elemen 3 permainan tradisional wau
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Elemen 3 permainan tradisional wau
1/4
-
8/14/2019 Elemen 3 permainan tradisional wau
2/4
Esei
Sukan merupakan suatu aktiviti yang dapat membantu membentuk modal insan yang
patriotik. Melalui sukan dan permainan, semangat kekitaan dapat dipupuk bersama dalam
mewujudkan suasana harmoni antara kaum. Ini penting bagi mewujudkan masyarakat
majmuk yang mengamalkan nilai- nilai murni dalam norma kehidupan seperti bertolak
ansur dan bertoleransi, hormat - menghormati dan saling bantu membantu.
Tambahan pula sukan dan permainan juga dapat membina modal insane yang patriotic
kerana berbangga sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, kita diajar supaya menghormati
raja raja dan pemimpin pemimpin Negara kita. Apabila seseorang itu berjaya
menjuarai kejohanan yang disertai, dengan bangganya mereka akan mengibarkan
bendera. Secara tidak langsung, semangat patiotik dapat dipupuk dalam kalangan ahli
sukan yang merupakan modal insan semangat patriotik dan bersemangat setia Negara.
Malah aktiviti ini juga dapat memupuk modal insane yang berpatriotik dan bersemangat
setia Negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan negara. Selain
itu, mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri menjadi adapt dalam permainan,
ada yang kalah dan ada yang menang. Mereka menjadi berani untuk bertarung walaupun
lawannya lebih handal. Justeru itu, mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa
dan negara.
-
8/14/2019 Elemen 3 permainan tradisional wau
3/4
Selain itu juga, sukan dan permainan dapat melahirkan modal insan yang lebih
berdisiplin dalam kehidupan sekali gus merealisasikan impian negara dalam membentuk
aset negara yang cemerlang dan terbilang. Ahli sukan yang berjaya akan dihormati dan
disegani oleh masyarakat. Mereka perlu memiliki disiplin yang tinggi, berakhlak dan
berbudi pekerti mulia. Dalam sesuatu permainan yang diceburi oleh modal insane yang
patriotik, mereka perlu mematuhi peraturan dan undang undang permainan.
Dalam konteks yang sama, sukan dan permainan juga dapat menghasilkan modal insan
yang lebih berusaha dan produktif, rajin dan lebih tabah menghadapi dunia globalisasi
yang penuh pancaroba. Dalam masa yang sama para belia kita akan lebih mampu untuk
hidup berdikari dan membina jati diri secara total dalam menampan anasir-anasir negatif
dalam kehidupan.
Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan dapat menyemai semangat setia akan negara.
Ini terbukti melalui usaha gigih para atlet bagi mengharumkan nama negara di seantero
dunia. Semangat setia mereka tidak pernah goyah walaupun kalah dalam pertandingan
malah berusaha untuk memperbaiki diri.
Tuntasnya, aktiviti sukan dan permainan merupakan satu rencah utama dalam
membentuk modal insan yang patriotik bersesuaian dengan kehendak negara yang
memerlukan pemimpin yang terbilang secara berterusan bagi mengekalkan pembangunan
negara dalam menunaikan misi wawasan 2020.
-
8/14/2019 Elemen 3 permainan tradisional wau
4/4