edu bahan

Upload: kelimelancarkeli

Post on 03-Jun-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 edu bahan

    1/22

    Tuesday, 28 August 2012

    Salah Laku Guru Mencalar Kewibawaan Profesion Perguruan(1) Pengenalan

    Dalam era globalisasi kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua

    bidang haruslah mempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas

    dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika seseorang individu

    tersebut (Syed Ismail etc. , 2010:24). Menurut Kamus Dewan (1995), etika

    bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan.

    Dengan erti kata lain, etika menjadi teras dan tunggak kepada keperibadian atau

    tatakelakuan penjawat awam supaya berurusan dengan apa yang baik dan tidak

    baik mengikut kewajiban dan tanggungjawab moral mengikut profesion tersebut.

    Etika juga dikatakan sebagai satu garis panduan yang menyenaraikan prinsip-prinsip

    tingkah laku untuk tujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam

    perkhidmatan. Justeru, adalah wajar setiap kerjaya yang digelar profesional

    menyenaraikan kod etika kerja supaya memastikan pekerja-pekerja terlatih tertakluk

    kepada kod etika tersebut untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti.

    Memandangkan setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion

    sebagai panduan tingkah laku setiap ahli, bidang pendidikan juga tidak terlepas dari

    membina kod etikanya sendiri. Menurut kajian yang dilakukan oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia sehingga 30 Jun 2008, bilangan guru yang berkhidmat di

    sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara adalah seramai 369,928

    orang dengan guru lelaki sebanyak 118,380 orang dan guru perempuan sebanyak

    251,548 orang. Tahun demi tahun, jumlah bilangan guru di seluruh Negara

    meningkat dan sebagai usaha memartabatkan profesion perguruan ini sebagai

    profesion yang profesional, sebuah Etika Profesion Perguruan telah dicadangkanoleh Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat

    (Laporan Aziz, 1971) bagi pembentukan tatasusila guru. Semua guru yang menjawat

    di sekolah perlu mematuhinya yang mana etika kerja guru diwujudkan adalah untuk

    memastikan guru akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan mengikut

    panduan yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia

    berdasarkan nilai-nilai akhlak mulia.

    Antara rumusan Etika Profesion Perguruan secara keseluruhan adalah sepertiyang disenaraikan dalam karya Syed Ismail, etc. (2010:46-47):

  • 8/12/2019 edu bahan

    2/22

    i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa sehingga bolehmencemarkan sifat profesionalnya yang akan menyebabkan hilang kepercayaanorang ramai terhadap profesion perguruan

    x. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupaya yang

    boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan

    xiii. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang bolehmengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya

    Begitulah suaranya antara kandungan Etika Profesion Perguruan yang

    mengingatkan guru kita agar tidak melibatkan diri dalam salah laku semasa memberi

    perkhidmatan pendidikan di Negara kita. Tetapi sehinggakan hari ini, berita-berita

    yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar

    yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang masih lagi kedengaran.Persoalannya adakah guru-guru di sekolah pada zaman kini tidak menyedari

    keruntuhan akhlak di kalangan profesion ini sehinggakan mencalar kewibawaan

    profesion perguruan di Negara kita?

    2) Isu : Salah Laku Guru

    Sebuah artikel bertarikh Ogos 2009 ,(Kosmo! Online) berjudul Rogol, cabulmurid dalam makmal yang dikarang oleh Adham Shadan telah dimuat turun dari

    laman web Kosmo Online. Menurut sumber artikel, kes ini berlaku di sebuah sekolah

    rendah jenis kebangsaan di Pasir Puteh, Kota Bharu dimana seorang guru lelaki

    berusia 29 yang mengajar Sains dan Bahasa Cina di sekolah tersebut telah didakwa

    merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains di

    antara pukul 8 pagi hingga 3 petang. Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa

    mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17

    Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan(KK) iaitu menggunakan

    kekerasan dengan niat mencabul kehormatan. Tertuduh didapati bersalah oleh

    Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan

    keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu. Dalam penghakimannya,

    Rofiah mengatakan dia mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh

    dengan mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan hukuman. Kata Rofiah

    Selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htmhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
  • 8/12/2019 edu bahan

    3/22

    hukuman penjara sembilan tahun dan sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga

    tahun penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul.

    Guru yang terbabit sebenarnya juga telah melanggarkan peraturan dalam kod

    Etika Profesion Perguruan dengan melakukan tingkah laku mencabul anak murid

    perempuan yang mana ini telah menyebabkan pihak ibu bapa dan khalayak ramai

    tidak percaya kepada sifat profesional profesion perguruan. Seperti mana yang

    dikemukakan sebelum ini, salah sebuah kod yang terkandung dalam Etika Profesion

    Perguruan adalah menegaskan bahawa guru haruslah sentiasa menjaga tingkah

    lakunya supaya keprosefionalannya tidak tercemar akibat kehilangan kepercayaan

    orang ramai terhadap profesion perguruan. Pernyataan ini menjelaskan bahawa

    setiap tindak tanduk dan sikap yang guru lakukan adalah mendapat perhatian

    masyarakat sekeliling terutamanya pelajar dan ibu bapa.

    Sesungguhnya, amat penting bagi seseorang guru agar menjada perlakuan

    agar tidak mencalar kewibawaan profesion perguruan sehingga boleh

    menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru

    yang sepatutnya membawa tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak

    bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika seorang guru gagal

    untuk menjaga tingkah laku dan sikapnya, maka imej guru seluruh Negara akan

    dipersoalkan dan pada akhirnya, masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam

    peranan sebagai pengganti ibu bapa di sekolah untuk mendidik anak -anak mereka.

    Pendek kata, tindakan guru disiplin lelaki yang dianalisis dalam sumber artikel telah

    membuat pihak masyarakat mempersoalkan sifat profesional guru dan ini

    sebenarnya telah mencabar kewibawaan profesion perguruan di Negara kita.

    (2.1) Sebab: Guru kurang menghayati dan memahami kod etika

    Jika diteliti, apakah sebenarnya sebab-sebab yang menyebabkan berlaku kes

    salah laku di kalangan guru? Pada pendapat penulis, senario ini berlaku dengan

    antara sebabnya ialah guru terbabit kurang menghayati dan memahami kandungan

    yang tertera dalam kod Etika Profesion Perguruan. Sesungguhnya, kod etika yang

    disediakan dapat dijadikan suatu garis panduan kepada para guru di Negara kita

    tentang bagaimana tingkah laku yang sesuai dilakukan apabila diri individu itu telah

    menceburi profesion perguruan. Ini bermakna jika guru yang terbabit dengan kes

    salah laku dapat menghayati dan memahami peraturan-peraturan yang disenarai

  • 8/12/2019 edu bahan

    4/22

    dalam kod Etika Profesion Perguruan, maka, beliau akan mengetahui apa yang

    boleh dilakukan dan apa yang kurang sesuai dilakukan sebagai seorang guru. Beliau

    juga akan mengetahui bahawa tindak-tanduk seorang guru yang buruk mampu

    mencemarkan nama seluruh ahli komuniti guru justeru berusaha untuk mengelakkan

    dirinya untuk terlibat dengan kes-kes salah laku. Natijahnya, penulis berasa bahawa

    salah satu sebab yang menyebabkan guru terbabit melibatkan diri dalam kes salah

    laku adalah berpunca daripada kekurangan pemahaman dan penghayatan

    keperluan mengikuti peraturan mengikut kod Etika Profesion Perguruan.

    (2.2)Sebab: Kursus, Latihan dan Bengkel mengenai kod etika kurang berkesan

    Selain itu, penulis juga terfikir sejenak mengenai satu lagi punca yang manamungkin secara tidak langsung telah menyebabkan keadaan ini berlaku. Apakah

    sebab sebenar yang menyebabkan guru-guru di Malaysia mengambil sikap tidak

    acuh kepada kod Etika Profeion Perguruan? Mungkin kita perlu berhenti untuk

    menilai dan mempersoalkan keberkesanan kursus dan latihan yang diberikan

    kepada guru mengenai kod etika serta kepentingan mematuhi kod etika guru

    tersebut. Pada pendapat penulis, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang

    sama kritikal dalam menyebarkan pemikiran mengenai kepentingan guru mematuhikod etika kerja. Namun, realitinya, kursus dan latihan serta bengkel berkenaan kod

    etika profesion guru masih lagi kurang dan tidak memadai untuk memberi

    pendedahan yang tegas kepada guru-guru di Negara kita mengenai kepentingan

    menjaga tingkah laku mereka berdasarkan tatatertib etika. Rumusnya,

    penguatkuasaan dan pemantauan yang kurang berkesan akan menyebabkan

    berlakunya kes salah laku di kalangan guru.

    (2.3) Sebab: Tekanan Emosi

    Pada masa yang sama, penulis juga berpendapat bahawa kes guru terlibat

    dalam kes salah laku berpunca daripada tekanan emosi atau lebih dikenali sebagai

    stres. Kyriacou (2000) menjelaskan stres guru sebagai pengalaman guru terhadap

    emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan

    dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Stres juga

    didefinisikan sebagai tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atauperistiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Sebenarnya,

  • 8/12/2019 edu bahan

    5/22

    setiap individu mengalami kelima-lima jenis stres yang disenaraikan, apa yang

    membezakan adalah kekerapan dan tahap keseriusan tekanan emosi tersebut

    kepada setiap individu, m enurut Noriati A. Rahid, etc. (2010:67).

    Dengan perkembangan yang pesat pada abad ke-21 ini, guru di sekolah

    bukan sahaja menghadapi cabaran dalam menguruskan perihal pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah, malah golongan tersebut juga menghadapi cabaran yang

    lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan

    sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam proses

    menjalankan tugas dan tanggungjawab, guru kian menghadapi halangan,

    kesuntukan masa, perselisihan faham antara guru justeru tekanan emosi

    sememangnya berlaku jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau

    menangani cabaran yang dihadapi.

    Dalam kes yang dirujuk, guru lelaki tersebut mungkin telah mengalami

    tekanan emosi yang mana pada akhirnya menyebabkan dia bertindak terpesong

    daripada etika kerjaya sebagai seorang guru. Stres yang hasil daripada tekanan

    kerjaya berkaitan yang menyebabkannya mengalami kekangan dalam

    menyelesaikan ketidak-seimbangan yang berlaku dalam dirinya. Kita faham bahawa

    kecelaruan dalam diri seseorang akan membawa kepada tindakan yang berada

    pada luar jangkaan diri sendiri yang amat berbeza dengan personaliti asalnya,

    dimana guru terbabit mungkin mencabul murid perempuan berkaitan walapun dirinya

    sendiri tidak sedar bahawa dia sedang melakukan salah laku terhadap muridnya.

    (2.4) Implikasi Salah Laku Guru

    Menurut laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan dalam Berita

    Harian secara online , Kementerian Pelajaran telah menerima 200 aduan berhubungpelbagai salah laku guru di seluruh Negara sejak tahun 2007. Sumber menjelaskan

    baahwa antara kesalahan yang dilakukan oleh guru ialah tidak hadir bertugas (37%),

    cabul dan gangguan seksual (17%), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan

    Pencegah Rasuah (15%), penyalah-gunaan dadah (9.5%), kecurian (6%), jenayah

    syariah (7%) dan keterhutangan serius (1%). Peningkatan bilangan guru-guru di

    Malaysia yang terbabit dalam kes salah laku sesungguhnya mendatangkan kesan

    yang amat buruk jika masalah ini dibiarkan berterusan.

  • 8/12/2019 edu bahan

    6/22

    Antara kesan yang dapat dilihat daripada permasalahan ini adalah

    merosotnya kewibawaan profesion perguruan. Seperti mana yang dinyatakan oleh

    Syed Ismail etc. (2010:190), Pada zaman ini guru bukan sahaja sebagai pendidik

    tetapi pengganti ibu bapa, kaunselor, pembimbing dan rakan. Peranan guru begitu

    penting memandangkan beliau merupakan individu yang paling dekat dengan murid

    semasa mereka berada di sekolah. Namun, apakah pandangan ibu bapa di luar

    persekitaran sekolah yang mengharapkan guru menjadi penggantinya, melihat kes-

    kes salah laku yang berlaku di kalangan guru di sekolah? Adakah masyarakat di

    Negara kita akan terus menyanjung, menghormati dan mempercayai profesion

    perguruan sebagai suatu jawatan yang mulia apabila guru-guru sekarang terjurus

    untuk terbabit dalam salah laku?

    Realitinya, peningkatan kes-kes salah laku melibatkan guru-guru di sekolah

    telah menyebabkan ibu bapa dan masyarakat Negara kita memandang sinis

    terhadap profesion perguruan. Mereka tidak yakin dengan kebolehan guru seluruh

    negara dalam mendidik anak-anak mereka walaupun hanya berakibatkan tindakan

    salah seorang guru di Malaysia. Nampaknya, pengaruh yang dibawa oleh

    permasalahan tidak mematuhi kod etika kerja guru terhadap profesion perguruan di

    Malaysia adalah begitu luas sehingga menjejaskan imej semua guru di Negara kita.

    Malah sesetengah pihak telah melabelkan profesion ini sebagai pilihan terakhir

    setelah tiada kerjaya profesional yang lain atau disebabkan ingin mengelakkan diri

    daripada menganggur. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

    Di samping itu, kes salah laku yang berlaku di kalangan guru juga memaksa

    pihak berkuat-kuasa melucutkan jawatan guru di sekolah. Ini secara tidak langsung

    menyebabkan kekurangan sumber guru yang berkualiti di sekolah-sekolah seluruh

    Negara. Menurut sumber pada tahun 2010, bilangan sekolah rendah yang didirikan

    di Malaysia adalah sebanyak 7,714 buah. Cuba bayangkan sekiranya seluruhsekolah di Malaysia mempunyai hanya seorang guru yang membabitkan diri dalam

    kes salah laku. Dengan ini, pihak berkuat-kuasa terpaksa melucutkan kira-kira 7 ribu

    orang guru yang memegang jawatan di sekolah. Ini sudah tentu menimbulkan

    permasalahan yang tidak berterusan kepada proses pembelajaran murid-murid di

    sekolah, malah sistem pendidikan di Negara kita. Jadi, jelaslah bahawa tindakan

    salah laku guru akan menyebabkan sistem pembelajaran di Negara kita tergendala.

    (2.5) Cara mengatasi isu ini

  • 8/12/2019 edu bahan

    7/22

    Memandangkan isu atau permasalahan salah laku guru di Negara kita akan

    membawa kesan yang begitu serius kepada imej guru dan sistem pendidikan di

    Negara kita, langkah-langkah yang sesuai serta berkesan haruslah diambil supaya

    isu ini dapat diturunkan kadarnya, diperbaiki keadaannya dan pada akhirnya dibasmi

    permasalahannya. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam usaha mengatasi

    isu salah laku di kalangan guru di Negara kita. Antaranya ialah pihak pentadbir

    sekolah, pihak rakan sejawat guru dan juga pihak individu yang tertuduh tersebut.

    Pertama sekali, pihak pentadbir sekolah haruslah mempertingkatkan lagi

    sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan

    dan cekap dalam pemantauan terhadap guru-guru di sekolah agar isu salah laku di

    kalangan guru dapat dielakkan. Pihak tersebut seharusnya mewujudkan sebuah

    sistem pantau yang dapat menghalang guru-guru untuk melibatkan diri dalam

    perkara-perkara yang dikatakan telah melanggar peraturan kod Etika Profesion

    Perguruan. Sekiranya betul didapati guru berkenaan masih tidak terlepas dari

    terbabit kes salah laku, pihak pentadbir sepatutnya membuat persediaan untuk

    memberi perkhidmatan nasihat dan kauseling kepada guru tersebut supaya dia

    sedar bahawa dirinya sedang menjurus ke arah yang terpesong daripada

    profesionnya.

    Walau-bagaimanapun,jika guru terbabit masih ingkar, maka amaran dan

    tindakan tatatertib harus dilaksanakan dengan tegas agar kes salah laku tidak

    berterusan. Ketegasan pihak pentadbir dalam menguruskan hal salah laku

    sememangnya membantu pihak berkuasa membasmi isu salah laku di kalangan

    guru. Pihak pentadbir juga berperanan memastikan guru di sekolah, khususnya guru

    permulaan yang baharu saja dilantik agar memahami dan menghayati kod Etika

    Profesion Perguruan. Sekiranya perlu, kursus, latihan, seminar dan bengkelmenerangkan tentang etika kerja tersebut harus diadakan dengan kerap agar guru-

    guru sentiasa peka dengan tindak-tanduk sendiri.

    Selain itu, rakan sejawat guru juga memainkan peranan kritikal dalam

    mengatasi masalah salah laku di kalangan guru. Sebagai salah seorang ahli dalam

    komuniti pendidik, individu tersebut seharusnya sentiasa berusaha menjadi teladan

    kepada ahli-ahli lain dalam komuniti berkaitan. Adalah diingatkan bahawa sebagai

    seorang guru, tingkah laku beliau bukan sahaja sentiasa menjadi role model kepadamurid-muridnya di dalam kelas, malah rakan-rakan sejawatnya yang sentiasa

  • 8/12/2019 edu bahan

    8/22

    berkomunikasi dengannya. Jadi, adalah wajar sebagai seorang guru untuk sentiasa

    menjaga tindak-tanduknya. Sebagai rakan sejawat, individu tersebut juga

    bertanggungjawab memberi dorongan dan nasihat sewajarnya kepada guru yang

    didapati terbabit dengan kesalahan.

    Kita dididik agar tidak menjaga tepi kain orang dan ini menyebabkan kita

    jarang mengambil peduli tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan kita. Namun,

    sebagai rakan sejawat, sikap ini haruslah diubah dimana individu tersebut haruslah

    berusaha mengamalkan pendekatan kepedulian. Dari segi moral, pendekatan

    kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.

    Dalam konteks ini, kepedulian dapat diertikan sebagai perasaan ambil berat

    terhadap orang lain. Oleh yang demikian, setiap guru haruslah memikul

    tanggungjawab sebagai seorang rakan sejawat untuk mempedulikan masalah salah

    laku yang dihadapi orang guru sejawat di sekolah.

    Pada masa yang sama, rakan sejawat juga perlu sentiasa saling memberi

    peringatan dan nasihat agar tidak terjurus daripada terlibat dalam kes salah laku.

    Menurut Syed Ismail, etc. (2010:56), kita perlua sama -sama menjaga nama baik

    profesion perguruan supaya pelanggan dan stakeholder kita berasa berpuas hati

    dan kehendak mereka yang sah dapat dipenuhi. Beliau juga menyatakan bahawa

    Sebagai seorang guru yang berakauntabiliti terhadap rakan, kita hendaklah

    sentiasa berusaha membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu

    dalam terlibat dalam profesion peguruan ini. (Syed Ismail, etc. , 2010:57) Oleh yang

    demikian, jelaslah bahawa tugas kita sebagai guru sebenarnya tidak terhad kepada

    murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara. Kita sebenarnya mempunyai

    tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga nama baik rakan sejawat kita yang

    berkecenderung untuk melakukan tindakan terpesong agar kewibawaan profesion

    perguruan ini tidak tercalar.Di samping itu, setiap orang guru di Negara kita sebenarnya mempunyai

    peranan masing-masing dalam memastikan kes salah laku berhenti dari terus

    berlaku dalam kalangan pendidik. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab,

    beliau sepatutnya sentiasa bermuhasabah dan membuat reflektif diri mengenai apa

    yang dilakukan olehnya. Dengan cara ini, kekuatan dan kelemahan diri akan dapat

    dikenal-pasti dan dibaiki dengan kadar yang cepat. Ia juga menimbulkan kesedaran

    untuk menjadikan diri individu itu berkembang ke arah lebih baik. Umpamanya jikalau guru berkaitan mendapati dirinya mempunyai masalah tekanan emosi yang

  • 8/12/2019 edu bahan

    9/22

    menyebabkannya terjurus untuk melakukan tindakan terpesong, maka beliau

    bolehlah dapatkan nasihat dan kaunseling dari pihak berpengalaman sebelum kes

    salah laku berlaku. Sikap kepekaan dan rendah diri terhadap keperluan diri untuk

    menerima nasihat amat membantu dalam konteks ini. Sudah tentu masalah salah

    laku di kalangan guru dapat diselesaikan sebelum keadaan berkenaan berubah

    menjadi jenayah serius sehinggakan didakwa.

    Seterusnya, guru juga haruslah bijak memilih kawan yang mampu menjadi

    teladan dan contoh kepada profesion perguruan beliau. Seperti peribahasa dalam

    Bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa A man is known by the company he

    keeps . Ini bermakna seorang individu akan menerima pengaruh daripada teman -

    teman yang berdampingan dengannya. Sekiranya seorang guru sentiasa berkawan

    dan berdampingan dengan golongan guru yang dikatakan mempunyai sikap negatif,

    maka lama-kelamaan guru tersebut juga akan terjurus untuk melakukan tingkah laku

    negatif akibat pengaruh rakan tersebut. Sebaliknya, sekiranya guru berkenaan

    berdampingan dengan rakan sejawat yang mampu menjadi teladan dan contoh

    malah model tiruan dalam profesion perguruan, maka guru tersebut akan terarah

    untuk mengikuti arus supaya menjadi seorang guru yang ideal.

    (3) Kesimpulan

    Sebagai rumusan kepada ulasan-ulasan yang telah dikemukakan, Etika

    Profesion Perguruan sebenarnya diwujudkan dengan hasrat untuk membentuk

    tingkah laku positif dan membaiki potensi sesetengah individu pada satu-satu masa.

    Etika juga bertujuan mengawal tingkah laku para profesional agar lebih beretika

    dalam bidang yang diceburi dan pada akhirnya membimbing para profesional ke

    menara berjaya suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dalam kerjaya guru.Dengan adanya Etika Profesion Perguruan, para guru di Malaysia akan dapat

    merujuk dan mendapatkan garis panduan untuk menjadi seorang guru yang

    bertanggungjawab dan berakauntabiliti terhadap semua pihak termasuk pelajar, ibu

    bapa, masyarat dan Negara serta rakan sejawat.

    Pada masa yang sama, adalah wajar bagi setiap individu bagi memahami

    bahawa pelaksanaan Etika Profesion Perguruan bukanlah untk membebankan

    individu yang terlibat dalam profesion tersebut. Tujuannya seperti yang dinyatakansebelum ini, sesungguhnya adalah untuk membantu dalam guru yang berkhidmat

  • 8/12/2019 edu bahan

    10/22

    dalam bidang pendidikan untuk menjadi lebih komited, dan dapat memupuk

    akauntabiliti dalam menjalankan kerja atau profesion beliau. Dengan pemahaman

    tentang kepentingan kewujudan etika kerja, maka diharapkan guru-guru di Malaysia

    akan lebih menyedari keperluan diri mereka mematuhi peratuan kod etika seperti

    yang tertera bagi menjaga imej profesion guru serta memelihara kelancaran dalam

    pelaksanaan sistem pendidikan di Negara kita.

    Menurut Baharin Abu, etc. telah mengunkapkan bahawa Guru adalah

    pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan

    kebudayaan dan ilmu pengetahun untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa

    hadapan. Semamangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem

    pendidikan Negara. Selain meyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi

    contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang

    mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya

    mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar,

    bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mook Soon

    Sang, 1988). Sesungguhnya, guru-guru harus merenungkan kenyataan yang

    diungkapkan oleh Imam Ghazali (1980) dalam buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi

    rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat.

    Artikel 2: Isu Guru Menjalankan Kerjaya Sambilan

    1.0 PENGENALAN ISU

    Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi. Guru merupakanseorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didiknya hingga ke akhirnya. Ia adalah suatuprofesion yang mempunyai etikanya tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Guru ibaratpakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yang dihormati serta disegani dalam masyarakat.Walaubagaimanapun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yangdiperkatakan seperti isu penyalahgunaan dadah, salah laku seks, rasuah, salah guna kuasa, mendera,sakit mental dan sebagainya. Isu-isu yang diperkatakan menjadi semakin bertambah hari demi hariyang menampakkan keburukan serta kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiriwalaupun ianya berpunca dari individu tertentu yang bergelar guru.

    Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatuyang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut satu laman web(artika.com), isu adalah suatu masalah yang dikedepankan atau diperkatakan untuk ditanggapi oleh

  • 8/12/2019 edu bahan

    11/22

    orang ramai. Ia juga merupakan suatu berita yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjaminkebenarannya.

    Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang haruslahmempunyai ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai

    murni ini akan membentuk etika seseo rang individu tersebut. Etika ditakrifkan sebagai satu cabangilmu pengetahuan yang berurusan dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban dantanggungjawab moral (Harold Koontz & Heinz Weihrich Pengurusan terjemahan Mohd SalmiMohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar DBP).

    Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkatan Greek ethos yang bermaksud perwatakan ataukeperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan (1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak,adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika adalahakhlak. Manakala dalam konteks pekerjaan merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu menjalankansetiap amanah yang dituntut oleh syarak.

    Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatukumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik atau buruk serta betulatau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli. Dalam kehidupan manusia memerlukan satu sistematau panduan untuk menentukan mereka bertingkah laku. Perkara ini mendasari perkembanganetika dalam masyarakat tersebut.

    Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika sebagai disiplin yang dapatmenerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaanantara kebaikan dan keburukan seseorag. Menurut A.R. Licey dan W.L. Reese, etika dikatakan

    sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niatdan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari sudutpandangan ahli falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dankelakuan manusia.

    Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti,produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspekyang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalammasyarakat. Skop Etika Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecualihal-hal yang benar-benar peribadi. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia

    yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

    Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusanbagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang untukberinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna, berhemah dan berkesan. Di sampingitu juga, etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidakpatut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakatpelbagai kaum di Malaysia.

    Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi komitmen yang tinggi terhadap tugassebagai pendidik yang baik. Media massa banyak melaporkan pelbagai kes dan isu seperti gurumemukul murid, guru menerima rasuah, guru pecah amanah, cikgu cabul murid dan sebagainya

  • 8/12/2019 edu bahan

    12/22

    yang menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes sepertiini semakin meningkat setahun demi setahun. Berdasarkan pelbagai isu yang berkaitan dengan gurudan keguruan ini, maka saya telah memilih satu artikel yang bert ajuk Guru menjalankan kegiatanpenyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan. Saya berpendapat bahawa isu ini melibatkan guru

    dikategorikan sebagai melanggar etika profesion perguruan.

    Fenomena masyarakat yang bekerja sambilan merupakan perkara asas yang jarang diperkatakan.Namun ia bukan sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat termasuk di kalangan guru padahari ini. Guru-guru di Malaysia umumnya tidak diketahui secara jelas sejauhmana seriusnya merekaterlibat dengan aktiviti pekerjaan sampingan. Bahkan, untuk mengetahui statistik sebenar golonganyang bekerja sampingan, ia tidak mudah untuk diperolehi disebabkan kebanyakan mereka yangterlibat tidak bersedia untuk membuat pengakuan atas alasan-alasan yang tersendiri.Walaubagaimanapun, fenomena ini dapat dilihat di kebanyakan sekolah berdasarkan kepadapemerhatian yang dilakukan oleh guru-guru sendiri di sekolah masing-masing. Kerja sampinganmerupakan istilah yang membawa maksud seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapatmenambahkan pendapatannya walaupun memiliki kerjaya utama.

    Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan penting sebagai agen perubahan dalammasyarakat. Menurut Noriati et. al. (2010), guru yang komited diperlukan untuk menyediakanprogram pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan berpegang teguh dengan strategi-strategiakauntabiliti yang berkesan. Guru sebagai kakitangan sekolah pula harus memberikan sepenuhkomitmen kepada pihak pentadbiran bagi melancarkan urusan berkaitan pengurusan sekolah selainmemberikan sokongan padu dalam merealisasikan visi dan misi sekolah yang telah digariskan(Abdullah Sani et. al. 2007).

    Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan perubahansesuatu dasar dan agen pendidikan yang dirancang. Malah ia bukan sekadar ketika berada dalamwaktu bertugas di sekolah, malah pada bila-bila masa. Selain menjalankan tugas pengajaran danpembelajaran, bidang tugas guru turut merangkumi pelbagai perkara yang berkaitan dengan bidangpengurusan akademik termasuk penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan kebajikanmurid, terlibat dalam mesyuarat serta menghadiri kursus dan sebagainya (Burnham, 2011). Keadaanitu telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang guru dalam dunia pendidikan yang sentiasawujud perubahan seiring dengan keperluan semasa (Mohamad Najib, 2004).

    Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia guru tetap memerlukan masa yang perlu diluangkan

    untuk menguruskan hal-ehwal peribadi sama seperti individu lain (Lambert, 2003). Ini merupakanhak guru melakukan semua perkara untuk kepentingan dirinya di luar waktu bertugasnya di sekolah.Selain melakukan tugas peribadi, mengurus keluarga atau terlibat dengan sebarang aktiviti komunitisetempat, terdapat dalam kalangan guru yang mengambil inisiatif melakukan sesuatu yang dapatmenambahkan pendapatannya dengan melakukan kerja sambilan. Terdapat pelbagai faktor yangmenyumbang kepada situasi ini di mana kesan-kesan yang wujud daripadanya menjadi kayu ukurkepada tahap komitmen guru-guru yang terlibat.

    Menurut Mariatin (2009), oleh kerana kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepadakesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh kakitangan maka, seharusnya tidak ada sebarang

    halangan yang dapat menyumbang kepada kegagalan guru dalam memberikan komitmen kepadaorganisasinya. Ini disebabkan komitmen semua guru diperlukan bagi memastikan pengurusan

  • 8/12/2019 edu bahan

    13/22

    sekolah dapat dijalankan dengan jayanya kerana guru adalah sebahagian daripada kakitangan yangmenggerakkan organisasi sekolah bagi mencapai misi dan visi yang selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani, 2005).

    Kerja sambilan merupakan istilah yang diadaptasi daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitumoonlighting di mana perkataan ini pada asalnya diambil daripada perkataan moonlight. Menurut

    kamus Oxford (2011), kerja sambilan membawa maksud seseorang yang mempunyai pekerjaankedua di mana kebiasaannya dilakukan pada waktu malam secara rahsia sebagai tambahan daripadapekerjaan utamanya. Kemudian, Pere (2007) dan Betts (2002) menyatakan istilah moonlighting iniseerti dengan istilaah second job, part -time job, dual job, multiple job dan seumpamanya.Kesemua ini bermaksud bahawa seseorang yang bekerja sambilan secara separuh masa namun pada

    masa yang sama mempunyai pekerjaan lain yang utama di mana ia dilakukan secara sepenuh masa.

    Idea ini selari dengan Champion (2010), Michael (2010) dan Betts (2006) yang menyatakanmoonlighting di dalam Bahasa Melayu adalah kerja luar yang bermaksud mempunyai dua pekerjaan atau lebih separuh masa serta pekerjaan tambahan ini berlaku kepada seseorang yang memilikisesebuah kerjaya yang menjadi pekerjaan utamanya.

    Azanza (2000) pula berpendapat bahawa kerja sambilan merupakan salah satu cara untukmemperolehi pendapatan walaupun seseorang itu mempunyai pekerjaan tetap. Di samping itubeliau turut menyatakan kerja sambilan itu merangkumi seseorang yang bekerja sendiri sepertimenjadi perunding, mengajar kelas malam, membuat pelaburan selain menjadikan hobi dankemahiran yang dimiliki sebagai cara untuk menambahkan pendapatan.

    Berdasarkan kepada definisi dan konsep kerja sambilan yang telah dihuraikan di atas, isu inimemfokuskan kepada guru yang terbabit dengan sebarang kegiatan atau aktiviti yang bolehmendatangkan pendapatan sampingan semasa berada di dalam kawasan sekolah atau sebaliknyapada bila-bila masa (Parham, 2006). Keadaan ini sama ada bekerja separuh masa secara makan gajidi tempat lain selepas waktu mengajar, menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual produkatau sebagai agen jualan, penyediaan sesuatu perkhidmatan, memiliki syarikat perusahaan sendiriatau usahasama dengan keluarga atau sebarang sumber yang dapat menambahkan pendapatanmereka walaupun aktiviti berkenaan dijalankan secara kecil-kecilan.

    2.0 PERKEMBANGAN HUJAH

    Isu berkenaan guru yang bekerja sambilan ini bukanlah satu trend atau khusus di sesebuah tempatmalahan di mana-mana tempat dan organisasi akan wujud kakitangan yang melakukan pekerjaansampingan. Walaupun faktor kewangan dilihat lebih dominan dalam kalangan guru yang melakukankerja sampingan (Livanos & Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004), Robinson & Wadsworth (2007)menyatakan ia bukan disebabkan masalah kewangan atau menerima gaji yang rendah daripadapekerjaan utama semata-mata. Sebaliknya terdapat juga pelbagai faktor lain yang turutmenyumbang kepada seseorang itu mengambil keputusan untuk melakukan pekerjaan sambilan

    yang merangkumi faktor peribadi dan faktor kerjaya (Betts 2002).

  • 8/12/2019 edu bahan

    14/22

    Menurut Betts (2002), dalam laporannya menyatakan salah satu faktor daripada pekerjaansampingan itu dilakukan adalah kerana faktor peribadi. Pandangan ini juga turut diselari dengan parapengkaji yang lain di mana kerjaya sampingan yang dilakukan itu tidak berkaitan dengan faktorkewangan dan tidak dipengaruhi oleh unsur lain selain atas kehendak diri sendiri semata-mata.Kebanyakan mereka yang bekerja sambilan juga didapati sangat menyukai untuk melakukannyatanpa terikat dengan faktor kewangan (Hipple, 2010).

    Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang yang menjalankan kerja sampinganadalah disebabkan oleh faktor peribadi iaitu untuk memenuhi minat serta mengisi masa lapang diluar waktu bertugas mereka. Bahkan wujud dalam kalangan mereka untuk memenuhi kepuasanmereka dalam bekerjaya di mana ia tidak diperolehi daripada pekerjaan utamanya (Dickey et. al.2011, Panos et. al. 2011) dengan melakukan sesuatu pekerjaan lain yang diminati.

    Winters (2010) dalam kajiannya mendedahkan, walaupun seseorang itu melakukan pekerjaansampingan tetapi ia bukan atas alasan kewangan walaupun memperolehi pendapatan kecil daripada

    kerjaya utamanya seperti mana yang dijelaskan oleh Hipple (2010). Malahan kajian ke atas gurumenunjukkan majoriti daripada mereka yang terlibat mengakui mereka tetap akan melakukanpekerjaan sampingan walaupun tangga gaji mereka sebagai guru dinaikkan (Pearson et. al. 2001).Keadaan ini menunjukkan mereka sememangnya menyukai dan gembira dengan kerja sampinganyang dilakukan (Renna & Oaxaca 2009) walaupun terpaksa mengorbankan masa lapang di luar waktubekerja.

    Selain itu, seseorang yang menjalankan pekerjaan lain selepas waktu bertugas adalah bagimeningkatkan bakat dan kemahiran yang dimiliki serta mempunyai minat mendalam terhadapaktiviti sampingan yang dilakukan. Hipple (2010) berpendapat pekerjaan sampingan yang dilakukan

    seseorang adalah sebagai cara untuk membina kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yangberbeza daripada pekerjaan utama sedia ada yang dimiliki (Dickey et. al. 2011, Renna & Oaxaca2009).

    Terdapat juga dalam kalangan individu yang melakukan kerja sampingan bagi membina rangkainhubungan sosial dengan rakan baru (Betts 2002). Salah satu tujuannya adalah untuk mengenaliseseorang yang dapat membantunya mencapai sesuatu yang diingini seperti peluang pekerjaanbaharu (Pere 2007). Kesemua alasan-alasan berbentuk peribadi ini memperlihatkan merekamelakukan kerja sampingan adalah atas dasar sukarela dan merasa bahagia melakukannya (Hipple2010, Averett 2001) walaupun menyedari pelbagai kesan yang akan dihadapi daripada tindakan

    melakukan pekerjaan sampingan.

    Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa faktor ekonomi atau kewangan merupakan penyebabutama kepada seseorang itu melakukan kerja sampingan (Dickey et. al. 2009) termasuklah darikalangan guru. Walaupun mempunyai pendapatan daripada pekerjaan utama sebagai guru secarasepenuh masa, terdapat juga di kalangan mereka yang melakukan pekerjaan sambilan bagimengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

    Hipple (2010) berpendapat bahawa mereka yang memiliki kerjaya lain yang mendatangkanpendapatan adalah berpunca daripada faktor kewangan sebagai sebab utama. Beliau turut

    menyebut keadaan ini adalah disebabkan mereka mempunyai beban tanggungan hutang ataupinjaman yang perlu dijelaskan sama seperti mana yang dilaporkan oleh Verma (2008) dan Averett

  • 8/12/2019 edu bahan

    15/22

    (2001). Laporan daripada Parham (2006) juga menyebutkan faktor penyebab guru menjalankan kerjasambilan adalah kerana masalah kewangan dan ianya sukar untuk dihentikan setelah terlibat denganaktiviti bekerja sambilan walaupun mengetahui terdapat kesan di sebaliknya.

    Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dengan memperolehi pendapatan

    tambahan telah menyebabkan ramai yang mengambil keputusan untuk bekerja sampingan.Kenyataan ini selari dengan Hyder & Ahmed (2009), Guanglia & Kim (2004), Kimmel & Conway(2002) dan Partridge (2002) yang mengemukakan alasan gaji atau pendapatan yang kecil daripadakerjaya utama menjadi punca kepada seseorang itu melakukan pekerjaan sampingan.

    Terdapat kajian yang menunjukkan individu menjalankan kerja sambilan adalah disebabkan faktorkerjaya. Keadaan ini bermaksud seseorang itu menjalankan kerja sampingan atas tuntutan yangberhubung dengan kerjaya mereka sendiri (Dickey et. al. 2009), untuk menimba pengalaman baharu(Dickey et. al. 2011), memperolehi pengetahuan bagi memperkukuhkan kerjaya pada masa depandan sebagai satu cara bagi meninggalkan kerjaya perguruan (Henderson 2000) atas pelbagai asalan.

    Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh guru-guru pada masa kini. Ada antara merekayang mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjadi penceramah dalam sebarang khusus atau seminar,berniaga di pasar-pasar malam, MLM, memandu teksi malah ada antara mereka yang mungkin turutterlibat dengan pekerjaan jenayah yang menyalahi undang-undang negara. Jesteru, fenomena gurumenjalankan kerja sambilan telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian PelajaranMalaysia (KPM). Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kementerian telah mengeluarkan SuratPekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai dan kakitangan di bawahdalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat tersebut, Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskanpermohonan dan membuat pemantauan terhadap mereka yang berkenaan.

    Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah diterima dan dibangkitkan sama adadi media cetak mahupun elektronik mengenai salah laku pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyenmahupun tenaga pengajar sambilan sama ada mereka telah diberi kebenaran atau tidak telahdidapati tidak mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada yangmengambil kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai platform atau medan perniagaandalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar yang berunsur kepentingan peribadi.

    Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan pekerjaan luar atau kerjasampingan yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan sama ada dalam bentuk

    upah atau keuntungan. Namun demikian, atas keprihatinan kementerian terhadap keperluan paramurid dalam mendalami ilmu dan menguasai pembelajaran tambahan, pihak kementerian telahmembenarkan para pendidik untuk membimbing murid melalui kelas persendirian di mana-manainstitusi pendidikan swasta dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengankepentingan dirinya sebagai penjawat awam.

    Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman bagi memastikan aktiviti tersebutselaras dengan kehendak Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib) 1993. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan itu dikeluarkan adalah untuk memberi garispanduan yang terperinci mengenai pengendalian dan syarat-syarat khusus kepada pekerjaan luar

    sebagai guru tuisyen atau tenaga sambilan bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • 8/12/2019 edu bahan

    16/22

    Sebagai kesimpulannya, kerja sampingan boleh dilakukan oleh guru tetapi pertimbangan yangsewajarnya haruslah diberikan supaya kerja sampingan tersebut tidak mengganggu tugas hakiki gurudi sekolah. Setiap guru harus secara bertanggungjawab terhadap tugas sebenar di sekolah danmenjadikan kerja sampingan benar-benar sebagai sampingan. Guru sebaliknya tidak boleh samasekali menjadikan tugas hakiki di sekolah sebagai kerja sampingan.

    Namun demikian, kebenaran ini juga telah disalah ertikan oleh guru dengan melakukan pekerjaan jenayah sebagai kerja sampingan yang menyalahi undang-undang. Merujuk kepada laporan berita-berita semasa yang disiarkan melalui media massa, terdapat pelbagai isu yang melibatkan gurudikategorikan sebagai melanggar etika profesion perguruan sekarang ini. Antara salah satu isuhangat yang telah menimbulkan permasalahan serta memberi kesan terhadap profesion keguruanialah yang dipetik dari artikel melalui sumber laman web rasmi, Guru Sains disyaki edar dadah akandigantung kerja (Berita Harian Online: 21 Februari 2010).

    Merujuk kepada laporan akhbar dalam Berita Harian Online melaporkan: Guru Sains Sekolah Jenis

    Kebangsaan Cina (SJKC) di Rengit, Batu Pahat yang ditahan polis, Rabu lalu selepas dipercayaimengedar dadah bakal berdepan tindakan digantung kerja, dipindahkan atau dibayar separuh gaji.Guru sains tersebut dipercayai mengedar dadah secara sambilan kerana mahu menjalani kehidupanmewah dan bergaya.

    Menurut sumber, guru berusia 31 tahun itu baru saja berjinak-jinak dalam pengedaran dadah kira-kira dua bulan lalu dengan menggunakan kereta Proton Savvy miliknya untuk menghantar sendiribekalan apabila menerima tempahan dan ditahan kira-kira jam 10 malam dalam satu sekatan jalanraya di sekitar daerah Batu Pahat.

    Sumber itu berkata, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom menyatakan tindakanpentadbiran serta merta yang dikenakan kepada guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajarantidak pernah bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesionperguruan di negara ini. Menurut beliau juga, pihaknya memandang serius kejadian seumpama itudan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang cubamencemarkan profesion perguruan yang selama ini dipandang tinggi di kalangan masyarakat.

    Berdasarkan laporan yang dibuat dalam akhbar terkenal itu jelas menunjukkan bahawa gurutersebut secara terang melanggar etika profesion perguruan dan kod etika perguruan di Malaysiayang menyatakan bahawa guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan

    tanggungjawabnya sebagai guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat, masyarakat dannegara. Namun dalam kes ini guru telah membelakangkan tugas awamnya demi kepentinganperibadi. Dengan ini jelas menunjukkan sikap tidak profesional guru tersebut yang tidak berfikirdengan wajar tentang impak negatif yang akan dihadapi sebelum melakukan pekerjaan sambilantersebut yang jelas menjejaskan masa depannya serta memburukkan nama baik profesionperguruan yang sepatutnya disanjung tinggi. Jesteru itu, guru berkenaan akan dikenakan tindakantatatertib mengikut peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan PegawaiAwam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukumangantung kerja kerana guru tersebut telah disabitkan melakukan kegiatan jenayah dalampenyalahgunaan dadah secara kerja sambilan.

  • 8/12/2019 edu bahan

    17/22

    Malahan, baru-baru ini sudah terdapat isu berkenaan guru melanggar etika profesion perguruaniaitu bekerja sambilan telah dilaporkan menerusi Berita Harian Online: 4 Januari 2010 Guru abaitanggungjawab calar imej profesion perguruan. Menurut sumber, beberapa persatuan gurumengakui wujud kes terpencil guru lebih mengutamakan kerja luar berbanding tugas hakiki merekadi sekolah kerana mengejar pendapatan yang lumayan. Dalam laporan tersebut, Setiausaha AgungKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guruyang lebih r ajin mencari pendapatan tambahan itu umpama nila setitik rosak susu sebelanga.Maka, keadaan ini akan memperlihatkan kesan negatif terhadap bidang profesion perguruan dimanatindakan guru berkenaan boleh mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guruadalah komited menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing.

    Tambahan lagi, isu guru melakukan penyalahgunaan dadah secara sambilan ini menjadi semakinhangat apabila timbul pula laporan akhbar yang ditulis oleh M Hifzuddin Ihksan dalam Berita HarianOnline melaporkan BETONG: Kegiatan seorang guru dari Semenanjung menjual dadah dan pil khayalkepada pelajar di sebuah sekolah menengah di sini terbongkar apabila polis menahannya bersama1,862 pil nospan di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan MohdBukhori Saffai, berkata suspek yang bertugas di sebuah sekolah di Beladin dipercayai menjadipengedar dadah kepada pelajar sekolah sekitar kawasan berkenaan.

    Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981, semua PegawaiPerkhidmatan Pendidikan, kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolahsekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekananterhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di

    sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dansemasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah seperti kegiatan kokurikulum. Maksudketepatan masa juga merangkumi keperluan guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidakdibenarkan meninggalkan kelas ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.

    KESAN ISU PENYALAHGUNAAN MASA TERHADAP

    PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU

    Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan. Perkara yangingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru tetapi juga kesan

    kepada murid itu sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa ini sebenarnya lebih

    banyak merugikan mereka. Beberapa kesan yang dapat dilihat ialah:

    a) Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat kurangnya

    kualiti dan produktiviti.

    Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000 mendefinisikan

    kualiti sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan perkhidmatan yang dapatmemenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat. Dalam perkhidmatan

  • 8/12/2019 edu bahan

    18/22

    pendidikan, guru hendaklah menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak

    pelanggan iaitu murid dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula digunapakai seperti yang tercatat di

    dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2/1996 : Garis Panduan Bagi

    Melaksanakan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, kakitangan awam juga

    boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan

    bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh

    tentang kefahaman kehendak dan pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru

    menunjukkan kemampuan mereka dalam merekabentuk perkhidmatan seperti yang

    diperlukan dan diharapkan murid dan ibu bapa.

    Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling

    Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Peningkatan

    Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh didefinisikan sebagai nilai atau

    kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit input. Maka, output merujuk kepada

    keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Dalam konteks

    sekolah sebagai organisasi, input perujuk kepada ilmu dan kemahiran yang diberikan kepada

    murid manakala output merujuk kepada tingkahlaku dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran

    oleh murid itu sendiri. Mengapa pula kualiti dan produktiviti adalah berkaitan dengan

    penyalahgunaan masa? Jika kita merujuk kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada

    menggariskan beberapa panduan untuk meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk

    meningkatkan kualiti ialah pihak pentadbiran sekolah mengambil langkah-langkah bagi

    mengukuhkan faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah:

    i. Tenaga manusia (guru-guru)

    ii. Sistem dan prosedur

    iii. Struktur organisasi

    iv. Gaya pengurusan

    v. Persekitaran kerja

    vi. Teknologi

    vii. Bahan-bahan

    viii. Kelengkapan modal

    Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak syak lagi

    jika penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti kerana guru tidak

    bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif, tidak menyediakan ataumenggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak menyediakan bahan dan alatan yang

  • 8/12/2019 edu bahan

    19/22

    bersesuaian dan tidak melakukan refleksi pengajaran untukmengenalpasti dan menyelesaikan

    masalah murid. Penyalahgunaan masa menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi

    dalam menentukan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

    b) Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.

    Guru adalah role model murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan melalui

    teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka, pakaian malah

    personaliti guru tersebut.

    Kepimpinan Melalui Teladan merupakan slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr.

    Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983. Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan

    memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan

    masyarakat. Selain itu, ia juga dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di

    kalangan kakitangan awam.

    Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu, bapa

    dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru berbanding

    dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita kepada ibu bapa

    tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering menghabiskan waktunya

    dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula pandangan dan cerita yang akan didengari

    oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak

    ibu bapa dan mengundang tanggapan yang negatif dari murid-murid juga.

    c) Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku.

    Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian tindakan, guru

    tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran mereka. Kajian tindakan

    ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu mendiagnos sesuatu masalah dan

    cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika guru terus menulis refleksi pengajaranselepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru

    tersebut hendaklah membuat kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru

    boleh menggunakan masa senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi

    persekolahan untuk mencari jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti

    jurnal pendidikan, bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih

    utama ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.

    Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang kepada

    pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran yang boleh

  • 8/12/2019 edu bahan

    20/22

  • 8/12/2019 edu bahan

    21/22

    benar tidak menyalahgunakan masa? Perkara ini perlu direnung semua oleh insan yang

    bergelar guru.

    ARKIB : 13/05/2010

    Kajian beban guru siap dalam seminggu

    Utusan onlinehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp ?

    PUTRAJAYA 12 Mei Laporan jawatankuasa khas bagi mengkaji beban guru di seluruh negaraakan siap dan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalammasa seminggu lagi.

    Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, penyerahan laporan tersebutdapat dilakukan setelah proses pengumpulan maklumat dan perbincangan mengenai kajian beban guru kini di peringkat akhir.

    Menurutnya, kementerian sebelum ini memberikan tempoh selama dua bulan dari April hinggaakhir Mei ini untuk membincangkan tentang bebanan tugas guru.

    Petang ini juga saya mengadakan mesyuarat terakhir dengan ahli jawatankuasa untukmembincangkan laporan bebanan tugas guru.

    Apabila semua maklumat telah dikumpulkan kita akan menyerahkan laporan tersebut kepadaMenteri Pelajaran dengan segera dan beliau akan mengumumkan perkara yang dicadangkandalam laporan itu, katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini selepas memberi taklimat mengenaiSambutan Hari Guru 2010 yang akan berlangsung di Pahang, Ahad ini.

    Laporan jawatankuasa khas itu dibuat selepas kementerian mendapati aduan tersebut berasaskerana terdapat guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehinggamenjejaskan tumpuan untuk mengajar.

    Alimuddin berkata, jawatankuasa khas itu bernasib baik kerana hampir dapat menyiapkanlaporan tersebut pada waktu yang ditetapkan disebabkan terdapat laporan-laporan lepas untukdijadikan rujukan.

    Selain itu, beliau berkata, jawatankuasa khas itu juga mengambil pendekatan mengadakanmakmal perbincangan dengan menjemput para guru, pengetua dan pegawai pendidikan daerahmemberi pandangan.

    0 Share 2 1 Share 0 Share 0 Share 0 Share 0 Share

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asphttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp
  • 8/12/2019 edu bahan

    22/22

    0 Share

    Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm#ixzz36aM6T2PP Utusan Melayu (M) Bhd

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm#ixzz36aM6T2PPhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm#ixzz36aM6T2PPhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm#ixzz36aM6T2PPhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm#ixzz36aM6T2PPhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm#ixzz36aM6T2PP