edup3013 falsafah pendidikan islam & falsafah pendidikan timur
TRANSCRIPT
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAN
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMURMOHD PIHIN BIN HASSANAL
EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIAIPG KAMPUS KENINGAU
INDEKS1. Falsafah Pendidikan Islam
Pendapat tokoh Sumber ilmu Matlamat pendidikan
2. Falsafah Pendidikan Timur Pendapat tokoh Sumber ilmu Matlamat pendidikan
3. Perbezaan Falsafah
CABANG FALSAFAH Falsafah diklasifikasikan kepada 4 cabang iaitu :
Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti. Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu. Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai. Logik yang berkaitan dengan penaakulan.
INFO TAMBAHAN
Terdapat ahli falsafah yang
tidak mengakui
logik sebagai cabang
falsafah. Mereka
berpendapat bahawa
cabang logik ialah kaedah
yang digunakan
dalam cabang metafizik,
epistemologi dan aksiologi.
Falsafah Pendidikan Islam Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan ajaran al-Quran.
Konsep Pendidikan Islam Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah
Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara
potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.
Tujuan pendidikan Islam adalah seperti yang berikut : Mendidik murid mengenai perkara yang baik dan mulia. Mendidik murid melakukan perkara-perkara yang baik dan mulia. Membiasakan diri murid untuk melakukan perkara-perkara yang baik dan mulia. Mendidik jiwa dan dalaman murid supaya sentiasa mulia.
Matlamat Pendidikan Islam Membentuk insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh
dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang bertakwa.
Melahirkan insan yang taat kepada Allah SWT, hidup dalam masyarakat dengan keharmonian, keamanan, kedamaian dan mendapat keredaan serta kesejahteraan di akhirat.
Al GhazaliPendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek
seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia,
berani dan hormat-menghormati.
“”
Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal,
emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan.
Mohd Qatb
Falsafah Pendidikan Timur Falsafah Timur berasaskan falsafah Cina dan falsafah India. Falsafah pendidikan Timur menggariskan beberapa prinsip-prinsip
yang berikut : Kehidupan manusia akan menjadi baik jika mereka sanggup
berubah. Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu
kebahagiaan yang dicapai. Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi mereka. Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan
mencapai nirvana.
GLOSARI
Nirvana – nikmat yang
tercapai oleh
rohani mengikut kepercayaan Hindu
dan Buddha.
ConfuciusPendidikan adalah satu proses
memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti
bersopan-santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua,
menyayangi orang yang lebih muda serta taat kepada dan negara
Konsep pendidikan Pendidikan adalah untuk semua tanpa mengira sosio-ekonomi atau kedudukan sosial.
Matlamat pendidikan Menghasilkan individu yang berkebolehan dan bermoral tinggi.
Kurikulum Menekankan aspek nilai
Peranan guru Fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir Menunjukkan tugas dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Mengenali dan memahami watak murid agar dapat memaksimumkan potensi dan kebolehan
mereka.
Rabindrananth TagorePendidikan merupakan proses yang
bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan
berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani. Seseorang yang berpendidikan sedia berkhidmat
untuk masyarakat dan negara.
Konsep pendidikan Merupakan satu proses yang menyediakan setiap individu untuk menyara hidup masing-masing
kelak.
Matlamat pendidikan Menghasilkan individu yang menyeluruh melalui interaksi dan integrasi dengan persekitaran.
Kurikulum Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal
Peranan guru Fasilitator pemangkin bagi menggerakkan diskusi murid penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan murid.
Perbezaan Konsep Falsafah Islam Proses pendidikan merupakan
penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan.
Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.
Falsafah Timur Pendidikan membolehkan
seseorang untuk mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan.
Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan mengajar cara-cara hidup yang baik dan betul
Perbezaan Matlamat Falsafah Islam Membentuk dan memperkembangkan
insan supaya menjadi muslim yang berilmu,beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T.yang bertakwa.
Melahirkan insan yang taat kepadaAllah S.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.
Falsafah Timur Menghasilkan individu yang
berkebolehan dan bermoral tinggi. Individu menyeluruh dengan
interaksi & integrasi
Perbezaan Kurikulum Falsafah Islam Berlandaskan sumber yang jelas
dan kukuh iaitu Al-quran dan As-sunnah.
Meliputi fardu ain seperti solat, puasa dan zakat dan fardu kifayah seperti ilmu sains, matematik, bahasa dll.
Falsafah Timur Berteraskan pendidikan Moral Menekankan komponen ilmu dan
aktiviti fizikal. Mengesyorkan ilmu kod dan
tatacara kelakuan, sastera, muzik, sejarah, seni, pendidikan alam sekitar, drama dan tarian.
GLOSARI
Fardu – kewajipan yang dituntut oleh agama. (Islam)Fardu ain – fardu bagi orang perseorangan.Fardu kifayah – tuntutan bersama bagi orang Islam.
SEKIAN, TERIMA KASIH.