elmk 3013 pengenalan kepada konsep moral

12

Click here to load reader

Upload: marylyn-anne-atot

Post on 14-Dec-2015

473 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Pendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat pentingdalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakanwahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahunakan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yangboleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yangtingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya danpolitik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa bolehmenyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asaskukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budayakoperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hirakitradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalusengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatuinstitusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalammenghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untukmenyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

TRANSCRIPT

Page 1: Elmk 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral

ELMK 3013 PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin kurnianya, saya dapat

menyempurnakan tugasan bagi subjek ELMK 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral ini.

Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai maklumat dan

pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. terutamanya kepada tenaga

pensyarah iaitu Puan Vijayaletcmy a/p Muniyandy, Dr. Zahiah Haris @ Harith, dan Encik

Muaaz bin Muhammad kerana mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya

dan rakan-rakan sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Tunjuk ajar mereka amat

membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang

telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan

ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah

banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan

tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan

tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah

anda hulurkan amatlah dihargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan

ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

1

Page 2: Elmk 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral

ELMK 3013 PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

OBJEKTIF

Dalam kerja kursus ini, saya dapat:

1. Menganalisis ciri-ciri pembentukan insan bermoral secara terpimpin mengikut PPPM.

2. Membanding beza pandangan sarjana Barat dan Islam dalam pembentukan Insan

Bermoral.

3. Menganalisis sifat-sifat model insan bermoral kepada masyarakat kini.

2

Page 3: Elmk 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral

ELMK 3013 PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

1.0 Pengenalan

Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang

menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya. Namun begitu kadangkala seseorang itu

bertindak kerana terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga

merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran.

Insan bermoral membawa maksud seseorang individu yang boleh dilihat dari segi

perlakuannya untuk menggambarkan sifatnya pemikiran dan jiwanya. Setiap individu

memiliki pelbagai pendapatdalam menentukan sifat-sifat nilai moral dalam diri masing-

masing. Terdapat tiga prinsip utama telah dikemukakan sebagai panduandalam menentukan

insan bermoral iaitu prinsip keadilan, prinsip alturisme dan prinsip autonomi.

2.0 Tokoh Antarabangsa

Saya telah memilih seorang tokoh Antarabangsa iaitu Dr. Johannes Lemeina, seorang

negarawan yang berhati nurani dan ahli politik yang terkenal di Indonesia pada suatu ketika

dahulu.

Pada tarikh 6 Mac 1905, di Pulau Ambon merupakan pulau yang terletak di Kepulauan

Maluku, Indonesia, (dulunya masih terletak di Hindia Belanda) seorang permata telah

dilahirkan dan diberi nama sebagai Johannes Lemeina. Beliau merupakan anak kedua dari

empat adik-beradik. Ayahnya bernama Dominggus Lemeina dan ibunya pula bernama

Elisabeth Sulilatu. Ayah dan ibunya bekerja sebagai guru sekolah di Ambon. Walau

bagaimanapun, pada usia lima tahun, Johannes Lemeina dan adik-beradiknya telah menjadi

anak yatim kerana ayahnya meninggal dunia. Ibunya kemudiannya mengambil keputusan

untuk berkahwin semula. Adik-beradik Johannes Lemeina masih tinggal bersama ibunya

manakala hanya Johannes Lemeina diasuh dan dibesarkan oleh bapa saudaranya, iaitu

Jesaya Jeremias Lawalata, seorang guru sekolah yang mengajar di sekolah-sekolah

bangsawan.

3

Page 4: Elmk 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral

ELMK 3013 PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

Johanes mendapat pendidikan sekolah rendah di "Ambonesche Burgerchool" di Ambon.

Pada tahun 1914, beliau telah pergi ke Jakarta dan meneruskan pendidikannya di

Europeesch Lagere School (ELS) namun hanya untuk beberapa bulan sahaja kerana beliau

berpindah ke Paul Krugerschool. Didikan bapa saudaranya yang penuh dedikasi dan

berdisiplin tinggi telah membawa hasil dan menjadikan Leimena sebagai salah seorang

murid yang berprestasi tinggi di sekolahnya. Kemudian, Johannes Leimena melanjutkan

pendidikannya ke MULO Kristian, seterusnya melanjutkan pendidikan dalam jurusan

perubatan di School Tot Opleiding Van Indische Artsen (STOVIA), Surabaya dan tamat pada

tahun 1930. Setelah bekerja sebagai doktor swasta ia meneruskan kajian dan mendalami

ilmu perubatan meraih gelar Doktor pada tahun 1939.

- 1 Joseph Lemeina

Leimena sudah aktif dalam kalangan nasional dan menyertai organisasi politik iaitu

Syarikat Ambon sejak beliau di zaman universiti lagi. Pada tahun 1925, beliau sangat aktif

dalam pemuda Yong Ambon dan berjawatan sebagai pengerusi dan menyertai persiapan

perarakan Sumpah Pemuda pada tarikh 28 Oktober 1928. Pada zaman pendudukan Jepun

di revolusi kemerdekaan di Indonesia, beliau juga turut serta dan mengabdikan diri kepada

bangsa dan negara Republik Indonesia. Beliau juga turut melibatkan diri dalam

pemerintahan Republik Idonesia sebagai Menteri Kesihatan. Sikap keperibadian mulia

beliau yang sentiasa besederhana dan baik menyebabkan beliau disayangi semua golongan

masyarakat.

4

Page 5: Elmk 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral

ELMK 3013 PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

3.0 Sifat-sifat Tokoh Antarabangssa (Pernyataan Normatif dan Deskriptif)

Insan bermoral merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh

masyarakat dengan cara mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti.

Johannes Lemeina sememangnya layak menjadi model Insan Moral, berdasarkan

pandangan dan penilaian masyarakat yang menyatakan bahawa beliau sememangnya

seorang yang berbakti besar dan berjiwa mulia.

1. Johannes Lemeina mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

Pada zaman penjajahan Belanda, orang Maluku lebih bangga untuk disamakan dengan

orang Belanda oleh orang Jawa Maluku yang digelar sebagai Belanda Ambon. Akhirnya

beliau telah menimbulkan kesedaran terhadap masyarakat Maluku berkenaan dengan

identiti nasional sendiri dan memimpin organisasi kesedaran nasional tersebut dalam

Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928. Berikut adalah antara jawatan yang pernah

disandang oleh Johannes Lemeina:

- Menteri Muda Kesehatan Kabinet Sjahrir II (1946)

- Wakil Menteri Kesehatan Kabinet Sjahrir III (1946 - 1947)

- Menteri Kesehatan Kabinet Amir Sjarifuddin I (1947)

- Menteri Kesehatan Kabinet Amir Sjarifuddin II 1947 - 1948)

- Menteri Kesehatan Kabinet Hatta I (1948 - 1949)

- Menteri Negara Kabinet Hatta II (1949)

- Menteri Kesehatan Kabinet Republik Indonesia Serikat (1949 - 1950)

- Menteri Kesehatan Kabinet Natsir (1950 - 1951)

- Menteri Kesehatan Kabinet Sukiman-Suwirjo (1951 - 1952)

- Menteri Kesehatan Kabinet Wilopo (1952 - 1953)

- Menteri Kesehatan Kabinet Burhanuddin Harahap (1955 - 1956)

- Menteri Sosial Kabinet Djuanda (1957 - 1959)

- Menteri Distribusi Kabinet Kerja I (1959 - 1960)

- Wakil Menteri Utama merangkap Menteri Distribusi Kabinet Kerja II (1960 - 1962)

- Wakil Menteri Pertama I Kabinet Kerja III (1962 - 1963)

- Wakil Perdana Menteri II Kabinet Kerja IV (1963 - 1964)

- Menteri Koordinator Kabinet Dwikora I (1964 - 1966)

- Wakil Perdana Menteri II merangkap Menteri Koordinator, dan Menteri Perguruan

Tinggi & Ilmu Pengetahuan Kabinet Dwikora II (1966)

- Wakil Perdana Menteri untuk urusan Umum Kabinet Dwikora III (1966)

5

Page 6: Elmk 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral

ELMK 3013 PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

2. Johannes Lemeina seorang yang ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.

Johannes Leeina bekerja sebagai seorang doktor pada tahun 1939 dan menunjukkan

dedikasinya dalam kerjayanya sebagai seorang doktor. Buktinya, beliau telah membantu

merawat ramai mangsa-mangsa peperangan semasa penjajahan Belanda. Hal ini juga

menunjukkan sifatnya sebagai seorang yang berakhlak mulia, mempunyai sifat

perikemanusiaan yang tinggi dalam melakukan tugasnya atas dasar kemanusiaan.

Sifat ikhlas Joseph Lemeina juga boleh dibuktikan dengan kajian beliau mengenai

BANDUNG PLAN (1955), iaitu suatu asas perkembangan kesihatan yang kini

dikembangkan lagi oleh Kementerian Kesihatan Indonesia. Ini menunjukkan bahawa beliau

ikhlas membantu ramai masyarakat Indonesia dengan mengemas kini setiap sistem atau

fasiliti kesihatan di Indonesia, dan juga mengusahakan untuk membina klinik-klinik di daerah

kecil di kepulauan Maluku serta dilengkapi dengan jururawat, pembantu perubatan serta

doktor-doktor.

Sebagai seorang doktor, Johannes Lemeina sememangnya dikenali sebagai doktor

yang dianugerahkan dengan bakat. Pesakit yang dirawat oleh Dr. Joseph Lemeina jarang

ada yang tidak sembuh dan ini sentiasa menimbulkan dan memberikan harapan, serta

timbulnya rasa percaya dalam diri setiap pesakitnya. Beliau juga telah berjaya melakukan

pembedahan usus pesakit dalam masa 15 minit, di mana doktor-doktor lain memerlukan 30

minit hingga ke 1 jam untuk melakukan operasi pembedahan tersebut.

3. Johannes Lemeina sebagai seorang negarawan yang berhati mulia.

Dr. Johannes Leimena adalah pemenang rekod sebagai anggota kabinet dari tahun

1945 sehingga tahun 1966, iaitu selama 21 tahun berturut-turut. Beliau hanya tidak

menyertai politik, iaitu di antara tahun 1953 sehingga tahun 1955 kerana ingin memfokuskan

diri serta menggunakan tempoh masa tersebut untuk menulis buku tentang perkembangan

kesihatan di Indonesia yang bertajuk “Kesihatan Rakyat di Indonesia” dan “Pandangan dan

Planning” dan telah diterbitkan pada tahun 1955.

6

Page 7: Elmk 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral

ELMK 3013 PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

Presiden Soekarno juga sering mendapatkan nasihat, cadangan dan pandangan Dr.

Johannes Leimena, khususnya ketika krisis LANUMA HALIM PERDANA KUSUMA, di mana

beliau telah menasihatkan Presiden untuk pergi ke Istana Bogor (1965) untuk

menyelesaikan krisis tersebut dengan aman dan tiada pergaduhan berlaku.

4. Johannes Lemeina bergaul mesra dengan masyarakat, tidak mengasingkan diri

serta bersikap adil terhadap semua golongan masyarakat.

Johannes Lemeina lebih selesa dipanggil dengan panggilan “Oom Jo”, yang membawa

maksud Pak Cik Jo atau Uncle Jo. Hal ini merupakan situasi yang menggambarkan

keakraban beliau dengan masyarakat dan sikap beliau yang bersifat kebapaan kepada

semua lapisan masyarakat. Selain itu, Johannes Lemeina akan menjemput semua golongan

masyarakat datang ke rumahnya pada setiap 1 Januari setiap tahun untuk menyambut

tahun baru bersama-sama.

Joseph Lemeina sangat bersikap profesional dan adil terhadap semua orang. layanan

beliau terhadap semua orang adalah sama. Beliau sentiasa berpegang bahawa keadilan

sosial dalam masyarakat mesti dipraktikkan supaya semua ahli masyarakat tersebut

memberi sumbangan kepada kebajikan umum, di dalam agihan kebaikan, kesukaran,

bebanan dan menunaikan persetujuan antara manusia lebih-lebih lagi dalam kalangan

masyarakat di Indonesia.

5. Joseph Lemeina seorang yang taat kepada agama dan bermoral.

Johannes Lemeina memperuntukkan masa mudanya dengan mengikuti katekism gereja

yang diberikan oleh pendeta-pendeta yang berpendidikan tinggi dalam ilmu teologi. Buku-

buku teologi karangan Calvin, Luther, dan Karl Barth juga habis dibaca dan dikaji. Beliau

juga sentiasa mengamalkan nilai-nilai semangat bermasyarakat, hemah tinggi, hormat-

menghormati, belas kasihan, bertimbang rasa, ikhlas, saling faham-memahami dan sedia

memberi kemaafan. Beliau seorang yang takwa kepada Tuhan Yang Maha Esa. Hal ini

kerana beliau seorang Kristian yang taat, bahkan melihat jauh lebih dalam terhadap Gereja.

Beliau juga dipercayai masyarakat untuk memimpin PARKINDO, Parti Kristian Indonesia di

kawasan Minahasa, Timur dan Maluku.

7

Page 8: Elmk 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral

ELMK 3013 PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

4.0 Rumusan

Kesimpulannya, Dr. Johannes Lemeina sememangnya layak dikagumi sebagai tokoh

antarabangsa kerana sifat-sifat beliau yang berkahlak mulia dan tidak lupa diri amat patut

dicontohi oleh semua orang. Individu yang bermoral perlulah mengikuti prinsip-prinsip moral,

iaitu prinsip keadilan, prinsip alturisme dan prinsip autonomi. Kita juga seharusnya peka dan

memahami tentang keperluan peraturan terhadap sesebuah masyarakat, mempunyai sifat

keperibadian mulia, dan mengamalkan sikap kemurahan hati, beretika dan lain-lain lagi.

Adalah menjadi tanggungjawab bersama antara komuniti masyarakat supaya mempunyai

jati diri dan kaya dengan nilai-nilai moral sejajar dengan Falsafah Pendidikan Malaysia iaitu

’Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara’ dan selaras dengan anjakan ke-3 Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu : Melahirkan rakyat Malaysia

yang menghayati nilai.

8

Page 9: Elmk 3013 Pengenalan Kepada Konsep Moral

ELMK 3013 PENGENALAN KEPADA KONSEP MORAL

Bibliografi

Johannes Leimena : Politics is not a tool of power but ethics to serve. (2010, Julai 1).

Retrieved Ogos 20, 2015, from Community:

https://www.facebook.com/pages/Johannes-Leimena-Politics-is-not-a-tool-of-power-

but-ethics-to-serve/167517556616622

11 Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Berganjak atau Berundur? (2013,

September 8). Retrieved Ogos 20, 2015, from the flower selling boy:

http://theflowersellingboy.blogspot.com/2013/09/11-anjakan-pelan-pembangunan-

pendidikan_8.html

Institut Lemeina. (1996). Dr. Johannes Lemeina. Institut Lemeina, 3-5.

Keow, C. L. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd.

Meng, E. A. (2002). Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

R., J. (October 2007). DR. JOHANNES LEIMENA . Indonesia: BPK Dewan Mulia.

Silaen, V. (2007). Dr. Johannes Leimena, negarawan sejati & politisi berhati nurani. Jakarta,

Indonesia: Conference Publication.

Verkuyl, P. D. (1979, Mei 29). Kenangan Dr. Lemeina. Retrieved Ogos 15, 2015, from

Institut Lemeina: http://www.leimena.org/id/page/v/443/kenangan-akan-dr.-johannes-

leimena

9