esei dialog peradaban
TRANSCRIPT
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
1/17
1
1.0 KONSEP DIALOG PERADABAN
1.1 DEFINISI DIALOG
Dialog menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud perbincangan atau
perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingannya. Selain itu berdialog
memberi erti bertukar-tukar pendapat atau pandangan mengenai sesuatu isu secara
terbuka.
Perkataan dialog berasal daripada bahasa Inggeris, dialogue yang membawa
maksud perbicaraan, perbualan, percakapan, pertukaran pendapat, dansoal jawab.
Berasaskan maksud tersebut, dialog boleh diertikan sebagai suatu percubaan antara
dua belah pihak yang berlainan pendapat, kepercayaan atau pandangan untuk
melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat, dengan tujuan menambahkan
pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan seterusnya membolehkan wujudnya sikap
saling memahami antara kedua-dua belah pihak. Dialog juga disebut dengan
perkataan mujadalah, muzakarah, bertukar fikiran dan lain-lain.
Menurut Ghazali Basri (1990: 40), dialog adalah suatu bicara, komunikasi antara
dua pihak atau lebih sama ada secara formal atau tidak formal. Selain itu, dialog adalahsatu cara berfikir yang baru dan cara untuk melihat alam dan kehidupan serta
maknanya.
Manakala menurut Leornard Swidler ( 1992 ) menyatakan dialog adalah istilah
yang digunakan pada zaman sekarang sebagai satu pertemuan dan perbincangan
antara individu-individu atau kumpulan yang berlainan agama dan ideologi. Tujuan
utama dialog adalah untuk saling mempelajari diantara peserta dialog dan setiap
peserta boleh mengubah pandangannya keatas suatu pemahaman yang lebih baik dan
dapat meningkatkan pengalamannya.
Dr. Abdel Kader Fustok pula dalam artikelnya A Monologue about Dialogue
menyatakan bahawa dialog adalah suatu proses yang yang luas dan mendalam
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
2/17
2
maknanya. Dialog merupakan perkataan yang berasal dari kata yunani Dia yang
bermakna melalui dan logos yang bermakna kata-kata atau makna. Jadi, makna
dialog secararingkas adalah suatu konsep proses penyampaian kata-kata dan makna
kepada beberapaorang dan kumpulan.
Dialog tidak sama dengan debat ataupun diskusi kerana dialog mengandungi
makna yang lebih luas dan membawa kepada keadaaan semua pihak dapat mengambil
manfaat atau dikenali win-win situation. Dengan berkembangnya pendidikan massa,
komunikasi dan perjalanan yang semakin mudah ditempuh, peningkatan ekonomi
dunia, cabaran globalisasi, pemanasan global telah meningkatkan semangat di
kalangan masyarakat dunia untuk melaksanakan dialog dan memandangnya sebagai
suatu keperluan agar pertukaran pendapat dapat dikongsi bersama.
Dalam bahasa arab pula dialog disebut sebagai hiwar. Dari segi etimologi, kata
dasarhiwarmerujuk kepada penekanan konsep asas di dalam tamadun serta budaya
Islam.. Dr. Abdulaziz Osman Altwaijri (1997: 10) menyatakan , dialog dapat dibuktikan
melalui al-Quran. Al- quran menjelaskan bahawa dialog mempunyai maksud-maksud
pada tahap yang tinggi dan sebaik-baiknya menajadi batu asas kepada tamadun Islam.
Istilah dialog disini membawa maksud berbincang dengan mengemukakan persoalan
yang menyingkap kebekuan minda untuk berfikir bukannya mengejek atau paksa,
walaupun penyataan yang datang berbeza dan bertentangan dengan pendapat setiap
individu.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
3/17
3
1.2 DEFINISI PERADABAN
Peradaban mempunyai sebutan dan ejaan yang berbeza di setiap negara. Begitu
juga dengan konsep dan maknanya disetiap negara. Selain itu, peradaban juga
dikenali sebagai tamadun.Dalam bahasa Jerman, peradaban disebut sebagai kulture,
manakala dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai culture yang merujuk kepada
kebudayaan.
Peradaban atau tamadun dari sudut bahasa iaitu bahasa Jerman Kulture
digunakan bagi merujuk kepada makna peradaban. Kulture bermaksud sumbangan
manusia dalam pelbagai bidang seperti penghasilan dalam bidang seni, penghasilan
buku dan sebagainya yang tidak ada kaitan dengan perkembangan masa. Johann
Gottfried von Herder sarjana pada abad 18 cuba mempertahankan perkataan kulture
kerana istilah ini menekankan keunikan budaya bangsa Jerman, dan tidak boleh
diadaptasikan dalam bahasa Inggeris daripada Jerman.Hal ini kerana kulture dalam
bahasa Inggeris dan Perancis lebih merujuk kepada makna budaya.
Dalam bahasa Inggeris pula disebut sebagai civilizations. Istilah civilizations
berasal daripada perkataan Latin iaitu civitas yang membawa maksud city atau
bandar. Perkataan peradaban lebih sinonim dengan bandar atas alasan tiap-tiap
tamadun yang ternama memiliki bandar-bandar yang besar dan ciri-ciri sesebuah
peradaban mudah ditemui di kawasan bandar. Perkataan civilize merujuk kepada
memperbaiki tingkahlaku yang kasar atau kurang sopan, menjinakkan (to tame) dan
menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat. Civilizedbermaksud keluar daripada
kehidupan primitif atau kehidupan yang mempunyai kehalusan akal budi dan
kesopanan.
Dalam bahasa Greek pula, peradaban merujuk kepada perkataan kei, nomos
dan keimelion. Perkataan kei bermaksud terbentang atau terhampar atau sesuatu
yang datang kepada kita. Selain itu keijuga membawa maksud kediaman atau rumah.
Tamadun dalam bahasa Greek bermakna sesuatu yang terbentang seperti segulung
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
4/17
4
permaidani yang dihampar. Tempat perlindungan yang selamat boleh dihubungkan
dengan adanya undang-undang untuk mencapai keselamatan dan keamanan. Nomos
merujuk kepada jalan, method, unsur peraturan atau laluan serta undang-undang
yang ditetapkan. Nomos juga merujuk kepada malaikat yang membawa undang-
undang yang dihamparkan ke hadapan manusia untuk membawa keamanan dan
keselamatan kepada manusia. Keimelion pula bererti khazanah atau harta yang
disimpan. Soal penempatan, undang-undang dan harta diberi penekanan bagi
menjelaskan maksud peradaban.
Dalam bahasa Arab, istilah tamadun dikenali sebagai madaniah, hadarah dan
tamaddana. Perkataan peradaban lahir daripada perkataan maddana yang
mempunyai dua pengertian iaitu merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau
kota, serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada maddana muncul
perkataan maddaniyang membawa erti pembangunan perbandaran serta kehalusan
budi pekerti yang terpuji.
Hadarah pula dikaitkan dengan keadaan kehidupan yang berada pada tahap
maju atau dikatakan sebagai bandar. Hal ini kerana bandar merupakan tempat yang
sesuai untuk melahirkan kemajuan disebabkan di situ terdapat pelbagai benda dan
kemudahan yang boleh menjadi asas kepada kelahiran dan peningkatan tamadun.
Kehidupan hadarah banyak tertumpu kepada unsur-unsur yang bercorak
perdagangan, kemajuan teknologi, dan pengkhususan pekerjaan. Kota-kota dalam
bahasa Arab dipanggil mudun yang memiliki ciri-ciri tamadun.
Perkataan tamadun diambil daripada kata dasar bahasa Arab Tamaddana atau
Madana yang mengandungi erti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal,membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Kamus al-
Munjidmenjelaskan istilah tamadun adalah terbitan daripada lafaz tamaddana, iaitu
fenomena daripada perubahan cara kehidupan daripada corak liar atau nomad
kepada kehidupan yang berbentuk maju.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
5/17
5
Dalam bahasa China, peradaban disebut wen mingyang bererti cerah, terang
atau bercahaya. Wen merujuk kepada keindahan, kelembutan, keelokan atau budi
pekerti. Ming pula merujuk kepada cahaya atau kecerahan. Istilah tersebut juga
dikaitkan dengan amalan tradisi yang perlu dipraktikkan, pemikiran yang bijaksana,
pemahaman yang jelas dan bertutur secara terbuka. Daripada definisi ini dapat
dikatakan bahawa bahasa China memberi penekanan kepada unsur-unsur yang
baik, menghormati amalan tradisi dan bertindak secara tradisional.
Dalam bahasa Tamil, peradaban dikaitkan dengan istilah nakarikam. Nakar
bermaksud kota atau bandar, manakala ikam pula membawa erti pembentukan.
Nakarjuga merupakan simbol tentang penjelmaan Tuhan Siva, iaitu tuhan yang
menciptakan bandar.
Dari perspektif Islam, peradaban dikaitkan dengan perkataan umran, adab dan
dinnun atau dainun. Umran membawa makna harta, kawasan yang didiami,
berkembang subur dan maju, perhimpunan, melawat dan hidup berpanjangan .
Istilah adab pula merujuk kepada jemputan ke sesuatu majlis. Adbun pula bermakna
memperelok tingkah laku yang menunjukkan pemikiran dan roh. Tadib adalah
proses membentuk disiplin yang baik. Perkataan dainun membawa maksud
kepatuhan, penyerahan, cara hidup, pinjaman, hakim atau pemerintah, madinah iaitu
sebuah bandar yang ditadbir oleh hakim atau pemerintah.
Dari sudut morfologi bahasa Melayu, istilah tamadun pada peringkat awal
penggunaannya dikekalkan sebutan asalnya dalam bahasa Arab iaitu tamaddun
yang dikenali sebagai peminjam bulat-bulat. Akan tetapi, pada peringkat selanjutnya
berlaku perubahan sebutan dengan pengguguran huruf d yang kedua. Mengikut
Kamus Dewan, peradaban merujuk kepada keadaan masyarakat manusia yang
dicirikan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran sepertisosial, budaya, politik dan lain-lain. Selain itu, tamadun membawa maksud negara
dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran, budaya atau cara hidup dan keadaan pemikiran.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
6/17
6
Mengikut pandangan sarjana- sarjana, mereka telah menjelaskan peradaban
dari segi material dan spritual. Antaranya Said Hawa yang membahagikan tamadun
kepada dua iaitu tamadun Islam dan tamadun jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala
aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam manakala tamadun jahiliyah
ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak
mengambil kira aspek kerohanian dan moral.
Hans W. Gatzle et. al. menegaskan bahawa peradaban akan wujud apabila
adanya kerjasama antara sesama manusia bagi memenuhi keperluan material dan
spiritual. Abu Bakar Hamzah pula menitikberatkan soal pembangunan yang sepadu
antara dua unsur iaitu unsur kerohanian dan unsur kebendaan. Pembangunan itu
lahir seiring, sejalan dan serentak dengan perkembangan kehidupan manusia, sama
ada dalam bentuk pemikiran atau kebendaan.
Manakala Syed Naquib Al-Attas dan Ahmad Bek Kamal memilih tema
tingkahlaku dalam mendefinisikan peradaban. Menurut Syed Naquib Al-Attas,
peradaban itu ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai
taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
Ahmad Bek Kamal menjelaskan tamadun dengan menekan aspek daya usaha ke
arah mengeluarkan masyarakat daripada suasana hidup liar atau nomad kepada
hidup berpendidikan dan pembentukan moral tanpa mengira sama ada di Timur
mahupun di Barat.
Berbeza dengan sarjana ini yang menekankan peradaban dari pelbagai bidang.
Edward L. Farmer mendefinisikan bahawa peradaban adalah entiti atau unit budaya
yang terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-
norma sosial, tradisi dan institusi-institusi yang berterusan. Beliau kemudiannya
mengenal pasti beberapa ciri yang perlu ada dalam sesebuah masyarakatbertamadun seperti sistem tulisan, kerajaan dan pentadbiran yang berkesan, agama
dan kepercayaan, organisasi sosial, perbandaran, teknologi dan pengkhususan.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
7/17
7
R.A. Buchanan menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun perlu memiliki
institusi-institusi yang kompleks, melibatkan tahap pengkhususan yang tinggi di
kalangan anggota masyarakat, wujudnya stratifikasi sosial, tahap penguasaan
matematik dan teknologi yang tinggi. R.A.Buchanan juga menyatakan, masyarakat
bertamadun juga seharusnya mempunyai pengeluaran barangan melebihi keperluan
tempatan, kerancakan aktiviti perdagangan, wujudnya kesepaduan politik dan
budaya, dan masyarakatnya memiliki ciri-ciri moden dan berdaya saing.
Wan Hashim Wan Teh seorang ahli antropologi tempatan menegaskan bahawa
konsep tamadun dalam sains sosial merujuk kepada pencapaian tinggi pemikiran
ahli masyarakatnya dalam aspek budaya dan kesusasteraan, agama dan moral,
pelbagai aspek kesenian, tatasusila, serta organisasi politik atau kemampuan
mewujud dan mengurus sebuah kerajaan yang demokratis.
Berbeza pula dengan sarjana ini yang cuba membandingkan istilah peradaban
dengan istilah-istilah yang hampir sama maknanya dengan peradaban. Sarjana-
sarjana yang dimaksudkan ialah Spengler, Max Weber, Quigly, Said Hawa, Sayyid
Qutb dan Ahmad Syalaby.
Oswald Spengler membezakan istilah peradaban dengan kultur. Menurutnya
apabila masyarakat atau empire berada pada zaman kegemilangan, ciri-ciri sosial
dan intelektual masyarakat terserlah, beliau menganggapnya sebagai kultur. Apabila
kerajaan itu melalui zaman kegemilangan, masyarakat itu tidak lagi progresif, tidak
berubah dan tidak aktif dikenali sebagai tamadun. Weber pula membahagikan
kebudayaan itu kepada dua iaitu kebudayaan spritual dan kebudayaan kebendaan.
Kebudayaan kebendaan adalah peradaban.
Said Hawa dalam bukunya, Al-Islam, mengkategorikan tamadun kepada dua
iaitu tamadun Islam dan tamadun jahiliyah. Tamadun Islam ialah segala aspek
kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam. Tamadun Jahiliyah pula ialah
segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil
kira aspek kerohanian dan moral.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
8/17
8
Masyarakat peradaban menurut Quigley ialah masyarakat producing yang
mempunyai sistem tulisan dan menjalani kehidupan bandar seperti masyarakat
China dan Aztec. Masyarakat producing melaksanakan aktiviti pertanian yang
akhirnya mencipta pelbagai teknik atau inovasi seperti masyarakat China.
Peradaban menurut Saiyyid Qutb merupakan peradaban tauhid yang
dilahirkan oleh sistem Islam yang menyempurnakan manusia dengan
kemanusiannya, menimbulkan makna sebenar ubudiyah kepada Allah dan
keseimbangan yang menyeluruh dalam hidup individu dan masyarakat.
Ahmad Syalaby pula mengkategorikan peradaban kepada dua jenis iaitu
peradaban teori dan peradaban ekperimen. Peradaban teori ialah peradaban tulen
yang menjadikan Islam sebagai sumbernya yang tunggal. Peradaban ini dikatakan
lahir dalam perkara-perkara yang tidak terdaya dicapai oleh fikiran manusia seperti di
dalam sistem politik, perundangan dan moral. Manusia tidak terdaya mencipta sistem
politik yang sihat, tidak terdaya mengendalikan isu-isu sosial yang menjadi
perselisihan di kalangan manusia sejagat. Peradaban ekperimen ialah kemajuan
yang boleh dicapai oleh manusia dalam bidang-bidang matematik, perubatan,
astronomi dan sebagainya.
Syirazi mendefinisikan peradaban berdasarkan sifat-sifat fizikal peradaban itu
sendiri. Syirazi mengatakan tamadun sebagai sesuatu kekuasaan, kehebatan,
kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjurus
kepada perbahasan tentang sejarah keilmuan, kemajuan industri dan pembangunan
ekonomi sesebuah negara. Ahli antropologi, Robert Redfield mengibaratkan
tamadun sebagai beberapa puncak pencapaian sama seperti puncak-puncak
gunung di permukaan bumi.
Konsep peradaban begitu sinonim dengan perkembangan bandar. Lantaran
itu, Gordon Childe cuba mengaitkan peradaban dengan konsep urban revolution.
Menurutnya, peradaban lahir apabila manusia menetap dalam kumpulan-kumpulan
besar di bandar dan mengamalkan pengkhususan dalam pekerjaan, mencipta
barang baru yang berkualiti yang akhirnya membawa kemajuan dalam bidang-bidang
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
9/17
9
lain seperti intelektual dan kesenian. Begitu juga dengan Abu Nasir al-Farabi dan
Jurji Zaidan. Abu Nasir al-Farabi menganggap peradaban sebagai pencapaian umat
Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syarak dan akhlak. Jurji Zaidan
pula mendefinisikan peradaban sebagai pencapaian umat Islam yang berpusat di
kota dalam bidang kerohanian dan kebendaan berasaskan agama.
1.3 DEFINISI DIALOG PERADABAN
Dalam Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban tahun
2001,mengatakan dialog peradaban merujuk kepada perbuatan mendengar kepada
kepercayaan, pengadilan, kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang
berlainan, etnik atau latar belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan keyakinan
politik, kedudukan sosial dan kekuatan ekonomi.
Menurut Chandra Muzaffar (2003) pula, dialog peradaban bermaksud
interkomunikasidan persefahaman antara tamadun berdasarkan kepada elemen
penting iaitu memahami budaya masing-masing tanpa ada rasa prejudis terhadap
masyarakat daripada kaum yang lain. Oleh yang demikian, dialog peradaban dapat
difahami sebagai perundingan, interaksi positif antara dua pihak, komunikasi dua hala
atau lebih peradaban yang bertujuan untuk memupuk persefahaman dan pengertian,
berkongsi perspektif dalam menyelesaikan masalah dalam pelbagai aspek, bertoleran
sesama rakan dialog yang berlainan peradaban, kerjasama yang disepakati, bertukar-
tukar pendapat dan fikiran dan sebagainya.
Melalui dialog manusia mungkin dapat mempelajari sesuatu kebaikan yangterdapat antara kedua-dua belah pihak serta melenyapkan keraguan yang timbul yang
ada. Percubaan untuk memahami hubungan antara agama bukanlah merupakan
sesuatu yang baru dalam sejarah peradaban dunia. Sejarah Islam itu sendiri memberi
satu bentuk hubungan yang akrab antara penganut bukan Islam dan ini dapat
diperhatikan melalui kehidupan masyarakat bukan Islam dalam Piagam Madinah.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
10/17
10
Malah Islam tetap menganggap bahawa setiap manusia berhak memilih jalan hidup dan
kepercayaan masing-masing sebagaimana resam manusia itu sendiri yang diciptakan
secara berpuak-puak. Tujuannya ialah untuk saling kenal mengenali dan menjalinkan
hubungan baik bukannya serang menyerang atau fitnah.
Dialog tersebut bertujuan untuk cuba memahami beberapa persamaan yang
terdapat pada kedua-dua agama kerana dengan cara itu hubungan antara kedua-dua
belah pihak menjadi lebih akrab.
Dialog peradaban adalah suatu perbincangan yang dilakukan oleh dua pihak
atau lebih, yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tujuan utamanya adalah untuk
saling belajar antara satu sama lain sehingga pihak masing-masing dapat mengubah
pandangannya dan meningkatkan kefahaman agamanya. Dialog bukanlah satu
pendebatan.
Dalam dialog ini kejujuran amat penting dalam menghadapi perbezaan-
perbezaan asas dan bersama-sama mencari suatu kebenaran yang tidak sepenuhnya
dimiliki oleh mana-mana kelompok, kerana kebenaran yang hakiki itu hanya ada di sisi
Allah s.w.t.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
11/17
11
2.0 CIRI- CIRI PERADABAN
Ciri utama yang mendasari sesebuah peradaban ialah pertumbuhan bandar
atau kota. Istilah-istilah yang membawa makna peradaban seperti civitas, maddana
atau hadarah dan nakarikam menggambarkan kehidupan di bandar. Hal ini kerana
ciri-ciri kehidupan di bandar itu lebih kompleks yang melahirkan pengkhususan kerja,
inovasi dan kemajuan dalam pelbagai bidang.
Gordon Childe menegaskan bahawa peradaban lahir apabila manusia menetap
dalam kumpulan-kumpulan besar dan menjalankan pengkhususan di bandar.
Bagaimanapun dalam era dunia tanpa sempadan, konsep bandar mungkin boleh
dilihat dengan lebih luas kerana peranan kota telah diambil alih oleh negara bangsa
atau kerajaan atau benua. Masyarakat mungkin bersetuju mengiktiraf Jepun sebagai
negara bertamadun ( tidak bandar-bandar Tokyo, Hiroshima dan sebagainya ) dan
ramai akan menyetujui bahawa benua Eropah atau tamadun Barat menguasai
tamadun lain.
Ciri kedua yang perlu dimiliki oleh masyarakat bertamadun ialah mempunyai
tingkahlaku yang luhur dan murni. Hal ini telah ditegaskan melalui perkataan civilize
dalam bahasa Inggeris dan adab serta adbun dalam bahasa Arab. Begitu juga
dengan Syed Naguib yang menekankan kepada kehalusan tatasusila bagi
mencerminkan masyarakat bertamadun. Layanan orang Ansar terhadap orang
Muhajirin di Madinah semasa era Nabi Muhammad s.a.w. menunjukkan orang Ansar
memiliki tingkahlaku yang terpuji.
Kemajuan dalam pelbagai bidang merupakan ciri ketiga untuk membuktikan
bahawa sesebuah masyarakat itu bertamadun. Rom misalnya terkenal dengan unsur
seni bina dan undang-undang, Athens pula melahirkan ahli-ahli falsafah manakala
kerajaan bani Abbasiyah semasa pemerintahan Harun al-Rasyid memberi
sumbangan yang besar dalam bidang intelektual. Generasi muda perlu dibekalkan
dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar kesinambungan
kemajuan dapat diteruskan. Masyarakat Arab tidak berupaya membina semula
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
12/17
12
Empangan Maarib sehingga memasuki era Zaman Jahiliyah kerana masyarakat
mereka tidak memiliki kemahiran dan buta huruf.
Konsep peradaban kurang lengkap jika definisinya tidak dimasukkan unsur-
unsur kemajuan material dan spritual. Pencapaian dalam bidang material seperti
unsur seni bina, pentadbiran yang berkesan, pencapaian ilmu pengetahuan dan
sebagainya perlu disertai dengan unsur-unsur moral atau kerohanian. Pencapaian
dalam aspek kebendaan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. mungkin tidak sehebat
pencapaian unsur-unsur spritual yang dimiliki oleh masyarakat Islam ketika itu yang
mahu menegakkan agama Islam.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
13/17
13
3.0 DIALOG PERADABAN MENYELESAIKAN KONFLIK
Dialog peradaban mampu menyelesaikan konflik yang berlaku terutamanya di
Malaysia. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berbeza dari segi
adab haruslah menganggap perbezaan ini sebagai satu yang unik dan satu peluang
untuk saling kenal mengenali, mempelajari keunikan peradaban lain yang akhirnya
akan melahirkan pengkayaan peradaban dan keharmonian hidup.
Hans Koechler pula di dalam artikelnya bertajuk The Dialogue of Civilizations:
Philosophical Basis, Current State and Prospects (2003), sifat dialog itu sendiri
merangkumi kemampuan untuk melihat diri sendiri daripada perspektif individu yang
lain,mewujudkan toleransi dan saling memahami, dan saling menerima antara satu
sama lain.
Tujuan dialog itu sendiri untuk mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan baru
di dalam menangani kemelut dan masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Dalam
konteks Islam, kejadian manusia yang berbagai perbezaan dari segi geografi,
demografi, biologi dan budaya adalah satu anugerah Allah S.W.T supaya manusia
kenal mengenali antara satu sama yang lain.
Al-Quran menjelaskan tujuan penciptaan manusia dari berbagai etnik, kaum,
bangsa sebagaimana termaktub dalam surah Al-Hujurat ayat 13 bermaksud: Wahai
umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan
(Adam dan Hawa) dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-
puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang
lain). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.
penegasan ayat Al-Quran di atas adalah tujuan utama dialog peradaban iaitu
masyarakat yang pelbagai adab dan agama bersama-sama berinteraksi dan mengenali
antara satu sama lain untuk mencari kebaikan bersama.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
14/17
14
Selain itu, matlamat dan tujuan dialog adalah untuk mewujudkan sikap saling
memahami tentang nilai-nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti budaya yang
wujud. Dialog peradaban juga berpotensi besar untuk menghindarkan konflik dalam
komuniti peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan melalui persefahaman,
saling percaya mempercayai dan meletakkan asas kukuh ke arah langkah penyelesaian
yang di persetujui bersama (Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban,
2001:1-2).
Selain itu, konflik ini mampu dihindari jika individu mengikuti ciri- ciri dialog
peradaban yang telah digariskan oleh Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog
Peradaban (2001: 2-3) 31 iaitu saling memahami terhadap nilai, norma, pengalaman
sejarah dan realiti kebudayaan yang wujud. Mewujudkan sikap toleran terhadap
pemikiran peradaban yang lain. Ini merujuk terhadap sikap sedia mendengar dari
peradaban orang lain. Akhir sekali, sikap lapang dada dan keterbukaan terhadap
pandangan orang lain dengan akomodasi dalam perspektif diri.
Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri (1997:14) menggariskan beberapa objektif dialog
bagi mewujudkan sebuah dialog yang positif iaitu saling menghormati. Sebagaimana
penyataan Al-Quran dalam Surah al-Anam: ayat 108: yang bermaksud : Dan
janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana
mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan
pengetahuan.
Objektif kedua dialog peradaban pula menekankan persamaan dan keadilan.
Dalam perspektif Islam, persamaan dan keadilan adalah tapak asas berlakunya
perbincangan antara dua atau lebih pihak demi mencapai persetujuan bersama. Tiada
pihak yang direndahkan atau diremehkan dan mendapat perhatian secara saksama dan
adil di semua tahap dan peringkat, manakala objektif ketiga dialog pula adalah menolak
sikap fanatik dan perkauman. Minda yang terbuka dan luas dan mengamalkan sifat
sederhana dalam semua perkara dapat menjamin penolakan terhadap sikap fanatik dan
perkauman.
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
15/17
15
Kuntowijoyo menyatakan bahawa dialog peradaban dan agama-agama
sebenarnya satu konsep baru hubungan antara umat beragama daripada pelbagai
peradaban yang melihat ke depan dengan bersama-sama menghadapi masa depan
kemanusiaan. (Shaharom TM Sulaiman: 2004). Dengan konsep dialog peradaban dan
agama-agama yang dinyatakan oleh Kuntowijoyo, maka aspek penting adalah agama.
Secara langsung atau tidak langsung, dialog antara peradaban ini merupakan
dialog yang mempunyai prinsip dan elemen agama di dalamnya. Bila sebut istilah
peradaban juga membawa konotasi tentang pengisian nilai- nilai agama. Kerana setiap
tamadun mempunyai asas yang bersandarkan kepada agama. Misalnya, Tamadun
India mempunyai asas dan unsur agama Hindu walaupun terdapat unsur dan pengaruh
Islam didalamnya. Manakala, Tamadun Islam pula, asasnya ialah agama Islam itu
sendiri. Begitu juga dengan tamadun lain yang mempunyai asas dan unsur agama.
Oleh itu, toleransi agama dilihat sebagai teras dan aspek penting kepada
pelaksanaan dialog peradaban. Toleransi di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005) bermaksud menghormati atau menerima pendapat (pendirian) orang lain yang
berbeza daripada pendirian (pendapat) sendiri. Toleransi antara agama ini merujuk
kepada kesediaan menghormati dan menerima pendapat agama-agama lain. Misalnya,
perbezaan dari segi kebudayaan, adat, ritual agama, makanan dan sebagainya antara
setiap agama perlulah diambil kira oleh setiap penganut agama. Dengan ini, penganut
agama yang berbeza menghormati pegangan yang diamalkan oleh penganut agama
lain. Pembaikan dan peningkatan toleran antara masyarakat dunia akan menjadi lebih
terserlah dengan memahami keadaan dan kenyataan sesuatu budaya masyarakat.
Leornard Swidler (1986) telah menggariskan sepuluh panduan asas yang perlu
dimiliki bagi melaksanakan dialog antara agama yang juga mempunyai kaitan dengan
dialog antara peradaban. (Shaharom TM,2004: 26) Asas-asas panduan tersebut adalah
tujuan dialog itu sendiri adalah untuk belajar. Dialog dapat meningkatkan persepsi serta
pemahaman mengenai sesuatu kenyataan. Dialog antara agama sewajarnya
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
16/17
16
mempunyai dua sasaran atau dimensi. Pertama, dialog di dalam kumpulan atau
komunitinya sendiri dan kedua dialog dengan kumpulan atau komuniti lain.
Selain itu, semua peserta yang terlibat dengan dialog harus mempunyai
kejujuran, ketulusan dan ikhlas. Dalam dialog para peserta tidak membandingkan
pemikiran ideal agama dengan kenyataan agama rakan dialog yang lain. Tetapi kita
mesti membandingkan pemikiran ideal agama juga dengan pemikiran ideal agama
rakan dialog lain. Setiap peserta dialog mesti sedar dalam mendefinasikan diri. Hanya
orang muslim yang boleh mengartikan apa itu muslim. Suatu agama hanya mampu
didefinasikan oleh agama itu sendiri Para peserta dialog tidak boleh secara keras
menolak fakta-fakta yang tidak dipersetujui.
Dialog hanya dapat terjadi antara pihak-pihak yang mempunyai posisi yang
setara. Dialog dapat dijalankan hanya dengan perasaan saling percaya dan
mempercayai serta mengerti. Setiap peserta dialog tidak mengkritik pelbagai perbezaan
yang dibawa oleh peserta dialog. Setiap peserta dialog mesti mencuba untuk
memahami perbezaan agama dan tamadun dari dalam kerana agama dan tamadun
bukan semata- mata berasaskan akal dan pemikiran tetapi juga bersumber daripada
hati.
Pastinya panduan asas dalam dialog antara agama secara khususnya dan
dialog antara peradaban mempunyai perbahasan dari pelbagai dimensi. Jika panduan
ini di arahkan kepada pembentukan Pluralisme Agama mungkin akan membawa
banyak interpretasi dan kontroversi dalam kesepakatan dikalangan pencinta agama.
Sekiranya antara kenyataan akhir dari dialog antara peradaban atau antara agama-
agama membawa kenyataan secara intrinsik bahawa semua agama ini sama iaitu pada
zahirnya wajah yang berbeza tapi pada batin mempunyai matlamat, citra dan Tuhan
yang sama akan banyak mengundang perdebatan.
Badan dunia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga menjelaskan beberapa
faktor-faktor yang boleh dibangunkan dan dimanfaat menerusi dialog peradaban iaitu
-
7/28/2019 Esei Dialog Peradaban
17/17
17
dapat menimba ilmu pengetahuan melalui usaha saling memahami mengenai nilai-
nilai, norma-norma, pengalaman sejarah dan budaya sesuatu peradaban bangsa.
Dengan mengetahui sesuatu peradaban maka menambahkan dan memperkayakan
budaya sesuatu masyarakatn sekaligus menghidarkan mengurangkan prejudis dan
ancaman sesama manusia. Selain itu, sedia menerima pendapat dan pemikiran orang
lain. Dialog peradaban seharusnya terbuka kepada semua orang dan mesti ada usaha
untuk melaksanakannya di peringkat global dalam sistem nilai yang spesifik. Kejayaan
dialog peradaban berlaku apabila ada kesediaan untuk berubah. Semua pihak pada
semua peringkat masyarakat global harus menyertai dialog dalam segenap bidang
seperti politik, pendidikan, budaya, sains, media dan sebagainya.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa dialog peradaban amat perlu dalam konteks
masyarakat majmuk atau pelbagai tamadun. Fahaman dikalangan peserta dialog dan
mereka yang serius dalam dialog perlu mendalami konsep, tujuan, kaedah berdialog
dan prasarana dialog. Pastinya peserta dialog atau pencinta dialog perlu ada
persediaan emosi, minda dan rohani bagi mempastikan kejayaan dialog dan natijah
yang manfaat bersama. Maka dari persediaan dan persiapan diharapkan agar dialog
peradaban menjadi sebagai satu wadak untuk menerapkan nilai-nilai persefahaman
dan interaksi antara peradaban. Seterusnya menghasilkan kerjasama antara satu sama
lain.