fenomena penggunaan bahasa rojak.docx

20
FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK “Aku rasa Amazing race lebih best dari explorace ni. At least Amazing race semua sama rata, clue dia lebih stright to the point. Cuma aku tak faham lah kenapa TV3 suka pengacara dia cakap rojak. Sekejap cakap English, sekejap cakap melayu. Kalau nak english buatlah english all thru the way". Itulah contoh bahasa rojak (bahasa campur antara Melayu dan Inggeris) yang telah menjadi virus di Malaysia. Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka penggunaan bahasa rojak telah pun berlaku hasil pertembungan bangsa dan budaya dalam kalangan pedagang dunia dengan penduduk tempatan di negeri Melaka. Pada umumnya, Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Sebagai contohnya, Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Pada masa sekarang, bahasa rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang sekali gus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh kerana para pengkaji bahasa menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Oleh

Upload: gogila-mutaya

Post on 08-Dec-2015

361 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK

“Aku rasa Amazing race lebih best dari explorace ni. At least Amazing race semua sama rata, clue dia

lebih stright to the point. Cuma aku tak faham lah kenapa TV3 suka pengacara dia cakap rojak. Sekejap

cakap English, sekejap cakap melayu. Kalau nak english buatlah english all thru the way".

Itulah contoh bahasa rojak (bahasa campur antara Melayu dan Inggeris) yang telah menjadi virus di

Malaysia. Seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka penggunaan bahasa rojak telah pun berlaku hasil

pertembungan bangsa dan budaya dalam kalangan pedagang dunia dengan penduduk tempatan di

negeri Melaka. Pada umumnya, Bahasa rojak merupakan suatu percakapan yang menakrifkan campuran

pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Sebagai contohnya, Manglish, iaitu seketika menggunakan kata-

kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris. Pada masa

sekarang, bahasa rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia, yang

sekali gus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan

Bahasa Rojak di Malaysia merupakan satu topik kontroversi oleh kerana para pengkaji bahasa

menganggapnya sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan mungkin menimbulkan krisis dalam

pembelajaran bahasa. Oleh itu, punca-punca dan langkah-langkah mengatasi penggunaan bahasa rojak

akan ditelusuri demi kepentingan bersama.

Pada pendapat saya, punca perdana penggunaan bahasa rojak ialah sikap penutur sendiri. Hal ini

demikian kerana sikap penutur yang ingin menonjolkan kehebata mereka menguasai satu bahasa lagi.

Kebanyakan penutur bahasa rojak biasanya mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dalam

persekitaran terutamanya dalam bahasa Inggeris yang sebenar. Oleh sebab itu, mereka akan cuba

melatih diri dalam kemahiran berbahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan para pelajar sekolah di

Page 2: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

luar bandar. Mereka akan cuba menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian meskipun tidak

mempunyai kemahiran. Akhirnya, wujudlah fenomena penggunaan bahasa rojak dalam perbualan

seharian. Mereka tidak berasa malu dan segan apabila bertutur menggunakan bahasa rojak, malah

mereka berbangga kerana mereka beranggapan bahasa yang digunakan itu menunjukkan status mereka

dalam masyarakat.

Sejajar dengan perkembangan pesat dunia teknologi maklumat, bahasa rojak telah digunakan secara

meluas dalam komunikasi melalui khidmatan pesanan ringkas (SMS) dan laman sesawang di Internet.

Fenomena ini dikatakan salah satu faktor kelemahan penguasaan pelajar dalam subjek bahasa Malaysia,

terutamanya dalam aspek penulisan. Kita sering mendapati pelajar-pelajar selalu terbawa-bawa amalan

penggunaan bahasa rojak dalam pergaulan seharian dalam penulisan karangan mereka di sekolah. Bagi

golongan pelajar yang masih di bangku sekolah ini, penggunaan bahasa rojak sangat meluas

penggunaannya dalam hubungan mereka seharian termasuk dengan rakan sebaya, mungkin juga turut

menular ketika berkomunikasi dengan ahli keluarga dan sanak-saudara. Semasa berhubung

menggunakan SMS dan bersembang menggunakan laman web sosial seperti Facebook dan Twitter

mereka lebih suka menggunakan bahasa rojak yang lebih senang difahami dan ditulis serta menjimatkan

masa. Tabiat ini dilakukan selama berjam-jam sehingga menjadi sebati dengan diri mereka. Natijahnya,

pelajar cenderung menggunakan bahasa lisan yang diringkaskan, malah ada yang mewujudkan istilah

perkataan sendiri bagi tujuan kemudahan, penjimatan, dan juga gaya komunikasi.

Selain itu, penggunaan bahasa dalam media cetak dan elektronik turut menyumbang kepada

permasalahan ini. Kebanyakan filem, drama, dan rancangan hiburan yang disiarkan di negara kita

menonjolkan pelakon, pengacara dan peserta yang menggunakan bahasa rojak untuk menyampaikan

maklumat kepada orang ramai. Penggunaan bahasa rojak juga turut melibatkan golongan pemimpin dan

tetamu-tetamu jemputan yang berprofil tinggi untuk mengulas tentang sesuatu isu. Keadaan ini telah

menyebabkan masyarakat mudah meniru dan akhirnya tidak segan silu menggunakan bahasa rojak

apabila berkomunikasi. Tindakan penerbit dan pengarah filem yang cenderung menggambarkan

golongan berada atau golongan atasan berkomunikasi menggunakan bahasa rojak untuk

menggambarkan status mereka dalam masyarakat meninggalkan kesan yang mendalam kepada

penonton. Oleh sebab itu, fenomena penggunaan bahasa rojak semakin berleluasa dalam kalangan

masyarakat di negara kita. Fenomena penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat hendaklah

dikekang. Pihak yang perlu memainkan peranan utama dalam menangani masalah ini ialah ibu bapa. Ibu

bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dengan betul

semasa berkomunikasi dengan anak-anak di rumah sejak anak-anak mereka kecil lagi, bak kata pepatah

“melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Dengan ini, apabila mereka memasuki alam persekolahan,

mereka sudah tahu berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru

mereka. Tabiat berbahasa dengan betul dan gramatis ini akan sebati dalam diri mereka sehingga

Page 3: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

dewasa. Pepatah Melayu ada mengatakan, “bagaimana acuan begitulah kuihnya”, yang amat sesuai

untuk menggambarkan bahawa didikan ibu bapa terhadap anak-anak sememangnya meninggalkan

kesan yang mendalam. Oleh sebab itu, jika ibu bapa mereka merupakan pencinta bahasa Melayu yang

sejati, tidak mustahil anak-anak mereka juga memiliki sifat yang sama.

Konklusinya, bahasa rojak bukanlah budaya kita yang sejati. Oleh sebab itu, kita harus

berganding bahu bagai isi dengan kuku untuk mendaulatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa

kebangsaan dan jati diri bangsa Malaysia turun-temurun. Kita tidak mahu melahirkan generasi yang

hanya tahu ``berbahasa rojak'', tidak lancar bahasa Inggerisnya dan tidak pula fasih bahasa Melayunya.

Ini bukan sahaja merupakan satu masalah komunikasi tetapi sudah boleh dianggap sebagai satu `krisis

identiti'. Satu langkah yang tegas dan menyeluruh hendaklah diambil untuk membongkar hingga ke akar

umbi sebab musabab yang menjadi punca krisis tersebut. Hanya setelah sebab musabab yang sebenar

diketahui maka satu penyelesaian yang berkesan dapat dilaksanakan. Seterusnya, peranan pihak

berwajib tidak boleh dikesampingkan dalam usaha menangani masalah ini. Pihak yang paling berwajib

dalam membendung fenomena ini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP), Kementerian Pelajaran, dan

Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Ketiga-tiga pihak hendaklah bermusyawarah untuk

berbincang mengenai isu ini. Sehubungan dengan itu, bekas Ketua Pengarah DBP,Datuk A.Aziz

Deraman memberitahu bahawa Akta DBP yang dipinda , perlu mengatasi kuasa akta-akta yang lain. Hal

ini bertujuan untuk mengenakan tindakan undang-undang atas mereka yang mencampuradukkan bahasa

Melayu dengan bahasa-bahasa lain serta menggunakan bahasa kebangsaan dengan cara yang salah.

Kerajaan sewajarnya memberikan penekanan yang lebih serius dalam menangani permasalahan ini.

Tindakan ini hendaklah mendapat kerjasama daripada semua pihak. Sekiranya tidak, usaha kita untuk

memartabatkan bahasa Melayu pasti sia-sia sahaja.

Akhir sekali, peranan guru terutamanya guru bahasa Melayu dan guru Bahasa Inggeris di

sekolah hendaklah diperkasakan. Guru-guru perlulah mengubah sikap pelajar yang suka berkomunikasi

menggunakan bahasa rojak secara lisan mahupun SMS. Guru-guru bahasa haruslah menunjukkan

contoh dan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar di sekolah. Mereka perlu berkomunikasi

menggunakan bahasa yang betul dan gramatis semasa mengajar. Oleh sebab itu Guru mesti sentiasa

berada dalam keadaan berkualiti, berkesan, dan menguasai kandungan subjeknya jauh lebih tinggi

daripada pengetahuan dan kemahiran yang sedia dimiliki pelajar. Tambahan lagi, mereka perlu membuat

persediaan, memperbaiki serta mempelbagai kaedah penyampaian termasuk memanfaatkan kemajuan

teknologi sedaia ada secara kreatif. Kepentingan berbahasa dengan betul hendaklah disebarluaskan

kepada pelajar-pelajar kerana bahasa melambangkan bangsa. Pelajar-pelajar hendaklah diingatkan

bahawa Bahasa Melayu merupakan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang mesti didaulatkan dan

dimartabatkan sehingga ke persada antarabangsa

Page 4: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

Pencemaran Bahasa Dalam Kalangan Pelajar

PENCEMARAN BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR

Bahasa Melayu yang dikenali juga sebagai bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi di

Malaysia,telah menjadi wahana pembinaan tamadun di Negara ini sejak berpuluh tahun

dahulu,dengan mengambil kira dari tarikh keramat ini iaitu tanggal 31 Ogos 1957 sebagai titik

permulaan.Jika dikaitkan dengan tamadun Melayu di rantau alam Melayu ini,maka Bahasa

Melayu telah menjadi asas kepada pembinaan dan pembentukan tamadun kerana Bahasa Melayu

telah dikesan menjadi bahasa terawal dalam tamadun awal di rantau ini pada awal abad

masihi.Bahasa  merupakan alat perantara bagi kita menyampaikan perasaan atau pemikiran

dalam bentuk tulisan,lisan atau isyarat.Justeru,kemahiran berbahasa perlu dipelajari,dan bukan

berserah kepada kudrat semula jadi.Perkara yang ingin saya dibincangkan disini adalah berkaitan

dengan pencemaran bahasa dalam kalangan pelajar yang semakin meruncingkan dewasa ini.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pencemaran bahasa.Salah satu faktornya

adalah daripada pengaruh rakan sebaya.Masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya

apabila berlakunya sesuatu masalah yang melibatkan remaja.Bagi faktor ini, betapa mudahnya

seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka sendiri tidak pasti akan identiti

mereka sendiri.Maka,mereka lebih mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan

oleh kebanyakan rakan mereka.Ingin mengikut arus,‘trend’.Supaya tidak dikatakan ketinggalan

zaman

            Pengetahuan yang lemah juga menyumbang ke arah pencemaran bahasa.Kebanyakan

mereka yang menggunakan bahasa rojak,SMS,bahasa lucah dan sebagainya adalah mereka yang

mempunyai pengetahuan cetek dan tidak peka terhadap bahasa yang digunakan dalam

berkomunikasi.Selalunya mereka akan menggunakan bahasa harian mereka terutamanya bahasa

basahan iaitu bahasa pasar.Di samping itu,budaya asing yang meresap masuk ke negara kita juga

merupakan salah satu punca pencemaran bahasa ini berlaku.Hal ini dapat dikaitkan dengan

budaya hip-hop yang semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia.Budaya ini menjadi

popular dengan kemunculan kumpulan-kumpulan muzik seperti Too Phat.Kemunculan muzik ini

membawa kepada pencemaran bahasa kerana penciptaan lirik lagu menggunakan bahasa pasar.

Page 5: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

            Selain itu,media massa juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran

bahasa ini berlaku secara berleluasa pada masa ini.Bahasa yang digunakan oleh

radio,televisyen,atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa,misalnya drama-drama

ataupun rancangan yang disiarkan di kaca televisyen kebanyakannya menggunakan bahasa rojak

iaitu percampuran antara Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.Di samping itu,sebilangan

orang besar dan juga orang ramai termasuk yang membuat ulasan apabila diwawancara di kaca

televisyen turut menggunakan bahasa rojak.Perkara-perkara seperti ini membawa kepada

berlakunya pencemaran Bahasa Melayu kerana orang ramai akan mudah terpengaruh dengan

bahasa yang digunakan di media.

Kesan daripada pencemaran bahasa ini juga akan menyebabkan Bahasa Melayu yang

indah akan dipinggirkan oleh generasi Melayu.Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang

sinonim dengan masyarakat Melayu.Hal ini bermaksud, Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan

bagi masyarakat Melayu untuk berkomunikasi antara satu sama lain.Bahasa Melayu mempunyai

peranan yang sangat penting,iaitu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa pentadbiran, bahasa

pengantar,bahasa rasmi dan sebagainya.Dalam perbualan atau pertuturan kita seharian,kita

seharusnya menggunakan Bahasa Melayu untuk memastikan Bahasa Melayu tidak ditelan arus

pemodenan atau globalisasi.

Begitu juga pencemaran bahasa ini akan menyebabkan kekeliruan bahasa kepada

generasi akan datang.Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada

generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut.Generasi akan datang akan

terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan

seharian.Selain itu,jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah

tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti

bahasa tersebut.

Kesan yang paling ketara adalah menyebabkan mutu Bahasa Melayu baku sama ada lisan

atau tulisan merosot.Perkara ini dapat dilihat dalam bidang pendidikan khususnya dalam

kalangan pelajar.Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung

dengan meluas,lama-kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu

tersebut.Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan

Page 6: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah.Dengan demikian,mutu kualiti bahasa

dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat

sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair.

Bagi mengatasi masalah pencemaran bahasa adalah perlu langkah-langkah yang drastik

diambil bagi memastikan pencemaran bahasa tidak berleluasa.  Antaranya ialah Guru-guru perlu

lebih prihatin dalam mengajar bahasa Melayu kepada pelajar. Setiap kesalahan pelajar ketika

menggunakan bahasa Melayu perlu diatasi dengan segera. Aktiviti kebahasaan perlu sentiasa

diadakan bagi memastikan kesalahan-kesalahan berbahasa boleh diperbetulkan. Ini akan

mengurangkan kesalahan-kesalahan bahasa  dan sekaligus melahirkan pengguna bahasa yang

betul. 

Selain itu, para pelajar sama ada  di peringkat rendah mahu pun di peringkat institusi

pengajian tinggi perlu mengubah sikap menganggap bahawa bahasa Malaysia itu mudah. Para

pelajar perlu sentiasa peka terhadap perkembangan bahasa Malaysia serta ingin meningkatkan

pengetahuan dalam bidang bahasa ini. Para pelajar juga disarankan agar sentiasa menggunakan

bahasa Melayu dengan betul. Pelajar-pelajar juga disarankan agar banyak membaca buku-buku,

majalah-majalah dan bahan bacaan yang tulis dalam bahasa Melayu dan seterusnya dapat

meningkatkan pengetahuan

mereka dalam bahasa.

Di samping itu, media elektronik dan bukan elektronik perlu menyekat penggunaan

bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan

pendengar, penutur dan pengguna Bahasa Melayu. Media massa ini juga berperanan untuk

menyekat iklan-iklan dalam Bahasa Melayu yang menyalahi sistem Bahasa Melayu akibat

daripada terjemahan yang salah.

Kesimpulannya,pencemaran bahasa ini merupakan suatu isu atau perkara yang semakin

meruncing sejak akhir-akhir ini.Namun,jika pihak-pihak yang bertanggungjawab menjalankan

tugas dengan penuh teliti dan kerap,tidak mustahil bahasa kita akan menjadi bahasa antarabangsa

yang berada di tahap terpenting khususnya dalam bidang pendidikan dan perniagaan.Oleh

itu,bagi pihak-pihak penerbit majalah atau drama juga haruslah sedar yang mereka juga

bertanggungjawab membawa pembaharuan dan penambahbaikan dalam bidang bahasa.Dari

Page 7: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

sinilah kita mendidik masyarakat agar menggunakan bahasa yang betul dari segi

ejaan,sebutan,dan tatabahasa Bahasa Melayu.Akhir kalam ‘Bahasa menunjukan bangsa’.salam.

Hasil nukilan dan gubahan oleh : Fazren b. Amat PandiPosted by Fazren Amat Pandi at 11:40 PM 

Page 8: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

Menangani isu bahasa rojak

  1    0   Google +0    1    3

Cetak

Oleh M Jasni Majed

ISTILAH bahasa rojak bukan istilah ilmu. Istilah ini dicipta mereka yang prihatin akan situasi dan nasib bahasa Melayu. Boleh dikatakan isu ini diperkatakan saban tahun di negara kita memandangkan apa yang disaran dan dicadangkan tentang isu ini tidak pernah membawa apa-apa hasil yang diharap-harapkan.

Terbaru, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyarankan agar diwujudkan semula Jawatankuasa Penyelaras dan Penyeragaman Bahasa agar memastikan semua stesen media di negara kita menggunakan bahasa yang sama untuk penonton.

Penyeragaman ini sangat penting memandangkan siaran radio dan televisyen mendapat sambutan ramai di kalangan penonton dan pendengar serta sudah semestinya bahasa memainkan peranan sangat besar untuk menyampai maklumat dan pelbagai lagi. Beberapa kertas kerja mengenai bahasa dibentangkan dalam Seminar Bahasa dalam Penyiaran anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) baru-baru ini yang dihadiri wakil stesen penyiaran tempatan.

Nasib bahasa kebangsaan dianggap membimbangkan ekoran sikap kita yang tidak begitu peka tentang peranan dan masa depan bahasa sendiri.

Stesen penyiaran juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah ini kerana ada rancangan membabitkan penyertaan penonton yang kebanyakannya tidak ambil kisah tentang penggunaan bahasa mereka. Penggunaan bahasa rojak yang semakin meluas terutama kiriman ucapan tahniah, selamat pagi dan sebagainya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) oleh penonton menjadikan kita keliru dengan identiti bahasa kita sendiri.

Maka ramai yang merumuskan bahawa identiti bahasa kita semakin terkikis. Lama-kelamaan bahasa rojak dianggap akan menguasai pertuturan, penulisan dan lebih malang dalam penulisan karangan di sekolah sudah dikatakan ada penggunaan bahasa rojak di kalangan pelajar sehingga menjejaskan markah.

Menurut definisi, bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur iaitu antara bahasa ibunda dengan bahasa asing. Bagaimanapun, ramai yang mendefinisikan ia sebagai percampuran antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris.

Apa pun, definisi bahasa rojak dalam konteks perbualan dan penulisan harian di negara kita boleh diperluaskan kepada pelbagai tafsiran. Kita juga boleh menganggap percampuran antara bahasa baku dengan istilah serta penggunaan

Page 9: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

kata dalam penulisan serta pengucapan lain daripada bahasa baku adalah bahasa rojak.

Contohnya, jika kita menggunakan kata singkatan seperti ‘tak’, ‘nak’, ‘mau’, ‘tau’, dan beberapa lagi juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak yang sebenarnya tidak boleh diucapkan dan ditulis dalam majlis dan urusan rasmi. Jika kita menggunakan bahasa remaja dalam pertuturan harian seperti ‘awek’, ‘cun’, ‘kantoi’, ‘cilok’, ‘otai’ dan sebagainya juga adalah sebahagian daripada bahasa rojak jika disalah guna dalam urusan rasmi. Adalah dikesalkan jika ada akhbar harian yang meletakkan kata-kata ini sebagai tajuk sesuatu berita meskipun hakikatnya penggunaan istilah tersebut sudah sebati di kalangan remaja negara kita. Sasaran utama perbincangan orang ramai tentang kekuatan pengaruh bahasa rojak jika dikaitkan dengan media massa adalah penglibatan orang ramai dalam khidmat SMS yang terpapar di skrin televisyen. Di sinilah kita dapat melihat pelbagai istilah baru diketengahkan kepada khalayak sehingga ada yang membawa masuk istilah ini ke dalam urusan rasmi. Datuk Seri Dr Rais Yatim pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai sikap orang kita yang gemar bercakap separuh belut separuh ular. Pencinta bahasa lain turut menyatakan rasa tidak puas hati kerana kualiti bahasa kebangsaan semakin merosot penggunaannya dan mereka membayangkan apa yang bakal terjadi sepuluh atau dua puluh tahun akan datang jika usaha menanganinya tidak dilakukan dari sekarang. Punca utama berlakunya penggunaan bahasa rojak adalah sikap kita sendiri yang mementingkan bahasa asing daripada bahasa sendiri. Kemasukan istilah asing yang dianggap lebih sesuai dan dapat mengangkat imej penuturnya terutama bagi masyarakat bandar memburukkan lagi keadaan.

Perubahan zaman selalunya menempiaskan istilah baru yang diguna pakai dalam pelbagai bidang. Ada yang menganggap sesiapa yang tidak pandai menyesuaikan diri atau tidak boleh menggunakan dan memahami istilah baru terutama dari luar adalah mereka yang ketinggalan zaman.

Kita sebenarnya bukan tidak boleh menggunakan bahasa sendiri. Contohnya, jika kita mengadakan kempen tentang bahasa, Minggu Bahasa atau Bulan Bahasa, sesiapa pun akan berusaha dan bercakap dengan bahasa yang betul dan berusaha menggunakan bahasa sendiri sepenuhnya.

Apabila selesai kempen, bahasa rojak muncul semula dan apa yang dilaung-laungkan atau dipraktikkan semasa kempen lenyap begitu saja.

Bagaimanapun, adalah merugikan masa dan wang jika kita berkempen tentang sesuatu yang sebenarnya menjadi milik kita zaman berzaman dan sesuatu yang dilaung-laungkan itu sebenarnya boleh kita lakukan sendiri tanpa didesak dan dipandu arah oleh sesiapa.

Ironinya, jika kita tahu sampah itu tidak elok, kita tidak akan menyimpan sampah dan membuangnya di merata-rata tempat. Dalam bahasa pun, jika kita tahu ada ‘sampah’, kita tidak boleh menyimpannya tetapi hendaklah dibuang.

Page 10: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

Pihak yang memperlekeh atau memandang rendah kepada bahasa Melayu semestinya melihat keupayaan bahasa Melayu bukan hanya di negara kita saja kerana bahasa Melayu dituturkan lebih kurang 300 juta penduduk di dunia. Bagi bangsa Melayu, jika mereka lebih gemar menggunakan bahasa rojak, jelaslah mereka memperlekeh bahasa sendiri. Bagi orang India dan Cina misalnya, apabila mereka lebih gemar berbahasa Inggeris dalam pertuturan, bermakna mereka tidak yakin akan keupayaan bahasa Melayu meskipun di sekolah, mereka mesti belajar dan mendapat kepujian dalam bahasa Melayu.

Orang Indonesia pula memandang kita sebagai masyarakat yang tidak mempunyai pendirian teguh dalam bahasa sendiri. Kerana itulah ada antara mereka yang belajar bercakap Inggeris terlebih dulu sebelum datang ke negara kita kerana bagi mereka, orang kita lebih banyak bercakap Inggeris daripada menggunakan bahasa sendiri.

Media sangat penting membentuk masyarakat tidak kira golongan untuk menangani bahasa rojak. Meskipun tidak boleh dibendung seratus-peratus, tetapi usaha mengawal bagi sesetengah rancangan yang nyata menggunakan bahasa rojak sangat perlu.

Media boleh mensyaratkan hanya SMS yang menggunakan bahasa betul saja dipaparkan untuk khalayak. Media juga mesti mempunyai kata sepakat dalam usaha membanteras penggunaan bahasa rojak supaya tidak timbul kekeliruan masyarakat. Orang ramai, tidak kira sama ada golongan elit, masyarakat pertengahan atau bawahan yang terlibat dalam rancangan televisyen terutama ketika diwawancara untuk siaran televisyen mesti berusaha menggunakan bahasa yang betul.

Media juga perlu merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menentukan penggunaan bahasa yang betul sebelum diketengahkan kepada umum. Dengan cara ini keseragaman dapat diwujudkan, imej bahasa dapat dipertingkat dan kekeliruan dapat dielakkan. Penulis seorang guru

Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/27

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menanganiisubahasarojak/Article/index_html#sthash.oXdbtsU4.dpuf

http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menanganiisubahasarojak/Article/index_html

Page 11: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

DEWAN BAHASAMEMPERKAYA WAWASAN PEMBACA

LAMAN UTAMA

DARIPADA EDITOR

LANGGANAN

Bahasa Rojak Punca dan Cara Mengatasi

Reaksi Bahasa

Oleh SALLEH HASHIM

Menurut Kamus Dewan “ rojak” bermaksud 1 .Sejenis makanan daripada buah-buahan mentah dan

sayur-sayuran campur yang berkuah: ~ manis; ~ ulek; 2. Berupa sesuatu yang bercampur aduk: eh, ini

majalah ~! Ataupun rojek II; merojak menumbuk (sirih); projek; ~ sirih penumbuk sirih, gobek.

Apabila membicarakan “bahasa rojak”, kita tentulah merujuk bahasa bercampur aduk yang digunakan

dalam tulisan dan juga lisan. Dalam majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012 pada 11

Oktober 2012, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia berkata, penggunaan

bahasa rojak akan beransur-ansur menghakis kekuatan sesuatu bahasa. Kenyataan pemimpin nombor

dua negara itu tidak harus dipandang remeh. Penggunaan bahasa rojak sudah semakin sebati dan

menjadi barah bahkan bagai api di dalam sekam yang membakar senyap sehingga merosakkan

kekuatan bahasa Melayu.

Meninjau dari perspektif sejarah, kita tidak dapat mengelak daripada penggunaan bahasa rojak seawal

penjajahan ekonomi ketika kedaulatan Melaka sebagai sebuah empayar entrepot suatu ketika dahulu.

Sebagai negeri pelabuhan, Melaka menarik ramai pedagang yang keseluruhannya bertutur lebih 80

bahasa daripada pelbagai bangsa dan budaya. Hal ini merupakan sebahagian daripada bahasa

penghubung yang dikenali sebagai “bahasa rojak”. Semasa pemerintahan Parameswara, dua kumpulan

pedagang akan mencuba untuk bertutur dalam apa-apa jua bahasa bagi mendapat keputusan yang

terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya ialah bahasa pijin atau bahasa rojak.

Menjelang tahun 1511, Melaka mempunyai jumlah penduduk sebanyak 50 ribu orang termasuk komuniti

pedagang yang bertutur dalam 84 bahasa.

Penjajahan Portugis, British, Jepun terus menyuburkan bahasa rojak di negara kita. Portugis

mengekalkan bahasa dan budayanya di negeri Melaka sehingga ke hari ini, British datang dengan

Page 12: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

pengaruh bahasa Inggerisnya dan Jepun pula terkenal memaksa sekolah Jepun dan tulisan kanji kepada

penduduk Tanah Melayu ketika itu. Dengan hal yang demikian, bahasa rojak tidak dapat dielakkan.

Isu bahasa rojak berlanjutan apabila pihak media turut menyumbang kepada percambahannya.

PenggunaanSure Heboh dalam media pernah menjadi polemik yang berpanjangan sehinggalah pihak

kabinet masuk campur bagi meredakan keadaan. Zaman milenium turut menyaksikan banyak media

terutama komik yang meremehkan penggunaan bahasa Melayu yang betul.

___

Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa, Disember 2012.

Kongsi Artikel

dwnbahasa.dbp.my/?p=1045

Page 13: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

KESAN-KESAN DAN CARA-CARA UNTUK MENGATASI MASALAH PENGGUNAAN BAHASA ROJAK SOALAN Penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa dikatakan telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bincangkan kesan- kesan dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan. Amalan bahasa rojak bermakna tabiat suka mencampur-adukkan perkataan bahasa Inggeris semasa menggunakan bahasa Melayu. Gejala ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sehingga mencemari martabat bahasa Melayu. Lebih memberatkan lagi ialah gejala ini menular dengan begitu meluas dalam kalangan golongan berpendidikan tinggi yang menjadi pemimpin masyarakat. Tuntasnya, kesan–kesan yang timbul akibat daripada penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan perlu dikenal pasti supaya langkah–langkah yang pragmatik dapat diambil untuk mengatasinya. Seperti yang telah dikatakan penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan mencemari martabat bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak telah memberi gambaran wujud keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat. Keadaan ini berlaku akibat daripada kemerosotan dan kehilangan kualiti, nilai serta ciri unggul bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Lama-kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan pupus dan digantikan dengan beberapa ciri bahasa Inggeris. Lantaran itu, bahasa rojak akan menjadi bahasa ibunda orang Melayu sekiranya gejala ini terus terjadi. Secara perlahan-lahan kita mungkin akan melucutkan keupayaannya sebagai bahasa rasmi dan melunturkan fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Natijahnya, penggunaan bahasa rojak merupakan tamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa Melayu. Semetelahan itu, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan boleh menjejaskan pembelajaran di peringkat sekolah. Kini, kebanyakkan pelajar sering menggunakan bahasa rojak untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan dalam penghataran sistem pesanan ringkas (SMS). Apabila gejala ini dijadikan sebagai amalan seharian mereka, keadaan ini akan menjejaskan keputusan peperiksaan bagi seseorang pelajar, sekolah mahupun negeri. Hal ini demikian kerana, mereka tiada kemahiran dalam menulis karangan dengan menggunakan bahasa yang betul. Mereka telah biasa menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian mereka. Sehubungan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulis tanpa menggunakan bahasa rojak. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa perbelajaran di peringkat sekolah akan terjejas disebabkan oleh bahasa rojak dan bahasa singkatan. Tambahan pula, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan menyebabkan pengguna kelihatan tidak serius. Pengguna tidak menyusun perkara yang mahu diungkapkan dengan matang dan mereka bercakap dengan tidak berfikir secara mendalam. Biar kita ambil contoh, apabila seseorang pelayan menggunakan kata ganti nama “you” kepada pelanggannya, dia merasakan dia sama taraf dengan pelanggan. Oleh itu, dia akan berlagak bahawa dia wajar menjawab kata-kata pelanggan. Pelanggan adalah penting kerana tanpa pelanggan perniagaan tidak dapat dijalankan. Keadaan ini mungkin akan menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelanggan kerana mereka merasa dirinya tidak dihormati. Sememangnya, pengguna akan kelihatan tidak serius ketika menggunakan bahasa rojak. Setiap penyakit mesti ada penawarnya, begitu juga dengan gejala penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan.

Page 14: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, mereka seharusnya menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Mereka harus mengawal diri dalam menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris. Jika mereka menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan perkataan-perkataan Melayu begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lama–kelamaan seluruh masyarakat dapat menggunakan bahasa dengan betul. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang betul oleh pemimpin masyarakat adalah penting dalam mengatasi gejala bahasa rojak. Selain itu, bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan terus digunakan sikap pengguna sendiri perlu berubah. Sikap menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard harus dihapuskan. Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Hai ini demikaian kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakat seharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya bagi mengelakkan menggunakan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan latihan diri yang bersungguh-sungguh. Tuntasnya, sikap masyarakat perlu berubah supaya gejala ini dapat diatasi. Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh remaja. Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program television yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program “Gengstarz”, “One In A Million” dan “Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Natijahnya, gejala ini dapat diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak media massa. Kesimpulannya, penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan yang berleluasa telah mencemari martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang melambangkan identiti dan kewibawaan bahasa kita. Oleh itu, semua pihak harus mengambil berat terhadap gejala ini. Semua pihak harus bekerjasama bak kata “berat sama dipikut, ringan sama dijinjing” untuk menangani gejala ini sampai ke akar umbinya. Diharapkan selepas usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dijalankan, martabat bahasa Melayu dapat dinaikkan sampai ke peringkat global.

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

Page 15: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

PENGAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA

PENDEKATAN

Pendekatan komunikatif

TEKNIK

SIMULASI

KAEDAH

i) kaedah fonetik & linguistik

ii) kaedah audio

Page 16: FENOMENA PENGGUNAAN BAHASA ROJAK.docx

LAMPIRAN