falsafah pendidikan kebangsaan
DESCRIPTION
FPKTRANSCRIPT
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1/21
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3.1 DEFINISI
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dulunya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal secara keseluruhannya dengan rapid an teliti
oleh pakar-pakar pendidikan. Penggubalan ini telah mengambil kira pelbagai jenisaspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara.
Berdasarkan kepada pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun
Negara dan cirri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK) telah digubal dan diumumkan secara rasminya pada
tahun 1988. Falsafah ini akan dapat menentukan haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada semua usaha dan segala rancangan dalam bidang pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dinyatakan berikut akan menentukan arah
haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
3.2 MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti berikut iaitu percaya dan patuh
kepada Tuhan. Selain itu, mereka akan berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.Mereka juga akan berasa tanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara.
Justeru itu, mereka akan memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini.
Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka
matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai
aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara
Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati
cirri-ciri:
1. Percaya kepada tuhan.
2. Berakhlak mulia.
3. Berilmu pengetahuan.
4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.
5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2/21
Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap
supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf
ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada
Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan
dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan dicerobohkerana pengkhianatan rakyatnya.
Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan
prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan
perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang
membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara
Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi
teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan
kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada
undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.
Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi
sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan
yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong
dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat
ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju
berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam
merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-
murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan
bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan..kemakmuran.
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
seimbang, adalah diharapkan juga melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai matlamat pendidikannya,..iaitu..dapat melahirkan rakyat yang
bertangungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara
Malaysia yang mempunyai semangat ptriotik yang tinggi dalam diri. Selain itu, kita
dapat menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya
berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan
sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan pendidikan di sekolah.
Dalam melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta
mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan dalam
melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara, rakyat yang
memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi
dalam mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum serta mengurangkan jurang
perbezaan antara kaum dengan membekalkan kemudahan asas.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3/21
Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan
sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak.
Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai
nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkanperanan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni
ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.
3.3 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3.3.1..IMPLIKASI..TERHADAP..KURIKULUM..DI..SEKOLAH
KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM(Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah) adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah
Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas ialah seperti sukatan
pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dankesinambungan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan (penyatuan
kemahiran-kemahiran) dan penyerapan (penyatuan isi) sentiasa dititikberatkan
Penekanan baru diberi kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan
dalam setiap matapelajaran yang di ajar di sekolah. Program pendidikan disusun agar
dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum diperkenalkan
untuk memberikan peluang kepada pendidikan teknik dan vokasional
Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum
Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan
Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskanPengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan
Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris
Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari.
Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang
berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan
pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati
di kalangan pelajar kerana setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini
adalah bersalahan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin
melahirkan individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan jugadiserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan
yang umum. Semua rakyat mampu untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman
dahulu hanya golongan berada sahaja yang mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk
melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa Malaysia ke arah
yang maju dan tidak ketinggalan.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
4/21
3.3.2 IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIK
Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan
tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi :
Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif
terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita Falsafah PendidikanKebangsaan. Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan..serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru
memahami sistem pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi
pendidikan.
Guru boleh diperolehi di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh
menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan mengeluarkan generasi yang
bertanggungjawab membantu merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar
bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untukmembolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang berteraskan
teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi guru
yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk
memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak
sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan
memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti,
menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.
..berakhlak..mulia.
3.3.3 IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN
Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita FPK. Ini meliputi :
Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang
mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani,
secara menyeluruh dan seimbang.
Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan.
Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk
merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini
adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolahjuga diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling
bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk
menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk
melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk budaya
membaca..dalam..kalangan..mereka.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
5/21
Kesimpulannya, implikasi-implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai
satu matlamat dan tujuan dan ia dinyatakan dalam bentuk falsafah iaitu:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
4.1 PERANAN-PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
4.1.1..PERANAN..FPK.DI..SEKOLAH
Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah PendidikanKebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang . Sekolah merupakan
institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.
Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu
dan selanjutnya memberi sumbangan kepada..khazanah..ilmu..yang..sedia..ada..
4.1.2 PERANAN FPK DALAM ASPEK KEPEMIMPINAN
Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah
iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di
Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan
guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah,membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah
yang..berlandaskan..FPK..
Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan
dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.
Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai
peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati
bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek
tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab,pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan
perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan
menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang
berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.
Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun
2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
6/21
mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk
instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan
masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan
pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational
leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan.
Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan
tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam
keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing
guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.
Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang
bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana
sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan
bertanggungjawab..terhadap..sesuatu..perubahan.
Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid
terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar
pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi
kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial
(iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan
menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid..(Rutter..et..al,1979).
4.1.3 PERANAN FPK DALAM ASPEK BUDAYA SEKOLAH
Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah,kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting
dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas
berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan
diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang
mesra, berasa tenteram serta melaksanakan
tugas..dengan..adil,..dedikasi,..gembira..dan..sempurna.
Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik
dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk
murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah danmesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.
Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek
fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.
Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah,
keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap,
keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
7/21
juga..keindahan..sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang
berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya
hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa
tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan.
Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmuseperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan
sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran
program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan
aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat
mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994),
tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan
budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan
tabiat..membaca..yang..berterusan.
Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaanbahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan,
perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan
penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris juga perlu diberi
perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang
mampu berdaya saing di peringkat global.
Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan
bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan
menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4.1.4 PERANAN FPK DALAM ASPEK KO-KURIKULUM
Aspek keempat pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga perlu
memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum.
Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan
di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan
secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah
adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-
aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak
kerja..yang..dijalankan..adalah..terancang.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-
sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan
murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai
perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani
dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
8/21
Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri ..sendiri.
Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan
peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu
juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka dalam
mendidik murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah sebenarnyaamat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid.
Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan
unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu memastikan
semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap
sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu
bidang..pendidikan.Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai
beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek
pembelajaran..dan..aspek..sosialisasi.
Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharapakan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid;
memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini; memajukan kemahiran, minat
dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri; mengukuhkan dan
memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas kerjaya pada masa
akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan..menyeronokkan.
Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-
murid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan..murid..juga..dapat..diwujudkan.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir danmembentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan
serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat. Secara
keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-
kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu,
membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu
disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu,
pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk
menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta
kemahiran masing-masing.
4.1.5 PERANAN FPK KEPADA GURU
Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan
FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru bertanggungjawab
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
9/21
Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga
bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti
menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-
satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yangakan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-
murid mempunyai minat..terhadap..pelajaran..itu.
Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai
cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main
peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah
bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua,
langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya
murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam
mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu.
Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif
pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan.
Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa
faedah..yang..besar..kepada..murid-murid.
Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang
diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman
murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah
lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami danpenerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta,
gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang
disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi
konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan
menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.
Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti
sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya
dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh
manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa
hadapan.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
10/21
4.1.6 PERANAN FPK DALAM ASPEK MENDISIPLINKAN PELAJAR
Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi.
Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsangperkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
sejajar..dengan..kemahuan..FPK..
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah
cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk
menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar
atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat
sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain,
mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia adamenerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.
Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam
membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan
mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama
warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat
sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan
sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan
melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran
dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah
memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.
Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlakupengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina
semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru
bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-
murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang
diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina
perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin,
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
11/21
pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.
Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah
tersebut adalah seperti berikut:
a) Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur.b) Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur.
c) Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi.
d) Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin.
e) Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi
peraturan-peraturan..sekolah.
f) Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan.
g) Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya
persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imejdan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan
hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang
cemerlang,gemilang dan terbilang.
4.2 PERKAITAN FPK DALAM PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Melalui FPK kita dapat menerapkan
kefahaman dalam diri pelajar tentang kepentingan mempelajari bahasa Melayu. Bahasa
Melayu yang merupakan bahasa pertuturan bukan hanya perlu dipelajari malahan perlu
dikuasai secara mendalam oleh semua pelajar dan guru di sekolah.
Dalam menjadikan kita seorang guru bahasa Melayu yang mampu bertuturdengan menggunakan bahasa standard memerlukan latihan yang berterusan.
Pengalaman belajar selama lima tahun di institut pendidikan guru(IPG) perlulah di
manfaatkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Hal ini perlu kerana masih ada
guru bahasa Melayu bertutur dalam bahasa dialek mereka sendiri. Ini akan
mengelirukan pelajar yang tidak mengetahui asas bahasa Melayu.
Sebagai guru yang akan mengajar matapelajaran bahasa Melayu di sekolah
rendah. Bahasa yang digunakan hendaklah betul kerana pada peringkat ini, pelajar
akan mengambil dan menerapkan gaya pertuturan yang telah diajar kepada mereka.
Melalui FPK , seorang guru mampu menjadi guru yang berkeperibadian lebih
unggul dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi,intelektual, dan sosial. Pelajar yang mampu bertutur dengan menggunakan bahasa
kebangsaan dengan baik akan melahirkan individu yang cinta akan Negara dan mampu
berbakti kepada nusa dan bangsa.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
12/21
kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan
(FPK) adalah bergantung kepada berdasarkan sekolah itu sendiri, aspek-aspek
kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini
akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK
atau tidak. Kejayaan dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu
menjana dan membina modal insan yang berkualiti.Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal
insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggI dan perlu mampu untuk berfikir secara kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-
peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan guru amat penting dalam menyahut
cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran masyarakat dan negara.
6.0 REFLEKSIBerdasarkan tugasan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang telah saya kaji,saya telah memahami konsep-konsep yang ingin dilaksanakan oleh FPK dalam systempendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi penanda araskepada perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ini. FPK sangat berguna bagisemua pihak terutama saya yang akan berkecimpung di dalam bidang pendidikan tidaklama lagi.
Dalam sukatan pelajaran, FPK telah menetapkan bahawa penggabungjalinan
amat penting bagi memudahkan murid memahami isi yang ingin disampaikan oleh gurupada setiap mata pelajaran. Hal ini menyedarkan saya bahawa perkembanganpendidikan di Malaysia bermula dari satu Rukun Negara yang diterapkan dalam jiwamurid pada masa kini.
Saya juga telah mengetahui proses pembentukan Falsafah PendidikanKebangsaan dan elemen-elemen serta implikasinya terhadap sistem pendidikan diMalaysia. Saya mengharapkan sistem ini akan digunakan berterusan dan tidakdisalahgunakan oleh mana-mana pihak dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Saya sebagai bakal pendidik akan menerapkan konsep falsafah ini dalam dirisaya supaya saya dapat menggunakannya di masa akan dating. Walaupun sistempelajaran akan berubah namun konsep dan elemen yang terdapat dalam falsafah
pendidikan tidak akan digubal sewenang-wenangnya.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbingEncik Nordin Bin Tahir kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada sayasehingga saya mampu mendalami makna sebenar FPK dalam sistem pendidikanNegara ini.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
13/21
Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalh bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga
masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan berasal daripada dua istilah asas, iaitu falsafah dan pendidikan. Secara
keseluruhan, falsafah boleh dianggap sebagai satu panduan hidup kerana isu-isu yang difokuskan
adalah bersifat asas seperti ilmu, sumber ilmu, kewujudan manusia dan sebagainya. Maka, menurut
Kamus Pendidikan 1979, pendidikan pula merupakan satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk
memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang memberi
peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan
peribadi. Di samping itu, ia dijalankan dalam satu suasana yang terpilih serta terkawal yang
diinstitusikan dan dikenali sebagai sekolah. Takrifan ini adalah selari dengan pandangan Dewey,
seorang tokoh pendidik Barat yang terkenal. Beliau mengatakan bahawa Pendidikan adalah satu
proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kedudukan manusia. Sekolah dilihat sebagai
satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial. Oleh itu, sekolah memainkan
peranan yang penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan sosial yang pesat di kebanyakan negara termasuk Malaysia sejak tahun 1960-
an, telah meningkatkan harapan ibu bapa dan masyarakat terhadap peranan para guru di sekolah.
Keadaan ini telah menjadikan sekolah sebagai institusi penting menawarkan pengalaman indah
untuk semua murid daripada pelbagai keturunan, budaya dan tahap keupayaan fizikal serta
intelektual, untuk menimba sebanyak mungkin ilmu kemahiran. Dalam hal ini tanggungjawab ibu
bapa dan juga masyarakat terhadap anak-anak, seolah-olah telah berpindah kepada guru-guru di
sekolah. Justeru, untuk menangani perubahan ini, pihak sekolah telah merangka pelbagai
pendekatan demi memastikan generasi murid yang dilahirkan adalah seimbang dari segi emosi,rohani, jasmani dan intelek.
Mengapakah kita mengatakan sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan
falsafah pendidikan? Ini disebabkan sekolah telah meliputi beberapa aspek yang dapat
mengembangkan serta banyak membantu dalam proses merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Aspek-aspek tersebut termasuklah kepimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
14/21
dan disiplin. Kesemua aspek ini adalah saling berkaitan dalam proses merealisasikan falsafah
pendidikan kebangsaan dan masing-masing juga memegang watak yang tersendiri untuk
memainkan peranan mereka. Namun, jika kita inginkan matlamat merealisasikan falsafah
pendidikan kebangsaan dijalankan dengan lebih berkesan, maka kita haruslah meneliti Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan lebih terperinci lagi melalui analisis Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang merujuk kepada elemen-elemen yang terkandung dalamnya.
Mengenai kepimpinan, banyak teori telah dikemukakan. Ada teori yang dikemukakan
berasaskan sifat peribadi manusia, yang diasaskan kepada charisma seseorang. Kepada
setengah orang, perkataan kepimpinan mempunyai erti yang mendalam di mana seseorang
pemimpin itu dianggap orang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat menghasilkan
sesuatu yang agung. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua
sifat berikut: pengarah, pendorong, dan pembantu.
Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat kepimpinan di kalanganpelajar dan ia termasuklah latihan formal dan latihan tidak formal. Latihan formal ialah latihan yang
diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Sebaliknya, latihan tidak formal boleh didapati dari pengalaman aktitiviti atau kerja-kerja yang dibuat
sehari-hariadalah dipercayai latihan-latihan ini akan meningkatkan potensi memimpin seseorang
murid. Pihak sekolah boleh menggunakan perbelanjaan untuk program latihan kepimpinan seperti
kem persatuan, kem badan beruniform, seminar ataupun kursus yang dapat mencungkil bakat
kepimpinan pelajar. Sekolah-sekolah boleh merancang dan mengadakan berbagai bentuk dan cara
latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalah sama iaitu membentuk dan
menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan.
Malah, dalam aktiviti-aktiviti yang berkenaan, guru-guru boleh menunjukkan sifat kepimpinan
mereka agar boleh dijadikan sebagai teladan dan contoh kepada pelajar. Guru-guru boleh
mengadakan beberapa aktiviti yang mencabar, menarik yang dapat muncungkilkan sifat kepimpinan
murid. Contohnya, satu ahli jawatankuasa boleh ditubuhkan dalam sesuatu aktiviti dan setiap pelajar
ambil giliran untuk menjawat jawatan dalam jawatankuasa tersebut. Dengan itu, semua murid
adalah berpeluang untuk mendapat pengalaman dalam memimpin serta sifat kepimpinan mereka
dapat dicungkil.
Sifat kepimpinan yang dipupuk di kalangan murid dapat membentuk pelajar sebagai rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab. Aspek ini adalah penting untuk mewujudkan seseorang murid
yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dalam cara-cara tertentu.
Dalam hal ini, murid sebagai pemimpin bagi suatu aktiviti harus mengetahui keperluan dan motif
orang-orang yang bekerja dengannya, dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan.
Dia juga harus mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah
dan mencapai matlamat masa hadapan. Jika berjayanya membentuk sifat kepimpinan seseorang
murid yang berkesan, maka dialah seorang yang boleh dipercayai. Mereka akan sentiasa menyedari
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
15/21
bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik,
amanah, bersih dan cekap. Mereka juga senantiasa berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,
masyarakat, agama, bangsa dan negara sebagai tunggak negara dan pemimpin negara pada masa
depan.
Murid yang bersifat kepimpinan adalah berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri.
Mereka dapat berfikir dengan waras dan berjiwa tenang semasa ingin membuat keputusan atas
perkara kerana segala keputusan yang dibuat adalah penting dan adalah demi kepentingan
bersama. Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran
hidup ketika menghadapi masalah yang muncul tiba-tiba. Daya tahan fizikal dan mental yang tinggi
juga dapat dibentuk agar mereka mempunyai ciri-ciri berkebolehan untuk mengharungi liku-liku
hidup.
Selain daripada kandungan kurikulum dan operasi sistem pendidikan, suasana kognitif di
sekolah juga dipentingkan. Untuk mewujudkan aspirasi falsafah pendidikan negara, perludiwujudkan suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajaran dan
pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar.
Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial dan penggunaan bahasa.
Namun, guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah.
Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan dipentingkan. Bangunan dan kawasan sekolah yang
bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasan sekolah dengan adanya taman
bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaan kepada orang. Keselesaan dapat
diwujudkan dengan jadikan gangguan-gangguan kepada proses pengajaran dan pemelajaran pada
tahap minimum. Malah, langkah-langkah keselamatan harus diambil dan peraturan keselamatan
harus sentiasa digubal demi menjaga keselamatan sekolah dan murid.
Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk di kalangan
murid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika pelajar mengamalkan nilai murni tersebut
serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang dijalankan. Dengan itu, semua
ahli yang terlibat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan banyak pengalaman boleh dipelajari.
Contoh nilai murni yang dapat dipelajari adalah seperti hormat-menghormati, kekitaan dan
perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan.
Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas haruslah diajar agar murid
dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis. Contohnya penggunaan Bahasa Melayu
yang baik dan betul di dalam dan di luar bilik darjah mendatangkan faedah. Malah, penggunaan
Bahasa Inggeris pula sesuai dalam keadaan yang tertentu.
Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di kalangan pelajar. Sebagai
contohnya budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar, budaya
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
16/21
kaunseling atau budaya sukan, ia dapat membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iaitu
membaca, menulis dan mengira. Dengan mangamalkan malan tersebut, mereka akan sering
berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Malahannya, mereka akan
sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran demi menyebarluaskan ilmu.
Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.
Budaya sekolah juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Mereka mempunyai
perwatakan diri yang baik serta sering berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip
hidup seperti yang telah dipupuk dalam budaya sekolah.
Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti ko-kurikulum kini
menegaskan kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor selaras dengan
penerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam
satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalh berkait rapat
kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Ko-kurikulum merupakan suatuprogram pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajar melalui
aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensi dan minat
dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Selin itu, dalam objektif perlaksanaan ko-kurikulum, ia
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam bidang-bidang yang dipilih,
kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan dalam ko-kurikulum turut membantu proses
penyuburan diri bagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang yang berilmu pengetahuan,
pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, dan kebolehan memimpin. Ini boleh memberi
kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas,
keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin.
Selain dapat mempertingkatkan lagi keupayaan dan pengiktirafan diri pelajar ke arah
kecemerlangan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaaan, ia juga dapat
meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini boleh menjadikan pelajar-pelajar individu yang
bersifat inovatif dan kreatif di samping meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan
mengambilkira pelajar dalam melahirkan budaya cemerlang. Perlaksanaan ko-kurikulum juga
meningkatkan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan
masyarakat setempat. Kesemua ini dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam
kegiatan masyarakat dengan penuh keyakinan.
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
17/21
Guru dan pihak sekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis melalui ko-kurikulum. Maka, mereka haruslah memberi tumpuan utama kepada
pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk mengupas masalah dan cabaran
masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan
supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai.
Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara membolehkan pelajar belajar untuk berdikari, cerdas
berfikir dan mempercepatkan proses pergaulan di kalangan pelajar di samping mewujudkan
integrasi di kalangan kaum. Malah, aktiviti lain yang mencabar seperti berkhemah di hutan, berkayak
dan sukan membolehkan murid menguasai kemahiran tertentu, mengisi masa lapang dengan lebih
berfaedah serta mewujudkan perpaduan.
Pihak sekolah haruslah menitikberatkan perkembangan ko-kurikulum kerana ia memainkan
peranan penting dalam perkembangan potensi murid. Setiap individu telah diberkati Tuhan dengn
bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Jadi, guru haruslah mewujudkan peluang
untuk mempertingkatkan, mencungkil serta memupuk potensi dan kebolehan mereka. Pada masayang sama, pendidika seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi
dan kebolehan agar menjamin perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek iaitu intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Maka, bakat, potensi dan kebolehan ini tidak boleh dikembangkan secara
berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu
sama lain.
Aktiviti kokurikulum boleh membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang dapat
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Melalui ko-
kurikulum, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi, kekitaan, hormat-
menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan besar yang merangkumi
pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat tersebut, mereka dapat
mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan maruah diri, profesion, agama,
bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri dengan
mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi yang dipupuk semasa aktiviti kokurikulum. Ini
menjadikan mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.
Guru juga boleh melahirkan murid yang berilmu pengetahuan melalui ko-kurikulum kerana
biasanya aktiviti ko-kurikulum banyak menguji kemahiran murid. Melalui latihan dan ujian, mereka
dapat menguasai kemahiran asas dan mendapat banyak ilmu pengetahuan yang tidak dapat
dijumpai dalam buku. Sebagai implikasinya, mereka akan lebih mencintai ilmu pengetahuan serta
mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Malahannya, ko-kurikulum dapat melahirkan murid yang
berakhlak mulia. Ia dapat membentuk perwatakan diri yang baik dalam sanubari murid agar
berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip-prinsip hidup. Jika kita lihat dari unsur
jasmani pula, ko-kurikulum dapat menyedarkan murid tentang kepentingan kesihatan. Mereka juga
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
18/21
berupaya untuk menggunakan kecergasan fizikal bagi memanfaatkan masyarakat agar dapat
mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.
Masyarakat merayakan sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun bagi mengiktiraf
sumbangan besar mereka dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunggak dalam
pembinaan masyarakat madani. Peranan guru adalah sesuai dengan tema sambutan hari guru iaitu
" Guru penjana modal insan cemerlang". Guru merupakan arkitek sosial bukan sekadar memberi
pendidikan dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk merealisasikan transformasi
pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Kamus Online Merriam-Webster, guru didefinisikan sebagai seorang yang
mengajar. Sinonim-sinonim yang disenaraikan bagi perkataan guru termasuklah pendidik,
instruktur, ahli pedagogi, jurulatih dan tutor. Dalam Akta Pendidikan 1996 pula, Guru ertinya
seseorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan. Mereka menyediakan dan
mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan di, bagi atau melaluipusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua.
Sebenarnya, perkhidmatan seseorang guru adalah amat penting serta diperlukan oleh
masyarakat untuk mendidik generasi muda. Seseorang guru harus sentiasa mementingkan
perkhidmatannya lebih daripada kepentingan diri sendiri. Contoh yang paling nyata ialah apabila
guru-guru sekolah rendah mengorbankan masa cuti sekolah untuk menghadiri kursus KBSR serta
menyediakan alat bantu mengajar sehingga larut malam.
Sebelum seseorang guru boleh disahkan sebagai guru yang bertauliah, dia juga perlu
memperoleh pengetahuan tentang pelbagai jenis teknik dan kaedah pengajaran serta kemahiran
pengajaran. Bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran, latihan perguruan
disediakan sama ada di maktab-maktab perguruan atau di universiti-universiti. Namun, seseorang
guru juga mempunyai autonomi dalam pemilihan strategi, teknik dan kaedah mengajar yang
dianggap paling sesuai serta sejajar dengan minat dan kebolehan pelajar. Selain itu, guru juga
bertanggungjawab atas keputusan serta tindakan yang dibuatnya. Sekiranya dia telah memutuskan
seseorang murid itu perlu dihukum atau didenda, maka dia harus sedia menerima akibatnya.
Sebagai seorang guru, dia haruslah bertanggungjawab terhadap murid-muridnya dengan
lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Mereka seharusnya
bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, keturunan
dan agama. Malah, mereka juga haruslah menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah
laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid.
Seseorang guru juga harus menunjukkan tanggungjawab terhadap ibu bapa dengan
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga. Mereka haruslah memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
19/21
anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara juga penting. Seseorang guru haruslah
memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan
masyarakat. Guru adalah bertanggungjawab dalam memupuk setiap murid dengan sikap dan nilai
yang dapat membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang baik.
Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan bahawa pendidikan adalah
suatu usaha yang berterusan. Maka, guru telah memainkan peranan penting dalam
mengembangkan pendidikan secara berterusan. Pendidikan ialah suatu proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang berlangsung secara berterusan bermula dari kecil
sehingga ke akhir hayat. Namun, guru haruslah mulai mendidik kanak-kanak dengan memberikan
pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk asas sahsiah yang berada dalam lingkungan umur
antara satu hingga enam tahun.
Selain itu, guru dan pihak sekolah juga berperanan untuk melahirkan rakyat Malaysia yangberilmu pengetahuan. Guru haruslah banyak mendedahkan murid-muridnya kepada ilmu
pengetahuan melalui buku atau rujukan serta menerangkan kepada mereka tentang kepentingan
ilmu pengetahuan. Malah, guru juga boleh menceriakan suasana pembelajaran dengan
menggunakan cara mengajar atau alat bantu mengajar yang lebih menarik untuk menarik minat
membaca murid-murid. Dengan itu, dapatlah murid-murid dipupuk dengan semangat cintai ilmu
pengetahuan dan sanggup berusaha untuk memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Cara ini
juga membolehkan mereka membentuk fikiran yang luas dan terbuka.
Kita menyedari bahawa terdapat pelbagai masalah akhlak dan disiplin pelajar yang berlaku
berpunca daripada pelbagai sebab seperti pengaruh media massa yang tidak sihat, kurangnya
penghayatan agama, gaya hidup yang bercirikan hedonisme, tekanan pembelajaran dan lain-lain.
Masalah keruntuhan akhlak pelajar amat membimbangkan semua pihak. Usaha untuk
menyelesaikannya adalah tanggungjawab semua pihak, khususnya pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia dan pentadbiran sekolah. Dalam usaha menangani gejala ini, guru dan pihak sekolah telah
memainkan peranan yang penting. Kementerian Pelajaran telah bertanggungjawab untuk
meningkatkan peranan guru kaunseling dan mengurangkan beban pengajaran kepada guru
tersebut.
Guru di mana-mana sahaja mengharapkan muridnya berdisiplin. Mereka akan bersyukur
dan berterima kasih jika murid-murid menghormati mereka, mematuhi peraturan sekolah dan
menunjukkan minat yang tinggi dalam pelajaran. Namun, apabila diteliti, banyak perkara yang
menyebabkan masalah disiplin timbul. Contohnya perubahan nilai generasi muda yang dipengaruhi
oleh perkembangan sosio-ekonomi yang pesat. Sebagai kesannya, kepada sekolah kesannya
mungkin merupai gangguan kepada kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran, tetapi
kepada masyarakat ia mungkin merupai gangguan kepada ketenteraman awam akibat pertambahan
kes jenayah. Di sekolah bilangan murid yang bermasalah akan meningkat, manakala dalam
masyarakat nanti jumlah penjenayah akan bertambah. Dengan itu, harapan sekolah, ibu bapa,
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
20/21
masyarakat dan negara untuk melahirkan insan yang cekap, bertanggungjawab dan amanah tidak
akan tercapai.
Seperti yang dinyatakan, masalah disiplin sekolah menjadi tanggungjawab sekolah.
Penyelesaian juga diharapkan kepada sekolah. Dalam mengawal disiplin sekolah, guru harus
memegang kepada prinsip benar tetap benar dan salah tetap salah. Dalam menentukan
kesalahan dan kebenaran inilah dia menggunakan kebijaksanaan. Ketegasan bukan bermakna
kekasaran. Sekali keputusan dibuat, dia tidak akan berubah-ubah fikiran, kerana penelitian dibuat
sebelum tindakan diambil. Namun, ketegasan perlu kepada kata-kata dan perbuatan. Ini bermakna
tindakan susulan perlu diambil selepas suatu arahan atau cadangan dibuat. Satu lagi teknik
pelaksanaan tindakan adalah terpulang kepada guru sama ada dengan nasihat, denda atau
menyerahkan kepada guru kaunseling dan guru disiplin. Yang pokok ialah guru memberi perhatian
yang serius terhadap masalah disiplin murid.
Disiplin penting dalam membentuk insane yang seimbang dan harmonis. Ia adalah amatpenting bagi individu untuk memiliki ilmu, sahsiah yang baik, percaya kepada Tuhan serta
mempunyai akhlak yang baik dan kesihatan diri yang baik. Maka, keseimbangan antara keempat-
empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri
dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup
serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.
Sebagai kesimpulannya, kita difahami bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini
serta matlamat pendidikan dengan jelas. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan haruslah
dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat
pendidikan tercapai.
Adalah amat penting agar Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan satu garis panduan
dan rujukan kaum pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-
fungsi pendidikan masing-masing. Malahannya, setiap pendidik harus berpegang kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka.
Dengan itu, barulah profession mereka sebagai seorang guru dapat dijamin dan dikekalkan dan
setiap tugasan yang dijalankan adalah bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, mereka juga akan lebih memahami akan fungsi-fungsi pendidikan dan cara-cara yang
mereka gunakan semasa dalam proses mendidik pula akan lebih berkesan. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah pun ditetapkan dan digubal untuk kepentingan pendidikan negara, kaum pendidik
serta murid-murid.
Jadi, sudah pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan dan
bukan hanya satu impian sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan
-
5/20/2018 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
21/21
bekerjasama untuk menjayakan serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana ia
merupakan tanggngjawab kita semua.