elm 3104

37
TUGASAN 1 Pengenalan Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa. Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Upload: tengku-shazlin

Post on 02-Jan-2016

194 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ISU- ISU MORAL DAN CABARAN PENGHAYATAN NILAI- NILAI MURNI

TRANSCRIPT

Page 1: elm 3104

TUGASAN 1

Pengenalan

Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.

Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa

Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai

budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama

sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama

ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan

serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan

budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak

langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam

masyarakat.

Page 2: elm 3104

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Melayu

Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa.

Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati

diri setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu.

Bagi masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau

jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama,

berakhlak, dan berbudi. Justeru, terdapat pelbagai egen yang membentuk struktur

kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu.

i. Keluarga

o Merupakan egen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk

menjalankan tanggungjawab yang amat berat

o Keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota

masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan

terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat

ii. Masyarakat

o Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan

kawalan serta tekanan sosial

o Kawalan sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan

masyarakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-

undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan

sebagainya

iii. Kerajaan/Pemerintah

o Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat

yang bertamadun dan harmonis

Page 3: elm 3104

o Kejayaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinanyang

diterajui oleh pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan

bersih, cekap dan amanah

Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam

dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi

dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam

proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana

jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep

tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi.

(Pemikir AprilJun2003: 6)

Kedua-dua aspek ini juga menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi

dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara

yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam

masyarakat tersebut.(Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan

pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu

bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang

dianggotainya. (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187) Kedua-dua proses ini

dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah

pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap

remaja. Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan mengekalkan

kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan

bertamadun. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001 : 191192).

Page 4: elm 3104

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Cina

Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta

yang tersendiri. Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian (langit) di samping

kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam

semula jadi. Ianya telah wujud dalam masyarakat Cina sejak zaman silam lagi.

Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh

memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan.

Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral

dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri

lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Bagi

masyarakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi.

Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan

boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak

bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai

kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti

yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan

kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan

manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia

berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.

Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul

yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi

dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran

seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan

moral. Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina.

Kedua-dua tersebut penting untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan

bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002: 306-

307)

Page 5: elm 3104

Falsafah Konfusianisme

Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi

aspek-aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran

Konfusius (551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects,

pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang

mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi

untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:

i. Perikemanusiaan (ren)

ii. Kewajaran (yi)

iii. Kesusilaan (li)

iv. Kearifan (zhi)

Ajaran Konfusius

Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai

wulun, iaitu:

i. Raja dengan menteri

ii. Ayah dengan anak

iii. Suami dengan isteri

iv. Abang dengan adik

v. Kawan dengan kawan

Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai

murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan

bekerjasasma tanpa mengira bangsa.

Page 6: elm 3104

Ajaran Buddhisme

Ajaran Buddhisme mementingkan kesederhanaan di mana asas

pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang

merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan

mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang

mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut

perasaan.

Page 7: elm 3104

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakt India

Masyarakat India kebanyakkan beragama Hindu. Bagi masyarakat India,

keluarga merupakan unit asas dan terpenting. ( Azhar Hj. Md Ars dan Azharuddin

Mohd Dali 2000 : 164 ). Masyarakat India juga mengamalkan sistem keluarga

bersama (joint family).

Apa yang dititikberatkan dalam masyarakat India ialah perpaduan di antara

ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada

semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan

kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemorosotan

kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran semasa dan arus pemodenan

terutama pengaruh daripada Barat menerusi media massa dan ICT.

Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama

iaitu ashrama dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha

iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan

dengan empat objektif mulia ini ialah:

i. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian

yang mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama

dalam kehidupan ini.

ii. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja

dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.

iii. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal

hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika.

Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan dan pakaian ahli

keluarga.

iv. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua

yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan

terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan keIja amal disamping

menyebarkan ajaran -ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd

Hamid 2004 ; 359-360).

Page 8: elm 3104

Secara keseluruhannya, agama Hindu menitk beratkan kehidupan yang lebih

baik berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala

kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama ada

manusia atau haiwan. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan

mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat

yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas

daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan

darj at yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan

rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan. ( Esa Khalid dan

Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 360).

Natijahnya,penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu

diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala

sosial dalam masyarakat hari ini. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang

merupakan entiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru

serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-

nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah

negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut dan

sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan

minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab

itu setiap warganegara Malaysia perlu mengbayati nilai-nilai positif yang ada dalam

ajaran agama masing-masing.

Page 9: elm 3104

TUGASAN 2

Pengenalan

Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima

nilai,sikap ,kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/ masyarakat bagi membentuk

personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut.Sosialisasi

dapat membantu seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna.

Misalnya seorang guru akan sedar dan tahu peranan dan tanggungjawab tentunya

akan mengasuh dan menyayangi anak muridnya.Seorang anak dan pelajar juga

akan tekun belajar jika ia sedar bahawa itu adalah tanggungjawabnya dan harapan

ibu bapanya.Jadi, sosialisasi menyedarkan seseorang tentang apa yang patut dan

tidak patut dilakukan. Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea, nilai-nilai

dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal

walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih berganti.Melalui sosialisasi kebudayaan

manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

PROSES SOSIALISASI

Proses sosialisasi diawali dari lingkungan keluarga atau kelompok yang ada

di sekitar kehidupannya. Proses sosialisasi menjadikan seseorang tahu dan

memahami bagaimana seseorang menjalankan hak-hak dan kewajiban berdasarkan

peranan-peranan yang dimilikinya. Berikut ini beberapa definisi sosialisasi menurut

para ahli, sebagai berikut.

a. Koentjaraningrat

Proses sosialisasi adalah proses belajar yang dialami individu sejak masa

kanak-kanak sampai masa tuanya. Ia belajar pola-pola tindakan dalam

interaksi dengan segala macam individu sekeliling yang mengembangkan

aneka peran sosial yang ada dalam kehidupan sehari-hari.

Page 10: elm 3104

b. Peter Berger

Proses sosialisasi adalah suatu proses di mana seorang anak belajar menjadi

seseorang anggota yang berprestasi dalam masyarakat.

c. Charlotte Buhler

Proses sosialisasi adalah proses yang membantu individu-individu belajar dan

menyesuaikan diri, bagaimana cara hidup dan berfikir kelompoknya agar dia

dapat berfungsi dalam kelompok.

Rajah 1 : Proses Sosialisasi

PROSES SOSIALISA

SI

sosialisasi primer

(permulaan)

sosialisasi sekunder

(penyertaan)

sosialisasi semula

(resosialisasi)

Page 11: elm 3104

Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis. Pertama, sosialisasi primer

(permulaan) iaitu proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak

mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada

keluarganya. Kedua, sosialisasi sekunder (penyertaan) iaitu berlaku pada

peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada peringkat ini akan berlaku proses

pengembangan konsep diri, menerima konsep baru, berlaku perubahan dan

penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah, media massa

dan masyarakat. Ketiga, sosialisasi semula (resosialisasi).Proses ini mungkin

berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. Sosialisasi semula ini berlaku akibat

daripada perubahan secara drastik, mendadak, radikal atau terpaksa yang dialami

oleh seseorang. Misalnya berlaku akibat kemalangan, revolusi, peperangan,

perubahan kepercayaan, bencana ,ketagihan dadah dan perubahan politik. Konsep

kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat akibat

daripada situasi diatas.

Page 12: elm 3104

PERKAITAN SOSIALISASI DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB

Pada dasarnya proses sosialisasi dapat dibezakan menjadi empat jenis. Keempat

jenis proses sosialisasi itu dihuraikan seperti berikut.

Bersifat Rasional (Instrumental)

Tindakan sosial yang bersifat rasional adalah tindakan sosial yang dilakukan

dengan pertimbangan dan pilihan secara sedar (masuk akal). Hal ini bermaksud

tindakan sosial itu sudah dipertimbangkan masak-masak tujuan dan cara yang

digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Hal ini dapat dikaitkan melalui tindakan

membantu ahli keluarga sebagai satu tanggungjawab seorang anak. Contohnya

membantu ibu bapa menjaga adik-adik selaku seorang anak sulung sewaktu

ketiadaan ibu bapa.

Berorientasikan Nilai

Tindakan sosial yang berorientasikan nilai dilakukan dengan mengambil kira

manfaat, sedangkan tujuan yang ingin dicapai tidak terlalu dipertimbangkan.

Tindakan ini menyangkut kriteria baik dan benar menurut penilaian masyarakat. Bagi

tindakan sosial ini yang penting adalah kesesuaian tindakan dengan nilai-nilai dasar

yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Contohnya: tidak pernah

mempersoalkan mengapa kita harus makan dan minum dengan tangan kanan.

Tindakan tersebut kita lakukan kerana pandangan masyarakat yang menekankan

kalau makan dan minum dengan tangan kanan lebih sopan daripada dengan tangan

kiri.

Page 13: elm 3104

Tradisional

Tindakan sosial tradisional adalah tindakan sosial yang menggunakan

pertimbangan keadaan kebisaaan yang telah berlaku dan ada dalam kalangan

masyarakat. Oleh kerana itu, tindakan ini cenderung dilakukan tanpa suatu rencana

terlebih dahulu, baik destinasi maupun caranya, kerana pada dasarnya mengulang

dari yang sudah dilakukan. Contohnya: upacara-upacara adat yang berlaku di dalam

kalangan orang melayu ynag masih menebal,seperti membantu jiran tetangga

sewaktu persiapan majlis perkahwinan(rewang). Kegiatan tersebut dilakukan

mengikuti kebiasaan yang telah turun-temurun.

Afektif

Tindakan sosial afektif adalah tindakan social yang sebahagian besar

tindakannya dikuasai oleh perasaan (afektif) ataupun emosi, tanpa melakukan

pertimbangan yang matang. Perasaan marah, cinta, sedih, gembira muncul begitu

saja sebagai reaksi spontan terhadap situasi tertentu. Oleh sebab itu tindakan sosial

itu boleh digolongkan menjadi tindakan yang tidak rasional. Contohnya seorang ibu

yang sayangkan anaknya sanggup masuk ke dalam rumah yang marak terbakar

untuk menyelamatkan anaknya.

Page 14: elm 3104

TUGASAN 3

Isu cetak rompak di Malaysia bukanlah masalah baru di negara ini, masalah

kegiatan haram ini telah berlaku sejak sekian lamanya. Jika ditinjau dari sudut

pengertiannya, cetak rompak ialah satu pencabulan hak cipta yang bermaksud

penggunaan bahan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta tanpa izin, iaitu

mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk

mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan

karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Hak cipta adalah sejenis

harta intelektual dimana ia boleh wujud dalam berbagai-bagai karya kreatif, hasil

kerja intelektual atau berseni, ia termasuklah gubahan muzik, filem, drama, rakaman

audio, perisian dan sebagainya. Secara amnya cetak rompak ataupun barang

peniruan adalah merupakan barang yang dihasilkan semula dan serupa dengan

barang asli (Gael & Christopher, 1994).

Jika ditinjau dalam situasi yang berlaku di Malaysia ini, kegiatan cetak rompak

pada mulanya bermula sebagai sebuah industri ‘belakang rumah’ yang bermaksud

aktiviti perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan dan tersembunyi. Selepas

itu, kegiatan ini telah berkembang menjadi sebuah sindiket jenayah terancang yang

didalangi oleh kumpulan berpengaruh dari dalam dan luar negara. Hal ini dibuktikan

melalui modus operandi yang dijalankan oleh mereka yang agak terancang dan

meluas serta tidak hanya terhad kepada pasaran tempatan sahaja. Menurut bekas

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang pada ketika itu

dijawat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau mengatakan bahawa masalah

kegiatan cetak rompak ini sukar diatasi kerana ia melibatkan hubungan rangkaian

jenayah terancang antarabangsa. Sindiket itu juga licik mengelak segala peraturan

yang ditetapkan pihak berkuasa. Sebagai contoh, apabila kerajaan membekukan

pengimportan mesin membuat cakera optik (CO), mereka membawa masuk

peralatan tersebut secara berasingan (dismantle units) dan mengisytiharkan ia

sebagai produk komputer. Harga sebuah mesin membuat cakera optik (CO)

dikatakan bernilai hampir RM4 juta.

Salah satu faktor utama yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa di

negara ini ialah harga produk atau barangan cetak rompak yang jauh lebih murah

Page 15: elm 3104

daripada barangan tulen. Lazimnya barangan cetak rompak seperti VCD, CD,

perisian komputer dan sebagainya dijual dengan harga yang lebih murah kerana

mereka yang terlibat dalam pengeluaran barangan ini hanya memerlukan kos yang

rendah dan tidak perlu membayar bayaran royalti kepada pengeluar asal barangan

tersebut. Apabila kos pengeluarannya murah, maka produk cetak rompak juga dapat

dijual dengan harga yang murah. Sebagai contohnya, mengikut harga pasaran, para

pengguna dapat membeli tiga keping CD dengan hanya RM10. Jika dibandingkan

dengan harga CD yang asli, pengguna perlu membayar dua kali ganda daripada

harga tiga keping CD cetak rompak tersebut semata-mata hanya untuk membeli

sekeping CD asli sahaja. Fenomena cetak rompak seperti ini dapat memberi

peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk membelinya dengan murah.

Bagi pelajar yang belum lagi mempunyai pendapatan tetap mereka juga mampu

membeli barangan cetak rompak, apatah lagi golongan remaja ini mempunyai minat

yang lebih tinggi untuk menikmati filem-filem sensasi mahupun muzik cita rasa

golongan ini sehingga sanggup untuk membeli barangan cetak rompak tanpa perlu

menghabiskan wang yang lebih untuk membeli barangan yang asli.

Penjualan barangan cetak rompak di tempat-tempat terbuka menyebabkan

masalah cetak rompak ini masih belum diatasi sepenuhnya. Penjualan cetak rompak

ini biasanya dijalankan di tempat-tempat awam seperti pasar malam, di kaki lima,

pasar raya dan sebagainya. Hal ini memudahkan lagi aktiviti jual beli diantara

pengguna dengan wakil atau agen pengeluar cetak rompak ini. Apabila keadaan

seperti ini berlaku maka ramailah yang akan bertindak untuk membeli barangan

cetak rompak daripada membeli barangan yang asli. Hal ini kerana pengguna

terdorong untuk membelinya kerana ia mudah didapati di samping harganya yang

memang murah. Terdapat juga para peniaga barangan cetak rompak yang pandai

memujuk para pengguna untuk membeli jualan cetak rompak mereka, sebenarnya

perkara inilah yang menyebabkan kegiatan cetak rompak masih terus terjadi

ditambah lagi dengan sikap para pengguna yang mempunyai tahap kesedaran yang

rendah mengenai hal-hal berkaitan harta intelek.

Teknologi yang canggih juga mendorong kepada penularan kegiatan ini

dalam masyarakat di negara ini. Dengan adanya teknologi yang canggih ini, pihak

yang terlibat dalam barangan cetak rompak dapat menghasilkan produk tiruan yang

serupa dengan produk yang asal. Mesin pencetak CD dan VCD dimanfaatkan

Page 16: elm 3104

sepenuhnya untuk mengeluarkan CD dan VCD cetak rompak. Dengan adanya

teknologi komputer, perisian-perisian program komputer tertentu dapat dicetak

rompak dan seterusnya dijual kepada pengguna komputer yang memerlukan

perisian tersebut dengan harga yang lebih murah. Penyalahgunaan teknologi

komputer juga dapat dilihat melalui pengunaan rangkaian internet yang dijadikan

sebagai medium penyebaran produk cetak rompak. Sebagai contohnya pengguna

tidak perlu membeli filem atau album artis yang asli di pasaran tetapi hanya perlu

memuat turun benda-benda yang dicetak rompak tersebut daripada internet sahaja.

Selain itu, dengan adanya alat telekomunikasi canggih seperti telefon mudah alih

juga ia dapat membantu pengedar barangan cetak rompak ini daripada dikesan oleh

pihak berkuasa.

Dari segi sosial, kegiatan cetak rompak boleh membawa kesan negatif

terhadap masyarakat. Dengan wujudnya kegiatan ini maka video-video yang

berunsur negatif seperti video lucah mudah didapati oleh para pelanggan, hal ini

kerana video seperti ini dapat dicetak dengan mudah dan dikeluarkan dengan

kuantiti yang banyak melalui kaedah cetak rompak. Para pelanggan khususnya

remaja dan pelajar mudah terpengaruh dengan video seperti ini dan kesannya

mereka mudah terlibat dengan kes-kes jenayah seksual dan maksiat seperti terlibat

dengan kes rogol dan menjalankan hubungan seks luar nikah. Hal ini secara jelas

menunjukkan bahawa kesan daripada barangan cetak rompak ini boleh membawa

kepada keruntuhan akhlak dan moral masyarakat khususnya mereka yang terdiri

daripada golongan remaja. Selain itu juga, kegiatan cetak rompak ini juga boleh

membawa kepada jenayah-jenayah lain. Sebagai contohnya pertelingkahan antara

pengusaha cetak rompak yang berebut hak mengeluarkan barangan cetak rompak

dan berebut kawasan penjualan barangan cetak rompak mereka. Perkara tersebut

dilakukan semata-mata hanya untuk mengurangkan pesaing mereka agar mereka

dapat mengaut keuntungan yang lebih, implikasi daripada hal tersebut maka

berlakulah pergaduhan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan membabitkan

penglibatan kongsi gelap dan gengster. Secara ringkasnya, semua situasi ini akan

menyebabkan berlakunya peningkatan kes-kes jenayah di negara ini, sekali gus

menunjukkan bahawa negara ini dilabel sebagai sebuah negara yang tidak selamat.

Berdasarkan kesemua faktor-faktor masalah cetak rompak tersebut menurut

pandangan saya, kawalan kendiri adalah merupakan faktor yang penting. Hal ini

Page 17: elm 3104

adalah kerana jika seseorang individu itu mempunyai kawalan kendiri yang tinggi dia

akan mampu menilai akibat tindakan yang akan dilakukannya sebelum melakukan

sesuatu perkara sama ada perkara yang dilakukan tersebut membawa kepada

kesan baik ataupun kesan buruk. Kawalan kendiri ini sebenarnya akan turut

mempengaruhi secara langsung kesemua faktor-faktor yang menyebabkan

penglibatan mereka dengan masalah ini.

Page 18: elm 3104

TUGASAN 4

Rajah 2: Abdullah Munsyi

Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir

Munsyi(1796-1854) berasal dari keturunan Arab dari Yaman. Beliau dilahirkan pada

tahun 1797 di Melaka dan meninggal dunia pada bulan Oktober 1854 di Jedah, Arab

Saudi. Walaupun beliau merupakan seorang guru agama dan guru bahasa Arab,

beliau juga menguasai bahasa Tamil, Hindustani, Inggeris, Sanskrit dan Melayu

Abdullah menghabiskan masa kanak-kanaknya di Melaka. Ia mula belajar

menulis pada usia empat tahun dengan tulisan “cakar ayam”. Semasa beliau

berumur enam tahun, beliau telah menghidap penyakit disentri. Setahun kemudian,

ketika kebanyakan rakan-rakannya sudah fasih membaca Al-Quran, beliau masih

lagi belum boleh menguasai kemahiran membaca Al-Quran. Maka beliau pun meiru

tulisan-tulisan bahasa arab dengan pen. Bapanya menjadi marah kerana beliau

tercicir dari rakan-rakan lain dan terus menghantar beliau ke Sekolah Quran

Kampung Pali (Kampung Pali Qoran School).

Semasa berada di sekolah tersebut, beliau dipaksa belajar menulis dengan

ayahnya. Ayahnya memang terkenal dengan watak yang tegas. Ayahnya juga selalu

menyuruh Abdullah Munsyi menulis nama-nama orang yang dijumpainya di masjid.

Page 19: elm 3104

Ayahnya juga turut menyuruh Abdullah menyalin keseluruhan ayat Al-Quran dan

menterjemahkan teks-teks Arab kepada Bahasa Melayu.

Pada usianya menjangkau sebelas tahun, beliau sudah memperoleh wang

sendiri hasil upahnya menyalin teks al-quran. Tiga tahun kemudian beliau mula

mengajar agama bagi sebahagian besar tentera muslim India yang ditempatkan

dibenteng Melaka. Para tentera memanggilnya Munsyi yang bermaksud guru

bahasa dan gelaran tersebut kekal hingga akhir hidupnya.

kerjaya Abdullah bermula dengan menolong bapanya menyalin dokumen-

dokumen penting. Beliau mengajar bahasa Ibunda kepada askar-askar India dan

British.Beliau bekerja sebagai seorang pentafsir dan jurutulis kepada Sir Stamford

Raffles. Kecekapan beliau bertutur dan reputasi sebagai seorang guru telah

melayakkan beliau diberi nama „Munsyi‟ oleh Tuan Raffles. Selain itu, Abdullah juga

membantu orang-orang yang beragama Kristian untuk mentafsir dan mencetak

sebahagian daripada kitab Injil (ke Bahasa Melayu) dan mentafsirkan cerita-cerita

turun temurun Hindu.

4.1 PENDAPAT TENTANG ABDULLAH MURSYI

Pada pendapat saya, Abdullah munsyi merupakan seorang yang berjiwa

besar. Selain beliau juga seorang yang rajin mendalami ilmu. Tidak kira apa juga

bidang, baginya semua ilmu itu haruslah dipelajari.

Beliau juga seorang yang gigih berusaha. Walaupun sepanjang kehidupan

dan perjuangan beliau dalam menuntut ilmu dan menyampaikan ilmu, beliau tetap

tidak berputus asa. Sebagai contoh, sewaktu beliau kecil,mengidah sejenis penyakit

dan sentiasa sakit. Namun ini tidak menghalang beliau untuk menimba ilmu. Beliau

juga pernah sakit sehingga terpaksa menjalani pembedahan,kemudian kematian

isterinya,namun beliau tetap meneruskan tugas beliau.

Abdullah munsyi juga merupakan seorang guru yang luas pengetahuannya.

Beliau tidak memilih sesiapa untuk menjadi muridnya. Malahan untuk menimba

ilmu juga , beliau tidak memilih siapa dan dimana untuk beliau menuntut ilmu.

Page 20: elm 3104

Tidak kira penduduk setempat mahupun orang asing. Pemikiran beliau sangat

bernas dan mempuyai gaya pemikirannya yang tersendiri sehingga beliau

dikenali sebagai “bapa kesusasteraan moden” oleh kebanyakan orang. Idea dan

gaya penulisannya langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana penulis walhal

pada ketika itu kebanyakan penulis hanya meulis tentang, misteri, hikayat dan

dongeng dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kebanyakan daripada hasil karya

beliau berkisarkan tentang kehidupan seharian masyarakat melayu setempat.

Banyak hasil karya yang beliau tinggalkan masih kekal hingga kini.

Abdullah juga seorang yang berpandangan ke hadapan dan berani mencuba

sesuatu yang baru. Ia jelas dapat dilihat kerana beliau, merupakan pengkarya

melayu yang pertama yang tidak mengikut corak penulisan tradisional dan oleh

kerana itu beliau telah di gelar Bapa Kesusasteraan Melayu moden. Antara karya-

karya yang telah di hasilkan oleh beliau ialah Syair Singapura Terbakar (1830),

Da‟wail Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dari

Singapura ke Kelantan (1838) , Syair Kampung Gelam Terbakar (1847), dan Kisah

Pelayaran Abdullah ke Negeri Jeddah (1854 – tidak tamat).

Beliau telah memperlihatkan perkembangan bahasa Melayu pada zaman

tersebut.menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh beliau. Karya yang dihasilkan di

olah dengan gaya bahasa yang tersendiri dan indah serta menggunakan kosa kata

yang banyak mengungkap perkara-perkara yang baru akibat pertembungan budaya

barat dan timur. Beliau juga menghasilkan karya berdasarkan pengamatannya

terhadap sesuatu perkara.

Selain itu,pada pandangan saya Abdullah Munsyi tidak berfikiran kolot dan

berpegang teguh pada agama Islam dengan tidak mempercayai sesuatu yang tahyul

melalui penghasilkan karya yang tidak terikat dengan corak penulisan lama seperti

terdapatnya cerita mitos/donggeng, alam ghaib dan ajaib. Hal ini demikian kerana

beliau ingin menghasilkan sesuatu lain daripada yang lain. Mungkin juga kerana

corak penulisan tradisional tidak lagi sesuai digunakan dan sudah tiba masanya

berlaku pembaharuan dalam sastera melayu dan penggunaan bahasa melayu.

Beliau juga merasakan dengan menyelitkan unsur-unsur mitos atau alam ghaib

tidak akan membantu perkembangan minda bahasa pembaca kerana perkara

tersebut hanya mitos dan bukannya benar-benar berlaku dalam kehidupan. Beliau

Page 21: elm 3104

berpendapat dengan menghasilkan buku berdasarkan pengalaman beliau dapat

mengajar generasi-generasi zaman kini dan pembaca tentang sesuatu perkara yang

dialami oleh beliau dan fahami maksud yang ingin di sampaikan oleh beliau. Selain

itu, pembaca dapat pelajari perkataan-perkataan baru yang ditulis oleh beliau.

Abdullah Munsyi melalui penulisannya cuba menyampaikan mesej yang

membawa kita melihat dari sudut pandangan positif mengenai penjajah kerana

tanpa mereka kita mungkin tidak akan maju. Melalui penulisannya, beliau cuba

membawa penduduk tanah melayu supaya mereka lebih berfikiran jauh dan positif

menerima sesuatu.

Dari falsafah beliau seperti dibawah, dapat dilihat kepentingan ilmu kepada

Abdullah Munsyi.

“ Jikalau sekiranya ada umur-umur seribu tahun sekalipun, maka

janganlah engkau takut membelanjakan dia sebab menuntut ilmu, itu kerana

dapat tiada segala hamba Allah dalam dunia ini semuanya mengkehendaki

kebesaran, ilmu itulah tangganya.”

Abdullah Munsyi juga telah memberikan kritikan yang pedas di dalam

penulisannya kepada golongan raja melayu dan golongan elit melayu di atas sikap

golongan tersebut serta komen dan kritikan terhadap penjajah inggeris. Keberanian

beliau itu,pada pandangan saya telah di sifatkan sebagai fenomena baru dalam

dunia penulisan melayu. Beliau berbuat sedemikian kerana ingin menyedarkan

golongan tersebut yang perbuatan sebegitu tidak di terima oleh orang lain. Dalam

Kisah Pelayaran Abdullah, beliau menegur penguasa feudal Melayu bahawa adalah

menjadi tuntutan agama agar mereka memerintah dengan adil, menjaga kebajikan

rakyat, dan bukan pada berfoya dan berleka makan candu dengan membuat rujukan

kepada kitab Taj us Salatin, yang meletakkan memerintah secara adil kepada

pemegang kuasa.

Kesimpulannya,pada pendapat dan pandangan saya, Abdullah Munsyi

merupakan sastera Melayu yang amat dikagumi kerana beliau berani dalam

melakukan sesuatu dan menghasilkan sesuatu karya yang lain daripada yang lain

serta seorang yang berfikiran jauh dan memandang sesuatu perkara dari sudut

positif dan negatif .

Page 22: elm 3104
Page 23: elm 3104

4.2 SUMBANGAN ABDULLAH MUNSYI

MENITI masa menuju kemodenan, Abdullah Abdul Kadir atau digelar

Abdullah Munsyi dinobatkan masyarakat terutama pengkaji sejarah sebagai ‘Bapa

Kesusasteraan Melayu Moden’ lantaran pemikiran dan karyanya ketika itu dianggap

‘menentang arus’.

Tidak seperti kebanyakan karya Melayu lama ketika itu yang lebih kepada

dongeng, alam ghaib dan mistik; hasil penulisan Abdullah sebaliknya berdasarkan

pengamatan, pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Pengkaji Budaya Melayu, Prof Madya Dr Hanapi Dollah, berkata hujah

Abdullah dalam pelbagai bidang seperti masyarakat, agama, politik, ekonomi dan

moral menerusi karyanya didapati mendahului zaman.

Contohnya gagasan ‘Melayu Boleh’ atau ‘Malaysia Boleh’ bukanlah sesuatu

baru tetapi sudah lama diutarakan Abdullah yang yakin orang Melayu boleh maju

sekiranya mampu melakukan perubahan dan meninggalkan pola kehidupan lama

dan usang.

Seperti kepentingan modal insan yang dilaksanakan kerajaan baru-baru ini,

Abdullah Munsyi sudah menekankan mengenai pentingnya perkara itu seawal abad

ke-18 lagi,” katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia (FSSK-UKM).

Selain sebagai pejuang bahasa lantaran minatnya dalam mengkaji struktur

pelbagai bahasa, Abdullah juga seorang pemikir dan intelektual bangsa yang wujud

pada zaman silam yang mana hujah kritis dan gagasannya banyak memberi

panduan mengenai pelbagai aspek kehidupan.

Mengikut Dr Hanapi, antara gagasan Abdullah pada abad ke-18 yang didapati

masih kekal sehingga kini:

Page 24: elm 3104

Pemodenan

Gagasan kemodenan Abdullah bertitik tolak daripada pengalamannya yang

melihat kemajuan yang dicapai Inggeris ketika itu. Bagaimanapun, kemodenan itu

disesuaikan dengan acuannya sendiri yang masih mengekalkan kepentingan Islam

dalam menguruskan kehidupan.

Ilmu pengetahuan

Pembentukan bangsa berilmu dan kepentingan menuntut ilmu menjadi

gagasan yang ditimbulkan secara terus-menerus sama ada menerusi kisahnya atau

tulisannya. Pada pandangan beliau, ilmu adalah asas kehidupan dan penjana

peradaban.

Dalam Hikayat Abdullah, ditekankan usaha dan cara mendapatkan ilmu dan

kepentingannya; Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pula menekankan betapa

perlunya anak raja menuntut ilmu. Abdullah turut menunjukkan teladan menerusi

usahanya dalam aspek ini.

Adat dan kepercayaan

Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama

kepercayaan karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang

masyarakat pada zamannya.

Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau merasakan tidak

munasabah apabila seseorang melalui kampung diraja, mereka dilarang berpayung,

memakai kasut dan berpakaian kuning, golongan diraja tidak dibolehkan berniaga

selain perbuatan larangan yang kononnya akan mendatangkan kecelakaan jika

dilakukan walaupun tidak berasas.

Beliau turut menolak kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya

memiliki kuasa mistik untuk menangkap haiwan itu. Sebaliknya beliau mendapati

pawang itu mengepung gajah tanpa memberi makanan atau minum dan apabila

haiwan itu lemah, barulah pawang itu menangkapnya.

Page 25: elm 3104

Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan karut marut

itu adalah kurangnya beriman seseorang itu terhadap Allah dan Rasul.

Ekonomi

Catatannya mengenai ekonomi jelas menerusi sejarah kehidupan diri dan

keluarganya di Melaka yang sememangnya terkenal sebagai pusat perdagangan

antarabangsa ketika itu.

Beliau menyatakan kesilapan yang diamalkan sistem ekonomi tradisional

pada negeri biasa dan negeri kolonial dalam pelayaran ke Kelantan. Di Pahang

misalnya, beliau melihat banyak tanah yang tidak diusahakan serta penduduk yang

menganggur dan berlakunya pembaziran faktor pengeluaran sumber dan buruh.

Keadilan

Abdullah mempertikai konsep perbezaan taraf di dalam amalan sistem

masyarakat Melayu ketika itu yang membolehkan kalangan kelas bangsawan

berbuat apa saja kepada kelas bawahan, rakyat ibarat hamba kepada golongan

bangsawan.

Beliau menuntut kesamarataan dalam gagasannya seperti diamalkan

masyarakat Inggeris malah gagasan itu tidak saja diluahkan menerusi tulisan tetapi

secara lisan kepada raja Melayu.

Feminisme

Lama sebelum golongan wanita memperjuangkan hak feminisme, Abdullah

terlebih dulu membicarakan hal ini lewat penulisannya yang antara lain membidas

sikap lelaki malas sehingga menyebabkan tanggungjawab lelaki dan suami seperti

diajar Islam dilakukan wanita.

Page 26: elm 3104

Dalam masa sama, beliau memaparkan persoalan feminisme lebih menarik

dengan menyatakan wanita Melayu mendapat kebebasan tidak terhad untuk

bergerak.

4.3 NILAI-NILAI MURNI DAN KEGURUAN

Sebagai seorang guru yang memiliki peribadi yang sangat mulia, terdapat beberapa

nilai-nilai murni dan nilai-nilai keguruan yang boleh dilihat dalam diri Abdullah

Munsyi.

Rajah 3 : Nilai-nilai murni keguruan

Membesar sebagai manusia yang berpengetahuan dan cintakan ilmu,

Abdullah Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai ‘Abdullah Munsyi’, kemudian

menjadi antara penduduk Melaka yang sangat dihormati dan dikagumi penjajah

ketika itu iaitu Inggeris. Hal ini jelas kerana sepanjang hidup, beliau sering menuntut

ilmu dari pelbagai cara,bermula dari zaman kanak-kanak sehingga beliau lebih

NILAI- NILAI MURNI

Rajin & dedikasi

Gigih belajarCintakan ilmu

Keberanian

Page 27: elm 3104

matang dan mampu berdikari pada usia yang muda jika dibandingkan dengan

kanak-kanak yang seusia dengannya.Beliau menuntuk ilmu tidak kira siapa pun

gurunya.Kehadiran Abdullah membuktikan kepada Inggeris bahawa dalam

masyarakat Melaka yang dijajah mereka, ada golongan intelek tempatan yang

hebat. Daripada Abdullah jugalah kemudian penjajah Inggeris itu berguru

mempelajari Bahasa Melayu.

Abdullah adalah seorang yang gigih belajar. Dia tidak mengira siapa atau

mana asal usul gurunya asalkan dia mendapat pengetahuan baru. Paling

digemarinya adalah bidang bahasa dan tanpa jemu dia meluaskan pengetahuan

mengenai kata dari aspek simpulan, ikatan, rangkai kata, kuasa, tujuan dan ilmu

bahasa. Selain bahasa Melayu, turut dipelajarinya bahasa Tamil, Arab dan Inggeris.

Walaupun pada usia beliau yang sudah tua,beliau terus membuat penulisan untuk

menambah ilmu. Selain itu,pada usia 27 tahun,beliau masih menuntut ilmu daripada

orang asing. Jelas menunjukkan beliau seorang yang dahagakan ilmu.

Nyata sikap rajin dan dedikasi dalam tugas yang terserlah menerusi peribadi

Abdullah tidak saja membuatkan Raffles menyenanginya tetapi turut membenihkan

rasa hormat dan kagum di kalangan Inggeris terhadap anak watan itu. Kerajinan dan

dedikasi beliau bukan sahaja dari segi mengajarkan ilmu, malah beliau juga rajin

menuntut ilmu walaupun ketika itu pihak British telah menganggap beliau merupakan

antara penduduk Tanah Melayu yang mempunyai banyak ilmu. Kerajinan Abdullah

Munsyi ini jelas ditunjukkannya sejak usianya baru setahun jagung lagi. Sewaktu

kecil, beliau sudah mula pandai mencari pendapatan sendiri dengan menjual layang-

layang dan menulis semula naskhah Al-Quran.

Selain dari itu, sebagai seorang guru, Abdullah Munsyi juga berani menegur

masyarakat ketika itu yang rata-ratanya masih lagi mengamalkan kepercayaan karut

dan mistik. Abdullah begitu kuat menentang adat dan kepercayaan usang terutama

kepercayaan karut marut dan bertentangan dengan Islam yang masih kuat dipegang

masyarakat pada masa itu.Antara adat usang yang dibidas Abdullah adalah beliau

merasakan tidak munasabah apabila seseorang melalui kampung diraja, mereka

dilarang berpayung, memakai kasut dan berpakaian kuning, golongan diraja tidak

dibolehkan berniaga selain perbuatan larangan yang kononnya akan mendatangkan

kecelakaan jika dilakukan walaupun tidak berasas. Beliau turut menolak

Page 28: elm 3104

kepercayaan terhadap pawang gajah yang kononnya memiliki kuasa mistik untuk

menangkap haiwan itu. Sebaliknya beliau mendapati pawang itu mengepung gajah

tanpa memberi makanan atau minum dan apabila haiwan itu lemah, barulah pawang

itu menangkapnya. Abdullah berpendapat punca kejumudan adat dan kepercayaan

karut marut itu adalah kurangnya beriman seseorang itu terhadap Allah dan Rasul.

Sebagai seorang guru,yang bercita-cita untuk menjadi guru yang dikatakan

bak pepatah, ‘harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama’

ciri-ciri dan nilai murni keguruan yang terdapat pada Abdullah Mursyi patut dicontohi.

Sikap dan amalan nilai murni tersebut akan melahirkan seorang guru yang

berdedikasi dan juga padat dengan ilmu pengetahuan.

Page 29: elm 3104

TUGASAN 5

PUTERI DIANA MOTHER THERESA

LATAR

BELAKANG/

KELUARGA

Nama sebenarnya Diana

Frances Mountbatten-

Windsor; nee Lady Diana

Spencer

Dilahirkan pada 1 Julai

1961, Park House,

Sandringham England

Anak bongsu kepada

Edward Spencer dan

Frnces Spencer

Dibaptiskan di Gereja St

Mary Magdalene

Nama sebenar Agnes

Gonxha Bojaxhiu

Dilahirkan pada 26 Ogos

1910 di Skopje,

Macedonia

Beliau adalah putri

termuda dari 3

bersaudara kepada

pasangan Nikollë and

Drandafille Bojaxhiu.

Taat setia pada

agamanya Christian

Katolik

Page 30: elm 3104

TARAF

PERKAHWIN

AN

Melangsungkan

perkahwinan dengan putera

Charles pada tahun 1981

Dikurniakan 2 orang putera

iaitu putera William dan

HArry

Tidak pernah berkahwin

PENDIDIKAN

Menerima pendidikannya

di riddlesworth Hall di

Norfolk dan di West

Heath Girl’s School,

Seenoaks, Kent

Pelajar berprestasi

rendah dan gagal dalam

peperiksaan O-Level

1977,ketika berusia 16

tahun, berpindah ke

Institut Alpin Videmanette

di Switzerland dari West

Heath Girl’s School yang

menitikberatkan

pendidikan budaya dan

menyediakan pelajar-

pelajarnya untuk aktiviti

sosial.

Mempelajari bahasa

Inggeris di Rathfarnham,

Ireland.

Menjadi biarawati pada

usia 12 tahun

Menyertai “Sisters of

Loreto” pada usia 18

tahun.

Bergelar guru Inggeris

pada tahun 1929

Menyampaikan ajaran di

perkampungan terpencil,

Darheeling (kaki gunung

Himalaya, India)

Page 31: elm 3104

SUMBANGAN

Gemar membuat kerja

amal

Pengaruh besar kepada

menghalang penggunaan

periuk api

Orang pertama yang

dianggap berprofil tinggi,

tetapi sengaja

memegang mangsa

penyakit HIV dengan

menukarkan persepsi

masyarakat dunia

terhadap mangsa HIV

dan membuat lawatan ke

hospital.

Berkunjung ke Angola

sebagai sukarelawan

Palang Merah

Antarabangsa (VIP)

untuk melawat mangsa

korban periuk api.

Ke kawasan periuk api

yang telah dihapuskan

dengan beraninya

bertujuan untuk

berkempen dan

menyedarkan penduduk

dunia tentang bahayanya

periuk api.

Membuat kelas tentang

bahayanya periuk api dari

rumah ke rumah.

Menjadi ibu ngkat kepada

berjuta-juta penduduk

miskin di India melalui

usahanya dalam

mengasaskan Pertubuhan

Missionaries of Charity di

Calcutta India 1950.

Membela nasib golongan

yang mengidap penyakit

HIV AIDS

Membina lebih 610 pusat

pemulihan di 123 buah

negara disamping

mewujudkan pelbagai

bentuk pusat bantuan

golongan fakir miskin di

seluruh dunia.

Menjadi guru di sebuah

perkampungan kecil di

India dan memberi

pendidikan kepada

penduduk yang tidak

berkemampuan dan

membantu masyarakat

kampung tersebut.

Mengasaskan pusat

bantuan dalaqm

mengendalikan rumah

anak-anak yatim, pusat-

pusat bantuan, pusat-

pusat kebajikan dan pusat

pemulihan HIV dan AIDS

di seluruh dunia.

Page 32: elm 3104

KEMATIAN

Meninggal dunia pada 31

Ogos 1997 pada usia 36

tahun

Terlibat dalam

kemalangan.

meninggal dunia pada

tanggal 5 September

1997 dalam usia 87 tahun

kerana sakit jantung dan

sakit tua.

Page 33: elm 3104

REFKLEKSI

Syukur kehadrat Tuhan kerana memberi saya kesihatan mental dan fizikal

untuk menyiapkan tugasan ELM 3104 ISU- ISU MORAL DAN CABARAN

PENGHAYATAN NILAI- NILAI MURNI JABATAN juga kerja kursus projek bagi

melengkapkan tugasan semester enam ini sebelum menduduki peperiksaan akhir

semester

Tugasan kali ini berkaitan dengan isu-isu moral serta tokoh-tokoh moral

tempatan dan antarabangsa. Tugasan kami kali ini memerlukan kami untuk

memahami setiap isi pembelajaran dan menghasilkan tugasan berdasarkan

pandangan sendiri,

Sebelum menghasilkan rancangan tugasan yang diberikan. Kami terlebih

dahulu diberi pendedahan dan tunjuk ajar dari pensyarah pembimbing, berkenaan

format penulisan/penghasilan tugaan ilmiah.

Sepanjang melaksanakan tugasan ini,saya perlu mencari bahan yang

berkaitan dengan soalan tugasan. Walaupun mengalami pelbagai kesulitan untuk

mencari maklumat,tugasan ini dapat dihasilakan juga dengan bantuan rakan

sekelas.

Untuk menghasilkan tugasan ini,saya perlu membuat rujukan daripada

pelbagai sumber. Dengan membuat rujukan secara tidak langsung saya dapat

menimba pelbagai ilmu pengetahuan berkenaan dengan tigasan dan juga

matapelajaran. Melalui pembacaan daripada pelbagai sumber juga, membantu saya

untuk memahami sesuatu tugasan dan ilmu yang diterima secara tidak langsung.

Contohnya mengenai proses sosialisasi. Untuk memahami definisi sosialisasi dan

proses sosialisasi yang terlibat, saya perlu membuat pelbagai rujukan dan

memahami maksud dan proses bagi menyiapkan soalan tugasan,

Tugasan mengenai nilai-murni yang masih diamalkan dan pengaruh tingkah

laku kita juga turut memerlukan pembacaan yang banyak daripada pelbagai rupa.

Malahan melalui hasil bacaan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini, saya dapat

memahami dan mengetahui pelbagai amalan nilai murni dalam masyarakat

Page 34: elm 3104

Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa. Secara tidak langsung saya dapat

mengenali dan memahami amalan nilai murni dalam kehidupan selain daripada

bangsa Melayu.

Menerusi tugasan mengenai cetak rompak,saya dapat mengetahui pelbagai

fakta dari segi angka dan faktor serta kesan kegiatan cetak rompak. Sedikit

sebanyak membuka mata dan menyedarkan saya bahawa penggunaan bahan cetak

rompak memberi pelbagai keburukan kepada banyak pihak termasuk pengguna

sendiri.

Sepanjang menghasilkan tugasan, tugasan mengenai Abdullah Munsyi yang

mencabar saya untuk membuat tugasan dimana,tugasan ini memerlukan banyak

rujukan namun hasil tugasan perlu dihasilkan dan diolah sendiri mengikut dapatan

dan pemahan individu.

Kemudian, untuk mengatasi percanggahan pendapat yang itmbul, cara yang

paling ideal saya lakukan adalah dengan mengadakan kolaborasi dengan rakan-

rakan sendiri. Hasil perbincangan saya bersama rakan sememangnya banyak

membantu untuk memantapkan lagi tugasan yang saya laksanakan. Bantuan dari

pensyarah jga amat berharga dimana penerangan beliau berikan juga sedikit

sebanyak telah menghilangkan rasa ragu-ragu yang bertapak dalam hati ekoran

percanggahan pendapat dengan rakan-rakan sekelas. Tidak saya nafikan, beliau

sememangnya merupakan salah satu pensyarah yang begitu menitikberatkan kualiti

tugasan yang bakal dihasilkan. Maka, dengan itu, beliau sentiasa cuba sedaya

upaya untuk memberikan panduan dan bimbingan sebaik yang mungkin.

Antara masalah utama saya adalah dari segi perancangan masa yang tidak

begitu efisien. Oleh kerana penyerahan tugasan ini bertindih dengan tugasan yang

lain, saya semakin sukar untuk membuat perancangan masa dengan baik.

Kadangkala, saya berada dalam keadaan yang terlalu sibuk sehinggakan saya tidak

dapat membuat pilihan untuk mengutamakan tugasan yang lebih penting.

Masalah seterusnya ialah sukar dalam pencarian maklumat yang berkaitan,

berdasarkan soalan-soalan yang diberikan, saya kurang memahami terutama soalan

kedua yang berkaitan dengan proses sosialisasi. Saya cuba untuk memahami

proses tersebut dengan mencari maklumat namun masih kurang pasti akan

Page 35: elm 3104

kesasihan maklumat tersebut terutama apabila mendapatkan maklumat melalui

website. Kemudian soalan mengenai tokoh yang dikehendaki, terdapat beberapa

maklumat yang tidak pasti dan kurang untuk mendapatkanya. Kebanyakkan

menceritakan tentang kisah kehidupan mereka daripada sumbangan atau aktiviti

yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tersebut.

Untuk mengelakkan masalah-masalah berikut terus belaku pada masa akan

datang,saya perlu bijak menguruskan masa. Pada masa akan datang saya perlu

menyediakan jadual untuk menguruskan masa dan apa yang perlu dilakukan

berdasarkan jam dan tarikh pada waktu itu. Maka dengan itu ugasan saya berjalan

dengan lancar dan terurus dengan baik.

Daripada masalah yang saya hadapi, saya mampu mengatasi dengan baik

dimana akhirnya tugasan saya dapat dilaksanakan dan siap dengan sempurna.

Sekaligus, saya dapat mempelajari daripada kesilapan sendiri lakukan sebelum ini

dan juga saya dapat mematangkan diri dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Kesimpulannya walau apa jua kekangan ataupun masalah yang kami hadapi,

telah kami cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Malahan secara tidak

langsung, ia mendidik kami sebagai guru untuk berusaha/ berikhtiar untuk

menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Selain itu juga, melalui tugasan ini,

banyak telah member tunjuk ajar kepada kami sebagai bakal guru terutamanya

mengenai nilai murni keguruan yang patut dicontohi daripada Abdullah Munsyi yang

akan kami aplikasikan sepanjang kami berpraktikum nanti dan sekali gus sepanjang

perkhidmatan kami sebagai seorang guru. Ilmu yang kami peroleh ini akan

membantu kami untuk merancangan pengajaran yang lebih baik kelak.

Sekian.

Page 36: elm 3104

BIBLIOGRAFI

BUKU ILMIAH

(2010). Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR). Modul Pendidikan Moral. Institut Pendidikan Guru. Kementerian Pelajaran Malaysia

Abdulah Rahim Abdul Rashid (2009).Pendidikan Seksual Perspektif Kurikulum, Pengajaran Dan Tingkah Laku Moral.Cheras Utusan Sdn.Bhd.

Nir Shah Putra (2008).Kes VCD Cetak Rompak.Cheras Edition Plus Sdn. Bhd.

Yaacob Harun (1995).Za’ba dan proses Sosialisasi.Universiti Malaya.

Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed YusoffIsmail ed. (2000M), Masyarakat, Budaya dan Perubahan. Bangi: UKM.

INTERNET

ABDULLAH MUNSYI

file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/Abdullah%20Abdul%20Kadir%20Munshi%20-%20Wikipedia%20Bahasa%20Melayu,%20ensiklopedia%20bebas.htm

file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/Abdullah%20Munsyi%20Pelopor%20Sastera%20Melayu%20Moden%20%20%20mimbar%20kata.htm

file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN

%20INTERNET/Motivasi%20Pelajar%20%20Jenayah%20Cetak%20Rompak%20%20Punca,%20kesan,

%20dan%20cara%20mengatasinya..htm

file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/

Cetak%20rompak%20-%20Wikipedia%20Bahasa%20Melayu,%20ensiklopedia%20bebas.htm

file:///C:/Users/win7/Music/Documents/MORAL%20SEM%206%20ASSNMT/BAHAN%20INTERNET/

SEKALUNG%20BICARA%20SETITIS%20TINTA%20%20LAGENDA%20PUTERI%20DIANA.htm

Page 37: elm 3104