edu tugasan individu

12
Pendahuluan ‘Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengalami perubahan selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi. Tugas seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga melahirkan pelajar yang holistik, berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran. Nilai tambah dalam matlamat pengajaran dan pembelajaran ini mewajarkan usaha untuk menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran, yang memerlukan guru memahami teori dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan pengajaran.’ Berdasarkan maklumat tugasan ini, tugasan kali ini memerlukan guru pelatih untuk menghuraikan satu teori pembelajaran yang utama yang membolehkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang elok serta berkompeten dan berdaya saing mampu dilahirkan. Oleh yang demikian, tugasan kali ini membolehkan guru pelatih untuk mengkaji secara terperinci teori pembelajaran yang berkesan selaras dengan kemahiran abad 21. Pemahaman dan pengkajian yang terperinci membolehkan guru pelatih yang cakna dengan perubahan dan pembangunan dunia pendidikan yang semakin pesat membangun untuk dilahirkan serta mampu menabur bakti di sekolah pada suatu hari demi kebaikan negara bangsa. 1

Upload: syahrin-nadzif

Post on 01-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tugasan assignment

TRANSCRIPT

PendahuluanProses pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengalami perubahan selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi. Tugas seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga melahirkan pelajar yang holistik, berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran. Nilai tambah dalam matlamat pengajaran dan pembelajaran ini mewajarkan usaha untuk menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran, yang memerlukan guru memahami teori dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan pengajaran.

Berdasarkan maklumat tugasan ini, tugasan kali ini memerlukan guru pelatih untuk menghuraikan satu teori pembelajaran yang utama yang membolehkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang elok serta berkompeten dan berdaya saing mampu dilahirkan. Oleh yang demikian, tugasan kali ini membolehkan guru pelatih untuk mengkaji secara terperinci teori pembelajaran yang berkesan selaras dengan kemahiran abad 21. Pemahaman dan pengkajian yang terperinci membolehkan guru pelatih yang cakna dengan perubahan dan pembangunan dunia pendidikan yang semakin pesat membangun untuk dilahirkan serta mampu menabur bakti di sekolah pada suatu hari demi kebaikan negara bangsa.

Pengenalan

Dalam dunia pendidikan, terdapat banyak teori pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap teori yang diaplikasikan membawa manfaat dari perspektif yang berbeza. Oleh yang demikian, pengetahuan terhadap teori yang diaplikasikan oleh seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting untuk diberi perhatian kerana ia akan membawa hasil yang berbeza. Oleh yang demikian, dalam membincangkan teori yang mana sesuai diaplikasikan dalam membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan kemahiran abad ke-21, teori yang signifikan diaplikasikan disini ialah teori pembelajaran konstruktivisme.Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baharu. Selain itu jika kita melihat semula kepada pengaplikasian teori ini, ia adalah secara menyeluruh dengan menyentuh aspek psikologi, kognitif dan individu. Secara tidak langsung boleh kita katakana bahawa teori ini menyentuh aspek-aspek penting dalam pembangunan modal insan yang diperlukan pada abad ke-21. Teori konstruktivisme adalah lebih menjurus kepada individu yang disasarkan. Teori konstruktivisme melibatkan satu proses yang dipanggil adaptasi. Adaptasi merujuk kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk mendapatkan keseimbangan antara skema dan persekitaran. Adaptasi secara ringkasnya boleh kita katakan sebagai satu proses penyesuaian seseorang terhadap sesuatu yang baru dipelajari pada diri individu tersebut secara menyeluruh. Proses menyeimbangkan antara skema yang diterima dengan persekitaran dipanggil sebagai equilibrasi. J. Piaget (1896-1980) menyatakan proses adaptasi ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu asimilasi dan akomodasi.Asimilasi merupakan suatu proses dimana apabila terdapatnya persamaan ciri-ciri yang ada pada skema yang sedia ada, maka maklumat tersebut secara mudahnya akan terserap ke dalam struktur kognitif. Hal ini menyebabkan equilibrasi terjadi. Akomodasi pula terjadi dimana apabila maklumat baharu yang diterima tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan skema yang sedia ada, maka akan terjadinya ganggu-gugat dalam struktur kognitif. Kejadian ini dipanggil disequlibrasi. Maklumat baharu tersebut memerlukan proses pemahaman dahulu agar boleh diserap ke dalam skema yang sedia ada. Proses akhir ini dipanggil equilibrasi. Secara kasarnya, teori konstruktivistme membolehkan seorang guru untuk membina pengetahuan secara terbimbing dan kearah kendiri serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Oleh yang demikian, kita perlu melihat sejauh manakah teori ini mampu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan selaras dengan kemahiran abad ke-21.

Teori kontruktivisme dalam peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan

Kementerian menyenaraikan banyak kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam diri pelajar terutamanya. Penggarisan nilai-nilai ini membolehkan guru untuk memfokuskan dan mengubah gaya pembelajaran sejajar dengan kehendak Kementerian. Terdapat pelbagai kemahiran yang digariskan. Antara kemahiran yang digariskan kementerian untuk menjana pelajar abad ke-21 ialah kemahiran maklumat dan komunikasi. Kemahiran maklumat ini merujuk kepada kebolehan pelajar untuk meneroka maklumat yang ada di dunia untuk menambahkan pengetahuan. Seterusnya kemahiran berkomunikasi pula merujuk kepada kemahiran pelajar untuk menyampaikan isi maklumat yang dimiliki kepada orang lain. Dalam kemahiran ini, dua elemen penting yang digariskan ialah literasi maklumat dan media serta kemahiran berkomunikasi.

Teori konstruktivisme mampu membantu membina literasi dan kemahiran ini dalam pelbagai aspek. Dalam elemen literasi maklumat dan media, teori konstruktivisme melatih pelajar untuk memiliki inkuiri pengetahuan dimana perlunya pelajar untuk berusaha mencari maklumat yang berkenaan dengan pelajaran yang dipelajari dalam membina pengetahuan sendiri. Disini kita dapat perhatikan bahawa teori konstruktivisme mendorong pelajar untuk memiliki pengetahuan baru untuk diadaptasi dalam struktur skema mereka. Seterusnya, jika melihat kepada bagaimana kemahiran berkomunikasi mampu terbina dengan pengaplikasian teori konstruktivisme, proses ini berlaku apabila terjadi akomodasi dalam menyuaikan maklumat baharu. Kejadian ganggu-gugat dalam struktur kognitif individu yang menyebabkan berlakunya disequilibrasi. Apabila situasi ini terjadi, ini akan mendorong pelajar untuk mula bertanya kepada guru dan rakan-rakannya bagi memastikan bahawa maklumat baharu yang diperoleh adalah bersesuaian dengan struktur kognitif yang sedia ada. Maka apabila sudah berlakunya suai padan antara maklumat baharu dengan struktur kognitif maka berlakunya equilibrasi dalam diri individu.Hal ini secara tidak langsung melihat bagaimana teori konstruktivisme ini membolehkan pelajar terlatih kemahiran abad ke-21 dari sudut kemahiran komunikasi dibawah bahagian kemahiran maklumat dan komunikasi. Seterusnya, merujuk kepada kemahiran yang digariskan oleh kementerian ialah kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir merujuk kepada keupayaan manusia untuk menggunakan akal fikiran untuk menghasilkan keputusan yang mana boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah. Antara elemen yang digariskan dalam bahagian ini ialah pemikiran kritikal dan bersistem. Dalam menuju ke arah pemikiran yang bernas dan tepat, pentingnya untuk pelajar memiliki pemikiran kritikal dan bersistem. Ini akan membolehkan pelajar untuk mempunyai pemikiran abad ke-21. Jika kita merujuk kepada bagaimana teori konstruktivisme membolehkan membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, teori kontstruktivisme menggariskan satu prinsip dimana pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan. Melihat kepada prinsip ini, pelajar yang menerima pengetahuan baharu perlu mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehinya untuk membuat satu keputusan yang tepat. Jika merujuk kepada aras Taksonomi Bloom, aras pemikiran adalah pada tahap-tahap berikut.

Aras aplikasi masih berada pada aras rendah. Walau bagaimanapun, aras aplikasi mampu menjadikan pelajar untuk berfikir secara kritikal untuk mengaplikasikan pengetahuan yang ada bagi menghasilkan satu keputusan yang tepat. Seterusnya, elemen yang ditekankan dalam elemen ini ialah penyelesaian masalah. Dalam konteks ini, teori konstruktivisme menggariskan bahawa pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding. Dalam konteks ini, pelajar yang tidak mampu untuk menyelesaikan masalah boleh diajar dan dibimbing agar mampu menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama, ajaran dan bimbingan akan dikurang dari tahap ke tahap bagi membolehkan pelajar untuk mula menyesuaikan diri dalam menyelesaikan masalah secara persendirian. Hal ini sangat penting kerana kita dapat lihat nilai ke arah kendiri mula dibentuk pada awal penyelesaian masalah.Elemen seterusnya ialah kreativiti dan semangat meneroka. Kreativiti adalah satu elemen yang sangat ditekanberatkan dalam abad ke-21. Semangat meneroka pula adalah satu keperluan dimana individu tersebut mampu mencari perubahan yang membolehkan kemajuan untuk berlaku. Dalam konteks bagaimana teori konstruktivisme membantu meningkatkan pembelajaran dan pengajaran yang berkesan, teori ini menggariskan bahawa perlunya sifat inkuiri penemuan untuk diterapkan dalam diri pelajar. Inkuiri penemuan ini membolehkan pelajar untuk mempunyai smeangat untuk mencari ilmu baharu buat diri mereka sambil dibimbing oleh guru. Oleh yang demikian, kita dapat juga melihat bahawa inkuiri penemuan ini juga memungkinkan satu penghasilan produk yang baharu dalam satu-satu bidang. Ini juga akan melatih kreativiti seorang pelajar untuk sentiasa membuat sesuatu yang baharu dalam memajukan pendidikan.Kemahiran ketiga dan yang terakhir yang digariskan dalam kemahiran Abad ke- 21 ialah kemahiran interpersonal dan arah kendiri. Kemahiran interpersonal merujuk kepada kemahiran pelajar untuk melakukan pekerjaan secara berkumpulan dan secara beramai-ramai. Kemahiran interpersonal juga boleh merujuk kepada kemahiran seorang individu untuk bersosial dengan orang lain dengan lebih berkesan dan tepat. Arah kendiri merujuk kepada kemahiran individu untuk mencari dan melakukan sesuatu secara berseorangan. Dalam konteks ini, arah kendiri membolehkan individu tersebut untuk menjana idea secara berdikari tanpa memerlukan bantuan. Jika merujuk kepada bahagian ini, ia terbahagi kepada beberapa elemen utama. Antaranya ialah kemahiran interpersonal dan kolaborasi, arah kendiri, akauntabiliti dan adaptasi dan tanggungjawab sosial. Elemen pertama merujuk kepada kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Dalam konteks ini, pembelajaran yang berlaku boleh melibatkan kebolehan individu untuk menghasilkan keputusan secara berkumpulan hasil dari perbincangan yang rapi. Hal ini bertepatan dengan teori konstruktivisme dimana teori ini menggariskan prinsip pembelajaran berlaku melalui interaksi dengan orang lain. Dalam perkara ini membolehkan individu tersebut untuk memberi kerjasama dalam kumpulan untuk memperolehkan pengetahuan yang diinginkan dengan lebih tepat. Melalui perbincangan yang terjadi maka akan adanya ruang kolaborasi antara individu dengan individu lain.Elemen seterusnya ialah arah kendiri. Seperti mana yang diterangkan, elemen ini merupakan satu elemen yang mana menekankan individu untuk mula bekerja secara individu dan mempuyai nilai berdikari. Dalam teori konstruktivist, antara prinsip yang digariskan ialah menekankan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Seperti mana yang kita perhatikan, pembelajaran yang berpusatkan pelajar membolehkan inidividu tersebut untuk mempunyai ruang untuk berfikir dan memberi responsecara personal di dalam kelas. Hal ini secara tidak langsung memberi kebebasan untuk pelajar menjana pemikiran dan pada masa yang sama perlunya bimbingan guru dalam proses ini ketika pembelajaran. Seterusnya, elemen yang ditekankan ialah akauntabiliti dan adaptasi. Akauntabiliti merujuk kepada kebertanggungjawaban seseorang manakala adaptasi merujuk kepada kebolehan individu tersebut menyesuaikan sesuatu perkara yang baharu dan asing supaya bersesuaian dengan diri mereka. Dalam konteks bagaimana teori konstruktivist membantu dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, teori ini menggalakkan individu untuk mencari maklumat tambahan secara sendirian. Dalam hal ini apabila guru ingin memulakan satu topik baharu, pelajar akan bertanggungjawab untuk mencari dahulu input-input yang berkaitan dengan pembelajaran yang dipelajari bagi memastikan mereka tidak ketinggalan di dalam kelas. Proses adaptasi pula sentiasa berlaku dalam apa jua aspek bila mana pelajar tersebut menerima maklumat baharu. Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa pelajar tersebut akan sentiasa mencari jalan untuk mengubah suai maklumat baharu supaya bersesuaian dengan struktur kognitif yang sedia. Oleh yang demikian, pengulangan yang kerap akan memastikan elemen ini diterapkan secara menyeluruh dalam diri pelajar tersebut.

Elemen terakhir yang ditekankan dalam kemahiran abad ke-21 ialah tanggungjawab sosial. Tanggungjawab sosial merujuk kepada pentingnya pelajar untuk memberi sumbangan kepada rakan-rakan mereka. Dalam konteks teori pula, boleh kita katakan elemen tanggungjawab sosial ini terlatih bila mana pelajar tersebut memerlukan rakan-rakan untuk membantu dia memahami maklumat baharu yang diperoleh. Oleh yang demikian, tanggungjawab sosial terbina dengan adanya proses perbincangan dan tolong-menolong yang terjadi secara tidak langsung didalam kelas semasa proses memahamkan maklumat berlaku. Hal ini menunjukkan pentingnya pelajar untuk membantu secara tepat agar maklumat yang diperoleh tidak tersalah tafsir yang memberi makna yang berbeza dengan rakan-rakan yang lain. Untuk mengelakkan perkara ini, guru juga perlu bertindak sebagai pembimbing bagi memastikan proses pembelajaran berlaku dengan berkesan. Oleh kerana pembelajaran ini berpusatkan murid, guru hanya boleh bertindak sebagai fasilitator sahaja dan membimbing pengetahuan yang dibina.Secara kesimpulannya, teori konstruktivisme merupakan satu teori pembelajaran yang memebolehkan pengajaran dan pembelajaran untuk diberi dengan lebih berkesan dan pada masa yang sama selaras dengan kemahiran abad ke-21 yang ditekankan. Pengaplikasian teori ini dilihat signifikan oleh guru-guru yang bakal mengajar pada masa akan datang kerana bakal berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai pemikiran yang berbeza dengan murid-murid terdahulu. Oleh yang demikian, guru haruslah cakna terhadap perubahan ini dan perlunya pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang bagi memastikan pengajaran yang disampaikan adalah sesuai dan boleh diterima oleh golongan pelajar.

Rujukan

Noriati A. Rashid, B.P. Ying, S.Fakhriah. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sanrock,J.W. (2004), Educational Psychology. New York:McGraw-Hill

Sternberg,R.J. (1986), Intelligence Applied. Forth Worth,TX:Harcourt Brace.

Spearman,C. (1927), The Abilities of Man: Their Nature and Measurement. New York: Macmillan.

Woolfolk, A.E. (1998), Education Psychology, (edisi ketiga). New Jersey : Prentice-Hall Inc

8