faktor2 bhs slanga
TRANSCRIPT
Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Bahasa Slanga Dalam Kalangan Remaja.
Penggunaan bahsa slanga ini telah menular dengan begitu meluas sekali dalam kalangan
remaja penutur Melayu. Penggunaan bahasa slanga telah menjadi gaya pertuturan dalam penutur
jati Melayu itu sendiri. Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa
Melayu. Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan
ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut. Bahasa
slanga telah mula digunakan lebih 30 tahun dahulu yang dipopularkan oleh penyanyi rock,
Ungkapan-ungkapan popular yang menjadi ikutan para remaja pada ketika itu ialah tangkap
cintan, tangkap leleh di samping ganti nama lu dan gua.
Pada hari ini, penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi
maklumat dan juga melalui penggunaan SMS. Melalui ruang ‘chatting’ dalam internet pula
pelbagai bentuk bahasa slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada percantuman
dua perkataan seperti pekabor (apa khabar,) askum (assalamualaikum) dan banyak lagi. Dalam
bentuk tulisan, bahasa slanga bukan sahaja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik,
malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini.
Pengaruh bahasa slanga yang semakin berkembang penggunaannya mendatangkan
kerisauan bukan sahaja dalam kalangan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, malah ibu
bapa juga tidak begitu setuju dengan pengaruh bahasa slanga ini. Walaupun perkembangan
bentuk bahasa slanga tidaklah begitu membimbangkan, namun penggunaannya akan menular
daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan remaja mudah terpengaruh dengan
penggunaan bahasa slanga ini. Antaranya faktor-faktor yang menyebabkan bahasa slanga ini
makin ramai peminatnya ialah :-
1. Menunjukkan identiti kumpulan
Remaja pada masa kini jika kita lihat sudah hilang nilai budi bahasa. Susah untuk kita
mendengar anak-anak muda zaman ini menyebut perkataan saya dan awak. Yang kerap
kita dengar terutama di negeri-negeri moden seperti Selangor, Johor dan Kuala Lumpur
ialag gua dan lu. Bagi golongan yang berpendidikan pula istilah yang selalu digunakan
ialah I dan you. Perkataan-perkataan ini seolah-olah menunjukkan identiti remaja
mengikut kumpulan iaitu golongan remaja yang kita sering katakan remaja liar dan juga
remaja kelas atasan. Identiti mereka dapat kita kenal pasti melalui penggunaan bahasa
slanga ini.
2. Menghilangkan tekanan emosi atau stress
Kebanyakan remaja yang menggunakan bahasa slanga ini terdiri daripada remaja yang
menghadapi masalah dan sering berkumpul dengan kawan-kawan seusia untuk
melupakan atau menghilangkan tekanan emosi yang dihadapi. Jadi, tidak hairanlah
apabila kita sering terdengar remaja-remaja yang menghabiskan masa dengan melepak
sering menggunakan perkataan ‘kacang je’ (mudah sahaja), ‘ayam’ (gadis), ‘jambu’
(cantik) dan sebagainya dengan suara yang kuat seolah-olah ingin masyarakat di
sekeliling mereka mendengar apa yang mereka bualkan.
3. Mewujudkan kerahsiaan dalam kumpulan
Bahasa slanga sering digunakan oleh golongan remaja untuk berkomunikasi sesame
mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja. Kadang-kadang bahasa slanga
yang digunakan menjadi kod rahsia kumpulan remaja tersebut.
4. Rakan sebaya
Masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu
masalah yang melibatkan remaja. Sebenarnya, apa yang masyarakat tidak sedar ia adalah
kehendak seseorang itu sendiri sama ada ingin dirinya dipengaruhi ataupun tidak. Bagi
faktor rakan sebaya, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain
kerana mereka sendiri tidak pasti akan identiti mereka sendiri. Maka, mereka lebih
mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan
mereka. Ingin mengikut arus, trend supaya tidak dikatakan kuno atau berada di zaman
ais.
5. Masa
Ternyata rata-rata pencemaran bahasa berlaku di alam siber adalah gara-gara penulisnya
ingin menjimatkan masa. Pastinya kerana telah terbiasa dengan cara komunikasi dalam
telefon bimbit, melalui sistem pesanan ringkas. Walaubagaimanapun, mesej di telefon
bimbit adalah berlainan dengan mesej di alam siber. Ini kerana, mesej di telefon hanya
dibaca dan difahami oleh penerimanya sahaja. Lain pula dengan perbualan di Internet
yang pastinya akan dilihat dan dibaca oleh generasi yang sedangbelajar seperti adik-adik
di sekolah rendah. Kadang-kadang kekeliruan boleh berlaku apabila terdapat pelbagai
versi ejaan perkataan.
6. Pengetahuan bahasa yang lemah.
Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa slanga dan sebagainya adalah mereka
yang mempunyai pengetahuan cetek dan kurang teliti dan peka dengan bahasa yang
digunkan dalam berkomunikasi. Mereka ini selalunya mempunyai tahap akademik yang
rendah dan tahapm pembacaan mereka juga lemah. Biasanya remajasering menggunakan
bahasa mereka yang hanya difahami oleh mereka.