ffvpm6 bermula esok - psasir.upm.edu.mypsasir.upm.edu.my/id/eprint/4491/1/0699.pdf · di peringkat...
TRANSCRIPT
FFVPM6 bermula esok
REWIND dan Autisme: Namun Ku Punya Hati antara naskhah yangmemeriahkan FFVPM6.
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMATsuzana. [email protected]
MASUK edisi keenam, Festival'
Filem/Video Pelajar Malaysia(FFVPM) yang singgah di Universiti Putra Malaysia (UPM)
tahun ini mencanai sesuatu yang banyakpembaharuannya berbanding lima penganjuran terdahulu.
Sesuatu yang ketara, kemunculan Anugerah Perdana mempertandingkan duabentuk karya iaitu Video Pendek dan Dokumentari Pelajar yang dipilih menerusikaedah Super Pitch yang julung kali diperkenalkan tahun ini..
Nyata kaedahini memperlihatkan satu eksperimental yang hampir sempurna dibawah acuan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)UPM.
"Mulanya kamiagak risau, tapisampai ke saat terakhir ini, penjurian untuk lima video terbaik dandokumentari dalam kategori Anugerah Perdana kelak akan menjadisatu proses yangsukar. Juri padaperingkat awalmengakui kar-ya-karya pembikinfilem amatur ini setanding dan sebarisdengan karya pembikin filem arus perdana," ujar Pengerusi Penjurian FFVPM6,Dr. Muhamad Sham Shahkat Ali selepassidang media mengumumkan pencalonanakhir FFVPM6. Festival itu akan bermulaesok.
Sebagai pencetus semangat buat semuapelajar filem yang terbabit, buat pertamakali dalam sejarah penganjurannya, FFVPtahun ini juga menggandakan imbuhankepada para pemenang kategori utama.
Selain wang tunai keseluruhan sebanyak RM33,000 dan trofi kemenangan,sebanyak lima buah kamera video digitalberharga RM46,000 tajaan Panasonic menanti pemenang bagi kategori AnugerahPerdana untuk trofi Video Pendek Terbaikdan Dokumentari Terbaik serta satu anugerah terbaik dalam kategori AnugerahCipta. -,
Bagi kategori Video Pendek Terbaikdalam Anugerah Perdana sebanyak limavideo terbaik telah disenarai pendek iaituKasih Mastura (UPM), Mengintai Kasih(ASWARA), Aidan Damia (UiTM Melaka),Rewind (UTAR) dan Let's Play A Game(Limkokwing).
Karya berjudul Nabi Palsu (UiTM Melaka), Autisme (UPM), Witty Wings(UTAR), Cunwai (ASWARA) dan TagalSungai Moroli (UMS) pula terpilih sebagaifinalis dalam kategori Dokumentari Terbaik.
Antara yang tercalon untuk dinilai sebagai Filem Pendek (C\"reka) Terbaik menerusi Anugerah Cipta ialah Satu (ASWARA) dan 1963 (ASWARA).
Sesuatu yang memberangsangkan jugaadalah peningkatanketara yang dapat dilihat menerusi penyertaan pelajar yangmencapai angka 310penyertaan merang
kumi 100 penyertaan bagi kategori Anugerah Per dana, manakala 210 penyertaanbagi Anugerah Cipta untuk bersaing dalam 34 kategori anugerah yang dipertandingkan secara keseluruhan.
Tahun ini, Akademi Seni Budaya danWarisan Kebangsaan (ASWARA) munculsebagai institusi yang paling banyak menghantar penyertaan.
Tidak sekadar pesta untuk pembikinfilem yang bakal dinobatkan sebagai terbaik menjelang Malam Anugerah FFVPMpad a malam 10Januari nanti, festival yangbermula esok juga menyenaraikan pelbagai atur cara bagi menepati tema kali ini,Memperkasakan Modal lnsan lndustri Perfileman.
Antara yang menarik untuk mengisimasa santai orang awam, peminat filem,khalayak UPM dan pelajar filem sendiriadalah sesi tayangan dan apresiasi filemyang membariskan filem-filem menarikuntuk diperbahaskan, antaranya Mualaj,Antoo Fighter, Budak Kelantan dan Kami.
Tidak hanya disajikan dengan tayanganfilem percuma, sesi diskusi filem-filemyang ditayangkan turut menampilkan pengarah, pelakon serta orang filem sebenarbagi memberikan ulasan lanjut berhubungfalsafah at au impak filem terhadap masyarakat.
Setiausaha festival filem itu, Mohd. Sarizi Jamaluddin memberitahu, sehinggakini semua panel dan pelakon yang terlibatdengan filem yang dipilih untuk tayangandan apresiasi filem sepanjang tiga harifestival sudah pun memberi kata putusuntuk hadir.
"Misalnya, untuk tayangan dan apresiasi filem Antoo Fighter, bukan sahajapengarah dan beberapa pelakon utamasudah sedia memberikan kerjasama, bahkan produksi tilem berkenaan juga sanggup membuat demonstrasi kesan khasyang digunakan untuk penghasilan imejkomputer grafik filem berkenaan," kataSalizi kepada Kosmo!.
Bagi malam kemuncak pada 10 Januarinanti, Pengerusi Malam AnugerahFFVPM, Aiman Mustakim Roslan pulasudah bersedia menyahut cabaran memastikan malam anugerah itu kelak keluardaripada kepompong pelajar.
"Konsep memperingati yang lama danmemperkenalkan yang baru akan sayapersembahkan. Seperti mana kita semuatahu, pembikinan filem ketika ini banyakmengaplikasikan teknologi Definisi Tinggi(HD), tapi sedarkah kita semua bahawapenggunaan reI filem mempunyai sejarahyang tidak boleh disangkal.
"Satu lagi penampilan yang saya kiraunik menjelang malam anugerah nantiadalah pertembungan antara gambus dangitar dalam arena muzik tanah air.
"Harapan saya agar malam anugerah ituakan setaraf dengan anugerah hiburan laindi peringkat nasional. Kami betul-betulmerancang untuk meraikan penglibatanpelajar dalam arena perfileman, jadi itulahfokus kami," ujar Aiman yang menjangkakan seramai 3500 yang terdiri daripadapelajar, artis dan orang ramai akan memenuhi Dewan Banquet UPM menjelangmalam kemuncak itu.
Sebagai tuan rumah, Aiman mahu imejUPM sebagai penganjur tidak tercalarsepanjang festival berlangsung.
"Sebab itu kami buat sehabis baik danlebih RMlO,OOOdigunakan untuk melancarkan strategi promosi seperti posterserta hebahan media termasuklah hebahan di Selangor.FM dan Radio Putra.FMsendiri," katanya.
•
8 Januarie Perasmian FFVPM6 oleh
Pengerusi FINAS (Dewan ZaabaFakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi UPM - 9 pagi)
eTayangan/Penjurian AnugerahPerdana (Dewan Zaaba - 11 pagi)
eTayangan/Apresiasi FilemKaml (Dewan Zaaba - 8 malam)9 JanuarieWacana Perfileman
(Memperkasakan ModallnsanPerfileman Penyiaran) (DewanZaaba FBMK - 9 pagi)
eTayangan/Apresiasi FilemBudak Kelantan (Dewan Zaaba - 3petang)
10 Januari
eTayangan/Apresiasi FilemMualaf (Dewan Zaaba - 9.30pagi)
.eTayangan/Apresiasi FilemAntoo Fighter (Dewan Zaaba - 2petang)eMah~mAnugerah FFVPM6(Dewan Banquet UPM - 8malam)
Antara Pencalonan AnugerahCipta:1. Anugerah Filem Cereka
(Pendek) Terbaik:
eSatu (ASWARA)e1963 (ASWARA)
2. Anugerah Video (Pendek)Cereka Terbaik:
eBurp (ASWARA)e"usl (MUM)eThe Last Exit (UTAR)eAku (ASWARA)eKopltlam Kurang Manis
(UiTM)
3. Anugerah Filem/VideoEksperimental Terbaik:ePleasure (UiTM)eThe Artifact (MMU)eThe Weather Man (MMU)eWlnd(MMU)eAlr (UiTM Shah Alam)
4. Anugerah Video MuzikTerbaik:
eJatuh Clnta Lagi (MUM)eSln (UTAR)ePuteri Natya Shatra (UiTM
Shah Alam)eHatl (UiTM Shah A/am)eSemangat Humlnodun
(ASWARA)
5. Anugerah Iklan/PromosiTerbaik:eUtamakan Keselamatan
(UIA)eMenjahit Katarsis (UKM)eKehldupan Yang Positlf
(UKM)eCanon (Segi College)eOur Hope (UTAR)