erjalanan ransformasi sekitar - docs.jpa.gov.my · majlis kanser nasional, kementerian perdagangan...
TRANSCRIPT
ISU 08
Finding An Agent That’s Right For You
5432 Any Street West
Townsville, State 54321
COMPAN Y
REAL ESTATE
Isu Kali Ini >>>
TRANSHARE 2.0 & 3.0
LAWATAN PENGERUSI
PUSPANITA KE BAHAGIAN-
BAHAGIAN
PROGRAM PAMPER YOURSELF
SAMBUTAN HARI
KEMERDEKAAN KE-57
Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim
niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et
iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore.
Ikuti Kami
SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com
KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA
Sumbangan Berita: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE—57
1—15 SEPT 2014
Pada 31 Ogos 2014 yang lepas, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama-sama warga JPA
telah menyertai Kontinjen Penjawat Awam dalam Acara Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-57 Tahun 2014
di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.
Pasukan Komunikasi, JPA telah mengambil inisiatif menganjurkan
Program Pamper Yourself sempena sambutan Hari Wanita Ke-
bangsaan pada 25 Ogos 2014. Program ini telah diadakan di Lobi
Blok C1, JPA.
Seramai lebih 300 orang warga JPA terutamanya wanita hadir ke
program ini. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Ceramah
Kesihatan Diri oleh Ibu Halimah, Jamu Mak Dara dan Kickstart
Academy yang memberikan ceramah tentang keselamatan diri
wanita. Selain itu, terdapat juga perkhidmatan manicure and
pedicure, mengurut kaki, solekan dan pemeriksaan kesihatan untuk
para wanita.
Program ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan
penghargaan ke atas sumbangan, pengorbanan serta perjuangan
wanita generasi terdahulu yang menjadi sumber insipirasi wanita
masa kini.
Wanita di era globalisasi kini mampu berdiri sama tinggi dengan
lain dan berada di pentas antarabangsa memperjuangkan hak-hak
wanita serta memainkan peranan penting dalam diskusi pelbagai
isu. Bak kata pepatah, “Tangan Yang Menghayun Buaian Itu
Boleh Menggoncang Dunia. “
Selamat Menyambut Hari Wanita!!
PROGRAM PAMPER YOURSELF
AMANAT MERDEKA PERTAMA: Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia
dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk
kebersatuan dalam kesedihan.
Sebagai contoh dalam istiadat penghormatan bagi 20 kumpulan pertama
jenazah tragedi MH17, pada 22 Ogos minggu lepas dan diikuti oleh je-
nazah-jenazah mangsa yang lain secara berperingkat-peringkat, adalah
Istiadat Penghormatan Tertinggi Negara yang tiada pernah diberi kepada
orang awam.
Selain itu, kita dapat saksikan, begitu sugul rakyat Malaysia berkongsi du-
ka nestapa. Kita bertafakur serentak selama satu minit di seluruh negara
sebagai solidariti dan semangat kebersatuan demi membina satu Negara,
1Malaysia.
Pokoknya, saudara dan saudari, kita tunjukkan kebersatuan itu sewaktu
Hari Berkabung di seluruh negara tempoh hari, dan kita akan teruskan
semangat kebersamaan di kala senang mahupun tatkala dalam kesusahan,
selamanya.
AMANAT MERDEKA KEDUA: Memupuk keyakinan bahawa kita mampu
mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya
kebersatuan. Maksudnya, masa depan yang cerah akan menjadi milik
semua, jika kita mempunyai ikhtiar-ikhtiar yang mantap dan hidup saling
ganding-bergandingan, demi sebuah hasrat yang murni itu.
Sememangnya, mentadbir sesebuah negara adalah satu urusan yang
kompleks dan bukanlah seperti sebuah organisasi biasa. Sebagai pucuk
pimpinan kepada kerajaan yang mentadbir hari ini, saya dan sahabat-
sahabat akan terus membuat keputusan demi keputusan yang terbaik untuk
rakyat Malaysia berlandaskan keperluan, tuntutan dan kemampuan kera-
jaan.
AMANAT MERDEKA KETIGA: Mewariskan sebuah Malaysia yang
makmur lagi sejahtera. Maknanya, walau apa dugaan melanda, walau apa
ujian melintang, kita akan terus mara dan melangkah ke depan, membina
sebuah Malaysia yang permai bagi masa depan anak-anak cucu kita. Pucuk
pangkalnya marilah sama-sama berusaha gigih menggapai kejayaan demi
generasi dan keturunan hari muka untuk tempoh 50 tahun atau lebih dari
itu, 100 tahun akan datang.
AMANAT KEMERDEKAAN YANG KE—57 DARIPADA YB PERDANA MENTERI
2 11
PROGRAM TRANSHARE 2.0 & 3.0
Pada 21 & 27 Ogos 2014, telah berlangsung Program TranShare 2.0 & 3.0 anjuran
Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program ini
merupakan salah satu program yang dirancang di bawah program pengurusan perubahan
(change management), kerangka transformasi JPA. Program ini bertujuan untuk
memberi peluang kepada seluruh warga JPA menyalurkan idea dan pandangan
berkenaan program transformasi yang sedang dilaksanakan.
Sehingga hari ini, sebanyak tujuh program Transhare bersama warga JPA telah
dilaksanakan yang melibatkan seramai 186 peserta daripada pelbagai gred dan skim.
Program Transhare 2.0 & 3.0 melibatkan penglibatan seramai 300 orang pegawai muda
gred 41 & 44 daripada semua Bahagian dan latar belakang.
Berdasarkan maklum balas beberapa siri program ini, pegawai JPA menyambut baik
inisiatif program ini sebagai ruang untuk pegawai menyalurkan pandangan mengenai
suasana persekitaran kerja di jabatan ini. Ada juga yang mencadangkan program
Teambuilding yang melibatkan penyertaan semua pihak juga perlu dilaksanakan dengan
lebih kerap bagi menanam semangat kekitaan dan rasa sepunya antara kalangan warga
agar tiada lagi mentaliti silo. Hubungan yang rapat dan akrab akan menjadikan urusan
penyampaian perkhidmatan kepada rakyat lebih pantas dan tepat.
YBhg. Tan Sri menekankan akan kewajaran untuk menambah baik perkhidmatan awam,
sesi engagement dan konsultasi berterusan perlu sentiasa diadakan. Melalui sesi ini,
komunikasi berkesan dengan pelbagai pihak dapat dipertingkatkan, malahan sentiasa
memberi peluang minda pegawai muda agar terbuka untuk mencambah idea baharu dan
mengubah rentak budaya kerja agar sentiasa kekal bermotivasi tinggi dan seronok untuk
menyumbang setiap hari.
Bermula 14 sehingga 29 Ogos, Yang Berbahagia Puan Sri Asmahan Ismail. Pengerusi PUSPANITA JPA telah mengadakan
Lawatan ke Bahagian-bahagian di JPA. Sewaktu lawatan-lawatan ini diadakan, YBhg. Puan Sri mengambil kesempatan untuk
merasmikan Sudut Comel di setiap Bahagian. Sudut Comel merupakan sudut atau ruangan khas yang disediakan oleh setiap
Bahagian buat warga wanita JPA yang membawa anak-anak ke pejabat.
Sudut ini diadakan untuk membantu warga wanita JPA memberi fokus kepada tugas harian di pejabat dengan meletakkan anak-
anak mereka di ruang pembelajaran dan permainan kanak-kanak yang interaktif dan bermanfaat. Pelbagai bahan bacaan dan alat
permainan berbentuk kuiz disediakan di Sudut Comel Bahagian.
YBhg. Puan Sri juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra, merapatkan silaturrahim dengan warga wanita JPA serta
bertanyakan tentang hal kebajikan berkaitan ibu bapa dan wanita. Warga wanita di JPA berasa gembira menerima kunjungan
mesra daripada YBhg. Puan Sri dan diharapkan agar kebajikan warga wanita diambil berat bagi memastikan produktiviti
terpelihara.
LAWATAN PENGERUSI PUSPANITA
KE BAHAGIAN-BAHAGIAN DI JPA
3 10
Pada 26 Ogos 2014, INTAN telah menganjurkan Majlis Penyampaian Diploma Dan Anugerah Felo Intan 2014 di Dewan Merdeka,
PWTC. Majlis ini telah dihadiri YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam, barisan Pengerusi Suruhanjaya dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian dan Jabatan.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Jamaluddin bin Hj. Ahmad Damanhuri kerana menerima Anugerah penerima
Anugerah Felo INTAN bagi tahun 2014.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada 849 orang graduan Diploma Pengurusan Awam (DPA) dan Diploma Sains Pengurusan
(DSP). Semoga para graduan yang terdiri daripada pegawai muda ini akan berkhidmat dengan taat setia dan berintegriti kepada negara
dan rakyat.
Pada 5 September 2014, telah berlangsung Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2014 di Dewan Perdana,
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Ab-
dul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama ialah YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
dan YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan YBhg. Dr. Mohd. Irwan Serigar
bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Majlis yang dihadiri seramai 1500 orang penjawat awam dari pelbagai jabatan, kementerian dan agensi dari seluruh negara
ini telah menyaksikan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dianugerahkan sebagai pemenang AIPM 2014. Pemenang
membawa pulang trofi kristal, sijil dan wang tunai berjumlah RM1 juta.
MOF telah memperkenalkan projek yang bertajuk Pusat Transformasi Bandar (UTC): Horizon Baharu Penyampaian
Perkhidmatan. Projek ini menyediakan pusat sehenti yang berjaya menggabungkan antara 30 - 60 agensi Kerajaan, swasta
dan badan bukan Kerajaan di bawah satu bumbung yang beroperasi dari 8.30 pagi hingga 10.00 malam, tujuh (7) hari sem-
inggu melangkaui waktu bekerja biasa bagi memastikan kemudahan dan kesejahteraan rakyat.
Finalis lain termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, Kerajaan Negeri Melaka & Jabatan Pengairan dan Saliran Melaka,
Majlis Kanser Nasional, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Majlis Bandaraya Petal-
ing Jaya dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Sebanyak 122 penyertaan telah diterima pada tahun ini, dua kali ganda
jumlah berbanding tahun lepas.
Tahniah kepada MOF atas penganugerahan AIPM 2014!
MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI (AIPM) 2014
Majlis Penyampaian Diploma dan Anugerah Felo INTAN 2014
4 9