edua

15
TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES LAPORAN KAJIAN KES (TEORI REBT) 1.0 Pengenalan Pendidikan di Negara Malaysia mempunyai sistem nya yang tersendiri sebagai salah satu cara melahirkan insan yang berguna untuk negara pada masa akan datang. Pendidikan di Malaysia adalah berteraskan falsafah pendidika kebangsaan yang menggasrikan beberapa perkara bagi memnuh aspirasi pendidikan Negara. “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteaan diri serta serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”. (Bluepr int, M. E. , 2013). Jika dilihat secara mendalam, aspek yang terdapat dalam Falsafah ini adalah ingin melahirkan insan atau individu yang

Upload: aslam-shamm

Post on 26-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

academic

TRANSCRIPT

Page 1: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

LAPORAN KAJIAN KES

(TEORI REBT)

1.0 Pengenalan

Pendidikan di Negara Malaysia mempunyai sistem nya yang tersendiri sebagai

salah satu cara melahirkan insan yang berguna untuk negara pada masa akan datang.

Pendidikan di Malaysia adalah berteraskan falsafah pendidika kebangsaan yang

menggasrikan beberapa perkara bagi memnuh aspirasi pendidikan Negara.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteaan diri serta serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

Negara”.

(Blueprint, M. E. , 2013).

Jika dilihat secara mendalam, aspek yang terdapat dalam Falsafah ini adalah

ingin melahirkan insan atau individu yang berkembang secara holistik dan menyeluruh.

Oleh yang demikian perkembangan murid di sekolah adalah amat penting dan dititik

beratkan sepenuhnya.

Beberapa perkara yang berlaku samada di sekolah mahupun di rumah serta

dikawasan persekitaran seseorang murid, ia mampu mempengaruhi gaya hidup murid.

Ia meliputi aspek emosi, tingkah laku dan juga persepsi murid. Setiap apa yang berlaku

memberikan kesan yang mendalam kepada pembelajaran seseorang murid. Beberapa

kes ataupun situasi yang berlaku disekolah yang melibatkan murid harus ditangani

Page 2: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

dengan segera dengan bantuan guru kaunseling yang bertauliah. Hal demikian adalah

amat penting bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku dan seterusnya

membantutkan hasrat kerajaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua

aspek. Beberapa pendekatan telah digunakan dalam menyelesaikan masalah yang

timbul dikalangan murid-murid.dan salah satunya adalah mengaplikasikan pendekatan

secara kaunseling yang dilakukan oleh guru-guru bimbingan dan kaunseling yang ada

di sekolah.

2.0 Latar belakang klien

Klien kepada kajian kes ini merupakan seorang murid darjah enam yang

bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Kawan. Ain (bukan nama sebenar)

merupakan anak sulung kepada empat orang adik beradik yang lain dimana 2 adik

beradik yang lain bersekolah disekolah yang sama. Ain masih mempunyi kedua orang

tua dimana kedua-duanya bekerja. Ayah ain merupakan seorang pekerja di jabatan

Bomba manakala ibunya pula merupakan salah seorang pekerja kilang. Ain tinggal

bersama sama kedua orang tuanya bersama dengan adik beradik yang lain.

Disekolah, ain berada di dalam kelas yang ketiga daripada empat kelas iaitu

kelas 6 Cerdik. Kelas tersebut mempunyai seramai 35 orang murid yang berlainan

jantina. Ain merupakan seorang murid yang berkebolehan kerana dia sering belajar dan

sentiasa menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Namun demikian Ain juga seorang

yang kurang bergaul bersama kawannya dan hanya mempuyai bilangan kawan yang

sedikit. Hasil temubual bersama Ain, dia menyatakan bahawa dia hanya mempunyai 2

orang kawan yang sekelas bersamanya. Respon daripada guru-guru yang mengajar

Ain menyatakan bahawa dia adalah seorang murid yang baik, sentiasa medengar

cakap dan kurang bercakap di dalam kelas. Disamping itu juga Ain seorang yang

sentiasa membuat kerja sekolah yang diberi.

Ain tidak mempunyai masalah untuk datang ke Sekolah dan dia sering dihantar

oleh ayahnnya dengan menggunakan kereta. Begitu juga ketika pulang daripada

sekolah, dia akan dijemput oleh Ayahnya.

Page 3: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

3.0 Masalah yang dikenal pasti

Melalui pemerhatian dan juga temubual yang dilakukan bersama dengan klien

dapatlah dikenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh klien. Sesi yang diadakan

bersama klien telah mengambil masa selama 40 minit. Sepanjang tempoh itu beberapa

maklumat telah di analisis mengenai masalah klien. Sesi itu juga telah diadakan dalam

sebuah bilik khas iaitu bilik kaunseling individu.

Hasil daripada analisis yang dilakukan klien sebenarnya mempunyai masalah

persepsi dimana klien beranggapan bahawa kawan-kawan sekelasnya tidak menyukai

dirinya. Sebelum sesi kaunseling bermula, klien menyerahkan kepada kaunselor

sehelai kertas yang mengandung

Luahan Hati Saya

Saya rasa semua orang tak pedulikan saya pun, mereka semua sama

ja. Mereka semua dah macam apa la. Tergedik pulak tu. Mereka

semua marah saya.

Page 4: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

Berdasarkan penyataan dan luahan hati klien, kaunselor cuba untuk merungkai

dan meneliti apa masalah sebenarnya yang dihadapi oleh klien. Klien cuba

mengaplikasikan kemahiran-kemahiran kaunseling dalam cuba mendapatkan

maklumat lebih dari klien. Antaranya ialah kemahiran konfrontasi, kemahiran merefleksi,

kemahiran mengatasi kesenyapan dan sebagainya.

Klien sebenarnya menghadapi masalah persepsi iaitu menganggap bahawa

rakan-rakanya yang berada di sekelilingnya tidak suka akan dirinya. Ia beranggapan

bahawa dirinya di pulaukan oleh rakan-rakannya. Sepanjang sesi kaunseling klien akan

menegaskan benda yang sama kepada kaunselor. Disamping itu klien menegaskan

juga kenapa dia berkata sedemikian rupa.

Ain : mereka tidak bagi kerjasama pun kepada saya. contohnya mereka tidak

menghiraukan saya semasa saya bercakap dengan mereka.

Ain : kalau saya hendak meminjam barang kepada mereka seperti pensel

ataupun pemadam mereka tidak akan meminjamkan kepada saya

Ain : ada satu masa tu, saya nak minta tolong dengan mereka bantu saya buat

kerja rumah sebab saya tak tahu nak buat. Saya minta tolong dengan

mereka pun sebab mereka dah siap. Tetapi mereka tak tolong pun.

Berdasarkan penyataan yang dibuat oleh klien dia membuat kesimpulan

terhadap dirinya bahawa dia tidak disukai oleh rakan-rakanya disebabkan tingkahlaku

yang ditunjukkan oleh rakan-rakanya terhadap dirinya. Dia juga beranggapan bahawa

kawan-kawanya cuba memulaukannya dan tidak menghiraukannya. Disebabkan hal

demikian. Klien berasa kurang yakin dan berasa rendah diri. Dia tidak lagi mahu

bergaul dengan rakan-rakannya

Page 5: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

4.0 Teori Kaunseling yang dipilih

Kajian kes yang dilaksanakan memerlukan satu teori kaunseling yang perlu

diaplikasikan bagi membantu klien mengatasi masalah yang dihadapinya. Berdasarkan

masalah yang dihadapi oleh klien, teori yang dipilih ialah Teori Rasional Emotif

Behavioral ataupun lebih dikenali dengan nama Teori REBT. Teori ini dipelopori oleh

Albert Ellis (1913-2007). Jika dilihat secara mendalam teori ini menggabungkan terapi

humanistik, falsafah dan juga tingkahlaku. Teori ini juga bersifat sistematik kerana ia

mempunyai carta alirnya sendiri secara tidak langsung ia mengambil kira pengalaman

lepas klien sehinggalah berlakunya pemasalahan yang wujud di dalam diri murid. Teori

ini mengandungi 3 elemen utama iaitu iaitu kognitif, emosi dan juga tingkahlaku.

Berdasarkan teori ini, ia menyatakan bahawa fikiran, emosi dan juga tingkahlaku

manusia adalah saling berkaitan. Masalah yang wujud dalam diri manusia secara tidak

langsung menghubungkan antara fikiran iaitu pandangan ataupun persepsi, dan emosi

ataupun perasaan klien serta tingkahlaku klien. Wujudnya juga dalam diri manusia

fikiran yang rasional dan juga tidak rasional. Di tegaskan juga dalam teori bahawa

manusia yang mengalami gangguan emosi adalah kerana idea mereka tersilap dan

tidak logik tenteang sesuatu perkara yang berlaku terhadap diri mereka. Namun

demikian manusia berupaya menukarkan pemikiran, emosi dan tingkahlakunya dengan

memilih tindak balas yang berbeza.

Dua jenis emosi yang diketegorikan sebagai emosi rasional dan juga emosi yang

tidak rasional. Teori REBT adalah bertujuan bagi membantu klien untuk membezakan

antara emosi rasional dengan emosi yang tidak rasional bagi mengurangkan kesan

emosi yang tidak rasional. Matlamat utamanya adalah bagi memastikan klien

mengubah fikirannya sendiri dengan rela hati dan mereflek sendiri kesilapan yang

dilakukannya dari aspek pemikiran. Sekiranya klien menerima seadanya setiap yang

berlaku dan berfikir secara rasional semula, ia mampu untuk mengubah pemikiran

seterusnya tingkahlakunya sendiri, hal demikian mengurangkan konflik yang wujud

dalam diri klien tersebut.

Page 6: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

Rajah diatas menunjukkan bagaimana aplikasi dalam teori REBT yang juga

menunjukan cara bagaimana proses lahirnya masalah klien sehingga timbulnya

pemikiran yang tidak rasional, seterusnya proses mempertikaikan hujan client sehinga

wujudnya fikiran rasional yang membantu masalah klien.

Secara kesimpulannya , aplikasi penggunaan Teori REBT ini adalah lebih

kepada kognitif ataupun pemikiran, tingkahalaku dan juga emosi klien (david dan

douglas, 2003). Hipotesis REBT adalah mengenai emosi kita terutamanya daripada

kepercayaan kita, penilaian, tafsiran dan tindak balas dalam kehidupan. Dalam proses

terapeutik, klien belajar kemahiran yang diberikan mereka alat untuk mengenal pasti

dan mempertikaikan kepercayaan yang tidak rasional yang telah terbentuk di dalam

(Gerald Corey, 2001). Klien boleh belajar bagaimana untuk menggantikan pemikiran

yang tidak rasional itu kepada pemikiran berkesan rasional (Mok Soon Sang, 2010). Ia

adalah cara untuk menukar sistem kepercayaan klien kepada keadaan yang baru,

Rajah 1 : Konsep A-B-C-D-E-F

Page 7: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

5.0 kaedah yang digunakan untuk penyelesaian masalah

Klien (manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak secara serentak. Kaitan yang

begitu erat menyebabkan jika salah satu sahaja menerima gangguan maka yang lain

akan terlibat sama. Jika salah satu diubati sehingga sembuh, dengan sendirinya yang

dua lagi akan turut terubat. (Amir Awang, 1997 : 78) Atas pandangan itu, walaupun

REBT lebih menitikberatkan aspek kognitif dalam perawatan, tetapi aspek tingkah laku

dan emosi turut diberi perhatian. Oleh sebab itulah dalam REBT, terdapat tiga teknik

yang besar: Teknik-teknik Kognitif; Teknik-teknik Emotif dan Teknik-teknik Behavioristik.

(H. Mohamad Surya, 1988 :182).

Aplikasi Teori REBT melalui beberapa fasa ataupun peristiwa yang dilalui oleh

klien. Ia adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah diatas.

A – ACTIVATING EVENT (PENCETUS SITUASI / MASALAH)

Pada fasa A (pencetus masalah / situasi), klien menyatakan bahawa semua

rakan sekelasya tidak mempedulikannya apabila dia memohon pertolongan. Sebagai

Rajah 1 : model A-B-C-D-E-F

Page 8: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

contoh rakan-rakanya tidak sudi meminjamkan barang kepadanya, rakan-rakanya tidak

sudi membantu dia untuk membuat kerja rumah.

B – BELIEF (KEPERCAYAAN)

Akibat daripada situasi yang wujud daripada “A – activating event”, timbulnya

dan wujudnya sistem kepercayaan yang tidak rasional klien iaitu klien beranggapan dan

berfikir bahawa semua kawan-kawannya tidak menyukainya.

C – CONSEQUENCES (KESAN EMOSI / TINGKAHLAKU)

Kesan daripada “A – activating event” yang menyebabkan “B – belief”, maka

terhasilah “C – consequences” iaitu emosi atau tingkahlaku yang ditunjukkan oleh klien.

Dalam kes in, klien menunjukkan rasa kurang yakin dan merendah diri terhadap rakan-

rakannya akibat dari sistem kepercayaannya bahawa rakan-rakannya tidak

menyukainya.

D – DISPUTE (SANGKAL/PERTIKAIKAN HUJAH)

Disebabkan timbulya fikiran tidak rasional klien, guru bimbingan dan kaunseling

ataupun kaunselor cuba untuk memperikaikan hujah yang yang dinyatakan oleh klien.

Dalam aplikasi Teori REBT, pada peringkat inilah kaunselor membantu klien untuk

mengatasi masalahnya dan. Peringkat ini juga dikenali sebagai kaedah membantu klien

mencabar kepercayaan tidak rasional Terdapat 3 langkah dalam membantu mengatasi

klien. :

1. Mengenalpasti : guru cuba mengenalpasti fikiran tidak rasional klien yang timbul

daripada sistem kepercayaannya.

2. Berhujah : klient cuba berhujah bagi mendapatkan maklumat masalah klien.

3. Diskriminasi (discriminating): guru cuba membuat mempertikaikan kepercayaan

dan hujah klient. Teknik ini memerlukan guru melakukan kemahiran konfrontasi

yang kerap dalam cuba mengubah fikiran tidak rasional klien kepada fikiran yang

rasional.

Page 9: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

Semasa sesi kaunseling berjalan guru telah melakukan beberapa konfrontasi

bagi mengubah fikiran klien. Antaranya ialah :

Setelah sesi kaunseling berakhir, klien telah mampu mengubah fikiran tidak

rasionalnya kepada fikiran yang rasional. Oleh yang demikian klien juga mampu

mengubah emosi dan tingkahlakunya.

Guru : adakah kamu pasti bahawa rakan-rakan kamu tidak menyukai kamu?

Ain : ya cikgu. Saya pasti.

Guru : bagaimana kamu pasti yang rakan-rakan kamu tidak menyukai kamu?

Ain : mereka selalu tidak mahu membantu saya bila saya minta tolong untuk

bantu saya menyiapkan kerja rumah. Sebab tu saya rasa mereka tidak

suka saya.

Guru: pernah tak sebelum sebelum ne mereka bantu kamu?

Ain : pernah juga cikgu.

Guru : tadi kamu kata mereka tak suka kamu sebab mereka tak tolong ain,

sedangkan sebelum ne mereka pernah tolong ain. Adakah kamu rasa

dengan perbuatan mereka itu menunjukkan mereka tak suka kamu?

Ain: tidak.

Guru : jadi, adakah kamu rasa mereka suka ain atau pun tidak suka ain

Ain: emm, rasanya mereka suka saya.

Page 10: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

E - EFFECT (HASIL/ KESAN BARU)

Kesan daripada proses menyangkal hujah klien, klien telah mengubah

pemikirannya kepada fikiran yang lebih rasional. Hasil daripada itu klien berfikir bahawa

rakan rakanya bukan tidak menyukainya. Hal demikian telah menambahkan

keyakinannya semula.

F – FURTHER REACTION ( REAKSI SETERUSNYA)

“further reaction” merupakan perasaan baru yang timbul dan pemikiran klien

mengenai apa yang harus dilakukan oleh klien bagi mengelakkan diri daripada

mengulangi kepercayaan sebelum ini. Dalam kes ini, klien berkelakuan mendiamkan

diri dan tidak bergaul semula bersama rakan-rakannya setelah berfikiran tidak rasional.

Namun demikian setelah dia mengubah kepercayaan kepada pemikiran yang rasional,

dia mengambil keputusan untuk bergaul semula bersama rakan-rakannya.

Secara kesimpulannya, kaedah yang digunakan bagi meyelesaikan masalah

klien ini adalah dengan menggunakan aplikasi teknik kognitif. Jika dilihat secara

mendalam. Teknik kognitif terbahagi kepada 4 bahagian lagi iaitu teknik persuasif,

teknik konfrontasi, teknik pengajaran dan teknik pemberian tugas kognitif. Dalam kes

ini. Guru bimbingan dan kaunseling/ kaunselor lebih kepada teknik konfrontasi dimana

kepercayaan klien dipertikaikan dengan memberi soalan yang menyangkal

kepercayaannya. Ia merupakan satu teknik yang berkesan dalam mengubah

kepercayaan klien kerana ia membawa klien kepada arah berfikir secara logic. Selain

itu, guru juga menggunakan teknik persuasif dimana guru Meyakinkan pelajar untuk

mengubah pandangannya kerana pandangan yang ia kemukakan itu tidak

benar.Kaunselor langsung mencuba meyakinkan, mengemukakan pelbagai

argumentasi untuk menunjukkan apa yang dianggap oleh pelajar itu adalah tidak benar.

Kedah yang telah digunakan telah Berjaya membawa fikiran yang rasional terhadap diri

klien.

Page 11: Edua

TUGASAN 2 : LAPORAN KAJIAN KES

Rajah diatas menunjukkan luahan hati klien setelah tamat sesi kaunseling. Ia

menunjukkan bahawa klien mampu mengubah fikirannya kepada yang lebih rasional

dan seterusnya meneyelasaikan masalah yang menghantuinya selama ini.

6.0 kesimpulan

Teori REBT merupakan salah satu teori yang yang boleh diaplikasikan dimana-

mana sahaja temasuklah di sekolah. REBT juga bersifat sistematik dan efektif

berbanding dengan beberapa teori yang lain. Teori REBT juga boleh diaplikasikan

dalam sesi kaunseling kelompok. Teori ini bukan sahaja mampu mengubah pemikiran

klien. Tetapi ia juga mampu mengubah emosi dan seterusnya tingkahlaku klien. Antara

kelebihan lain Teori ini ialah, ia melibatkan kedua-dua pihak iaitu kaunselor dan lien

untuk berkomunikasi dan bekerjasama dalam membantu klien mengatasi masalahnya.

Beberapa kekurangan teori ini I ialah, ia kurang fokus kepada aspek afektif klien.

Walaubagaimanapu, secara keseluruhan ia mampu mengatasi dan membantu

menyelesaikan masalah klien. Seperti yang dihadapi oleh klien dalam kes ini, pada

akhirnya masalah klien dapat diselesaikan.

Rajah 2 : luahan hati klien stelah tamat sesi kaunseling