edisi kelima 2015 - yayasanperak.gov.my · penyerahan watikah pelantikan pengurus besar yayasan...

24
KOMPLEKS BANGUNAN YAYASAN PERAK m/s 13 EDISI KELIMA JANUARI - MEI 2015 FOKUS & HALA TUJU m/s 13 DERMASISWA PENDIDIKAN NEGERI PERAK m/s 10

Upload: vuongdien

Post on 11-Mar-2019

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

KOMPLEKS BANGUNAN YAYASAN PERAK m/s 13

EDISI KELIMAJANUARI - MEI 2015

FOKUS &HALA TUJU m/s 13

DERMASISWA PENDIDIKAN NEGERI PERAK m/s 10

Page 2: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Salam Perak Amanjaya dan Salam 1Malaysia. Alhamdulilah, saya

amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, Edisi Buletin ke-5 Yayasan Perak berjaya diterbitkan.

Pada edisi kali ini, Yayasan Perak memberi fokus kepada program-program pendidikan Yayasan Perak bagi tahun 2015. Pihak pengurusan Yayasan Perak mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak kerana terus menyalurkan peruntukan bagi tahun 2015 seperti Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak sebanyak RM11 juta, Program Kecemerlangan Matematik Tambahan, Fizik & Sejarah (Mind Mapping) RM3.5 juta, Asrama Amanjaya RM2.3 juta, Tuisyen Gemilang RM 1.0 juta, Tabung Pendidikan Amanjaya RM500,000 dan Tutor Utusan Melayu RM460,000. Disamping itu juga, Yayasan Perak turut diamanahkan bagi tahun ketiga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sepak Takraw MAKSAK Negeri Perak 2015, Yayasan Perak amat berharap agar penerbitan buletin ini menjadi salah satu usaha mentransformasikan bidang pendidikan dalam membantu rakyat Negeri Perak. Semoga maklumat dan informasi yang terkandung di dalam buletin ini memberi manfaat kepada seluruh pembaca.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota masyarakat yang telah memberikan input dan maklumbalas bagi tujuan penambahbaikan. Syabas juga saya ucapkan kepada sidang redaksi yang telah memberi idea dan komitmen yang tinggi dalam penerbitan ini.

Mohamad Hidayat bin Abd HalimEksekutif Pendidikan

EDITORIAL PENAUNG YB. Dato’Hj Mohamad Daud bin Hj. Mohd Yusoff PENASIHAT Tuan Abdul Razak bin Mohamed KETUA EDITOR En. Mohamad Hidayat bin Abd Halim EDITOR BERSEKUTU BAHAGIAN PENTADBIRANPn. Balkhes Khaironi binti Zamri BAHAGIAN PROJEK & PELABURAN Tuan Hj. Shafaruddin bin Ahmad En. Emiruddin bin Mohamed Zawadi Pn. Zainab binti Mohamed Lazit BAHAGIAN KEWANGAN Pn. Rohana binti Mohamad Pn. Norazua binti Zulkefli Cik Syatira binti Shaarani BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN En. Farid bin Wazali Pn. Suhailiza binti Mohd Shoffri Pn. Rokiah binti Abdullah UNIT PERHUBUNGAN AWAM Cik Norhafiza binti Khairuddin En. Mohd Shaarani bin Shaari UNIT ICT En. Mohd. Za’im bin Haji Mohd. NasirEn. Azam Fitri bin Mohd Zaini UNIT SUKAN Cik Rosmimi binti Jamalani ANAK SYARIKAT Pn. Rozita binti Ramli FOTO Unit Dokumentasi Yayasan Perak

02 | Editorial 03 | Daulat Tuanku Pertabalan 04 | Perutusan Pengerusi 05 | Perutusan Pengurus Besar 06 | Anggota Yayasan Perak 07 | Semasa 09 | Dermasiswa 11 | Tabung Pendidikan Amanjaya 12 | Program Jemputan Rasmi 13 | Projek & Pelaburan 16 | Asrama Amanjaya Harmoni (AsAH) 18 | Galeri 2014 22 | Hari Keluarga 23 | Aktiviti, Yayasan Perak Di Media 24 | Sukan

KANDUNGAN

MOHAMAD HIDAYAT BIN ABD HALIMKetua Editor

Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff,

Pengerusi Yayasan Perak.2

EDITORIAL

Page 3: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak
Page 4: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan Salam Perak Amanjaya. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat IIlahi dengan ruang untuk

menyampaikan sepatah dua kata dalam Buletin Yayasan Perak edisi yang ke-5 ini. Sesungguhnya, Yayasan Perak amat komited dalam melaksanakan

transformasi pendidikan selaras dengan Pelan Pembangunan Perak Amanjaya dalam melahirkan masyarakat yang berkemahiran, berilmu dan beretika. Melalui pemerkasaan program-program pendidikan yang menyeluruh dan berteraskan “National Blue Ocean Strategy”(NBOS) akan memberi manfaat optimum kepada golongan pelajar ke arah pembentukan modal insan yang seimbang dan berjaya.

Yayasan Perak juga akan memastikan bahawa sumber pendapatan dapat dipertingkatkan supaya sumbangan dalam sektor pendidikan boleh diteruskan. Fokus dan hala tuju Yayasan Perak pada masa ini adalah membangunkan sektor perladangan kelapa sawit sedia ada dengan keluasan hampir 15,000 ekar. Pembangunan harta tanah turut akan menyumbang kepada dana pendidikan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah hampir RM700 juta yang melibatkan kawasan strategik di Bandar Ipoh dan sekitarnya.

Impian penubuhan Kompleks Bangunan Yayasan Perak di Bandar Meru Raya akan menjadi mercu tanda kemegahan bagi rakyat Negeri Perak. Bangunan ikonik setinggi 8 tingkat dengan keluasan 10,000 meter persegi ini yang bernilai kira-kira RM30 juta akan memudahkan akses orang ramai untuk berurusan kerana ianya terletak berhampiran dengan pejabat-pejabat serta agensi kerajaan persekutuan dan negeri. Pembinaan bangunan tersebut dijangka bermula pada suku keempat tahun 2015 ini.

Akhir kata, harapan saya supaya kewujudan Yayasan Perak dapat dirasai dan diperlukan oleh masyarakat di seluruh Negeri Perak. Kami akan terus mendengar denyut nadi rakyat.

YB. Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff Pengerusi Yayasan Perak

YB. DATO’ MOHAMAD DAUD BIN MOHD YUSOFF Pengerusi Yayasan Perak

4

PERUTUSANPENGERUSI

Page 5: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

Assalamualaikum WBT dan Salam Perak Amanjaya. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya untuk tahun 2015 Yayasan Perak dapat menerbitkan buletin bagi keluaran pertama Januari - Mei 2015. Dalam menongkah arus cabaran tahun 2015 serta keperluan pengwujudan budaya kerja baru, komitmen pengukuhan semangat kerjasama berpasukan merupakan tunggak dalam meningkatkan produktiviti organisasi ke atas kepuasan pelanggan.

Bagi melestarikan perancangan hala tuju, Yayasan Perak akan terus komited dalam melaksanakan peranan, tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri dalam mentransformasikan bidang pendidikan sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PendidikanTinggi) PPPM (PT) 2015-2025. Melalui tadbir urus yang cekap dan berintegriti, saya percaya Yayasan Perak berada di landasan yang tepat untuk untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Menerusi paparan buletin ini, saya berharap ianya dapat memberikan maklumat mengenai aktiviti semasa dan peranan Yayasan Perak dalam sektor pendidikan di samping itu, sebagai sumber rujukan mengenai peluang dan kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Perak.

Bersama kakitangan yang efisien dan dedikasi, moga Yayasan Perak akan terus maju khususnya dalam memperkasakan sektor pendidikan Negeri Perak.

Abdul Razak bin MohamedPengurus Besar

ABDUL RAZAK BIN MOHAMED Pengurus BesarYayasan Perak

5

PERUTUSANPENGURUS

BESAR

Page 6: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

6

Y.B. DATO’ SHAM BIN MAT SAHATDPMP., AMP.

ADUN Kawasan Alor Pongsu

Y.BHG. DATO’ SHAMSUDDIN BIN ABD GHAFFARDPMP., AMN., AMP., PPT., JP.

Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat

Y.BHG. DATO’ R.GANESAN Pengerusi MIC Negeri Perak

Y.B. DATO’ HAJI MOHAMAD DAUD BIN HAJI MOHD YUSOFF DPMP., PMP., AMP., PPT. ADUN Kawasan SelamaPengerusi Yayasan Perak

YB DATO’ SERI ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN SPMP., DPMP., KMN., PMP., PPT.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Timbalan Pengerusi Yayasan Perak

Y.B. PUAN ROHANA BINTI ABD. MALEK, KMN Penasihat Undang-Undang Negeri Perak

Y.BHG. DATO’ SYED MOKHTAR B. SYED IDRIS DPMP., PCM., ACM., PPT.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak

Y.BHG. PROF MADYADATUK DR. SHARIFUDDIN BIN HAJI ZAINUDDIN

DMSM., PMP., JP. Pensyarah Universiti Malaya

Y.B. DATO’ HAJI MOHD. GAZALI BIN JALAL DPMP., PCM., AMP

Pegawai Kewangan Negeri Perak

TUAN HAJI ROZI BIN PUTEH ISMAILAMP., PPT.

Pengarah Pendidikan Negeri Perak

Y.BHG. DR. AZIZAH BINTI JOHORKetua Wanita UMNO

Bahagian Lumut

ANGGOTAYAYASAN

PERAK

Page 7: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

7

SEMASA

PROGRAM PERHIMPUNAN SISWI PERAK (PERSIS)DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim bersama YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak dan para peserta ketika Majlis Perasmian Perhimpunan Siswi Perak. Tarikh : 27 Mac 2015 Tempat : Dewan Bankuet, SUK

KUNJUNGAN HORMAT PENASIHAT KANAN GABENOR ACEH KE YAYASAN PERAK Bapak Iskandarsyah Bakri, Penasihat Kanan Gabenor Aceh diiringi oleh YB. Dato’ Mohamad Daud, Pengerusi Yayasan Perak dan YBhg. Dr. Azizah Johor, Anggota Yayasan Perak bersama kakitangan Yayasan Perak. Tarikh : 19 Januari 2015 Tempat : Yayasan Perak

PROGRAM LITTLE QUICK STEPS Tuan Abdul Razak bin Mohamed, Pengurus Besar Yayasan Perak menyampaikan sumbangan kepada YM Raja Yong Sofea binti Almarhum Sultan Azlan Shah untuk Program Little Quick Steps. Tarikh : 24 Mac 2015 Tempat : Yayasan Perak

SUMBANGAN BEG SEKOLAH BANTUAN BANJIR UNTUK MURID - MURID SEKOLAHEn. Mohamad Hidayat bin Abd. Halim, Eksekutif Pendidikan Yayasan Perak menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Juar, Kg. Gajah. Tarikh : 15 Januari 2015 Tempat : SK Pulau Juar, Kg. Gajah.

KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA,PARLIMEN GOPENGKakitangan Yayasan Perak sedang memberi penjelasan kepada pengunjung yang singgah di “booth” Yayasan Perak. Tarikh : 11 & 12 April 2015 Tempat : RTC Gopeng

Page 8: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

KLINIK BERGERAK DR. ZAMBRY ABD KADIR, MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

8

KLINIK BERGERAK DR. ZAMBRY ABD KADIR, MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

SEMASA

DUN BOTA : 17 MAC 2015LOKASI : PUSAT KHIDMAT DUN BOTA

DUN CHENDERIANG : 3 MAC 2015LOKASI : DEWAN KOMUNITI KG. BARU CHENDERIANG

DUN AYER KUNING: 27 FEB 2015LOKASI : PERKARANGAN PASAR SEHARI SUNGAI LESONG BERHAMPIRAN MASJID JAMEK

DUN CHENDEROH : 26 FEB 2015LOKASI : DEWAN ORANG RAMAI, PEKAN KATI

DUN BATU KURAU : 17 FEB 2015LOKASI : ARENA SQUARE BATU KURAU

DUN TRONG : 12 FEB 2015LOKASI : PASAR MALAM SUNGAI KERANG

Page 9: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

DERMASISWA PENDIDIKAN NEGERI PERAK bertujuan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran pada kemasukan semester pertama di tahun pertama (Tawaran Terkini) ke Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (US) terpilih, Kolej Komuniti, Politeknik dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Perak di peringkat Sijil, Matrikulasi, Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda.

DERMASISWA PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PERINGKAT PENGAJIAN

Sijil / Matrikulasi / Asasi / Pra - U

Diploma

Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan

Ijazah Sarjana Muda Profesional

kadar dermasiswa PendidikanNILAI RM

300.00

500.00

1,000.00

1,200.00

SENARAI IPTA1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa)2. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)4. Universiti Malaya (UM)5. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)6. Universiti Malaysia Pahang (UMP)7. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)8. Universiti Teknologi Mara (UiTM)9. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)12. Universiti Putra Malaysia (UPM)13. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)14. Universiti Sains Malaysia (USM)15. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM)16. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)17. Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)18. Universiti Utara Malaysia (UUM)19. Universiti Malaysia Sabah (UMS)20. Institut Pendidikan Guru Seluruh Malaysia21. Matrikulasi

SENARAI UNIvERSITI GLC1. Universiti Teknologi Petronas (UTP)2. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)3. Universiti Multimedia Malaysia (MMU)4. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SENARAI KURSUS PROFESIONAL DAN BUKAN PROFESIONAL

SENARAI IPTSYANG DIIKTIRAF OLEH KERAJAAN NEGERI PERAK

1. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)2. Universiti Tun Abd Razak (UNITAR)3. Politeknik Seluruh Malaysia4. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)5. UNIKL RCMP6. Institut Latihan Perindustrian (ILP)7. Institut Kemahiran Belia Negara8. Giat Mara9. ADTECT10. Kolej Polytech MARA11. Kolej Profesional Baitulmal12. Kolej Risda13. Kolej Yayasan – Yayasan Negeri14. Kolej Tunku Abdul Rahman (Kolej TAR)15. Kolej Teknologi Perak (KTP)16. Kolej Komuniti Seluruh Malaysia17. Kolej TAJ18. Quest International University Perak

SENARAI IPT TAMBAHAN1. Management & Science University (MSU)2. Kolej Pertanian Malaysia3. Asian Institute Of Medicine, Science And Technology

(AIMST))4. Institut Teknologi Negeri(Tafe)5. Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur(KLIUC)6. Masterskill7. Sunway College, Ipoh8. Quest International University Perak9. German - Malaysian Institute (GMI) - MARA10. Japan Malaysia Technical Institute (JMTI) – Kementerian

Sumber Manusia11. Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)12. Universiti Kuala Lumpur Malaysia French Institute (UNIKL-MFI)13. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UNIKL-MSI)14. Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL-BMI)15. Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute Of Aviation

Technology (UNIKL-MIAT)

TAHUN

2013

2014

2015 (April)

JUMLAH

sTaTisTik dermasiswa Pendidikan neGeri Perak

PERBELANJAAN

10,684,300

10,998,400

1,229,000

22,911,700

PERMOHONAN

17,198

17,792

2,187

37,177

LULUS

14,009

14,090

1,578

29,677

DERMASISWA PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PROFESIONAL(Ijazah Sahaja)• Undang-Undang • Kejuruteraan• Bioteknologi• Perubatan• Aeroangkasa• Pergigian• Perakaunan• Farmasi• Senibina• Kursus-KursusLainYang Diiktiraf Oleh Badan–Badan Profesional.

BUKAN PROFESIONAL (Ijazah Sahaja)• PentadbiranAwam• Ekonomi• Bahasa• Pertanian• Pendidikan• SainsKomputer• SumberManusia• Psikologi• PengajianIslam• Kursus-KursusLainYang diiktiraf Oleh Institusi Pengajian Tinggi.

9

DERMASISWA

Page 10: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

DUNBota

19 April2015

DUN Changkat

Jong8 Mei2015

DUNManjoi15 April

2015

DUNBagan Serai

27 April2015

DUNSg. Manik

18 Mei2015

DUNKota

Tampan12 Mac

2015

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA PENDIDIKAN NEGERI PERAK

10

DERMASISWA

Page 11: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

11

TABUNG PENDIDIKAN AMANjAYA

Yayasan Perak amat mengalu-alukan rakyat negeri Perak yang berkelayakan untuk memohon Tabung Pendidikan Amanjaya demi menjamin masa depan anak-anak untuk pengajian tinggi kelak.

Peruntukan yang disediakan Kerajaan Negeri Perak berjumlah RM500,000.00 pada tahun ini mensasarkan seramai 2,500 bayi sebagai penerima manfaat. Tabung permulaan ini merupakan sumbangan daripada Kerajaan Negeri berbentuk simpanan pendidikan sebanyak RM200 menerusi Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (SSPN). Keperluan membuka akaun SSPN ini amat penting kerana ia merupakan syarat utama dalam pemberian pinjaman pengajian tinggi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

1. Merupakan satu cara atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

2. Menawarkan pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000 setahun.

3. Perlindungan insurans secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas. *

4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk sebuah keluarga yang layak. (Syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT)

5. Simpanan serendah RM20 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan.

6. Kadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

7. Kemudahan menyimpan di lebih 1.400 agen PTPTN. 8. Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.

* Perlindungan insurans berupa manfaat dan/atau khairiat kematian hanya layak untuk pendeposit berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

CARA PERMOHONAN Pemohon mendapatkan borang secara percuma di tempat - tempat berikut :- - Pejabat Yayasan Perak /UTC - Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat) - Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara,Negeri Perak - Wad Bersalin Hospital Kerajaan dan Swasta - Pejabat PTPTN (cawangan negeri Perak)/ UTC - Dimuat turun dari laman web Yayasan Perak.

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN1. Penerima manfaat (Anak) hendaklah warganegara

Malaysia dan anak kelahiran Negeri Perak tetapi kelonggaran diberi kepada anak yang dilahirkan di Baling (sempadan Perak & Kedah) dan Tanjung Malim (sempadan Perak & Sabak Bernam).

2. Ibu atau Bapa mestilah dilahirkan di Perak dan menetap secara berterusan di Negeri Perak. Keluarga hendaklah bermaustatin melebihi 10 tahun di negeri Perak dengan mengemukakan surat pengesahan bermaustatin daripada Ketua Kampung/ Penghulu/ Pegawai Daerah/ Wakil Rakyat.

3. Pendapatan (isirumah) di bawah RM3,000.00 sebulan. Kelahiran anak di Negeri Perak mulai pada 01/01/2010 selepas jam 12.00 tengah malam.

4. Kerajaan Negeri Perak menyumbang RM200.00 bagi setiap kelahiran dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang boleh dikeluarkan selepas umur 18 tahun.

5. Sila sertakan salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan (MyKad) Ibu atau Bapa yang lahir di Perak dan Penyata Pendapatan (isirumah) yang disahkan oleh majikan. Sekiranya bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung / Penghulu Mukim kawasan masing-masing.

6. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak disertakan dokumen yang diperlukan akan ditolak.

STATISTIK TABUNG PENDIDIKAN AMANJAYA

LAHIR DI NEGERI PERAK SELEPAS JAM 12 TENGAH MALAM 1 JANUARI 2010 DAN PENDAPATAN ISI RUMAH DI BAWAH RM 3,000.

2 SALINAN - SIJIL KELAHIRAN - KAD PENGENALAN IBU ATAU BAPA - PENYATA PENDAPATAN YANG DISAHKAN OLEH MAJIKAN ATAU KETUA KAMPUNG / PENGHULU - BORANG PERMOHONAN

HANTAR KE PEJABAT :- YAYASAN PERAK TINGKAT 1WISMA YAYASAN PERAK111, JALAN SULTAN IDRIS SHAH 30000 IPOH, PERAK.

123

Tahun

2013

2014

2015 (April)

JUMLAH

Bilangan Bayi

1,296

1,774

410

3,480

Perbelanjaan (RM)

259,200

354,800

82,000

696,000

Page 12: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

12

PROGRAMjEMPUTAN

RASMI

PERASMIAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN PENGURUSAN SEKOLAH DI SMK SAYONG, KUALA KANGSAR, 15 APRIL 2015, SMK SAYONG, KUALA KANGSAR

KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT DAERAH KINTA 2015, 18 APRIL 2015, SK METHODIST (ACS), IPOH

PERASMIAN KEM KECEMERLANGAN PAYUNG MERAH ANJURAN PERMADARI UKM, 24 APRIL 2015, SMK AIR KUNING

ANUGERAH CEMERLANG SMK SIMPANG PULAI, 25 APRIL 2015

TAJAAN 100 PELAJAR SEKOLAH MENENGAH UNTUK MENYERTAI PROGRAM NATIONAL ACADEMIC DECATHLON 2015 DI UUM SIN-TOK, 24-25 APRIL 2015, BANGUNAN PERAK DARUL RIDZUAN

PERASMIAN PENUTUP KEM KECEMERLANGAN UPSR FASA 1 SK SERI AMPANG, IPOH, 16 MEI 2015.

Page 13: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

13

PROjEK&

PELABURAN

IMPIAN KAMIUNTUK SEMUAKOMPLEKS BANGUNAN YAYASAN PERAKKompleks Bangunan Yayasan Perak merupakan mercu tanda kemegahan Yayasan Perak. Ianya berkeluasan 10,000 meter persegi dengan ketinggian 8 tingkat. Rekabentuk bangunan ini adalah berdasarkan ikonik moden dan kontemporari serta direkabentuk khusus mengikut logo Yayasan Perak (Bunga Kelompang). Bangunan ini bernilai lebih kurang 30 juta iaitu lengkap dengan segala peralatan - peralatan pejabat. Bangunan ini dalam dalam proses untuk didirikan di Meru Raya iaitu bersebelahan dengan Jabatan Bomba & Penyelamat dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak Darul Ridzuan dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2018.

FOKUS & HALA TUJU1. Menceburi Sektor Perladangan Kelapa Sawit i. Ladang Sungai Pandan, Bintulu, Sarawak - 5,358 hektar (13,300 ekar ) ii. Ladang Bidor, Bidor - 61 hektar (150 ekar) iii. Ladang Besout Jaya, Sungkai - 546 hektar (1,350 ekar) 2. Pembangunan Harta Tanah

Page 14: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

14

PROjEK&

PELABURAN

PROJEK PEMBANGUNAN TANAH YAYASAN PERAK DI JALAN SULTAN AZLAN SHAH UTARA IPOH i. Dibangunkan di atas tanah seluas lebih kurang

3.3 ekarii. Terletak di kawasan komersial dan berhampiran

dengan laluan keluar masuk Lebuhraya Utara - Selatan.

iii. Konsep pembangunan adalah komersial iaitu moden dan kondusif.

iv. Nilai pembangunan kasar projek adalah RM336.9 juta.

v. Dijangka siap pada tahun 2020.

PROJEK SEMASA & AKAN DATANG

PEMBANGUNAN BERCAMPUR DI MERU RAYA, IPOH.i. Pembangunan tanah seluas lebih kurang 13.48 ekarii. Terletak di tengah-tengah pembangunan Bandar Meru Raya. Dibangunkan sejajar dengan

pembangunan “Animation Theme Park”, Terminal Bas Amanjaya, Kompleks Pasaraya Mydin, Masjid Negeri Perak, dan lain - lain pembangunan perumahan di sekitarnya.

iii. Konsep pembangunan adalah berorentasikan kesejahteraan rakyat (Pembangunan Lestari) dengan menyediakan rumah-rumah yang mampu dimiliki oleh bumiputra.

iv. Nilai pembangunan kasar projek adalah lebih kurang RM196.O Juta.

Page 15: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

15

PROjEK&

PELABURAN

PEMBANGUNAN TANAH DI KLEBANG, IPOH

i. Pembangunan tanah - tanah seluas lebih kurang 4.37 ekar. ii. Lokasi strategik yang berlatarbelakangkan Gua Tambun dan di laluan keluar masuk Lebuhraya

Utara - Selatan.iii. Pembangunan kondominium/Apartment yang ideal sebanyak 192 unit disediakan dengan

pelbagai kemudahan iaitu “Sky Garden”, “Club House”, “Gated Community” kawalan keselamatan dan kolam renang yang menarik.

iv. Nilai pembangunan kasar projek adalah lebih kurang RM97.0 juta

PEMBANGUNAN TANAH DI JALAN TUN RAZAKOFF JALAN SILIBIN, IPOH.i. Pembangunan tanah seluas lebih kurang 1.5 ekar. ii. Konsep pembangunan adalah dalam bentuk pembangunan rumah kedai 3 dan 2 tingkat.iii. Terletak di tengah Bandaraya Ipoh.iv. Nilai pembangunan kasar projek adalah lebih kurang RM9.2 juta.

i. Pembangunan tanah seluas lebih kurang 8.95 ekar di Klebang iaitu sejajar dengan pembangunan skim-skim perumahan yang dibangunkan oleh MK LAND.

ii. Menyediakan sebanyak 92 unit rumah 2 tingkat berukuran 22’ x 70’ yang mampu dimiliki oleh bumiputera.

iii. Konsep rekabentuk adalah moden dan kontemporari. iv. Nilai pembangunan kasar projek adalah lebih kurang RM34.776 Juta.

PEMBANGUNAN TANAH DI JALAN TAMBUN, IPOH.

Page 16: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

16

ASRAMA AMANJAYA HARMONI (AsAH)Asrama Amanjaya Harmoni (AsAH)

merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dan idea daripada YAB Dato’Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. AsAH yang diwujudkan pada tanggal 1 Januari 2012 dan beroperasi di Kg. Jambu, Taiping bertujuan untuk meningkatkan jurang pendidikan di kalangan murid sekolah luar bandar dan keluarga berpendapatan rendah. Mulai Januari 2013, Yayasan Perak telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri

untuk mengambil-alih pengurusan AsAH daripada Institut Darul Ridzuan (IDR).

Asrama Amanjaya Harmoni (AsAH) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dan idea daripada YAB Dato’Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. AsAH yang diwujudkan pada tanggal 1 Januari 2012 dan beroperasi di Kg. Jambu, Taiping bertujuan untuk meningkatkan jurang pendidikan di kalangan murid sekolah luar bandar dan keluarga berpendapatan

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Abdul Razak Bin Mohamed iaitu Pengurus Besar Yayasan Perak. Pihak pengurusan Asrama Amanjaya Harmoni juga telah menjemput pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Taiping. Encik Khairul Azahari Bin Hasan Basari dari Unit Sains Matematik telah hadir dan memberi ucapan mewakili PPD Taiping. Pada hari pendaftaran tersebut, seramai 26 pelajar tahun 5 telah mendaftarkan diri. Mereka mewakili daerah-daerah Manjung (4 pelajar), Kerian (16 pelajar), Larut Matang & Selama (14 pelajar), Kuala Kangsar (2 pelajar). Pada hari pendaftaran tersebut, pihak Tabung Haji telah dijemput bagi membolehkan pelajar-pelajar membuka akaun tabung haji untuk tujuan penyimpanan elaun bulanan.

rendah. Mulai Januari 2013, Yayasan Perak telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri untuk mengambil-alih pengurusan AsAH daripada Institut Darul Ridzuan (IDR).

Objektif penubuhan AsAH bukan sahaja mensasarkan kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum tetapi turut menitikberatkan pembangunan sahsiah diri, kesukarelawan, keusahawanan dan disiplin diri yang tinggi.

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 5 AsAH

ASRAMA AMANjAYA HARMONI

Page 17: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

17

ASRAMA AMANjAYA HARMONI

MAJLIS AKUJANJI DAN BACAAN IKRAR TAHUN 6

Majlis akujanji dan bacaan ikrar oleh pelajar tahun 6 AsAH menjadi titik permulaan bagi sesi persekolahan yang diadakan pada setiap kali waktu perhimpunan bulanan AsAH .Para pelajar diberi peringatan dan kesedaran tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar yang tinggal di AsAH supaya meningkatkan usaha untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2015.

Melalui akujanji ini pelajar mulai sedar bahawa mereka memiliki segala kemudahan yang disediakan di sini dan perlu lebih memberi penekanan terhadap ilmu pengetahuan yang dimiliki bagi meningkatkan lagi prestasi semasa mereka dalam sahsiah mahupun akademik.

Tarikh : 13 April 2015 Lokasi : Surau Asrama Amanjaya Harmoni (AsAH).

HARI KEUSAHAWANAN SK. ASSAM KUMBANG (SKAK)

Hari Keusahawanan SKAK yang diadakan merupakan hari terbuka yang turut menjemput pihak AsAH untuk menyertai dan memeriahkan lagi aktiviti di sana. Selain pelajar-pelajar AsAH yang belajar di SKAK, Pihak AsAH turut membawa pelajar-pelajar lain dari Sekolah Kebangsaan King Edward (SKKE) dan Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu (SKKJ).

Pelbagai aktiviti yang disertai oleh pelajar-pelajar AsAH antaranya ialah aktiviti memanah, Soopa Doopa, Basikal Drift, Pemeriksaan Kesihatan dan aktiviti jualan. Hari Keusahawanan yang dijalankan bukan sahaja merapatkan lagi hubungan sekolah dengan AsAH bahkan ianya mengeratkan lagi hubungan pelajar. Tarikh : 11 April 2015

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Assam Kumbang

CERAMAH PERGIGIANCeramah ini memberi fokus kepada penjagan gigi yang

sempurna dan betul. Melalui ceramah yang disampaikan, ianya menjadi satu perkongsian yang berguna kepada para pelajar supaya lebih peka dengan penjagaan gigi masing masing. Dalam ceramah ini juga , para pelajar ditunjukkan model gigi dan cara memberusnya dengan betul serta beberapa perkongsian tips untuk menguatkan gigi.

Para pelajar AsAH memberi tumpuan yang baik dan menunjukkan minat terhadap tajuk ceramah ini. Mereka diberi beberapa soalan berkenaan tajuk ceramah serta diberi hadiah saguhati daripada penceramah.

Tarikh : 5 April 2015 Lokasi : Lobi AsAH

Page 18: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

LAWATAN KERJA RASMI DELEGASI KERAJAAN NEGERI PERAK KE BANDA ACEH, INDONESIAYB. Dato’ Dr. Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak dibawa melawat sekitar Banda Aceh, Indonesia. Tarikh : 24 Disember 2014 Tempat : Banda Aceh, Indonesia

PROGRAM BACK TO SCHOOLYAB. Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak bersama YB. Dato‘ Dr. Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak dan YBhg. Dato’ Ismail bin Saffian, Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan dan YABhg Datin Seri DiRaja Saripah binti Zulkifli, Yang DiPertua BAIDURI bergambar bersama dengan penerima sumbangan. Tarikh : 20 Disember 2014 Tempat : Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak

PENYAMPAIAN SKIM BIASISWA KECIL YAYASAN PERAK 2014. YBhg. Senator Dato’ Hamzah Kassim diwakili oleh Saudara Hang Tuah bin Din Menyampaikan Cek Skim Biasiswa Kecil Yayasan Perak kepada penerima sambil diiringi oleh Tn. Hj. Shafaruddin bin Ahmad, Pengurus Projek dan Pelaburan Yayasan Perak. Tarikh : 17 Disember 2014 Tempat : Bangunan UMNO Negeri Perak

MAJLIS PERJUMPAAN YAB MENTERI BESAR PERAK BERSAMA PEMIMPIN MAHASISWA PERAK 2014YB. Dato’ Dr. Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak bergambar bersama dengan Pemimpin Mahasiswa Perak. Tarikh : 12 Disember 2014 Tempat : UiTM Perak Kampus Seri Iskandar

18

GALERI2014

Page 19: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

PERTANDINGAN GOLF PIALA YANG DIPERTUA MAKSAK PERAK 2014YB. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menyerahkan hadiah kepada Johan Pertandingan Golf Piala Yang DiPertua MAKSAK Perak 2014 iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak. Turut sama Y. Bhg. Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed, Mantan Pengurus Besar Yayasan Perak. Tarikh : 8 November 2014 Tempat : Kelab Golf Kinta Batu Gajah, Perak

PROGRAM “MOH KE IPT 2014” PERINGKAT ZON PERAK UTARAYB. Dato’ Hj. Mohamad Daud bin Hj. Mohd. Yusoff, Pengerusi Yayasan Perak bergambar bersama pelajar yang menyertai Program “Moh ke IPT 2014”. Tarikh : 24-26 Oktober 2014 Tempat : SMK Agama Kerian, Gunung Semanggol.

LAWATAN KERJA RASMI DELEGASI KERAJAAN NEGERI PERAK KE PEKANBARU RIAU, INDONESIAYB. Dato’ Dr. Muhammad Amin bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak bergambar bersama Badan Pertubuhan Anak-Anak Perak, Indonesia. Turut sama YB. Dato’ Sham bin Mat Sahat, Ahli Lembaga Yayasan Perak. Tarikh : 9 Oktober 2014 Tempat : Pekanbaru Riau, Indonesia

PROGRAM “MOH KE IPT 2014” PERINGKAT ZON PERAK SELATANTarikh : 26-28 September 2014 Tempat : SMK Sungkai.

19

GALERI2014

Page 20: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

PROGRAM “MOH KE IPT 2014”PERINGKAT ZON PERAK TENGAHTarikh : 18-21 September 2014 Tempat : SMKA Sultan Azlan Shah, Bota.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN PENGAMAL MEDIATarikh : 9 Julai 2014 Tempat : Hotel Casuarina Meru Raya Ipoh

MAJLIS BERBUKA PUASA YB. PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, SAINS, ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU NEGERI PERAK BERSAMA AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PERUNDINGAN MAHASISWA PERAK Tarikh : 8 Julai 2014 Tempat : Kinta Riverfront Hotel & Suites, Ipoh

SESI PERTEMUAN MANTAN PENGURUS BESAR YAYASAN PERAK BERSAMA AHLI JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PERUNDINGAN MAHASISWA PERAK BAGI SESI 2014-2015 Tarikh : 28 Jun 2014 Tempat : Tower Regency Hotel & Apartment, Ipoh.

MAJLIS PENYAMPAIAN SKIM GALAKAN TAHFIZ AL-QURAN YAYASAN PERAK 2014YB. Dato’ Drs. Hj. Mohd Nizar Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak dan Y.Bhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Mantan Pengurus Besar Yayasan Perak bergambar bersama para penerima sumbangan Skim Galakan Tahfiz Al-Quran Yayasan Perak. Tarikh : 24 Jun 2014 Tempat : Hotel Casuarina Meru Raya Ipoh.

20

GALERI2014

Page 21: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BERPASUKAN MAKSAK MALAYSIA TAHUN 2014Pasukan MAKSAK Perak telah menjadi Johan bagi kategori Veteran dan memenangi piala serta wang tunai berjumlah RM700. Tarikh : 30 Oktober - 1 November 2014 Lokasi : Dewan TS dan Dewan Kompleks Sukan WP Labuan

PROGRAM AMANJAYA GEMILANG UPSR 2014-2015 PROGRAM PENINGKATAN KUALITI KEPIMPINAN GURU BESAR. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Mantan Pengurus Besar Yayasan Perak menghadiri Program Amanjaya Gemilang UPSR 2014-2015.Tarikh : 24 September 2014 Lokasi : Grand Kampar Hotel

AGIHAN DAGING KEPADA KAKITANGAN YAYASAN PERAK DAN ANAK SYARIKAT SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI. Kakitangan Yayasan Perak dan anak syarikat bergotong - royong untuk mengagihkan daging. Tarikh : 19 Julai 2014 Lokasi : Ladang Haji Thalaha, Kg. Kepayang

AGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA KAKITANGAN UTC DAN ORANG RAMAI. Puan Balkhes Khaironi binti Zamri sedang memberi bubur lambuk kepada pengunjung UTC. Tarikh : 21 Julai 2014 Lokasi : UTC Perak

MAJLIS JAMUAN MAKAN TENGAH HARI ANGGOTA YAYASAN PERAK BERSAMA KAKITANGANDato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed, Mantan Pengurus Besar Yayasan Perak diiringi oleh Tuan Hj. Shafaruddin bin Ahmad, Pengurus Projek & Pelaburan, Puan Rohana bin Mohammad, Pengurus Kewangan, En. Khairil Anuar bin Mohemed Hassan, Mantan Pengurus Pentadbiran dan En. Mohd. Razib bin Mokhtar, Mantan Pengurus AsAH. Tarikh : 20 Mei 2014 Lokasi : Tower Regency Hotel

21

GALERI2014

Page 22: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

22

HARIKELUARGA

HARI KELUARGA YAYASAN PERAKDI A’FAMOSA HOTEL MELAKA1-3 MEI 2015

Page 23: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

23

AKTIvITI

07 Mac 2015 bersamaan 16 Jamadilawal 1436H bertempat di Ole-Ole Superbowl Bowling, Mydin Mall, Meru Raya Ipoh, Perak telah berlangsung pertandingan bowling kakitangan Yayasan Perak bersama anak-anak syarikat. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Abdul Razak bin Mohamed, Pengurus Besar Yayasan Perak.Tujuan diadakan program ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara kakitangan Yayasan Perak

bersama anak-anak syarikat dan ahli keluarga serta mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi mewakili Yayasan Perak di sukan PESAYA 2016. Selain pertandingan bowling acara cabutan nama bertuah juga turut diadakan untuk kakitangan Yayasan Perak bersama ahli keluarga. Tahniah kepada yang berjaya.

PERTANDINGAN TENPIN BOLING KAKITANGAN ANAK SYARIKAT YAYASAN PERAK

Page 24: EDISI KELIMA 2015 - yayasanperak.gov.my · Penyerahan Watikah Pelantikan Pengurus Besar Yayasan Perak oleh YB Dato’ Mohamad Daud bin Mohd Yusoff, 2 Pengerusi Yayasan Perak

Yayasan Perak dengan kerjasama MAKSAK Perak telah menyertai Kejohanan Sepaktakraw Mini Karnival MAKSAK Kebangsaan pada 21 - 26 April 2015 di Kompleks Sukan UTM Skudai, Johor Bahru.

Sebanyak 16 regu daripada agensi seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan ini melibatkan kategori antara Regu dan Veteran berumur 40 tahun ke atas.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor. MAKSAK Perak menjadi Naib Johan kategori veteran dan telah membawa pulang wang tunai RM500 beserta Trofi. Manakala kategori antara regu berjaya memasuki peringkat suku akhir setelah tewas kepada pasukan Terengganu. Tahniah, kepada pasukan yang berjaya.

PELUANGUNTUK

BERBAKTIKami mengalu-alukan organisasi korporat, syarikat atau orang perseorangan yang ingin menyalurkan sumbangan bagi membantu membiayai program-program pendidikan Yayasan Perak.

Setiap sumbangan akan mendapat PERLEPASAN CUKAI PENDAPATAN daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri di bawah Seksyen 44 (6) Cukai Pendapatan, 1967 (Ruj:HQ162/2500 WARTA KERAJAAN MALAYSIA, 31 Oktober 1985, No 6117).

Sumbangan boleh disalurkan atas nama “TABUNG KUMPULANWANG KEBAJIKAN DAN PELAJARAN YAYASAN PERAK”. Maklumat lanjut sila hubungi Unit Pembangunan Pendidikan Yayasan Perak.

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MINI KARNIvAL MAKSAK KEBANGSAAN

24

HOTLINE YAYASAN PERAK 05-2552929 www.yayasanperak.gov.my

Kini anda boleh membuat bayaran balik pinjaman pelajaran melalui kaunter Yayasan Perak, Bank Muamalat, Kiriman Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos.

YAYASAN PERAK KINI DI UTC PERAK 05-241 3427DIBUKA SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM

ISNIN - AHAD 8.30 PAGI - 10.00 MALAM

SUKAN