essay peranan guru

4
Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman tertentu. Antaranya pengalaman mengembara, ikhtiat hidup di hutan, dan menyertai pertandingan. Hal ini adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Seterusnya, guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak mulia supaya mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai kaunselor murid. Kaunselor berperanan dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya mereka menghadapi masalah.

Upload: gojali-zulfikar

Post on 15-Dec-2015

5 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perangkat pemb.

TRANSCRIPT

Page 1: Essay Peranan Guru

Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Dalam

merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab

untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan

dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru

berperanan dalam mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan

bengkel dan sebagainya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu

pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada

dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Guru

juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman

tertentu. Antaranya pengalaman mengembara, ikhtiat hidup di hutan, dan

menyertai pertandingan. Hal ini adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di

sekolah. Seterusnya, guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya

berakhlak mulia supaya mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini,

pendidikan moral dan agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik

pelajarnya cara berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab

bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan

bersahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai kaunselor murid. Kaunselor

berperanan dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya

mereka menghadapi masalah. Selain daripada ibu bapa, guru merupakan insan

terbaik dalam membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

mereka. Hal ini kerana sesetengah murid gagal berkomunikasi dengan ibu bapa

apabila mereka menghadapi masalah. Oleh yang demikian, guru memainkan

peranan yang penting dalam menenangkan fikiran dan emosi mereka supaya

mereka tidak melakukan perkara-perkara yang negatif. Guru juga harus

meluangkan masa yang lebih dan memberi perhatian tambahan kepada murid-

murid yang menghadapi masalah. Khususnya, mereka yang menghadapi

masalah keluarga, kewangan, disiplin dan masalah kesihatan. Hal ini supaya

murid-murid berasa selesa dan tidak menghadapi masalah untuk menjalani

Page 2: Essay Peranan Guru

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat pencapaian yang

terbaik.

Berikutnya, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru

berperanan sebagai jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap

murid di sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan

yang terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi

murid-muridnya. Hal ini kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat

menonjolkan bakatnya kerana tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui

cara yang betul untuk mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah

peka terhadap bakat dan potensi yang ada dikalangan murid, bakat mereka

boleh diketengahkan dan dilatih ke tahap yang terbaik supaya dapat memberi

sumbangan kepada pihak sekolah dan ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai

contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai potensi dalam acara sukan,

guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada beliau supaya

bakat beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara tidak langsung,

faktor jasmani murid tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai salah satu

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa.

Guru haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya

perkembangan murid di sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu,

guru haruslah mengetahui latar belakang keluarga muridnya. Guru juga

bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang diberikan oleh ibu

bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan tidak

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

mengetahuinya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai

oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak mereka di rumah dengan cara

yang terbaik dan berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan

dengan anak mereka, guru merupakan insan yang terbaik untuk mereka

meluahkan perasan dan masalah serta meminta nasihat dan dorongan untuk

menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, peranan guru

ketika ini amatlah penting dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan

Page 3: Essay Peranan Guru

kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan

dengan anak mereka dan membantu anak mereka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

anak mereka.

Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana

guru berperanan sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor,

penasihat dan role model kepada murid-murid dan masyarakat. Oleh yang

demikian, guru perlu mempunyai kemahiran profesional seperti kemahiran

belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran pembelajaran,

mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi, menangani masalah dan berusaha

ke arah perkembangan kendiri. Hal ini supaya mereka dapat mendidik dan

melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah dan

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.