fakulti kejuruteraan program doktor kejuruteraan … · berasaskan penyelidikan berorientasikan...
TRANSCRIPT
PROGRAM DOKTOR KEJURUTERAAN (DEng)
AEROANGKASA
MEKANIKAL & PEMBUATAN
INSTITUT TEKNOLOGI MAJU
ELEKTRIK & ELEKTRONIK
BIOLOGI & PERTANIAN
KIMIA & ALAM SEKITAR
SISTEM KOMPUTER & KOMUNIKASI
AWAM
PROSES & MAKANAN
FAKULTI KEJURUTERAAN
Program Doktor Kejuruteraan (DEng) ini merupakan ijazah yang
setara dengan PhD tetapi lebih mengutamakan kepada
keperluan industri berbanding akademik. Ianya bertujuan
untuk melahirkan graduan yang bersifat industri kompeten dan
inovatif. Secara ringkasnya justifikasi untuk menawarkan
program ini adalah seperti berikut;
Keperluan untuk membantu syarikat menyediakan tenaga
penyelidik yang bersifat industri kompeten
Membangun teknologi baharu dan menyelesaikan
masalah industri
Memantapkan budaya R&D di industri
Menjalin atau meningkatkan hubungan industri dan
Universiti
Menarik syarikat asing untuk menubuhkan pusat kajian/
penyelidikan di Malaysia
Menggalakkan pemindahan teknologi di antara universiti
dan industri
Mengikut perkembangan semasa industri global
PENGENALAN
Untuk menyediakan modal insan profesional pasca
siswazah dengan pengetahuan mendalam di dalam
bidang kejuruteraan yang tertentu
Untuk melahirkan modal insan profesional pasca
siswazah yang mempunyai kepakaran kreatif dan inovatif
serta sensitive dan bertanggungjawab terhadap
masyarakat dan alam sekitar
Untuk menghasilkan modal insan profesional pasca
siswazah yang berdaya saing dan berkemampuan untuk
menerajui bidang kejuruteraan melalui perkhidmatan,
penyelidikan dan pembelajaran sepanjang hayat
Untuk menghasilkan penyelidik yang berupaya untuk
menyelesaikan masalah industri
OBJEKTIF
Program Doktor Kejuruteraan adalah berasaskan kursus dan projek penyelidikan. Pelajar dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 24 kredit kursus dan 60 kredit projek penyelidikan. Pelajar juga dikehendaki menyediakan satu tesis berkualiti tinggi yang berasaskan penyelidikan berorientasikan industri. Penyelidikan yang dijalankan mesti merupakan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi industri. Program ini menerima kemasukan pelajar pada kedua-dua semester iaitu Semester 1 dan 2. Program ini terbahagi kepada kepada kursus teras, kursus elektif, seminar dan projek. Ringkasan taburan kredit program adalah seperti yang dibentangkan dalam Jadual 1.
Jadual 1
STRUKTUR KURIKULUM
Kategori Kursus Jumlah Jam Kredit
Kursus Teras 12
Kursus Elektif 12
Projek Penyelidikan 60
Jumlah 84
2 ½ tahun atau 5 semester minimum
5 tahun atau 10 semester maksimum, secara sepenuh
masa
Kaedah pengendalian kursus ialah melalui pengajaran, seminar,
dan pembentangan dalam kuliah. Pengajian dijalankan secara
sepenuh masa di mana kuliah akan diadakan samada selepas
waktu pejabat atau hari minggu atau dalam bentuk modul.
Kaedah projek penyelidikan adalah seperti berikut;
Pelajar dikehendaki menyediakan satu tesis yang
berasaskan penyelidikan berfokuskan penyelesaian
masalah industri. Penyelidikan tersebut mesti dijalankan
di syarikat masing-masing.
Penyeliaan projek akan melibatkan penyelia dari fakulti
dan industri. Penyelia fakulti perlu juga menyelia pelajar
di tempat pelajar menjalankan penyelidikan supaya dapat
lebih memahami masalah industri dan memberi
bimbingan kepada pelajar.
Pihak industri juga mesti mempunyai kakitangan yang
sesuai untuk menjadi penyelia industri kepada pelajar
mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti.
Pihak industri perlu mempunyai prasarana penyelidikan
yang sesuai supaya pelajar dapat menjalankan
penyelidikan di tempat kerja yang selesa.
PENGAJIAN
Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan dengan
sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja dalam
bidang industri berkaitan; atau
Ijazah Sarjana dalam bidang Sains dengan sekurang-
kurangnya 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang
industri berkaitan
SYARAT KEMASUKAN
WITH KNOWLEDGE WE SERVE
Bahan Termaju
Kaedah Pengkomputeran dalam Kejuruteraan
Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Alam Sekitar
Kejuruteraan Automotif
Kejuruteraan Bahan
Kejuruteraan Biokimia
Kejuruteraan Bioperubatan
Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Fotonik
Kejuruteraan Geospatial
Kejuruteraan Geoteknikal dan Geologikal
Kejuruteraan Hijau
Kejuruteraan Industri
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Komunikasi Wayarles dan Rangkaian
Kejuruteraan Lebuhraya dan Pengangkutan
Kejuruteraan Makanan
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Pembungkusan
Kejuruteraan Proses Pertanian
Kejuruteraan Sisa Pertanian
Kejuruteraan Sistem Kawalan
Kejuruteraan Sistem Komputer dan Terbenam
Kejuruteraan Sistem Pembuatan
Kejuruteraan Struktur
Kejuruteraan Sumber Air
Kejuruteraan Tanah dan Air
Kejuruteraan Elektrik Kuasa
Keselamatan, Kesihatan dan Pengurusan Kecemasan
Mekanisasi dan Pengautomatan Pertanian
Nanosains
Nanoteknologi
Pemprosesan Isyarat
Penderiaan Jauh
Pengurusan Projek
Sistem Maklumat Geografi (GIS)
Struktur Ladang
Teknologi Sensor
Tenaga
SENARAI BIDANG
Advanced Materials
Computational Methods in Engineering
Aerospace Engineering
Environmental Engineering
Automotive Engineering
Materials Engineering
Biochemical Engineering
Biomedical Engineering
Electronic Engineering
Photonics Engineering
Geospatial Engineering
Geotechnical and Geological Engineering
Green Engineering
Industrial Engineering
Chemical Engineering
Wireless Communications and Networks Engineering
Highway and Transportation Engineering
Food Engineering
Mechanical Engineering
Packaging Engineering
Agricultural Process Engineering
Agricultural Waste Engineering
Control System Engineering
Computer and Embedded Systems Engineering
Manufacturing Systems Engineering
Structural Engineering
Water Resources Engineering
Soil and Water Engineering
Electrical Power Engineering
Safety, Health and Emergency Management
Agricultural Mechanisation and Automation
Nanosciences
Nanotechnology
Signal Processing
Remote Sensing
Project Management
Geographic Information System (GIS)
Farm Structures
Sensor Technology
Energy
Timbalan Dekan, Bahagian Pengajian Pasca Siswazah, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia Tel : +603-8946 6266 / 6253 Fax : +603-8656 7103 E-mel : [email protected]
HUBUNGI KAMI