fakulti semester/tahun: kod kursus: tajuk...
TRANSCRIPT
�
�
FAKULTI
PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN
SEMESTER/TAHUN:
MEI / 2012
KOD KURSUS:
HBML1203
TAJUK KURSUS:
PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
NO. MATRIK : 701113035210001
NO. KAD PENGENALAN : 701113-03-5210
NO. TELEFON : 017-9531719
E-MEL : [email protected]
NAMA TUTOR : ENCIK IBRAHIM B. IDRIS
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN KELANTAN
� � ����������������������������������
� ����������� �������������������������� ����� ��� �
�
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGHARGAAN 1
2.0 PENGENALAN 2 - 3
3.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI KONSONAN 4 - 14
BAHASA MELAYU
4.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL 15 - 24
BAHASA MELAYU
5.0 PERBEZAAN FONEM DAN ALOFON 25 -27
SERTA CONTOH-CONTOHNYA
6.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU 28 -29
DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENGAJARAN
KEMAHIRAN LISAN
7.0 KESIMPULAN 30
8.0 RUJUKAN 31
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
��
�
1.0 PENGHARGAAN
Syukur Al-hamdulillah, dengan izin Allah S.W.T dapatlah disiapkan tugasan Pengenalan Fonetik
dan Fonologi Bahasa Melayu(HBML1203) ini.
Tugasan ini banyak memberi ilmu yang amat berguna kepada saya sepanjang
menyiapkannya. Seterusnya, jutaan penghargaan dikalungkan buat pensyarah pembimbing
Encik Ibrahim b. Idris yang banyak membantu memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada
saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar dari beliau, tidak
mungkin saya boleh menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Semoga dengan terhasilnya
kertas kerja ini mampu memberi sumbangan yang besar dan bermakna kepada pembaca yang
menatapnya.
Akhirnya, terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha saya untuk
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Jasa kalian amat saya hargai. Sekian.
Wassalam.
Ikhlas dari penulis:
Salina bt. Said,
701113035210001
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
��
�
2.0 PENGENALAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Penggunaan alat
pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu.
Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan
alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah,
lelangit dan pita suara.
Proses penyampaian dan penerimaan bunyi yang dituturkan oleh manusia menerusi
sistem bunyi bahasa. Oleh itu alat dan peranan beberapa organ seperti paru-paru, kotak suara,
epiglotis, rongga mulut menjadi mekanisme yang penting dalam proses tersebut. Dalam bidang
linguistik, kajian tentang bunyi bahasa disebut sebagai fonetik dan fonologi. Fonetik ialah
kajian yang berkaitan tentang sistem bunyi bahasa(akustik), dan pendengaran (auditori). Di
antara bidang-bidang fonetik iaitu fonetik artikulasi, akustik dan auditori. Ianya mempunyai
perbezaaan antara bunyi bahasa dan bunyi bukan bahasa. Manakala ilmu fonologi ditakrifkan
sebagai ilmu linguistik yang mengkaji bunyi bahasa manusia secara saintifik. Melalui bidang
ini, dapat menghuraikan, merumuskan dan menjelaskan segala bentuk bunyi yang tertentu.
Melalui ilmu fonetik ini akan memberi kefahaman kepada pendidik mengenai organ-
organ pertuturan, sifat bunyi yang dikeluarkan dan pendengaran kita pada bunyi-bunyi yang
dikeluarkan. Menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Pengetahuan
ini membolehkan kita mengesan faktor-faktor yang menyebabkan murid kita sukar untuk
mengungkapkan sesuatu bunyi bahasa. Di samping itu, para pendidik dapat mengenal pasti
sama ada bunyi yang dikeluarkan oleh murid kita betul atau tidak cara pengeluarannya.
Contohnya, jika bunyi itu dikeluarkan secara letupan maka hendaklah dikeluarkan secara
letupan.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
��
�
2.1 Alat-alat Pertuturan Manusia/ Organ Artikulasi
Organ artikulasi merupakan organ yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara
menghasilkan bunyi tersebut. Banyak alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa. Setiap
alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu artikulator
dan titik artikulasi. Alat ini akan menerbitkan bunyi setelah udara dari paru-paru dipam ke
dalam organ-organ yang terlibat. Menerusi aliran udara digunakan untuk mengeluarkan bunyi
bahasa.
����������� �������������������������������������������
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
��
�
3.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI-BUNYI KONSONAN BAHASA MELAYU
3.1 KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU
Konsonan ialah bunyi–bunyi bahasa yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat
sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang
dan udara keluar melalui rongga mulut, tekak atau rongga hidung� Bunyi –bunyi konsonan ada
yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.
3.1.1 Cara Membunyikan Konsonan Bahasa Melayu
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut
cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:
Rajah 3.1 :Carta konsonan Bahasa Melayu
Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan,
iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf
konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir
perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
��
�
3.1.2 Konsonan Letupan
Terdapat sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara yang ditahan dan dilepaskan
dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.
Bagi konsonan [p] dan [b]: Sekiranya lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan,
kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika mulut dibuka dengan
cepat, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tak bersuara
kerana pita suara tidak bergetar. Kalau pita suara yang bergetar, bunyi tersebut ialah letupan dua
bibir bersuara[b]. Rajah 3.2 menunjukkan bunyi letupan dua bibir.
Rajah 3.2 : Konsonan letupan [p] dan [b]
Konsonan [t] dan [d]: Udara akan tersekat sekiranya merapatkan dua bibir serta
mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Sekiranya
proses sekatan ini dilepaskan , akan terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Kalau pita suara
digetarkan lalu terbitlah bunyi letupan gusi bersuara[d]. Rajah 3.3 di bawah menunjukkan bunyi
letupan gusi.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
��
�
Rajah 3.3 : Konsonan letupan [t] dan [d]
Konsonan [k] dan [g]: Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara[k] dan letupan lelangit
lembut bersuara[g]. Bunyi [k] dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut
untuk menyekat arus udara. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak
bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi [g] pula, caranya sama
seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga
mulut menggetarkan pita suara. Rajah 3.4 di bawah menunjukkan konsonan letupan [k] dan [g].
Rajah 3.4: Konsonan [k] dan [g]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
��
�
Konsonan [j] dan [dZ]: Bunyi dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat hingga
ke lelangit keras bagi menyekat arus udara. Seterusnya lelangit lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara
ke rongga hidung. Ketika ini, pita suara direnggangkan, arus udara yang menerusi rongga mulut
tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras
dilepaskan perlahan-lahan. Bagi menghasilkan konsonan [j] melalui proses yang sama dilakukan
tetapi pita suara turut bergetar. Rajah 3.5 menunjukkan konsonan letupan [j].
Rajah 3.5 Konsonan letupan [j]
Konsonan atau hentian [?]: Hentian glottis ini terhasil melalui cara lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung.
Apabila pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru akan tersekat pada
bahagian rapatan pita suara akan menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glottis akan
dihasilkan. Rajah 3.6 menunjukkan konsonan letupan [?].
Rajah 3.6 : Konsonan letupan [?]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
��
�
3.1.3 Konsonan Geseran [s]
Konsonan geseran [s] ianya bermula dengan hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk
membuat sempitan pada arus udara. Ketika ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan.
Arus udara melalui rongga mulut tanpa mengetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi [s], bunyi
geseran gusi tak bersuara. Rajah 3.7 di bawah menunjukkan konsonan geseran [s].
Rajah 3.7 : Konsonan geseran [s]
Manakala konsonan[h] pula iaitu udara keluar melalui pita suara yang renggang dengan
rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal, bunyi [h] yang dinamakan
bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan. Rajah 3.8 di bawah menunjukkan konsonan
geseran [h]
Rajah 3.8: Konsonan geseran [h]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
��
�
2.1. Konsonan Getaran
Konsonan getaran [r] berlaku apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara
melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikan. Bunyi
yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara [r]. Rajah 3.9 di bawah menunjukkan
konsonan getaran [r].
Rajah 3.9 : Konsonan getaran [r]
2.1.4 Konsonan Sisian
Konsonan sisian [I] pula berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara
tersekat. Lelangit lembut dinaikkan maka pita suara bergetar. Melalui bahagian tepi lidah udara
akan keluar.Bunyi yang akan dihasilkan dinamakan bunyi sisian gusi bersuara[I]. Rajah 3.10
menunjukkan konsonan sisian[I].
Rajah 3.10: Konsonan sisian [I]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
� �
�
2.1.5 Konsonan Sengauan (nasal)
Terdapat empat bunyi nasal yang berbeza dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini berlaku
apabila daerah udara disekat berlaku pada rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit
lembut dinaikkan.
Pertama, konsonan sengauan [m], berlaku apabila dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dinamakan
sengauan dua bibir bersuara [m]. Rajah 3.11 menunjukkan konsonan sengauan [m].
Rajah 3.11 : Konsonan sengauan [m]
Keduanya, konsonan sengauan [n] pula hujung lidah dinaikkan ke gusi.Bunyi yang dihasilkan
ini dinamakan sengauan gusi bersuara [n]. Rajah 3.12 menunjukkan konsonan sengauan [n].
Rajah 3.12: Konsonan sengauan [n]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Ketiga, konsonan sengauan [n] berlaku tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang
dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [n]. Rajah 3.13 di bawah
menunjukkan konsonan sengauan [n]
Rajah 3.13: Konsonan sengauan [n]
Manakala keempat, belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara [ng]. Rajah 3.14 di bawah menunjukkan
konsonan sengauan [n].
Rajah 3.14 : Konsonan sengauan [n]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
2.1.6 Separuh Vokal
Bunyi separuh vokal dihasilkan apabila kedudukan lidah dalam keadaan tidak tetap,
tetapi bergerak dan membuat luncuran. Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal iaitu fonem
konsonan [w] dan separuh vokal [j].
Pertama, fonem konsonan[w] ini berlaku di peringkat awal lidah seperti untuk membunyikan
[u], kemudian bergerak pada vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir
bersuara. Rajah 3.15 menunjukkan separuh vokal [w].
Rajah 3.15: Separuh vokal [w]
Keduanya , separuh vokal [j] pula kedudukan lidah adalah seperti untuk membunyikan [i],
kemudiannya bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal
lelangit keras bersuara. Rajah 3.16 di bawah menunjukkan separuh vokal[j].
Rajah 3.16: Separuh vokal [j]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
2.1.7 Konsonan Pinjaman
Konsonan yang dimasukkan ke dalam Bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang
dipinjam. Konsonan dalam kata pinjaman banyak digantikan dengan konsonan Melayu seperti
bunyi-bunyi dalam bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g], [dh] menjadi [d],
[dz] menjadi [z]. Terdapat juga bunyi asalnya terus digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi
tersebut adalah bunyi-bunyi geseran.
Bagi konsonan pinjaman [f] dan [v] ini berlaku apabila bunyi-bunyi yang dihasilkan
dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit
lembutdinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi
tidak bersuara. Bagi membunyikan [v] pita suara bergetar akan menghasilkan bunyi geseran bibir
gusi bersuara. Rajah 3.17 di bawah menunjukkan konsonan pinjaman [f] dan [v].
Rajah 3.17 : Konsonan pinjaman [f] dan [v]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Melalui fonem [z] pula bunyi ini dihasilkan seperti menghasilkan [s]. Proses
membunyikan [z] adalah berbeza apabila pita suara bergetar. Konsonan ini dinamakan geseran
gusi bersuara. Rajah 3.18 di bawah menunjukkan konsonan pinjaman [z].
Rajah 3.18 : Konsonan pinjaman [z]
Konsonan pinjaman [s] pula, bunyi-bunyi dihasilkan apabila lelangit lembut dinaikkan
dan depan lidahdinaikkan ke lelangit keras.Pita suara tidak bergetar. Geseran yang dihasilkan
dinamakan geseran gusi lelangit keras. Rajah 3.19 di bawah menunjukkan konsonan pinjaman
[s].
Rajah 3.19 : Konsonan pinjaman [s]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
4.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI VOKAL BAHASA MELAYU
Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari
paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya
dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Vokal dalam Bahasa Melayu ini terbahagi
kepada iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.
4.1.1 CIRI-CIRI BUNYI VOKAL
Di antara ciri-ciri bunyi vokal ialah bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Vokal juga
merupakan bunyi yang bersuara. Sewaktu menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral
tanpa sekatan. Selain itu, kedudukan lidah dan keadaan bibir akan menentukan sifat vokal ini.
4.1.2 Cara membunyikan huruf vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang
wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan
alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam
membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu. Rajah 4.1 menunjukkan kedudukan vocal dalam
Bahasa Melayu
Gambarajah 4.1: Kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Kedudukan bunyi vokal bagi vokal hadapan dengan mennyebut bunyi akhir dalam kata
keli, depan lidah dinaikkan tinggi ke dalam mulut. Antara depan lidah dan lelengit keras terdapat
saluran sempit untuk udara keluar. Pada huruf akhir perkataan keli, dilambangkan [i]. Lambang
[i] ini ialah lambing fonetik. Manakala bunyi [e] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih
luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal[i].
Rajah 4.2 di bawah menunjukkan kedudukan bunyi vokal dalam bahasa Melayu.
Rajah 4.2 : Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu
Setelah menyebut bunyi [i], pegang tulang rahang dan sebut bunyi [a]. Dapat dirasakan
tulang rahang turun. Manakala saluran udara menjadi luas kerana depan lidah juga diturunkan.
Jadi bunyi [a] adalah bunyi vokal hadapan luas.
Manakala kedudukan bunyi bagi vokal belakang pula, jika menyebut bunyi akhir dalam
kata batu. Vokal ini adalah vokal [u]. Bunyi ini dihasilkan apabila bibir dibundarkan dan
belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Vokal [o] juga merupakan vokal
belakang, namun kedudukan belakang lidah lebih rendah ketika kita menghasilkan bunyi [u].
Rajah 4.3 menunjukkan kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a],[u] dan [i].
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Rajah 4.3 : Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i]
Terdapat satu vokal tengah [a]. Kedudukan vokal ini dihasilkan dengan meletakkan
tengah lidah dengan lelangit. Bibir dihamparkan. Manakala kedudukan bunyi vokal yang
dinasalkan ialah vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal. Pada ketika ini lelangit
lembut diturunkan. Vokal ini dikenali vokal yang dinasalkan dengan lambang vokal[~].
4.1.3 Cara Penghasilan Vokal
Vokal dihasilkan tanpa sekatan sewaktu diujarkan. Semua vokal dalam bahasa Melayu
bersuara, pita suara akan bergetar dan aliran udara akan keluar tanpa sekatan. Cara penghasilan
vokal dinyatakan sebagaimana berikutnya.
Vokal hadapan sempit [i]. cara membunyikan dengan keadaan bibir hampar. Depan lidah
dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
keras. Kemudian anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat
menggetarkan selaput suara. Rajah 4.4 di bawah menunjukkan vokal hadapan sempit[i].
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Rajah 4.4 : Vokal hadapan sempit [i]
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
ikan kira tali
ibu lihat padi
Vokal hadapan separuh sempit [e] terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Untuk
menghasilkannya vokal ini dengan keadaan bibir hampar. Sewaktu menyebutnya kita dapati
lidah berada tidak tinggi atas seperti vokal [i] dan tidak di bawah seperti vokal [a], tetapi berada
di tengah. Semasa menyebutnya hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi
vocal [i] manakala alat-alat lain serupa peranannya. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan
bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-
paru keluar ke rongga hidung Pita suara dirapatkan. Rajah 4.5 di bawah menunjukkan vocal
hadapan separuh sempit[e].
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Rajah 4.5: Vokal hadapan separuh sempit[e]
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan separuh sempit [e] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
ela? merah tauge
Elo? leher tempe
Vokal hadapan separuh luas atau lapang [�]. Cara membunyikannya dengan keadaan
bibir hampar. Hadapan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. Anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut. Pita suara bergetar. Rajah 4.6 di bawah
menunjukkan vokal hadapan separuh luas [�].
Rajah 4.6 : Vokal hadapan separuh luas [�]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
� �
�
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [�] seperti pada
perkataan berikut:
Awal Tengah Akhir
esa belek tauge
enak belok tempe
Vokal hadapan luas atau lapang [a] ini merupakan vokal yang terletak jauh di bahagian
bawah dengan keadaan bibir hampar serta mulut kita dalam keadaan terbuka luas. Hadapan
lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut bagi
menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru
keluar ke rongga mulut. Pita suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa
Melayu. Rajah 4.7 di bawah menunjukkan vokal hadapan luas [a].
Rajah 4.7 : Vokal hadapan luas [a]
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal hadapan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal Tengah Akhir
awan tapai bola
anak maka supaya
Terdapat empat vokal belakang dalam Bahasa Melayu; [u,o, �,a]. Kecuali vokal[a] vokal yang
lain membundarkan dua bibir. Di antaranya adalah seperti berikutnya ;
Vokal belakang sempit [u]. Bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk
menyempitkan rongga mulut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung. Pita suara bergetar. Rajah 4.8 di bawah menunjukkan vokal belakang sempit [u].
Rajah 4.8 : Vokal belakang sempit [u]
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang
berikut:
Awal Tengah Akhir
baru bulat mulut
ular sudu pupus
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya dengan belakang lidah
dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
lembut. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung. Udara dari
paru-paru ke luar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan. Rajah 4.9 di bawah menunjukkan
vokal belakang separuh sempit [o].
Rajah4.9 : Vokal belakang separuh sempit [o]
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal Tengah Akhir
oleh tolong boleh
otak bohong koko
Vokal belakang separuh luas [�]. Cara menghasilkannya dengan belakang lidah
dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut . Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi
menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru
ke luar ke rongga mulut. Pita suara digetarkan.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas seperti [�] seperti pada perkataan
yang berikut:
Awal Tengah Akhir
orang borong soto
oleh bolot teko
Vokal tengah pendek[�]. Cara membunyikannya dengan keadaan bibir antara hampar
dengan bundar. Tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh
lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut. Pita
suara bergetar. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [�] seperti pada perkataan
berikut:
Awal Tengah Akhir
emak penat sosialisme
empat tenat behaviorisme
(a) Vokal Sengau
Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi vokal sengauan, rongga hidung terlibat sama, lelangit
lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila
rongga hidung tidak tertutup rapat, udara keluar dari kedua-dua rongga, iaitu rongga hidung dan
mulut. Ianya dipengaruhi oleh bunyi konsonan di hadapan atau di belakang vokal itu. Rajah 4.10
menunjukkan vokal sengauan.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
��������������������������������� �
Rajah 4.10 :Vokal sengauan
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
5.0 PERBEZAAN DI ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM
FONOLOGI BAHASA MELAYU
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Fonem juga merupakan yang bermakna,
atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada
empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang
berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m
adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Manakala alofon
merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Ianya merupakan kelainan bunyi antara satu
sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem.Kelainanan bunyi yang tergolong ke
dalam satu fonem ini terjadi kerana pengaruh oleh bunyi tertentu samada terdahulu atau
terkemudian daripadanya.
Contoh fonem
Dalam pelaksanaan bunyi-bunyi ujaran, terjadilah pengaruh timbal-balik antara bunyi-
bunyi ujaran yang berdekatan. Pengaruh timbal-balik itu terjadilah perubahan-perubahan bunyi-
ujaran; ada perubahan yang jelas kedengaran, ada yang kurang jelas kedengaran perubahan yang
tidak jelas misalnya fonem /a/ yang berada dalam suku kata /a/ yang berada dalam suku kata
terbuka kedengarannya lebih nyaring bila dibandingkan dengan fonem /a/ yang terdapat dalam
suku kata tertutup. Bandingkan antara /a/ pada kata:pada, kata, rata , dengan pada kata: bedak,
tidak, sempat , dan lain-lain.
Sebagai contohnya sekiranya p diganti dengan m maka palu akan bertukar menjadi malu.
Oleh itu, p dan m adalah unit yang terkecil yang berfungsi kerana unit tersebut akan
membezakan maksud ujaran. Fonem juga boleh difahami sebagai unit yang terkecil yang
membezakan makna, boleh dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan.
Contohnya, pasangan minimal pedang dengan petang mempunyai bunyi yang berbeza iaitu bunyi
d dan bunyi t. Perkataan pedang mempunyai hampir sama dengan perkataan petang. Ianya
dibezakan dengan bunyi d dan t. Melalui konteks ini, bunyi d dan t merupakan bunyi distingtif
yang boleh membezakan makna. Bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi
fonem itu
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan agar memberi lebih kefahaman,
contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, ini
disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang
terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu
yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh
dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam
kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.
Contoh yang seterusnya ialah pasangan minimal perkataan sayang dan wayang. Pasangan
minimal saying dan wayang inidibezakan oleh fonem s dan w. Kedua-duanya merupakan unit
yang terkecil yang membezakan makna pasangan minimal saying dan wayang. Oleh itu s dan w
merupakan unit-unit yang terkecil yang membezakan makna pasangan saying dan wayang. Maka
s dan w ini diletakkan di dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.
Contoh-contoh alofon
Misalnya, fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan
sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir
yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di
atas, fonem p mempunyai dua alofon.
Misalnya fonem /k/ dalam Bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi alafon
kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya misalnya alafon k. Bunyi alofon k terjadi kerana
terdapatnya dalam perkataan kiri( atau k yang diikuti oleh vokal depan i).
Bunyi k� terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh
vokal belakang u). Bunyi � terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup
seperti dalam perkataan kaka�. Dalam hal ini, alofon k, k� dan � adalah alofon-alofon daripada
keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k�, � iaitu adalah bunyi yang
mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari
segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Alofon juga berlaku daripada bunyi yang bervariasi bebas. Ianya bermaksud walaupun
bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham dengan paham namun
perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang sama. Beberapa
perkataan yang hampir sama dalam Bahasa Melayu iaitu dari segi sebutan tetapi maknanya
sama(tidak berbeza) misalnya perkataan agama, ugama dan igama. Meskipun perkatan agama,
ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza tetapi vokal a, u dan I adalah asalnya adalah
fonem yang membezakan makna kerana terdapatnya pasangan minimal masing-masing. Oleh
kerana itu, vokal a, u dan i adalah membezakan makna maka bunyi a, u dan i dikatakan fonem
dan bersifat alternasi bebas.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
6.0 SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU
Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu
kerana setiap satu bunyi merupakan satu segmen daripada arus tuturan. Kita akan
menuturkannya dengan segmen-segmen yang berbagai-bagai tingkat tekanan dan nada.
Adakalanya kita berhenti sementara sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu ducapkan
sama rata atau mendatar. Terdapat empat lagi unsur bahasa yang harus diberi perhatian seperti
tekanan, pendek, jeda dan panjang pendek. Unsur-unsur ini dinamakan suprasegmental.
6.1 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU
Setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus pertuturan. Kita
menuturkan segmen-segmen dengan berbagai tekanan dan nada . Adakalanya kita berhenti
seketika sehingga terdapat kumpulan kata. Setiap kata-kata itu diucapkan sama rata atau
mendatar. Di antara ciri-ciri suprasegmental adalah seperti berikut:
Sesesuatu tekanan merupakan ciri-ciri suprasegmental yang menunjukkan kelantangan
sesuatu suku kata bagi menandakan lembut atau kerasnya penyebutan bagi sesuatu suku kata
berkenaan. Lambang untuk tekanan ini ialah /’/ dengan diletakkan di atas suku kata yang
menerima tekanan itu misalnya /buda?/ Dalam Bahasa Melayu tekanan tidak menunjukkan
perbezaan makna.
Nada merupakan kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau
perkataan. Melalui nada ini ditandai dengan nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4
(tinggi sekali.Misalnya ayat penyata kebiasaannya dimulakan dengan nada 2: seterusnya nada itu
akan menaik apabila terdapatnya tekanan dan turun hingga 1.
2 3
Contoh : saya hendak balik.
Dalam Bahasa Melayu tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem dan
dinyatakan sebagai nada tidak fonemik.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
Jeda merupakan unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik sama ada
rangkai kata,perkataan dan ayat ini juga disebut sebagai jeda atau persendian. Lambang untuk
jeda ini ialah #. Unsur ini dapat membezakan makna.
Contohnya:
[#saya makan nasi ema?#] adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi
#ema?]
Panjang pendek merupakan kadar panjang atau pendeknya bagi sesuatu bunyi itu
diucapkan. Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora. Lambang [:] bermaksud
panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: : ] menunjukkan dua mora dan lambang
[.] adalah setengah mora. Dalam Bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan makna.
6.2 KEPENTINGAN SUPRASEGMENTAL DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN
LISAN BAHASA MELAYU
Di antara kepentingan suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan ialah membawa
makna yang dapat difahami yang mana suprasegmental boleh jadi bunyi suprasegmental dan
boleh juga jadi fonem suprasegmental. Bunyi supra mental boleh membezakan makna. Namun
hal ini kurang terdapat dalam bahasa Melayu. Dua kata yang sama berbeza bunyi segmen tidak
membawa apa-apa perbezaan makna. Contoh perkataan 'makan' dengan 'makannnnn' maknanya
tetap sama. Dalam bahasa Inggeris perkataan'export' dengan sebutan 'ex'port' akan membawa
makna yang berlainan. Oleh itu, ianya merupakan laras bahasa dalam membunyikan kata,
sebutan perlulah dilakukan dengan tepat dan jelas serta betul.
Selain itu, kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan kerana ianya mempunyai
imej atau lambang bagi fonem. Melalui fonem ini ialah [:] dinamakan mora. Lambang [:]
bermaksud panjang sebutan bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: : ] menunjukkan dua mora dan
lambang [.] adalah setengah mora. Unsur ini merupakan panjang pendek seseuatu bunyi yang
diucapkan dan tidak membezakan makna dalam kemahiran lisan Bahasa Melayu.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
� �
�
7.0 KESIMPULAN
Dalam bidang pendidikan , ilmu fonetik telah memainkan peranan yang penting khasnya
di peringkat sekolah rendah. Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia
secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi
manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam
menghasilkan bunyi bahasa. Pengetahuan tentang titik artikulasi ini dapat membantu guru
mengajar muridnya dengan baik. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan
sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam
menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam
menghasilkan bunyi.
Seterusnya, ilmu fonetik akan dapat memberi kefahaman kepada pendidik tentang organ-
organ pertuturan, sifat bunyi yang dikeluarkan dan pendengaran kita pada bunyi-bunyi yang
dikeluarkan. Suprasegmental dalam Bahasa Melayu adalah penting dalam pengajaran kemahiran
lisan. Ianya membawa makna yang dapat difahami yang mana suprasegmental boleh jadi bunyi
suprasegmental dan boleh juga jadi fonem suprasegmental serta dapat membezakan makna.
Manakala alofon juga berlaku daripada bunyi yang bervariasi bebas walaupun bunyi-bunyi itu
berbeza dalam perkataan tertentu. Selain itu, pengetahuan ini membolehkan kita mengesan akan
faktor-faktor yang menyebabkan murid kita sukar untuk mengungkapkan sesuatu bunyi bahasa.
Di samping itu, pendidik dapat mengenal pasti sama ada bunyi yang dikeluarkan oleh murid kita
betul atau tidak cara pengeluarannya.
� � ��������������
� ����������� ����������������������� ����� ��� �
�
���
�
8.0 RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Bahari.(2012). HBML 1203Fonetik dan Fonologi
Bahasa Melayu. Selangor : Open University Malaysia.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.
Petaling Jaya: Fajar Bakti.
http://achikkini.blogspot.com/2010/08/ulangkaji-hbml1203-pengenalan-fonetik_17.html
��!"##�$%������&� ���'����������(&�!(��%(�#� ��# �#)(�(�(&�$��*�$+(,��$'��$,(��(���� ���
http://cikgunoorsgi.blogspot.com/2010/10/fonologi-penfenalan.html
http://jpmipgmtaa.webs.com/Pro%20Forma/05_Proforma_BMM3108.pdf
��!"##-%�,&����(&�!(��%(�#� ��# �#���'�$�%�� ����