e buletin spp - jpnselangor.moe.gov.myjpnselangor.moe.gov.my/jpns/images/pdf/spp/e-buletin...
TRANSCRIPT
e-BULETIN SPP SEMPURNA.PANTAS.PATUH.
Keluaran 1 :
Januari – April 2017
TUAN KS :
Teruja pertama kali
beraksi dalam
aplikasi
Boomerang
Perasmian
SPPians
Cycling
Club PENDAFTARAN
PEPERIKSAAN
CALON
PERSENDIRIAN :
Bukti SPP Warga
JPS Terbilang
Tuan Pengarah dan Tuan
KS Muncul di NTV7?!!
Salamullahialaikum dan Salam Sejahtera.
Akhirnya, terbit jua sebuah bingkisan yang tidak
seberapa hasil usaha beberapa individu atas aspirasi
dan idea daripada Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid,
Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan dalam
menzahirkan buletin ini.
Tujuan buletin ini diwujudkan ialah untuk
memudahkan perkongsian berita-berita penting,
peristiwa bersejarah dan sebarang informasi mutakhir
yang dapat ditatap dan disimpan sebagai rujukan dan
bacaan santai warga SPP, JPS dan UPP, PPD.
Buletin ini juga adalah amanat Tuan KS dibawah
perancangan Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR), SPP
supaya menjadi wadah setiap 4 bulan sekali.
Doakan agar kami akan terus beristiqamah
dalam menerbitkan buletin ini. Wassalam..
Mukadimah Isi Kandungan
Amanat Tuan Haji Abdul Talib, Ketua Sektor SPP.
Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) 2017
Tuan KS Teruja Beraksi dalam Aplikasi Boomerang!
Perasmian SPPians Cycling Club
Pendaftaran Peperiksaan Calon Persendirian : SPP Warga Terbilang
JOM STPM : Kejayaan Program Julung Kali Diadakan.
AM
AN
AT
TU
AN
H
AJ
I A
BD
UL
T
AL
IB
B
IN
H
AM
ID
KE
TU
A S
EK
TO
R,
SE
KT
OR
P
EN
ILA
IA
N D
AN
P
EP
ER
IK
SA
AN
Assalamualaikum & salam sejahtera.
“PERJALANAN SERIBU BATU BERMULA
DENGAN SATU LANGKAH”
Saya merakamkan ucapan syabas dan
tahniah serta jutaan terima kasih kepada
Jawatankuasa Buletin SPP yang telah
berjaya menghasilkan e-Buletin SPP
sulung untuk suku tahun pertama 2017.
Sesungguhnya kejayaan memaparkan
pelbagai aktiviti SPP, JPN Selangor
menunjukkan usaha dan kerja buat yang
melangkaui batasan tenaga serta masa
yang sibuk.
Saya berharap e-Buletin SPP ini akan
terus dimantapkan melalui idea yang
bernas dan membina daripada warga SPP.
E-Buletin ini juga diharapkan dapat
mengisi slogan „TERBILANG‟ JPN
Selangor.
Terima kasih.
JAWATAN KUASA KELAB SUKAN
DAN REKREASI (KSR) 2017
Pada 3 Februari 2017 yang lalu bertempat
di Akademik Kastam Diraja Malaysia Akmal
Jawatan Kuasa Kelab Sukan dan Rekreasi
2016 telah dibubar bagi memberi laluan
kepada muka-muka baharu untuk
mengemudi Kelab Sukan dan Rekreasi
(KSR) sesi 2017.
Ucapan syabas dan tahniah kepada
Encik Muhamad Saadan bin Mat Daris serta
barisan jawatan kuasa KSR 2016 yang telah
berjaya menganjurkan pelbagai program dan
aktiviti yang menarik sepanjang tahun 2016.
Semoga berjaya diucapkan kepada
barisan jawatan kuasa KSR 2017 yang
baharu dibawah kepimpinan Puan Norzaidah
binti Abdul Ghani dalam memastikan KSR
sentiasa relevan dalam menjaga kebajikan
serta merapatkan ukhwah komuniti kecil
SPP melalui program-program menarik.
Penaung : Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid
Penasihat : En. Rozman bin Baharudin
Pengerusi : Pn. Norzaidah bt. Abdul Ghani
Setiausaha : En. Saipul Azhar bin Ramli
Bendahari : Pn. Azliza bt. Mohd. Sariff
Pen. Bendahari : Mohd. Zackie b. Muaiyad
Ahli Jawatan Kuasa :
1. Noor Ismahisham bin Ismail
2. Hasnor Hizan bt. Hanafi
3. Mohd Najib b. Hj. Samsari
4. Akashah bin Ismail
5. Nurul Fadzilah bt. Hussein
6. Mohd Zuraidi b. Komari
Tuan KS Teruja Beraksi Dalam
Aplikasi BOOMERANG.
Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid; Tuan KS
kita begitu teruja dengan aplikasi
boomerang. Sejak beraksi dalam aplikasi
tersebut, beliau akan memastikan setiap
sesi fotografi di SPP akan ada selingan
aksi boomerang. Boomerang ialah aplikasi
yang dibangunkan oleh Instagram yang
membolehkan anda mencipta video pendek
dan dinamik yang boleh di”share’ di
Intagram atau media sosial lain. Video
yang dihasilkan boleh bertahan selama 5
saat ataupun gabungan pantas 10
fotografi. Hasil akhirnya sangat
menghiburkan.
Sekarang tuan KS mula berjinak-jinak pula
dengan Mannequin Challenge. Jika anda
mahu melihat hasilnya, anda tahu siapa
yang perlu dicari. (akan disertakan
bersama emel)☺☺
M
U
T
I
A
R
A
K
A
T
A
Perasmian SPPians Cycling Club.
Pada 23 & 24 Februari 2017 yang lalu, Taklimat Pendaftaran
Peperiksaan Awam 2017 Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di
Pusat Ko-Kurikulum Negeri, Tekali. Taklimat tersebut telah dihadiri
oleh semua pegawai SPP dan UPP, PPD Daerah Negeri Selangor.
Pada malam 23 Februari 2017 tersebut juga, satu majlis penghargaan
dan perpisahan telah diadakan kepada En. Amiluddin yang telah
bertukar dari Unit Penilaian dan Peperiksaan ke Unit Pembangunan di
PPD Hulu Langat.
Kemuncak acara pada malam tersebut, Tuan KS telah merasmikan
penubuhan kelab berbasikal pertama SPP yang lebih dikenali sebagai
SPPians Cycling Club sebagai menyahut seruan gaya hidup sihat.
Kelab ini juga telah diinspirasikan dari kalangan pegawai di beberapa
daerah yang aktif berbasikal di waktu lapang.
Dalam ucapan perasmian Tuan KS pada malam tersebut, beliau
menyatakan hasrat supaya setiap pegawai dan kakitangan di SPP,
JPS dan UPP, PPD sentiasa sihat dan aktif agar dapat menjalankan
tugas dengan berkesan. Selain itu, aktiviti berbasikal ini juga dapat
dijalankan semasa waktu petang apabila mesyuarat peringkat negeri
dijalankan untuk membina ukhwah SPP dan UPP lebih mantap dan
jelekit.
Encik Mohd. Khusaini b. Supardi dari PPD Sabak Bernam telah
dilantik sebagai Pengerusi pertama kelab tersebut hasil persetujuan
dan kata sepakat semua. Aktiviti berbasikal pertama telah diadakan
semasa mesyuarat Inden Peperiksaan Awam di BTPN, Negeri
Sembilan. Apa lagi? Kepada mereka yang belum ada basikal, segera
hubungi Encik Khusaini. Hehehe!
PENDAFTARAN PEPERIKSAAN CALON PERSENDIRIAN :
BUKTI SPP WARGA JPS TERBILANG
1 – 30 Mac merupakan antara masa yang paling sibuk buat
warga SPP setiap tahun. Pada tarikh inilah semua pegawai
dan kakitangan akan berhempas-pulas, bekerjasama,
berganding-bahu untuk memastikan calon persendirian
seluruh negeri Selangor dapat mendaftarkan diri dalam
peperiksaan PT3, SPM JUN, SPM NOVEMBER dan STAM.
Dianggarkan seramai lebih daripada 5000 orang calon
persendirian didaftarkan setiap tahun tidak terkecuali
untuk tahun 2017 ini.
Dalam tempoh ini juga, Majlis Pengumuman Keputusan
SPM 2017 dan Sidang Media bersama wartawan telah
berjaya dianjurkan. Melengkapkan program tahunan SPP
bulan Mac dengan jayanya.
Berikut ialah sedikit ucapan daripada En. Rozman bin
Baharuddin selaku Ketua Penolong Pengarah; “Saya
merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua
warga SPP yang telah berjaya menyempurnakan satu
tanggungjawab yang besar dalam memastikan pendaftaran
calon persendirian SPM, STAM dan PT3 diurus dengan
cemerlang. Pencapaian terbilang ini hasil dari komitmen
semua bagi memastikan slogan SPP iaitu „SEMPURNA,
PANTAS & PATUH‟ serta kerjasama warga SPP ibarat kata
pepatah „bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana
muafakat‟. Tahniah dan syabas.”
Turut teruja ialah Tuan Pengarah JPS, Tuan Haji Mohd.
Salleh bin Mohd Kassim yang turun padang melihat sendiri
proses pendaftaran yang berlaku. Beliau turut
ditemuramah oleh wartawan yang telah bersiaran di
saluran NTV7 sebagai usaha memberi informasi kepada
warga negeri Selangor tentang pendaftaran ini.
Tuan Haji Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim, Pengarah JPS
semasa bersiaran di saluran NTV7. Bersama beliau ialah tuan
Haji Abdul Talib bin Hamid, Ketua Sektor SPP.
Timbalan Pengarah turut bersama turun padang
memberi sokongan kepada SPP semasa
pendaftaran peperiksaan calon persendirian.
Encik Akashah bersama bunga-bunga di
taman. Namun Encik Zuraidi lebih mekar
di hati menerima kunjungan bunga-
bunga pan asia
Barisan pegawai dan staf yang bertungkus-lumus
menjayakan pendaftaran calon persendirian.
Bersama pendaftar calaon persendirian terakhir
secara rasmi pada 31 Mac 2017, jam 7:00
malam. Encik Zakaria masih mampu tersenyum
walau dihati.. hanya tuhan yang tahu.
MAJLIS
PENGUMUMAN
KEPUTUSAN SPM
2016 DAN SIDANG
MEDIA BERSAMA
WARTAWAN
Jom STPM dan e-KOMPEG ialah 2 program yang berbeza tetapi berjalan dalam tempoh masa hampir
serentak dan kedua-duanya ialah program anjuran SPP dibantu oleh SPA, SPS, SPK dan PPD yang
diadakan di seluruh negeri Selangor. Berikut ialah maklumat ringkas tentang kedua-dua program.
Nama Program : JOM STPM
Penyelaras : Puan Maisarah binti Abdullah
Jawatan : Penolong Pengarah Kanan, SPP
(Ketua Unit STPM/ STAM/ MUET/ PLN)
Tujuan : Membuka minda dan mengubah persepsi
orang ramai tentang kelebihan STPM.
Peserta : Guru Tingkatan 6, murid Tingkatan 6,
Kaunselor Sekolah
Lokasi :
17 April 2017
SAMT Tengku Ampuan Rahimah
17 April 2017
SAMT Hisamuddin
18 April 2017
SMK Raja Muda Musa
19 April 2017
SAM Rawang
Nama Program : e-KOMPEG
e-KOMPETENSI PENTAKSIRAN GURU
Penyelaras : Puan Norzaidah bt. Abdul Ghani
Jawatan : Penolong Pengarah Kanan, SPP
(Ketua Unit PBS)
Tujuan : Meningkatkan kemahiran guru dalam pentaksiran
sekolah menggunakan ICT
Peserta : wakil Guru Sekolah Rendah dan Menengah
Lokasi :
13 April 2017
PPD Kuala Selangor
17 April 2017
PPD Klang
18 April 2017
PPD Hulu Langat
25 April 2017
PPD Gombak
26 April 2017
PPD Petaling Utama
Gambar atas : Pengarah JPS merasmikan JOM STPM di SAMT
Hisamuddin. Gambar bawah : Timbalan Pengarah bergambar
bersama peserta di SAMT Tengku Ampuan Rahimah
Bersama tulang belakang
JOM STPM.
JOM STPM
E-KOMPEG
Pada 25 April 2017 (Selasa) baru-baru ini, SPP telah berkunjung ke SK Telok Gong yang merupakan
sekolah angkat Sektor Penilaian dan Peperiksaan bagi memberi semangat dan motivasi kepada
murid-murid sekolah tersebut dalam Program Peningkatan Akademik 2017. Tuan Haji Abdul Talib bin
Hamid, Ketua Sektor SPP telah dijemput untuk merasmikan Bengkel Pemantapan Subjek Sains UPSR,
Program Peningkatan Akademik 2017 yang telah diadakan di Dewan Seri Payang, SK Telok Gong.
Turut hadir ke program berkenaan ialah Encik Rozman b. Baharudin (Ketua Penolong Pengarah SPP),
Puan Maisarah bt. Abdullah (Penolong Pengarah Kanan SPP) dan Encik Mohd. Zuraidi b. Komari
(Penyelia SPP). Pentadbir sekolah dan murid-murid kelihatan gembira dan sangat berbesar hati di atas
kesudian Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid memenuhi jemputan memeriahkan program berkenaan.
Kehadiran beliau dan warga SPP lain menunjukkan betapa SPP komited dalam program sekolah
angkat demi membantu apa yang termampu dalam kesibukan urusan peperiksaan yang semakin
menjelang tiba. Berikut dikongsikan bersama bibit-bibit kemeriahan program berkenaan.
Karya
Erti Harga Sebuah Perjuangan
Perjuangan itu, gerun dan mengerikan.
Hebat dan dasyat menggerunkan hati.
Bagi mukmin, di sini harga dan nilainya.
Bagi mukmin, di sini harga dan nilainya.
Perjuangan itu bagai sampan di laut.
Di atas lapang tiada perlindungan.
Di bawah air melambung dan menggunung.
Menongkah gelombang yang datang melanda.
Kiri kanan depan dan belakang,
Angin yang menderu tidak tahu bila datang.
Hujan badai yang datang menyerang.
Bak singa lapar yang garang.
Kadang-kadang terdampar di batu karang.
Penumpang menerima nasib berlainan.
Ada yang jatuh dan ada yang tenggelam.
Yang pandai berenang berpaut ke sampan.
Ada yang berjaya berenang ke tepian.
Sekali lagi dia melayar sampan.
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapannya tetap pada usaha dan doa pada yang
Esa.
-e-PENA-
IMBAUAN DETIK-DETIK SEKTOR PENILAIAN DAN
PEPERIKSAAN JANUARI – APRIL 2017
Selesai sudah sebuah amanah kecil yang datang dengan harapan yang menggunung – ismahisham ismail