edward de bono

25
TAJUK : EDWARD DE BONO (1993) MENGGUNAKAN PENDEKATAN CORT THINKING PROGRAM. HURAIKAN TEORI DI ATAS DALAM MEMBINA PERKEMBANGAN DAN KECERDASAN PEMIKIRAN KANAK-KANAK. 1.0 PENDAHULUAN Dalam bidang pendidikan, kita tidak boleh lari dari proses pengajaran dan pembelajaran yang meibatkan guru dan pelajar. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempekenalkan banyak pendekatan untuk malahirkan generasi yang cemerlang. Antaranya, pendekatan CoRT yang dipelopori oleh Edward De Bono. Istilah CoRT ini sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan “Cognitif Research Trust”. Singkatan ini dicipta oleh Edward De Bono semasa beliau mencuba kaedah di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam membantu meningkatkan kognitif pelajar.Hasil kajiannya telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Justeru, beliau telah meminta guru-guru di sana untuk melaksanakan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.1 SIAPA EDWARD DE BONO? Edward de Bono dilahirkan pada 19 Mei 1933 di negara Malta. Beliau merupakan seorang doktor, ahli psikologi, penulis, pencipta dan konsultan. Beliau merupakan pelopor kaedah pemikiran lateral (lateral thinking). Alam persekolahannya bermula di St. Edward’s College di tempat 1

Upload: sariyatom

Post on 21-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teknik berfikir

TRANSCRIPT

Page 1: Edward de Bono

TAJUK : EDWARD DE BONO (1993) MENGGUNAKAN PENDEKATAN CORT

THINKING PROGRAM. HURAIKAN TEORI DI ATAS DALAM MEMBINA

PERKEMBANGAN DAN KECERDASAN PEMIKIRAN KANAK-KANAK.

1.0 PENDAHULUAN

Dalam bidang pendidikan, kita tidak boleh lari dari proses pengajaran dan

pembelajaran yang meibatkan guru dan pelajar. Justeru itu, Kementerian Pelajaran

Malaysia telah mempekenalkan banyak pendekatan untuk malahirkan generasi yang

cemerlang. Antaranya, pendekatan CoRT yang dipelopori oleh Edward De Bono.

Istilah CoRT ini sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan “Cognitif Research

Trust”. Singkatan ini dicipta oleh Edward De Bono semasa beliau mencuba kaedah

di sekolah-sekolah kajiannya di Barat untuk melihat keberkesanannya dalam

membantu meningkatkan kognitif pelajar.Hasil kajiannya telah menunjukkan hasil

yang memberangsangkan. Justeru, beliau telah meminta guru-guru di sana untuk

melaksanakan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.1 SIAPA EDWARD DE BONO?

Edward de Bono dilahirkan pada 19 Mei 1933 di negara Malta. Beliau

merupakan seorang doktor, ahli psikologi, penulis, pencipta dan konsultan. Beliau

merupakan pelopor kaedah pemikiran lateral (lateral thinking). Alam

persekolahannya bermula di St. Edward’s College di tempat kelahirannya, iaitu di

Malta. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di

Universiti Malta dalam bidang perubatan. Selanjutnya, beliau melanjutkan pelajaran

ke peringkat MA dalam bidang psikologi dan fisiologi di Universiti Oxford. Beliau juga

turur memperolehi PhD dab D. Phil dalam bidang perubatan dari Universiti

Cambridge. Beliau juga turut mendapat banyak anugerah kerana sumbangannya

seperti anugerah D. Des Degree (Doctor of design) dari Royal Melbourne Institute Of

Technology dan LL. D degree dari Universiti Dundee. Beliau merupakan pensyarah

bagi Universiti Malta, Universiti Dublin dan Universiti of Central England. Pada bulan

Julai 1969, beliau telah mengasaskan Cognitive Research Trust (CoRT).1 Beliau

telah menghabiskan masa selama 30 tahun untuk mengajar dan megkaji kaedah

1 Sebuah pusat kajian yang berpusat di Malta untuk mengkaji teori yang dikemukan oleh beliau.

1

Page 2: Edward de Bono

pemikiran yang meliputi semua sector dan bidang. Beliau telah menulis 82 buah

buku yang telah diterjemahkan ke dalam 41 buah bahasa di dunia.

2.0 KEMAHIRAN BERFIKIR

2.1 Definisi

Menurut John Dewe (1933), berfikir sebagai operasi yang menggunakan

fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta lain supaya

meenghasilkan fakta-fakta baru.

Seterusnya, menurut Beyer (1994), pula berpendapat berfikir sebagai

manipulasi input deria dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk

membentuk pemikiran, sebab atau keputusan. Berfikir melibatkan tiga komponen;

iaitu operasi mental, pengetahuan dan sikap.

Menurut Ainon & Abdullah (1994), berfikir ialah kemahiran yang

membolehkan kita menggunakan potensi itu (kepintaran). Memiliki kepintaran belum

cukup. Ramai orang yang pintar tidak memiliki kemahiran berfikir. Malah ramai orang

yang mempunyai kepintaran biasa-biasa saja, pandai berfikir. Ramai orang pintar

terjerumus dalam ‘perangkap kepintaran’ dan oleh itu menjadi pemikir yang tidak

mahir.2

Unit Kurikulum JPN Perak mentakrifkan kemahiran berfikir sebagai proses

menggunakan maklumat yang dipelajari untuk pelbagai kegiatan aktif.

Menurut John Arul Philips (1995), kemahiran berfikir merupakan satu proses

yang melibatkan pengolahan operasi-operasi mental tertentu yang bertindak dalam

minda seseorang dengan tujuan menyelesaikan dan membuat keputusan.

Dalam buku Pancaminda (1997), kebolehan menganalisa dan menilai idea,

data, atau maklumat untuk pemahaman yang jelas dan munasabah.3

Menurut Beyer (1994), kebolehan manusia untuk membentuk konsep,

memberi sebab atau membuat penentuan.

Menurut Fraenkel (1980), merupakan pembentukan idea, pembentukan

semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

Konklusinya, kemahiran berfikir membawa konotasi kebolehan menyusun

idea, pengalaman, maklumat dan memberi makna serta pemahaman baharu

2 Ainon & Abdullah, Teknik Berfikir Konsep dan Proses hal. 32.3 Buku Pancaminda, JPN Perak edisi kedua 1997.

2

Page 3: Edward de Bono

terhadap sesuatu dalam bentuk tertentu untuk membuat keputusan dan

menyelesaikan sesuatu masalah.

2.2 Konsep Berfikir

Berfikir bertujuan mencari makna. Berfikir merupakan satu proses kompleks

yang berlaku dalam minda seseorang apabila individu berkenaan menyelesaikan

sesuatu masalah. Berfikir memerlukan tujuan dan kandungan tertentu serta sikap

yang positif. Berfikir melibatkan pengendalian operasi-operasi mental tertentu

berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman dalam minda. Operasi –operasi

mental terbahagi kepada dua;

i. Operasi Kognitif

ii. Operasi Metakognitif

2.3 Strategi Berfikir

Terdapat tiga strategi berfikir, iaitu;

i. Mengkonsepsikan. Membuat pengitlakan kea rah membina pengerian,

konsep berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.

ii. Menyelesaikan masalah. Mencari penyelesaian yang tepat secara

terancang terhadap situasi yang tidak pasti, mencabar atau kesulitan yang tidak

dijangkakan.

iii. Membuat keputusan. Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik

daripada beberapa alternative berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat

yang ditetapkan.

2.4 Proses Berfikir

Proses berfikir melibatkan tiga tahap, iaitu;

i. Pengetahuan – apa yang anda tahu.

ii. Kemahiran – menyoal diri sendiri

iii. Sikap / nilai – keinginan untuk mengetahui

2.5 Jenis Kemahiran Berfikir

Terdapat lima jenis kemahiran berfikir, iaitu ;

i. Pemikiran Kritis

ii. Pemikiran Kreatif

3

Page 4: Edward de Bono

iii. Penyelesaian masalah

iv. Membuat keputusan

v. Persepsi

2.5.1 Pemikiran Kritis

Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai

kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kekemasan dan kelemahan

sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan

alasan dan bukti. Melibatkan kebolehan menganalisis dan menilai idea, data atau

maklumat untuk pemahaman yang jelas, kukuh, bermakna dan munasabah. Contoh,

banding beza, menerangkan sebab, membuat urutan, dan lain-lain.

2.5.2 Pemikiran Kreatif

Kecekapan menggunakan minda untuk menjana dan menghasilkan idea,

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan menilai sama ada bersifat

maujud, abstrak, idea atau gagasan, meneroka dan mencari makna, pemahaman

dan penyelesaian masalah secara inovatif. Kebolehan untuk mencerna, berimiginasi

dan menghasilkan idea asli, idea baharu dan pelbagai idea. Contoh, mencipta

analogi, menjana idea baru, mencipta metafora, dan lain-lain.

2.5.3 Penyelesaian Masalah

Satu proses mengenalpasti atau mentafsir masalah, mencari cara-cara

penyelesaian, memilih cara penyelesaian, melaksanakan cara penyelesaian yang

terbaik dan menilai keberkesanannya.

2.5.4 Membuat Keputusan

Proses yang mencadangkan pelbagai alternative, menentukan akibat sesuatu

pilihan dan memilih pilihan yang terbaik dari beberapa pilihan berdasarkan tujuan

dan criteria tertentu.

2.5.5 Persepsi

Merupakan satu proses yang melibatkan tafsiran tentang apa yang dilihat

oleh mata seseorang individu sendiri.

4

Page 5: Edward de Bono

2.6 Prinsip Kemahiran Berfikir

1. Sentiasa bersikap positif.

2. Fikir secara perlahan-lahan dan secara mudah.

3. Lupakan ego kita.

4. Tentukan tujuan kita berfikir.

5. Sentiasa tukar arah otak kita berfikir.

6. Cuba Tanya diri “Apakah hasil pemikiran saya?”

7. Ketika berfikir berikan tempat pada emosi dan perasaan kita.

8. Sentiasa berfikir alternatif lain.

9. Sentiasa tukar ganti cara kita berfikir.

10. Bezakan antara “yang sepatutnya” dengan “yang mungkin”.

11.Bezakan antara pendapat dengan persepsi.

12.Akhiri pemikiran dengan tindakan penyelesaian yang baik.

2.7 Pemikiran Lateral

Dari segi definisi pemikiran lateral bermaksud cara menyelesaikan masalah

dengan menggunakan daya imaginasi (bukan menggunakan cara logik atau cara-

cara pemikiran yang biasa) sehingga dapat menghasilkan pelbagai pendekatan yang

luar biasa tetapi amat berkesan.

Pemikiran lateral ialah satu cara penyelesaian masalah dengan

menggunakan daya imaginasi bukan secara logik atau tradisional. Ia adalah

pemikiran yang menitikberatkan pelbagai jenis jawapan dan ia digunakan untuk lari

daripada idea-idea lama dan sudah biasa diamalkan. Pada masa yang sama ia juga

bertujuan melepaskan diri daripada persepsi-persepsi lama dan mencipta idea-idea

baru.

Pemikiran lateral ini diasaskan oleh Dr. Edward De Bono yang merupakan

pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran. Beliau memperkenalkan corak

pemikiran jenis ini setelah melihat dan mendapati terdapat banyak halangan pada

corak pemikiran konvensional. Ia bukan bertujuan menyingkirkan corak pemikiran

yang sedia ada tetapi mencari jalan terpantas dan berjaya menyelesaikan masalah

dengan berkesan.

Dr. Edward De Bono telah memperkenalkan banyak teori berdasarkan

pemikiran lateral. Beliau juga banyak menyarankan alat berfikir untuk mengatasi

5

Page 6: Edward de Bono

sesuatu permasalahan dengan lebih cekap dan efisien dalam CoRT Cognitive

Research Trust.

3.0 ALAT CORT

3.1 ALAT CORT 1

3.1.1 Definisi

Alat CoRT merupakan instrument dalam bentuk garis panduan yang

digunakan untuk meningkatkan kualiti pemikiran seseorang untuk membuat

keputusan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.1.2 Tujuan

Alat CoRT 1 dicipta bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang

sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah denagn

lebih berkesan.

3.1.3 Alat-Alat CoRT 1

CoRT 1 terdiri daripada 7 alat, iaitu :

1. PMI (Plus, Minus, Interesting) BLI (Baik, Lemah, Istimewa)

2. OPV (Other People View) POL (Pandangan Orang Lain)

3. CAF (Consider All Factor) TSF (Timbangkan Semua Faktor)

4. C&S (Consequence & Sequal) KMJM (Kesan Mengikut Jangka

Masa)

5. FIP (First Important Priorities) KMK (Keutamaan Mengikut

Kepentingan)

6. APC (Alternatives, Possibilities

and Choice)

AKP (Alternatif, Kemungkinan dan

Pilihan)

7. AGO (Aim, Goals & Objectives) TMO (Tujuan, Matlamat, Objektif)

3.1.3.1 PMI (Plus, Minus, Interesting) = BLI (Baik, Lemah, Istimewa)

Cara atau alat ini digunakan untuk melihat sesuatu yang baik, yang lemah

atau keistimewaan sesuatu idea. Setelah semua aspek tersebut dikaji, maka barulah

6

Page 7: Edward de Bono

keputusan dibuat sama ada hendak menerima atau tidak sesuatu idea yang

dikemukakan. Contoh penggunaannya, “belajar di sekolah berasrama penuh lebih

baik dari belajar di sekolah harian”. Bincangkan.

Tajuk : Belajar di sekolah berasrama penuh lebih baik dari belajar di sekolah harian.

P (Plus / Baik) M (Minus / Lemah) I (Interesting / Istimewa)

1. Lebih berdikari Tiada pengawasan ibu

bapa

Pelajar belajar

mendisiplinkan diri

2. Pelajar dapat bersaing Tiada mendapat

keistimewaan daripada

guru.

Pelajar cuba

menonjolkan kelebihan

diri supaya mendapat

perhatian guru

3. Masa belajar / rutin

harian telah ditetapkan

Pelajar merasa tertekan

dan bosan.

Rutin tersebut menjadi

amalan hidup.

3.1.3.2 OPV (Other People View) = POL (Pandangan Orang Lain)

Merupakan cara, kaedah atau alat berfikir yang menggunakan pendapat

orang lain tentang sesuatu idea atau isu yang sedang dihadapi. Alat ini melatih

supaya kita senantiasa mendapatkan pandangan orang lain apabila sesuatu

keputusan hendak dibuat. Kadang-kadang apa yang kita fikirkan Itu mungkin betul

pada pandangan kita, kerana mungkin kita terpengaruh dengan amalan biasa kita.

Dengan mengambil kira pandangan orang lain mungkin sesuatu yang tidak pernah

kita fikirkan sebelum ini dapat kita manfaatkan bagi membuat keputusan yang lebih

wajar. Sebagai contoh, wajarkah kita membeli pakaian yang berjenama dan mahal

harganya. Maka, kita perlulah mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak.

Pihak-pihak tersebut akan memberikan pandangan mereka mengikut keperluan,

kepakaran dan minat masing-masing.

3.1.3.3 CAF (Consider All Factor) = TSF (Timbangkan Semua Faktor)

Merupakan satu alat berfikir yang menggalakkan kita mengambil kira semua

faktor semasa membuat pilihan atau keputusan terhadap sesuatu perkara. Perkara

ini penting kerana jika kita tidak mengambil pertimbangan pelbagai faktor

berkemungkinan keputusan yang kita buat tidak sesuai atau mungkin keputusan itu

7

Page 8: Edward de Bono

sesuai pada masa itu tetapi tidak sesuai pada masa selepasnya, kerana ada faktor-

faktor tertentu yang terlepas pandang. Alat ini lebih luas cakupannya dari POL dan

merangkumi semua faktor yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan.

Sebagai contoh, wajarkah kita membeli pakaian yang berjenama dan mahal. Maka,

kita perlu mengambil kira perkara-perkara berikut;

1. Kos.

2. Ekonomi.

3. Kesesuaian.

4. Praktikal.

5. Sosial.

3.1.3.4 C&S (Consequence & Sequel) = KMJM (Kesan Mengikut Jangka Masa)

Alat ini merupakan instrument untuk memberikan panduan supaya kita dapat

meneliti kesan-kesan yang akan berlaku terhadap sesuatu tindakan mengikut

tahap-tahap jangka masa tertentu. Melalui alat ini kita dilatih melihat sebab

dan akibat sesuatu tindakan yang diambil. Sebagai contoh, pelaksanaan

sekolah satu sessi.

Kita perlulah melihat kesan-kesannya mengikut peringkat-peringkat

jangka masa yang berikut;

1. kesan serta-merta – sebaik sahaja dilaksanakan.

2. kesan jangka pendek – 1-5 tahun.

3. kesan jangka sederhana – 5-20 tahun.

4. kesan jangka panjang – lebih 20 tahun.

3.1.3.5 FIP (First Important Priorities) = KMK (Keutamaan Mengikut

Kepentingan)

Merupakan alat berfikir yang menuntut kita memberikan keutamaan kepada

perkara yang terpenting terlebih dahulu berbanding dengan perkara-perkara lain

yang kurang penting pada masa itu. Biasanya, kita perlu menyusun perkara-perkara

mengikut tatatingkat kepentingan pada masa itu. Sebagai contoh, anda dikehendaki

memilih barang-barang yang anda hendak beli di pasar raya sedangkan anda hanya

mempunyai RM 20.00. Barang apakah yang anda hendak beli? Sudah tentulah anda

harus membeli barang yang terpenting dahulu, kemudian diikuti oleh barang-barang

lain yang penting dan perlu sahaja kerana wang anda tidak mencukupi.

8

Page 9: Edward de Bono

3.1.3.6 APC ( Alternatives, Possibilities, and Choice) = AKP (Alternatif,

Kemungkinan dan Pilihan)

Merupakan alat berfikir untuk memungkinkan kita mencari alternative,

kemungkinan, serta pilihan terhadap sesuatu yang berlaku yang pada mulanya kita

tidak tahu akan sebab-sebabnya. Dengan adanya alat ini maka dapatlah kita melatih

diri kita untuk berfikir dan mencari kemungkinan-kemungkinan sebab berlakunya

sesuatu. Sebagai contoh, sebuah kereta didapati terbabas ke dalam longkang.

Apakah APC/AKP tentang kemalangan itu?

1. Jalan licin.

2. Tayar pecah.

3. Pemandu mabuk.

4. Pemandu mengantuk.

5. Elak kenderaan lain.

6. Elak haiwan yang melintas.

7. Memandu melebihi had laju.

3.1.3.7 AGO (Aims, Goals, Objective) = TMO (Tujuan, Matlamat, Objektif)

Merupakan alat berfikir yang menuntut kita melakukan sesuatu tindakan atau usaha

sama ada berdasarkan tujuan, matlamat, atau objektif yang telah kita harapkan. Tujuan,

matlamat dan objektif lazimnya dianggap sama tetapi sebenarnya terdapat perbezaan.

ASPEK MATLAMAT TUJUAN OBJEKTIF

SKOP LUAS SEDERHANA KECIL

MASA LEBIH LAMA LAMA PENDEK

PENCAPAIAN SUKAR

DIUKUR DAN

DICAPAI

SUKAR

DIUKUR DAN

DICAPAI

MUDAH DIUKUR

DAN DICAPAI

SASARAN MENYELURUH MENYELURUH KECIL DSN

KHUSUS

CONTOH FALSAFAH

PENDIDIKAN

NEGARA

WAWASAN

2020

HASIL

PEMBELAJARAN

9

Page 10: Edward de Bono

4.0 PROSES PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

4.1 Definisi

Perkembangan secara umumnya dapat didefinisikan sebagai aspek

perubahan yang dihadapi oleh individu yang berubah menurut peredaran masa.

Namun, pelbagai pendapat telah dikemukakan mengenai konsep dan definisi

perkembangan itu sendiri. Antaranya ialah;

Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, mengatakan perkembangan adalah

perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuntitatif tetapi dapat dilihat dari

sifat baru yang berlainan dari sifat awal.

Santock (2008), mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak

biologi, kognitif, dan sosioekonomi individu yang bermula dari peringkat

percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Arnold Gesell, perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor

kematangan. Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan

pola tertentu. Kadar perkembangan berbeza bagi setiap individu. Beliau

berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar

sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai

peringkat usia perkembangan tersebut.

Kesimpulannya, perkembangan dapat diklafikasikan sebagai satu perubahan

yang bersifat kulitatif, tersusun, bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula

semenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organisma hasil dari kombinasi

pembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi,

mental, dan sosial.

4.2 Aspek Perkembangan Kanak-Kanak

Terdapat banyak aspek yang memungkinkan perkembangan kanak-kanak itu

berlaku, salah satunya ialah sifat perkembangan itu sendiri yang bersifat kualitatif

dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial,

emosi, dan moral. Perubahan-perubahan itu adalah stabil dan berlaku secara teratur

dan progresif dalam arah tertentu. Justeru, perubahan-perubahan yang berlaku

adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan

tertentu. Kematangan pula merujuk kepada perubahan semulajadi dan ditentukan

10

Page 11: Edward de Bono

oleh genetik. Ia biasanya dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Oleh itu,

perkembanagan adalah hasil daripada kematangan dan pembelajaran.

4.3 Aspek Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi

pendapat, mamahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran

masing-masing dan melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori,

merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan

seumpamanya. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang

individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap

pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-

kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya.

Dua teori utama perkembangan kognitif ialah teori oleh ahli psikologi Switzerland,

Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev VYgotsky.

Menurut teori ini, individu menyumbang secara aktif kepada perkembangan

intelektual mereka dan seseorang akan berusaha menyelesaikan masalah atau

percanggahan dalam cara pemikiran mereka dan mencari cara baru untuk

memahami persekitaran mereka.

4.3.1 Teori Perkembangan Jean Piaget

Menurut beliau, perkembangan kognitif kanak-kanak dapat dibahagikan

kepada empat peringkat, iaitu;

1. Sensorimotor (lahir hingga 2 tahun).

2. Pra-operasi (2-7 tahun)

3. Operasi konkrit (7-11 tahun)

4. Operasi formal (11 tahun ke atas)

4.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky

11

Page 12: Edward de Bono

Piaget (1952), melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan

kendiri di mana mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara

individu.

Lev Vygotsky (1896-1934), memberi alternatif kepada idea Piaget tentang

perkembangan kognitif kanak-kanak di mana menekankan peranan sosial dan

budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.

Menurut beliau, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Pemikiran kanak-kanak

berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang

bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih

berpengetahuan darinya. Kanak-kanak belajar dari apa yang dipraktikkan. Kanak-

kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran.

Sebaliknya, dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di

persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik-beradik, saudara-mara dan rakan

sebaya.

4.3.2.1 Zon Perkembangan Proksimal

Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak

digambarkan oleh beliau dengan menggunakan konsep tersebut. Konsep tersebut

menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-

kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau

rakan sebaya yang lebih mahir.

Had Atas

- Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu

yang lebih mahir.

Had Bawah

- Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

5.0 Implikasi kepada penjagaan dan pembelajaran bayi

12

Page 13: Edward de Bono

Stimulasi visual dan pendengaran perlu untuk bahagian-

bahagian otak terbabit menyusun maklumat.

5.1. Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada

peringkat ini, pertumbuhan fizikal perlahan jika dibandingkan dengan pertumbuhan

pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kanak pada peringkat

ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali

ganda. Otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang

dengan sempurna. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak

perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak-

kanak lelaki.

Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya

seorang kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar

bermain menggunakan kasut roda. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor

dipengaruhi oleh genetik. Misalnya jika kebolehan berjalan berlaku awal untuk

kedua-dua ibu bapa maka anaknya juga akan dapat berjalan pada peringkat awal.

5.1.1 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang

perlu. Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak

kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk

melakukan sesuatu dengan sendiri.

Kanak-kanak juga akan merasai saat kepuasan sekiranya berjaya melakukan

sesuatu dengan sendiri. Kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza.

Elakkan daripada membanding antara kanak-kanak. Kanak-kanak agak aktif pada

peringkat ini. Guru boleh menyediakan aktivit-aktiviti seperti bermain bola dan

berlari. Aktiviti-aktiviti yang disediakan mesti mengambil kira perkembangan otot,

khususnya otot-otot kecilnya yang belum sempurna.

5.2 Kanak-kanak (7-12 tahun)

13

Page 14: Edward de Bono

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak

begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini.

Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan

kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan

gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.

Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10 tahun

dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula

bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai

tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya, kanak-kanak

menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri

akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan

untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka.

Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi

untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik

seperti piano dan biola, menjahit, mengait membina model, belajar gimnastik,

berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada

permainan lasak misalnya permainan bola sepak di padang.

5.2.1 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti

melukis. Melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti

berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan

yang lebih cekap. Menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki

misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak

perempuan misalnya bola jaring.

Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada

kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya lebih-lebih lagi jika

kanak-kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan

masalah penyesuaian.

5.3 Awal remaja (12-15 tahun)

14

Page 15: Edward de Bono

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan

pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti

ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi

remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum

mencapai akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan

mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki

yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’. Tubuh

badannya bertambah tegap, bulu ketiak dan misai mula kelihatan.

Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan

terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa

mencapai akil baligh lebih lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki

dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan

remaja perempuan.

5.3.1 Implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima

dirinya, rupa dan bentuk badannya. Menyediakan latihan untuk membantu remaja

membina daya tenaga dan daya tahan. Oleh kerana remaja pada peringkat ini lebih

sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga

diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat terutamanya daripada segi pemakanan,

senaman dan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti merokok dan

mengambil dadah. Rancang aktiviti senaman supaya menyeronokkan dan

jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. Sediakan bilik persalinan yang

terasing untuk remaja perempuan dan remaja lelaki. Cuba kurangkan peluang

remaja perempuan diperhati oleh lelaki semasa aktiviti senaman. Perubahan

peringkat remaja tidak sahaja bermakna otot-otot bertambah kuat dan pertambahan

koordinasi.

Akil baligh juga menandakan kematangan daripada segi seksual.

Menyediakan kursus, dan ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan

agar remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri

mereka. Tingkah laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan. Guru perlu

menyediakan peluang untuk remaja berbincang dan bertanya tentang perubahan

15

Page 16: Edward de Bono

yang sedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang

tepat.

6.0 PENUTUP

Edward De Bono merupakan seorang tokoh yang terkenal dengan konsep-

konsep dan teori-teori yang menekankan pelbagai cara dan kaedah berfikir. Tidak

ada kemahiran yang lebih bernilai daripada kemahiran berfikir. Belajar berfikir ialah

belajar membuat pelbagai persepsi. Belajar berfikir tidaklah sukar kerana kini sudah

ada banyak teknik berfikir yang boleh digunakan untuk melatih minda kita seperti

alat berfikir CoRT yang diasaskan oleh Edward De Bono.

Selanjutnya, sebagai seorang pendidik kita seharusnya tahu proses

perkembangan kanak-kanak kerana mereka merupakan aset penting dalam dunia

pendidikan dan kita seharusnya mengajar kemahiran berfikir sesuai dengan tahap

perkembangan mereka. Berfikir merupakan satu kemahiran yang amat penting dan

boleh diajar dan dilatih supaya potensi minda mencapai tahap maksimum. Hal ini

selaras dengan dasar Falsafah Pendidikan Negara yang amat menekankan untuk

melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

BIBLIOGRAFI

16

Page 17: Edward de Bono

1. Ainon & Abdullah. (1995). Teknik Berfikir Konsep Dan Proses. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Ainon Mohd, Abdullah Hassan. (2007). Berfikir Seperti Inventor. Kuala Lumpur: PTS Millenia Sdn. Bhd.

3. Som Haji Nor, Mohd. Dahalan Mohd. Ramli. (2000). Kemahiran Berfikir Secara Kritis & Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn.

Bhd.

4. Dr. Mohammad. Rozdhi. (2004). Tiga Serangkai, Selangor: BTC Training & Motivation.

5. Omar Mohd. Hashim. (1993). Pendidikan , Persoalan, Penyelesaian dan harapan, Kuala Lumpur: DBP

6. Robert F. Mager .(2004). Teknik Mendorong Pelajar Belajar, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

7. Christopher Bowring-Carr, John West Burnham.(2010). Belajar Secara Berkesan Di Sekolah, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

8. Mohd. Daud Hamzah. (1990). Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan, Kuala Lumpur: DBP

9. De Bono, E. (1981) CoRT Thinking, CoRT I-IV, Oxford: Pergamonn Press

10. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi. (2008). Perkembangan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

17