edisi : 5/2018 tarikh : 9 februari 2018 / 23 jamadilawal …

2
Ramai dalam kalangan penuntu ilmu berasa tidak perlu menjaga adab terutama dengan guru sedangkan se- bagai pelajar, mereka perlu mendidik diri, menjaga adab dan akhlak supaya ilmu di- peroleh mendapat keberkatan serta kekal dalam diri. Rasulullah SAW pernah membaca doa, "Ya Allah, janganlah sampai aku menemui satu zaman ketika manusia tidak lagi mengikuti orang alim sehingga manusia tidak lagi segan pada orang berakhlak baik. Hati mereka seperti hati orang asing dan apabila berbicara seolah-olah ahli agama tetapi hilang akhlak dan adab dalam hidup- nya." (HR Ahmad) Oleh itu, sewajarnya anak murid memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini ilmu gurunya. Ketika Imam Syafie RA menuntut ilmu bersama Imam Malik, beliau tidak berani menyelak helaian kitabnya melainkan dengan cara yang sangat per- lahan kerana bimbang bunyi itu mengganggu gurunya. Imam Rabi' pula tidak berani minum walau seteguk air sekalipun di hadapan Imam Syafie kerana sangat hormat kepada gurunya. Justeru, anak murid perlu belajar me- rendahkan diri terhadap guru dan mengelakkan perasaan bongkak termasuk bercakap dengan sopan santun. Ketahui hak guru Perkara lain perlu diberi perhatian ialah menge- tahui hak guru. Murid tidak boleh melupakan budi pekerti dan jasa gurunya seperti per- ilaku Imam Syu'bah terhadap gurunya hingga beliau berka- ta: "Apabila saya belajar dengan guru, saya akan men- jadi hamba kepada mereka selagi mereka hidup." Ini anta- ra contoh bagaimana murid menghargai ilmu yang sangat bernilai dan meraikan jasa guru. Selain itu, doakan guru agar dipanjangkan usia dan diberikan perkara baik. Sesungguhnya setiap doa baik yang ditujukan kepada guru akan kembali memberi kesan baik kepada murid kerana 10 kebaikan didoakan kepada orang lain, Allah akan menganjari 100 kebaikan. Malah, jika didoakan keburukan sekalipun, Allah akan membalas bertimpa- timpa keburukan terhadap pemohon doa itu. Imam Syafie pernah berkata kepada Sufyan Uyai- nah: "Begitu ramai yang da- tang menuntut ilmu denganmu tetapi sering kali kamu bersi- kap garang dengan mereka." Sufyan menjawab, "Mereka adalah manusia bodoh sekiranya mereka meninggal- kan apa yang memberi manfaat disebabkan perilaku burukku terhadap mereka." Bersopanlah ketika berada dalam majlis ilmu ber- sama guru, jagalah diri agar tidak mengganggu pandangan mereka atau leka melakukan perkara lain yang melalaikan serta menghalang proses pembelajaran. Sewajarnya mohon izin terlebih dulu untuk berada dalam majlis ilmu yang dikendalikan guru seperti yang dilakukan Ibnu Abbas sewaktu ingin menuntut ilmu bersama Zaid. Beliau sanggup menunggu di hadapan rumah gurunya apabila diberitahu gurunya sedang tidur. Ibnu Abbas tidak mahu gurunya diganggu dan lebih sanggup menunggu Zaid bangun untuk menuntut ilmu sehingga terbit matahari. Ini menunjukkan kesabaran Ibnu Abbas dan sifat yang sangat mementing- kan adab serta akhlak kepada guru. Seorang pelajar perlu memberi perhatian sepe- nuhnya terhadap setiap perka- ra disampaikan guru sekalipun pernah didengar kerana ia antara adab perlu dijaga keti- ka menimba ilmu. Semoga kita menjadi penuntut ilmu yang diberikan keberkatan dan rahmat dariNYA. SINAR JUMAAT EDISI : 5/2018 TARIKH : 9 Februari 2018 / 23 JamadilAwal 1439H TERBITAN: PUSAT ISLAM & PEMBANGUNAN INSAN IBNU ABBAS RELA TUNGGU GURUNYA TIDUR

Upload: others

Post on 23-Nov-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI : 5/2018 TARIKH : 9 Februari 2018 / 23 JamadilAwal …

Ramai dalam kalangan penuntu ilmu berasa tidak perlu menjaga adab terutama dengan guru sedangkan se-bagai pelajar, mereka perlu mendidik diri, menjaga adab dan akhlak supaya ilmu di-peroleh mendapat keberkatan serta kekal dalam diri. Rasulullah SAW pernah membaca doa, "Ya Allah, janganlah sampai aku menemui satu zaman ketika manusia tidak lagi mengikuti orang alim sehingga manusia tidak lagi segan pada orang berakhlak baik. Hati mereka seperti hati orang asing dan apabila berbicara seolah-olah ahli agama tetapi hilang akhlak dan adab dalam hidup-nya." (HR Ahmad) Oleh itu, sewajarnya anak murid memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini ilmu gurunya. Ketika Imam Syafie RA menuntut ilmu bersama Imam Malik, beliau tidak berani menyelak helaian kitabnya melainkan dengan cara yang sangat per-lahan kerana bimbang bunyi itu mengganggu gurunya. Imam Rabi' pula tidak berani minum walau seteguk air sekalipun di hadapan Imam Syafie kerana sangat hormat kepada gurunya. Justeru, anak murid perlu belajar me-rendahkan diri terhadap guru dan mengelakkan perasaan bongkak termasuk bercakap dengan sopan santun.

Ketahui hak guru Perkara lain perlu diberi perhatian ialah menge-tahui hak guru. Murid tidak boleh melupakan budi pekerti dan jasa gurunya seperti per-ilaku Imam Syu'bah terhadap gurunya hingga beliau berka-ta: "Apabila saya belajar dengan guru, saya akan men-jadi hamba kepada mereka selagi mereka hidup." Ini anta-ra contoh bagaimana murid menghargai ilmu yang sangat bernilai dan meraikan jasa guru. Selain itu, doakan guru agar dipanjangkan usia dan diberikan perkara baik. Sesungguhnya setiap doa baik yang ditujukan kepada guru akan kembali memberi kesan baik kepada murid kerana 10 kebaikan didoakan kepada orang lain, Allah akan menganjari 100 kebaikan. Malah, jika didoakan keburukan sekalipun, Allah akan membalas bertimpa-timpa keburukan terhadap pemohon doa itu. Imam Syafie pernah berkata kepada Sufyan Uyai-nah: "Begitu ramai yang da-tang menuntut ilmu denganmu tetapi sering kali kamu bersi-kap garang dengan mereka." Sufyan menjawab, "Mereka adalah manusia bodoh sekiranya mereka meninggal-kan apa yang memberi manfaat disebabkan perilaku burukku terhadap mereka."

Bersopanlah ketika berada dalam majlis ilmu ber-sama guru, jagalah diri agar tidak mengganggu pandangan mereka atau leka melakukan perkara lain yang melalaikan serta menghalang proses pembelajaran. Sewajarnya mohon izin terlebih dulu untuk berada dalam majlis ilmu yang dikendalikan guru seperti yang dilakukan Ibnu Abbas sewaktu ingin menuntut ilmu bersama Zaid. Beliau sanggup menunggu di hadapan rumah gurunya apabila diberitahu gurunya sedang tidur. Ibnu Abbas tidak mahu gurunya diganggu dan lebih sanggup menunggu Zaid bangun untuk menuntut ilmu sehingga terbit matahari. Ini menunjukkan kesabaran Ibnu Abbas dan sifat yang sangat mementing-kan adab serta akhlak kepada guru. Seorang pelajar perlu memberi perhatian sepe-nuhnya terhadap setiap perka-ra disampaikan guru sekalipun pernah didengar kerana ia antara adab perlu dijaga keti-ka menimba ilmu. Semoga kita menjadi penuntut ilmu yang diberikan keberkatan dan rahmat dariNYA.

SINAR JUMAAT EDISI : 5/2018 TARIKH : 9 Februari 2018 / 23 JamadilAwal 1439H

TERBITAN: PUSAT ISLAM & PEMBANGUNAN INSAN

IBNU ABBAS RELA TUNGGU GURUNYA TIDUR

Page 2: EDISI : 5/2018 TARIKH : 9 Februari 2018 / 23 JamadilAwal …

GLOBAL

WASHINGTON: Lebih 100 pejuang yang menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad terbunuh selepas pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat berjaya mematahkan se-rangan bersepadu besar-besaran sepanjang lewat Rabu hingga awal pagi semalam, kata seorang pegawai di Washington.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, pasukan tentera pro-Bashar termasuk, antara lain, kira-kira 500 anggota yang bergerak ter-susun dan disokong artileri, kereta kebal, sis-tem pelancaran roket serta meriam.

Pemerintah Pusat berkata, operasi yang ber-mula lewat Rabu itu bagi mematahkan se-rangan terhadap ibu pejabat Tentera Demo-kratik Syria (SDF), sekutu pakatan tentera AS yang memainkan peranan penting dalam perang terhadap Daish di negara itu.

Pegawai tentera berkata, SDF dan pakatan tentera AS menyasarkan pejuang prokerajaan dengan serangan udara serta atileri selepas 20 hingga 30 artileri serta tembakan kereta kebal

membedil 500 meter ke dalam kawasan ibu pejabat SDF.

Dia tidak mengenal pasti penyerang terbabit secara terperinci yang mungkin turut mem-babitkan pejuang Iraq serta Lubnan yang me-nyokong Bashar dalam perang saudara tujuh tahun Syria itu. Bashar turut menerima sokongan Russia serta Iran.

Reuters memetik pegawai tentera AS berkata: “Kami mengesyaki tentera prokerajaan merancang merampas semula kawasan yang dibebaskan daripada Daish oleh SDF pada September tahun lalu.”

Kawasan berkenaan termasuk lapangan min-yak di Khusham yang menjadi sumber penda-patan penting Daish dari 2014 hingga 2017.

**sumber: hmetro

Patah Serangan

PALESTIN: Ketua-ketua polis di Israel akan menyuruh peguam negara men-dakwa Perdana Menteri Benjamin Netan-yahu atas kesalahan korupsi.

The Hill memetik The Israel Times melaporkan Netanyahu dituduh menerima rasuah dan menerima 'hadiah' mewah.

Cadangan untuk mendakwa Netanyahu telah dihantar kepada peguam negara, Avichai Mandelblit.

Dalam satu rakaman, Netanyahu tahu mengenai rancangan tersebut dan menafi-kan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Antara pihak yang dituduh memberi pem-

berian mewah kepada Netanyahu adalah pengarah Hollywood, Arnon Milchan.

Sumber: sharian

Polis Israel Mahu Dakwa Netanyahu Kerana Korupsi

Hukum Najis & Perut Ikan ??

Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah han-ya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka ba-rangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)

Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka ja-wab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir. Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini. Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab: "Laut itu airnya suci dan bangkainya halal." (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang menga-takan:"Dihalalkan bagi kamu binatang bu-ruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Ab-dullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, dic-eriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi: "Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, ber-ilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang mem-berinya sedikit. Kemudian Nabi me-makannya." (Riwayat Bukhari)

Tiada pun dia-rahkan oleh Nabi un-tuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) : Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air.Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu di-ambilnya

itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Bi-natang-binatang tersebut berupa ikan atau-pun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya. Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepa-da hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua bi-natang laut, tidak ada satupun yang diha-ramkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menye-rahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai mod-al kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak me-nyiksanya. Firman Allah: "Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan da-ripadanya daging yang lembut." (an-Nahl: 14)