimulakan langkah? Tukarkan faktor gagal
menjadi elemen menuju kesuksesan.
Seperti mana bagi semua bidang bisnes, keberhasilan
sesuatu sesi katering adalah selari dengan perencanaan dan
melestarikan perancangan tersebut. Mulakan dengan jumlah pax
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
182
yang kecil, misalnya 50 pax, dan jangan terperangkap dengan
faktor masa.
Fahami apa yang klien inginkan, dan berikan apa yang
mereka inginkan tersebut dalam melaksanakan servis, walaupun
ia sekadar komplimentari sahaja.
Nasihat dan fakta
Bisnes katering merupakan industri yang dinamik dan
berkembang, dan akan sentiasa ada permintaan. Katering akan
terus kekal, dan industri ini akan terus menarik bakat-bakat
baharu dengan cara-cara inovatif untuk membawa makanan dan
minuman dalam kuantiti besar kepada klien.
Daripada konsep stesen penyajian baharu kepada idea-
idea kreatif persembahan sajian makanan, bisnes katering
sentiasa berkembang.
Hari ini, cef selebriti memulakan perusahaan katering
mereka sendiri kerana katering itu panas! Ia industri berprofil
tinggi, penuh dengan keseronokan dan cabaran.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
183
ENTRI 18
Pada 26 Februari 2009 tim Mat Katerer dijemput untuk
menyajikan makanan bagi suatu majlis untuk cabang
perkhidmatan kewangan syarikat Basf.com Asia Pasifik di
Menara TM, Kuala Lumpur. Hidangan berbentuk hi-tea.
Seterusnya dengan sajian menu utama berupa nasi
beriani, ayam goreng berempah, dalca daging, kambing massala
dan sayur campur broccoli, aku dan cef ke Rumah Melaka di
Jalan Belamy, Kuala Lumpur pada 4 Mac 2009.
Sajian makan malam di Rumah Melaka itu dihidangkan
bersama pencuci mulut; bubur kacang hijau durian, samosa
kentang, hirisan pelbagai buah-buahan dan running coffee,
disediakan untuk tetamu seramai 70 orang.
Mat Katerer tiba di rumah hampir pukul 2 pagi setelah
selesai majlis. Cef dan seorang staf bertugas balik terlebih
dahulu.
**********
Setelah kembali berhari raya di Besut dan Kelantan, Mat Katerer
dan Cef Hana memang sibuk. Kesibukan merangkumi menerima
panggilan dari klien, menjawab e-mel, menghantar sebut harga,
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
184
menghubungi rakan bisnes serta menyediakan barang-barang
keperluan.
Antara yang terawal mengesahkan pesanan katering Hari
Raya Aidilfitri ialah novelis Ramlee Awang Murshid. Novelis
thriller nombor satu Malaysia ini telah menempah tarikh seawal
pertengahan Ramadhan 1430 Hijrah lagi.
Tahukah kau orang, apakah makanan yang sangat
digemari oleh Tuan Ramlee? Di penghujung majlis semasa
bertugas di rumahnya, pembantu aku menggoreng mee yang
berlebihan.
Anak beliau, adik Aizuddin, berkata kepada aku, “Ayah
memang suka makan mee goreng.”
Tatkala bersantai di luar rumah menjelang waktu Isyak,
Tuan Ramlee makan (belasah!?) dua pinggan mee goreng!
Memang sah bahawa Tuan Ramlee suka menu itu.
Justeru hari raya jugalah, maka Mat Katerer secara
peribadi masih terkial-kial dalam meneruskan pembacaan novel
sejarah Bidadari Paderi oleh saudara Saiful A.Imam. Tugas
mengulas buku juga tergendala sebentar. Ulasan novel thriller
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
185
Kudeta Intro dan Kudeta Klimaks yang usai dibaca di penghujung
Ramadan 1430 Hijrah juga masih belum dimulakan.
Apa dia? Kau orang hairan, Mat Kateter juga membaca?
Bacalah dengan nama Tuhanmu. Bacalah dengan Bismillah.
Insya-Allah, carilah ilmu sehingga ke saat akhirnya.
Jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
sesak dengan kenderaan lantaran rumah terbuka Hari Raya
Aidilfitri. Di dua hujung minggu, aku terperangkap dalam
kesesakan jalanraya dalam perjalanan ulang-alik ke premis klien
bagi urusan katering.
Di suatu hujung minggu, Cef Hana kepenatan memasak
untuk tiga majlis rumah terbuka Aidilfitri untuk dua hari
berturut-turut. Sebaik sampai di rumah pada malam Ahad, dia
terus pengsan (tidur dengan nyenyaknya!)
**********
Ini ada satu cerita menarik. Menariklah bagi aku. Bagi kau orang,
entahlah! Baca dahulu.
Servis katering aku menerima tempahan katering
daripada keluarga Kristian, Sabtu 21 Mac 2009. Suatu pesanan 50
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
186
pax dihidangkan kepada ahli keluarga dan rakan rapat yang
menghadiri perhimpunan kecil untuk pengantin perempuan dan
pengantin lelaki, sebelum pergi ke gereja berdekatan.
Hidangan nasi beriani, ayam goreng berempah, filet ikan
manis-masam, kambing massala, dalca sayur, acar jelatah dan
popadum. Cef Hana menyajikant pencuci mulut juga, seperti
berikut; buah-buahan campuran, samosa kentang dan kuih bakar
kemboja.
Menurut kata Dr. Steven, beliau beroleh rekomen dari
seorang sahabatnya tentang servis katering Mat Katerer. Terima
kasih, Dr Steven, atas sokongan tuan. Semoga Tuhan
memberkati tuan dan keluarga tuan.
Mahu tip bisnes katering? Nah! Kau orang teliti. Ini bukan
main sebat sahaja, ianya daripada pengalaman Mat Katerer,
insya-Allah.
Tip 1: Buat senarai semak (checklist) barang-barang yang
ingin dibawa untuk setiap kali sesi katering.
Tip 2: Bawa wang lebih sedikit dalam dompet duit.
Sekiranya ada keperluan yang kurang, seperti ais, cawan /
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
187
pinggan / piring / mangkuk pakai buang atau tisu, boleh dibeli
di mana-mana kedai berdekatan.
Tip 3: Jimatkan wang. Beli cawan pakai buang dan
seumpamanya dalam kotak kuantiti 1,000 unit, bukan 50 unit
dalam satu karung. Boleh jimat dan simpan stok.
Fakta: Konsep sajian bufet juga merangkumi penyediaan
makanan berlainan kategori disajikan di meja atau gerai
berlainan. Sudah beberapa kali pihak Mat Katerer diminta
oleh klien menyediakan pelbagai jenis kategori sajian.
**********
Katering dan majlis ulang tahun perkahwinan ke-28 pasangan
Singapura
Zommm, pergi masa depan sebentar!
Pada Sabtu 23 Februari 2013, aku, isteri dan anak-anak ke
Greenwood, Gombak. Sesi katering Tahun Baharu Cina di Shah
Alam Mat Katerer serahkan kepada tim Tuan Mohd. Azlan Satar.
Kami ke Greenwood justeru meraikan majlis sambutan
ulang tahun ke-28 perkahwinan pasangan champion Puan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
188
Mazanah Mohamad dan Tuan Zubaidi dari Singapura. Majoriti
keluarga pasangan mempelai ini datang dari negara jiran kita.
Sebahagian kecil lagi dari Malaysia. Aku sekeluarga bagaikan
keluarga bagi pasangan ini. Tautan ukhuwah terasa kukuh.
Mat Katerer disorong copong untuk berucap. Antara
ucapan aku ialah, “Saya dan isteri doakan agar Abang DD, Kak
Mazanah dan anak-anak berbahagia sehingga ke akhir hayat,
dan sehingga ke syurga. Amin ya Allah.”
Dalam buku motivasi addin berjudul 50 Sup Champion
Resipi Rasulullah, aku nukilkan secebis kisah berkenaan mereka.
Aku masih menyimpan hasrat untuk membukukan kisah
pasangan champion ini. Ada masa dan upaya, insya-Allah, Mat
Katerer rancang.
Motivasi warkah champion
Ketika berlaku perselisihan di antara Ali bin Abi Talib dengan
Mu‟awiyah bin Abu Sufian, Empayar Bizantin menawarkan
bantuan kepada Mu‟awiyah untuk menentang Ali dengan
harapan mendapat manfaat jangka panjang.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
189
Tawaran tersebut ditolak secara tegas oleh Mu‟awiyah,
bahkan secara keras beliau memberi amaran kepada pemerintah
Bizantin, “Jangan terpedaya kerana perbezaan kami. Jika kamu
berhasrat menentang umat Islam, aku akan menjadi tentera Ali
yang pertama untuk menentang kamu.”
Aku akui, aku insan kerdil, bahkan amat kerdil dalam ruang
ilmu Allah yang Maha Berilmu.
Aku insan yang tidak petah, malah patah lidah, namun dengan
hasrat ingin bermadah jua.
Justeru aku menata aksara dalam menyuara rasa.
Bukan berniat mencari bala, tidak terlahir mencipta petaka
dalam bercitra.
Fana ini menjadi penyedar bahawa aku harus tetap bersuara.
Di sebalik hijab tabir yang Maha Esa, yang aku berikrar sejak di
alam roh.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
190
Chop! Mat Katerer ada mesyuarat dengan kustomer
petang nanti. Aku berhenti dahulu. Maaf andai terkasar bahasa,
kiranya patah lidah berbicara.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
191
ENTRI 19
Konsep bufet atau gerai
Konsep sajian bufet juga merangkumi penyediaan makanan
berlainan kategori disajikan di meja atau gerai berlainan. Sudah
beberapa kali pihak Mat Katerer diminta oleh klien menyediakan
pelbagai jenis kategori sajian.
Gerai atau meja berlainan ialah untuk sajian seperti
berikut; nasi, mee / bihun/ laksa, pencuci mulut, sate dan kepak
ayam bakar, kuih-muih, minuman, kambing bakar, cendol dan
ABC. Ini terutamanya melibatkan tetamu paling kurang pun
seramai 300 orang.
Namun konsep gerai sepenuhnya (stall concept)
melibatkan kos tambahan dalam menyediakan gerai-gerai
berkaitan. Katerer perlu nyatakan secara jelas kepada klien.
Jangan tersilap menyediakan sebut harga. Sewaan gerai juga ada
kos tersendiri.
**********
Organisasi Jurnal FIXGlobal telah berjaya mengadakan Forum
Dagangan Elektronik Kuala Lumpur 2009, di Bursa Malaysia
pada 21 Mei 2009. Jurnal FIXGlobal adalah kesatuan atau jurnal
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
192
rasmi Protokol FIX. Ia juga sebagai pusat rujukan maklumat
penting/inisiatif pendidikan bagi institusi perdagangan industri
elektronik global.
Forum yang dipanggil FIXGlobal Face2Face dibentuk oleh
industri berkaitan elektronik, dan ia mengumpulkan peserta bagi
mengakses maklumat terkini mengenai dagangan elektronik,
FIX, teknologi dan isu-isu perdagangan.
Apakah FIX? FIX merupakan singkatan kepada protokol
Financial Information eXchange (FIX), satu siri spesifikasi
perhubungan komunikasi elektronik yang berkaitan dengan
perdagangan. Ia telah dibangunkan melalui kerjasama antara
bank-bank, broker-peniaga, bursa, industri dan persatuan utiliti,
pelabur institusi, dan pembekal teknologi maklumat dari seluruh
dunia. Peserta pasaran berkongsi wawasan satu konsensus yang
sama, secara global sebagai instrumen kewangan perdagangan
automatik.
Bagi seminar di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2009, satu
pasukan pengendali dari Hong Kong telah turun ke Kuala
Lumpur untuk memantau semua perkara yang berkaitan dengan
acara itu, termasuk servis katering. Tim Mat Katerer telah
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
193
dijemput untuk menampung keperluan makanan dan minuman
persidangan satu hari yang sangat padat itu.
Cikpuan Barbara, pengurus acara, menghantar mesej
melalui e-mel, “Hanya ingin mengucapkan terima kasih atas
bantuan tuan! Saya fikir seminar ini berjalan dengan lancar pada
hari tersebut. Terima kasih atas bantuan tuan! Kekalkan
komunikasi di antara kita. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk
bekerja dengan pasukan anda sekali lagi dalam masa terdekat!”
Pasukan aku menyediakan empat kali sajian, bermula
dengan minuman selamat datang (welcome drink) sehingga
minum petang (hi-tea). Senarai menu berbentuk finger food
bernuansa Barat sehingga sajian tempatan yang tidak berapa
banyak kuah. Ini bersesusian dengan konsep makan berdiri
(standing breakfast, lunch, hi-tea).
**********
Pada 11 Mei 2009 sebelumnya, aku memperoleh pesanan
katering dari sebuah syarikat pembekal peralatan kimia makmal,
Chemopharm Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada tahun 1976, misi
utama Chemopharm Sdn. Bhd. ialah bagi membekalkan bahan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
194
kimia dan barang-barang kaca makmal. Sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, mereka telah berkembang menjadi salah satu
pembekal terkemuka negara bagi peralatan saintifik, analisis dan
bahan kimia makmal.
Sesi katering yang berlangsung di ruang legar dan bilik
gerakan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Pahang,
Kuala Lumpur dihadiri oleh 200 tetamu. Sajian yang saya
sediakan ialah untuk makan pagi dan makan tengah hari.
Pada hari Sabtu, 6 Jun 2009 pula, aku memperoleh tiga
pesanan katering - pertama keraian perkahwinan di Taman
Maluri, Kuala Lumpur; kedua makan tengah hari di Akademi
Sains Malaysia; dan pada sebelah malam pula BBQ di Port
Dickson, Negeri Sembilan.
Dengan kawalan mental dan orientasi organisasi yang
baik, ditebat dengan doa dan tawakal terhadap Allah, ketiga-
tiganya berjaya dilaksanakan oleh tim Mat Katerer dengan baik.
Segala syukur dan puji aku kembalikan ke hadrat Allah.
Aku sertakan komen Cik Wanie di blognya berkaitan BBQ
di Port Dickson, “Sebenarnya katering ini aku dapat melalui
internet. Bila aku sudah dapat nombor telefonya, aku terus
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
195
membuat panggilan. Senang bekerjasama dengan tuan empunya
katering ini iaitu Kak Hana. Untuk 70 orang/pax, tau-tau
macam-macam makanan yang dihidangkan seperti:
- Kepak ayam.
- Ikan terubuk dan cencaru.
- Udang.
- Daging.
- Sosej bakar.
- Sup cendawan.
- Roti bawang putih (garlic bread).
- Jagung manis.
- Sos lada hitam, sambal kicap, cili barli.
- 2 jenis kuihBuah-buahan dan minuman kordial oren.
“Alhamdullilah. Banyak makanan yang habis. Syukur
sangat. Kalau ada yang berminat hendak buat tempahan, silalah
layari laman webnya. Memang anda akan berpuas hatilah. Buat
Puan Hana, terima kasih sebab sanggup turun dari Kuala
Lumpur sampai ke Port Dickson untuk memeriahkan lagi majlis
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
196
Cik Wanie. Insya-Allah andai ada rezeki kita boleh bekerjasama
lagi.”
**********
Pada tahun 1987, melalui jawatankuasa perhubungan di antara
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan pentadbiran
Setiausaha Negeri Sabah dan Sarawak, diputuskan supaya
program penukaran secara pinjaman antara pegawai awam
Persekutuan dengan pegawai awam negeri Sabah dan Sarawak
dirangka semula.
Antara hasilnya ialah satu majlis penutup Program
Integrasi Nasional (PINA) tahun 2007 – 2009 berlangsung di JPA,
Putrajaya pada 17 Jun 2009.
Servis katering aku diberi penghormatan menyediakan
sajian secara penyediaan VIP di majlis tersebut. Sajian utama
seperti berikut:
Nasi putih.
Ayam goreng berempah.
Ikan merah masak lemak cili padi.
Sambal tumis udang harimau.
Sayur campur goreng, ulam-ulam dan sambal belacan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
197
Tip bisnes katering
Nah! Ini untuk kalian yang mungkin inginkan tip.
Jangan memulakan servis katering dengan mengambil
projek besar yang melibatkan banyak tenaga staf, sajian menu
dan bajet. Mulakan untuk 50 pax dahulu bagi majlis biasa di
rumah klien perseorangan atau ofis.
Contohnya Mat Katerer mengambil pesanan pertama
untuk 80 pax bagi majlis perpisahan seorang staf pengurusan di
sebuah syarikat. Menu yang disediakan ialah hi-tea berat.
Walaupun projek pertama, pastikan ia dapat dilaksanakan
dengan sukses, justeru yang pertama itu bakal memecah tembok
halangan.
Setiap sesi katering yang berbeza memerlukan tatacara
pengendalian dan senarai menu yang berlainan, juga daripada
formal kepada tidak formal. Pesanan berbeku (BBQ) ada pilihan
menu tersendiri merangkumi menu utama dan sampingan.
Barbeku ini adalah santai dan menyeronokkan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
198
ENTRI 20
Keperluan awal bisnes katering
Satu bahagian kerja katerer ialah mendapatkan pesanan dari
klien, dan kemudian aspek kedua ialah menyediakan dan
menguruskan kerja katering. Setelah tempahan disahkan,
terdapat banyak perincian dan kemahiran organisasi yang
diperlukan untuk menyiapkan pesanan bagi majlis itu.
Ini dari pengalaman aku. Bukan main catat sahaja.
Setelah tempahan disahkan, teliti perkara-perkara asas
berikut dari klien:
1) Jenis majlis.
2) Berapa ramai tetamu yang dijangkakan / dijemput?
3) Tahap formal atau santai majlis itu.
4) Adakah klien ada tema tertentu?
5) Apakah senarai menu yang klien mahukan? Jika tiada,
katerer perlu cadangkan menu menu yang bersesuaian
berdasarkan bajet klien.
6) Apakah klien memerlukan servis sampingan yang lain,
seperti keperluan kerusi meja dan kanopi?
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
199
Bilangan tetamu yang hadir dan tahap formaliti sesuatu
acara / majlis akan membantu kita menentukan jumlah makanan
dan staf penyediaan makanan atau pramusaji.
Dalam banyak kes, Mat Katerer menggunakan staf
freelance. Justeru itu, suatu idea yang baik untuk mempunyai
senarai staf atau konteks yang kita selesa dan boleh dipercayai.
Dalam masa yang sama kita mengetahui tahap profesionalisme
konteks tersebut.
Mungkin bagi kebanyakan daripada kita, apabila berfikir
bagaimana untuk menjalankan bisnes katering, tumpuan hanya
diberikan kepada penyediaan makanan dan tanggungjawab
memasak sahaja. Walhal faktanya ialah ramai yang menceburi
bisnes katering justeru mereka menyukai semua urusan
berkaitan masakan.
Sebab itu Mat Katerer katakan bahawa memasak adalah
seni dari lubuk sanubari. Ikhlas dan bersyukur dengan bakat
yang ada. Ia diperkukuhkan dengan seni bisnes katering itu
sendiri.
**********
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
200
Itu fakta dan tip untuk kalian. Cerita aku lagi seperti di bawah.
Dalam tempoh dua minggu bagi Jun - Julai 2009, aku
berjaya memenuhi beberapa permintaan perkhidmatan katering
dari klien korporat terbaharu, iaitu SP Setia Berhad (26 Jun),
Kolej PTPL Shah Alam (22 Jun), Berjaya College University of
Hospitality, Kuala Lumpur (1 Julai) dan Jaring Communications
Sdn. Bhd (14 – 15 Julai).
Dalam tempoh tersebut juga, ada tiga sesi katering orang
perseorangan.
Dalam hal lain, Cef Hana turut meluangkan masa untuk
terus belajar dalam seni penyediaan dekorasi coklat.
Okey untuk entri ini, aku sertakan senarai menu bagi
katering di SP Setia Berhad bertempat di Setia Alam, Shah Alam
pada 26 Jun 2009. Menu seperti berikut:
Spaghetti Bolognese (ayam).
Nasi goreng cina.
Cauli flower + japanese bean curd.
Filet ikan dengan sos lemon.
Udang harimau goreng mentega.
Sate (400 cucuk ayam dan 100 cucuk daging).
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
201
Seekor kambing golek bersama salad segar.
Pencuci mulut:
Sandwich tuna dan telur (2-lapis).
Kuih bakar kemboja.
Kuih cara berlauk.
Hirisan pelbagai buah-buahan.
Minuman: Kordial oren, kopi O dan teh tarik.
**********
Majikan lama aku hampir 11 tahun, JARING Communications
Sdn Bhd, mengadakan satu sesi komunikasi dalaman untuk
semua stafnya pada 28 Julai 2009.
Mat Katerer dijemput untuk menyajikan menu mudah di
hari tersebut. Sesi komunikasi yang juga diadakan untuk
menyambut hari lahir beberapa orang staf JARING dihadiri oleh
lebih kurang 250 orang, termasuk CEO-nya Dr. Mohamed bin
Awang Lah di lapangan permainan bola tampar / sepak takraw.
Menu yang disajikan ialah bihun goreng, samosa kentang,
kuih bakar kemboja, teh tarik, teh O, kopi O dan Nescafe.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
202
Seandainya kamu mahu tahu berapa harga untuk menu mudah
ini dengan pesanan untuk 250 pax, sila hubungi aku.
Jangan malu ahh!
**********
Hari Jumaat dan Sabtu, 7 – 8 Ogos 2009, pihak aku ada empat
sesi food testing. Tiga daripadanya ialah untuk majlis walimah
(perkahwinan) pada bulan Oktober dan November tahun ini,
dan satu ialah untuk keraian Aidilfitri 1430 Hijrah.
Alhamdulillah semuanya memperoleh maklum balas yang
positif dari klien.
Sorotan aku kali ini ialah bersangkut-paut dengan puasa
di Ramadhan 1430 Hijrah tidak lama lagi. Elok amalkan banyak
membaca di bulan mulia ini, terutamanya al-Quran dan buku-
buku agama.
Masyarakat Islam di Malaysia kurang memberi perhatian
berat dalam perihal ini. Apa yang selalu menjadi budaya ialah
pesta makanan, mengisi perut dan bermula dari pertengahan
Ramadhan, mula berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.
Tidakkah kita mahu menyorot sejarah?
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
203
Perang pertama dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar,
berlaku pada bulan Ramadan. Justeru bulan Ramadan adalah
bulan perjuangan. Ayat al-Quran yang pertama, iaitu ayat Iqra
(Bacalah) diturunkan pada bulan Ramadan. Justeru bulan
Ramadan juga bulan membaca.
Tidak pula aku kata tidak boleh makan. Yalah, kita telah
berlapar dan dahaga sepanjang siang, mahu juga makan sajian
yang enak-enak ketika berbuka. Cuma berpadalah. Ramai
sahabat kita umat Islam di Afrika, Palestin dan lain-lain negara
bergolak dan miskin seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.
Mahu makan pun payah.
Berkaitan berbuka puasa di sepanjang Ramadhan 1430
Hijrah, Mat Katerer ingin mengumumkan, kini dibuka pesanan
sajian berbuka puasa. Pihak aku cuma berhasrat untuk
memenuhi paling banyak pun hanya dua pesanan seminggu.
Pesanan minima ialah 70 pax.
Dalam pada itu, pesanan bagi majlis keraian Aidilfitri juga
dibuka, insya-Allah. Pakej termasuk makanan, kanopi dan
layanan VIP / VVIP (jika perlu).
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
204
Tip: Menceburi bisnes katering tidak sukar, tetapi ia
memerlukan skil pengendalian organisasi yang cemerlang.
Dalam masa yang sama perancangan teliti masa bagi semua
fasa bisnes menjadi faktor kritikal kejayaan setiap sesi
katering, sama ada berskala kecil, sederhana atau besar.
Melaksana dan menguruskan bisnes katering sendiri
akan memberikan kita peluang secukupnya untuk menjadi
kreatif dan membina imej keusahawanan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
205
ENTRI 21
Berani menceburi kerjaya yang lain, berlainan dengan bidang
yang diketahui adalah satu usaha. Atau menceburi bidang yang
bukan kita pelajari semasa di kolej atau universiti. Kerap kali
mungkin timbul pertanyaan, terutamanya dari orang tua dan
sanak saudara, “Kau boleh buatkah? Itu bukan bidang kau. Kau
yakin? Macam mana mahu mulakan?”
Sebelum menjawab siri pertanyaan itu, jawab soalan ini
dahulu: “Siapa yang memberi rezeki?” Atau lebih tepat,
“Siapakah sebenarnya yang menentukan rezeki setiap
makhluk?”
Kalau jawapan kalian ialah “Tuhan atau Allah”, maka
itulah jawapan paling tepat, insya-Allah.
Ilmu yang diperoleh dari pusat pengajian tinggi tidak
semestinya yang terbaik untuk seseorang, termasuk aku sang
Mat Katerer ini. Ya, ilmu perlu malah wajib ditimba, setakat
termampu.
Namun jangan berharap sangat yang apa dipelajari itu
wajib menjadi bidang kerjaya kita. Ilmu itu sebagai asas untuk
teruskan wisata kehidupan. Paling penting mengetahui bahawa
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
206
apa juga yang kita ceburi, perlu yakin yang Allah penentu
segala.
Dengan ilmu dalam apa bidang pun, kita sebagai
manusia, khususnya orang Islam, harus menyoal diri sendiri.
Soalan “Apakah guna ilmu yang aku dapat? Adakah untuk
menjawat jawatan tinggi bergaji besar, kononnya?”
Yakinlah, ilmu itu amat perlu. Namun yang paling
mustahak ialah memahami bahawa Allah berikan ilmu agar kita
berfikir. Berfikir yang hidup ini perlu berusaha. Bidang di kolej
atau universiti adalah tiket pertama untuk mencari tapak dalam
melestarikan dunia kerjaya. Jangan kecewa andainya sesuatu
kerja yang kita lakukan selama beberapa tahun itu hanya setakat
itu sahaja. Mat Katerer juga mengalaminya.
Sebelum aku teruskan perihal rezeki ini, ayuh ikuti
dahulu aktiviti katering seterusnya.
**********
Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi umat Islam seluruh dunia
bakal meraikan hari kemenangan. Setelah sebulan berpuasa, kita
dianugerahkan Allah dengan sambutan hari raya Fitrah atau
lebih dikenali sebagai Aidilfitri.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
207
Di sini Mat Katerer ingin menyorot beberapa majlis
keraian Aidilfitri tahun lepas buat tatapan kalian yang
dihormati.
Majlis ramah mesra Aidilfitri Tenaga Switchgear Sdn.
Bhd. diadakan di premis syarikat di Kota Damansara, Selangor
pada 18 Oktober 2008 (18 Syawal 1429 Hijrah). Menu yang
dihidangkan pelbagai, antaranya ialah nasi beriani, lemang, mee
dan bihun soto, laksa johor, spaghetti bolognese, sate, kepak ayam
bakar, kuih muih raya, ais krim, ABC dan cendol, dan lain-lain.
Alhamdulillah, tanggal 12 Oktober 2008 pula, bersamaan
12 Syawal 1429 Hijrah, tim Mat Katerer selamat menyajikan
makanan untuk majlis ramah mesra Aidilfitri Majlis Belia
Selangor. Majlis yang dihadiri oleh lebih 500 tetamu diraikan
dalam suasana penuh meriah dan semangat persaudaraan Islam
bertempat di suatu lokasi di Petaling Jaya Selatan, Selangor.
Cef Hana menyediakan pelbagai sajian yang,
alhamdulillah, habis dijamah oleh tetamu yang hadir. Walaupun
sajian yang agak ringan disediakan, tetapi beberapa tetamu
memuji masakan cef, terutamanya mee soto dan rendang ayam.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
208
Seterusnya pada 1 November 2008, tim aku mengadakan
majlis keraian Aidilfitri dan sambutan ulang tahun pertama anak
bongsu, Rayyan Hisyam. Justeru kerana sepanjang bulan Syawal
aku sibuk dengan urusan katering dan majlis Aidilfitri klien di
banyak lokasi, maka tiada kesempatan. Ulang tahun pertama
Rayyan pun agak terlewat diraikan.
**********
Mat Katerer dan keluarga berlepas ke Besut, Terengganu selepas
solat Isyak malam Aidilfitri kedua. Lebuhraya Karak dan
Lebuhraya Pantai Timur agak lengang, jadi perjalanan cukup
lancar. Justeru memandu di sebelah malam, maka aku putuskan
untuk guna jalan bandar di sepanjang pemanduan dari
Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Setiu hingga ke Besut.
Ada dua tujuan aku ke Besut. Pertamanya ialah untuk
berhari raya bersama keluarga dan saudara mara di sana
memandangkan kedua-dua ibu bapa sudah tiada di Pahang.
Keduanya untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu aku di
rumah Mak Teh di Besut.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
209
Senang hati dan gembira kerana dapat berjumpa kembali
emak/bapa saudara, adik beradik dan para sepupu di kampung
asal aku dilahirkan. Banyak cerita dikongsi, banyak kisah diluah,
walaupun aku tidak bersempatan menziarahi semua sanak
saudara justeru kekangan masa. Kalau mahu ziarah semuanya
satu persatu, memang perlukan masa berminggu-minggu.
Walaupun demikian, majoriti yang sangat rapat dengan aku
dapat berjumpa sama ada sebentar atau semasa majlis walimah
sepupu aku itu.
Aku, isteri dan anak-anak juga tidak lupa menziarahi dan
menyedekahkan bacaan lazim ayat al-Quran untuk kedua-dua
arwah orang tua yang sudah pergi menemui Allah, Tuhan yang
Maha Pengasih dan Penyayang.
Kedua-dua gemulah disemadikan di taman perkuburan di
kampung di Besut, walaupun lama menjadi warga Pahang.
Pastinya aku dan adik-adik amat merindui masakan gemulah
emak seperti kuah kacang nasi impit, ketupat pulut, tapai pulut
dan nasi dagang. Aidilfitri 1430 Hijrah ini merupakan tahun
pertama merayakannya tanpa emak dan tahun kelima tanpa
ayah.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
210
Suasana tanah perkuburan bersih dan dilapisi pasir. Bila
aku bertanya salah seorang sepupu mengenai kebersihan kubur
itu, dia memberitahu bahawa kubur dibersihkan sebelum bulan
Ramadan lalu oleh semua penduduk kampung. Menurutnya, itu
merupakan gotong-royong terbesar pernah diadakan untuk
mencerahkan halaman kuburan.
Alhamdulillah, perpaduan kian teguh walaupun berbeza
fahaman politik kepartian.
Pada hari raya keempat setelah usai menghantar
mempelai ke rumah emak mertuanya di sebuah kampung di
Seberang Jerteh, Mat Katerer dan keluarga meneruskan
perjalanan ke Rantau Panjang, Kelantan. Di sana aku bersantai di
rumah adik perempuan selama tiga hari.
Hari Sabtu, 26 September 2009, aku sekeluarga bertolak ke
Kuala Lumpur lebih kurang jam 11.30 pagi dari rumah adik di
Rantau Panjang. Tanah Merah dilalui. Sebaik sahaja sampai di
satu simpang kanan (terus ke Machang, kiri ke Kota Bahru)
menuju ke Kuala Krai, jalan mula sesak.
Kena getah! Aku lihat berderetan kereta di atas fly over
dari Kota Bahru menuju destinasi yang sama. Bermulalah
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
211
pemanduan menuju ke Kuala Lumpur yang memakan masa
selama 14 jam!
Kalian bayangkan, mahu sampai di persimpangan ke Gua
Musang/Kuala Lipis sahaja memakan masa hampir tiga jam.
Jalan sesak berlarutan sehingga ke hentian rehat Gua Musang.
Aku ingatkan perjalanan ke Kuala Lipis agak lancar. Sangkut
juga! Aduhai.
Sudah sampai masanya kerajaan pusat dan kerajaan
negeri Kelantan menyediakan sebuah lebuhraya dari Bentong ke
Kota Bahru bagi melancarkan perjalanan pulang-balik anak-anak
Kelantan serta rakyat yang mempunyai saudara-mara di
Kelantan/Besut.
Aku pernah memandu selama 12 jam dari Kuala Lumpur
ke Rantau Panjang pada Aidilfitri kedua beberapa tahun lepas.
Tahun ini pula memakan masa 14 jam ke Kuala Lumpur.
Memang letih dan tension. Nasib baik aku tidak tergesa-gesa, jadi
bawa perlahan-lahan.
Bagi yang kurang sabar, apa lagi, potong barisanlah!
Geram juga aku, tetapi mahu buat macam mana.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
212
ENTRI 22
Beberapa sisi penting bisnes katering
Sebelum sesuatu majlis, katerer perlu membeli bahan-bahan
masakan, kemudian memasak dan menyediakan peralatan
hidangan. Jumlah masa yang diperlukan untuk membeli
keperluan bahan mentah masakan mesti diambil perhatian
sewajarnya supaya suasana kelam kabut tidak menerpa.
Penyediaan peralatan perlu dijadualkan. Jadual operasi
mesti dirancang secara terperinci supaya tidak tercicir semua
peralatan, termasuk tisu. Mengapa tisu? Justeru tisu bukan
bahan remeh selepas makan, namun ada kemungkinan ia
terlupa.
Sebagai langkah baik, sentiasa ada wang paling kurang
pun RM100 dalam dompet. Mana tahu terlupa tisu, boleh dibeli
di kedai berdekatan premis sesi katering.
Selain daripada pertemuan dengan klien, penyediaan
makanan dan staf, terdapat beberapa perkara penting lagi yang
mesti diambil perhatian oleh katerer. Misalnya bagaimana untuk
membawa menu-menu ke sesuatu majlis atau premis klien?
Adalah kenderaan sedia ada memadai untuk membawa
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
213
sejumlah menu dan peralatan berkaitan atau kita memerlukan
alternatif?
Sejajar dengan perkembangan bisnes katering kita, dan
senarai klien semakin berkembang dalam masa singkat, tiba
masanya kita merekrut staf tambahan untuk operasi memasak.
Dalam masa yang sama staf pramusaji juga mesti dikenal pasti.
Banyak entiti bisnes berkaitan boleh dicari.
Fikirkan alternatif kenderaan juga. Maju ke hadapan!
**********
Beberapa hari sebelum Ramadhan 1430 Hijrah, Foresight
Industries Sdn. Bhd., sebuah syarikat pengeluar produk
perubatan pakai buang dan pembedahan, mengadakan majlis
doa selamat, solat hajat dan tazkirah. Majlis berlangsung di
kilangnya di Taman Industrial Alam Jaya, Bandar Puncak Alam,
Selangor.
Klien korporat terkini Mat Katerer ini dimiliki
sepenuhnya oleh Bumiputera/Melayu-Islam dan mempunyai
pekerja pelbagai kaum.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
214
Setelah kembali dari berhari raya di Besut dan Kelantan,
saya dan Cef Hana memang sibuk. Kesibukan merangkumi
menerima panggilan dari klien, menjawab e-mel, menghantar
sebut harga, menghubungi rakan bisnes serta menyediakan
barang-barang keperluan.
Antara yang terawal mengesahkan pesanan katering Hari
Raya Aidilfitri ialah novelis Tuan Ramlee Awang Murshid.
Novelis thriller nombor satu Malaysia ini telah menempah tarikh
seawal pertengahan Ramadan 1430H lagi.
Pada 3 Oktober 2009, saya, Cef Hana dan pembantu ke
rumah novelis Tuan Ramlee yang berlokasi di Taman Kajang
Impian, Bangi. Sebaik saya tiba, Tuan Ramlee sudah terpacul di
depan pagar rumahnya.
Selayaknya beliau umpama selebriti, rumah diserbu tanpa
henti oleh tetamu dari pelbagai aliran pekerjaan dan bidang
kehidupan. Walaupun cuaca agak panas, tetapi kemeriahan
tidak pernah hilang. Rumah yang dihiasi novel-novel beliau di
beberapa sudut dinding itu dikunjungi sehingga menjelang
waktu Isyak, walaupun majlis bermula sejak 12.30 tengah hari
lagi.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
215
Antara tetamu yang hadir ialah beberapa ahli dan AJK
Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC),
deligasi Pyanhabib, rakan-rakan sekerja Ramlee dari RTM dan
rakan sekerja Puan Dayang dari KWSP. Turut muncul ialah
beberapa orang novelis wanita dan staf Alaf21 Sdn. Bhd.
Antara menu yang dihidangkan ialah nasi beriani dan
tomato, rendang daging, ayam masak merah, mee dan bihun
soto, lemang, nasi impit dan kuah lodeh.
Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana masakan
mendapat pujian tuan rumah dan Puan Dayang. Dikhabarkan
oleh Tuan Ramlee melalui mesej pesanan ringkas, “Bro, sampai
ke ofis (RTM) orang bercakap mengenai sajian yang disediakan.”
Alhamdulillah. Segala pujian hanya layak untuk Allah.
Aku dan Cef Hana hanya menguruskannya sahaja.
Alhamdulillah.
**********
Apakah Delphax? Semasa sesi katering rumah terbuka syarikat
Delphax Sdn. Bhd. di Glenmarie, Shah Alam pada 9 Oktober
2009, aku bertanya kepada salah seorang stafnya. “Encik, apa
produk syarikat ini?”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
216
Saudara budiman itu menjawab bahawa Delphax
membuat skru. Mat Katerer melihat-lihat info di sekitar kilang
itu, dan ternyata bahawa antara yang aku nampak ialah rupa
bentuk skru gigi palsu.
Bila diselidiki dengan lebih lanjut, Delphax mengeluarkan
bermacam jenis skru yang dimasukkan atau digunakan dalam
pembedahan. Pastinya skru untuk tulang juga.
Namun bila membaca laman webnya, ternyata produk
syarikat ini lebih banyak lagi, bukan setakat skru. Dari laman
web, kumpulan Delphax merupakan:
“Sebagai salah satu kumpulan syarikat paling
berkembang pesat dalam bidang teknologi perubatan di rantau
ini, Delphax adalah pakar dalam penyelidikan, reka bentuk
pembuatan dan penjualan pelbagai produk perkhidmatan
perubatan dengan tujuan menyediakan penyelesaian yang
komprehensif untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit
ortopedik. Dalam masa yang sama menjadi rakan niaga yang
penting kepada penyedia penjagaan kesihatan.”
Aku suka bertanya dan mengintai info. Heh!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
217
Majlis berjalan lancar, walaupun hujan agak lebat
diawalnya. Tuhan Maha Merancang, bro!
**********
Di majlis rumah terbuka Aidilfitri syarikat Khairi Consult Sdn.
Bhd. pada 19 Oktober 2009, pihak Mat Katerer menyediakan
sajian bagi tiga stesen bufet.
Stesen bufet yang pertama menyajikan nasi beriani, ayam
goreng berempah, rendang daging, sambal tumis udang, dalca
sayur, nenas bombay dan popadum. Stesen bufet kedua
bermenukan laksa Johor, mee dan bihun soto, lemang, lontong,
rendang ayam dan kuah kacang.
Manakala bagi stesen bufet ketiga pula disajikan kuih
bakar kemboja, kuih koci, kuih seri muka, pelbagai kek, baulu,
hirisan pelbagai buah-buahan, cendol, air batu campur (ABC)
serta kordial oren, teh tarik dan kopi o.
Kanopi yang dihiasi dengan dua lapis skalop berwarna
merah dan biru menyaksikan kehadiran kemuncak tetamu dari
jam 12.45 tengah hari hingga 2.30 petang. Cuaca yang agak
membahang disejukkan dengan kanopi redup dan sajian ABC
serta cendol. Air kordial oren bagaikan sentiasa ditagih tetamu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
218
Berlokasi di Taman Sri Gombak, Selangor, majlis keraian
Aidilfitri Khairi Consult di hari terakhir bulan Syawal itu meriah
dan penuh kemesraan.
Aku, Cef Hana dan petugas keletihan dalam suasana
penuh kesyukuran.
Go on! No retreat!
**********
Panduan: Katerer perlu mahir pada banyak perkara - daripada
memasak untuk menjual kepada perancangan yang tepat.
Usahawan bisnes katering mesti mempunyai kemahiran
kakitangan dalam menyokong operasi untuk memenuhi
peranan sebagai pembeli, penjual, majikan dan perancang.
Katering merupakan gabungan profesion yang
menyeluruh. Ia menggunakan semua kebolehan kita , fizikal
dan mental. Jika kita mempunyai minat dalam bidang
pemakanan dan bermatlamatkan membuat orang gembira,
maka kita memang memiliki ciri-ciri sesuai untuk
menjalankan bisnes katering sendiri.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
219
ENTRI 23
Tip katering
(a) Sering dikatakan orang "dengan risiko besar hasilnya juga
besar," dan menggunakan rumah sebagai jaminan atau kolateral
tidak terkecuali. Memulai bisnes katering membuka peluang
untuk jaminan kewangan, namun ia juga membawa risiko
kewangan. Dengan pemahaman ini, sangat penting supaya
jangan mengambil risiko terlalu besar sehinggakan apabila gagal,
kita terus tidak boleh bangun lagi.
(b) Faktor keenakan sajian berkait rapat dengan persepsi.
Seandainya dari awal lagi persepsi sudah melencong, seperti
tiada pemanas diletakkan di bawah tray makanan yang
sepatutnya hangat, tetamu akan mencebek. Natijahnya menu
yang sedap pun dikomplen tidak sedap! Persepsi diawalkan
dalam minda.
Dalam satu peristiwa tatkala aku bertugas di JARING
Communications Sdn. Bhd. dahulu, salah satu tugas Mat Katerer
ialah membuat pesanan makanan dari katerer atau operator kafe.
Dalam satu kes, petugas kafe tidak mengendahkan kata-kata aku
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
220
ini, "Tuan, elok letak pemanas di bawah tray makanan. Bimbang
cepat sejuk."
Dia berkata, “Itu perkara kecil sahaja.”
Akhirnya CEO memberi komen, "Bihun macam dawai!
Sudahlah rasa tiada langsung!"
Tip: Seimbangkan persiapan masakan. Jika kita sedang
membuat persediaan untuk suatu majlis melibatkan ramai
tetamu, maka lebih baik kita membuat pilihan menu yang
tidak terlalu mahal. Justeru kita boleh sediakan kuantiti lebih
berbanding bilangan tetamu yang hadir. Dengan kaedah ini,
kita pasti mampu menampung keperluan semua tetamu.
Walhal jika kita menerima pesanan katering bagi suatu majlis
kecil, contohnya untuk 100 pax, dan dalam masa yang sama
bajet besar dari klien, maka banyak jenis menu boleh
disediakan.
Mat Katerer menyajikan menu untuk satu majlis doa
selamat dan kesyukuran bagi seorang klien persorangan di BK6,
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor pada satu hari di minggu
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
221
terakhir Oktober 2009. Majlis tersebut disajikan dengan sajian
makan tengah hari dan makan malam.
Dengan jumlah pesanan sebanyak 180 pax, menu makan
malam merangkumi set nasi beryiani bersama kari kambing.
Tuan rumah memuji kari kambing yang disajikan. “Try
mutton curry, it‟s excellent!” Tuan rumah berkata kepada salah
seorang tetamu yang baru menyenduk nasi beriani.
**********
Hari ini aku ada sesi katering di JARING Communications Sdn.
Bhd. yang terletak di Taman Teknologi Malaysia. Katering ini
sebagai agenda terakhir bagi majlis perhimpunan bulanan
JARING yang merupakan hari komunikasi dalaman syarikat
penyedia internet tersebut. Mat Katerer pernah bekerja di sana
selama hampir 11 tahun.
Semasa bertugas di JARING-lah aku memperoleh nama
pena Web Sutera. Tahukah kamu bahawa nama Web Sutera ada
sejarah tersendiri.
Lebih kurang tiga belas tahun lepas aku ditugaskan
mengurus satu kolum dalam sisipan Komputer, Berita Harian,
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
222
bernama Jalinan JARING. Ketika itu, penyedia perkhidmatan
internet JARING baru sahaja memasuki dunia komersial.
Justeru Ketua Pegawai Eksekutif JARING, Dr. Mohamed
bin Awang Lah, meminta aku menjadi champion bagi kandungan
kolum ini. Tujuannya ialah bagi memperkenalkan internet dan
teknologi berkaitan kepada khalayak ramai yang masih lagi
takut-takut kena gigit teknologi digital.
Beliau minta aku fikirkan satu nama pena. Selepas itu aku
emelkan kepada beliau beberapa nama, namun semua ditolak.
“Cuba fikirkan internet itu sebagai satu jalinan web labah-
labah yang lembut, tapi penuh perangkap. Dalam internet atau
web wujud pelbagai jenis manusia dan „makhluk‟, secara terang
atau menyamar. Jadi awak kena fikirkan satu nama yang bernilai
dan seni, umpama sutera,” beliau menjelaskan, sekaligus
mengemukakan cadangan nama.
Minda Mat Katerer menerawang dengan kata-kata beliau.
Apabila beliau lihat aku duduk termanggu, buntu, lantas beliau
berkata sambil tersenyum: “Oklah, apa kata guna nama Web
Sutera?”
**********
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
223
Pada hari Jumaat, 25 Mei 2007, aku mempunyai katering di
Halliburton Energy Services (M) Sdn Bhd, yang terletak di
Menara Tan & Tan, Kuala Lumpur. Pesanan ialah untuk sajian
hi-tea, di mana termasuk bubur cha-cha sebagai pencuci mulut,
suatu hidangan Nyonya popular.
Pencuci mulut dimasak bersama ubi kentang manis, sagu,
kacang hitam bermata, pisang, santan dan gula batu yang
diwangikan dengan daun pandan. Ternyata ia suatu hidangan
yang berwarna-warni!
Siapakah komuniti Nyonya? Nyonya merupakan susur
galur keturunan hasil daripada perkahwinan Cina-Melayu.
Lelaki yang dikenali sebagai Baba dan perempuan sebagai
Nyonya. Ia juga disebut nyoh-nyah dan kadang-kadang dieja
Nonya. Walaupun komuniti pertama wujud di Melaka, Baba dan
Nyonya juga menetap di Pulau Pinang dan Singapura - dan
dengan itu mereka juga dikenali sebagai Cina Selat.
Perkahwinan budaya yang unik ini juga menyebabkan
perkahwinan dalam masakan, Cina dan Melayu, dan apa yang
kini dikenali di Malaysia sebagai makanan Nyonya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
224
Ini info. Rajin-rajinlah membaca.
**********
Salah satu masakan kegemaran pelanggan Mat Katerer,
terutamanya Cina, ialah laksa johor dan laksa penang. Ia
diperbuat dengan penyediaan mee beras tebal, dihidangkan
dalam sup ikan masam / kuah.
Kuah pekat diperbuat dengan ikan kembung dan banyak
herba aromatik diadun bersama. Aksesori segar yang dicincang
ialah timun, salad, nenas, bawang dan daun pudina harum.
Cop! Ini bukan kelas memasak, jadi jangan tanya Mat
Katerer lebih-lebih. Aku tidak arif. Pohon tanya cef aku.
Secara umum laksa merujuk kepada laksa atau masakan
mee gaya Melayu, kadang-kadang dipanggil laksa Melayu.
Terdapat variasi yang pelbagai di negeri-negeri berlainan dalam
Malaysia, iaitu laksa johor, laksa kelantan, laksa penang, laksa
perlis, laksa kuala atau laksa kuale (Perak) dan laksa sarawak.
Bahan utama ialah asam jawa, digunakan sebagai agen
pemasam.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
225
Secara jujur, salah satu kepakaran katering aku ialah
membuat laksa yang baik, insya-Allah. Ingin mencuba/pesanan,
hubungi pihak Mat Katerer. Jangan marah, ya.
Mat Katerer juga boleh menyediakan pelbagai kuih
Melayu seperti ketayap, karipap, keria, cara, buah melaka, puteri
mandi, gulungan / roti sardin, kuih bakar kemboja, beberapa
jenis kuih talam, seri muka, kuih lapis, donut, agar-agar, puding,
tepung pelita, pulut manis, roti jala, pulut panggang, cucur
udang, goreng pisang, kole kacang, bingka labu dan sagu gula
melaka.
Maju dalam melaju. Tetapi ingat yang penentu segala
ialah Allah Taala. Maju setinggi mana pun, andai ia
mengundang murka Allah, tak ke mana. Ke lubuk neraka
akhirnya, buat apa?
Aku tekad, bukan belasah!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
226
ENTRI 24
Modal permulaan
Memulakan bisnes katering tidak perlukan modal permulaan
yang besar. Kalian tidak percaya? Ayuh, dengar cerita aku.
Percayakah kamu orang jika aku katakan hanya cukup
modal permulaan kurang daripada RM10,000 atau sekitar
RM3,000 sahaja? Kita sudah memiliki sebuah kereta hasil dari
kerja makan gaji selama ini. Kita sudah ada rumah yang boleh
digunakan sebagai tapak permulaan. Modal permulaan
digunakan untuk membeli barang-barang asas katering kecil-
kecilan dan mengubah suai ruang dapur di rumah.
Apabila baru sahaja memulakan bisnes katering, besar
kemungkinan ia akan mengambil sedikit masa untuk dikenali
dan kemudian membuat keuntungan. Justeru adalah sangat
penting untuk memastikan kita mempunyai simpanan atau
modal pusingan yang mencukupi bagi menyokong diri kita
sehingga bisnes berjalan lancar.
Tip: Harus difahami bahawa katering bukan hanya berkaitan
tentang servis kepada tetamu dengan rasa makanan yang baik.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
227
Katerer yang baik juga perlu melihat kepentingan
persembahan sajian makanan dan paparan. Hidangan yang
disajikan seharusnya mengambil kira deria rasa, persepsi,
sorotan mata dan bahkan bau.
**********
Masa begitu pantas berlalu bagi Mat Katerer dan pasukan sajian.
Untuk bersama-sama beringat, kian kita mengejar, kian pantas
masa mendahului. Masa sentiasa di depan. Dalam kesibukan
mengejar cita-cita dan cinta, anak-anak aku terus membesar di
depan mata. Aku juga yang tidak besar-besar. Maintain kata
orang putih. Heh!
Mat Katerer berasa baru sebentar menyambut hari lahir
anak keempat tahun lepas, kini dia sudah berusia dua tahun.
Kelahirannya menjadi titik tolak anugerah rezeki dari Allah.
Semakin murah rezeki melalui bisnes katering. Alhamdulillah.
Pada suatu ketika, seorang rakan bukan Melayu bertanya
kepada Mat Katerer, “How‟s your baby?”
Aku menjawab dengan bangga, “I‟m very proud of him.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
228
Pada 21 Oktober 2009, genaplah dua tahun usia anak kecil
itu. Aku, isteri dan anak-anak menyambutnya dengan penuh
kesyukuran. Satu majlis kecil diadakan di rumah. Kepada
sahabat Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid, maaf
kerana tidak menjemput kalian. Ianya cuma majlis kecil untuk
ahli keluarga terdekat sahaja.
“Ya Allah tuhan Pemberi Rezeki, daku bersyukur dengan
rahmat-Mu. Berikan daku kekuatan untuk meneruskan
perjuangan hidup ini. Ternyata kasih dan cinta-Mu amat besar
untuk hamba-Mu ini. Hanya daku yang terleka. Ampunkan
daku. Jadikan anak-anak daku anak yang soleh dan solehah, dan
terbaik demi Islam-Mu. Amin Ya Rabbal „Alamin.”
Anak ini juga yang menemani aku dan Cef Hana di
beberapa sesi katering lantaran pembantu rumah sudah berhenti.
Di satu sesi di Putrajaya, aku dan cef bergilir-gilir menjaganya
dalam kereta. Ada ketikanya aku membiarkannya seorang diri
tidur di kusyen belakang. Kalian jangan marah. Menang aku
tahu ia merbahaya. Namun aku berlindung kepada Allah.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
229
Dari umur satu hari, kini dia bebas berjalan, jatuh dan
berlari. Bangun kembali, berlari lagi. Besarlah wahai anak,
bersama kasih dan cinta bonda dan ayahanda.
**********
Terima kasih diucapkan kepada pengantin perempuan, Cikpuan
Nor Khaizan, dan ayahnya Tuan Anuar di atas kesudian
menggunakan perkhidmatan katering Mat Katerer untuk majlis
akad nikah dan keraian perkahwinan pada 21 dan 22 November
2009.
Bagi majlis akad nikah, sajian utama yang disediakan
ialah nasi putih bersama ikan keli dan cencaru bersambal, ikan
kurau masak lemak cili api campur nanas, ayam goreng
berempah, sayur campur serta ulam-ulaman bersama sambal
belacan.
Manakala untuk majlis meraikan mempelai pula, pasukan
dapur Mat Katerer menyediakan nasi beriani, rendang daging,
ayam goreng berempah, acar buah, dalca dan popadum. Bagi
kedua-dua majlis yang berturutan dua hari itu, sajian juga
diserikan dengan pencuci mulut.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
230
Majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Taman Sri
Rampai itu dihiasi dengan dua kanopi berskalop peach, kerusi
bersarung sepenuhnya dalam dewan, dua meja VIP, dan meja
utama mempelai juga berwarna peach.
Sejambak terima kasih dipersembahkan kepada puan
blogger Epelhijau di atas bantuan merekomenkan servis katering
Mat Katerer kepada Cikpuan Nor Khaizan. Aku sangat
menghargainya. Mat Katerer menerima maklumbalas yang baik
untuk kedua-dua majlis. Alhamdulillah.
Menu bagi majlis akad nikah mendapat pujian dari salah
seorang emak saudara pengantin perempuan. Katanya,
“Masakan sedap,” semasa membungkus lauk-pauk yang
berlebihan sambil menunjukkan tanda bagus.
Blogger Epelhijau menyatakan di kotak borak blognya;
“Waalaikumsalam. Alhamdulillah. Hari ini kawan-kawan yang
pergi majlis semalam juga memuji-muji makanan yang sedap
dan mereka sangat menyukai rendang nampaknya. Terlepas
saya hendak merasa. Tetapi saya sangat menyukai lauk-pauk
pada hari Sabtu (majlis akad nikah). Seperti lauk dimasak di
rumah. Tahniah untuk Tuan dan Puan Web Sutera.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
231
ENTRI 25
Sajian pulut kuning
Dalam menyediakan menu untuk katering, kita perlu sentiasa
melihat apa acara yang diterima. Sebagai contoh, acara seperti
majlis kesyukuran (doa selamat), sambutan harijadi,
perhimpunan khas, majlis pertunangan Melayu, mengalu-alukan
kakitangan baru atau bos, dan untuk meraikan bayi yang baru
lahir, sajian pulut kuning atau turut dikenali sebagai „pulut
semangat‟ adalah pilihan yang baik.
Pulut kuning adalah masakan khas tradisional Melayu. Ia
dimasak dengan mengukus, dan baik jika dihidangkan bersama-
sama dengan rendang ayam atau kari daging.
Untuk ekspatriat di Malaysia, tuan dan cikpuan perlu
tahu bahawa pulut kuning merupakan salah satu cara untuk
mengatakan terima kasih atau dalam meraikan majlis yang baik.
Sudah banyak kali katering Mat Katerer menyediakan
sajian pulut kuning, sama ada atas permintaan klien atau sebagai
satu cara membuat kejutan. Seperti aku katakan di atas, pulut
kuning sangat elok diserikan dengan rendang ayam atau
masakan daging.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
232
Majlis doa selamat, marhaban dan kesyukuran
merupakan majlis yang kerap disajikan pulut kuning. Terkini
setakat entri ini ialah pesanan dari seorang rakan bagi meraikan
ketibaan ibu tersayang selamat pulang dari menunaikan ibadah
Haji di Makkah.
Bagi masyarakat Melayu di Kelantan dan Terengganu,
pulut kuning juga didekor sebagai salah satu hantaran
perkahwinan dan acara berkhatan. Biasanya disertakan bersama
telur ayam rebus.
Dekorasi penyediaan sama ada dibuat secara lonjong,
berbentuk kek ataupun sekadar diletakkan dalam bekas sahaja.
**********
Okey ini cerita sesi katering seterusnya.
Pada minggu kedua bulan Disember 2009, Mat Katerer
memperoleh rezeki dari tiga sesi katering. Majlis pertama ialah
doa selamat berlangsung di Kajang, yang kedua katering
perkahwinan di Kota Damansara dan yang ketiga makan pagi di
Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur,
Di sini ingin menyorot khusus katering majlis keraian
perkahwinan Puan Nurul Ashikin yang berlangsung pada 13
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
233
Disember di sebuah dewan di Kota Damansara, Kuala Lumpur.
Majlis diserikan dengan warna tema hijau daun pisang.
Tahniah untuk Puan Nurul dan suami. Tim Mat Katerer
mendoakan kebahagiaan puan dan tuan berdua sehingga ke
syurga. Amin!
Tip: Meluangkan masa bersama klien dan mendapatkan
maklumat terperinci sebanyak mungkin berkaitan visi sesuatu
majlis/acara akan menatijahkan perancangan masa terbaik
apabila memulakan operasi memasak di dapur.
Seterusnya ... Mat Katerer mengendalikan sesi katering
perkahwinan terakhir 2009 pada 20 Disember di Kg. Melayu
Kepong, Kepong, Kuala Lumpur. Selepas itu ada satu sesi doa
selamat dan bacaan Yassin di Taman Puchong Permai, Puchong.
Pada minggu terakhir tahun 2009 juga aku dan keluarga
ke Bera, Pahang. Ianya turut berkaitan dengan majlis meraikan
pengantin. Pasangan mempelai itu jugalah yang Mat Katerer dan
tim terlibat dalam menyediakan juadah di Kepong pada 20
Disember itu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
234
Aku dan dua keluarga mempelai perempuan mengambil
kesempatan ke Tasik Bera selepas majlis. Menghirup udara sejuk
dan segar di sana sambil bersantai meminum Nescafe panas.
Minuman berkafein itu tetap di hati aku. Tak boleh tinggal.
Perjalanan aku sekeluarga seterusnya ke Bandar Pusat
Jengka, Kota Gelanggi Satu, Kuantan, Cherating dan Kemaman.
Tahniah Mat Katerer ucapkan kepada pasangan mempelai
yang melangsungkan majlis perkahwinan pada 20 Disember
2009; Puan Nor Azmah binti Haji Mohamad Nor dan Tuan
Abdul Razak bin Yaakob. Bravo!
**********
“Terima kasih, Hana dan Hizam. Masak molek-molek. Minta
orang yang bakar kambing itu datang awal esok dan masak
sedap-sedap,” pesan Tuan O. S. Tan melalui e-mel sehari
sebelum majlis.
Tuan O. S. Tan, orang kelahiran Kota Bahru, Kelantan
memang ramah. Beliau merupakan orang perantara di syarikat
Auto Parts Manufactures Co Sdn. Bhd. berlokasi di Kawasan
Perusahaan Bukit Beruntung, Rawang.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
235
Tarikh 29 Januari 2010, Mat Katerer menyediakan
perkhidmatan katering di sana. Makan tengah hari tersebut
dihadiri lebih daripada 100 tetamu. Semua kaum utama di
Malaysia, termasuk pekerja Indonesia dan Bangladesh menjamu
selera.
Sajian yang disediakan seperti berikut; nasi beriani, bihun
goreng, rendang ayam, ayam goreng berempah, filet ikan masam
manis, dalca sayur dan acar jelatah. Pencuci mulut pula ialah
kuih bakar kemboja, pelbagai hirisan buah-buahan dan kordial
oren. Kambing bakar / golek seekor juga disediakan.
“Terima kasih, Hizam. Semua sedap,” kata Tuan O. S. Tan
sambil menjabat erat tangan aku di akhir majls.
**********
Menara Merais yang terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya,
Selangor menjadi meriah pada 5 Februari 2010. Pada tarikh
tersebut satu majlis makan malam diadakan sempena siapnya
menara itu dan boleh diduduki dengan selamat. Mat Katerer
menjadi penyaji bertuah untuk majlis tersebut.
Tiga kumpulan menu disajikan. Antara senarai utama
seperti berikut: peha ayam goreng, udang tepung, sotong
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
236
rangup, rojak Pulau Pinang, char kuew tiew (udang dan kerang),
nasi goreng Cina bersama ikan masin, asam laksa Pulau Pinang
dan air baru campur (ABC).
Menu kedua ialah sate ayam, daging dan kambing.
Manakala menu ketiga ialah kambing bakar satu ekor bersama
salad, sos mint dan sos lada hitam.
Seramai sepuluh orang krew terlibat bagi majlis ini.
Semua berjalan lancar. Syukur kepada Allah.
Okey … cerita lain pula untuk keraian Tahun Baharu
Cina. Seronok mengenal ramai orang, juga berkongsi rezeki.
“Terima kasih diucapkan kepada Kak Hana dari Lusiana
Catering yang telah menempah kek cawan (cup cakes), blueberry
cheese tart dan fruit tart Ahad lepas. Semua tempahan ini untuk
kliennya yang menyambut Tahun Baharu Cina 2010.
Alhamdulillah, semua tempahan siap dihantar jam 11.30 pagi ke
rumah Kak Hana di Kg. Pandan Dalam.
“Bukan baru mengenali Lusiana Catering ini, khidmatnya
memang berbisa (tip-top). Pernah berurusan semasa berkhidmat
di KPT beberapa tahun lepas. Malah Lusiana Catering menjadi
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
237
favourite YB Datuk Idris Haron dan angkatannya sepanjang
menerajui kementerian tersebut.
“Menurut Kak Ana, deko kek cawan itu menjadi
perhatian tetamu-tetamu kliennya semasa majlis. Buat Lusiana
Catering, moga bisnes bertambah maju, jangan segan-segan
pesan. Terima kasih.”
Catatan ini aku salin dari blog pembekal kek cawan, Sedap
Kek.
Memang Mat Katerer menempah kek cawan untuk satu
majlis keraian Tahun Baharu Cina 2010 di Ampang Hilir,
Selangor pada 21 Februari 2010.
Kau orang mahu cerita lagi? Tunggulah entri berikutnya.
Aku mengantuk.
Istighfar untuk dosa-dosa kita. Ayuh!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
238
ENTRI 26
Urusan bisnes katering
Untuk kalian yang aku sayangi. Sedikit tip bisnes katering, juga
boleh diaplikasi dalam kehidupan. Kongsi-kongsikan, okey.
Tidak sedikit pengusaha yang menceburi bisnes katering
lantaran seronok memasak dan suka melihat orang lain makan
masakannya. Tambahan pula ia bersifat kreatif, berwarna-warni
dan dalam masa yang sama mencabar. Namun harus diperhalusi
bahawa memiliki bisnes katering, walaupun kecil, bermaksud
kita juga perlu mendalami sisi lain operasi bisnes. Ia termasuk
simpan kira akaun, pemasaran, operasi/pengurusan staf dan
pentadbiran ofis atau urusan seharian bisnes.
Walaupun kita boleh melakukan semua urusan atau
peranan tadi secara bersendirian atau dengan bantuan pasangan,
akan tiba masanya kita akan memerlukan tenaga pakar, atau
paling kurang pun pembantu yang cekap dalam urusan lain
bisnes katering. Tiada siapa yang mahir dalam segala bidang.
Tiada siapa yang boleh melakukan semua tugas sekali gus.
Sisi yang aku sebutkan di atas tadi antara lain perlukan
penglibatan pihak ketiga atau rangkaian lain dalam bidang
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
239
bisnes yang sama. Ia juga merangkumi penyedia servis kanopi,
pramusaji, peralatan khusus yang tiada dalam simpanan kita
dan penyedia servis pengangkutan.
Sebagai panduan juga ialah banyak faktor yang perlu
ditimbang apabila membuat keputusan mengenai jumlah
makanan yang sesuai untuk suatu majlis. Sudah tentu,
pertamanya kita perlu tahu bilangan orang yang hadir. Walau
bagaimanapun, tempoh masa sesuatu acara/majlis itu juga
sangat penting, juga tatacara atau jenis majlis dan jenis makanan
yang disajikan.
Apabila membuat anggaran keperluan makanan, sentiasa
ambil sisi selamat. Ada yang makan lebih banyak, yang lain
kurang. Cuba seimbangkan sebaiknya. Operator katering atau
lebih penting cef yang berpengalaman akan dapat menentukan
sisi banyak atau sedikit setiap sajian. Cuba menjangka
makanan/minuman yang paling popular dan akan habis dengan
cepat.
**********
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
240
Okey, wisata Mat Katerer seterusnya.
Aku mengendalikan dua katering majlis sambutan hari
lahir pada 20 Februari 2010. Cop dahulu! Majlis hari lahir atau
hari jadi? Guna kedua-dua pun boleh? Entahlah. Tapi bagi aku
lebih suka gunakan istilah „hari lahir‟ kerana kita tidak tahu
bilakah „hari jadi‟ kita. Kalian kurang bersetuju. Mohon jawab
soalan aku, tahu bilakah kita „dijadikan‟ Allah?
Jangan marah, ya. Ia lontaran soalan. Mahu jawab okey,
tak mahu jawab pun aku tak kisah.
Katering hari lahir yang pertama di Taman Samudera,
Selayang dan satu lagi di Alam Damai, Ampang (bersebelahan
Taman Len Seng, Cheras). Kedua-duanya berlangsung hampir
serentak dan ianya melibatkan empat orang staf.
Menu utama yang disajikan di Taman Samudera,
Selayang ialah mee dan bihun soto, bihun goreng singapura,
kepak dan peha ayam goreng, sandwich tuna dan telur, samosa
kentang, kuih bakar kemboja dan nasi goreng cina. Pastinya ada
pelbagai hirisan buah-buahan dan air minuman.
Untuk setiap majlis, sajian disediakan untuk 150 dan 130
tetamu masing-masing. Majlis sambutan di Taman Samudera
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
241
siap ada badut bersama beberapa permainan untuk kanak-kanak
(yang ini bukan tim aku sediakan).
**********
Kisah berikutnya berkenaan satu majlis hampir dua tahun lalu.
Buat kali kedua, servis katering aku menerima tempahan untuk
satu majlis yang dihadiri oleh semua kaum Cina. Tetamu yang
berjumlah melebihi 250 orang memenuhi meja makan di sebuah
rumah banglo di Kampung Tasik, Ampang, Selangor.
Majlis untuk meraikan kelahiran cucu lelaki sulong tuan
rumah (yang baru berumur sebulan) cukup meriah dengan
berlatarbelakang warna merah; kanopi merah, alas meja merah,
skirting meja bufet merah, malah kerusi juga merah.
Makanan yang dihidangkan licin!
Pada keesokan harinya (4 Mei 2008), tuan rumah
menelefon aku, “Brother, thank you for a very good service.”
Menu yang dihidangkan seperti berikut:
- Nasi lemak dan mee siam.
- Nasi goreng singapura.
- Pulut kuning campur halia.
- Rendang ayam, sambal sotong dan sambal kerang.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
242
- Sayur campur, sosej ayam, bebola sotong dan ketam.
- Buah-buahan: Tembikai susu, tembikai merah dan
oren.
- Minuman: Kordial oren dan teh tarik (sudah
semestinya!)
Tim aku juga turut menyediakan ukiran ice carving yang
berupa seekor tikus, bersempena kelahiran cucu lelaki rakan
Cina itu di tahun tikus (menurut kelendar lunar Cina).
Seterusnya, aku senaraikan menu untuk majlis sambutan
Tahun Baharu Cina 2010 di sebuah syarikat membekal produk
perubatan di Ampang Hilir, Selangor.
- Popia goreng.
- Dumpling ayam goreng.
- Filet ikan masam manis bersama sos thousand island.
- Udang harimau goreng bersama sos pedas.
- Cendawan berbutang hitam bersama gluten dan
sayuran.
- Pak choy bersama sos kerang.
- Bihun istimewa.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
243
- Nasi goreng cina.
- Ayam goreng BBQ.
- Sotong goreng tepung.
- Tauhu goreng goreng.
- Campuran buah-buahan dingin dan kelapa laut.
- Pastri Perancis.
Perasan? Menu yang disenaraikan merupakan campuran
masakan Melayu, Cina dan Barat. Termasuk juga seekor
kambing golek.
Lapar? Jangan marah pada aku, ya. Moga ketemu lagi
nanti.
Ada lagi kot? Tunggu!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
244
ENTRI 27
Catatan sisi dari hamba Allah yang daif dan sentiasa berharap
naungan-Nya.
Dahulu, lebih kurang 8 tahun lalu, pada banyak ketika
aku bertanya pada diri sendiri, “Apa aku mahu buat esok? Kerja
pejabat yang mana belum aku bereskan? Bos aku okeykah esok,
tak meroyan lagi?”
Malam, siang, subuh ... ia menganggu fikiran aku. Hanya
Allah sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana aku mengeluh,
berfikir, dan mentaakul adakah aku patut berhenti kerja makan
gaji.
Ingatan, ujian, tazkirah dan kasih sayang Allah.
Kini ... sejak hampir 5 tahun kemudian, aku di sini, di
dunia penulisan di samping bisnes katering bersama isteri
tersayang. Insya-Allah, aku tenang dalam berusaha meraih
rezeki dari Allah – untuk aku, untuk isteri dan untuk anak-anak
amanah-Nya.
Bukan! Bukan aku kata bekerja sendiri itu terbaik untuk
setiap orang. Ada yang selesa dan cemerlang berkerjaya di
pejabat, ada yang cemerlang dalam bisnes. Rezeki, nasib dan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
245
takdir Allah terbaik untuk setiap hamba-Nya. Apa yang berbeza,
mungkin, ialah bagaimana kita (dan aku) memahami perkara itu.
Kini ... idea itu. Ya, idea dan ilham itu.
Isteri yang prihatin sering bertanya, “Abang sedang tulis
buku apa sekarang?”, “Abang buat novel apa lagi?”, “Abang!
Tulislah buku lagi!”
Andai lidah terbelit bicara
Maafkan hamba, wahai buana;
Tersasul kata tiada bermakna
Sekadar ilham dari Yang Esa.
SEBERMULA ...
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
246
Mencari Warna Diri
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
247
Aku Bukan Kawan Kau
Aku
sering kena
ditegur Allah saban ketika
senang, susah, payah, sukar ... silih berselisih.
“Wei, kawan!
Allah tak sayang kau
kau buat amal ibadah pun
Dia masih dengki dengan kau
kau tetap berasa payah untuk memperoleh apa yang diminta.”
“Setan kau!
Aku bukan kawan kau, setan!
Kau apa peduli dengan aku?
Kau ingat aku tak tahu
... kau hanya mahu aku temanimu dalam neraka!”
“Kau memang degil, manusia!”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
248
“Ikut suka akulah, walaupun susah
... aku tetap memohon ampun dan berharap dari-Nya
kerana Dia Tuhan aku
yang tetap aku sembah
kerana redha-Nya yang aku harap.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
249
Aku Ingin Menangis
Malam ini aku tak ingin menangis lagi
Mengenang cinta lalu yang sudah pergi
Kerana ia memang perlu berlalu.
Malam ini sebagai ganti
Aku ingin menangis
Mengenang cinta Allah yang aku lupakan
Atau aku terlupa bahawa Allah ada cinta.
Justeru aku ingin kembali
Mencari cinta-Nya yang aku lepa
... walhal cinta Agung sentiasa dan wajib ada
Untuk setiap hamba-Nya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
250
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
251
Berdagang Fana
Pagi ini
kala subuh tiba
sang fajar saban waktu
menjelma menyapa alam raya
mengintai manusia agar cekal membuang selimut kepalsuan.
Pagi ini
seperti selalu
sang mentari muncul lagi
sebagai janji tugas sejak sebermula dirinya.
Bersama sang fajar dan mentari
hati dan jiwa yang tenang
berdagang dalam kelana fana
meneroka makna orang-orang asing
memperbaiki taat setia ke hadrat Maha Mencipta
dikala banyak rosaknya manusia.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
252
Bukan Jebat
Firaun mati
walau mendabik dada sebagai tuhan
pahlawan dan harta tak jadi perisai
menahan malaikat maut datang merengkuh
.... nyawa dari ruang dada.
Qarun mati
ditelan sang bumi
walaupun harta berpeti-peti
... nyata datangnya juga mati.
Ariel Sharon mati
di katil sepi diserang ngeri
balasan Tuhan sudah secebis diberi
walau sarung nafas konon diberi
... tengkorak yang tiada daya
... menahan mati tak berdaya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
253
Lalu
salahkah marah mendada onar
yang dibawa penguasa?;
pahalakah mengalah diplomasi
konon bersangka baik?
Aku bukan mendukung si Jebat
... secara buta
bukan menongkah si Tuah
... secara tuli.
Hanya mencari sesuap nasi
untuk hidup anak bini
tapi mengapa kamu terus berkata dasar-tak-bersyukur-hanya-
pandai-mengomel-dan-kurang ajar?
walhal kamulah yang seharusnya berbuat apa yang dikata
.... bukan hanya menabur beras setiap lima tahun menjelma!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
254
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
255
Di Celah Bangunan Agam
Kata orang si Jebat derhaka
Bilang orang si Tuah sangat setia.
Setia dan wala‟ ada tempatnya
... bukan membuta lalu melintang patah.
Menasihat ada kala perlu
sanggah ada ketika wajib
... kepada ulil amri yang derhaka.
Membaham harta rakyat
...kau bilang biarlah;
meratah yang haram
... kau bilang biarlah;
melibas cemeti pada marhein
... kau kata biarlah.
Kau bilang jangan melawan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
256
nanti tak bersyukur
pada yang memberi.
Aku anak Melayu
kadangkala kurang ajar
... kerana yang di atas tidak reti
... yang di bawah terjepit
... di celah-celah bangunan agam.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
257
Di Sebalik Arca
Artikulasi mencerna intelektual
bersifat idealis
terpancar dalam barisan aksara
pinjaman untuk kita
... dalam cagaran milik Allah
sebelum tinggalkan kefanaan buana.
Justeru mengapa berhelah
dalam selubung kesufian?
Cubaan apa yang dicerna
adakah suci ditempa bersalut debu?
Sembunyi di bawah cahaya
atau sinar yang berarca api
mengintai si lemah
dengan tawaran pesona dunia?
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
258
Aku ingin baik sangka
agar tidak terpedaya
supaya sirnanya curiga
tak dikata orang berpatah kata
pandai menuduh hanya beralasan.
Namun tatkala hijab terbuka
terpacul wajah yang tersingkap
menghembus di sebalik arca
kusangka bayu lembut
... walhal membawa pawana panas
persis pencuri
yang tidak diundang.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
259
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
260
Hamba-Mu yang Berdosa
Suara malam
menerbit aura berbeza
dalam meniti tebing kehidupan
sedang di kiri dan kanannya jurang.
Berjayakah merentasinya?
Bergantung ...
tersedia petaka, ada madu dan racun.
Tipuan mainan syaitan
sedang banyak manusia berselubung dalam cahaya
bergema menggamit rasa
nampak indah ... tetapi tipu daya merata.
Tuhanku
dosa hamba ini
tetap kubawa ke mana-mana
tanpa ampunan-Mu
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
261
sedang aku hamba yang tertipu.
Ampunkan aku
ya Allah ya Rahman ya Rahim.
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Esa
Kekal Ada … selamanya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
262
Igau Menjadi Bintang
Daku sering melihat bintang
gemerlapan di persada
terbetik aura cemburu
justeru bintang menyinar.
Apakah daku boleh menjadi bintang
dalam auranya terjelma ikutan?
Atau dakukah yang tersalah
lantaran mahu menjadi sepertinya?
Citaku
andai bintang itu dapat kugapai
maka bukan sakti yang kudamba
melainkan redha Allah jua.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
263
Irama Sumbang
Aku dengar paluan gendang itu
lama juga diulit iramanya
mulanya elok sebagai halwa minda
lama kelamaan (yang tak berapa lama) ... eh sumbang pula
entah mengapa tingkahnya memekik
tak lagi asyik seperti dahulu?
Apa yang dikau alami, kawan
dalam asyik anak bangsa
menadah deria mencicip rasa cinta
alih-alih mantiknya tersasar
malah membawa pesona yang bukan-bukan
indahnya tiada lagi
justeru terpalit cemar
yang menghiris moleknya bahasa
yang mempalit arang pada pautan warna putih
di halaman sufimu, barangkali.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
264
Terkesima aku
rindu dahulu yang kudakap
kini aku lepaskan
tak mahu lagi berlumpur bersamamu
kerana bimbangkan aib itu
menjadi guna-guna yang membawa dosa.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
265
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
266
Kisah Seorang Tua
Aku sering melihat orang tua itu keseorangan
berjalan perlahan-lahan dengan tangan di belakang
berkain pelikat
... rona mukanya, aduh ... kasihan dampaknya.
Kadangkala kulihat dia berlipat kaki duduk di kerusi
merenung ke depan, aku kira
terbetik di hati ini ... wahai ayah, mengapa tak melangkah ke
masjid
... bersama jemaah bersimpuh dan bersujud di hadapan Allah?
Laluan ke masjid itu
hanya beberapa langkah untuk dibawa gerak kaki
membersih diri, membasuh muka, menyiram anggota
agar segar air wuduk terserlah di hatimu
... wahai ayah!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
267
Aku bukan anakmu
tapi aku kasihan melihatmu saban waktu
doaku ayah: “Ya Allah, mohon pada-Mu, gerakkan hatinya agar
kakinya melangkah ke rumah-Mu.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
268
Kuharap Penganti
Di matamu aku tak hebat
justeru kamu Menteri Perdana dan berkelilingnya Pak Menteri
juga Penasihat yang berjubah
lalu kamu berbuat sesuka hati.
Namun ...
aku juga ada hak
kerana negara ini juga negara aku
bukan milik kamu seorang (dan juak-juak kamu!)
Kalau jihad itu disemboyankan
aku berdoa agar aku tetap berani
walaupun kamu yang meniupnya.
Pun begitu ...
aku kekal mengharap
sebuah negara yang tidak menindas warganya
lalu aku berdoa ke hadrat Azza wa Jalla
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
269
agar kamu digantikan dengan pemimpin yang lebih baik.
Bukan kerna benci
tidak lantaran menyampah
bukan justeru mencari seteru …
sekadar memberi ingat
untuk diri dan sahabat
bahawa memilih adalah tanggungjawab
…. yang akan ditanggunghisab!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
270
Monolog Kita
Telahan dan taakulan aku setelah sekian lama bergelumang
menggulit sastera mereka, memberi banyak pencerahan. Puak
kuffar saban waktu, dasarwarsa demi dasarwarsa dengan
melalui pelbagai media, cuba mencemar duli mulia al-Quran.
Walhal bagi hati-hati yang ingin menerima pelajaran, akan
mendapati al-Quran yang dianggap ketinggalan – hanya sesuai
untuk manusia di padang pasir – padat dengan terlalu banyak
perkara yang kekal hangat dan terus terang.
Lalu aku cuba kembali ke lembah cahaya, mencari
tenangnya jiwa dalam merangka strategi. Dalam pada itu
pemikiran Barat tetap aku cekali dalam kesedaran yang ilmu
mereka mesti dicuci bersih. Pihak sekongkol Zionis-Yahudi,
yakni kerajaan Amerika Syarikat terus-menerus mainkan
gendang ugutan. Dalam satu kes, aku melihat CIA telah
menyogok berjuta-juta dolar untuk Pakistan memburu 369
suspek al-Qaeda dan kedua, ugutan ke atas Pakistan untuk
bersedia dibom dan kembali ke zaman batu jika tidak mematuhi
Amerika Syarikat.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
271
Walaupun kedua-duanya cuba dinafikan bekas Timbalan
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Richard Armitage, tetapi
inilah kemelut yang berlaku dalam momokan Islamfobia tajaan
musuh-musuh Islam kontemporari.
Lantaran itu benarlah kata-kata Allah dalam al-Quran:
“Oleh itu, jika mereka mendustakanmu (wahai Muhammad,
maka janganlah engkau berdukacita), kerana sesungguhnya Rasul-rasul
yang terdahulu daripadamu telah didustakan juga; mereka telah
membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-
kitab (nasihat pengajaran), serta Kitab (Syariat) yang terang jelas.”
(Surah ali- 'Imran, ayat 184)
Aku ingin menjadi Mukmin akhir zaman, yang
semestinya tidak terperangkap dengan momokan Zionis-Israel,
Amerika Syarikat dan dunia Barat yang ternyata membenci
Islam. Perancangan mereka sememangnya jauh bagi melihat
Islam itu musnah dan pemuda serta pemudi umat runtuh
akhlak.
Usaha-usaha mestilah berterusan dan tidak sekadar
melepas batuk di tangga. Setiap individu perlu mengetahui
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
272
mesej Islam secara yang betul dan selepas itu beramal serta
berperanan di penjuru masing-masing.
Kita tidak perlu menanti kemunculan Imam Mahdi kerana
berpandukan riwayat Imam Muslim, Nabi Muhammad SAW
berkata, “Akan sentiasa ada satu golongan daripada umatku yang
memperjuangkan kebenaran secara bersungguh-sungguh sehingga hari
kiamat.”
Ketika berjuang aspek yang tidak boleh aku abaikan ialah
tawakal dan pergantungan kepada Allah pada setiap ketika.
Semoga Allah membantu aku. Islam juga memiliki keanjalan
manhaj kehidupan (atau fleksibel) yang memberikannya daya
untuk menghadapi aneka permasalahan hidup yang datang silih
berganti.
Pihak Barat hanya memomokkan bahawa Islam itu agama
teroris. Padahal merekalah yang menanamkan ajaran teroris
yang diketuai oleh Israel dan Amerika Syarikat!
Aku yakin, apabila diri diwakaf untuk pejuangan Islam,
jangan sesekali berniat meloloskan diri. Sekali melangkah ke
hadapan maka teruskan langkah itu, tekad aku. Jangan pernah
terlintas untuk melepaskan ikatan rabithah perjuangan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
273
“Walau ribuan tribulasi melanda, yakinlah dengan apa
yang kita lakukan, nescaya kemenangan pasti tiba. Penat kita
hari ini untuk generasi akan datang. Pejuangan harus
diteruskan,” tulis seorang daie zaman.
Aku tidak rela menjadi seumpama sang kelkatu yang
menyerbu kilauan neon yang mengasyikkan, namun akhirnya
kepatahan sayap. Lalu jatuh menyembah bumi sebelum lenyap
ditelan buana.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
274
Bukan Khinzir
"Aku tau aku banyak dosa, bhai! Tapi takkan kerana aku ada
dosa, aku tak boleh bercakap fasal Islam? Kalau mahu tunggu
tak de dosa, sampai bila pun aku tak leh berdakwah! Jadi orang
yang layak berdakwah hanya 'ustaz-ustaz' yang tak dak dosa ...
maksum?"
Kau bertanya, “Maksum?”
“Tak faham maksum? Tulah kau, baik baca buku!”
Merah padam mukanya. Marah agaknya. Bukan aku nak
kata apa ... hanya sampaikan satu ayat dari al-Quran.
"Kalau cakap fasal politik tak boleh, fasal Islam tak boleh
... habis? Mahu cakap fasal apa? Fasal ketam, fasal lembu, fasal
BABI? Aku cakap fasal manusia .. kalau aku cakap fasal
kambing, baik aku pergi ke kandang kambing!
“Mengambil kata-kata ulama Turki, Badiuzzaman Said
Nursi, maka aku juga bersumpah, „Aku akan buktikan dan
memperlihatkan bahawa al-Quran itu adalah mentari maknawi
yang tidak akan padam dan tidak akan dapat dipadamkan!‟
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
275
"Juga Islam itu benar dan hak, bahawa Islam itu fitrah
untuk manusia!"
“Ada baca satu kisah, bahawa tanda salib Kristian
terpapar di banyak lokasi di Sabah – di tepi jalan, di rumah-
rumah, bahkan di dalam hutan, di batang-batang pokok. Walhal
kita umat Islam, malu mahu tunjuk syiar Islam, malu berpakaian
cara Islam, malu pakai kopiah. Itukan salah satu syiar Islam.
Orang Kristian tak malu bersyiar agamanya.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
276
Bahagian berikutnya ialah sebuah karya
bersama dua orang sahabat – Allahyarham
Adlie Syamsudin dan Allahyarham Imran
Yusuf – yang tidak dapat dibukukan atas
sebab-sebab tertentu.
Sebelum meneruskan bacaan, mohon
perkenan tuan dan cikpuan untuk sedekahkan
bacaan al-Fatihah untuk kedua-dua sahabat
penulis ini. Semoga kedua-dua roh mereka
berada dalam golongan yang dirahmati Allah
Taala. Ameen ya Rabb.
Saya ambil sebahagian kecil mana yang
sesuai. Semoga bermanfaat.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
277
BAB 1: Hakikat Kerjaya
“Waktu dari mula bekerja sehingga bersara selama 35
tahun tidak lama, sedangkan dalam masa itulah kita
membina kepakaran dan mengumpul harta serta
membina jaringan sahabat atau networking.”
Dari Zaman Belajar Menuju Ke Alam Kerjaya
Setiap orang mempunyai cerita tersendiri dalam perjalanan dari
zaman kanak-kanak, menuju dunia persekolahan dan seterusnya
melangkah ke alam kerjaya. Malah dari alam kerjaya menuju
persaraan pun jalan yang kita lalui berbeza dari orang lain.
Ada rakan kami yang cemerlang sejak awal persekolahan,
seterusnya mendaki tangga universiti dan akhirnya melangkah
alam kerjaya dengan gemilang dan bersara dengan wang pencen
yang lumayan. Dia hidup selesa walau pun sudah bersara.
Manakala seorang lagi rakan kami berjaya di alam
persekolahan lalu menjejak langkah ke universiti. Namun beliau
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
278
tidak sempat menghabiskan pengajian di universiti dengan
mendapat ijazah yang diidamkan. Sebaliknya beliau menceburi
bidang perniagaan secara kecil-kecilan sehingga akhirnya kini
beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. Malah ada juga
rakan-rakan kuliah semasa di universiti yang mendapat berjaya
menamatkan pelajaran dan beroleh ijazah, bekerja dalam
syarikat beliau sementara menunggu melanjutkan pelajaran ke
peringat lebih tinggi atau mendapatkan pekerjaan di sektor awam
atau swasta.
Ada seorang lagi rakan pula mencapai kelulusan biasa-
biasa semasa bersekolah dan mendapat pekerjaan dalam sektor
awam memegang jawatan pegawai rendah. Namun demi
mengejar cita-cita untuk meningkat dalam kerjaya, beliau telah
mengikuti kelas malam dalam skim pensyarah muda sebuah
IPTA.
Beliau menceritakan, “Setiap hari selepas kerja saya
bersiap-siap untuk pergi ke kelas malam, sedangkan rakan-rakan
sejawat saya turun ke padang yang terletak berhampiran quarters
bujang tempat tinggal kami untuk bermain bola. Sering sahaja
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
279
apabila melihat saya lalu di tepi padang itu mereka akan berkata,
„Tuan Profesor...!‟ dengan tujuan menyindir saya. Mungkin
berkat doa rakan-rakan saya itu, kini saya berjaya menjadi
pensyarah berjawatan Profesor Madya!”
Begitu kisah tiga orang rakan kami yang melalui
perjalanan yang berbeza. Kamu bagaimana pula? Apakah cita-
cita dan impian kamu?
Masa Yang Terhad Tetapi Amat Berharga
Dalam sistem pendidikan negara kita pada masa kini setiap
orang dimestikan mengikuti persekolahan mulai umur tujuh
tahun, bermula dari darjah satu sekolah rendah hingga ke
tingkatan enam sekolah menengah. Sesudah itu pelajar boleh
memohon untuk memasuki IPTA atau IPTS dan mereka yang
layak akan ditawarkan mengikuti kursus di IPTA atau IPTS.
Pelajar akan menamatkan pengajian di IPTA atau IPTS
sesudah berjaya memperoleh diploma, ijazah sarjana muda,
ijazah sarjana (masters) dan seterusnya ijazah kedoktoran
(philosophy degree atau Ph. D.). Namun tidak ramai yang akan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
280
melanjutkan pelajaran sehingga peringkat ijazah sarjana dan
ijazah kedoktoran. Sebahagian besar pelajar menamatkan
pelajaran pada tahap diploma atau ijazah sarjana muda, lalu
memasuki alam kerjaya.
Pada ketika ini umur pelajar berumur antara 23 hingga 25
tahun dan dia telah menuntut ilmu sebagai pelajar selama 16
tahun semenjak umurnya 7 tahun lagi. Dia akan mengharungi
alam kerjaya sehingga dia bersara pada umur 55 tahun sekiranya
berkhidmat di sektor swasta atau 58 tahun di sektor awam.
Ini bererti jangka masa kerjaya seseorang adalah antara 30
hingga 35 tahun. Dalam masa 30 hingga 35 tahun inilah
seseorang itu harus bergiat membina kerjaya sehingga hari
persaraan.
Dalam jangka masa ini dia mendirikan rumah tangga dan
membina keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anaknya.
Pada ruang masa yang terbatas itu juga dia membina kekayaan,
melabur dalam pasaran saham, unit amanah, menyimpan dalam
Tabung Haji, dana pendidikan dan lain-lain.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
281
Dalam ruang waktu itu juga dia membeli kenderaan dan
rumah, dan menyelesaikan bayaran pinjaman untuk kedua-duanya.
Dalam sempadan masa itu juga dia mengumpul harta,
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, membina
kerjaya sehingga peringkat tertinggi yang dia impikan dan
dalam ruang waktu itu juga dia membelanjakan hartanya di
jalan kebajikan dan memberikan sedekah.
Apakah cita-cita kita? Apa matlamat hidup kita?
Membina kerjaya makan gaji sehingga hari persaraan atau
bersara awal bagi menceburi bidang bisnes? Ingin membina
kekayaan dan mengumpul harta yang banyak supaya dapat kita
belanjakan pada jalan kebajikan, yakni membantu orang yang
memerlukan dan kurang bernasib baik? Pilihan di tangan kita.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
282
BAB 2: Membina Kehebatan Diri
“Untuk menjadi seorang individu hebat, kita
memerlukan sistem sokongan bersepadu dengan
menimba ilmu, mengenali bakat, menguatkan
kerohanian serta memilih mentor. Bakat dan minat
saling menguatkan, namun bakat lebih utama dalam
menentukan bidang kerjaya yang kita pilih.”
Menimba Ilmu
Kamu tentu bertanya, “Bagaimana saya membina personaliti diri
sehingga ke tahap yang hebat?” atau dengan lain perkataan
kamu bertanya, “Apakah yang perlu saya buat supaya saya
menjadi seorang yang hebat?”
Perkara pertama bagi mencapai kejayaan di dunia atau di
akhirat ialah dengan menimba ilmu dalam bidang yang
dikehendaki. Nabi Muhammad pernah berkata, “Untuk berjaya
di akhirat memerlukan ilmu dan untuk berjaya di dunia juga
memerlukan ilmu.”
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
283
Apabila Nabi Muhammad menerima lantikan menjadi
rasul dari Tuhan semasa bertafakur di Gua Hiraq, ayat al-Quran
yang pertama yang dibacakan kepada Nabi Muhammad ialah
ayat yang bermaksud, „Bacalah.‟ Manakala Tuhan mengajarkan
nama-nama benda kepada Nabi Adam sebelum beliau diuji
pengetahuannya berbanding ilmu yang ada pada para malaikat.
Dari dua peristiwa ini kita dapat membuat kesimpulan
Tuhan telah memberi panduan, untuk menjadi insan yang hebat,
kita perlukan ilmu. Untuk menjadi utusan Tuhan yang hebat,
Nabi Muhammad mesti berilmu. Bagi menjadi makhluk Tuhan
yang hebat sehingga berjaya mendapat penghormatan dari para
malaikat, Nabi Adam perlu mempunyai ilmu pengetahuan.
Ilmu itu seumpama makanan bagi minda, sebagaimana
makanan dan minuman menguatkan dan memberikan khasiat
kepada tubuh badan. Oleh itu, sebagaimana tubuh badan
memerlukan makanan secara berterusan, maka begitu juga
minda memerlukan ilmu pengetahuan secara konsisten. Untuk
menjadikan badan kekal sihat dan cergas, kita perlukan
makanan berkhasiat dan latihan fizikal secara konsisten. Bagi
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
284
menjadikan minda pintar yang membuahkan fikiran bernas kita
perlu memberikannya input yang baik dan tulus.
Seorang guru atau pensyarah perlu terus membaca
mengenai perkembangan ilmu dalam profesion pendidikan dan
ilmu yang diajarnya, supaya dia menjadi guru atau pensyarah
yang peka dengan perkembangan semasa dan membina
kemahirannya.
Kita mungkin bertanya, “Bidang apakah yang saya perlu
mendalami ilmu saya?” Jawapan kepada soalan ini akan
menentukan masa depan kita.
Minat atau Bakat?
Apabila diminta nasihat bidang apa yang kita harus ceburi, ada
dua jawapan yang paling kerap diberikan.
Ada yang menjawab, “Pilihlah kerjaya dalam bidang yang
kita minati, kerana kita tidak mungkin gembira melakukan tugas
yang kita tidak suka.” Pada sekilas pandang nasihat itu ada
logiknya. Mana mungkin kita akan seronok menjalankan tugas
sedangkan bidang tugas itu kita tidak sukai?
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
285
Namun ada juga yang menasihati kita dengan berkata,
“Teliti dahulu bakat kamu dan kemudian pilihlah kerjaya yang
sesuai dengan bakat kamu.”
Apabila dikatakan, “Tidak mungkin saya akan seronok
menjalankan tugas dalam bidang yang saya tidak minati,” maka
hujah balas yang diberi ialah, “Apabila kita berbakat dalam
sesuatu bidang, maka kita akan dapat melakukan apa sahaja
tugas dalam bidang itu dengan mudah dan tidak memerlukan
usaha yang berlipat-ganda. Oleh sebab kita merasakan mudah
saja memahami selok-belok dan kita dapati tugas itu dapat kita
selesaikan tanpa „menyeksa diri,‟ maka dengan sendirinya kita
merasa seronok bertugas.
Rakan-rakan sekerja kita pula tentu merasa kagum
dengan kebolehan kita melakukan tugas dengan mudah. Bagi
mereka yang kurang berbakat dalam bidang itu pula harus
berusaha dua kali ganda atau tiga kali ganda lebih kuat daripada
kita untuk menyiapkan tugas yang serupa.
Jika kita boleh lakarkan ilustrasi perbandingan antara
minat dan bakat terhadap keseronokan dan tahap kemudahan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
286
melakukan sesuatu tugas, maka terbentuklah lakaran seperti
Gambar Rajah 2.1.
Tahap seronok dan mudah
Tugas
Gambar Rajah 2.1: Lakaran perbandingan antara minat dan
bakat terhadap keseronokan dan tahap kemudahan melakukan
sesuatu tugas
Dalam situasi ideal, kita menemui bidang yang di
dalamnya kita mempunyai bakat DAN pada masa yang sama
kita minati pula bidang itu. Namun dalam keadaan di mana kita
mengetahui bidang yang di dalamnya kita mempunyai bakat
TETAPI yang kita tidak minati, maka kita disyorkan supaya
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
287
memilih bidang itu. Ini ialah kerana apabila kita sudah mulai
melakukan tugas dalam bidang itu, kemungkinan minat kita
akan bertambah sedikit demi sedikit terhadap tugas itu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
288
BAB 3: Sokongan Penasihat atau Mentor
Setiap orang yang berjaya mempunyai penasihat atau mentor
yang membimbing, menasihati dan mendorongnya mencapai
kejayaan.
Nabi Muhammad SAW dibimbing, didorong dan
dipimpin oleh Tuhan melalui malaikat Jibrail. Manakala Nabi
Muhammad SAW pula menjadi mentor kepada para sahabat
baginda. Ternyata bimbingan Nabi Muhammad SAW terhadap
sahabat generasi awal yang rapat dengan baginda membuahkan
hasil yang baik apabila Islam berkembang maju di Semenanjung
Tanah Arab semasa pemerintahan para sahabat. Kuasa besar
dunia pada ketika itu Rom dan Parsi berjaya dikalahkan oleh
umat Islam di bawah kepimpinan khalifah awal.
Apabila kita sudah berusaha dengan sedaya upaya tanpa
memberikan alasan, maka kejayaan terserah kepada Allah.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
289
Khalifah Umar bin Abdul Aziz mempunyai mentor
terkenal iaitu seorang ulama yang bernama Sheikh Abdul-Aziz
bin Hamiduddin Naagauri.
Sultan Muhammad Al-Fateh, sultan terkenal dari
pemerintahan khalifah Utsmaniah Turki yang membebaskan
kota Konstantinopel dari Rom Timur mempunyai mentor dan
pembimbing utama bernama Sheikh Shamsudin Al-Wali. Sheikh
Shamsudin adalah seorang alim bijaksana telah banyak
membantu Sultan Muhammad Al-Fateh dalam membuat
keputusan strategik dalam pentadbiran beliau.
Semasa kita masih menuntut di sekolah, para guru
menjadi pembimbing dan mentor. Apabila kita sudah
menamatkan pelajaran di sekolah dan meneruskan pelajaran di
kolej serta IPTA atau IPTS, maka pensyarah dan tutor pula yang
menjadi mentor.
Apabila kita berjaya menamatkan pelajaran di kolej, IPTA
atau IPTS, siapakah pula yang boleh kita „lantik‟ menjadi
mentor? Kita masih membina hubungan berterusan dengan para
guru, pensyarah atau tutor, namun semakin ramai mentor dan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
290
pembimbing serta pendorong yang kita „lantik‟ maka semakin
baik bagi kita untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk
ajar serta dorongan.
Apa yang jelas, para mentor kita ini yang menjadi lampu
yang menerangi dan memberikan pencerahan bagi menerangi
jalan dan laluan kerjaya dan kehidupan kita.
Setelah melangkah ke alam pekerjaan atau alam bisnes,
kita memerlukan mentor-mentor yang mendorong dan
membimbing kita dalam bidang yang kita ceburi itu. Semakin
ramai mentor kita, semakin banyak sumber rujukan dan semakin
kuat sokongan kepakaran, nasihat dan dorongan. Hasilnya,
semakin meningkat pula peluang kita untuk mencapai kejayaan.
Dalam bab berikutnya kita akan membincangkan sumber
inspirasi dan maklumat, malah sumber kekuatan yang
mempengaruhi kejayaan seseorang pekerja dan usahawan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
291
Sokongan Dari Segi Kerohanian
Selain membina kekuatan diri dengan menimba ilmu dalam
bidang yang kita pilih, tentunya kita harus membina ikatan yang
rapat dengan Tuhan. Sebagai insan, kita mampu berusaha,
namun yang menyempurnakan segala urusan adalah Allah jua.
Oleh yang demikian, kepada Allah jua kita harus berserah
dan memohon pertolongan. Semoga dengan segala ilmu yang
kita peroleh dengan membaca buku-buku secara berterusan itu
dilandaskan dengan kepercayaan kepada Tuhan. Ikatan spiritual
dengan Maha Pencipta ini juga sebagai benteng keyakinan diri
bukan sahaja di waktu kita gembira, malah menjadi sandaran di
waktu dukacita.
Apabila kita sudah berusaha dengan sedaya upaya tanpa
memberikan alasan, maka kejayaan terserah kepada Allah.
Sekiranya kita gagal pun, barulah kita boleh mengatakan itu
semua takdir Allah. Sekiranya gagal tanpa usaha setimpal, kita
belum boleh mengatakan takdir Allah menyebabkan kita gagal.
Sedangkan kita usaha sambil lewa kita sendiri yang menjadi
penyebab kegagalan itu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
292
Sebagai seorang Islam, kita berpegang teguh dengan
Rukun Iman dan mengamalkan semua yang termaktub dalam
Rukun Islam. Kita mengerjakan segala suruhan Tuhan dan
menjauhi segala larangan-Nya. Amalan asas yang kita perlu
lakukan ialah sembahyang lima waktu sehari semalam dan
berpuasa di bulan Ramadhan. Waktu selepas solat ialah masa
yang sesuai berdoa kepada Tuhan bagi memohon kebaikan
kepada ibu bapa serta ahli keluarga kita, juga mendoakan
kejayaan yang kita inginkan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
293
BAB 4: Panduan Networking
“Berjemaah itu rahmat, dan berpecah belah itu azab.”
(Hadis diriwatkan oleh Al-Baihaqi)
Kes 1
Danial (bukan nama sebenar) baru sahaja menamatkan pelajaran
di sebuah IPTS dan mula mencari pekerjaan. Beliau melayari
laman mencari pekerjaan di internet seperti Jobstreet.com dan
JobsDB.com, serta membelek ruangan „PEKERJAAN‟ dalam
beberapa akhbar harian. Selain itu beliau juga mendaftar di
sebuah agensi mencari pekerjaan.
Danial teringat seorang rakan senior di IPTS yang
menamatkan pengajiannya dua tahun lebih awal daripada
beliau. Dia tidak dapat menghubungi rakannya itu kerana tiada
nombor telefon yang diberikan. Namun dia ingat nama syarikat
tempat rakan senior itu bertugas. Danial juga tahu rakan senior
itu mengikuti program pelatih pengurusan sebelum diserap dan
disahkan dalam jawatan eksekutif setelah tamat tempuh latihan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
294
Dengan hanya berbekalkan nama syarikat tersebut, Danial
mendapatkan alamat ibu pejabat syarikat itu di Kuala Lumpur.
Danial terus berkunjung ke ibu pejabat itu lalu mencari rakan
seniornya. Sesudah menunggu beberapa ketika, muncul rakan
senior itu dan dua rakan lama berbual mesra bertanya khabar.
Dari rakan senior itu Danial mendapat maklumat yang syarikat
itu masih meneruskan skim pengambilan pelatih pengurusan.
Untuk tahun itu kuota pengambilan sudah mencukupi, namun
seorang calon menolak tawaran kerana mendapat kerja lain. Jadi
sekiranya Danial berminat dia boleh mengisi borang dan
bertemu Pengurus Sumber Manusia syarikat untuk temu duga
ringkas.
Danial mengisi borang permohonan, dan diringkaskan
cerita beliau dipanggil temu duga untuk kali kedua dan pihak
syarikat membuat keputusan untuk mengambil Danial bekerja.
Danial mengikuti latihan intensif selama sembilan bulan dan
sesudah enam bulan dari tarikh pengambilan bekerja, Danial
disahkan dalam jawatan pelatih pengurusan. Sembilan bulan
dari tarikh pengambilan Danial diberikan jawatan eksekutif dan
terus berkhidmat dengan syarikat itu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
295
Kes 2
Encik Ahmad seorang pekerja di sebuah syarikat swasta, namun
akibat pengurangan pekerja oleh syarikat beliau antara yang
menerima surat notis diberhentikan kerja. Seminggu sebelum
tarikh terakhir dia berada di syarikat itu, dia dapat
menghubungi salah seorang rakan lamanya semasa di IPTS
dahulu.
Rakan itu memberitahu Encik Ahmad yang syarikat
tempat dia bekerja memerlukan seorang pegawai bagi
menggantikan seorang pegawai yang baru sahaja meletakkan
jawatan. Bidang jawatan itu hampir sama dengan bidang yang
dijawat oleh Encik Ahmad di syarikat yang memberhentikan
beliau. Jadi sekiranya Encik Ahmad berminat mengisi jawatan
itu, beliau dipersilakan datang ke syarikat rakan lamanya bagi
ditemu duga serta-merta.
Dipendekkan cerita, sesudah menghadiri satu temu duga
sahaja, Encik Ahmad diambil bekerja di syarikat rakan lamanya
itu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
296
Hasil Networking
Dalam kedua-dua kes yang tersebut di atas, Danial dan Encik
Ahmad mendapat maklumat kekosongan jawatan melalui rakan
lama. Dengan lain perkataan mereka akhirnya beroleh jawatan
melalui rangkaian sahabat mereka, yakni network yang mereka
telah bina sejak sekian lama.
Dilaporkan Nabi Muhammad SAW pernah berkata,
“Apabila kamu berkenalan dengan seseorang, maka tanyalah
namanya, nama bapanya dan di mana dia tinggal.”
Antara maksud hadis ini yang dapat kita tafsirkan dalam
konteks zaman moden ialah, “Apabila kamu berkenalan dengan
seseorang, maka mintalah kad bisnesnya.” Ini kerana pada kad
bisnes seseorang itu tercatatnya nama penuh (namanya dan
nama ayahnya), alamat (di mana dia tinggal). Malah nombor
telefon, alamat e-mel serta identiti beliau dalam laman sosial
seperti Facebook pun mungkin tercatat juga.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
297
Mengapa Networking Penting?
Networking ialah amalan saling berhubungan di antara individu
yang mempunyai minat, kepentingan, hobi, bidang dan industri
yang sama di antara satu sama lain. Mereka saling bertemu bagi
bertukar-tukar maklumat terbaru serta perkembangan terkini
dalam industri, bidang dan hobi mereka. Selain daripada
bertemu dalam perjumpaan tertentu, para individu dalam
jaringan itu juga sering berkongsi maklumat dengan
menggunakan platform internet seperti dalam listing e-mel,
forum diskusi, blog, laman web dan Facebook.
Ada pepatah Melayu yang berbunyi „bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat.‟ Juga pepatah
Inggeris yang berbunyi, „no man is an island‟ yang bermaksud,
„manusia tidak boleh hidup sendirian.‟
Dalam aspek kerjaya pula, jaringan persahabatan penting
kerana faktor, antaranya ialah sebahagian besar kekosongan
jawatan tidak diiklankan kerana faktor kos dan masa di pihak
syarikat. Sebaliknya banyak syarikat mengisi kekosongan
jawatan melalui rujukan pekerja syarikat itu. Ini bererti pekerja
digalakkan mengesyorkan kenalan, sahabat-handai dan saudara-
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
298
mara yang difikirkan layak bagi mengisi sebarang kekosongan
jawatan di syarikat. Malah ada syarikat yang memberikan sagu
hati berupa wang tunai kepada pekerja syarikat yang berjaya
membawa masuk pekerja baharu bagi mengisi kekosongan
jawatan dalam syarikat.
Dengan cara ini, pekerja yang membawa masuk pekerja
baharu mendapat ganjaran, manakala syarikat pula menjimatkan
kos dan masa merekrut pekerja baharu serta mengurangkan
risiko tersalah pilih pekerja yang mendatangkan mudarat
kepada syarikat dalam masa jangka panjang.
Apabila kita memiliki jaringan sahabat yang luas dan
kenalan yang ramai, kita akan menikmati kelebihan sama ada
semasa kita baru menjadi siswazah, mahu pun apabila kita
sudah lama melangkah ke alam pekerjaan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
299
BAB 5: Teknik Networking
Kita mungkin bertanya, “Bagaimana pula saya harus
memulakan langkah bagi membina jaringan network saya?”
Sesungguhnya setiap orang memang membina jaringan
sahabat (network) sejak kita mulai mengenali dunia lagi.
Cumanya mungkin kita tidak menyedari peri pentingnya
mempunyai jaringan sahabat yang luas dan tidak mengetahui
cara bagi merapatkan serta menguatkan jaringan itu.
Dalam sebuah hadis, dilaporkan bahawa Nabi
Muhammad SAW berkata, “Apabila engkau membantu
memudahkan saudaramu, maka Allah akan membantu memudahkan
jalanmu.”
Seorang pekebun yang menanam anak pokok durian hari
ini akan dapat menuai hasil buah durian apabila pokok durian
Ada kajian menyatakan usaha sendiri menyumbangkan
hanya 40 peratus kepada kejayaan kita, manakala 60
peratus lagi adalah dari bimbingan mentor dan sokongan
jaringan networking yang luas dan ramai.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
300
menghasilkan buah. Begitu juga tamsilan bagi kita yang
membina jaringan persahabatan hari ini.
Namun begitu, membina jaringan persahabatan sekarang
bukan sekadar untuk mendapat bantuan dari network kita pada
kemudian hari. Sebelum kita meminta bantuan, kita terlebih
dahulu membantu mereka yang memerlukan. Bantuan tidak
semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja, tetapi boleh juga
diberi dalam bentuk tenaga, masa dan ilmu. Sekiranya kita
memahami mata pelajaran dalam kuliah, kita bantu rakan yang
kurang memahami.
Membantu Semua Rakan
Apabila ada rakan yang menghadapi masalah, bantu sekadar
yang mampu. Sebagai contoh, apabila rakan kita kurang
memahami sesuatu mata pelajaran, bantu dia memahami mata
pelajaran itu. Andai kata rakan kita menghadapi masalah
peribadi cuba bantu dia menyelesaikan masalahnya. Kalau tidak
mampu selesaikan, beri dia semangat dan motivasi bagi dia
menghadapi masalahnya dengan hati yang terbuka dan sikap
yang positif serta tabah.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
301
Mungkin rakan kita menghadapi masalah kewangan,
cuba kita bantu menyelesaikannya. Berikan wang pinjaman atau
berikan sebagai sedekah. Sekiranya kita tidak mampu membantu
rakan dalam bentuk kewangan, maka carikan rakan yang
mampu. Kita minta bantuan dari kawan yang mampu dan
salurkan bantuan kewangan kepada rakan yang memerlukan
bantuan kewangan itu.
Kumpul Maklumat Rakan-Rakan
Paling minima yang boleh kita lakukan ialah menjadi tempat
rujukan kepada rakan-rakan lain yang memerlukan maklumat
tentang sahabat yang lain. Kita kumpul maklumat kesemua
rakan sama kuliah, ko-kurikulum, persatuan, kelab dan apa
sahaja. Apa sahaja maklumat penting mengenai setiap rakan
seperti nama penuh, nombor telefon, alamat kolej, alamat tempat
tinggal rumah sewa, alamat keluarga di kampung, hobi serta apa
sahaja mengenai rakan-rakan itu.
Simpan maklumat dengan baik dan selalu kemas kini
pangkalan data kita. Simpan dalam telefon bimbit, tulis dalam
buku nota serta simpan dalam pen-drive atau pun dalam
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
302
dokumen yang boleh kita capai melalui internet. Simpan dengan
rapi dan di tempat yang selamat.
Rakan-rakan akan mengetahui siapa di kalangan mereka
yang mempunyai maklumat mengenai seseorang kawan. Akan
tiba satu waktu apabila berlaku kecemasan dan ada rakan yang
perlukan maklumat mengenai rakan itu, maka kita yang akan
dihubungi.
Dengan cara ini kita secara tidak langsung membantu
rakan-rakan yang lain. Selain itu juga kita akan dikenali oleh
semua rakan dan nama kita akan harum di kalangan mereka.
Kita menjadi seperti suatu rakan yang menghubungkan setiap
rakan-rakan antara satu sama lain. Kita jambatan penghubung di
antara mereka.
Terus Berhubung
Apabila tamat pelajaran di universiti atau kolej, terus berhubung
melalui SMS, WhatsApp, panggilan telefon atau e-mel.
Hubungan melalui laman sosial seperti Facebook atau blog atau
pun forum e-mel adalah antara media perhubungan yang efektif
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
303
di kalangan generasi muda dan orang lama masa kini. Gunakan
kemudahan ini sepenuhnya.
Antara nasihat Puan Ainon Mohd, Pengerusi kumpulan
syarikat PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, juga seorang
usahawan yang berjaya, ialah, “Kita perlu membina
persahabatan dengan semua rakan semasa di universiti dan
kolej, semoga apabila kita berhasrat membuka bisnes sendiri,
kita akan mengenal pasti rakan mana yang dapat ambil sebagai
pegawai dan pekerja syarikat kita.”
Saranan beliau boleh juga diaplikasikan dalam membina
kerjaya. Dalam bab seterusnya kita akan membincangkan
bagaimana jaringan network yang luas dapat membantu kita
dalam membina kerjaya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
304
BAB 6: Membina Kerjaya Melalui Networking
“Sebelum berjaya dalam bisnes, kita perlu terlebih dahulu
membina persahabatan. Untuk berjaya dalam kerjaya, kita
perlukan jaringan sahabat yang luas...”
Asas Membina Jaringan Sahabat
Membina jaringan persahabatan menjadi asas penting dalam
bisnes, kerjaya, politik malah sosial sekali pun. Elemen
terpenting dalam sesuatu jaringan persahabatan atau hubungan
perniagaan ialah kepercayaan.
Sebagai contoh, bagi warga Malaysia yang ingin mencari
kerja di luar negara, contohnya di Dubai, maka talian hayat yang
mesti diperoleh ialah hubungan atau kenalan dengan ahli
ekspatriat Malaysia di sana. Ini boleh disahkan oleh Tuan Mohd
Fudzail Mohd Nor, salah seorang warga Malaysia yang terkenal
di Dubai.
Pihak persatuan ekspatriat Malaysia Dubai menjadi pihak
yang dikunjungi oleh ramai ahli politik, sama ada dari pihak
pembangkang atau pemerintah, yang singgah di Dubai. Malah
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
305
semasa krisis kebangkitan rakyat Mesir, pihak ekspatriat Dubai
telah membantu para pelajar Malaysia dengan menyediakan
tempat tinggal transit dan sara hidup, sementara menunggu
penerbangan pulang dari Mesir ke tanah air.
Begitu juga pihak yang berhasrat menjalan urusan bisnes
dengan syarikat China di luar negara China, perlu mendapat
kepercayaan mana-mana syarikat yang menjadi ahli jaringan
mereka. Kepercayaan serta nama baik yang harum di kalangan
jaringan mereka lebih berharga daripada wang modal yang
berbilion ringgit. Syarikat dalam jaringan Overseas Chinese hanya
mahu berurus niaga dengan pihak yang dipercayai oleh mana-
mana syarikat dalam jaringan itu sahaja.
Begitu juga dalam membangunkan kerjaya. Kita perlu
membina jaringan persahabatan yang luas bagi menonjolkan diri
kita dalam bidang atau industri yang kita ceburi. Jaringan
sebegini memang telah lama wujud dalam setiap bidang kerjaya,
industri serta perniagaan.
Sebagai contoh, bidang perubatan ada pelbagai persatuan
melibatkan setiap sektor atau kumpulan jawatan seperti
persatuan doktor, jururawat, pembantu perubatan dan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
306
sebagainya. Begitu juga dalam bidang kejuruteraan ada
persatuan jurutera, persatuan pembantu teknikal dan
sebagainya.
Bagi kita yang sudah tamat belajar di IPTA/IPTS ada
persatuan alumni, malah persatuan pada peringkat sekolah
menengah atau sekolah rendah pun ada juga.
(a) Latihan industri dalam syarikat atau badan berkanun
Tidak memadai dengan menjadi ahli persatuan bidang industri,
kita tentunya ingin meluaskan jaringan persahabatan. Apabila
kita mengikuti kursus diploma atau ijazah, kita disyaratkan oleh
pihak IPTA/IPTS bagi mengikuti latihan industri untuk tempuh
yang tertentu. Antara tujuan latihan ini ialah untuk
mendedahkan kita kepada dunia korporat, budaya kerja serta
bagaimana bidang kursus kita berfungsi dalam dunia sebenar
atau industri yang berkaitan.
Sepanjang kita berada dalam latihan ini, kita berpeluang
membina persahabatan dengan warga kerja syarikat atau badan
berkanun tempat latihan itu. Pastikan kita mendapatkan nama,
nombor telefon dan alamat e-mel serta identiti laman sosial
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
307
(seperti FB) dari setiap warga kerja. Sekiranya kita dapat
mengenali hobi serta kegemaran mereka, maka itu lebih bagus
lagi. Ini pun salah satu jaringan berasingan untuk kita buat
susulan kemudian.
Pada hari terakhir kita berada di premis syarikat, jangan
lupa untuk bergambar secara beramai-ramai atau berkelompok.
Sebaik sahaja kita pulang ke rumah jangan lupa hantarkan
gambar melalui e-mel atau lebih baik lagi kita cetak gambar dan
pos kepada mereka. Ini adalah salah satu cara kita mengekalkan
kenangan mereka bersama kita.
(b) Khidmat masyarakat
Semasa di IPTA/IPTS, kita tentu pernah menyertai program
khidmat masyarakat di lokasi kampung atau pedalaman. Dalam
program ini juga kita dapat membina jaringan persahabatan
dengan pelbagai individu yang terlibat. Selain mengeratkan
hubungan dengan sesama siswa/siswi, kita juga berkenalan
dengan warga kampung atau lokasi tempat program itu
diadakan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
308
Dengan sopan santun serta budi yang dicurahkan dalam
program itu dapat kita membina jalinan persahabatan dengan
mereka. Jangan lupa selain berbakti, dapatkan butiran seperti
nama, nombor telefon serta alamat e-mel (jika ada) bagi setiap
individu dalam masyarakat itu. Malah sekiranya boleh,
dapatkan juga butiran anak atau anak saudara mereka yang
belajar di IPTA/IPTS atau yang bekerja di syarikat serta jabatan
kerajaan.
Setelah tamat belajar di IPTA/IPTS pun, cari jalan supaya
kita dapat berkunjung semula ke lokasi program khidmat
masyarakat bagi mengeratkan hubungan dengan mereka.
Sekiranya kita bekerja secara sambilan di hujung minggu atau
semasa cuti semester, jangan lupa menggunakan peluang ini
untuk meluaskan jaringan persahabatan. Caranya ialah dengan
berkenalan seramai mungkin pelanggan atau sesiapa sahaja yang
berurusan dengan kita. Jangan lupa juga dengan sifat peramah
serta mudah menunjukkan muka yang manis serta sikap sedia
membantu yang kita tonjolkan, kita membina imej seorang yang
berwibawa dan hebat.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
309
(c) Persatuan alumni
Persatuan atau kelab alumni ialah perkumpulan bekas pelajar
sesuatu sekolah, kolej, politeknik atau IPTA/IPTS. Antara tujuan
penting menubuhkan serta menyertai kelab alumni ialah untuk
menghimpunkan dan merapatkan hubungan antara ahlinya.
Apabila kita menyertai kelab alumni, kita menambah
rangkaian sahabat dan melalui jaringan ini kita mendapat
peluang kerjaya dan meluaskan pengaruh. Antara kelab alumni
yang berpengaruh ialah Persatuan Pelajar Maktab Tentera Diraja
(OPA-Old Putera Association). Persatuan ini disertai oleh bekas
pelajar Maktab Tentera Diraja yang kini memegang jawatan
tinggi dalam sektor awam dan swasta seperti pegawai tinggi
tentera, pegawai kanan kerajaan dan swasta.
Kelab alumni OPA menjadi platform serta jaringan yang
menjanjikan peluang kerjaya dan bisnes bagi kebanyakan bekas
pelajar maktab tersebut. Sekiranya kita mahu melebarkan
pengaruh serta menonjolkan diri dalam industri dan kemahiran
kita, jangan lupa menyertai kelab alumni sekolah, maktab dan
universiti atau kolej.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
310
(d) Media sosial di internet
Kita tidak boleh mengabaikan media sosial di internet sekiranya
mahu melebarkan jaringan sahabat. Semakin tinggi penggunaan
internet dalam sesebuah negara, maka semakin tinggi pula
pengaruh media sosial dalam masyarakat negara itu. Paling
minimum kita perlu membina sebuah blog sendiri dan
mempunyai satu akaun dalam media sosial seperti Facebook.
Media sosial yang berpengaruh di kalangan para profesional
ialah LinkedIn, manakala Facebook mempunyai pengguna lebih
daripada 200 juta orang.
Kita dapat membina jaringan sahabat melalui FB kerana
laman ini menyediakan kemudahan mencari rakan lama dengan
menaipkan nama atau alamat e-mel sahaja. Ini memudahkan kita
mencari sahabat lama yang telah terputus hubungan. Selain
menghubungkan semula sahabat lama, kita juga boleh
menggunakan FB untuk membina pengaruh dalam bidang
kepakaran kita. Kita boleh menulis ungkapan serta catatan yang
merupakan maklumat dalam bidang tertentu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
311
Katakan kita seorang pakar dalam bidang membina
kerjaya. Jadi kita boleh menulis tip-tip ringkas untuk warga kerja
meningkatkan kemahiran mereka. Sebagai contoh, entri begini,
“Apabila kita membaca sebuah buku mengenai menjadi warga
kerja yang produktif, dalam setahun kita sudah membaca 12
buku dan dalam masa 5 tahun, kita sudah membaca 60 buah
buku mengenai topik itu. Jadi sudah hampir pasti kita akan
menjadi pakar dalam bidang meningkatkan kerjaya.”
Setiap hari satu entri, maka dalam masa setahun, kita
sudah mempunyai 365 entri untuk tip-tip meningkatkan
kemahiran kerja. Rakan-rakan FB kita yang berminat membaca
mengenai bidang itu akan mengikuti entri di „Dinding FB‟ kita.
Mereka juga akan mengesyorkan „Dinding FB‟ kita kepada
rakan-rakan FB mereka.
Semakin hari semakin ramai jaringan peminat kita dalam
bidang tersebut. Dari situ kepakaran kita akan menonjol dan
tersebar dalam jaringan FB.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
312
(e) Ahli keluarga terdekat
Ahli keluarga terdekat dan rakan kepada ahli keluarga juga
boleh dijadikan sumber jaringan sahabat kita. Dalam lingkungan
keluarga kita sudah tertentu ada ibu atau bapa saudara, sepupu
atau ipar-duai yang menjawat bermacam-macam-macam
jawatan di pelbagai jabatan kerajaan atau syarikat swasta. Jangan
abaikan ahli keluarga, malah rapatkan hubungan kekeluargaan
bagi meluaskan jaringan sahabat kita.
Tidak mustahil antara peluang kerjaya dan bisnes datang
dari jaringan kekeluargaan. Sedangkan ajaran agama pun
menggalakkan kita memberi bantuan serta sedekah kepada ahli
keluarga dahulu. Jadi begitu juga gagasannya dalam perkara
membantu untuk mendapatkan peluang kerja atau bisnes bagi
ahli keluarga.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
313
BAB 7: Memilih Kerjaya Sesuai Minat dan Bakat
“Andai saya mempunyai penasihat yang mampu
memberikan panduan langkah demi langkah untuk saya
mendapat kerja yang terbaik...”
Kerjaya berpendapatan lumayan atau yang sesuai dengan
kecenderungan? Kerjaya ideal yang kita impikan ialah suatu
kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan dan
memberikan kepuasan. Apabila menjawat jawatan impian itu,
kita tidak sabar untuk sampai ke tempat kerja untuk memulakan
tugas setiap hari.
Kita melakukan tugas dengan ceria dan bersungguh-
sungguh. Biar pun waktu pejabat telah tamat, kita masih
khusyuk bertugas. Kita menunggu sehingga tugas selesai baru
kita pulang ke rumah.
Dalam dunia realiti, kita mungkin boleh mendapatkan
kerja yang memberikan pendapatan lumayan, tetapi nilai-nilai
kerjaya itu sangat bercanggah dengan nilai-nilai pegangan hidup
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
314
kita. Ada pula jawatan atau bidang kerjaya yang sesuai dengan
nilai hidup kita tetapi tidak pula menjanjikan pendapatan yang
lumayan.
Untuk mendapatkan kerjaya yang sesuai dengan jiwa kita
bukan mudah. Jadi bagaimana cara kita mendapatkan kerja itu,
atau lebih tepat lagi bagaimana kita mengenal pasti kerjaya atau
bidang kerjaya yang sesuai dengan jiwa kita?
Soal Selidik Diri
Sebelum memilih kerjaya yang sesuai dengan kita, mari kita
cuba mengenali bakat, minat serta kecenderungan kita.
Walau pun mungkin kita berkata, “Saya sudah mengenali
diri saya dan sudah tahu kerjaya apa yang pilih,” namun apa
kata kita alami sendiri penilaian ini?
Tiada peraturan yang rumit bagi kita menjalankan kajian
ini, kecuali satu sahaja, iaitu kita hanya berlaku adil dan jujur
apabila menjawab soalan-soalan ini.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
315
Apakah latar belakang kerjaya ahli keluarga?
Apakah bidang kerjaya ahli keluarga terdekat kita? Senaraikan
pekerjaan atau bidang kerjaya ibu bapa, bapa dan emak saudara,
datuk dan nenek kita.
Apakah kerjaya idaman kita?
Tanpa mengambil kira apa pun kekangan yang menghalang,
tuliskan apakah jawatan yang kita idamkan. Tidak kira kita ingin
menjadi doktor atau jururawat, datuk bandar atau pemandu lori
sampah, pilot penerbangan atau krew lapangan terbang, atau
apa sahaja. Tuliskan empat atau lima kerjaya yang kita impikan
semenjak dari bangku sekolah lagi.
Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan kita?
Bidang kerjaya apakah yang menjadi idaman kita yang sering
di„iklan‟kan oleh ibu bapa, saudara-mara dan rakan taulan kita?
Bidang apakah yang kita minati yang tidak di„iklan‟kan oleh
orang yang rapat dengan kita?
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
316
Apakah nilai hidup yang dekat dengan jiwa kita?
Apakah nilai-nilai hidup yang kita anuti dan pegang sejak
dahulu? Biasanya nilai-nilai ini sangat dipengaruhi oleh
pendidikan agama serta latar belakang keluarga. Soalan ini rumit
untuk dijawab, tetapi ini perkara paling utama yang
mempengaruhi bidang kerjaya kita. Apa pun bidang kerjaya
yang kita ceburi, kita tidak mungkin merasa bahagia sekiranya
bidang itu tidak selaras dengan nilai-nilai yang kita anuti.
Apakah tema atau genre buku-buku yang kita gemar baca?
Apabila kita berkunjung ke perpustakaan awam atau kedai buku
atau ingin meminjam buku dari kawan, buku jenis apakah yang
menarik minat kita? Novel fiksyen atau buku non-fiksyen?
Bisnes atau motivasi diri? Buku panduan kerjaya atau cinta dan
perhubungan? Senaraikan jenis dan genre serta judul yang kita
sukai, asalkan buku itu bukan yang diwajibkan membacanya
atas sebab kursus atau seumpamanya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
317
Sewaktu di bangku sekolah dan di IPTA/IPTS, apakah mata
pelajaran atau kelas yang kita sukai?
Senaraikan mata pelajaran kegemaran kita, yang mana kita tidak
sabar menunggu tiba waktu kelas diadakan. Semasa guru
sedang mengajar pula, kita aktif bertanya dan jauh sekali dari
rasa mengantuk. Tuliskan tema bagi mencerminkan senarai mata
pelajaran kegemaran itu.
Apakah aktiviti kegemaran masa lapang kita?
Senaraikan 4 hingga 8 aktiviti yang kita lakukan pada masa
lapang dan tuliskan tema aktiviti kita.
Apakah negara atau bandar yang kita ingin atau sudah lawati?
Senaraikan tempat yang sudah kita lawati. Sekiranya kita
mempunyai kewangan dan masa yang tidak terhad, senaraikan 9
hingga 11 nama tempat atau negara yang ingin kita lawati dan
nyatakan mengapa tempat itu yang kita pilih.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
318
Apakah individu, tempat, peristiwa yang membangkitkan
semangat kita?
Senaraikan nama 5-7 individu yang terkenal dalam sejarah,
tempat serta peristiwa bersejarah yang membuat kita merasa
seronok serta bersemangat untuk bercerita tentangnya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
319
BAB 8: Sesuaikah Kerja Kita?
Apakah suasana kerja yang sesuai dengan jiwa kita?
Adakah kita lebih senang bertugas dalam suasana tenang dan
tidak diganggu serta tiada perkara baru yang sering
mengganggu fokus kita? Atau kita lebih seronok bertugas dalam
suasana pantas dan sentiasa berubah rentaknya ? Sekiranya kita
seorang siswa yang baru keluar IPTA/IPTS, suasana kelas dan
cara pensyarah mana yang kita lebih sukai?
Apakah bentuk pertolongan yang saudara-mara dan rakan-
rakan kita minta dari kita?
Senaraikan dalam hal apakah yang mereka sering meminta
bantuan kita.
Jawab secara ikhlas setiap soalan. Berbohong nyata
membawa padah, bukan untuk orang lain tetapi diri
sendiri.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
320
Apakah bidang kepakaran kita?
Sebagai contoh, adakah apabila mereka ingin tahu mengenai
saham mana yang patut dibeli mereka meminta nasihat kita?
Atau mereka ingin membeli kereta, mereka meminta pendapat
kita? Itu bererti mereka menganggap kita pakar dalam bidang
itu.
Apakah kemahiran yang mudah kita peroleh secara semula jadi?
Kajian pakar mendapati setiap seorang manusia dikurniakan
oleh Tuhan sekurang-kurangnya dua bakat semula jadi. Soalan
ini adalah untuk mengenal pasti dua bakat itu yang ada pada
diri kita. Senaraikan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang
dapat kita peroleh dengan mudah dan tidak perlu bersusah-
payah.
Apakah khidmat masyarakat dan komuniti yang kita telah atau
mahu lakukan?
Senaraikan aktiviti tersebut yang kita lakukan semasa di
IPTA/IPTS, kolej, sekolah dan di luar lingkungan itu. Sesudah
itu tuliskan tema aktiviti kita. Sekiranya belum juga mendapat
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
321
tema itu, cuba kaitkan dengan watak individu, jenis organisasi
atau khidmat yang dilakukan.
Apakah minat kita dalam kehidupan?
Senaraikan aktiviti, organisasi, kumpulan dan bentuk
perjuangan organisasi serta perwatakan kumpulan serta ahli
kumpulan itu. Kaji sejarah hidup kita dan senaraikan aktiviti
sejak 7 hingga 11 tahun yang silam.
Apakah bidang serta kerjaya yang telah diceburi oleh kawan-
kawan rapat kita?
Kajian pakar menunjukkan kawan rapat sering mempunyai
minat dan bakat yang serupa. Jadi, senaraikan jawatan dan
bidang kerjaya yang telah berjaya diperoleh oleh mereka.
Apakah cita-cita hidup kita?
Adakah kita ingin menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu
anak yatim seluruh negeri? Atau kita ingin menjadi seorang
jutawan yang dapat membantu anak-anak orang miskin pintar
untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS? Senaraikan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
322
matlamat hidup yang besar dan grand yang kita ingin capai.
Matlamat ini mungkin berubah apabila kita semakin meningkat
dalam kerjaya dan semakin bertambah usia kematangan.
Sesudah menjawab soal selidik di atas, perhatikan dengan
teliti semua jawapan bagi membantu kita mendapatkan beberapa
tema kepada jawapan itu.
Apabila kita berjaya mendapatkan tema itu, dapat kita
mengenal pasti kerjaya atau bidang kerjaya yang sesuai dengan
bakat, minat serta kecenderungan diri kita.
Sayugia diingatkan proses ini mungkin memakan masa
serta memerlukan kita memerah otak dan berfikir secara tulus
ikhlas. Akan tetapi usah bimbang. Kita hanya perlu benar-benar
ikhlas dan suci hati semasa menjawab soalan-soalan di atas.
Sesudah itu baru kita berjaya mencari kerjaya atau bidang
kerjaya yang benar-benar cucuk dengan jiwa kita.
Selamat mencuba!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
323
Bab 9: Tip Terus Maju Lagi
Bina strategi bagi membolehkan kita mencari tempat
baru atau bidang kerjaya yang baru, andai perlu. Atau
kekal di suatu tempat dengan semangat terus maju
dalam tangga korporat.
Terus Meningkat Maju
Seterusnya perhatikan tip-tip di bawah bagi usaha meningkat
maju dalam kerjaya.
1) Belajar secara berterusan
Selain memperoleh sijil diploma, ijazah atau masters
(MBA) secara part-time, kita juga perlu mempelajari
kemahiran baharu dalam menjalankan tugas harian dan
melakukan tugas yang baharu. Oleh yang demikian, kita
perlu sentiasa meminta dari bos agar kita diberikan tugas
baharu, demi membolehkan kita menonjolkan diri dalam
projek yang berprofil tinggi. Ini tidak menjadi masalah
besar sekiranya kita sudah membuktikan kemampuan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
324
kita memikul tugas harian dan menyiapkan kerja dalam
masa yang ditetapkan oleh bos kita.
Dengan melakukan tugas-tugas baru dan berprofil
tinggi, kita berpeluang mempelajari kemahiran baru dan
menonjolkan diri di mata warga kerja serta bos kepada
bos kita. Selain itu kita dapat mengikuti perkembangan
atau trend semasa dalam industri atau bidang kerjaya
dengan membaca buku-buku serta membaca bahan di
laman web bidang tersebut.
Cari jalan untuk memperbaiki kemahiran secara
berterusan. Jangan berharap kita akan menjadi hebat
dalam masa yang singkat. Akan tetapi lakukan secara
berdikit-dikit dan berterusan, semoga dalam jangka masa
yang panjang (5 hingga 10 tahun akan datang),
produktiviti kita meningkat dua kali ganda. Dengan
belajar berterusan juga kita mampu menambah profil
pengalaman dalam resume kita. Ini tentunya akan
meningkatkan kekuatan resume kita sekiranya kita mahu
menukar kerja atau memohon untuk berpindah kerja di
syarikat yang sama.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
325
2) Melantik beberapa orang mentor atau „guru‟
Cari beberapa orang pakar yang terbukti berjaya dalam
bidang kerjaya yang kita pilih. Aturkan pertemuan
dengan mereka dan minta mereka menjadi mentor atau
guru kita. Mentor dilantik mungkin dari kalangan bos
atau mungkin juga orang lain di syarikat yang sama atau
di jabatan lain tetapi syarikat yang sama tempat kita
berkhidmat. Malah sekiranya ada individu yang telah
bersara, tetapi bersedia menjadi mentor kita, maka jadikan
beliau mentor.
Melantik mentor mereka yang lebih senior dalam
syarikat tempat kita bekerja menunjukkan kita berminat
membangunkan kerjaya. Mentor akan menjadi sumber
maklumat dan panduan dalam kerjaya. Malah mentor
juga dapat memberi panduan bagaimana kita dapat
memahami serta mempertahankan diri dalam
mengharungi karenah politik pejabat. Malah kajian
membuktikan bahawa 80% daripada semua kenaikan
pangkat dalam sesebuah syarikat adalah berpunca dari
pengaruh para mentor.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
326
Selain melantik mentor, kita boleh juga
menggunakan teknik model ikutan (role model). Caranya
ialah dengan mencari individu berjawatan tinggi yang
kita boleh jadikan ikutan dalam mengharungi kerjaya kita.
Sesudah mengenal pasti model ikutan tersebut, maka kita
tiru cara kerja dan penampilan imej beliau. Kita mungkin
menukar cara berpakaian mengikut cara beliau yang
kelihatan lebih profesional. Selepas itu kita tiru cara kerja
beliau bekerja. Semoga dengan mengikut nasihat mentor
dan meniru cara kerja model ikutan, kita akan maju dalam
kerjaya kita dengan pantas.
3) Membina sahsiah diri
Antara perkara asas bagi membina sahsiah diri yang
diperkatakan oleh pakar kerjaya ialah dengan
menampilkan diri sebagai seorang profesional. Ini bererti
kita berpakaian kemas serta bersih, kasut berkilat dan
paras rupa yang menonjolkan imej yang sesuai bagi
suasana di tempat kerja bagi syarikat itu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
327
Selain itu cara kita duduk dan berjalan juga harus
dengan postur yang sesuai dan mencerminkan seorang
yang berkeyakinan diri dan profesional. Apabila kita
bertindak begitu, secara tidak langsung kita akan merasa
yakin pada diri sendiri dan imej kita meningkat di
kalangan rakan sekerja.
Dalam kerjaya, reputasi kita adalah aset yang
paling bernilai sekali. Apabila kita dikenali sebagai
seorang yang boleh dipercayai, profesional dan dapat
bekerjasama, maka mudah kita dikenali oleh para ketua
unit dalam syarikat tempat kita bekerja. Bina reputasi kita
dengan berpakaian kemas, memberikan ucapan semasa
menghadiri seminar atau menulis artikel dalam jurnal
atau majalah industri yang kita ceburi.
Satu cara lagi membina reputasi kerjaya ialah
dengan membantu rakan sekerja kita menyelesaikan
masalah kerja yang mereka hadapi. Begitu juga apabila
kita mengambil bahagian secara aktif dalam diskusi atau
mesyuarat di pejabat. Berdiam diri atau bersikap pasif
adalah salah satu cara mengurangkan wibawa dan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
328
saksiah diri di mata para ketua dan rakan sekerja. Oleh
yang demikian, bercakap dan sumbangkan idea atau buah
fikiran secara matang sebagai pekerja yang bermaklumat.
Jangan lupa juga untuk memuji rakan sekerja atau
bos kita di kalangan rakan sekerja atau mana-mana forum
diskusi. Sesunguhnya pujian kita akan sampai ke telinga
orang yang dipuji dan ini akan membuatkan orang yang
dipuji merasa dihargai. Hasilnya orang yang dipuji itu
pula yang menyukai kita.
4) Membina semangat kerjasama yang tinggi
Sikap boleh bekerja sama adalah semangat yang disukai
oleh para ketua dan bos di tempat kerja. Pihak
pengurusan syarikat tempat kita bekerja tidak menyokong
pekerja yang suka bekerja secara solo kerana amalan ini
tidak memberi hasil yang meningkatkan keuntungan
syarikat.
Walaupun politik pejabat tidak kita sukai, tetapi ia
merupakan realiti di mana-mana tempat kerja. Oleh yang
demikian bekerja dalam satu pasukan memerlukan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
329
kemahiran mengharungi cabaran politik pejabat. Pada
masa yang sama kita harus pandai menjaga hati rakan
pasukan kita. Dalam sebelumnya tadi kita telah maklum
bahawa mentor kita dapat menasihati kita cara terbaik
mengendalikan realiti politik pejabat.
5) Membina jaringan persahabatan yang kukuh
Kita dapat meningkatkan kerjaya kita apabila melibatkan
diri dalam persatuan atau kelab profesional, sama ada
melalui syarikat tempat kita bekerja atau dalam komuniti
bidang kerjaya kita. Apabila kita dikenali dan dihormati
dalam komuniti itu, nama kita akan disebut-sebut di
kalangan komuniti itu. Apabila ada kekosongan jawatan
dalam bidang kepakaran kita, tentu salah satu nama yang
calonkan ialah nama kita.
Dengan hanya bersikap peramah serta
menunjukkan muka yang manis sahaja, kita sudah
mampu membina jaringan persahabatan yang luas.
Apabila kita menghadiri seminar, mesyuarat, atau apa
sahaja perjumpaan warga komuniti bidang kita, ambil
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
330
peluang untuk menambah ahli jaringan kenalan kita.
Paling kurang, perkenalkan diri kita dengan memberikan
maklumat mengenai jawatan serta tugas kita dan jabatan
serta siapa ketua dan rakan-rakan sekerja kita. Setelah itu
kita boleh bertukar maklumat yang tidak semestinya
relevan dalam unit atau syarikat kita sahaja. Malah kita
boleh bertukar maklumat tentang hobi, serta lain-lain
maklumat lagi.
6) Bersedia memikul tanggung-jawab yang lebih besar
Kita memaklumkan kepada ketua yang kita sudah
bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.
Kita sudah pun berjaya menonjolkan diri sebagai pekerja
yang rajin dan komited dengan tugas. Bos kita pula sudah
yakin dengan kemampuan kita.
Jadi apabila kita berbuat begini, ini memberikan
isyarat kepada bos yang kita sudah bersedia memikul
tanggungjawab yang lebih tinggi. Ini meningkatkan nilai
kita sebagai pekerja yang bernilai di mata bos dan bos
kepada bos kita.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
331
7) Sentiasa bersemangat dan bersikap positif
Walaupun kita sudah berusaha sedaya upaya
meningkatkan prestasi dan menjadi pekerja yang bernilai,
namun semua ini belum dapat memastikan kita dinaikkan
pangkat. Oleh itu, seeloknya kita mengetahui budaya
serta amalan dan landskap politik di syarikat tempat kita
bekerja.
Lakukan yang terbaik, namun sekiranya kita masih
belum mendapat kenaikan pangkat yang diimpikan itu,
bersabar dahulu dan fahami realiti syarikat itu. Mungkin
kita tidak dinaikkan pangkat lagi kerana kita memang
belum layak pada mata pihak pengurusan syarikat. Atau
pun masih belum ada jawatan yang sesuai dengan kita.
Jadi, cari jalan untuk mendapatkan maklumat yang
sebenar di sebalik „kegagalan‟ kita. Jalankan tugas kita
dengan rajin dan terus bersikap positif dengan apa yang
berlaku.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
332
8) Tahu bila masanya kita perlu „beralih arah‟
Kita berusaha sedaya upaya, namun masih lagi kita tidak
dinaikkan pangkat sesudah beberapa tahun berlalu. Jadi
kemungkinan besar sudah tiba waktunya bagi kita
mencari peluang di luar sana. Bina strategi bagi
membolehkan kita mencari tempat baru atau bidang
kerjaya yang baharu. Mungkin suasana serta rakan sekerja
yang baharu di syarikat yang lain itu akan memberikan
kita motivasi dan perangsang untuk kita meningkat
dalam kerjaya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
333
BAB 10 : Bertukar Bidang Kerjaya
“Mengapa dan bila patut saya bertukar kerja?”
Kita berada dalam dilema apabila berhasrat menukar bidang
kerjaya kerana ini bererti kita ingin meneroka bidang baharu.
Para majikan mahu calon pekerja yang berpengalaman serta
mempunyai track record kejayaan dalam sesuatu bidang itu. Ini
ialah kerana pihak majikan memerlukan calon yang terus
produktif sejak hari pertama pekerja itu memulakan kerja.
Apa pun kajian menunjukkan sebahagian besar warga
kerja menukar kerja mereka beberapa kali semasa hayat kerjaya.
Bagi mereka yang menukar majikan tetapi masih menumpukan
bidang kerja yang sama, perkara ini tidak menjadi masalah
besar. Akan tetapi bagaimana pula halnya dengan calon yang
berhasrat menukar bidang kerjaya?
Menurut pakar pendidikan dan kerjaya, Dr Randall H.
Hansen, ada beberapa isu yang menyebabkan seseorang warga
kerja berhasrat menukar kerja atau bidang kerjaya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
334
Mengapa Menukar Kerja?
Mengapa kita mahu menukar kerja atau bidang kerjaya?
Menurut kajian pakar kerjaya, ada beberapa kemungkinan
mengapa seseorang pekerja menukar kerja atau bidang kerjaya.
Bencikan bos/majikan atau kerja atau syarikat
Kita mungkin sudah tidak merasa gembira bekerja dengan tugas
atau jawatan yang kita jawat sekarang. Mungkin juga bos kita
yang kita sukai itu sudah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke
jabatan lain. Bos yang baharu pula tidak sesuai dengan kita atau
seperti seolah-olah mencari salah kita.
Mungkin juga syarikat tempat kita bekerja kini telah
bertukar pengurusan dan kita dapati pihak pengurusan yang
baru ini membuat peraturan dan polisi yang kita tidak sukai.
Kita sudah tidak sesuai lagi di syarikat ini, jadi kita
memutuskan untuk berhenti kerja atau menukar bidang kerjaya.
Menurut Dr Randall H. Hansen, menukar kerja kerana
membenci bos, syarikat atau kerja belum tentu dapat
menyelesaikan masalah kita. Apabila bertukar kerja atau bidang
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
335
kerjaya, belum menentukan kita tidak membenci bos, syarikat
atau kerja yang baharu itu.
Majikan, kerjaya atau syarikat baru menjanjikan lebih gaji
Kita melihat pendapatan serta pakej kemudahan yang
ditawarkan di tempat atau kerjaya baharu itu kelihatan lebih
lumayan dan menggoda. Kita merasakan seolah-olah sudah
tersilap pilih majikan atau bidang kerjaya. Syarikat atau bidang
kerjaya yang lain itu menawarkan pendapatan serta pakej
kemudahan seperti perubatan, kemudahan pinjaman untuk
membeli rumah dan kereta yang lebih tinggi dan lebih besar
daripada syarikat atau bidang kerjaya yang kita miliki sekarang.
Kata Dr Randall H. Hansen lagi, belum tentu kerja di
syarikat serta bidang kerjaya baharu itu boleh membahagiakan
kita walau pun gaji lumayan dan pakej kemudahan yang
ditawarkan di tempat baharu itu. Mungkin sahaja kita akan lebih
merana di tempat baharu itu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
336
Melihat rakan lebih berjaya di bidang lain
Kita lihat rakan sebaya kita atau sama kursus dengan kita di
IPTA/IPTS, lebih berjaya mendapat gaji lebih tinggi serta gaya
hidup yang lebih mewah dan lebih baik yang kita miliki pada
ketika ini. Oleh sebab itu maka kita pun mengambil keputusan
untuk menukar kerjaya.
Kata Dr Randall H. Hansen, biar pun kita nampak rakan
kita lebih berjaya di syarikat lain dan bidang kerjaya yang lain
itu, adakah kita yakin kita juga boleh berjaya juga di sana?
Terpengaruh dengan pujukan atau permintaan ahli keluarga
Kita terpengaruh dengan pujukan bapa mertua atau ibu ayah
kita yang memujuk kita menukar kerja atau kerjaya supaya kita
akan menikmati gaji atau peluang kerjaya yang lebih hebat dan
menggoda. Isteri kita atau emak saudara pula memujuk kita
menukar kerja supaya kita sekeluarga dapat hidup lebih selesa.
Kata Dr Randall H. Hansen, mengapa kita perlu
terpengaruh dengan pujukan atau permintaan ahli keluarga
untuk menukar kerjaya, sedangkan kita sendiri yang akan
„hidup dan mengalami sendiri‟ suasana dan keadaan di tempat
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
337
kerja selama lapan atau sembilan jam setiap hari? Kita yang akan
menghadapi karenah bos dan suasana di tempat kerja, bukan
mereka!
Ingin menukar angin kerana sudah jemu dan bosan
Kita merasa bosan dan jemu dengan jawatan atau bidang kerjaya
sekarang dan berhasrat menukar kerja semata-mata untuk
bertukar selera atau beralih angin. Pakar pendidikan dan
kerjaya, Dr Randall H. Hansen, menasihatkan warga kerja agar
tidak sewenang-wenangnya menukar kerja atau bidang kerjaya
tanpa persediaan yang rapi.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
338
BAB 11 : Fikir Sebelum Tukar Bidang Kerjaya
Perlu Fleksibel
Apa pun bidang baharu pilihan, kita perlu bersikap terbuka dan
fleksibel dalam menerima kemungkinan berpindah lokasi kerja
serta tangga gaji yang mungkin tidak lebih tinggi daripada gaji
yang kita peroleh dalam jawatan yang kita sandang kini.
Walaupun mungkin gaji yang ditawarkan dalam bidang
baharu itu tidak jauh berbeza daripada bidang kini, anggap itu
hanya satu permulaan bagi peluang kerjaya yang lebih baik di
masa depan.
Sebelum itu teliti faktor-faktor di bawah sebagai panduan.
Mengkaji dengan teliti sebelum menukar kerjaya
Sekiranya kita mahu meneruskan juga hasrat menukar
kerja atau bidang kerjaya, pakar sumber manusia
mengesyorkan beberapa tip untuk mereka yang berhasrat
berbuat demikian. Dr. Randall H. Hansen mencadangkan
Tunggu dahulu! Jangan gopoh, justeru nanti memakan
diri sendiri ..
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
339
supaya warga kerja yang ingin beralih angin supaya
melihat perubahan kerjaya dari aspek yang berbeza
daripada yang sering mereka tanggapi.
Majikan atau syarikat sekarang
Ada juga pakar kerjaya yang mencadangkan supaya
warga kerja mencari peluang untuk bertukar kerja di
syarikat yang mereka bekerja sekarang. Hujah yang
diberikan ialah kerana warga kerja telah pun mempunyai
pengaruh yang luas di tempat kerja sekarang. Tentu ada
rakan sekerja di jabatan atau unit lain yang dapat
memberi maklumat tentang kekosongan jawatan yang
sesuai untuk mereka.
Ada syarikat swasta yang membuka peluang untuk
kaki tangan syarikat yang berhasrat berpindah ke jabatan
lain, malah bidang yang berbeza. Pihak kerajaan juga
sering menukarkan kaki tangan awam dari satu jabatan ke
jabatan yang lain.
Oleh yang demikian, kita tidak semestinya melihat
peluang perubahan kerjaya di luar syarikat, malah perlu
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
340
juga melihat peluang perubahan di syarikat atau majikan
yang sama.
Meningkatkan kemahiran dan pengalaman
Sama ada menukar bidang kerjaya dalam syarikat yang
sama atau sebaliknya, warga kerja perlu meningkatkan
pengalaman serta kemahiran kerja.
Pertama, kita perlu meningkatkan kemahiran kerja
dalam jawatan sekarang supaya kita dilihat sebagai
seorang pekerja yang hebat. Bakal bos baru kita sudah
tentu mahukan seorang pekerja yang cekap dan
cemerlang yang akan membantu beliau meningkatkan
prestasi jabatan atau unit jagaan beliau.
Sekiranya kita mempunyai reputasi sebagai pekerja
yang biasa-biasa sahaja, maka peluang kita untuk
menukar kerjaya atau dinaikkan pangkat semakin tipis.
Tentunya kita mahu bukan sekadar bertukar kerjaya,
malah mahu menukar kerjaya ke peringkat atau tangga
gaji yang lebih tinggi daripada sekarang.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
341
Kedua, kita perlu mengenal pasti bidang apakah
yang sesuai dengan minat dan bakat kita.
Ketiga, sesudah mengenal pasti bidang pilihan, kita
perlu merangka pelan tindakan bagi mencapai objektif
untuk menukar kerjaya. Ini termasuk bidang pilihan,
kursus formal dalam bidang yang kita minati itu, yakni
mendapatkan sijil yang relevan bagi bidang tersebut. Ikuti
kursus diploma, advanced diploma, ijazah atau pun masters
(MBA) dalam bidang yang relevan.
Keempat, kita tentu mahu mempelajari skil serta
menimba pengalaman kerja dalam bidang kerjaya yang
kita idamkan. Kita boleh sahaja berbincang dengan bos,
menyatakan hasrat untuk mendapat pengalaman kerja
bidang yang kita mahu.
Minta untuk kita dapat melibatkan diri dalam
projek yang akan memberikan kita peluang mendapatkan
kemahiran.
Pada masa yang sama, kita berpeluang
menonjolkan diri bagi meningkatkan profil kerjaya di
mata bos dan ketua bos kita.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
342
Kelima, kita perlu membina jaringan sahabat dari
kalangan mereka yang menceburi dan mahir dalam
bidang yang kita pilih itu. Ahli jaringan sahabat ini perlu
ada dalam syarikat tempat kita bertugas sekarang dan
juga mereka yang bekerja di syarikat-syarikat lain.
Sekiranya perlu, kita sertai kelab atau persatuan
industri bidang pilihan kita itu. Lebih penting lagi kita
mencari mentor yang dapat menasihati kita dalam bidang
tersebut.
Dari jaringan ini kita akan mendapat maklumat,
nasihat, malah mungkin maklumat tentang kekosongan
kerja dalam jawatan di bidang pilihan kita.
Keenam, kita perlu mengulang kaji kemahiran
mencari kerja kerana mungkin sudah lama tidak
mengemas kini resume dan tidak menghadiri temu duga
mencari kerja.
Antara perkara yang kita perlu pelajari ialah cara
menonjolkan kemahiran sekarang secara betul bagi
menyesuaikan kemahiran yang diperlukan bagi
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
343
memegang jawatan dalam bidang kerjaya baharu dipilih.
Beberapa kemahiran yang dapat dipindahkan dari satu
bidang ke bidang yang lain ialah kemahiran
berkomunikasi, memimpin dan membuat perancangan.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
344
BAB 12: Perancangan Masa Depan
“Rumah yang mana yang perlu kita belanjakan lebih
banyak duit? Rumah yang kita sewa atau rumah milik
kita sendiri yang lebih kekal?”
Sebagaimana yang telah diterangkan dalam bab terawal, kita
hanya mempunyai masa antara 30 hingga 35 tahun sahaja untuk
menikmati kerjaya sebelum bersara. Walaupun warga akademik
di IPTA/IPTS, iaitu para pensyarah serta dekan, sering
ditawarkan bekerja sehingga umur lebih 60 tahun. Ini ialah
kerana kepakaran mereka diperlukan dan ini bererti pengalaman
mereka diperlukan dalam sektor ilmu pengajian tinggi.
Selain daripada itu, rata-rata warga kerja bersara pada
umur 55 tahun bagi sektor swasta dan 58 tahun bagi sektor
awam. Oleh yang demikian kita perlu mempunyai objektif yang
jelas dalam merancang masa depan kita.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
345
Terus Berehat Sesudah Bersara atau Terus Menjana
Pendapatan?
Kajian mendapati ramai warga kerja di Malaysia, khususnya
orang Melayu beranggapan yang masa sesudah bersara ialah
masa untuk berehat dan melepak di kedai kopi semata-mata.
Ada juga yang beranggapan masa bersara ialah masa untuk
berada di masjid atau surau untuk „beramal ibadat‟ sahaja. Ini
bermakna pada tanggapan mereka beramal ibadat itu berkisar di
sekeliling aktiviti solat berjemaah, mendengar kuliah agama di
masjid atau surau sahaja.
Adakah kita mahu terus berehat dan bersantai sebaik
sahaja kita meninggalkan tempat kerja pada hari terakhir?
Jawapan kepada soalan ini ada pada diri kita sendiri, atau
dengan lebih tepat, apakah yang perlu lakukan untuk bersedia
menghadapi hari yang bakal tiba itu.
Andai kata kita mempunyai wang simpanan dalam
tabung simpanan KWSP serta pelaburan saham serta wang
simpanan di Tabung Haji, maka kita dapat hidup senang. Kita
tidak perlu memikirkan tentang masalah kewangan selepas
bersara. Sebaliknya apabila kita mempunyai simpanan wang
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
346
yang terhad, malah anak-anak kita masih ada yang masih
bersekolah, maka kita perlu mencari sumber pendapatan yang
lain.
Sumber pendapatan baharu
Sekiranya kita dan isteri mempunyai anak-anak yang
berpendapatan tinggi yang sedia memberikan wang saraan
setiap bulan secara tetap, maka beruntung kita. Namun sebagai
pesara yang realistik dan berpijak di bumi nyata, realiti zaman
kini tidak semestinya sama dengan harapan kita.
Biar pun kita berdoa kepada Tuhan untuk mendapat anak
yang baik dan membalas budi kepada ibu bapa, namun kita
perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan. Oleh itu, selain
wang simpanan KWSP dan sagu hati bulanan dari anak-anak,
apakah lagi sumber pendapatan yang kita peroleh?
Penulis, penterjemah dan editor sambilan
Bagi yang mempunyai minat membaca serta berbakat pula
dalam bidang penulisan, kerjaya sebagai penulis boleh diceburi.
Kita perlu membuat persiapan sekiranya kita membuat
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
347
keputusan untuk menjadi penulis. Ini berupa mempelajari teknik
menghasilkan manuskrip untuk menerbitkan buku serta
berkenalan dengan penerbit buku.
Selain menulis, kita boleh juga menterjemah buku, teks
atau dokumen yang dikehendaki oleh pelanggan yang
memerlukan khidmat penterjemahan. Dalam kes penulis dan
penterjemah, pendapatan yang bakal diperoleh ialah duit
honorarium serta royalti yang dibayar oleh penerbit. Wang ini
adalah jumlah peratusan dari harga buku yang dijual.
Untuk menjadi penterjemah, selain mendapatkan sijil
penterjemahan dari PPM atau ITBM, kita juga perlu mengikuti
kursus atau bengkel penulisan yang diadakan dari semasa ke se
masa oleh pihak penerbit buku.
Selain itu, kita juga boleh memberikan khidmat sebagai
editor bagi menyunting manuskrip. Khidmat editor freelance
diperlukan oleh pihak penerbit buku bagi penyuntingan
manuskrip. Untuk mendapatkan tugasan sebagai editor bebas
ini, kita perlu menghubungi pihak penerbit buku yang
memerlukan khidmat editor bebas. Kita diberikan bengkel khas
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
348
bagi memahirkan diri kita dalam polisi serta stail penyuntingan
penerbit itu.
Trainer di bidang latihan
Sekiranya kita mempunyai kemahiran yang mendalam dalam
bidang yang diperlukan oleh pelanggan korporat swasta atau
awam, kita berpotensi menjadi trainer. Syarikat swasta dan
jabatan kerajaan memerlukan khidmat latihan dari para trainer
swasta untuk melatih pekerja mereka dalam pelbagai bidang.
Sebagai contoh, bidang team-building, motivasi pekerja,
pengurusan pejabat, pelbagai kurus penggunaan produk ICT
seperti MS-Word, MS-Excel dan sebagainya.
Untuk menjadi trainer yang bertauliah kita disyorkan
mendapatkan kemahiran sebagai trainer atau koc bertauliah
supaya dapat memasuki bidang menyediakan khidmat latihan.
Bidang ini memerlukan kemahiran yang khusus, yakni kita perlu
memiliki pensijilan sebagai koc atau trainer.
Kita boleh mendapatkan pensijilan ini dengan mengikuti
kursus jangka pendek dan pada akhir kursus itu, apabila kita
lulus ujian teori dan amali, kita menerima sijil kelulusan. Kerjaya
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
349
sebagai jurulatih persendirian menawarkan pendapatan yang
lumayan kerana terdapat banyak permintaan dari syarikat
swasta dan jabatan kerajaan.
Trainer atau jurulatih dalam pelbagai bidang diperlukan
oleh sektor swasta dan sektor awam. Antaranya bidang
kemahiran kerja, motivasi pekerja, aplikasi teknologi maklumat,
team-building, pengurusan pejabat, keselamatan di tempat kerja
dan seumpamanya. Malah sekolah-sekolah pun memerlukan
jurulatih untuk memberikan panduan belajar, teknik menjawab
soalan peperiksaan dan panduan kerjaya selepas sekolah.
Bisnes kecil-kecilan
Sekiranya kita berbakat dalam bidang perniagaan, kita mungkin
berminat untuk membuka bisnes secara secara kecil-kecilan.
Sayugia diingat yang bisnes ini adalah secara kecil-kecilan atau
sederhana besar sahaja. Antara perniagaan yang boleh dipilih
ialah seperti bisnes pembekalan bahan makanan ringan seperti
kerepek pisang, kerepek ubi, air soya, tauhu dan seumpamanya;
sayur-sayuran dan ulam-ulaman, cili, kelapa dan seumpamanya.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
350
Kita boleh membuat sendiri bahan makanan atau tanam
sendiri sayur-sayuran atau menjadi orang tengah atau peraih.
Sekiranya kita ingin bergiat dalam bisnes, kita perlu mengikuti
kursus atau bengkel bisnes kecil dan bergiat secara sambilan
setahun atau dua tahun sebelum tarikh persaraan kita. Ini ialah
sebagai melatih diri kita biasa dengan perniagaan dan bersedia
dari segi mental dan kemahiran untuk menceburi dunia
perniagaan secara kecil-kecilan.
Apa yang penting kita jangan mengambil pinjaman untuk
dijadikan modal perniagaan, tetapi guna wang simpanan sendiri
untuk memulakan perniagaan. Modal tidak perlu beribu-ribu
ringgit, tetapi cukup sekadar beberapa ratus ringgit, yakni
mulakan dengan apa yang ada di tangan. Sekiranya kita
meminjam wang, dikhuatiri kita terjebak dengan hutang
sekiranya bisnes kita gagal dan kita mengalami kerugian.
Sebaliknya apabila kita gunakan wang sendiri sebagai
modal, kita akan lebih berhati-hati dalam menjalankan bisnes.
Sekiranya kita gagal pun, kita hanya mengalami kerugian
beberapa ratus ringgit sahaja dan tidak menanggung hutang.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
351
Kepakaran sendiri dan bidang konsultan
Selain bisnes kecil yang kita bincangkan di atas tadi, terdapat
satu lagi bidang bisnes yang lebih besar dan bergantung pada
kepakaran yang tinggi. Bidang itu ialah bidang konsultan atau
dengan lain perkataan bisnes mengguna-pakai kemahiran kita.
Sebagai contoh, katakan kita sudah melalui kerjaya yang
lama dan berjaya dalam bidang khidmat pelanggan. Pengalaman
kita yang berpuluh atau berbelas tahun dalam bidang khidmat
pelanggan itu boleh sahaja dimanfaatkan bagi memberi latihan
atau khidmat nasihat kepada syarikat swasta atau jabatan
kerajaan yang memerlukannya.
Kita boleh melatih para pekerja yang bertugas di bahagian
khidmat pelanggan atau memberikan khidmat nasihat kepada
pihak syarikat bagaimana mereka boleh meningkatkan kualiti
khidmat pelanggan bagi syarikat itu.
Ada juga pekerja syarikat yang berhenti kerja dan
menubuhkan syarikat sendiri bagi memberikan khidmat latihan
dalam bidang kemahiran mereka. antara pelanggan mereka ialah
pihak syarikat bekas majikan mereka!
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
352
BAB 13: Teruskan Kehidupan
Nasihat ialah usah biarkan hari tua terbuang dengan sia-
sia. Usahakan sesuatu, demi Tuhan Yang Esa, kita akan
bahagia.
Sekiranya ingin bergiat dalam bidang bisnes kecil atau berhasrat
menjadi konsultan dalam bidang kepakaran kita, sediakan diri.
Apa yang perlu kita lakukan ialah mendapatkan kepakaran
khusus bagi bidang yang kita ingin ceburi dan melakukan kajian
pasaran dalam bidang yang kita ingin ceburi itu. Dapatkan apa
jua pensijilan dan ilmu kemahiran dalam bidang itu.
Setelah dua perkara itu kita lakukan, maka kita merasa
lebih yakin dan mampu untuk bersedia menghadapi masa
selepas tarikh persaraan kita.
Khidmat Masyarakat dan Sosial
Selain menjalankan bisnes atau kerjaya „secara kecil-kecilan‟
sesudah tarikh bersara, kita mungkin berhasrat memberikan
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
353
khidmat masyarakat atau bantuan sosial kepada mereka yang
memerlukan pertolongan.
Antara kegiatan khidmat masyarakat yang kita boleh
ceburi ialah dengan menyertai jemaah surau, masjid dan
persatuan NGO yang bergiat membantu masyarakat seperti anak
yatim dan orang miskin. Tujuan kita bergiat dalam bidang amal
ialah supaya kita dapat mengisi masa lapang dan merasakan
hidup lebih bermakna. Sesungguhnya apabila kita membantu
orang lain, kita akan merasa nikmat hidup yang lebih bermakna.
Sesudah tarikh bersara, kita menganggarkan jangka hayat
kita adalah sekitar 10 hingga 15 tahun sahaja lagi sebelum kita
dijemput oleh Tuhan ke alam kekal. Ini sekiranya kita membuat
unjuran umur kebanyakan rakyat ini yang mempunyai jangka
hayat 70 tahun.
Nabi Muhammad SAW wafat pada ketika umur beliau 63
tahun. Baginda berjuang bagi menyebarkan agama Islam
sehingga ke akhir hayat beliau.
Jadi tiada sebab untuk kita menghabiskan sisa-sisa umur
kita dengan berehat dan bersantai atau melepak dan bersembang
di kedai kopi. Dengan menjalankan bisnes kecil serta
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
354
menjalankan kerja amal, dapatlah kita menggunakan masa kita
dengan produktif dan bermanfaat untuk keluarga dan
masyarakat.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
355
Mitos dan Lagenda
Dalam bab-bab novel KONSPIRASI MAHARAJA di Ilham
Karangkraf, para pembaca akan menemui istilah atau nama
seumpama „bunian‟, „angelik‟, „Lucifer‟, „Lilith‟, „Valkyrie‟,
„Norse‟, dan mungkin banyak lagi. Juga nama-nama pelik yang
jarang dibaca seperti „sinagog‟ dan seumpamanya atau nama-
nama tempat di planet Bumi atau di ruang galaksi lain.
Ada yang bertanya adakah ini sebuah kisah benar atau
imaginasi saya? Sebelum menjawabnya, suka untuk saya
nyatakan apa minat bacaan saya.
Saya bukan lulusan agama, tetapi saya adalah lulusan
bidang sains. Minat saya kepada bidang sains menggebu sejak di
bangku sekolah menengah yang merangkumi ilmu fizik, kimia,
biologi dan matemetik. Turut terangkum bersama ialah bidang
astronomi atau kaji bintang, walaupun secara mendatar sahaja.
Seterusnya setelah memasuki universiti, bidang
komputer, IT dan teknologi mengambil tempat. Bidang kerjaya
pula secara serius bermula di MIMOS Bhd., sebagai penyelidik.
Makanya minat bidang sains dan teknologi berterusan. Kalau
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
356
para pembaca pernah perasan, semua bidang penulisan artikel
dalam banyak majalah sebelum ini adalah dalam bidang sains
dan teknologi, termasuk penerokaan angkasa lepas.
Ada juga orang bertanya, “Apa minat bacaan dan filem
saya?” Jawapan saya ialah saya minat membaca novel-novel
bahasa Inggeris dalam genre thriler sains, misteri, sains-fiksyen,
fantasi dan saga sejarah. Sementara filem-filem yang menjadi
minat saya ialah pengembaraan sains, arkeologi, sains-fiksyen,
militeri, sejarah, dan fantasi. Ia sama sahaja seperti mana minat
bahan-bahan bacaan.
Justeru minat dalam bacaan dan filem itu sedemikian,
maka saya juga ingin cuba menulis dalam bidang yang sama.
Saya berusaha untuk itu, walaupun sedar empunya diri tidak
seberapa pandai dalam bidang sastera.
Terkemudian, dengan hikmah kasih sayang Allah Taala,
saya mendalami ilmu agama. Mula saya membeli dan mencicip
ilmu-ilmu al-Quran dan tafsirnya, bidang-bidang dunia mistik
berdasarkan pandangan Islam, tafsir hadis Rasululullah SAW
dan bidang kajian ilmu fiqh. Selain bacaan, saya suka mendengar
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
357
kuliah-kuliah ilmu di mana-mana sahaja andai ada kesempatan
dan peluang.
Selain itu, saya meneliti pandangan dan perbandingan
dengan Bible dan Talmud serta hipotesis dan ramalan pihak
Barat-Yahudi-Kristian. Kemudian bersama bacaan bidang dunia
mistik, saya menemui banyak kitab dan lembaran-lembaran
lama yang terkait dengan dunia lain selain muka bumi ini,
sehingga merentas cekerawala kaji bintang.
Alhamdulillah. Hasil bacaan, telaah dan penelitian itu
membangkit aura untuk menulis fiksyen atau novel. Semuanya,
insya-Allah, untuk cuba menarik pandangan pembaca bahawa
banyak perkara dihidangkan oleh penulis Barat kepada kita
umat Islam sangat mengelirukan.
Jadi jawapan ringkas kepada pertanyaan pertama ialah
novel KONSPIRASI MAHARAJA ini adalah gabungan
imaginasi, mitos, lagenda, adaptasi dan macam-macam lagi
yang saya cuba adun semasak mungkin. Harapan saya semoga
pembaca tak pening lalat, seperti mana peningnya saya
memintal minda untuk mengisih maklumat yang diperoleh.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
358
Insya-Allah, jangan risau kerana dalam catatan, fiksyen,
mitos, lagenda dan yang pelbagai lagi itu, Islam dan kebenaran
tetap memang. Itu janji Allah dan Rasulullah SAW.
Wallahua‟lam.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
359
Aku hamba-Nya, sangat daif dan fakir. Tanpa-Nya aku rapuh, sangat rapuh. Dalam risau, bimbang dan gundah. Aku ingin dan terus berharap. Agar redha-Nya bersama aku. Walau sepahit mana pun aku rasa .... setiap cubaan itu.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
360
Terima Kasih!
Terima kasih, duhai kawan! Kesudian kau orang mencicip
catatan pinggir ini sangat saya hargai. Saya mencatat kisah apa
sahaja di sini adalah dengan niat paling utama, yakni
DAKWAH.
Bukan nama yang dicari, kerana nama itu saya sudah ada,
insya-Allah. Cuma … cuba mengetuk hati, membidik nurani
agar mengenal makna diri. Bahawa kita hamba Allah, tiada yang
lain.
Apa-apa yang terkurang, mohon kemaafan darimu,
sahabat. Tiada daya saya melainkan apa yang Allah berikan.
Ambil yang baik, yang tak baik kasi buang jauh-jauh.
Kongsikan mana yang baik, yang tak baik
jangan viralkan.
Hamba Allah yang daif di sisi Allah, Web Sutera.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
361
Senarai buku-buku tulisan saya.
1) Buat Duit dengan Katering
ISBN: 978-967-369-084-8
Tebal: 132 muka surat
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Tahun: 2011 (Buku bisnes dan pengurusan)
Harga: RM14.00
2) Macedonia: Alexander Agung (Hijab Raja Zulqarnain)
ISBN: 978-983-097-360-9
Tebal: 470 muka surat
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun: 2012 (Novel sejarah/kembara/thriler)
Harga: RM20.00
3) 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW)
ISBN: 978-967-0392-45-5
Tebal: 300 muka surat
Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
362
Tahun: 2013 (Buku motivasi Islam)
Harga: RM24.90
4) Berfikir Gaya Champion
ISBN: 978-983-097-342-5
Tebal: 200 muka surat
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun: 2013 (Buku motivasi Islam)
Harga: RM17.00
5) Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH
ISBN: 978-983-097-417-0
Tebal: 885 muka surat
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun: 2013 (Novel sejarah)
Harga: RM29.00
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
363
6) Perang Armagedon
ISBN: 978-983-097-467-5
Tebal: 480 muka surat
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun: 2014 (Novel sejarah/perang/fantasi/thriler)
Harga: RM22.00
7) Nakhoda Agung
ISBN: 978-967-039-299-8
Tebal: 231 muka surat
Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.
Tahun: 2014 (Fiksyen sejarah berilustrasi)
Harga: RM22.00
8) Hijrah Champion Gaya Rasulullah SAW
ISBN: 978-967-039-293-6
Tebal: 210 muka surat
Penerbit: Must Read Sdn. Bhd.
Tahun: 2014 (Motivasi / inspirasi addin)
Harga: RM19.90
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
364
9) Baitulmaqdis: Perang Armagedon
ISBN: 978-983-097-467-5
Tebal: 427 muka surat
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun: 2015 (Novel sejarah/perang/fantasi/thriler)
Harga: RM21.00
10) Kapsul Nurani – 50 Catatan Inspirasi Penulis-Pembaca
ISBN: 139789671259702
Tebal: 209 muka surat
Penerbit: Metromedia Solutions.
Tahun: 2014 (Himpunan 50 kisah oleh 50 penulis, termasuk saya)
Harga: RM25.00
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
365
11) Kapur Kasut vs. Kapur Tulis – Koleksi 50 Kisah Alam
Persekolahan
ISBN: 978-967-12597-1-9
Tebal: 245 muka surat
Penerbit: Metromedia Solutions.
Tahun: 2015 (Himpunan 50 kisah oleh 50 penulis, termasuk saya)
Harga: RM29.00
12) SARKAS (Antologi Cerpen Santai_Tapi_Sentap)
ISBN: 978-967-13580-2-3
Tebal: 285 muka surat
Penerbit: Khairy Tajudin Resources.
Tahun: 2015
Harga: RM25.00
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
366
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
367
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
368
BIODATA
Web Sutera atau nama sebenar Hizamnuddin bin Awang
pernah menjadi Editor bagi subjek matematik di salah sebuah
syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di
MIMOS Berhad dan JARING Communications Sdn. Bhd. sebagai
Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada
penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT/Internet
dan branding.
Semasa bekerja di JARING beliau melaksanakan tugas-
tugas sebagai penulis, associate editor dan editor online bagi
majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama
beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada
beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan – Dewan Kosmik,
Dewan Ekonomi, Dewan Masyarakat, Dewan Agama dan
Falsafah, Dataniaga, Majalah PC, Usahawan Malaysia,
Usahawan Sukses, Akademik, Millenia Muslim, dan sisipan
Komputer, Berita Harian.
Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang
sains dan teknologi, ICT, internet dan peradaban manusia.
D.R.U.G (Derap Realisme Ujana Gemersik) – WEB SUTERA
369
Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit
dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding di JARING.
Terlibat secara aktif menulis buku bermula tahun 2010.
Kini sudah lebih 12 judul buku (novel, cerpen dan
motivasi/inspirasi) berseorangan dan bersama penulis lain
diterbitkan.
Memegang ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains
Komputer, USM, 1992 dan Sijil Kursus Bahasa Melayu Untuk
Penyuntingan Makalah Am dan Sains, Persatuan Linguistik
Malaysia dan DBP. Lahir di Jerteh, Besut, Terengganu, dan
dibesarkan di sana dan di Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut,
Pahang. Kini menetap di Selangor/Kuala Lumpur.
** Sebarang pertanyaan, komen atau apa-apa sahaja, sudikan
hubungi saya melalui saluran berikut:
- FB: facebook.com/websutera
- FB: facebook.com/NovelisWebSutera
- www.websutera.com atau buanadunia.blogspot.com
- instagram.com/websutera
- E-mel: [email protected]