edu-mahes-assignment.doc
TRANSCRIPT
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
DEFINISI BUDAYA
Menurut Deal dan Peterson(1999), John(2010) dan Garatt(1990), budaya ialah entiti keseluruhan yang
kompleks. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-
undang, norma, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain serta kebiasaan yang diwarisi ataupun
diperoleh dan diaplikasi di dalam kehidupan. Kesemua elemen ini adalah penting dalam menghuraikan
sesuatu perkara ataupun perlakuan (Deal dan Petterson, 1999). Manakala, menurut Ma’rof Redzuan
dan rakan-rakan (2001) pula menghuraikan budaya sebagai fabrik masyarakat yang mengikat ahli-ahli
masyarakat dan institusinya melalui set matlamat dan nilai yang disediakan oleh budaya masyarakat
itu sendiri. Ia juga lebih dikenali sebagai concensual dan holistic (menyeluruh).
DEFINISI BUDAYA SEKOLAH
Maksud budaya sekolah menurut Banks dan Banks(1993), Deal dan Peterson (1998) ialah sistem sosial yang mempunyai budaya yang tersendiri. Ia terdiri dari norma institusi, struktur sosial, kepercayaan, nilai, simbol, tradisi, matlamat dan tujuan yang tersendiri untuk membentuk organisasi tersendiri. Berdasarkan kajian Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya Dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi Dan Pencapaian Akademik oleh Yaakob, 2007. Menurut Hopkins (2005), kajian-kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pendidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai persamaan daripada segi, kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991; Huberman, 1992; Sharifah Md Nor, 2000). Memandangkan budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepemimpinan sekolah (Deal & Peterson, 1999; Sergiovanni, 2000).
Menurut Ralp Linton (1945) “ kebudayaan ialah segala yang dipelajari dan diulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan social ahli masyarakat. Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu dalam suatu masyarakat. Sesuatu yang dipersutujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti. Mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.
DEFINISI MESRA BUDAYA
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
Melalui pengalaman dan pemerhatian saya semasa menjalani praktikum di Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Mentakab, Mentakab, saya mendapati bahawa warga
sekolah tersebut mengamalkan dan melibatkan diri dalam usaha pembinaan bilik darjah yang
mesra budaya untuk mewujudkan pengajaran yang berkesan dan mewujudkan iklim sekolah
yang selesa. Dalam konsep bilik darajah yang mesra budaya sebagai seorang guru, sudah
menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar balakang murid-murid. Di
dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan
melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja
berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang
tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang
mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing.
Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk
mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang
berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.
Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang
berbeza dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan
salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P). Secara ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada
golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan
mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami
dunia di sekeliling mereka.
(Ilmu Pendidikan : Budaya & Pembelajaran)
Semasa menjalani praktikum saya berpeluang untuk menemu bual beberapa guru untuk
mengetahui aspek yang penting semasa membina bilik darjah yang mesra budaya. Antara guru
yang saya menemu bual adalah Pn. Citrakumari, En. Subramaniam dan Pn. Malliga (GPK).
Menurut beliau terdapat dua aspek yang penting untuk membina bilik darjah yang mesra iaitu
aspek fizikal dan sosio – emosi. Menurut pandangan GPK, Konsep pengurusan persekitaran
fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran
dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar
belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan
prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil
kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan
yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa
aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu
dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Dari segi fizikal, guru tersebut (Pn. Citra kumari) merancang susunan kedudukan dan
susunan kerusi meja yang bersesuaian, pengudaraan dan pencahayaan yang cukup, peralatan
asas yang mencukupi, penggunaan ruang dalam bilik darjah, serta bahan bantu
mengajar dalam keadaan baik. Menurut beliau, penyediaan fizikal bilik darjah yang baik boleh
menjayakan P & P seseorang guru. Penglibatan murid-murid keseluruhanya aktif dan keadaan
bilik darjah secara tidak langsung dalam keadaan yang ceria dan mesra. Pengambil bahagian
setiap murid meningkat dan berusaha untuk meningkatkan prestasi setiap murid. Dari aspek
pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar,
tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan
perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman
dan pemulangan peralatan pembelajaran. Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi
pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk
mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana
tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat
memotivasikan pelajar.
Pada mulanya, marilah kita melihat beberapa elemen ( dari aspek fizikal) yang telah
sedia wujud kepada pembinaan dan persekitaran bilik darjah mesra budaya di dalam bilik
darjah SJK(T) Ladang Mentakab.
Kerusi - Meja murid
Penyusunan meja murid ditentukan oleh guru. Beliau mengaturkan tempat duduk dalam
bilik darjah dalam keadaan yang bercampur lelaki dan perempuan yang berbeaza
kebolehan. Tujuan penyusunan seperti ini adalah untuk mengurangkan masalah disiplin
kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal. Penyusunan kerusi- meja murid yang
bercampur ini dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya juga dapat dikawal kerana
penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin dan juga dengan cara ini murid-murid yang
pemulihan dibimbing oleh murid-murid penggukuhan. Melalui kedudukan ini murid-murid
pemulihan mendapat bantuan dan sokongan daripada murid-murid penggukuhan.
Sebab ini kedudukan kerusi-meja murid dalam keadaan bercampuran digalakkan oleh
guru.
Meja guru
Meja guru diletakkan di hadapan kelas, menghadap meja murid bagi membantu
berlakunya kontek mata antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Meja guru berhampiran dengan tingkap bagi tujuan mendapat
pencahayaan dan pengudaraan yang cukup baik. Keselesaan guru perlu diutamakan
bagi menjalanakan P & P yang berkesan. Apabila seseorang berada dalam keadaan
selesa mereka akan mengajar dengan penuh semangat dan mengutamatan murid.
Pencahayaan dan pengudaraan
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid
dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu
yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru harus memastikan
alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat
kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga disusun dengan baik supaya
tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan
pengudaraan. Oleh itu, guru sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.
Sudut pembelajaran dan bacaan
Bilik darjah juga sepatutnya menjadi tempat di mana berlakunya galakan budaya
membaca damal kalangan murid. Dalam setiap bilik darjah, guru-guru mewujudkan
perpustakaan mini yang terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat
membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta
sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti
buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen
dan multimedia. Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga mewujudkan sudut
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat
mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta
kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid
dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang
merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga
menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut
pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Tindakan mewujudkan sudut-
sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan
sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to
explore, investigate and discover knowledge”. Guru juga mewujudkan sudut-sudut
sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa
pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk
mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan
mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.
Hiasan Bilik Darjah
Semasa memerhati, murid diberi kebebasan menghias bilik darjah dengan nasihat dan
pandangan daridapa guru. Beliau dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan
murid. Antara kebebasan yang diberi oleh guru kepada murid adalah menyediakan
sendiri jadual bertugas, menghias meja guru dengan las meja dan jambangan bunga,
mengecat bilik darjah, mengalas meja kumpulan atau meja semua murid di dalam bilik
darjah, menggantung langsir yang sesuai dengan suasana bilik darjah sebagai ruang
pembelajaran dan menghias bilik darjah dengan pasu-pasu bunga dan tumbuhan hijau.
Kebersihan
Kebersihan mempengaruhi mental dan jiwa manusia. Faktor utama yang menjadi tarikan
kepada murid untuk melalui proses pembelajaran dengan ceria. Guru berusaha
memupuk budaya menjaga kebersihan dengan menyediakan jadual bertugas harian.
Mengikut jadual bertugas harian tersebut murid-murid melakukan tugas-tugas mereka
dengan kemas. Melalui ini guru menyemai nilai menyayangi bilik darjah dan cinta akan
bilik darjah.
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
Peti pertolongan cemas
Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan
cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas mempunyai peti pertolongan
cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya
peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya
kemalangan.
Jam dan calendar
Jam dinding diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa.
Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa
hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan, Hari Deepavali, Hari raya dan
sebagainya. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting
sebegini.
Papan kenyataan
Semasa pemerhatian, setiap kelas ada papan kenyataan yang dimuatkan dengan jadual
tugasan murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk
rujukan dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut
turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan
kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru
dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila mereka melihat hasil kerja mereka
dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam
hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid.
Tempat simpanan bekal makanan
untuk membina persekitaran yang kondusif, guru menyediakan tempat simpanan
bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid dikehendaki menyimpan
bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan untuk mengelakkan
makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan
mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga menarik
perhatian murid sehingga mengganggu tumpuan murid semasa belajar. Dengan adanya
tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan
lebih kondusif.
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
Seterusnya, dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya,
pengurusan persekitaran sosioemosi juga diberi perhatian oleh semua guru di SJK (T) Ladang
Mentakab.
Persekitaran P&P yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu
diaplikasikan oleh murid. Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara
berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru –guru sekolah jenis
kebangsaan tamil Ladang Mentakab mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi
salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat
sesi persekolahan. Peraturan ini kemudiannya dijadikan budaya oleh murid- murid apabila
mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa
disuruh berbuat demikian. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada
nilai menghormati guru di situ. Apabila guru dihormati, maka pelajaran akan lebih berkat lagi.
Selain itu, murid- murid juga diajarkan budaya bertepuk tangan setiap kali ada murid
yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun jawapan itu salah.
Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai keberanian murid tersebut
memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa keberanian murid itu disokong oleh
rakan- rakannya yang lain. Budaya seperti ini dapat menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi
P&P dan tidak takut mencuba.
Seterusnya, seorang murid yang melakukan kesalahan, maka semua murid dalam satu
kelas itu juga akan dikenakan hukuman. Misalnya, jika ada seorang murid yang berbuat bising,
maka murid- murid lain juga akan sama- sama didenda. Dengan cara guru sekolah ini, disiplin
murid dapat dikawal dengan lebih baik kerana setiap individu akan mengingatkan individu lain.
Selain itu, budaya seperti ini juga dapat memupuk kesatupaduan dalam kalangan pelajar.
Contohnya, jika seorang murid dapat menjawab satu soalan dan diberi hadiah 5 biji gula- gula,
murid lain juga mendapat hadiah iaitu sebiji gula- gula. Apabila saja ada yang diberi hadiah,
murid lain juga akan diberi hadiah cuma kuantitinya berbeza. Cara ini akan dapat
mengurangkan rasa rendah diri murid sekiranya tidak berjaya menjawab dan ia akan
membuatkan mereka menyokong sesiapa pun yang berjaya dalam kalangan mereka kerana
kejayaan seorang daripada mereka akan dikongsi bersama. Akan ada rasa perkongsian di situ
dari segi hukuman mahupun imbuhan. Cara ini akan dapat melahirkan murid- murid berbilang
kaum yang bersatu ibarat kata pepatah ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa jua’.
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
Proses P&P bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga berlaku di luar bilik
darjah seperti di padang dan perpustakaan. Oleh itu, fokus untuk mewujudkan persekitaran
P&P mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Guru sekolah ini mewujudkan
suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang
mesra budaya, beliau mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan.
Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai.
Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan
tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Di sini, mereka akan lebih menghargai
budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik
pengawetan makanan, guru mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat
dalam budaya pelbagai kaum. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang
dinamakan ‘basou’ dengan cara menjeruk nasi dan ikan. Kaum cina pula membuat kuih pau
dengan cara pengukusan. Satu lagi subjek yang mengkaitkan isi pembelajaran dengan budaya
pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Dalam subjek ini, guru mengaitkan pelbagai kebudayaan.
Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan
Nyonya di Melaka. Meskipun mengaitkan budaya- budaya pelbagai kaum dalam pelbagai
subjek mungkin hanya selingan, namun impaknya boleh jadi besar kepada murid- murid jika ia
sering dilakukan.
Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan
bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur
utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah
pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Menurut Lindgren (1976)
menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi
tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan
mengukuh pelakuan seseorang.
Menurut HEM, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat
melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu
untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum. Pada hakikatnya, tidak dapat
dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada
memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru sekolah ini sentiasa sedar dan peka,
dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan
mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam
masalah disiplin.
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran
yang lebih bermakna. Tanggungjawab setiap guru sekolah ini adalah membentuk iklim dan
budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi
arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik yang mengambil masa untuk mendapatkan
buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik
darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan
pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan
yang ringkas tentang sesuatu persoalan.
Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah.
Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid.
Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Semasa pemerhatian saya, guru-guru
sekolah ini menggunakan kaedah permainan dalam P & P. Penggunaan permainan tradisi
sesuatu kaum dalam P&P, guru bukan sahaja mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada
masa yang sama menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada
murid- muridnya. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani.
Permainan tradisional digunakan dalam mengajar murid- murid tentang pergerakan asas yang
meliputi pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Misalnya
dalam permainan ketingting yang merupakan salah satu permainan tradisi Melayu, murid
belajar tentang pergerakan lokomotor ketingting (melompat dengan satu kaki) dan pergerakan
bukan lokomotor iaitu imbangan badan. Permainan masyarakat India seperti Kabaddi pula
digunakan untuk dijadikan permainan kecil. Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani, guru
juga menggunakan permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan
Bahasa Melayu. Contohnya dalam subjek Matematik, guru menggunakan permainan batu
seremban untuk mengajar murid mengira. Dalam subjek bahasa Melayu pula, guru
menggunakan permainan baling kelapa dalam proses pengukuhan perbendaharaan kata dalam
kalangan murid dengan memanipulasikan peraturan permainan tersebut.
Gaya kepimpinan yang berbeza akan memberi kesan kepada suasana pembelajaran
murid. Kepimpinan authoritarian guru sekolah ini mengawal murid melalui ganjaran dan
hukuman, cuba mendesak hormat daripada murid, dan guru authoritarian menekan murid yang
membuat kesilapan. Guru jenis ini mewujudkan suasana pembelajaran yang tertekan, yang
tidak kondusif untuk pembelajaran yang sihat. Satu lagi gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh
seorang guru adalah bersifat demokratik. Guru tersebut berkongsi tanggungjawabnya dengan
muridnya. Terdapat saling hormat dan percaya antara guru dengan muridnya. Guru ini baik,
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
mengambil berat, dan mesra, tetapi dia juga tegas. Dengan berkongsi tanggungjawab, guru
menolong murid-murid membina penghargaan kendiri, beryakinan untuk mencuba
menyelesaikan soalan atau masalah yang tidak biasa. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa
produktiviti dan pencapaian adalah tinggi dalam bilik darjah yang mengamalkan
kepimpinan demokratik.
Seterusnya, kita melihat kepada pembudayaan yang telah sedia wujud di kelas dan
keseluruhan sekolah SJK (T) Ladang Mentakab. Antaranya ialah :
Budaya perhimpunan pagi
Pada setiap minggu pada hari isnin mengadakan perhimpunan pagi. Pada hari isnin
perhimpunan diadakan selama 30 minit. Perhimpunan diadakan bertujuan untuk
memberitahu sesuatu maklumat, mengenal pasti prestasi pelajar, dan memberitahu
maklumat-maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Pada permulaannya, murid-murid
dikendaki menyanyi lagu Negaraku, Negeri Pahang, dan Lagu Sekolah dengan
iringan muzik. Selepas itu, Guru Bertugas minggu ini memberi ucapan dan
memaklumkan apa akan buat sepanjang minggu itu. Majlis diteruskan dengan
menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan ulasan atau teguran demi kebaikan
murid. Selepas ucapan guru besar, guru bertugas menyuruh murid untuk
mempersembakan apa sahaja persembahan mereka. Melalui ini, murid-muird
dapat meningkatkan jati diri dan keyakinan diri mereka.
Budaya kelas agama
Pada setiap minggu pada hari jumaat mengadakan kelas agama. Kelas ini mengambil
masa 5 hingga 10 minit. Tujuan mengadakan kelas agama adalah untuk menyemai nilai-
nilai keagamaan. Melalui kelas ini guru-guru dapat memperbaiki murid-murid yang jahat
dan membawa murid ke pangkal jalan.
Budaya membacaMurid-murid SJK (T) Ladang Mentakab mengamalkan budaya membaca sama ada
ketika berada di tapak perhimpunan pada waktu pagi, waktu rehat dan juga ketika
menunggu kehadiran guru semasa peralihan masa pembelajaran. Murid-murid juga
boleh meminjam buku di perpustakaan kerana membaca perlu dijadikan amalan sama
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
ada buku akademik atau apa sahaja buku yang boleh merangsang minda murid ke arah
pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif. Para guru juga berusaha untuk menyediakan
pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian dengan semua tahap pelajar agar budaya
yang diamalkan ini dapat memanfaatkan para pelajar.
Program Nilam
Guru Perpustakaan Media (GPM) memainkan peranan penting sebagai suri
teladan terutama dalam pelaksanaan proses P&P yang menjurus kepada
pembacaan aktif. GPM sentiasa mempromosi Program NILAM dalam apa jua
bentuk dan perlu dikenali oleh warga sekolah sebagai penggerak utama NILAM
selain pemimpin sekolah. Jadi NILAM sebagai fokus utama dalam pelaksanaan
tugas. Dalam hal ini, GPM menggunakan pelbagai pendekatan kemanusiaan
(human approach) untuk mendekati dan menarik perhatian guru-guru dan para
murid. Biarlah dikenali sebagai ‘cikgu NILAM’ atau ‘cikgu yang selalu suruh
membaca’. Jadi NILAM sebagai bahan yang ditutur di bibir. Bersikaplah sebagai
guru yang banyak membaca dan mungkin menjadi idola kepada kebanyakan
murid. GPM juga bersifat inovatif dan kreatif dalam pelaksanaan aktiviti.
Rancang aktiviti berteraskan pembacaan dan literasi maklumat yang
bersesuaian dengan budaya sekolah .
Budaya nilai murni di sekolah
Melalui pemerhatian, saya mendapat tahu bahawa guru-guru di sekolah tersebut
berusaha menerapkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni melalui
matapelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, aktiviti kokurikulum, dan aktiviti
persatuan sekolah. Dengan ini, murid berpeluang untuk mengaplikasikan nilai-nilai yang
dipelajari di sekolah dan dalam kehidupan seharian.
Budaya penyayang
Amalan budaya penyayang di sekolah tercapai kerana semua pihak memainkan
peranan dalam bidang masing-masing. Setiap warga sekolah menunjukkan keprihatinan
mereka terhadap seluruh warga sekolah. Saya berpendapat bahawa budaya penyayang
di sekolah bukan setakat mempamerkan dan mempraktikkan budaya tersebut, malah
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
ianya lebih besar dan bermakna dari itu. Di sini saya pecahkan budaya penyayang yang
dipraktikkan di sekolah kepada tiga aspek iaitu :
Komunikasi yang berkesan
Kebiasaannya orang menyebut ‘Sekolahku Syurgaku’ ,Sekolah sebagai rumah
kedua, dan apa jua ungkapan yang dinyatakan adalah menunjukkan sekolah
merupakan tempat yang paling selesa untuk didiami. Komunikasi berkesan ini
membuatkan para pelajar selesa dengan keadaan sekolah dan membuatkan
mereka lebih selesa untuk berada di sekolah sekali gus dapat membantu
pembelajaran mereka. Guru-guru SJK (T) Ladang Mentakab tidaklah garang
tetapi sebaliknya lebih lembut tetapi tegas terhadap murid-murid.
Guru sebagai role- model
Bandura (1965) menyatakan bahawa perlakuan kanak-kanak adalah dipengaruhi
dengan kuatnya oleh orang dewasa. Seperti yang kita maklum kanak-kanak suka
belajar dari persekitarannya, sekiranya guru mereka menunjukkan keperibadian
yang baik, maka mereka juga akan mempraktikkannya. Antara ciri-ciri peribadi
guru SJK (T) Ladang Mentakab yang saya kenal pasti sebagai role-model ialah
bersifat jujur, menjaga kebersihan, sabar, menghubungkan silaturahim dan
sebagainya.
Budaya keselamatan
Guru Besar SJK(T) Ladang Mentakab mewujudkan budaya selamat di sekolah dan
persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti
setempat. Penjaga pintu sekolah tersebut memastikan pintu ditutup sehingga waktu
sekolah tamat. Penjaga tersebut hanya akan membenarkan murid keluar dari sekolah
sekiranya ibu bapa mereka tunggu di luar. Budaya ini dapat membangunkan kesedaran
terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk
perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Pihak sekolah juga
berusaha untuk memberi kesedaran kepada pelajar melalui beberapa cara iaitu dengan
memberi penerangan semasa perhimpunan, ceramah keselamatan di sekolah dan
melalui papan tanda.
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
Budaya makan
Berdasarkan pemerhatian saya di SJK(T) Ladang Mentakab, pihak sekolah
mengutamakan budaya pemakanan sihat di kalangan pelajar. Selain itu, semua murid di
sekolah tersebut mendapat makanan percuma iaitu (Rancangan Makanan Tambahan)
kerana kebanyakan murid di sana berasal dari keluarga golongan berpendapatan
rendah. Di samping itu, semasa makan semua murid duduk di kantin tanpa membuat
sebarang bising. Guru besar sentiasa berada di kantin semasa waktu rehat. Semua
pelajar tersebut memastikan makanan tidak tertumpah di atas lantai atau meja. Mereka
membuang plastik makanan di dalam tong sampah yang disediakan.
Budaya bersukan
Seperti sekolah lain, sekolah ini juga tetap mengamalkan budaya bersukan. Setiap
tahap murid wajib bersukan mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Budaya bersukan
ini dapat melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pihak sekolah membuat perancangan sistematik untuk memaksimumkan penggunaan
kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada. Di samping itu, semua pelajar
berpakaian sukan seperti yang telah ditetapkan. Aktiviti sukan ini berupaya
meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid
dalam aktiviti fizikal.
Kesimpulannya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus
meningkat setanding dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya
sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan
dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses
pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu
bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah.Walau bagaimanapun,
budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan.
Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke
atas murid manakala budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf
MAHESKUMARAN A/L KRISHNAN
bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta budaya sekolah
memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan
pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu.
Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh
berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa.
Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan
pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan
interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah seterusnya peranan dan
tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran, mengenalpasti
perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan persekitaran fizikal bilik darjah harus
dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak ada lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus
pendidikan yang yang akan memberi impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan
yang sama rata perlu diambil kira.