fakulti pendidikan dan sains sosialaplikasi.ipgkrajang.edu.my/komputasional/contoh_instrumen.pdf ·...
TRANSCRIPT
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
1
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
Saudara dan saudari yang dihormati,
Saya ingin memohon jasa baik dan kerja sama daripada pihak tuan/puan/cik supaya
menglengkapkan Ujian Kecerdasan ini secara jujur dan ikhlas. Masa yang diperlukan bagi
melengkapkan ujian ini adalah 2 Jam. Sebarang maklumat yang diberi adalah RAHSIA dan
akan diproses secara berkumpulan.
Disediakan oleh:
(LU CHENG SOON)
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial
Universiti Selangor Malaysia (UNISEL)
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
2
LAMPIRAN 1
BAHAGIAN I: MAKLUMAT DEMOGRAFI
Kumpulan: PISMP _________________________________________
Jantina (lelaki / perempuan): __________________________________
Keputusan Akademik (CGPA): ________________________________
BAHAGIAN II: KEMAHIRAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL
Arahan:
Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan adalah bergantung kepada tahap
kesukaran yang ditunjukkan dalam kurungan setiap tajuk soalan. Skema
pemarkahan adalah ditunjukkan dalam jadual berikut:
Markah (%)
Tahap Kesukaran Betul Tidak Menjawab Salah
(i) 1 0 -1
(ii) 3 0 -2
(iii) 6 0 -3
A – LERAIAN (DECOMPOSE)
Soalan A1: Tetingkap Lucu (i)
Tetingkap sesebuah kapal adalah sama ada lutsinar atau gelap sedikit. Jika berdiri di tepi kapal
itu, anda dapat melihat melalui kedua-dua belah tetingkap kapal tersebut sekali. Hasil warna
akhir adalah bergantung kepada warna kedua-dua belah tetingkap yang dilihat dan ditunjukkan
seperti gambarajh berikut:
Kapten Krysta telah menunjukkan warna kedua-dua belah tetingkap kapalnya seperti dalam
rajah-rajah berikut:
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
3
Jika anda berdiri di tepi kapal itu dan melihat melalui kedua-dua belah tetingkap satu per satu,
apakah warna akan anda nampak?
(a) (b
(c) (d)
Soalan A2: Muatan Lisa (i)
Anda mempunyai dua bot yang bernama ‘Lisa 1’ dan ‘Lisa 2’. Setiap bot boleh menampung
berat kargo semaksimum 300 kg. Pada suatu hari, anda diminta oleh rakan anda untuk
mengangkut kargo ke seberang sungai. Berat setiap kargo adalah ditunjukkan dalam rajah
berikut:
Jika anda hanya dapat menolong mengangkut sekali sahaja, bagaimanakah anda memilih
supaya kargo yang diangkut adalah maksimum?
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
4
Lisa 1 Lisa 2
(a) 220,60 130,120
(b) 130,100,60 120,90,90
(c) 120,100,60 130,90
(d) 100,90,90 220,60
Soalan A3: Pakar Sihir (ii)
Seorang pakar sihir dapat menterjemahkan suatu objek kepada suatu objek yang baharu. Dia
dapat menterjemahkan:
Dua semanggi kepada satu duit syiling,
Satu duit syiling dan dua semanggi kepada satu ruby,
Satu ruby dan satu semanggi kepada satu mahkota,
Satu duit syiling, satu ruby dan satu mahkota kepada satu anak kucing.
Berapakah semanggi yang diperlukan oleh pakar sihir itu untuk mencipta satu anak kucing?
(a) 10 (b) 11 (c) 12 (d) 13
Soalan A4: Makanan Tengahari Memerang (ii)
Gambar rajah berikut menunjukkan kombinasi set makanan tengahari memerang.
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
5
Terdapat pelbagai jenis bekas makanan di bawah dulang itu. Angka-angka yang ditunjukkan
di atas bekas makanan mewakili bilangan bekas jenis tersebut yang boleh dimasukkan ke dalam
dulang itu. Setiap bekas hanya boleh menyimpan makanan yang ditunjukkan di bawahnya.
Angka-angka yang ditunjukkan di atas makanan menunjukkan bilangan makanan jenis tersebut
yang boleh dimasukkan ke dalam bekas makanan itu.
Antara kombinasi set makanan berikut, manakah satu BUKAN set makanan tengahari
Memerang yang betul?
Soalan A5: Perhiasan Gantungan (iii)
‘Perhiasan Gantungan’ merupakan sehelai kertas seni yang tergantung dari siling. Ia diperbuat
daripada kayu dan gambar. Setiap kayu mempunyai beberapa titik di mana gambar-gambar
atau kayu lain yang mungkin melekat bersama. Selain itu, setiap kayu mempunyai satu titik
gantungan, dari mana ia melekat bersama kepada satu kayu selanjutnya (atau kepada siling).
Contoh ‘Perhiasan Gantungan’ berikut dapat diwakilkan dengan menggunakan nombor dan
kurungan: (-3 (-1 1)(1 1)) (2 3)
Antara ‘Perhiasan-Perhiasan Gantungan’ berikut, manakah satu ‘Perhiasan Gantungan’ dapat
dibina dengan menggunakan perwakilan :
(-3 (-1 4)(2(-1 1)(1 1))) (2 (-1 6) (2 3))
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
6
(a) (b) (c) (d)
Soalan A6: Kad Kunci Hotel (iii)
Hotel Memerang telah memperkenalkan satu mekanisma kunci baharu. Setiap pelanggan
menerima satu kad plastik segi empat sama dengan 7 x 7 bulatan kecil di atasnya. Setiap
bulatan kecil sama ada ditebuk lubang atau tidak. Satu contoh kad kunci telah ditunjukkan di
bawah.
Pintu pada setiap bilik hotel mempunyai pembaca kunci (key reader) yang dapat menerima
kunci dan menyemak pola tebukan pada kunci itu. Memandangkan kad kunci itu adalah
berbentuk segiempat sama dan muka depan dan belakang adalah kelihatan sama, maka pola
tebukan seharusnya berbentuk simetri.
Berapakah kad kunci yang berlainan dapat dicipta dengan menggunakan mekanisma ini?
(a) 16 (b) 49 (c) 1024 (d) 65536
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
7
BAHAGIAN B – POLA (PATTERNS)
Soalan B1: Belon Hari Jadi (i)
Ibu memerang telah membeli 10 biji belon yang terdiri daripada 3 jenis warna dan telah
dilabelkan dengan integer daripada 0 hingga 9, sebagaimana ditunjukkan dalam rajah berikut.
Jika ibu memerang dilahirkan pada tahun 1983, bolehkah anda membantu ibu memerang
memilih dan menyusun belon-belon mengikut tahun lahirnya dengan betul?
(a) Kuning, Merah, Hijau, Merah
(b) Kuning, Hijau, Hijau, Hijau
(c) Kuning, Merah, Merah, Hijau
(d) Kuning, Hijau, Merah, Hijau
Soalan B2: Rantai Mutiara Yang Ajaib (i)
Seorang puteri mempunyai seutas rantai mutiara ajaib seperti gambar berikut:
Apabila puteri ingin menyimpan rantai itu di dalam lacinya, dia akan buka rantai itu. Antara 4
utas rantai mutiara berikut, manakah satu rantai adalah rantai mutiara ajaib?
(a)
(b)
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
8
(c)
(d)
Soalan B3: Gelang (i)
Gelang Emily yang terputus kelihatan seperti berikut:
Antara empat gelang berikut, yang manakah satu gelang adalah BETUL jika ia disambung
balik?
Soalan B4: Haiwan Kekacang (i)
Gerald menggunakan biji kacang dan kayu untuk mencipta empat rangka haiwan seperti rajah
berikut.
Tapak Sulaiman Anjing Singa Laut Zirafah
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
9
Antara rangka-rangka berikut, manakah rangka berikut merupakan rangka asal anjing Gerald?
(a) (b) (c) (d)
Soalan B5: Animasi (ii)
Taro sedang merancang menghasilkan satu animasi yang terdiri daripada satu siri gambar
muka. Untuk membolehkan suatu animasi itu berjalan secara lancar, hanya satu ciri muka
sahaja boleh berubah dari satu gambar ke gambar berikutnya. Malangnya, gambar-gambar
tersebut telah bercampur aduk antara satu sama lain. Justeru, Taro terpaksa menyusun semula
gambar-gambar tersebut. Nasib baik dia masih ingat gambar yang terakhir, seperti gambar
rajah berikut.
Antara pilihan berikut, manakah satu telah disusun dengan betul?
(a)
(b)
(c)
(d)
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
10
Soalan B6: Bunga Api (iii)
Dua ekor memerang tinggal di tempat yang berjauhan dan bersetuju berkomunikasi dengan
cara mengecam kod bunga api yang ditembak ke langit. Terdapat dua jenis bunga api yang
digunakan untuk menghasilkan mesej. Gambar rajah berikut menunjukkan 5 perkataan mesej
yang dapat dihasilkan oleh kod bunga api tersebut.
Perkataan Kod
Masuk
Pokok
Batu
Sungai
Makanan
Contohnya, untuk menghantar mesej ‘makanan, masuk, makanan’, salah satu ekor memerang
seharusnya menembak bunga api seperti kod berikut:
Berapakah jenis mesej yang berlainan dapat dihasilkan oleh turutan kod bunga api berikut?
(a) 1 (b) 2 (c) 3 (d) 4
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
11
BAHAGIAN C - PENISKALAAN (ABSTRACTIONS)
Soalan C1: Abakus (i)
Satu nombor pada abakus/sempoa Cina adalah diwakili oleh kedudukan maniknya. Nilai suatu
manik pada bahagian atas adalah mewakili 5, manakala nilai suatu manik pada bahagian bawah
adalah mewakili 1. Abakus dapat diset semula ke sifar dengan menolak semua manik menjauhi
pusat. Untuk mewakili nombor 1746503, manik-manik yang berkaitan perlu digerakkan ke
pusat abakus, sebagaimana ditunjukkan dalam rajah berikut.
Apakah nombor yang boleh diwakili oleh manik-manik abakus seperti dalam rajah berikut?
(a) 3014331 (b) 3014831 (c) 7014331 (d) 7014831
Soalan C2: Lalu Lintas di Pekan (i)
Terdapat jalan satu arah dan jalan dua arah dalam suatu pekan yang kecil. Untuk membantu
pemandu teksi pekan tersebut, satu jadual telah dilukis untuk menunjukkan laluan mana satu
perlu diikuti. Berikut menunjukkan peta dan jadual yang sepadannya.
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
12
Beaversville merupakan satu lagi pekan yang berdekatan tetapi lebih besar sedikit.
Sebagaimana ditunjukkan dalam rajah berikut.
Boleh tak anda membantu pemandu teksi menyediakan satu jadual untuk tujuan yang sama?
A B C D E
A √ B √ √ √
C √
D √ √ E √ √
A B C D E
A √ B √ √ √
C √
D √ √
E √ √
A B C D E
A √ B √ √ √
C √ √ D √ √ E √
A B C D E
A √ B √ √
C √ √
D √ √ E √ √
(a) (b) (c) (d)
Soalan C3: Melukis Bintang (i)
Stella sangat suka melukis bintang. Dia telah mencipta satu sistem untuk melabel bintang
berdasarkan bentuknya. Dia menggunakan dua nombor: nombor pertama menunjukkan
bilangan bucu bintang, manakala nombor kedua menunjukkan nombor bucu terdekat yang
dapat disambung oleh garis lurus dari salah satu bucu. Berikut merupakan empat contoh bagi
Sistem Pelabelan Stella.
Bagaimanakah Stella melabelkan bintang berikut?
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
13
(a) 10:3 (b) 10:4 (c) 10:5 (d) 10:6
Soalan C4: Melawat Rakan (ii)
En. Memerang mempunyai empat ekor rakan (W, X, Y, Z). Mereka tinggal dalam rumah yang
berlainan. Pada setiap hari, dia bertolak dari rumahnya dan melawat salah satu ekor rakannya.
Apabila En. Memerang sampai pada suatu persimpangan jalan, dia akan mengikut anak panah
yang ditunjukkan. Akan tetapi, dia akan memutar anak panah tersebut pada arah yang
bertentangan sejurus selepas dia melepasi persimpangan tersebut. Namum demikian, dia akan
mengabaikan arah anak panah semasa dia kembali ke rumahnya.
Pada hari pertama, dia melawat rakan W. Pada hari kedua, dia melawat rakan Y kerana dia
telah menerbalikkan kedua-dua anak panah pada hari sebelumnya, sebagaimana ditunjukkan
dalam rajah berikut.
Manakah satu rakan yang akan dilawati oleh En. Memerang pada hari ke 30?
(a) W (b) X (c) Y (d) Z
Soalan C5: RAID (iii)
RAID merupakan satu teknologi khas di mana beberapa cakera keras digabungkan dan
digunakan sebagai satu pemacu tunggal. Mari kita perhatikan dua jenis RAID berikut:
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
14
RAID 0:
Data anda disimpan antara dua cakera keras secara
berasingan. Ini bermakna setiap cakera keras menyimpan
data yang berlainan. Pemacu anda kelihatan dua kali ganda
lebih besar, tetapi risiko kehilangan data apabila salah satu
cakera keras rosak adalah sangat besar.
RAID 1:
Data anda akan disimpan pada salah satu cakera keras dan
satu salinan yang sama akan disimpan pada cakera keras yang
kedua. Ini bermaksud kedua-dua cakera keras menyimpan
data yang sama. Kapasiti pemacu gabungan ini BUKAN dua
kali ganda kapasiti cakera keras tunggal, tetapi jika salah satu
cakera keras rosak, anda masih ada satu salinan data pada
cakera keras kedua.
Antara susunan cakera keras berikut, mana satu susunan dapat menyelamatkan data anda
walaupun MANA-MANA DUA cakera keras telah rosak?
(a)
(b)
(c)
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
15
(d)
Soalan C6: Penterjemahan Terbaik (iii)
Aisha sedang cuba menterjemahkan satu ayat Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Purba. Setiap
perkataan akan diterjemahkan ke dalam simbol asing dulu. Terdapat beberapa simbol yang
mungkin bagi setiap perkataan, sebagaimana ditunjukkan di bawah setiap perkataan dalam
rajah berikut.
Angka pada setiap pasangan simbol menunjukkan tahap keserasian mereka diatur bersama
mengikut turutan itu. Angka yang lebih besar menunjukkan mereka lebih sesuai diatur
bersama. Ini bermaksud, penterjemahan yang terbaik bagi ayat Bahasa Inggeris ‘our school
serves fish today’ semestinya terdiri daripada 5 simbol asing yang menghasilkan jumlah skor
yang tertinggi. Antara pilihan-pilihan berikut, mana satu akan menghasilkan penterjemahan
terbaik?
our school serves fish today
(a)
(b)
(c)
(d)
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
16
BAHAGIAN D: ALGORITHMA (ALGORITHMS)
Soalan D1: Cendawan (i)
Tiga memerang sedang berdiri di dalam hutan. Setiap memerang ingin mencari
cendawan masing-masing. Anak panah-anak panah di sebelah kanan
menunjukkan arah yang diikuti oleh ketiga-tiga memerang tersebut.
Di manakah lokasi terakhir ketiga-tiga memerang tersebut?
(a)
(b)
(c)
(d)
Soalan D2: Larian Semuk (i)
Satu koloni semut sedang mengembara melalui satu hutan yang gelap. Memandangkan laluan
itu adalah sempit, maka mereka perlu bergerak sebaris dan satu mengikuti satu yang lain.
Apabila menemui lubang kecil semasa dalam perjalanan, mereka akan bergerak mengikut
cara berikut:
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
17
Seberapa banyak semut di hadapan akan melompat ke dalam lubang untuk memenuhi
lubang tersebut,
Baki koloni semut di belakang akan melintasi lubang itu,
Semut yang melompat ke dalam lubang akan memanjat keluar satu per satu mengikut
tertib songsang.
Rajah berikut menunjukkan cara bagaimana lima semut melintasi satu lubang kecil.
Jika suatu koloni semut yang terdiri daripada 7 semut ingin melalui hutan dan perlu melintasi
3 lubang kecil seperti rajah berikut, apakah susunan mereka selepas melintasi ketiga-tiga
lubang kecil itu?
(a) 2165347 (b) 4756123 (c) 5761432 (d) 6574321
Soalan D3: Merentas Desa (i)
Tiga memerang ingin bertanding berlari dalam larian merentas desa.
Memerang Coklat akan mendahului satu memerang semasa
berlari naik ke atas bukit.
Memerang Merah Jambu akan mendahului satu memerang
semasa berlari turun ke bawah bukit.
Memerang Hijau akan mendahului satu memerang semasa
berlari melintasi batu.
Rupa bentuk bumi adalah ditunjukkan dalam rajah berikut: naik ke atas bukit, diikuti batu-
bata, turun ke bawah bukit dan sedikit lagi batu-bata. Memerang Merah Jambu bermula pada
kedudukan pertama, diikuti oleh Memerang Coklat dan Memerang Hijau.
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
18
Apakah susunan memerang setelah tamat pertandingan larian?
(a) Memerang Coklat, Memerang Hijau, Memerang Merah Jambu,
(b) Memerang Coklat, Memerang Merah Jambu, Memerang Hijau,
(c) Memerang Merah Jambu, Memerang Coklat, Memerang Hijau,
(d) Memerang Hijau, Memerang Merah Jambu, Memerang Coklat.
Soalan D4: Keretapi (ii)
Terdapat 5 laluan keretapi di Bandar Memerang, iaitu laluan 1, 2, 5, 6 dan 8 seperti dalam rajah
berikut.
Diketahui rakan anda berada di stesen utama sekarang. Selepas setengah jam, keretapinya
bertukar arah pada stesen ke-3. Pada stesen berikutnya, keretapi rakan anda bertukar arah sekali
lagi. Rakan anda sampai ke destinasinya setelah keretapinya melalui 4 stesen keretapi lagi.
Cuba anda teka laluan keretapi mana satu diikuti oleh rakan anda.
(a) 2 (b) 5 (c) 6 (d) 8
Stesen
Utama
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
19
Soalan D5: Anda Tak Dapat Mencarinya (ii)
Memerang Alex dan memerang Betty menghantar mesej kepada satu sama lain dengan menggunakan
teknik pengekodan berikut.
Perkataan Perkataan
yang ingin selepas
mengekod pengekodan
Contoh: ‘BEAVER’ ‘REVAEB’ ‘VAEBRE’ ‘WBFCSF’
Memerang Betty telah menerima mesej selepas pengekodan ‘PMGEP’ daripada memerang Alex.
Apakah mesej asal yang ingin disampaikan oleh memerang Alex?
(a) FLOOD (b) KNOCK (c) LODGE (d) RIVER
Soalan D6: Kilang Mangkuk (iii)
Satu kilang menghasilkan set 6 mangkuk yang berlainan saiz. Satu tali penghantar yang
panjang menggerakkan mangkuk dari kiri ke kanan satu per satu. Pengeluaran mangkuk
meletakkan 6 mangkuk setiap set ke atas tali penghantar secara rawak, tanpa mengikut susunan
saiz. Sebelum mangkuk-mengkuk itu dibungkus, ia perlu disusun mengikut susunan seperti
rajah di bawah:
Untuk tujuan tersebut, pengurus kilang itu telah meletak beberapa pekerja sepanjang tali
penghantar tersebut. Apabila satu set mangkuk melalui seseorang pekerja, dia akan
menerbalikkan susunan dua mangkuk bertepian yang tersilap susun. Pekerja itu akan
meneruskan proses itu sehingga semua 6 mangkuk dalam set itu telah melaluinya. Rajah
berikut menunjukkan bagaimana proses itu berlaku apabila satu set yang mengandungi 6
mengkuk melalui seseorang pekerja.
Terbalikkan
Perkataan
Alih huruf ke
kiri sebanyak
2 tempat
Ganti setiap huruf
dengan huruf
selepasnya
mengikut abjad
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
20
Berapakah pekerja yang diperlukan sepanjang tali penghantar itu supaya satu set 6 mangkuk
dapat disusun dengan betul?
(a) 2 (b) 3 (c) 4 (d) 5
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
21
BAHAGIAN E: PENAAKULAN LOGIK (LOGICAL REASONING)
Soalan E1: Sistem Pengairan (i)
Keluarga memerang telah mencipta satu sistem pengairan untuk sawah padi mereka. Air
mengalir dari satu tasik di puncak bukit ke sawah padi yang bernombor 1 hingga 6. Sepanjang
terusan air, keluarga memerang telah memasangkan empat injap kawalan air, iaitu A, B, C dan
D, di mana air hanya dapat mengalir sama ada ke kiri atau ke kanan, sebagaimana ditunjukkan
dalam rajah berikut.
Untuk mengairi sawah padi bernombor 2, 4, 5 dan 6, air mesti mengalir mengikut arah:
Injap
A B C D
(a) R L R L
(b) L R R L
(c) R L L R
(d) L R L R
R = Kanan L = Kiri
Soalan E2: Injap Kawalan Air (i)
Keluarga Birchtree ingin menyalurkan air dari tasik di atas bukit ke ladang-ladang bunga
sahaja. Ladang-ladang tanaman lain mesti kering, sebagaimana ditunjukkan dalam rajah
berikut. Antara injap-injap kawalan air berikut, mana satu perlu dibuka dan mana satu perlu
ditutup supaya tujuannya tercapai?
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
22
Perlukan air Mesti kering
Injap
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
(a) B B B T B T T T T T B
(b) B B T B T T B T T T T
(c) B B B T B T T T T T B
(d) B B T B B T B T T T B
B = Buka T = Tutup
Soalan E3: Pencarian Harta Karun (i)
Dua rakan, Anna dan Bob, sedang mencari harta karun dalam suatu taman. Mereka sedang
berdiri pada tempat yang sama dan aplikasi telefon pintar mereka telah menunjukkan arah
tempat di mana harta karun mereka berada. Anna ingin mencari kotak harta karun 1 manakala
Bob ingin mencari kotak harta karun 2, sebagaimana ditunjukkan dalam rajah di bawah.
1
1
2
3
4
5
6
7 8
9
10
11
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
23
Di manakah Anna dan Bob berada sekarang?
(a) (b) (c) (d)
Soalan E4: Pertandingan Haiwan (ii)
Sejumlah sembilan haiwan (anjing dan memerang) mengambil bahagian dalam suatu
pertandingan. Mereka mendapat skor-skor seperti ditunjukkan dalam rajah berikut:
Diketahui (i) skor anjing tidak pernah melebihi skor memerang, (ii) seekor anjing diikat
bersama dengan seekor memerang, dan (iii) dua ekor anjing lagi diikat bersama. Berapakah
ekor anjing telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut?
(a) 2 (b) 3 (c) 5 (d) 6
Soalan E5: Kanggaru (ii)
Terdapat 10 buah pinggan dan 10 biji epal disusun sebaris, sebagaimana ditunjukkan dalam
rajah berikut.
Seekor kanggaru sangat suka melompat. Mula-mula, ia melompat ke dalam pinggan A dan
mengutip epal di dalamnya. Selepas itu, ia hanya samada melompat dua pinggan ke depan atau
melompat tiga pinggan ke belakang, sebagaimana ditunjukkan dalam rajah di atas.
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
24
Diketahui bahawa kanggaru tersebut hanya akan melompat ke dalam pinggan yang
mengandungi epal sahaja. Jika kanggaru itu telah mengutip semua epal dalam pinggan
tersebut, epal dalam pinggan mana satukah akan dikutip terakhir?
(a) A (b) C (c) F (d) I
Soalan E6: Melambung Dadu (ii)
Semasa cuti akhir tahun persekolahan, beberapa ekor memerang sentiasa bermain bersama.
Untuk mengelakkan pergaduhan mengenai pemilihan tempat bermain, mereka bersetuju
tempat bermain mereka adalah ditetapkan oleh peraturan berikut melalui lambungan dadu yang
adil.
Antara turutan lambungan dadu berikut, manakah satu turutan akan menghantar mereka ke
padang sukan (sports field)?
(a)
(b)
(c)
(d)
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
25
BAHAGIAN F: PENILAIAN (EVALUATION)
Soalan F1: Tic Tac Toe (i)
Anda sedang bermain sejenis permainan ‘tic-tac-toe’ dengan rakan anda. Mula-mula, rakan
anda menandakan satu ‘o’ pada grid, kemudian anda menandakan satu ‘x’ pada grid dan
seterusnya secara bergilir-gilir. Sesiapa yang berjaya menandakan tiga tanda yang sama pada
grid secara mendatar atau menegak atau pepenjuru dikira menang. Selepas seketika, tanda-
tanda pada grid kelihatan seperti rajah berikut:
Sekarang, tibalah giliran anda untuk menandakan ‘x’ pada grid itu. Antara tempat-tempat yang
bertanda 1,2,3 dan 4, manakah satu tempat akan anda pilih supaya peluang menang adalah
paling besar?
(a) 1 (b) 2 (c) 3 (d) 4
Soalan F2: Pengkongsian Yang Adil (ii)
Hamid mempunyai satu bikar 4 liter yang penuh dengan bahan kimia berbahaya. Kazim
mempunyai satu bikar 3 liter yang kosong dan satu lagi bikar 1 liter yang kosong, sebagaimana
ditunjukkan di bawah.
4L 3L 1L
Hamid dan Kazim ingin berkongsi bahan kimia itu secara adil. Mereka memerlukan satu mesin
yang dapat membantu menuangkan bahan kimia itu dengan selamat. Ia akan berhenti apabila
bikar sumber sudah kosong atau bikar sasaran sudah penuh, mana-mana satu berlaku dulu.
Dengan menggunakan bilangan tuangan minimum, cari turutan tuangan mesin itu supaya
kedua-dua Hamid dan Kazim mendapat bahan kimia dengan kuantiti yang sama.
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
26
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5
(a) 4 3 4 1 3 1
(b) 4 3 3 1 1 4
(c) 4 1 1 3 4 1 1 3
(d) 4 1 4 3 1 4 3 1 1 4
Soalan F3: Telefon Bimbit (ii)
Keluarga memerang mempunyai tiga telefon bimbit tetapi kesemuanya tiada cas. Mereka ingin
mengecas ketiga-tiga telefon bimbit itu, tetapi mereka hanya mempunyai dua pengecas
(charger), sebagaimana ditunjukkan dalam rajah berikut.
Diketahui setiap telefon bimbit memerlukan masa 1 jam untuk mengecasnya sehingga penuh.
Oleh itu, apakah tempoh masa terpendek yang diperlukan untuk mengecas ketiga-tiga telefon
bimbit sehingga penuh?
(a) 1 Jam (b) 1 ½ Jam (c) 2 Jam (d) 3 Jam
Soalan F4: Rangkaian Kampung (ii)
Kampung anda akan menerima satu rangkaian tanpa wayar baharu yang terdiri daripada
beberapa menara rangkaian. Setiap menara rangkaian akan meliputi kawasan sebanyak 12
segiempat yang berlorek sebagaimana ditunjukkan dalam rajah berikut.
Rajah berikut menunjukkan taburan rumah (diwakili oleh segitiga) di kampung anda.
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
27
Jika menara rangkaian hanya boleh dibina pada titik persilangan garis mendatar dengan garis
menegak, berapakah menara rangkaian minimum yang diperlukan supaya isyarat wifi dapat
meliputi semua rumah di kampung anda?
(a) 3 (b) 4 (c) 5 (d) 6
Soalan F5: Kod Memerang Cepat (iii)
Keluarga memerang telah mencipta satu sistem pengekodan, Quick-Beaver Code (QB Code),
yang terdiri daripada beberapa segiempat sama dan dilabelkan, sebagaimana ditunjukkan
dalam rajah berikut.
256 128 64
32 16 8
4 2 1
Diketahui bahawa nombor yang ingin dienkod adalah bersamaan dengan jumlah nombor dalam
segiempat sama yang dihitamkan sahaja. Antara rajah-rajah berikut, manakah satu rajah telah
mengenkod satu nombor yang terbesar?
(a) (b) (c) (d)
UNISEL Lu Cheng Soon 7133000061
28
Soalan F6: Membina Satu Cip (iii)
Satu cip yang kecil adalah terdiri daripada satu grid hubungan (ditandakan sebagai dot).
Sebahagiannya sudah dihubungi (ditandakan sebagai segmen garisan), seperti ditunjukkan
dalam rajah berikut.
Penyambung biasanya hanya menghubungi dot secara bersebelahan, mengufuk atau menegak
sahaja. Jika kita ingin menghubungkan S dengan R dengan satu urutan penyambung yang
berterusan, tanpa menyentuh sebarang dot yang telah bersambungan, berapakah kaedah yang
berlainan yang dapat menghubungkan S dengan R sekiranya bilangan penyambung yang
minimum digunakan?
(a) 5 (b) 13 (c) 15 (d) 16
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA!!!
<<< TAMAT >>>