edisi jan apr 2019 - met.gov.my · ucapan perasmian oleh ybhg. ... bersara sebagai tanda...
TRANSCRIPT
Edisi Jan – Apr 2019
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA, JALAN SULTAN, 46667 PETALING JAYA, SELANGOR.
SEKALUNG TAHNIAH
Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 pada 19
Februari 2019, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia,
YBhg. Datuk Alui bin Bahari telah dikurniakan Darjah Kebesaran
Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran
Datuk oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayattuddin
Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in
Billah. Tahniah diucapkan kepada Datuk Alui bin Bahari di atas
pengurniaan pingat tersebut.
RENCANA PENGARANG |2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur alhamdullilah dipanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi, kita dapat bertemu kembali
menerusi Berita Meteorologi Edisi Januari – April 2019. Sepanjang tempoh ini banyak
program/aktiviti telahpun dilaksanakan oleh jabatan sama ada di peringkat kebangsaan
dan negeri. Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang
membawa gelaran Datuk kepada KPMMD merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan
dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh jabatan kepada negara.
Pada tahun ini, jabatan telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui Pusat STEM Negara dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengadakan program-
program STI secara engagement di sekolah-sekolah selaras dengan inisiatif MESTECC,
ESTECC Education in school. Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 di SMK Bukit Merchu
Kuala Kangsar, Perak pada 19 Mac 2019 dan program-program kesedaran awam di
Terengganu, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada program
kerjasama tersebut. Diharapkan usaha murni sebegini akan dapat melahirkan lebih ramai
generasi muda yang berminat dan mahir dalam bidang STI demi memastikan
kesinambungan pembangunan negara.
Di kesempatan ini, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sidang Pengarang
Berita Meteorologi, Bahagian/Seksyen/Unit di Ibu Pejabat dan Pejabat Meteorologi Negeri
di atas kerjasama dan sumbangan artikel yang diberikan bagi membolehkan Berita
Meteorologi meneruskan wadahnya menyampaikan informasi yang bermanfaat buat
semua. Akhir kata, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Salam Mesra,
Ramlan Ab Rahman
Ketua Pengarang
Saudara, Saudari pembaca budiman…
RENCANA PENGARANG |3
Penasihat Dr. Wan Azli bin Wan Hassan Ketua Pengarang En. Ramlan Ab Rahman Pengarang Eksekutif Dr. Fariza Yunus Pengarang Pn. Lucia Enggong
Pn. Nor Khafiza Manan
Pn. Rosita Galang
Pn. Siti Norbaizura Mat Said
Pn. Marcella James J.
En. Rosmadinor Mohamad
En. Mohd Ridzuan Adam
Pn. Wan Fariza Mustafah
Pn. Dayang Norazila Awang Bima
Pn. Siti Badderiah Hamim
Pegawai Perhubungan Awam
Pn. Malini a/p Kunjappan
Reka Bentuk
En. Ab. Rahman Buang
Pn. Lillian Nasharitah Boney Abdullah
Juru Foto
En. Rosli Abu Bakar
Urus Setia
Pn. Marina Ismail
Pn. Sytee Syafarina Jaafar
SIDANG PENGARANG
AKTIVITI JABATAN |4
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 April 2019, Majlis Lambaian Kasih sempena persaraan YBhg Datuk Alui bin
Bahari, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia yang bersara wajib pada 4 Mei
2019 telah diadakan di Auditorium. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg
Datuk KPMMD di atas segala jasa, pimpinan dan khidmat bakti kepada jabatan selama
hampir 37 tahun tempoh perkhidmatan beliau di jabatan ini terutamanya selaku Ketua
Pengarah sejak 12 April 2017.
AKTIVITI JABATAN |5
RETREAT STRATEGIK BERSAMA KETUA PENGARAH MMD
Retreat Strategik Bersama Ketua Pengarah MMD telah diadakan pada 20 hingga 22
Februari 2019 bertempat di Kompleks Tabung Haji Movenpick Sepang, Selangor.
Program ini telah dihadiri oleh 33 orang pegawai yang terdiri daripada Ketua Pengarah,
kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Kanan, semua Pengarah di Ibu Pejabat
dan Pejabat Negeri.
Retreat ini bertujuan untuk memperkasakan hala tuju Jabatan agar relevan dengan
keperluan dan perubahan semasa sebagai agensi tunggal negara dalam membekalkan
perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik. Retreat ini juga memberi fokus kepada
inisiatif yang dirancang agar dapat dilaksanakan secara holistik dan bersepadu bagi
memperkasa dan meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan, keselamatan
dan pembangunan lestari.
Pelan Strategik ICT (ISP) juga dibincangkan pada Retreat kali ini. ISP tersebut akan
dijadikan dokumen induk bagi perancangan dan pelaksanaan projek-projek ICT MMD.
AKTIVITI JABATAN |6
Skop ISP akan merangkumi perkara-perkara seperti penambahan dan pemantapan
infrastruktur ICT dalam memantapkan perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik.
Susulan dari sesi perbincangan tersebut, secara keseluruhannya program bagi Pelan
Strategik 2016-2020 telah dilaksanakan sebagaimana perancangan yang ditetapkan.
Selain itu, sesi ini juga membincang serta merangka Pelan Strategik bagi tahun 2021-
2025.
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN (MoA) ANTARA JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA DAN
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
MMD dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah memeterai Memorandum
Perjanjian (MoA) pada 25 Januari 2019 di Ibu Pejabat MMD, Petaling Jaya, Selangor.
Majlis tersebut menyaksikan YBhg. KPMMD bersama YBhg. Naib Canselor UMT, Prof.
Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar menandatangani dokumen perjanjian. MoA ini bertujuan
untuk membina sistem yang komprehensif dalam memberi maklumat terkini berkaitan
keadaan laut semasa. Kerjasama erat MMD dan UMT telah bermula sejak tahun 2017
dalam pembangunan projek Ocean Forecasting System (OFS) melibatkan perkongsian
data atmosfera dan oseanografi di perairan Laut China Selatan.
AKTIVITI JABATAN |7
LAWATAN TEKNIKAL KE STESEN BUMI
AGENSI REMOTE SENSING MALAYSIA
Pada 7 Februari 2019, pegawai Bahagian Radar dan Satelit Meteorologi bersama KPMMD
telah mengadakan lawatan teknikal ke Stesen Bumi Agensi Remote Sensing Malaysia di
Temerloh, Pahang. Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan informasi serta
perkembangan terkini teknologi penerimaan stesen bumi. Perbincangan teknikal turut
diadakan berkaitan pengoperasian sistem, pengurusan produk dan data satelit, serta
pengemaskinian data semasa.
HARI METEOROLOGI SEDUNIA 2019 DAN
PELANCARAN BUKU IKLIM PERAK
Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Merchu, Kuala Kangsar, Perak pada 19 Mac 2019 dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Iklim Perak turut dilancarkan semasa sambutan
tersebut. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Bin Haji
Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim (MESTECC). Hari Meteorologi Sedunia disambut pada 23 Mac setiap
tahun oleh seluruh komuniti meteorologi di 192 buah negara anggota Pertubuhan
Meteorologi Sedunia (World Meteorological Organisation - WMO), termasuk Malaysia.
Tema Sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2019 ialah “Matahari, Bumi dan Cuaca”.
AKTIVITI JABATAN |8
Sambutan Hari Meteorologi Sedunia pada tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti
untuk para pelajar sekolah yang hadir. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah
pertandingan penyampai cuaca, pertandingan mewarna, photo booth, creative corner,
pendaftaran RakanMET, ceramah kerjaya serta aktiviti jualan dan pameran. Seramai
1,091 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah, guru dan agensi kerajaan telah hadir
bagi memeriahkan sambutan Hari Meteorologi pada tahun ini.
Ucapan perasmian oleh
YBhg. Datuk Seri KSU MESTECC
Ucapan alu-aluan oleh
YBhg. Datuk KPMMD
AKTIVITI JABATAN |9
Gambar Hari Meteorologi Sedunia 2019
AKTIVITI JABATAN |10
MESYUARAT PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI KE-23
Mesyuarat Penolong Pegawai Meteorologi Ke-23 telah diadakan pada 19 hingga 22 Mac
2019 bertempat di Pejabat Meteorologi Sarawak. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 36
orang Penolong Pegawai Meteorologi dan YBhg. Datuk Alui Bahari, KPMMD serta YBrs.
Encik Jailan Simon, TKP(O) selaku Penasihat Mesyuarat.
Semasa mesyuarat, beberapa sesi ceramah teknikal dan perkongsian idea telah
disampaikan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan. Lawatan ke Pejabat
Meteorologi Kuching, Sarawak turut diadakan bagi memberi pendedahan berkenaan
operasi kerja untuk memantapkan kemahiran dan pengetahuan tentang meteorologi
penerbangan.
AKTIVITI JABATAN |11
AKTIVITI JABATAN |12
MAJLIS BERSAMA JABATAN
Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah berlangsung pada 23 Mac 2019 bertempat di Pejabat
Meteorologi Bintulu dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KPMMD serta dihadiri oleh
TKP(S) dan TKP(O). Sebanyak enam isu baharu telah dibangkit dan diselesaikan serta
diambil tindakan oleh pihak pengurusan. Majlis turut meraikan Datuk KPMMD yang akan
bersara sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan beliau sebagai Pengerusi MBJ.
SAMBUTAN MINGGU SAINS NEGARA 2019
PERINGKAT NEGERI SABAH
MMD melalui Pejabat Meteorologi Sabah telah menjadi agensi peneraju Minggu Sains
Negara 2019 (MScN’19) Peringkat Negeri Sabah. Program ini dijalankan dengan
kerjasama strategik dari Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah, Jabatan
Perhutanan Sabah, Jabatan Penerangan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Duta Sains
Tuaran, Politeknik, Sabah Electricity Sdn. Bhd, Sabah Stargazers dan Kelab Revolusi
Usahawan Sabah.
AKTIVITI JABATAN |13
Dua program satelit MScN’19 telah dijalankan di SMKA Tun Juhar, Sandakan pada 2 April
dan SMK Taun Gusi II, Kota Belud pada 4 April. Pelbagai aktiviti menarik diadakan
seperti pameran interaktif, ceramah, Pertandingan Idola Penyampai Cuaca,
Pertandingan Rubik’s Cube, Quiz Run dan CSI Game.
Sambutan utama MScN’19 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di Pentas Terbuka
Kundasang pada 6 hingga 7 April bersekali dengan Pesta Rombituon yang julung kali
diadakan bertujuan membudayakan sains astronomi dan astro pelancongan di Sabah.
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan roket air, astrofotografi dan
nyanyian, pameran interaktif serta Simposium Mini Rombituon. Majlis Perasmian
MScN’19 Peringkat Negeri Sabah dan Pesta Rombituon telah disempurnakan oleh YB
Puan Isnaraissah Munirah Majilis, Timbalan Menteri MESTECC pada malam 6 April 2019.
AKTIVITI JABATAN |14
PROGRAM KESEDARAN AWAM MENGENAI RISIKO BENCANA
GEMPA BUMI, TSUNAMI DAN CUACA EKSTREM
Untuk tempoh suku pertama tahun 2019, MMD dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia telah menganjurkan sebanyak empat Program Kesedaran Awam
Mengenai Risiko Bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Cuaca Ekstrem. Program ini
bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai risiko bencana akibat gempa bumi,
tsunami dan cuaca ekstrem kepada komuniti sekolah, meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran mengenai perkhidmatan dan peranan MMD kepada pelajar, guru-guru, warga
kerja sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah sesi taklimat mengenai Bencana
Cuaca Ekstrem di Malaysia dan Bencana Gempa Bumi dan Tsunami serta Sistem Amaran
Awal Tsunami Nasional Malaysia, pameran berkaitan perkhidmatan jabatan dan
Pertandingan Penyampai Cuaca.
12 Mac 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Cendering Kuala Terengganu, Terengganu.
Bilangan peserta seramai 283 orang.
AKTIVITI JABATAN |15
9 April 2019
SMK Dato’ Jaafar Hassan, Bukit
Keteri, Perlis. Bilangan peserta
seramai 277 orang.
14 Mac 2019 SMK Berangan, Tumpat, Kelantan.
Bilangan peserta seramai 287 orang.
AKTIVITI JABATAN |16
Gambar Aktiviti Program Kesedaran Awam
11 April 2019
SMK Teluk Bahang, Teluk Bahang,
Pulau Pinang. Bilangan peserta
seramai 296 orang.
AKTIVITI JABATAN |17
Mesyuarat Agung KKSMM Kali Ke-43
Pada pukul 3.00 petang, Jumaat 15 Mac 2019 bersamaan 7 Rejab 1440H, KKSMM telah
mengadakan Mesyuarat Agung KKSMM kali ke-43 di Auditorium Aras 8, MMD. Mesyuarat
ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Alui bin Bahari, KPMMD selaku Presiden KKSMM.
Seramai 97 orang ahli telah hadir dan membuat pilihan serta memberi mandat kepada
Jawatankuasa yang baru untuk tempoh dua penggal. Ini merupakan Mesyuarat Agung
KKSMM yang terakhir yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk KPMMD sebelum beliau
bersara pada 4 Mei 2019. Mesyuarat telah berlangsung selama lebih kurang 1 jam 30
minit dengan pembentangan keseluruhan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di
bawah Program Sukan dan Kebajikan serta Sosial dengan terperinci oleh Biro masing-
masing.
Manakala pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2018 telah diluluskan sebulat suara
dengan tiada bantahan dari ahli-ahli. Penyampaian cenderahati penghargaan kepada
ahli yang bersara menjadi acara terakhir dengan disulami acara Cabutan Nombor
Bertuah yang menjadi acara yang ditunggu-tunggu sebelum mesyuarat bersurai.
AKTIVITI JABATAN |18
Dalam ucapan penutup YBhg. Datuk Presiden KKSMM, beliau menyeru supaya semua
warga MMD dapat menjadi ahli dan menyertai keluarga besar KKSMM serta
menyemarakkan kelab dengan penganjuran aktiviti-aktiviti yang bermanafaat.
Sukan Tahunan KKSMM 2019
Sukan Tahunan KKSMM 2019 telah bermula pada 20 April 2019 dengan acara catur dan
dam aji yang berlangsung di Auditorium MMD. Acara sukan ini telah disertai oleh empat
pasukan dan keputusan pertandingan adalah seperti berikut:
Catur
Tempat Pertama : Typhoon - (BRSM, POCGN, UKK)
Tempat Kedua : Hurricane - (BKM, BPPT, BTCG, BLT)
Tempa Ketiga : Willy-willy - (BKP, Pejabat/Stesen Negeri, Unit Integriti)
Tempat Keempat : Cyclone - (BSAPA, BIM, PIN, BPSA)
Dam Aji
Tempat Pertama : Willy-willy
Tempat Kedua : Typhoon
Tempa Ketiga : Hurricane
Tempat Keempat : Cyclone
AKTIVITI JABATAN |19
Kejohanan Indoor Games MAKSWIP 2019
KKSMM juga telah menghantar pemain bagi kategori wanita individu dan lelaki
berkumpulan untuk menyertai Kejohanan Indoor Games Majlis Kebajikan dan Sukan
Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP). Kejohanan tersebut
berlangsung pada 27 hingga 28 April 2019 di Bangunan JPA, WP Putrajaya.
AKTIVITI JABATAN |20
MESYUARAT AGUNG SURAU KAJICUACA KALI KE-14
Pada 13 Mac 2019, Surau Kajicuaca telah mengadakan
Mesyuarat Agung Kali Ke-14 bagi memilih
Jawatankuasa Surau Sesi 2019-2021 untuk
menggantikan Jawatankuasa Surau Sesi 2017-2019.
Seramai 60 orang kakitangan telah menghadiri
mesyuarat ini. Mesyuarat telah dimulakan dengan
ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus Mahadi
yang bertajuk ‘Hubungan dengan Allah, Hubungan
dengan Manusia’ yang berkisarkan tentang menjaga
hubungan kita dengan Allah dan juga hubungan kita
sesama manusia dengan mengikut cara hidup
Rasulullah.
Pada 30 April 2019, Surau Kajicuaca telah mengadakan Majlis Tahlil Perdana dan Bacaan
Yasin sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak Tahun 1440H/2019M.
Program ini bertujuan memohon keberkatan dan kesihatan yang baik untuk
menjalankan ibadah puasa dan amal ibadah yang lain.
Mesyuarat Tahunan PUSPANITA MMD 2018
Pada 19 April 2019, PUSPANITA MMD
telah mengadakan Mesyuarat Tahunan
2018 dengan kehadiran lebih 100 orang
ahli termasuk empat orang ahli pesara.
Agenda utama mesyuarat adalah
pembentangan laporan aktiviti dan
kewangan bagi tahun 2018 serta
perbincangan isu-isu yang ada.
AKTIVITI JABATAN |21
Majlis Penghargaan turut diadakan bagi meraikan persaraan YBhg. Datuk Alui Bahari,
Ketua Pengarah MMD merangkap Penasihat PUSPANITA MMD yang akan bersara pada 4
Mei 2019 dan juga isteri beliau, YBhg. Datin Sharifah Hanim Zaki yang akan
mengundurkan diri sebagai Pengerusi PUSPANITA MMD. Ahli-ahli yang bakal bersara
pada tahun 2019 turut diraikan.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI|22
PEJABAT METEOROLOGI PAHANG
Lawatan St. Christhopher’s International Primary School,
Penang Pada 23 dan 24 Januari 2019, PM Cameron Highlands telah menerima lawatan seramai
73 orang pelajar Tahun 5 dan 10 orang guru daripada St. Christhopher’s International
Primary School, Penang. Lawatan ini telah dibahagikan kepada tiga sesi dan bertujuan
untuk memberi pendedahan berkaitan kaedah mengukur elemen cuaca.
Lawatan Universiti Malaysia Terengganu PM Cameron Highlands telah menerima
lawatan dari Universiti Malaysia Terengganu
(UMT) pada 30 Januari 2019. Lawatan ini
bersempena Program Ekspedisi Udara Bersih
3.0 yang merupakan salah satu program di
bawah Persatuan Forum Udara Bersih
Malaysia (MyCAS) yang dipengerusikan oleh
Pensyarah Kanan UMT iaitu Dr. Noor Zaitun
Yahaya. Lawatan ini bertujuan mengetahui
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI|23
lebih lanjut mengenai prosedur penyelidikan pencemaran udara dan meteorologi
Lawatan ke Simulator, Pangkalan Udara Kuantan TUDM Pada 12 Februari 2019, PM Pahang telah mengadakan lawatan ke Ground Base Training
Simulator, Pangkalan Udara TUDM Kuantan. Lawatan ini bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada staf PM Pahang tentang program simulator penerbangan yang
disediakan untuk pelatih-pelatih juruterbang menjalani latihan indoor terutama ketika
cuaca buruk serta meninjau pesawat TUDM yang beroperasi di Pangkalan Udara
Kuantan.
Hari Keluarga 2019
Pada 16 Februari 2019, seramai 70 orang yang terdiri staf dan ahli keluarga bagi Pejabat
Meteorologi di Pahang telah menghadiri “Family Fun Day MET Pahang” bertempat di
Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan. Aktiviti yang diadakan ialah senam robik, BBQ
dan acara sukaneka. Penganjuran Hari Keluarga ini bertujuan bagi membangkitkan
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI|24
semangat kekitaan di kalangan staf dan ahli keluarga, semangat kerjasama dan hormat-
menghormati.
Program Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan
Pada 28 Februari 2019, PM Pahang telah mengadakan Program Ceramah dan
Pemeriksaan Kesihatan. Ceramah bertajuk Memahami Status Kesihatan yang
disampaikan oleh Dr. Ahmad Zulfadli Muhamad Noor, Pegawai Kesihatan daripada
Pejabat Kesihatan Jaya Gading, Kuantan dan disusuli dengan aktiviti pemeriksaan
keadaan kesihatan, seperti pemeriksaan BMI, tekanan darah dan kandungan gula serta
kolestrol dalam darah.
Lawatan ke Menara Kawalan Pangkalan Udara TUDM
Pada 18 Mac 2019, PM Pahang telah mengadakan lawatan ke Menara Kawalan Pangkalan
Udara Kuantan (TUDM). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI|25
PM Pahang mengenai tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara serta kepentingan data cuaca
terhadap sistem operasi Menara Kawalan dalam mengawal pergerakan pesawat di
lapangan terbang.
Lawatan ke Markas 4 Briged Tentera Darat Malaysia Kuantan
Pada 18 Mac 2019, PM Pahang telah mengadakan lawatan ke Markas 4 Briged (Mekanize)
Tentera Darat Malaysia bertempat di Kem Batu 10, Kuantan. Tujuan lawatan ini adalah
untuk memberi pendedahan kepada staf PM Pahang berkenaan skop kerja Tentera Darat
Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Lawatan Pelajar UIA Kampus Kuantan, Pahang Pada 24 April 2019, seramai 20 orang pelajar dan tiga orang pensyarah Universiti Islam
Antarabangsa (UIAM) Kampus, Pahang telah mengadakan lawatan ke PM Pahang.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |26
PEJABAT METEOROLOGI KELANTAN
Lawatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab
Pada 25 Februari 2019, seramai 34 orang pelajar dan dua orang guru pengiring SMK
Zainab telah melawat PM Kelantan. Pelawat telah diberikan penerangan dan
pendedahan tentang peralatan yang digunakan untuk mencerap cuaca seperti AWS,
radar dan satelit.
Hari Keluarga 2019
Pada 28 Februari 2019, sambutan Hari Keluarga PM Kelantan telah diadakan dan aktiviti
sukaneka telah diadakan bagi anak-anak kakitangan. Perlawanan persahabatan futsal
diantara PM Kelantan dan PM Terengganu juga telah diadakan pada hari tersebut.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |27
PEJABAT METEOROLOGI SELANGOR
Pameran sempena Karnival Akademik di SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang
24 April 2019
Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
9 April 2019
Pameran sempena karnival Kurikulum di SMK Seksyen
19 Shah Alam
13 Mac 2019
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |28
PEJABAT METEOROLOGI SABAH
Lawatan dari Sekolah dan Institusi Pengajian
Lawatan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran seramai 17
orang pelajar.
Lawatan dari Politeknik Kota Kinabalu seramai 24 orang pelajar.
Lawatan dari Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu seramai 120 orang.
9 April 2019
18 Mac 2019
12 Februari 2019
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |29
Penyerahan Kunci Genset Oleh Jabatan Kerja Raya
Pada 4 Mac 2019, satu sesi taklimat mengenai operasi genset oleh pihak kontraktor dan
telah diadakan di PMKK dan Pengarah Pejabat Jabatan Meteorologi Sabah, En. Azemi
Daud telah menandatangani surat penerimaan kunci genset tersebut.
Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti
Pada 3 hingga 4 April 2019, Audit Dalaman telah diadakan di PMKK.
Lawatan dari pelajar Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS).
17 April 2019
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |30
Acara ‘Run For Science’
Pada 27 April 2019, kakitangan Pejabat Meteorologi Sabah yang telah menyertai
acara ‘RUN FOR SCIENCE’ sempena Minggu Sains Negara 2019 Peringkat Negeri Sabah
yang telah diadakan di Tanjung Aru.
AKTIVITI PEJABAT METEOROLOGI |31
PEJABAT METEOROLOGI PERAK
BERITA KAKITANGAN |32
Gambar Aktiviti Pejabat Meteorologi Perak
BERITA KAKITANGAN |33
MAJLIS APRESIASI MESTECC 2019
Senarai nama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018
1. Lim Ze Hui 2. Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip 3. Rozitta Sulaiman 4. Ahmad Zaki Bin Mohamad Saad 5. Haburi bin Hamdan 6. Hamray bin Muhammad Yazit 7. Amirul Nizam bin Marodzi 8. Azlai bin Ta’at 9. Noor Azra binti Ahim 10. Suzalina binti Kamaruddin 11. Ibrahim bin Johari 12. Zamuna binti Zainal 13. Mohamed Fadly bin Yusof 14. Afizal Haqeem bin Shapee 15. Heernani binti Abu Bakar 16. Mohd Ridzuan bin Adam 17. Diong Jeong Yik 18. Mohd Aziz bin Mat Taib 19. Siti Hawa binti Shuhaimi 20. Norazian binti Mohd Rashid
21. Nuraihan binti Harun 22. Siti Khadijah binti Ramli 23. Mazlan bin Ali 24. Wan Nazri bin Wan Zain 25. Matbeh bin Salam 26. Maralip bin Lamdani 27. Ahmad bin Minulin 28. Alim bin Madahin 29. Joseph Liew Yun Siong 30. Law Buang Hong 31. Ismail bin Narawi 32. Tiong Chui Khieng 33. Wan Andi Nasrul bin Wan Mustafa 34. Nur Hassan bin Otong 35. Mohd Khalid bin Haron 36. Nik Ilyana binti Nik Abdul Rahman 37. Jonson bin Soumin 38. Yip Weng Sang 39. Norlaila binti Ismail 40. Noora binti Rosli
BERITA KAKITANGAN |34
41. Wan Mazni binti W Ab Aziz 42. Sharizan bin Mohd Shaari 43. Syahida binti Ab Rahim Halimi 44. Rosli bin Abu Bakar 45. Hashim bin Mispan 46. Sugiman bin Paijo 47. Bong Chin Shiw 48. Vimalanathan A/L Arampoo 49. Lillian Nasharitah Boney Abdullah 50. Rahimah binti Khalid 51. Abd Rahim bin Ahmad 52. Mohammad Aidil Asyraf bin Mohd Adon 53. Mohd Izuddin bin Ibrahim 54. Suraya binti Ali 55. Sumie Shahmil bin Abd Suki 56. Zakiah binti Che Sulong
57. Nabilah Salmi binti Ahamad 58. Siti Khadijah binti Awang 59. Paridah binti Yahaya 60. Amutha A/P Krishnan 61. Freddie Anak Arthur 62. Siti Hawa binti Ismail 63. Mohamad Fadli bin Alwi 64. Noramirah binti Ahmad 65. Rohaya binti Ishak 66. Norsham bin Mat Som 67. Jaafar bin Mohadasan 68. Bohari bin Mohamad Zini 69. Rahman bin Ahmad 70. Pairoz Nor bin Markom 71. Haizad bin Halili
PENGANUGERAHAN PINGAT
Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan yang ke - 71 pada 14 Januari 2019, staf
Pejabat Meteorologi Negeri Sembilan, Puan Idahilmi Binti
Idris telah dianugerahkan Pingat Masyarakat Cemerlang
(PMC) oleh DYMM Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku
Munawir kerana telah menyumbangkan perkhidmatan
terbaik dan boleh diteladani. Tahniah diucapkan kepada
Puan Idahilmi Binti Idris di atas pengurniaan pingat
tersebut.
BERITA KAKITANGAN |35
PERSARAAN KAKITANGAN JAN – APR 2019
CHEW CHUN EI Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Kelantan Tarikh Persaraan: 02 Januari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 36 Tahun
AHMAD ISA BIN KAMIS Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Pulau Pinang Tarikh Persaraan: 06 Mac 2019 Tempoh Perkhidmatan: 37 Tahun
TAN TANG TOONG Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Pulau Pinang Tarikh Persaraan: 16 Januari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 39 Tahun
GOH CHON MOI Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pusat Iklim Nasional Tarikh Persaraan: 19 Mac 2019 Tempoh Perkhidmatan: 34 Tahun
ABD HALIM BIN MAT HASSAN Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pusat Operasi Cuaca & Gempa Bumi Sabah Tarikh Persaraan: 20 Januari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 38 Tahun
SAMSUDIN BIN MOHAMED Penolong Pegawai Meteorologi Gred C32 Pejabat Meteorologi Pahang Tarikh Persaraan: 05 Januari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 32 Tahun
NG CHEE WAH Penolong Pegawai Meteorologi Gred C38 Bahagian Sains Atmosfera & Pembenihan Awan Tarikh Persaraan: 06 Mac 2019 Tempoh Perkhidmatan: 38 Tahun
ABDUL GHANI BIN RASEK Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pejabat Meteorologi Terengganu Tarikh Persaraan: 16 Februari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 32 Tahun
AHMAD ROHANI BIN JAMALUDIN Penolong Pegawai Meteorologi Gred C32 Pejabat Meteorologi Perak Tarikh Persaraan: 21 Februari 2019 Tempoh Perkhidmatan: 41 Tahun
PANIR CHELVAN A/L G.KOTHANDAPANY Penolong Pegawai Meteorologi Gred C38 Bahagian Radar & Satelit Meteorologi Tarikh Persaraan: 27 Mac 2019 Tempoh Perkhidmatan: 38 Tahun
MANIMEGALAI A/P VEERASAMY Penolong Pegawai Meteorologi Gred C40 Bahagian Komunikasi Meteorologi Tarikh bersara: 15 April 2019 Tempoh perkhidmatan: 37 Tahun
HARUN BIN AHMAD Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pusat Meteorologi Penerbangan Nasional Tarikh bersara: 24 April 2019 Tempoh perkhidmatan: 37 Tahun
ANG POO GUAT Penolong Pegawai Meteorologi Gred C38 Bahagian Radar dan Satelit Meteorologi Tarikh bersara: 20 April 2019 Tempoh perkhidmatan: 35 Tahun
MOHD SULTAN BIN ABDUL WAHAB Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Pusat Iklim Nasional Tarikh bersara: 27 April 2019 Tempoh perkhidmatan: 38 Tahun