dunia memerlukan makanan diubahsuai secara genetik

4
Dunia Memerlukan Makanan Diubahsuai Secara Genetik, Kata Penyelidik HKU Isnin, 23 Mac 2015 16:15 Oleh Saiful Bahri Kamaruddin Foto Ikhwan Hashim BANGI, 23 Mac 2015 - Dunia amat memerlukan makanan yang diubahsuai secara genetik (GM) atau tanaman transgenik kerana manusia bakal menghadapi kekurangan makanan memandangkan bilangan penduduk global sedang meningkat secara mendadak. Prof M L Chye dari The University of Hong Kong (HKU) berkata penduduk dunia dijangka mencecah 9.6 bilion pada tahun 2050, daripada 7.2 bilion sekarang. Menyampaikan syarahan dalam siri ‘Meeting Of Minds' anjuran Pusat Hubungan Antarabangsa (PHA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM minggu lalu, Prof Chye berkata malahan sekarang ini pun sekitar 800 juta orang di seluruh dunia tidak mendapat makanan yang cukup. Malah di negara paling kaya Amerika Syarikat pun seramai 47 juta orang penduduknya memerlukan bantuan makanan. Beliau berkata faktor utama kekurangan makanan global adalah kerana semakin ramai orang hendak makan daging, yang

Upload: rudiz

Post on 06-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Dunia Memerlukan Makanan Diubahsuai Secara Genetik, Kata Penyelidik HKU Isnin, 23 Mac 2015 16:15

Oleh Saiful Bahri KamaruddinFoto Ikhwan HashimBANGI, 23 Mac 2015 - Dunia amat memerlukan makanan yang diubahsuai secara genetik (GM) atau tanaman transgenik kerana manusia bakal menghadapi kekurangan makanan memandangkan bilangan penduduk global sedang meningkat secara mendadak.Prof M L Chye dari The University of Hong Kong (HKU) berkata penduduk dunia dijangka mencecah 9.6 bilion pada tahun 2050, daripada 7.2 bilion sekarang.Menyampaikan syarahan dalam siri Meeting Of Minds' anjuran Pusat Hubungan Antarabangsa (PHA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM minggu lalu, Prof Chye berkata malahan sekarang ini pun sekitar 800 juta orang di seluruh dunia tidak mendapat makanan yang cukup.Malah di negara paling kaya Amerika Syarikat pun seramai 47 juta orang penduduknya memerlukan bantuan makanan.Beliau berkata faktor utama kekurangan makanan global adalah kerana semakin ramai orang hendak makan daging, yang mengakibatkan lebih banyak makanan yang berasaskan produk tumbuhan diperlukan untuk ternakan seperti lembu dan kambing.Bijirin seperti jagung, gandum dan soya dijadikan makanan haiwan ternakan seperti lembu, yang secara kasar memerlukan beberapa kilogram makanan untuk menghasilkan kurang daripada satu kilogram daging.Pengeluaran makanan mesti meningkat sekurang-kurangnya 70% dalam tempoh 40 tahun akan datang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat itu.

Cara terbaik untuk menyediakan bekalan yang mencukupi adalah untuk meningkatkan pengeluaran tumbuhan transgenik, atau tanaman yang baka atau gen telah di ubahsuai bagi meningkatkan produktiviti dan lebih tahan kepada mahluk perosak dan cuaca.Di Amerika Syarikat sahaja, sehingga 40% hasil musim menuai gandum musnah akibat serangga perosak dan penyakit, katanya.Prof Chye berkata ada baiknya tanaman transgenik yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik berbanding pembiakan secara tradisional. Makmal kejuruteraan genetik akan menentukan gen yang wajar secara lebih cepat. Contohnya pembiakan secara genetic mengambil masa hanya tiga tahun berbanding dengan beberapa generasi untuk pembiakan tumbuhan secara biasa.Kejuruteraan genetik juga mengatasi halangan ketidak serasian seksual antara kumpulan gen kerana baka yang dihasilkan adalah seperti yang ditetapkan. Bagi gen yang tidak ditetapkan, atau gen yang tidak di ingini, ia akan mengambil masa sehingga 15 tahun pembiakan kacukan untuk menghapuskan ciri-ciri yang tidak di inginkan jika menggunakan kaedah tradisional.Cara berkesan untuk memperbaiki tanaman adalah dengan menggunakan pembiakan molekul, yang mana perubahan dibuat dalam DNA tumbuhan di peringkat molekul dan GM. Dalam pembiakan molekul, sifat-sifat yang dikehendaki harus sedia wujud dalam populasi tumbuhan. Sumber-sumber genetik juga mesti ada dan tumbuh itu perlu dibiakkan secara seksual.Petikan artikel dari www.ukm.my

Tanaman mesti dibiak secara seksual Sumber2 genetik mesti adaDalam GM, gen yang dikehendaki boleh datang dari mana-mana sumber, tidak semestinya dari tanaman yang sama. Malah kaedah itu adalah lebih mudah daripada pembiakan molekul.

Baka boleh didapati dari mana-mana sumber dan pokok dibiak secara tampangPengarah PHA Dr Yazrina Yahya telah memperkenalkan Prof Chye, Profesor Wilson dan Amelia Wong bagi Bioteknologi Tumbuhan di HKU.Beliau memperolehi PhDnya dari Universiti Melbourne atas Biasiswa Komanwel dan menerima latihan pasca kedoktoran dalam Biologi Molekul di Universiti Rockefeller (New York) dan Institut Biologi Molekul dan Sel (Singapura). Beliau menyertai HKU pada tahun 1993 dan dilantik sebagai Profesor pada tahun 2005.