faktor - faktor yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa
TRANSCRIPT
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi SPB
Pensyarah : Prof. Dr Mohamed Amin Embi
Nama : Nurul Aisyah Binti KamrozzamanNo Matrik : P 73678
Motivasi
Jantina
Etnik Dan Budaya
Tempoh Pembelajaran
Sosio- Ekonomi
1. Motivasi• Ellis (1994a) usaha yang dilakukan oleh pelajar dalam
pembelajaran bahasa kedua hasil daripada keperluan dan keinginan untuk mempelajarinya.
• Menurut Ehrman (1990), Macaro (2001), Oxford & Nyikos (1989) pelajar yang bermotivasi tinggi secara sedar dan terkawal akan berusaha dan menghabiskan masa mempraktikkan SPB dengan konsisten.
• Gardner (1985) menyatakan bahawa tahap seseorang itu bekerja dan berusaha untuk mempelajari bahasa kerana keinginannya untk melakukan demikian dan pengalaman merasakan kepuasan ketika menjalakan aktiviti tersebut.
• Gardner dan Lambert (1972) :a) Motivasi integratifb) Motivasi instrumental
2. Jantina• Maccoby dan Jaklin (1974) – Apitud lisan perempuan
berbeza dengan lelaki dan kemahiran lisan perempuan bermula daripada kanak-kanak dan matang dengan cepat berbanding dengan lelaki.
• Ehrman & Oxford 1989: Green & Oxford 1995: Politzer – Pelajar perempuan lebih kerap menggunakan SPB berbanding lelaki.
• Green & Oxford 1995 – Pelajar perempuan menggunakan strategi memori, metakognitif, afektif dan sosial lebih kerap daripada lelaki.
• Zamri (2004) – Pelajar lelaki lebih banyak menggunakan kemahiran mendengar dan menulis manakala perempuan banyak SPB membaca.
• Cross (1983) – Jantina guru memainkan peranan dalam SPB belajar sebagai role model.
3. Etnik Dan Budaya• Pennycook 1997 & Pierson 1996 : Perbezaan budaya dan
sistem pendidikan menghasilkan kekuatan dan kelemahan dalam diri pelajar.
• Surtridge 1997 : Sesetengah pelajar gemar bercakap kerana dibesarkan dalam masyarakat yang bebas dan terbuka.
• Liu & Littlewood 1997 : kelompok yang sama mempunyai corak belajar yang hampir sama dan berbeza dengan kelompok lain.
• O’malle & Chamot 1990 : Negara asal atau etnik memberi kesan ke atas mudah atau sukarnya melaksanakan SPB baru.
• Lin & Yi 1997 : Masyarakat Asia lebih senyap dan kurang bercakap berbanding budaya Amerika yang suka bersaing.
• Oxford 1994 : Orang Asia lebih suka mengunakan strategi mengingat dan menghafal berbanding (Oxford & Burry-Stock 1995) orang latin yang kerap membina gaya pembelajaran global berdasarkan interaksi sosial.
4. Tempoh Pembelajaran• Kajian Ehrman (1990) : Pelajar yang sudah lama belajar
cenderung menggunakan lebih banyak SPB
• Politzer ( 1983 ) : Pelajar yang berada di tahap tinggi lebih banyak mengunakan strategi positif
• Sanders (2004) : Pelajar yang mempunyai pengalaman menggunakan banyak SPB berbanding kurang empat tahun
• Ramirez (1986) : Sesetengah SPB hanya kerap di gunakan di tahap tertentu. Cth : Tahap pertengahana kerap mengunakan metakognitif berbanding tahap permulaan (o’malley dan rakan-rakan 1985a)
• Prokop (1989) : Pelajar yang mempelajari bahasa 3-4 tahun kerap menggunakan pedekatan global dalam tugasan bahasa.
5. Sosio - Ekonomi• Ballantine (1993), Musgrave (1974), Trusty (1998) : Ibu bapa
merupakan pengaruh besar dalam percapaian anak-anak.
• The National Child Development Study (1972) : Golongan status tinggi mempunyai kecerdasan kognisi lebih tinggi berbanding status rendah.
• Hess dan Shipman (1970) : Ibu yang berstatus pertengahan mampu menggunakan bahasa yang mudah difahami, arahan yang jelas dan menarik perhatian berbanding ibu yang berstatus rendah.
Dua Elemen Utama Dalam Sosio-ekonomi
Latar Belakang Akademik Ibu
Bapa
Pendapatan Keluarga
A) Latar belakang Akademik Ibu Bapa.
• Slavin (1997) Ibu bapa yang kurang pendidikan akan membesarkan anak-anak tanpa persediaan dan rujukan intelektual yang mencukupi dan beranggapan pembelajaran berlaku secara semula jadi.
• Kajian Faizahani (2002) ibu bapa yang mempunyai pendidikan baik sentiasa mengambil berat tentang penmbelajaran anak mereka.
b) Pendapatan keluarga
Mohd Nazali dan rakan-rakan (1999) : Pelajar dari keluarga berpendapatan tinggi lebih banyak menggunakan strategi berbanding pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah.
Sekian Terima Kasih