faktor fpk

4

Click here to load reader

Upload: dieda-kamaruzzaman

Post on 09-Jul-2016

257 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: faktor fpk

2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) memerlukan perancangan yang

teliti dan merangkumi beberapa faktor untuk menghasilkan satu falsafah yang mantap.

Pembentukan falsafah ini memerlukan keseimbangan dari segala aspek

memandangkan Malaysia merupakan Negara yang majmuk bangsanya. Antara factor-

faktor yang mempengaruhi pembentukan FPK ialah seperti berikut:

2.1 Agama

Menurut Wikipedia agama bermaksud sistem atau prinsip kepercayaan kepada Tuhan,

atau juga disebut dengan nama Dewa atau nama lainnya dengan ajaran kebhaktian

dan kewajiban-kewajiban yang bertalian dengan kepercayaan tersebut. Berdasarkan

perlembagaan yang telah digubal Negara Malaysia menjadikan agama Islam sebagai

agama rasmi, namun agama lain masih boleh diamalkan mengikut akta dan undang-

agamasosialpolitikekonomiindividusejagatRajah 1 Faktor-faktor pembentukan FPK

Page 2: faktor fpk

undang yang telah ditetapkan. Agama merupakan factor yang terpenting dalam proses

penggubalan FPK dan dapat diketahui menerusi pernyataan tersebut. “mewujudkan

insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan”

2.2 Faktor Sosial

Sikap hormat menghormati dan bertolak ansur antara kaum merupakan tunjang utama

kepada keharmonian Negara Malaysia. Sikap yang positif memupuk kepada perpaduan

yang mantap dan sosial yang stabil. Hal ini adalah selaras dengan matlamat pendidikan

yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan Negara iaitu “melahirkan rakyat Malaysia

… memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

Negara”

2.3 Faktor Politik

Falsafah Pendidikan Negara digubah berdasarkan kepada ideologi Negara yang

dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi. Dalam membentuk ideologi Negara,

pengaruh politik memainkan peranan yang penting dalam penggubalan Falsafah

Pendidikan Negara.

2.4 Faktor Ekonomi

Cita-cita untuk memperkembangkan lagi ekonomi Negara telah menjadi satu matlamat

pendidikan Negara yang dinyatakan dalam FPK. Maka dengan itu kemahiran dapat

melatih rakyat Malaysia meningkatkan lagi daya pengeluaran. Tujuan ini dapat dicapai

dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu berketrampilan, bertanggungjawab,

dan berkeupayaan untuk member sumbangan terhadap kemakmuran Negara.

2.5 Faktor Individu

Page 3: faktor fpk

Setiap individu dapat diperkembangankan potensi diri melalui pendidikan. Potensi ini

meliputi pelbagai aspek termasuklah intelek, rohani, jasmani dan emosi. insan yang

seimbang dan harmonis akan sentiasa bersedia dalam menghadapi pelabagaicabaran

dan rintangan yang datang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang merupakan

penyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Negara(FPN).

2.6 Faktor Sejagat

Pembentukan FPK ini juga sedikit sebanyak merujuk kepada pengaruh perkembangan

sistem pendidikan antarabangsa. Idea-idea yang dihasilkan daripada falsafah

pendidikan antara bangsa mambawa pengaruh kepada pembentukan FPK. Faktor

sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan

antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat

membawa persefahaman antarabangsa. Hal ini telah menjelaskan lagi konsep

pendidikan seumur hidup.