faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti keputusan ... · pdf filekajian berbentuk deskriptif...
TRANSCRIPT
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERDAGANGAN JOHOR BAHRU
ZUL AZLI BIN ZAINUN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
ii
“Saya akui kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : ZUL AZLI B ZAINUN
Tarikh : 2 MEI 2008
iii
DEDIKASI
Untuk Ibu dan Ayah Tersayang,
Zainun b Barahim & Maimunah bt Chin
Doa, kasih sayang, dorongan serta pengorbanan yang tidak berpenghujungnya.
Sesunggunhnya hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.
Buat Tunang Tercinta,
Terima kasih diatas pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang, serta
doronganmu yang tidak terhingga. Perangsangmu telah menguatkan azam dan
semangatku dalam mengharungi liku-liku dan pahit getir perjuangan ini.
Kepada adik-beradik, saudara-mara dan rakan-rakan,
Terima kasih di atas perhatian dan sokongan kalian yang amat bermakna bagi diri ini.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang”
Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka kajian
ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang.
Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada penyelia iaitu Encik Mohamad Abdillah Royo di atas segala bimbingan,
tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah diberikan
itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini. Tidak
lupa juga kepada Encik Mohsin Uzir yang banyak memberi tunjuka ajar dan nasihat,
sesungguhnya hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak
memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pegawai JPN Johor, Pengetua
SMT Perdagangan Johor Bahru, guru-guru dan individu yang terlibat di atas kerjasama
yang diberikan. Akhir sekali, rasa penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung ataupun tidak, penulis sekali lagi menyusun sepuluh jari
memohon maaf dan ucapan terima kasih tidak terkira. Semoga keikhlasan yang
diberikan mendapat keberkatan dariNya.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti adakah faktor-faktor peranan dan
dorongan ibu bapa, minat, sikap, kaedah pengajaran guru dan kemudahan pembelajaran
mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 70 orang pelajar dari
Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan
adalah soal selidik yang mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian A adalah latar belakang
responden dan bahagian B adalah menjawab lima persoalan kajian yang mengandungi 30
item kesemuanya. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan nilai Alpha Cronbach
ialah 0.855 telah diperolehi manakala keesahan item-item diperolehi menerusi
perbincangan dengan pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows
Version 13.0. Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati secara keseluruhannya
kesemua faktor yang dikaji mempengaruhi kualiti keputusan SPM dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan terutamanya faktor peranan ibu bapa, minat pelajar dan pengajaran
guru. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan prestasi pelajar serta
membaiki kelemahan disamping memperkukuhkan lagi kekuatan yang sedia ada. Hasil
kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk
memberi lebih penumpuan kepada aspek-aspek yang mempengaruhi prestasi pelajar
serta dapat membantu pihak yang berkenaan dalam menyediakan skop dan prasarana
pembelajaran mata pelajaran ini dengan lebih efektif di masa hadapan.
vi
ABSTRACT
This research is conduct to analyze whether these factors such as role of the
parents and encouragement from them, students’ interest and attitude, methods of
teaching as well as teaching aids that being used in learning process had influenced the
quality of exam result especially in Engineering Drawing subject. The of descriptive
research involves 70 samples of students from Sekolah Menengah Teknik Perdagangan
Johor Bahru. The instrument that has been carried out throught out this research is by
distributing questionnaires whereby contain of two parts; part A and part B. Content of
part A is background of the respondent while in part B contains of five research
question that linked to the research which include 30 items generally. The reliability of
the question have been tested, with the value of Alpha Cronbach is 0.855. All the data
that have been gathered are analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS)
for Windows Version 13.0 software. The analysis findings from the research question
find that all the factors, which have been analyzed generally, especially in terms of role
of the parents, students’ interest and methods of teaching are really give a big impact to
the quality of SPM result emphasis on Engineering Drawing subject. Several suggestion
have been made to enhance the students’ performance in the subject conjunction with the
improvement of weaknesses besides maintaining the strength that they already have.
Hope that this research outcome will be the reference to the authority in order to
concentrate more on some elements that had influenced the students’ performance.
Furthermore, it can also help the authority for the purpose of providing more effective
learning facilities in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Konsep 10
1.8.1 Pengaruh 10
1.8.2 Faktor 10
1.8.3 Lukisan Kejuruteraan 11
1.8.4 Kualiti 11
1.8.5 Pencapaian 12
1.8.6 Minat 12
1.8.7 Sikap 12
1.8.8 Pengajaran 13
1.8.9 Keluarga 13
1.9 Penutup 14
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Faktor Kemudahan Pembelajaran 16
2.3 Faktor Minat Pelajar 17
2.4 Faktor Sikap Pelajar 18
2.5 Faktor Dorongan Ibu Bapa 19
2.6 Faktor Pengajaran Guru 21
2.7 Penutup 23
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Rekabentuk Kajian 24
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25
3.4 Tempat Kajian 25
ix
3.5 Instrumen Kajian 26
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Kajian Rintis 28
3.8 Kaedah Analisis Data 29
3.9 Andaian Kajian 31
3.10 Kesimpulan 31
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Bahagian A 33
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan 33
Tingkatan
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan 34
Kursus
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan 34
Jantina
4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan 35
Bangsa
4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan 36
Agama
4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan Tempat 36
Tinggal Semasa
4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan Jumlah 37
Subjek Yang Mendapat A Dalam PMR
4.2.8 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan
Bagi Mata Pelajaran KH Dalam PMR 38
4.3 Analisis Bahagian B 38
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 39
x
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 42
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 44
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 47
4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian Kelima 50
4.3.6 Rumusan Keseluruhan Persoalan Kajian 54
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Perbincangan Kajian 57
5.2.1 Latar Belakang Responden 57
5.2.2 Adakah faktor peranan dan dorongan 59
yang diberikan oleh ibubapa mempengaruhi
kualiti keputusan peperiksaan dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
5.2.3 Adakah faktor minat pelajar mempengaruhi 61
kualiti keputusan peperiksaan dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
5.2.4 Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi 62
kualiti keputusan peperiksaan dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
5.2.5 Adakah faktor kaedah pengajaran guru 64
mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
5.2.6 Adakah faktor kemudahan pembelajaran 65
mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan?
5.3 Rumusan 67
5.4 Cadangan Kajian 69
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 71
xi
5.6 Penutup 71
RUJUKAN 73 - 76
LAMPIRAN A-H 77 - 84
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Analisis Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 4
Sekolah Menengah Teknik Perdagangan. Keputusan
Sijil Pelajaran Malaysia 2004, 2005 & 2006
3.1 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 27
3.2 Kelasifikasi Terhadap Item Soalan 30
3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 30
(Dipetik Dari Buku Mohd Najib Ghafar, 1999,
Penyelidikan Pendidikan)
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Tingkatan 33
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Kursus 34
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 34
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 35
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Agama 36
4.6 Taburan Responden Berdasarkan Tempat 36
Tinggal Semasa
4.7 Taburan Responden Berdasarkan Jumlah Subjek 37
Yang Mendapat A Dalam Penilaian Menengah
Rendah (PMR)
4.8 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan Bagi 38
xiii
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR)
4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 39
Yang Menjawab Item Bagi Peranan Dan Dorongan
Ibu Bapa
4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 42
Yang Menjawab Item Bagi Minat Pelajar
4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 45
Yang Menjawab Item Bagi Sikap Pelajar
4.12 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 47
Yang Menjawab Item Bagi Kaedah Pengajaran Guru
4.13 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden 50
Yang Menjawab Item Bagi Kemudahan Pembelajaran
4.14 Analisis Keseluruhan Bagi Setiap Faktor 54
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 77
B Reliability kajian rintis 78
C Surat memohon kebenaran 79
mendapatkan data awal
D Surat kebenaran daripada Bahagian 80
Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan
E Surat memohon kebenaran menjalankan 81
kajian rintis
F Surat memohon kebenaran 82
menjalankan kajian kepada JPN Johor
G Surat akuan pelajar daripada 83
Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia
H Analisis Keputusan peperiksaan Keputusan 84
Sijil Pelajaran Malaysia 2004, 2005 &
2006 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan
Johor Bahru
xv
SENARAI SINGKATAN
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package of Social Science
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
IPT - Institut Pengajian Tinggi
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
ƒ - Kekerapan
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, kita seharusnya
berjaya melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam sesuatu
bidang. Falsafah Pendidikan Negara (1998), mempunyai matlamat iaitu untuk
melahirkan masyarakat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
sebenarnya adalah selari dengan matlamat wawasan Negara iaitu mewujudkan
masyarakat yang mampu memberi saingan, berjiwa kental dan berpandangan jauh.
Kemajuan pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membina
semangat jati diri setiap individu bagi mengejar kemajuan dalam semua bidang
kehidupan sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa. Negara
memerlukan masyarakat yang celik terhadap sains dan teknologi, serta mempunyai
daya saing yang tinggi dan berpandangan luas. Di samping itu, kita juga perlu
mampu menjadi pengguna teknologi yang bijak serta dapat menyumbangkan tenaga
kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa depan bagi mewujudkan
masyarakat yang maju, kita mesti melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran
2
tinggi. Contohnya dari segi pembangunan teknologi jentera atau pemotoran kita
memerlukan jurutera yang berkemahiran untuk memberi persaingan manakala
pembangunan bandar pula memerlukan perancang bandar yang mampu membuatkan
perancangan yang rapi dan menarik agar kemajuan yang diimpikan dapat
direalisasikan untuk menjana ekonomi dan secara tidak langsung akan membuktikan
satu kepimpinan yang cekap dan sistematik.
Bagi mencapai kemajuan yang disasarkan, Kementerian Pelajaran telah
merancang dan menggubal semula kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah bagi
meningkatkan lagi tahap pembelajaran sedia ada. Mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan merupakan salah satu mata pelajaran elektif baru dalam Kumpulan II
(Vokasional dan Teknikal) mula diperkenalkan bagi Tingkatan 4 dan 5 dalam
Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di sekolah-sekolah
akademik harian mulai pada tahun 1995 (Kementerian Pendidikan, 1993). Bahagian
Jabatan Pendidikan Teknikal khasnya telah menyediakan berbagai-bagai kemudahan
latihan dan pengajian untuk mengasah potensi yang ada pada pelajar untuk
membolehkan mereka menerajui pembangunan yang dirancang. Seterusnya untuk
memperbaiki dan memantapkan segala kemahiran dan pengetahuan pada pelajar.
Kementerian Pelajaran memainkan peranan yang utama dalam proses
membangunkan sumber manusia ini dan memahami hakikat pentingnya pendidikan
dan latihan dalam membekalkan tenaga mahir yang mempunyai aspek-aspek utama
untuk mencapai wawasan Negara. Pendekatan yang digunakan Kementerian
Pendidikan dalam melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran ini
ialah bermula dari peringkat awal yang mana contohnya seperti pendidikan teknik dan
vokasional di mana pendidikan ini merupakan satu kaedah yang telah di kenal pasti
dapat membantu dalam melahirkan masyarakat yang berkemahiran dan berkebolehan
dalam bidang teknikal serta mampu menjana ekonomi untuk menyumbang kepada
Negara.
Kementerian Pelajaran merupakan penjana yang akan melahirkan tenaga kerja
yang mampu memimpin sebuah Negara dan yang akan mencorak langkah-langkah
permulaan untuk menjadi Negara industri yang yang berdaya saing. Menurut Ahmad
Mahdzan Ayob dan Fauziah Yaakub (1999a), untuk menjadi sebuah Negara industri,
3
rakyat hendaklah menghargai pendidikan dan kemahiran yang berkaitan dengan
Negara industri. Ini jelas menuntut pihak-pihak yang berkenaan agar memberi
perhatian yang lebih kepada pembelajaran sains teknologi baik sebagai ibu bapa, guru
atau pihak yang terlibat secara langsung seperti sekolah dan Kementerian Pelajaran.
Kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi seperti universiti atau politeknik
hendaklah lebih mengutamakan bidang sains dan teknologi agar objektif program
pendidikan dan latihan kemahiran dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK9) iaitu membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan
berpengetahuan sesuai dengan keperluan pasaran tercapai. Oleh yang demikian, bagi
menyempurnakan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) ini, perkembangan dan
kemajuan teknologi dan industri Negara pada masa kini di tingkatkan lagi
perjalanannya melalui sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kurikulum adalah merupakan rancangan pendidikan yang telah digubal untuk
para pelajar bagi memenuhi kehendak dan keperluan individu, masyarakat dan
wawasan Negara. Bagi memenuhi keperluan ini, kurikulum seharusnya bersifat
dinamik serta berkembang mengikut keperluan dan keadaan semasa. Kurikulum yang
dirancang untuk subjek mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bertujuan untuk
melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang
kejuruteraan serta melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara bahasa grafik
sama ada di dalam kehidupan harian mahupun dalam bidang yang diceburi selepas
alam persekolahan.
Pendedahan yang diberikan dalam mata pelajaran ini juga adalah merupakan
asas kepada cabang bagi menuju kepada sesuatu bidang tertentu dalam sesuatu
teknologi kejuruteraan. Lukisan Kejuruteraan adalah merupakan satu mata pelajaran
yang penting kepada para pelajar yang mengikuti aliran teknikal dan vokasional,
namun begitu bagi pelajar yang menjadikan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini
4
sebagai mata pelajaran elektif, ia merupakan satu jalan alternatif bagi mereka untuk
mempelajari salah satu dari bidang kejuruteraan. Menurut Nor Fadila dan Widad
(1998), pada masa kini, pendidikan teknik dan kejuruteraan di peringkat sekolah
menengah merupakan langkah pertama untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan yang kukuh dalam asas kejuruteraan. Asas permulaan penting untuk
pelajar mencongak masa depan berdasarkan minat dan kebolehan jika pelajar
mempunyai bakat untuk untuk mempelajari dengan lebih mendalam bidang
kejuruteraan. Kesungguhan dan kebolehan pelajar dapat diukur berdasarkan penilaian
peperiksaan yang diduduki. Jadual 1.2 menunjukkan keputusan peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia ( SPM ) mengikut gred.
Jadual 1.1 : Analisis Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Sekolah Menengah
Teknik Perdagangan. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2004, 2005 &
2006
Tahun KEPUTUSAN SPM %
Lulus
%
A
Jumlah
calon
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G
2004 13 9 14 36 49 37 20 26 17 92.31 10 221
2005 1 12 25 42 45 54 57 42 58 82.74 3.8 337
2006 14 20 54 51 62 44 28 17 16 94.77 11 307
Jadual di atas menunjukkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan pada 2004, 2005 dan 2006 bagi Sekolah
Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang diperolehi untuk tiga tahun
berturut-turut dari tahun 2004 hingga 2006 adalah berada pada tahap yang terbaik dan
ini wujud mungkin disebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan luaran. Permulaan
pada tahun 2004 dengan 92.31% adalah satu prestasi yang baik, namun pencapaian
pada tahun berikutnya menunjukkan penurunan sebanyak 10% dan kembali
meningkat sehingga 94.77% pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, dapat dilihat
pada ketiga-tiga tahun di atas tentang kualiti calon SPM yang berjaya memperolehi
gred ’A’ tidak begitu memuaskan berbanding jumlah calon. Hasil daripada penilaian
5
terhadap keputusan yang diperolehi, penyelidik ingin mengetahui apakah faktor-
faktor yang mempengaruhi kualiti dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia di sekolah Menengah Teknik Perdagangan.
Faktor-faktor yang di maksudkan tersebut adalah seperti faktor minat pelajar,
faktor sikap pelajar, faktor pengajaran guru, faktor dorongan ibu bapa dan
persekitaran kelas atau kemudahan peralatan melukis. Menurut Suradi (1991), antara
faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik ialah faktor kualiti pembelajaran,
kedudukan sosio ekonomi, kecukupan kelengkapan dan kemudahan belajar, sikap dan
tabiat belajar dan keadaan persekitaran. Semua faktor tersebut adalah adalah paling
hampir dengan pelajar untuk memberi peratusan pengaruh yang tinggi bagi
menentukan pencapaian pelajar. Selain itu juga, tidak bererti pelajar tidak boleh di
pengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti bakat semula jadi, rakan-rakan dan lain-lain.
Faktor-faktor yang dinyatakan di atas boleh memberi pengaruh yang besar
kepada prestasi pelajar tetapi menurut Hassan (1996), pelajar yang pintar adalah
pelajar yang dapat merancang aktiviti dengan betul sama ada kegiatan akademik atau
pun sosial, di samping kemahiran pembelajaran yang berkesan turut memainkan
peranan yang penting bagi mengelakkan pembaziran tenaga dan masa. Ini bererti
pelajar sememangnya mempunyai pilihan sendiri untuk mengatur rutin harian yang
akan mempengaruhi kegiatan akademiknya bagi menentukan pencapaian
peperiksaannya jika ada kemahuan dalam diri pelajar tersebut.
Rumusannya terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keputusan
peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini. Faktor utama dalam
situasi ini ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar itu perlu mempunyai sikap berusaha
bersungguh-sungguh dalam proses pembelajaran mereka. Seterusnya, pelajar itu perlu
merancang kaedah yang terbaik dan sesuai dengan tahap kemampuan mereka. Selain
faktor sikap pelajar itu, faktor-faktor lain juga mempengaruhi keputusan peperiksaan
dalam mata pelajaran ini. Antara faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian
keputusan bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini ialah keadaan persekitaran,
sosial ekonomi, keluarga dan lain-lain lagi.
6
Dengan ini, penyelidik telah memilih faktor-faktor yang dapat mempengaruhi
kualiti pembelajaran pelajar iaitu faktor persekitaran kelas, minat dan sikap pelajar,
dorongan ibu bapa dan pengajaran guru. Penyelidik amat berminat untuk mencari dan
mengenal pasti punca sebenar pencapaian cemerlang pelajar dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan ini menunjukkan peningkatan setiap tahun. Analisis yang lebih
mendalam akan dibuat untuk tujuan mencari penyebab sebenar kecemerlangan
pelajar. Penyataan dan kesimpulan yang didapati akan dapat digunakan sebagai
panduan untuk pihak yang berkenaan.
1.3 Pernyataan Masalah
Keputusan peperiksaan SPM SMT. Perdagangan Johor Bahru pada tahun 2004
dengan 92.31% adalah satu prestasi yang baik, namun pencapaian pada tahun
berikutnya menunjukkan penurunan sebanyak 10% dan kembali meningkat sehingga
94.77% pada tahun 2006. Di dalam kajian ini, penyelidik berhasrat untuk
menjalankan kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti keputusan
SPM dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dari aspek pelajar, keluarga, guru
dan kemudahan peralatan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk menjawab persoalan mengenai
beberapa faktor yang telah dikenal pasti oleh pengkaji terhadap kualiti keputusan
peperiksaan di sekolah berkenaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ini dan
kajian ini mempunyai beberapa objektif iaitu untuk :-
7
(a) Mengenalpasti faktor peranan dan dorongan yang diberikan oleh ibubapa
mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
(b) Mengenalpasti faktor minat pelajar mempengaruhi kualiti keputusan
peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
(c) Mengenalpasti faktor sikap pelajar mempengaruhi kualiti keputusan
peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
(d) Mengenalpasti faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi
kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
(e) Mengenalpasti faktor kemudahan pembelajaran mempengaruhi kualiti
keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam penyelidikan yang akan dijalankan, penyelidik akan cuba
mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan objektif kajian tercapai. Antara
persoalan kajian tersebut ialah :-
(a) Adakah faktor peranan dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa
mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
(b) Adakah faktor minat pelajar mempengaruhi kualiti keputusan
peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
(c) Adakah faktor sikap pelajar mempengaruhi kualiti keputusan
peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
(d) Adakah faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi kualiti keputusan
peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
(e) Adakah faktor kemudahan pembelajaran mempengaruhi kualiti
keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
8
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi satu panduan dalam membantu
pihak-pihak yang berkaitan, khasnya sekolah dan untuk semua pihak terutamanya
pelajar yang mengimpikan kejayaan dalam setiap pelajarannya. Selain itu juga, kajian
ini dapat mengetahui sejauh mana perkembangan pencapaian di kalangan pelajar
terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mereka pada peringkat menengah dan
kepentingannya dalam meneruskan pelajaran pada peringkat yang tertinggi di dalam
menghadapi cabaran yang kian mencabar pada masa kini.
Keseluruhannya kajian ini adalah diharap dapat memberi panduan kepada
pihak-pihak yang berkenaan dalam meneliti kelemahan serta memperbaikinya untuk
kepentingan bersama. Ianya adalah untuk :-
1.6.1 Memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu pelajar meningkatkan
prestasi pelajaran mereka melalui sokongan moral dan material. Ibu bapa
boleh menghantar anak-anak ke program-program motivasi sama ada anjuran
kementerian atau swasta untuk aktiviti luar. Di rumah, ibu bapa boleh
bersemuka untuk membincangkan hal-hal pelajaran dan juga memberi
sokongan seperti galakan dan pujian. Dari segi meterial pula, ibu bapa boleh
membantu pelajar mendapatkan keperluan peralatan belajar yang baik serta
buku-buku untuk rujukan dan latihan tambahan.
1.6.2 Panduan kepada pelajar mempelbagaikan kaedah pembelajaran yang berkesan
seperti kaedah belajar berkumpulan. Selain itu juga, pelajar perlu memahami
kepentingan alatan bantu mengajar dalam pembelajaran. Pelajar juga perlu
tahu cara menyemai keyakinan diri dan belajar membentuk disiplin diri yang
baik.
1.6.3 Membantu guru yang mengajar Lukisan Kejuruteraan dan diharap akan dapat
dijadikan panduan dalam aktiviti pengajaran dalam kelas baik dari segi
perancangan sebelum atau semasa di dalam kelas untuk meningkatkan
pencapaian pelajarnya. Kajian ini juga di harap dapat membantu guru yang
9
terlibat supaya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka yang lebih
bersesuaian.
1.6.4 Membantu pihak sekolah untuk terus mengekalkan prestasi pelajar di sekolah
dan dijadikan satu garis panduan dalam membantu para pelajar, guru dan
pihak sekolah cara untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar. Membantu
merancang strategi yang lebih tersusun dengan menyediakan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian seperti perisian terbaru,
peralatan yang baik. Sekolah juga boleh mengadakan program-program
motivasi bagi menambahkan minat dan keyakinan diri pelajar.
1.7 Batasan Kajian
Penyelidik membataskan kajian yang dilakukan meliputi aspek-aspek yang
mempengaruhi kualiti keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan di
daerah Johor Bahru. Kajian yang dilaksanakan dari segi pencapaian akademik dalam
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Ianya hanya tertumpu kepada kalangan
pelajar-pelajar di tingkatan empat tahun 2008 yang mengambil mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan sahaja.
Dalam mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar
dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan, sebenarnya terdapat lagi faktor-faktor
lain yang memberi sumbangan bagi menjawab persoalan ini tetapi di sini penyelidik
hanya memilih beberapa faktor sahaja yang difikirkan antara penyumbang utama iaitu
faktor sikap, minat, pengajaran guru, keluarga dan persekitaran.
10
1.8 Definisi Konsep
Terdapat beberapa istilah yang berkaitan dan perlu dinyatakan untuk
mengelakkan kekeliruan yang mungkin akan berlaku bagi memudahkan pembaca
untuk memanfaatkan kajian ini.
1.8.1 Pengaruh
Menurut Kamus Dewan, Edisi Baru, pengaruh adalah kuasa yang terbit
daripada orang ( benda dll) ke atas orang (benda dll), kekuatan batin (ghaib dll) yang
meninggalkan kesan ke atas orang (benda dll). Dalam kajian ini, pengaruh di guna
untuk melihat penyebab-penyebab yang membuatkan pencapaian pelajar yang
meningkat dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.8.2 Faktor
Menurut Kamus Dewan (1993), faktor ialah keadaan peristiwa dan lain-lain
yang mempengaruhi terjadinya sesuatu. Manakala menurut Kamus Lengkap (1990),
pula menyatakan faktor ialah hal, keadaan dan lain-lain yang berkaitan untuk
membawa sesuatu akibat. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan perkataan faktor
sebagai sebab-sebab atau punca berlakunya sesuatu situasi atau perkara.
11
1.8.3 Lukisan Kejuruteraan
Lukisan Kejuruteraan merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk
menyampaikan maklumat secara tepat dan ringkas.(Pusat Perkembangan Kurikulum
dan Bahagian Teknik dan Vokasional dalam Yusaini Salleh, (1999). Lukisan
Kejuruteraan adalah mata pelajaran wajib di sekolah menengah teknik ia juga
merupakan bahasa grafik yang digunakan untuk menyempurnakan maklumat secara
tepat dan ringkas (Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknik dan
Vokasional, Mac, 1990). Lukisan kejuruteraan juga adalah salah satu mata pelajaran
asas yang amat penting kepada pelajar-pelajar dalam bidang kejuruteraan.
Penglibatannya dalam bidang kejuruteraan adalah menyeluruh bermula dari
pengetahuan asas, lakaran, reka bentuk hinggalah ke peringkat penyelenggaraan
kerja-kerja.
1.8.4 Kualiti
Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), kualiti didefinisikan sebagai darjah
kecemerlangan atau memberikan gambaran yang jelas serta terang. Dalam konteks ini
kualiti dilihat sebagai pencapaian pelajar dalam peperiksaan untuk memperolehi
keputusan gred ‘A’ dalam subjek Lukisan Kejuruteraan.
12
1.8.5 Pencapaian
Pencapaian bermaksud prestasi atau hasil yang diperolehi daripada proses
yang dilalui oleh pelajar terhadap mata pelajaran yang diikuti (Kamus Dewan, 1991).
Pencapaian ialah prestasi secara kuantitatif selepas menduduki peperiksaan atau ujian
yang dijalankan di peringkat sekolah-sekolah. Pencapaian yang dimaksudkan dalam
kajian ini adalah keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.8.6 Minat
Bermaksud keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu (Kamus
Dewan,1991). Menurut Safean Hussin (1995), menyatakan minat merupakan
keghairahan atau kegemaran untuk melakukan sesuatu. Dalam kajian ini minat yang
dimaksudkan adalah kesukaan atau kesungguhan pelajar terhadap mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
1.8.7 Sikap
Merupakan kelakuan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang
individu (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990). Dalam kajian ini sikap yang
dikaji ialah sikap pelajar untuk menerima cara pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
13
1.8.8 Pengajaran
Menurut Kamus Dewan,Edisi Baru, pengajaran ialah perihal mengajar,
pembelajaran (proses/kegiatan belajar) Konsep pengajaran ialah sesuatu yang
berkaitan dengan mengajar melalui cara atau peraturan membuat sesuatu atau kaedah
membuat atau mencipta sesuatu ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan
sesuatu, muslihat atau rancangan yang teratur.
Proses ini boleh berlaku secara formal dan secara tidak formal. Dalam
konteks ini, pengajaran dirujukkan kepada pengajaran secara formal melalui sistem
pendidikan di sekolah. Di sekolah atau di mana-mana institusi pendidikan,
pengajaran merupakan proses komunikasi atau interaksi antara guru dengan pelajar.
Proses komunikasi ini akan mengakibatkan pembelajaran berlaku di kalangan pelajar
supaya memperkembangkan potensi setiap pelajar dari aspek intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial (Asmah, 1989).
1.8.9 Keluarga
Keluarga bermaksud seisi rumah yang terdiri daripada suami isteri serta anak-
anak atau orang yang mempunyai perhubungan keturunan antara satu sama lain atau
sekalian orang yang bertalian kerana perkahwinan ( Kamus Dewan, 1997 ). Melihat
kepada kajian ini, keluarga juga antara penyumbang utama kepada pencapaian prestasi
pelajar kerana pada peringkat sekolah pelajar memerlukan sokongan yang kuat dari
keluarga untuk mencapai matlamatnya.
14
1.9 Penutup
Dalam bab ini pengkaji telah menerangkan menerangkan tentang beberapa
aspek penting yang terdapat dalam penyelidikan serta pendahuluan kajian yang
mengandungi pelbagai aspek termasuklah latar belakang masalah, penyataan masalah,
objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, tempat kajian
dan definisi konsep. Di dalam bab ini ianya lebih menerangkan tentang kajian yang
akan dilakukan bagi memenuhi kehendak penyelidik.