edu 3105 teknologi dalam pengajaran dan … 3105/bab 10-video_v2.pdf · cara-cara membuat...

15
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN 10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Video adalah sejenis media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia boleh mempergunakannya dalam bilik darjah. Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen? Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat bunga berkembang dalam keadaan sebenar. Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid, sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh. Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan kepada minat murid terhadap pelajaran.

Upload: vuongdang

Post on 27-Aug-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1

BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Video adalah sejenis media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan

sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan

yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia boleh mempergunakannya dalam bilik

darjah.

Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam

seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan

melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan

dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.

Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen?

Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa

yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan

di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat

bunga berkembang dalam keadaan sebenar.

Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau

peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk

membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar.

Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi

ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid,

sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh.

Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan

sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan

kepada minat murid terhadap pelajaran.

Page 2: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2

Setelah membaca tentang kelebihan-kelebihan video, anda mungkin teringin untuk

sendiri bahan video untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebelum anda memulakan

kerja-kerja penggambaran adalah lebih baik anda ikuti terlebihi dahulu tentang

beberapa aspek berkaitan dengan penerbitan video. Dalam bahagian seterusnya anda

akan diterangkan tentang jenis-jenis kamera dan perakam video.

10.2 Jenis-Jenis Kamera Video

Anda mungkin pernah melihat orang menggunakan kamera video yang kecil dalam

majlis-majlis seperti perkahwinan, harijadi atau aktiviti-aktiviti sosial. Dalam situasi lain

pula anda mungkin melihat wartawan memikul kamera video di bahu. Anda mungkin

tertanya-tanya apakah perbezaannya selain daripada saiz yang berbeza. Sebenarnya

terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera video analog dan kamera

video digital.

10.2.1 Kamera video analog

Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera

ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format

seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz

kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai

dengannya sahaja.

Gambar 1.1 : Kamera Video analog yang menggunakan kaset video VHS

Page 3: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3

10.2.2 Kamera video digital

Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera

ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital

Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan

menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian-

perisian suntingan video secara digital melalui komputer.

Gambar 1.2 : Kamera Video Digital (DVC)

10.2.3 Bahagian-Bahagian Asas Kamera Video

Sebelum anda menggunakan sebuah kamera video, anda haruslah dapat mengenali

bahagian-bahagian asas sebuah kemera video. Sila lihat gambarajah di bawah dan

cuba kenal pasti fungsi bahagian-bahagian tersebut.

Page 4: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4

Rajah 1.3 : Bahagian kamera video

Rajah 1.4 : Gambar Bahagian Butang Rakaman

10.3 Jenis-Jenis Shot dan Pergerakan Kamera

Tonton beberapa rancangan televisyen. Semasa menonton, lihat pertukaran-pertukaran

imej dan pergerakan-pergerakan kamera. Semasa anda menonton anda akan dapati

ada ketikanya sesuatu imej itu diambil dari jarak dekat dan ada ketikanya pula dari jarak

jauh. Ada masanya kamera bergerak dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Lihat pula

bagaimana kedudukan kamera semasa orang sedang bercakap atau berbual. Semua

perubahan-perubahan imej ini ada kaitan dengan jenis-jenis shot dan pergerakan

kamera.

Butang rakam

Lensa

Butang Zoom

Pemidang Tilik Pelekap mata

Butang White balance Gelang Fokus

Page 5: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

5

10.3.1 Jenis-jenis shot

Rajah 1.5 menunjukkan shot-shot yang baik dan shot-shot yang dilarang.

Big Close-Up (B.C.U.)

Close-Up (C.U.)

Bust Shot (B.S.) Waist Shot (W.S.)

Knee Shot (K.S.) Full Length Shot (F.L.S.)

Long Shot (L.S.)

Page 6: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6

Rajah 1.5 : Jenis-jenis shot

Seimbang Kepala terpotong

Berat di bawah

Berat ke kanan

Page 7: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

7

10.3.2 Jenis-jenis pergerakan kamera

Rajah 1.6 menunjukkan beberapa jenis-jenis pergerakan kamera. Perhatikan

pergerakan kemera yang dinyatakan.

Pan ke kanan Pan ke kiri

Panning

Tilt Up Tilt Down

Tilting

Pergerakan Dolly

Dolly In Dolly Out

Page 8: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8

Rajah 1.6 : Pergerakan Kamera

10.3 Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti ketika merancang peberbitan video untuk

pengajaran. Berikut adalah urutan proses-proses terbut:

Pergerakan Truck

Truck ke kanan Truck ke kiri

1. Tetapkan Tujuan dan Objektif Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan dalam pengajaran.

2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan

Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebaginya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran.

3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang difikirkan benar-benar perlu.

4. Menulis Skrip

Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.

5. Bersedia Membuat Penggambaran Sediakan jadual penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugas masing-masing.

Page 9: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

9

6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran penggambaran

7. Sediakan Bahan dan Peralatan Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.

8. Mulakan Penggambaran Anda mungkin akan membuat penggambaran luar

dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.

9. Menyunting Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.

10. Membuat Rakaman Audio Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen, Kesan bunyi dan muzik latar.

11. Prebiu Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.

12. Gunakan Dalam Pengajaran Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.

13. Penilaian Di sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 10: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

10

10.4 Menyediakan skrip video atau papan cerita

Anda telah pun melalui pengalaman menghasilkan skrip audio. Sebenarnya konsep

penyediaan skrip audio dan video adalah sama. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari

segi formatnya. Cuba anda perhatikan contoh skrip video di bawah. Bolehkan anda

membuat perbezaannya?

Page 11: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

11

Page 12: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

12

Mengedit Video

Semasa anda membuat penggambaran, kemungkinan rakaman-rakaman tidak dibuat

dalam susunan yang sepatutnya. Kemungkinan juga terdapat imej-imej yang dirakam

terlalu panjang, atau tidak berkaitan sehingga keseluruhan rancangan yang dirakam itu

tidak berjalan dengan licin dan sempurna. Melalui proses mengedit, bahan-bahan

rakaman boleh disusun semula bagi menghasilkan video yang lebih licin dan sempurna.

Mengedit video analog

Kerja mengedit video analog memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna

bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan. Untuk kerja-

kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan sebuah pemain

video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-duanya perlu

disambungkan. Sila lihat gambar di bawah dan cuba anda buat sambungannya dengan

menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah anda.

Gambar 1.7 : Perakam video

Apakah perbezaan di antara pemain dan perakam video? Pemain video dan perakam video adalah sama. Perbezaannya ialah perakam video boleh merakam video. Ini boleh dikenalpasti dengan kehadiran butang Record yang biasanya berwarna merah.

Butang Rakaman (Record)

Butang pegun (Pause/ Still)

Page 13: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

13

Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel

Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel

Gambar 1.9 : Kabel AV

Proses mengedit sebuah rakaman dilakukan dengan cara memainkan sebuah rakaman

video pada unit pemain dan tekan butang Record pada unit perakam. Untuk

menyunting bahagian yang tidak dikehendaki, tekan butang Pause pada unit perakam

dan cari bahagian yang hendak dimasukkan pada unit pemain. Kemudian tekan semula

Record pada unit perakam untuk meneruskan rakaman.

Mengedit video digital

Terdapat beberapa proses dalam penyuntingan video digital seperti berikut:

1. CAPTURE

Proses capture gambar/ video merupakan proses pemindahan gambar dari

memori penyimpanan (MiniDV atau MicroSD) ke dalam hardisk komputer/ laptop.

A menandakan audio V menandakan video

V A

in

out

A V

in

out

Kabel AV

Pemain Perakam

TV

A V

in

out

in

out

TV

A V

Page 14: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

14

2. EDITING DALAM SOURCE MONITOR

Proses editing dilakukan untuk memotong beberapa klip video yang mungkin ingin hendak dibuang atau disimpan. Dalam proses ini, pemotongan dan penyambungan berlaku.

a. Pemotongan Gambar

Ada dua jenis pemotongan gambar dalam editing, iaitu cut dan transisi. Cut bererti perpindahan dari satu shot ke shot berikutnya secara langsung, tanpa ada transisi sama sekali. Jenis pemotongan cut terbahagi kepada dua cara:

i. matched cut - kesinambungan antara shot satu dengan cut shot berikutnya

ii. cut away - sebuah sambungan atau cut dipengaruhi oleh beberapa faktor.

b. Penyambungan

Ketika shot disambungkan satu sama lain sehingga menjadi satu rangkaian, maka rangkaian shot tersebut haruslah dapat difahami. Suntingan yang dilakukan berdasarkan kepada prinsip penyambungan shot, yang terdiri daripada sequence shot, cutting to continuity, classical cutting, thematic montage, dan abstract cutting.

i. Sequence Shot – jenis suntingan tanpa membuat pemotongan shot. Rakaman video telah dirancang mengikut babak yang berurutan secara teratur. Kaedah ini digunakan semasa kewujudan teknologi penyuntingan.

ii. Cutting to Continuity - merupakan sambungan atau cut digunakan untuk melanjutkan cerita, cutting to continue telling the story.

iii. Classical Cutting - sebuah pemotongan untuk memperjelas, sesuatu cerita (shot), cutting to clarify, dramatize or underline the previous shot.

iv. Thematic Montage - sebuah suntingan untuk menyambung satu cerita

dengan cerita lain, sebuah babak untuk menyambung babak lain; cutting to connect one story to another; cutting to argue one thesis to another.

3. EDITING DALAM TIMELINE

Jika terdapat bahagian yang masih ingin dihilangkan, lakukan proses dengan menggunakan banyak alat untuk mengedit klip di dalam timeline seperti dibawah ini :

i. Razor Tool : Memotong klip

Page 15: EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan … 3105/Bab 10-Video_v2.pdf · Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel A TV Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel V menandakan video

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

15

ii. Move Tool : Memilih Klip iii. Rate Stretch Tool : Mengatur kecepatan putar klip

4. PENAMBAHAN EFEK

Klip-klip yang ada di dalam timeline dapat diberikan efek tambahan untuk menjadikannya lebih menarik.

5. PENAMBAHAN TRANSISI

Proses penambahan transisi dilakukan agar terjadi perpindahan antar dua atau beberapa klip menjadi lebih halus.

6. RENDERING VIDEO Proses ini merupakan, langkah terakhir setelah semua pengubahsuaian telah dilakukan. Bahan yang disunting akan menjalani proses rendering dengan mebuat penetapan setting seperti jenis format video.

Rumusan

Penguasaan kemahiran teknik asas merakam movie menggunakan kamera video,

sama ada analog mahupun digital membolehkan penghasilan bahan pengajaran dan

pembelajaran yang menarik. Kerja-kerja penyuntingan rakaman menggunakan aplikasi

seperti WMM, VCD Cutter dan penyuntingan video dengan menggunakan Ulead

VideoStudio 8, Pinnacle 11, Adobe Premier akan menghasilkan kerja bagaikan seorang

profesional.