e-buku panduan graduan majlis konvokesyen … · ii. bertudung (wajib) bagi pelajar muslim. 3.1.3....
TRANSCRIPT
E-BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI
PENDIDIKAN MARA (KKTM, KPM, MJII & IKM)
2018
- BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI -
1. PENYERTAAN KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (KKTM, KPM,
MJII & IKM) 2018
1.1. Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah
menyempurnakan perkara-perkara berikut:
1.1.1. Menjelaskan bayaran Graduasi Majlis Konvokesyen. Rujuk Perkara 2.
1.1.2. Memberi maklumbalas kehadiran di SISTEM PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN
(SPKG) di laman web www.konvokesyenkpm.my mulai 19 Februari (Isnin) hingga
15 Mac 2018 (Khamis).
1.1.3. Mengisi borang Kajian Pengesanan Graduan di laman web
http://graduan.mohe.gov.my mulai 5 Mac 2018 (Isnin) hingga 26 Mac 2018 (Isnin).
Nota:
Perkara 1.1 di atas adalah wajib bagi semua graduan yang hadir atau tidak hadir ke Majlis
Konvokesyen. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen berhak untuk MENGHALANG/MENOLAK
graduan daripada menyertai Majlis Konvokesyen ini atau penahanan pengeluaran transkrip
dan sijil diploma sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada graduan/wakil
selepas 15 MAC 2018.
1.2. Semua graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen DIWAJIBKAN menghadiri semua sesi
di bawah supaya dapat memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi:
1.2.1. Pendaftaran Graduan dan Pengambilan Jubah
1.2.2. Majlis Konvokesyen
2. BAYARAN GRADUASI 2018
2.1. Bayaran graduasi konvokesyen 2018 adalah seperti berikut:
2.1.1. Graduan yang HADIR: RM260.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Enam Puluh Sahaja)
2.1.2. Graduan yang TIDAK HADIR: RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ringgit Sahaja)
2.2. Bayaran Graduan KPM yang akan menghadiri majlis konvokesyen ini hendaklah dijelaskan
bayaran graduasi sebelum/pada 15 Mac 2018 (KHAMIS).
2.3. Kaedah pembayaran hendaklah dibuat menggunakan medium perbankan elektronik melalui
akaun seperti JADUAL 1.
JADUAL 1: KAEDAH PEMBAYARAN
BIL KPM JUMLAH
(RM) KOPERASI BANK NO AKAUN
1. AYER MOLEK RM260 KOPERASI KPM AYER MOLEK MELAKA BERHAD
MAYBANK BERHAD (MBB)
554110502465
2. BANDAR MELAKA RM260 KOPERASI KPM BANDAR MELAKA BERHAD
MAYBANK BERHAD (MBB)
504021279719
3. BANDAR PENAWAR RM260 KOPERASI KPM BANDAR PENAWAR KOTA TINGGI BERHAD
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
01135010001080
4. BERANANG RM260 KOPERASI KPM BERANANG BERHAD
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
12092010010864
5. INDERA MAHKOTA RM260 KOPERASI KPM INDERA MAHKOTA BERHAD
CIMB BANK 8005357533
6. SERI ISKANDAR RM210 KOPERASI KPM SERI ISKANDAR PERAK BERHAD
CIMB BANK 8004855580
* Bayaran RM210.00 adalah selepas ditolak bayaran RM50 yang telah dibuat di KPM. Sila
hubungi KPM anda untuk maklumat lanjut.
2.4. Graduan hendaklah membawa bukti pembayaran di kaunter pendaftaran KPM masing-
masing pada hari pendaftaran dan pengambilan jubah di PICC.
2.5. Skrol dan transkrip graduan hanya boleh dikeluarkan pada atau selepas tarikh konvokesyen
dengan syarat segala bayaran hutang tertunggak (jika ada) telah dijelaskan.
2.6. Tidak Hadir Konvokesyen
2.6.1. Graduan yang tidak menghadiri konvokesyen dikehendaki membayar bayaran
sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ringgit Sahaja) bagi kos skrol dan
transkrip graduasi.
2.6.2. Bayaran graduasi yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan kepada graduan
yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut.
2.6.3. Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen perlu menjelaskan bayaran yang
dinyatakan di Perkara 2.1.2 sebelum 15 Mac 2018 .
3. PENDAFTARAN GRADUAN DAN JUBAH KONVOKESYEN
3.1. Para graduan WAJIB daftar dan mengambil jubah konvokesyen di kaunter KPM masing-
masing seperti butiran berikut:
Tarikh Pendaftaran
& Pengambilan
Jubah
Graduan
Pusat
9 April 2018
8.00 pagi
Raptai 9.30 pagi
Diploma in Accountancy
Diploma in Business Studies
Certified Accounting Technician
KPM Ayer Molek
9 April 2018
2.00 petang
Diploma in Accountancy
Diploma in Business Studies
Diploma in Agro Business
HND in Computing (System Development)
KPM Beranang
10 April 2018
8.00 pagi
Diploma in Computer Networking
Diploma in English Communication
Diploma in Creative Digital Media Production
KPM Indera Mahkota
10 April 2018
2.00 petang
Diploma In Accountancy
Diploma In Accountancy
Diploma In Integrated Logistic Management
KPM Indera Mahkota
KPM Bandar Penawar
11 April 2018
8.00 pagi
Diploma In Islamic Banking and Finance
Diploma In Entrepreneurship KPM Bandar Melaka
11 April 2018
2.00 petang
HND In Business (Information And Technology)
HND In Business (Marketing)
Diploma In International Business
KPM Seri Iskandar
3.2. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen berhak untuk menghalang graduan yang tidak mendaftar
pada waktu pendaftaran yang ditetapkan daripada menerima diploma dalam Majlis
Konvokesyen tersebut.
3.3. Jubah Konvokesyen
3.3.1. Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi:
Jubah Konvokesyen
Topi Konvokesyen (Mortar Board)
3.3.2. Selain itu, graduan juga diminta untuk mengisi dan melengkapkan satu (1)
borang/resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/resit tersebut pada hari
yang sama. Setiap graduan adalah dinasihatkan supaya menyimpan dan menjaga
dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah.
3.3.3. Salinan slip bayaran graduasi konvokesyen beserta slip pengesahan kajian
pengesanan graduan perlu diserahkan kepada Jawatankuasa Jubah KPM semasa
peminjaman dibuat.
3.3.4. Jubah konvokesyen WAJIB dipulangkan sebaik sahaja graduan selesai menerima
penganugerahan diploma atau dalam tempoh masa dari jam 2.30 PETANG – 7.00
MALAM. (*Tertakluk kepada peraturan dan syarat KPM masing-masing)
3.3.5. Semasa mengembalikan jubah tersebut graduan adalah dikehendaki membawa dan
menyerahkan salinan borang/resit penyewaan jubah kepada pegawai petugas di
kaunter KPM masing-masing.
3.3.6. Skrol dan transkrip akademik rasmi hanya akan diserahkan setelah graduan
memulangkan jubah konvokesyen seperti yang tertakluk di dalam syarat-syarat
peminjaman dan pemulangan jubah.
3.3.7. Graduan yang gagal memulangkan jubah konvokesyen pada tarikh yang ditetapkan
akan dikenakan denda yang ditetapkan oleh KPM masing-masing.
3.3.8. Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas jubah konvokesyen yang
dipinjam.
3.3.9. Graduan tidak dibenarkan meminda atau mengubahsuai mana-mana bahagian jubah
akademik yang dipinjam.
3.3.10. Sebarang kos atau tuntutan ganti rugi yang disebabkan oleh kerosakan atau
kecacatan pada jubah tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh graduan. Jubah
yang rosak atau hilang akan dikenakan bayaran ganti rugi mengikut kadar yang
ditetapkan oleh KPM masing-masing.
3.4. Pakaian Graduan:
3.4.1. Graduan Lelaki:
i. Berpakaian kemas dan sesuai dengan majlis raptai.
ii. Berambut pendek dan kemas.
3.1.2. Graduan Wanita:
i. Berbaju kurung tradisional.
ii. Bertudung (wajib) bagi pelajar Muslim.
3.1.3. Pemakaian selipar dan sandal TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.1.4. Graduan DILARANG memakai seluar jeans dan “T-Shirt” berkolar bulat semasa
raptai.
3.5. Video tatacara penerimaan skrol diploma akan ditayangkan semasa pendaftaran dibuat.
4. MAJLIS KONVOKESYEN
4.1. Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2017 akan diadakan pada 9 hingga 12
April 2018 (Selasa – Khamis) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
(PICC).
4.2. Susunan sidang bagi majlis konvokesyen adalah seperti di dalam Jadual 2.
4.3. Semua graduan perlu mendaftarkan diri pada 7.00 pagi (Sidang pagi) dan 1.30 petang (Sidang
petang) di DEWAN PUTRA B, ARAS CONCOURSE PICC di kaunter KPM masing-masing sebelum
bermulanya Majlis Konvokesyen.
4.4. Kad Nama Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa di kaunter pendaftaran KPM
masing-masing. Tanpa kad nama ini graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki Dewan
Plenari.
4.5. Graduan yang gagal mendaftarkan diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti di atas
tidak akan dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.
4.6. Semasa Majlis Konvokesyen sedang berlangsung, graduan, ibubapa atau penjaga diminta
menghormati majlis dengan tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan sebelum,
semasa atau selesai Majlis Konvokesyen.
4.7. Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang berharga seperti beg, kamera,
perkakasan elektronik dan seumpamanya ke dalam dewan. Telefon bimbit para graduan perlu
dimatikan atau diletakkan dalam mod senyap semasa majlis berlangsung.
JADUAL 2: SUSUNAN SIDANG KONVOKESYEN
Sidang Tarikh
Konvokesyen Graduan
Pusat
1 10 April 2018
7.00 pagi
Diploma in Accountancy
Diploma in Business Studies
Certified Accounting Technician
KPM Ayer Molek
2 10 April 2018
1.00 petang
Diploma in Accountancy
Diploma in Business Studies
Diploma in Agro Business
HND in Computing (System Development)
KPM Beranang
3 11 April 2018
7.00 pagi
Diploma in Computer Networking
Diploma in English Communication
Diploma in Creative Digital Media Production
KPM Indera
Mahkota
4 11 April 2018
1.00 petang
Diploma In Accountancy
Diploma In Accountancy
Diploma In Intergrated Logistic Management
KPM Indera
Mahkota
KPM Bandar
Penawar
5 12 April 2018
7.00 pagi
Diploma In Islamic Banking and Finance
Diploma In Entrepreneurship
KPM Bandar
Melaka
6 12 April 2018
1.00 petang
HND In Business (Information And Technology)
HND In Business (Marketing)
Diploma In International Business
KPM Seri Iskandar
5. PAS MASUK TETAMU MAJLIS KONVOKESYEN
5.1. Pas masuk tetamu dan arahan lain akan diserahkan kepada graduan semasa sesi pendaftaran
dan peminjaman jubah konvokesyen (Perkara 3.1).
5.2. Setiap graduan akan menerima DUA (2) keping pas masuk dewan untuk DUA (2) orang
tetamu sahaja.
5.3. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen tidak bertanggungjawab atas kehilangan pas tetamu yang
telah diedarkan dan pas yang hilang tidak akan diganti.
5.4. Para tetamu yang tidak mempunyai pas masuk ini TIDAK akan dibenarkan memasuki dewan
sama sekali.
5.5. Kanak-kanak yang berumur di bawah DUA BELAS (12) tahun tidak dibenarkan masuk ke
dalam dewan.
5.6. Para tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing di dalam Dewan
Plenari sebelum jam 8.00 pagi (SIDANG 4) ATAU 1.45 petang (SIDANG 5) pada hari Majlis
Konvokesyen.
5.7. Pakaian tetamu hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis rasmi. Pemakaian baju
batik/pakaian kebangsaan/Lounge Suit digalakkan. Pemakaian seluar jeans dan kemeja-T
tidak dibenarkan.
5.8. Para tetamu hendaklah memakai kasut yang bersesuaian dengan majlis. Pemakaian selipar
atau sandal adalah dilarang sama sekali.
5.9. Semasa majlis sedang berlangsung, para tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak
membuat bising.
5.10. Para tetamu tidak dibenarkan mengambil gambar graduan semasa majlis sedang
berlangsung.
5.11. Para tetamu dinasihati untuk makan sebelum masuk ke dewan. Makanan dan minuman tidak
dibenarkan didalam dewan.
5.12. Para tetamu kelainan upaya (OKU) yang menggunakan kerusi roda yang memerlukan
bantuan naik ke Dewan Plenari diminta memaklumkan kepada pihak Jawatankuasa pada
masa raptai atau hubungi wakil kolej masing-masing
5.13. Para tetamu tidak dibenarkan meninggalkan Dewan Plenari sehingga majlis selesai.
5.14. Graduan diminta memaklumkan semua peraturan yang berkaitan kepada tetamu yang hadir
ke Majlis Konvokesyen.
6. ETIKA PEMAKAIAN GRADUAN
6.1. Kod Etika Pakaian dan Sahsiah Rupa Diri Graduan Lelaki
6.1.1. Baju Melayu
Berwarna Polos – HITAM sahaja
Sampin songket (benang emas/perak yang bersesuaian)
Songkok
ATAU
6.1.2. Lounge Suit (Berwarna gelap)
Baju kemeja lengan panjang berwarna putih
Seluar ‘slack’ hitam / gelap
Tali leher
Blazer
Songkok
6.1.3. Kasut kulit atau PVC dan stokin berwarna hitam yang bersesuaian untuk majlis rasmi.
6.1.4. Tidak dibenarkan memakai:
Baju T-Shirt
Seluar jeans dan seluar pendek
Kasut sukan/selipar/sandal/kasut berwarna cerah atau putih.
6.1.1. Graduan hendaklah berambut pendek dan kemas (tidak mencecah kolar baju serta
tidak menutupi telinga dan dahi). Graduan adalah DILARANG daripada mewarnakan
rambut.
6.1.2. Graduan dibenarkan menyimpan misai atau janggut, tetapi mestilah kelihatan kemas
dan rapi.
6.1.3. Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan dirias rapi.
6.1.4. Graduan yang melanggar mana-mana etika pemakaian graduan TIDAK AKAN
DIBENARKAN daripada menyertai Majlis Konvokesyen.
6.2. Kod Etika Pakaian dan Sahsiah Rupa Diri Graduan Wanita
6.2.1. Semua graduan wanita WAJIB memakai BAJU KURUNG TRADISIONAL atau KEBAYA
LABUH SAHAJA.
6.2.2. Warna pakaian adalah bebas.
6.2.3. Graduan wanita Muslim wajib memakain tudung polos (tidak bercorak atau
berbunga) mengikut warna yang telah ditetapkan oleh KPM masing-masing – Jadual
3)
6.2.4. Graduan bukan Muslim tidak diwajibkan bertudung (Rambut hendaklah
berikat/disanggul kemas dan tidak diwarnakan)
6.2.5. Pakaian graduan hendaklah berlengan panjang hingga ke pergelangan tangan.
Pakaian tersebut hendaklah tertutup hingga ke pangkal leher di bahagian hadapan
dan belakang. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI:
Pakaian yang ketat
Kain berbelah di belakang/depan kain
Baju terdedah di bahagian dada
Kain jenis jarang
Tidak keterlaluan dari segi fesyen
6.2.6. Graduan dibenarkan memakai aksesori yang bersesuaian sahaja. Graduan yang
bertudung hendaklah memakai tudung yang bersesuaian dan tidak keterlaluan dari
segi fesyen.
6.2.7. Graduan dikehendaki memakai kasut hitam bertutup yang bertumit tidak melebihi
2 inci. Pemakaian selipar/sandal/kasut sukan/kasut yang terbuka di belakang adalah
TIDAK DIBENARKAN.
6.2.8. Graduan hendaklah memastikan kuku tangan adalah pendek, bersih dan dirias rapi.
6.2.9. Graduan dibenarkan untuk mengenakan solekan, tetapi hendaklah bersesuaian,
tidak terlalu tebal atau keterlaluan.
6.2.10. Bagi tujuan keselamatan, graduan dinasihatkan untuk tidak mengenakan barangan
kemas yang keterlaluan sehingga boleh mengganggu perjalanan majlis. Pemakaian
gelang kaki adalah TIDAK DIBENARKAN.
6.2.11. Graduan yang melanggar mana-mana etika pemakaian graduan TIDAK AKAN
DIBENARKAN daripada menyertai Majlis Konvokesyen.
6.2.12. Graduan Diploma hendaklah memakai warna tudung mengikut ketetapan seperti di
bawah:
JADUAL 3: WARNA TUDUNG BAGI GRADUAN WANITA
BIL. KPM WARNA TUDUNG (POLOS)
1. KPM AYER MOLEK Kuning Diraja (Royal Yellow)
2. KPM BANDAR MELAKA Baby Blue
3. KPM BANDAR PENAWAR Keemasan Metalik (Metallic Gold)
4. KPM BERANANG Merah Jambu (Pink)
5. KPM INDERA MAHKOTA Light Grey
6. KPM SERI ISKANDAR Golden Mustard
7. TUNTUTAN DIPLOMA & TRANSKRIP AKADEMIK
7.1. Graduan boleh mengambil sijil Diploma dan Transkrip masing-masing sebaik sahaja setelah
Majlis Konvokesyen berakhir. Graduan hendaklah memulangkan jubah konvokesyen terlebih
dahulu dan mengemukakan Pengesahan Pemulangan Jubah sebagai bukti semasa menuntut
sijil Diploma.
TARIKH : Mengikut sidang konvokesyen masing-masing
LOKASI : Dewan Putra B
MASA : Sehingga jam 7 petang
7.2. Sebarang tuntutan Diploma selepas Majlis Konvokesyen hendaklah dibuat di Unit
Peperiksaan KPM masing-masing.
7.3. Kesilapan Pada Diploma Dan Transkrip Akademik
7.3.1. Graduan dinasihatkan untuk menyemak Diploma dan Transkrip Akademik masing-
masing dengan teliti. Jika terdapat sebarang kesilapan pada Diploma dan Transkrip
Akademik, graduan perlu membuat laporan bertulis PADA HARI YANG SAMA
graduan menerima sijil Diploma dan Transkrip Akademik tersebut.
7.4. Kehilangan Diploma Dan Transkrip Akademik
7.4.1. Diploma dan Transkrip Akademik asal hanya akan diberikan sekali sahaja. Graduan
dinasihatkan menyimpan sijil Diploma dan Transkrip Akademik dengan sebaik
mungkin. Jika berlaku kerosakan/kehilangan sijil Diploma dan transkrip akademik,
graduan boleh memohon pencetakan semula kepada KPM masing-masing.
7.4.2. Permohonan pencetakan semula transkrip akademik akan dikenakan bayaran
RM50.00 manakala pencetakan semula sijil Diploma adalah RM100. Permohonan
dan bayaran boleh dibuat kepada Unit Peperiksaan KPM masing-masing.
7.5. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen tidak bertanggungjawab sekiranya skrol/transkrip yang
dituntut oleh graduan/wakil graduan berkenaan hilang atau rosak.
7.6. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai tuntutan diploma dan transkrip akademik, graduan
boleh menghubungi pihak KPM masing-masing.
8. TEMPAT LETAK KENDERAAN
8.1. Graduan, ibu bapa atau penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan
yang telah disediakan di dalam kawasan tempat kenderaan PICC atau kawasan meletak kereta
yang diarahkan oleh pegawai keselamatan.
8.2. Sila patuhi arahan/tunjuk arah pegawai keselamatan yang bertugas bagi mengelak kesesakan
lalulintas.
9. GAMBAR KONVOKESYEN
9.1. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen akan menyediakan perkhidmatan jurugambar dan
juruvideo profesional bagi merakam gambar graduan semasa Majlis Konvokesyen sedang
berlangsung di dalam dewan. Oleh yang demikian, graduan dan tetamu adalah DILARANG
daripada mengambil gambar atau merakam video menggunakan apa-apa alat elektronik
seperti kamera, telefon bimbit, dan sebagainya semasa majlis berlangsung.
9.2. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen juga ada menyediakan perkhidmatan studio luar kepada
para graduan/keluarga yang beroperasi di ruang legar Aras Concourse PICC.
9.3. Graduan adalah dibenarkan untuk membawa jurugambar/juruvideo persendirian. Namun,
jurugambar/juruvideo persendirian tidak akan dibenarkan masuk ke dalam dewan sewaktu
Majlis Konvokesyen berlangsung. Perkhidmatan mereka hanya tertakluk di kawasan luar
Dewan Konvokesyen.
10. BARANG-BARANG PERSENDIRIAN
10.1. Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang persendirian
seperti komputer riba, kamera, tas tangan dan lain-lain barang berharga ke dalam dewan
pada hari konvokesyen. Hal ini adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak
diingini seperti kecurian atau kerosakan.
10.2. Graduan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan barang persendirian
masing-masing. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen tidak akan bertanggungjawab sekiranya
terdapat sebarang kerosakan atau kecurian yang mungkin berlaku ke atas barang-barang
tuan/puan semasa Majlis Konvokesyen berlangsung.
11. PENGINAPAN
11.1. Tempat penginapan adalah dibawah tanggungan graduan. Pihak Jawatankuasa Konvokesyen
tidak menyediakan sebarang penginapan. Graduan disarankan membuat tempahan hotel
lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
12. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
12.1. Para graduan dikehendaki mengisi borang kajian pengesanan graduan di laman web
http://graduat.mohe.gov.my bermula 5 Mac 2018 (Isnin) dan mencetak slip pengesahan.
12.2. Slip pengesahan perlu diserahkan semasa sesi pendaftaran dan pengambilan jubah.
Kegagalan menyerahkan slip tersebut akan menyebabkan sijil diploma ditahan sehingga
serahan slip dibuat.
13. KUASA JAWATANKUASA KONVOKESYEN PERDANA INSTITUSI PENDIDIKAN MARA 2018
13.1. Graduan yang tidak mematuhi syarat dan arahan yang telah ditetapkan terutama tatacara
berpakaian atau penampilan diri yang tidak bersesuaian dengan majlis adalah dilarang atau
ditahan daripada mengikuti Majlis Konvokesyen.
13.2. Sebarang keputusan mengenai larangan yang telah dikeluarkan adalah muktamad.
13.3. Justeru itu pihak Jawatankuasa Konvokesyen, mohon kerjasama semua graduan agar
mematuhi segala peraturan yang dinyatakan menerusi buku panduan ini dan menerima
teguran sekiranya diberi oleh mana-mana pegawai.
13.4. Sebarang perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada keperluan dari masa ke semasa.
14. HAL-HAL LAIN
14.1. Surau Lelaki terletak di Aras Concourse PICC sementara surau Wanita terletak di Aras
Mezzanine PICC.
14.2. Sila bawa e-Buku Panduan Graduan KPM ini semasa menghadiri pendaftaran graduan dan
Majlis Konvokesyen.
14.3. Sebarang pertanyaan berkaitan Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA
2018, para graduan boleh dirujuk dengan menghubungi talian berikut mengikut KPM masing-
masing:
KPM Ayer Molek: Pn Alina bt Mahmud (010-2972937)
KPM Bandar Melaka: Pn. Norhafidzah bt Ab. Rahaman (013-6205489)
KPM Bandar Penawar: En. Mohammad Azaki bin Kadis (012-7506306)
KPM Beranang: En. Mohd Hazizi bin Abu Bakar (016-9222275)
KPM Indera Mahkota: En. Zainuddin bin Misran@Misban (019-9103091)
KPM Seri Iskandar: En. Khairuddin bin Sabri (012-3101315)
14.4. Sebarang urusan surat menyurat, sila hantarkan kepada alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Pendidikan Tinggi
U/P: Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2017
Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA
Jalan MARA
25609 Kuala Lumpur
14.5. Sila rujuk laman web berikut bagi sebarang perubahan atau makluman terkini:
Facebook Konvokesyen http://www.facebook.com/konvo.kpm
KPM Ayer Molek http://kpmam.edu.my/
KPM Bandar Melaka http://bmelaka.kpm.edu.my/
KPM Bandar Penawar http://bpenawar.kpm.edu.my/
KPM Beranang http://www.kpmb.edu.my/
KPM Indera Mahkota http://www.kpmim.edu.my/
KPM Seri Iskandar http://www.kpmsi.edu.my/
Kerjasama para graduan mematuhi peraturan-peraturan Majlis Konvokesyen adalah amat
dihargai demi memastikan Majlis Konvokesyen Perdana Institusi Pendidikan MARA 2018
berjalan lancar didahului. Terima kasih diatas kerjasama anda.
“ TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA ”